Saturday, January 12, 2013

Adakah Bunga Matahari Sentiasa Menghadap Kearah Matahari?


Bunga matahari atau Helianthus annuus yang berwarna kuning cerah tentu menambah keindahan taman atau kebun Anda. Namun, adakah bunga ini benar-benar menghadap ke arah matahari seperti namanya?


Daun dan bunga matahari sebenarnya bersifat heliotropis, iaitu sentiasa mengikuti cahaya matahari.

Pokok bunga matahari juga menyimpan auxin. Auxin merupakan hormon tanaman yang mengendalikan pertumbuhan. Biasanya jumlah auxin lebih banyak di sudut yang jauh dari sinar matahari. Itulah yang menyebabkan batang bunga matahari sentiasa terarah ke arah sinar matahari.


Walau bagaimanapun, bunga yang sudah mekar tidak lagi bersifat heliotropis. Dengan itu, bunga matahari akan menghadap ke arah timur pula.


Ketika ini, bunga matahari juga memiliki nilai ekonomi yang sangat tinggi. Biji bunga matahari boleh digunakan untuk menghasilkan minyak yang sangat bermutu. Minyak tersebut boleh digunakan dalam masakan, sos salad dan margerin. Biji bunga matahari juga memiliki nilai gizi yang sangat tinggi.

-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon