Wednesday, September 11, 2013

Cicak Gecko Bernilai RM1 Juta Menjadi Rebutan!


Seorang lelaki yang melarikan seekor cicak gecko yang ditafsirkan bernilai RM1 juta telah ditemui mati ditembak tetapi cicak tersebut masih belum ditemui.

Cicak gecko
Cicak Gecko (Gambar hiasan)

Cicak yang dipercayai dapat dijadikan ramuan yang mampu memyembuh pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV telah dilarikan oleh mangsa setelah ia diserahkan oleh seorang usahawan wanita yang dikatakan pemilik cicak tersebut.

Wanita tersebut menyerahkan cicak itu kepada mangsa setelah dia diyakinkan yang mangsa mampu menjadi pembeli yang berpotensi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan memberitahu, lelaki berkenaan telah ditemui terkulai di dalam sebuah kereta berhampiran sebuah kilang minuman dekat sini pada 30 Ogos lalu dengan kesan tembakan ditemui pada anggotanya.

Ekoran kejadian itu polis telah berjaya menahan 16 orang suspek berusia antara 21 hingga 60 untuk membantu siasatan.

Katanya lagi, hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan dibunuh kerana mencuri cicak gecko tersebut selepas dikatakan mampu mencari pembeli yang berpotensi.

“Pada masa yang sama kami juga berjaya menahan seorang usahawan wanita berusia 60 tahun yang kami percaya telah mengupah seseorang untuk mencari dan membunuh pencuri cicak gecko berkenaan," katanya kepada para wartawan.

Menurut Mohd Sukri, usahawan wanita itu yang dipercayai pemilik cicak berkenaan memberitahu pihak polis yang dia bersetuju untuk menyerahkan reptilia itu kepada mangsa setelah mangsa menyakinkan yang dia mampu mencari pembeli berpotensi.

Malangnya mangsa telah melarikan cicak tersebut.

Mohd Shukri berkata, suspek yang diupah oleh usahawan wanita tersebut untuk menjejaki mangsa, berjaya menemuinya tetapi telah berlaku pergaduhan yang kemudiannya salah seorang daripada mereka menembak mangsa.

Hasil penangkapan yang dilakukan, polis telah menemui batang besi, enam butir peluru hidup, tiga kelongsong peluru, sembilan buah telefon bimbit dan pemutar skru.

Bagaimanapun sehingga kini, cicak gecko yang berharga RM 1 juta itu masih belum ditemui.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Binatang Yang Paling Mahal?

Sumber: mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon