Friday, June 21, 2013

RCI: Pendatang Filipina Dilantik Setiausaha Umno Cawangan!


Saksi di kalangan pendatang Filipina, Shukor Abdullah, 53, berkata kepada Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini memberitahu beliau merupakan Setiausaha Umno Cawangan Kampung Tanjong Kapor, Kudat di Sabah.


Shukor, yang lahir di Filipina pada 1960 berkata, beliau datang ke Sabah melalui jalan laut sebagai pelarian perang dari Filipina, dan kemudiannya memperolehi kad pengenalan biru.

"Saya pernah memohon kad pengenalan hijau, tak dapat, kemudian saya mohon kad pengenalan biru, dapat," kata Shukor kepada panel RCI di Mahkamah Tinggi Sabah hari ini.

Saksi ke-132 dalam RCI itu turut berkata beliau datang ke Sabah pada 1976, dan kemudiannya dalam tahun 1982 mendirikan rumah tangga dengan isterinya yang juga merupakan warga Filipina.

Beliau kemudiannya memohon kad pengenalan menggunakan surat akuan daripada ketua kampung, dan terpaksa menggunakan tempat lahir di Kudat, bagi membolehkan beliau memperolehi kad pengenalan.

"Saya mendapat kad pengenalan kurang setahun selepas membuat permohonan di Kudat," katanya.

Ditanya mengapa beliau melakukan tindakannya itu yang bertentangan dengan sistem perundangan, Shukor berkata:"kerana saya mahu tinggal di Sabah dan tidak mahu balik ke Filipina."

"Saya buat dengan ikhlas.... Kalau saya tak letak di Kudat, mungkin tidak diluluskan," kata bapa kepada dua anak lelaki itu lagi.

Beliau turut berkata selama memperolehi kad pengenalan, beliau juga tidak pernah ketinggalan mengundi dalam setiap pilihan raya umum.

Hampir 28 peratus daripada penduduk Sabah merupakan warga asing, dengan anggaran berjumlah 889,000 yang kebanyakannya datang dari Filipina dan Indonesia.

RCI yang bermula Januari lalu juga telah mendedahkan testimoni rakyat Filipina dan warga asing lain tentang bagaimana mereka menerima kad pengenalan biru dalam masa beberapa tahun selepas tiba di Sabah dan mengundi dalam pilihan raya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: news.yahoo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon