Saturday, May 04, 2013

Pakatan Umum 3 Janji 30 Hari, 10 Tindakan 100 Hari


Anwar mendakwa Pakatan Rakyat (PR) telah mencatatkan sejarah tersendiri apabila siri ceramah dan kempen pilihan raya di seluruh negara mendapat sambutan luar biasa apabila jumlah yang hadir semakin bertambah.


"Kita telah melihat beratus-ratus ribu rakyat Malaysia daripada semua kaum datang ke ceramah kita.

"Sambutan di kubu kuat Umno-Barisan Nasional seperti di Johor, Sabah dan Sarawak semakin bertambah besar," katanya.

Beliau yang bertanding mempertahankan kerusi Permatang Puah berkata, sebaik sahaja PR membentuk Kerajaan Persekutuan dan memasuki Putrajaya, mereka akan melaksana dan menunaikan manifesto yang ditawarkan kepada rakyat kali ini, “Fokus pelan hala tuju ini mesti prorakyat dan terdiri daripada beberapa langkah yang akan mempunyai kesan serta-merta, dan manfaat jangka panjang.

“Ini adalah pembaharuan yang BN tidak berani untuk laksanakan, tetapi PR mempunyai keberanian untuk berbuat demikian iaitu pembaharuan yang akan membawa kembali kebangkitan, kemerdekaan dan demokrasi yang tulen kepada Malaysia,” ulasnya.

Anwar mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak berasa gusar jika berlaku peralihan kuasa di peringkat pusat nanti selepas PR memperolehi dua pertiga untuk membentuk kerajaan.

Sebaliknya beliau memberi jaminan peralihan itu bukan sahaja mencatatkan sejarah di negara ini, bahkan ia akan dilakukan dengan aman mengikut perundangan dan sistem demokrasi yang sebenar.

Berikut 3 janji 30 hari, 10 tindakan 100 hari Pakatan Rakyat dikeluarkan hari ini oleh kenyataan Anwar:

6 Mei - Cuti awam bagi memudahkan rakyat pulang dari kampung selepas mengundi.
30 hari pertama: Meringankan beban, mensejahterakan rakyat
  1. 7 Mei - menurunkan harga minyak serta-merta
  2. Membatalkan semua pinjaman hutang PTPTN
  3. Pemulaan penghapusan tol lebuhraya secara berperingkat

100 hari pertama: Menjana Ekonomi Negara yang Memenfaatkan Rakyat
  1. Menubuhkan Majlis Daya Saing Negara dengan mandat untuk menyediakan pelan induk untuk menghasilkan sejuta pekerjaan dalam bidang-bidang tambah nilai tinggi.
  2. Menilai semua kontrak penswastaan yang merugikan rakyat menurut lunas undang-undang
  3. Melancarkan inisiatif sektor perkhidmatan awam menuju kelas dunia serta menjadikannya bercirikan tatakelola baik, berkebajikan, berpendidikan tinggi dan mesra keluarga
  4. Memberi peruntukan yang sepatutnya bagi Perbadanan Perumahan Negara mencapai sasaran pembinaan rumah seperti yang telah dijanjikan.
  5. Membebaskan media dari campurtangan politik
  6. Menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) badan yang lebih bebas dan bukan di bawah Jabatan Perdana Menteri
  7. Menetapkan sasaran mengurangkan kadar kemiskinan yang merentasti semua kaum
  8. Melancarkan Agenda Merakyatkan Parlimen – memulakan gerak kerja pindaan atau penghapusan semua undang-undang 'anti-rakyat': a) Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 b) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 c) Memulangkan royalti hasil petroliam dan hidrokarbon 20 peratus kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan
  9. Memulakan penyelesaian permasalahan tanah adat Orang Asal di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
  10. Menyelesaikan isu kewarganegaraan, terutamanya rakyat keturunan India dan pribumi Sabah dan Sarawak, dan permulaan proses pembersihan senarai kad pengenalan seluruh negara.

-Sinarharian

1 comment

  1. Ubah la wahai rakyat malaysia. Bagi tempoh 1 penggal utk PR memerintah. Jika pemerintahan PR lebih baik,kita bole teruskan..jika tidak memuaskan hati rakyat,kita bole pilih lain. Jgn ikut prinsip dlu kini dan selamanya. itu prinsip yg akan menghancur leburkan negara.ini kalilah,,ubah.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon