Tuesday, May 28, 2013

Anwar Sindir ‘Ustaz UMNO’ Bodoh


Anwar Ibrahim disifatkan sebagai jahil murakkab apabila menyindir golongan agama yang memetik ayat suci al-Quran berhubung keperluan rakyat taat kepada pemimpin dengan menggelar mereka sebagai ‘Ustaz UMNO’ bodoh.


Sambil meminta Ketua Umum PKR itu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata gelaran jahil murakkab bermaksud orang jahil tidak tahu dia jahil, sesuai dengan Anwar yang tidak tahu apa diperkatakannya.

Beliau berkata, ucapan pemimpin pembangkang itu satu pembohongan kepada umat Islam apabila mempertikaikan ayat suci al-Quran dan hadis Nabi yang sahih.

Katanya, ayat al-Quran dan hadis Nabi jelas menyatakan kewajipan bagi umat Islam supaya mentaati kerajaan pemerintah yang sah dan menggesa Anwar merujuk kepada juzuk empat kitab Riyadhussalihin oleh Imam Nawawi dalam bab mentaati pemerintah.

“Hadis itu tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa juga kerana ia diriwayatkan dan disepakati sahihnya oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

“Tak payah nak mengata ustaz, Anwar sendiri adalah orang yang jahil murakkab, jahil berganda, dia tak tahu apa-apa. Saya harap Anwar bertaubat dan kembali ke jalan yang benar,” katanya.

Anwar membuat sindiran itu ketika berceramah di Bukit Katil, Melaka turut mendakwa tindakan mentaati kerajaan yang sah sebagai cubaan menegakkan penipuan, malah beliau dilaporkan meminta golongan agama kembali ke sekolah agama untuk mendalami Islam.

-Bharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon