Friday, January 25, 2013

OMG! Gadis Cantik Bersin 12 Ribu Kali Sehari


Secara purata, manusia normal bersin paling maksimum adalah 6 hingga 7 kali sehari. Tetapi apa yang berlaku pada gadis ini adalah kes yang sangat-sangat ganjil.

OMG! Gadis Cantik Bersin 12 Ribu Kali Sehari

Jika dilihat pada fizikal, dia kelihatan sama seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya, tetapi apa yang membezakan gadis ini dengan kanak-kanak yang lain ialah penyakit bersin yang dialaminya ini.

Inilah Lauren Johnson yang mengalami simptom bersin sebanyak 12 ribu kali sehari. Mengikut anggaran,dia akan bersin lebih 20 kali dalam masa seminit.

Itulah situasi yang perlu dilalui dan dihadapi setiap hari oleh gadis yang berasal dari Virginia, Amerika Syarikat ini.

Menurut ibu kepada Lauren, Lynn Johnson, fenomena pelik menimpa anaknya ini bermula daripada selsema yang dihadapinya selama 2 minggu. Ketika itu Lauren hanya bersin seperti biasa.

Namun apabila selsemanya hilang, bersinnya masih lagi ada malah semakin menjadi-jadi. Jelas Lynn lagi,simptom bersin berterusan ini bukan sahaja membimbangkan anaknya, malah dia turut berasa bimbang setiap kali mendengar anaknya bersin.

Ekoran daripada simptom itu, Lauren terpaksa menangguhkan persekolahan sehingga kesihatannya benar-benar pulih.

Sepanjang tempoh itu, waktu makannya sering terganggu akibat bersin yang tidak henti-henti.

Jelas Lauren, dia hanya berasa selesa ketika waktu tidur sahaja kerana waktu itulah dia tidak mengalami sebarang bersin.

Perbincangan mengenai fenomena ini telah mendapat perhatian ramai ahli perubatan di seluruh dunia.

Namun apa yang membingungkan, sehingga kini para doktor yang merawatnya masih belum dapat memastikan jenis penyakit yang dihadapi Lauren.

Walaupun begitu, para doktor menyifatkan Lauren mengalami sindrom 'machine gun sneezing".

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Betapa Bahayanya Menahan Bersin!

sumber: scds

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon