Tuesday, December 04, 2012

Fakta Pelik Tentang Bahasa Di Dunia


Info Pelik. Ini adalah kumpulan 15 fakta yang sangat menarik tentang bahasa di seluruh dunia, diantaranya:

Fakta Pelik Tentang Bahasa Di Dunia

1. Kata berita atau “News” dalam bahasa Inggeris sebenarnya adalah singkatan keempat mata angin North (utara,) East (Timur,) West (Barat,) dan South (Selatan.)

2. Dewa berhala “Beelzebub” adalah bahasa Yunani untuk “Raja Lalat.”

3. Nama “Canada” berasal dari bahasa Indian yg bererti “Desa yang Besar.”

4. Dibandingkan Amerika Syarikat, jumlah rakyatnya yang boleh berbahasa Inggeris di China (RRC) lebih ramai.

5. Merk krayon “Crayola” dalam bahasa Perancis bererti “Kapur Berminyak.”

6. Ernest Vincent Wright menulis novel berjudul “Gadsby”, yang mengandung lebih dari 50,000 perkataan — Tanpa satu pun memiliki huruf “E” (yang merupakan huruf yang sering dipakai dalam bahasa Inggeris!)

7. Bahasa Perancis pernah menjadi bahasa rasmi di Inggeris lebih dari 600 tahun.

8. Kata terpanjang dalam bahasa Inggeris ialah sebuah istilah kedoktoran “pneumonoultramicroscopicsilicovolcanoconioses!”

9. Di awal tahun 1880-an, kata seluar panjang “Pants” dianggap sebagai perkataan yang kotor.

10. Kod meminta bantuan ‘Mayday’ berasal dari bahasa Perancis untuk Tolong Aku, “M’Aide!”

11. Kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang tanpa satu pun huruf vokal adalah “Rhythms.”

12. Nama paling popular di seluruh dunia adalah “Muhammad.”

13. Satu-satunya perkataan dalam bahasa Inggeris yang terdiri dari 15 huruf yang sama sekali tidak diulang adalah “uncopyrightable.”

14. Kalimat bahasa Inggeris “The quick brown fox jumps over a lazy dog.” menggunakan setiap huruf dalam alfabet.

15. Kata “TAXI” diucapkan dan dieja secara sama dalam bahasa Inggeris, Jerman, Perancis, Swedia, Sepanyol and Portugis.

BACA INI JUGA: 10 Bahasa Yang Paling Banyak Dituturkan Di Dunia

sumber: shafirawidya

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon