Friday, May 10, 2013

OMG! Seluar Dalam Untuk Mencegah Bau Kentut


Seluar dalam yang didakwa dapat meneutralkan bau 'kentut' terbukti mendapat sambutan hangat dalam kalangan ahli perniagaan rajin bekerja di sini yang gemarkan idea melepaskan bau tanpa masalah.


Sebuah syarikat tekstil tempatan membangunkan rangkaian seluar dalam yang dikatakannya mencegah bauan tidak diingini.

“Ia mengambil masa beberapa tahun untuk membangunkan seluar dalam deodoran pertama yang cukup selesa dipakai dalam kehidupan seharian malah segera menghapuskan bau busuk,” kata Nami Yoshida, seorang jurucakap syarikat Seiren yang mengeluarkan produk itu.

Ramai orang kebanyakan seperti ahli perniagaan membelinya untuk berjumpa orang ramai setiap hari," Nami Yoshida, Jurucakap syarikat

“Pada mulanya kami terfikir untuk menjualnya kepada mereka yang memerlukan penjagaan di rumah orang tua dan hospital.

Namun amat mengejutkan kami, ramai orang kebanyakan seperti ahli perniagaan membelinya untuk berjumpa orang ramai setiap hari,” katanya.

Seluar dalam itu dikeluarkan dengan partikel seramik penyerap bau di dalam bahan gentian.

Seiren membangunkan teknologi itu selepas dihubungi seorang doktor yang mahukan sesuatu untuk menutup bau najis yang dikeluarkan mereka yang menghidap sindrom usus.

Syarikat itu kini berkembang kepada 22 barangan, termasuk stokin yang mencegah kaki daripada berbau dan baju-t yang menutup bau ketiak. -Agensi

BACA INI JUGA: Risiko Penyakit Jika Letak Dompet Di Poket Seluar!

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon