Monday, October 07, 2013

Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Kahwin Senyap-senyap?


Kontroversi mengenai dua pelakon popular Wawa Zainal dan aktor drama bersiri Cinta Jannah, Aeril Zafrel berhubung tentang pernikahan mereka masih menjadi tanda tanya.

Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal

Walaupun khabar angin sudah bertiup kencang di dalam laman sosial dan portal berita hiburan, Aeril hari ini cuba menafikan perkara tersebut.

Aeril Zafrel mahupun Wawa Zainal, nampaknya lebih gemar untuk memberikan jawapan balas menerusi laman Twitter masing-masing daripada tampil kepada pihak media untuk menjelaskan kemelut ‘perkahwinan’ mereka yang kini sedang hangat diperkatakan ramai.

Wawa menulis di laman Twitternya mengharapkan Aeril terus tabah kerana sememangnya dari dulu lagi ada pihak yang cuba menjatuhkan aktor tersebut.

Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal

Usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada empunya badan melalui panggilan telefon tidak berjaya, apabila Aeril tidak menyambut panggilan tersebut.

Sebelum ini, pasangan tersebut pernah menafikan hubungan cinta mereka dan hanya mengeluarkan kenyataan “kami hanya berkawan sejak 2011”.

Isu ini menjadi panas apabila, pasangan ini dikatakan telah mempunyai cahaya mata lelaki yang kini berusia 6 minggu seperti yang dilaporkan Berita Harian, hari ini.

Mereka juga, dikatakan telah mendaftar pernikahan di Pejabat Agama Daerah Petaling pada 4 Februari lalu.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon