Selasa, Januari 15, 2013

Julia Perez Sah Menjadi Ahli Persatuan Seniman Malaysia!


Loading...

Pelakon dan penyanyi sensasi Indonesia, Julia Perez kini sah menjadi ahli bersekutu Persatuan Seniman, sekali gus boleh mengambil bahagian dalam industri filem di Malaysia.


Perkara itu disahkan oleh Presiden Seniman, Zed Zaidi, hari ini.

“Julia Perez sudah mendaftar dengan persatuan minggu lalu melalui pengurusannya di Malaysia.

“Dia sudah ikut syarat dengan berdaftar sebagai ahli. Pada saya memang dah tak ada masalah, tetapi bagi rakyat Malaysia saya tak tahu. Kuasa saya sampai sini saja,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Berikutan kenyataan panas yang dibuat melalui laman mikro Twitter sebelum ini berhubung mutu drama Malaysia, Julia menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat dan penggiat seni.

Penyanyi itu dikatakan sudah meminta maaf secara rasmi melalui surat yang dihantar kepada Seniman kira-kira tiga minggu lalu.

“Saya ada menerima surat minta maaf dari pihaknya kira-kira tiga minggu lalu. Melalui surat itu, Julia meminta maaf kepada rakyat Malaysia berikutan terlanjur kata.

“Julia berharap dapat bekerjasama dengan orang Malaysia untuk masa depan,” katanya.

Dalam pada itu, Zed Zaidi memberitahu bahawa penyanyi dan pelakon itu turut menjelaskan perkara yang berlaku sebelum ini bukan kritikan tetapi sebagai pendapat peribadi sahaja.

“Dia tak faham sensitiviti budaya kita dan pendedahan saya itu buat dia sedar. Dia janji selepas ini nak masuk ke industri kita, akan ikut saluran yang betul,” katanya.

Sebelum ini, Zed Zaidi mendakwa Julia berada di negara ini untuk menjalani penggambaran tanpa permit sah.

Malah sebelum pendedahan itu dibuat, berlaku perang Twitter di antara Zed Zaidi dan Julia.

-SinarHarian

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

1 comments so far

nak masuk penjara ada hati nak bekerjasama dgn org malaysia..puihhh

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon