Sunday, March 24, 2013

Pelik! Pisang Berbuah Selepas Di Tebang


Kejadian yang sangat pelik telah berlaku apabila seorang suri rumah yang menetap di Kampung Rhu Rendang, Marang, bukan sahaja terkejut, apabila pokok pisang yang ditebang suaminya lebih sebulan lalu kembali berbuah malah turut menarik perhatian penduduk yang tinggal berdekatan kawasan itu.


Menurut Wook Abu Bakar, 59, batang pisang di belakang rumahnya yang ditebang itu kini mengeluarkan jantung pisang semula dan mula menyedari kejadian pelik tersebut ketika hendak membuang sampah di bahagian belakang rumahnya.

“Pada mulanya saya ingatkan batang pisang tersebut mengeluarkan pucuk, tetapi apabila diamati didapati jantung pisang yang keluar dari batang pokok pisang itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Wook mengakui, jika cerita tersebut tersebar kalangan penduduk kampung, sudah pasti ramai yang akan datang untuk melihat sendiri kejadian aneh tersebut namun berharap orang ramai tidak mengaitkan kejadian itu dengan cerita bukan-bukan.

Menurut ibu enam anak itu, sebelum ini, pokok pisang tersebut tidak mengeluarkan buah menyebabkan suaminya mengambil keputusan untuk menebang pokok itu lebih sebulan lalu dan kini ia mengeluarkan jantung pisang pula.

Sementara itu, seorang ahli agama yang enggan namanya dikenali ketika dihubungi Sinar Harian turut menasihati orang ramai supaya tidak mengaitkan kejadian tersebut dengan perkara yang boleh menjejaskan akidah mereka.

“Saya bersetuju dengan pendapat suri rumah terbabit agar tidak mengaitkan kejadian itu dengan cerita yang bukan-bukan kerana kejadian itu adalah kuasa ALLAH SWT, yang pasti ada hikmah di sebaliknya,” katanya kepada Sinar Harian.

BACA INI JUGA: Pelik! Wanita Makan Satu Kilogram Batu Seminggu

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon