Monday, December 03, 2012

Pelik! Manusia Yang Memasang Iklan Di Wajahnya


Info Pelik. Seorang lelaki bernama Uwe Troschel, bertindak menyewakan wajahnya sekaligus dijadikan medium untuk mempromosikan sesuatu iklan. Bunyinya seperti tidak masuk akal dan pelik, tapi bagi lelaki yang berasal dari Jerman ini menganggap ia berkesan baginya untuk mendapatkan wang dengan lebih cepat dan banyak.


Mengikut sebuah laman portal, Death and Taxes Magazine, lelaki pelik ini telah melakar tujuh bahagian pada wajahnya. Setiap bahagian diletakkan harga tertentu bagi mempamerkan iklan yang ingin dipromosikan.

Bahagian pertama iaitu di atas dahi. Bahagian ini ditawarkan dengan harga sebanyak 50,000 euro. Manakala, pada bahagian batang hidung ke mulut, harga yang ditawarkannya agak murah iaitu 2,000 euro.

Di bahagian ketiga iaitu permukaan atas kedua-dua belah pipi, harga iklan yang ditawarkan berjumlah 20,000 euro.

Pada bahagian seterusnya iaitu di permukaan bawah kedua-dua belah pipi disewakan dengan harga sebanyak 1,500 euro. Akhir sekali, di bahagian dagu dikenakan caj sebanyak 5,000 euro.

Selain daripada lelaki itu, terdapat seorang lagi individu yang bertindak menyewakan wajahnya untuk promosi iklan. Individu tersebut adalah seorang wanita dari Amerika Syarikat yang bernama Kari Smith.

Wajah wanita ini telah mendapat perhatian sebuah kasino terkenal dinegara itu yang dikenali sebagai Golden Palace. Difahamkan, pihak pengurusan kasino ini sanggup menawarkan habuan sebanyak $10,000 dollar kepada Smith.

Iklan berbayar tersebut yang tertera Goldenpalace.com, dicacah khas pada bahagian dahi wanita tersebut.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon