Sunday, December 29, 2013

UNIK! Keindahan Tasik Diatas Tasik!

UNIK! Keindahan Tasik Diatas Tasik!

Info Unik Dunia. Dibahagian barat laut pulau Vagar, Kepulauan Faroe, terdapat sebuah jajaran tasik unik bertingkat yang terbentuk secara semula jadi.

Vagar, Faroe Islands

Jika dilihat sekali imbas, tasik yang dikenali sebagai Leitisvatn itu kelihatan seperti sebuah tasik di atas tasik persis pemandangan indah yang wujud di dalam cerita dongeng.

Pulau Vagar, yang terletak di dalam wilayah jajahan Denmark sememangnya terkenal sebagai salah satu lokasi pelancongan terkemuka di negara itu.

Di kota Vagar, industri pelancongan merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi tempatan. Keindahan alam semula jadi dan landskap geografinya sentiasa menggamit pelancong dari seluruh dunia untuk hadir ke sini.

Vagar City, Faroe Islands

Dan salah satu 'hot spot' yang sering menjadi perhatian ialah keunikan tasik di atas tasik.

Tasik ini begitu unik kerana ia mempunyai dua bahagian yang kelihatan seperti bertingkat - satu tasik dibahagian atas dan satu lagi dibahagian bawah. Kedua-dua bahagian itu dipisahkan oleh bukit batu semula jadi yang membuatkan ia tampak terpisah menjadi dua lapisan dengan tahap ketinggian yang berbeza.

Bagaimanapun, ia hanyalah sekadar ilusi optik semata-mata. Tasik yang berkeluasan 3.4 kilometer persegi itu sebenarnya mempunyai tahap ketinggian yang sama.

Namun, kewujudan bukit tegak berketinggian 100 meter yang memisahkan kedua-dua bahagian tasik itu membuatkan danau ini kelihatan bertingkat.

Jika melihatnya daripada posisi yang lebih tinggi, ia benar-benar nampak seperti mempunyai tahap ketinggian yang berbeza iaitu seolah-olah satu tasik berada diatas tasik yang lain.

Tasik Leitisvatn ini juga dikelilingi oleh tebing-tebing batu yang berhadapan dengan lautan Atlantik Utara.

Dibahagian selatan tasik ini, tebingnya agak rendah yang mana paras air tasik berada betul-betul separas dengan tebing berkenaan. Pada kedudukan itu ia kelihatan tinggi, tetapi paras yang sebenarnya hanyalah sekitar 30 meter daripada paras Lautan Atlantik sahaja.

The Faroe Islands
Keindahan yang memukau mata.

Kewujudan pemandangan ilusi optik membuatkan tasik ini begitu istimewa dan terkenal di kalangan pelancong dari seluruh dunia. Kebanyakan pengunjung datang ke sini bukan sekadar ingin menikmati keindahan alam semula jadinya, tetapi mereka juga ingin melihat sendiri keunikan tasik Leitisvatn ini yang mempunyai dua lapisan.

Di Kepulauan Faroe, ia merupakan danau terbesar dengan keluasan yang meliputi 3.4 kilometer persegi serta mempunyai panjang yang melebihi enam kilometer. Ukuran itu menunjukkan ia tiga kali ganda lebih besar daripada saiz tasik Fjallavatn, yang terletak di pulau Vagar.

Bahagian hujung tasik ini yang terletak di sebelah utara tasik, tebingnya berketinggian 25.2 meter hingga 376 meter.

Pada bahagian ini terdapat sebuah air terjun yang dikenali sebagai Bosdalafossur, yang merupakan saluran keluar air tasik Leitisvatn ke Lautan Atlantik. Sementara di bahagian timurnya pula, ia berhadapan dengan pulau Streymoy yang dipenuhi dengan bukit berbatu.

Dikalangan penduduk tempatan, terdapat perdebatan sengit mengenai nama tasik ini. Masyarakat yang mendiami kawasan Sorvagur berbangga bahawa tasik ini dinamakan sempena kampung mereka.

Sementara penduduk di bahagian lain pula mahu menamakan tasik ini sebagai Miovagur. Disesetengah tempat lain ia turut dikenali dengan nama Vatni.

Bagi mengelakkan ia terus menjadi perdebatan dikalangan penduduk tempatan, pihak pemerintah Vagor akhirnya terpaksa campur tangan bagi menghindarkan berlakunya ketegangan kaum yang hanya berpunca akibat nama.

Akhirnya, ia dinamakan sebagai Leitisvatn, sempena nama kawasan itu yang dikenali sebagai Leiti.

Bagaimanapun, nama Leitisvatn hanya didaftarkan secara formal dan lebih dikenali dikalangan pelancong asing sahaja. Sementara penduduk tempatan pula masih menggelar tasik berkenaan mengikut nama yang dikenali sebelum ini.

Bagi masyarakat asli yang menghuni lembah Leiti, mereka menganggap kawasan tasik ini sebagai sebuah tempat suci. Bukan itu sahaja, malah sejak dari berdekad-dekad lagi penduduk sekitar turut mempercayai kandungan air yang memenuhi tasik berkenaan merupakan air terapeutik yang mempunyai khasiat tertentu.

Bermula selepas Perang Dunia Kedua berakhir, jumlah pelancong yang datang ke lokasi tersebut semakin bertambah.

Pengunjung-pengunjung bukan sekadar ingin melihat leindahan semula jadi tasik berkenaan tetapi ia juga turut menjadi lokasi memancing bagi kaki-kaki pancing di sekitar Eropah.

Saksikan keindahan gambar-gambar sekitar Tasik Vagar.

Vagar, Faroe Islands

-Sentiasapanas.com

Surat Paling Menyentuh Hati Seorang Isteri Yang Telah Meninggal

Surat Paling Menyentuh Hati Seorang Isteri Yang Telah Meninggal

Brenda Schmitz, ibu kepada empat anak lelaki, mati dua tahun lalu kerana kanser ovari.

Brenda Schmitz Sad Letter

Namun dia melakukan sesuatu yang menyentuh hati apabila meninggalkan sepucuk surat kepada sebuah stesen radio melalui kawannya. Amanat Brenda, surat itu dibacakan selepas suami menemui pengganti dirinya.

Stesen radio berkenaan, Star radio di Des Moines, Iowa, Amerika Syarikat menyiarkan sebuah program istimewa sejak 20 tahun lalu iaitu memperkenankan impian pendengar mereka sempena Krismas.

(Baca: Memori Cinta Yang Menyedihkan Dari Seorang Duda)

Tahun ini apabila mereka membaca surat Brenda, buat kali pertama semua kakitangan radio menitiskan air mata dan tiada sesiapa rasa mereka tergamak menghampakan permintaannya.

Dalam surat yang ditaip kerana menurut Brenda tangannya terlalu menggigil selepas menerima rawatan, ayat pertama memberitahu bahawa ketika surat itu dibaca dia sudah lama tiada kerana penyakit kanser ovari.

Klik untuk paparan penuh.

Seterusnya, Brenda memberitahu tiga permintaannya sempena Krismas.

Permintaan pertama Brenda adalah memanjakan orang baru dalam hidup suaminya di spa. Kata Brenda, wanita tersebut layak menerimanya selepas menyambung tanggung jawab memelihara 4 anak lelaki yang ditinggalkannya – sesuatu yang dia tahu bukan mudah dilaksanakan.

Seterusnya, Brenda meminta supaya keluarganya diberikan satu percutian dan yang terakhir, mengadakan satu jamuan untuk doktor dan kakitangan unit kanser di Mercy Medical Centre yang merawatnya dahulu.

Sebaik surat dibacakan, suami Brenda, David yang dijemput ke konti radio mengalirkan air mata.

David Schmitz

Ditanya perasaannya, David menyatakan dia tersentuh tetapi tidak terkejut dengan tindakan Brenda kerana selama ini dia sentiasa dapat ‘merasakan’ kehadiran Brenda walaupun selepas dia sudah meninggal dunia.

Segala permintaan Brenda dipenuhi stesen radio Star termasuk memberikan percutian magis kepada David bersama isteri baru, Jane dan anak-anak ke Disney World selama empat hari.

David Schmitz Family

“Sudah 20 tahun program khas Krismas kami bersiaran tapi ini kali pertama kami menerima permintaan sebegini.

(Baca: Tanda-tanda Seorang Wanita Meminati Anda)

“Semua orang menitiskan air mata bila mengetahui kemuliaan hati Brenda yang masih memikirkan orang-orang yang disayanginya meskipun selepas dia sudah tiada,” ujar pengurus jenama stesen radio tersebut, Scott Allen.

Sumber: Christianpost.com

Benarkah Kolesterol Telur Membahayakan Kesihatan?

Benarkah Kolesterol Telur Membahayakan Kesihatan?

Memakan telur dalam jumlah yang banyak boleh menjejaskan kesihatan kerana tahap kolesterol yang tinggi. Namun adakah benar fakta tersebut?

Telur

Sebenarnya, mengamalkan memakan telur ayam adalah baik kerana banyak khasiatnya. Ia adalah makanan asli yang ideal dan diterima sebagai diet harian manusia di seluruh dunia.

Sejak turun-temurun lagi, telur ayam menjadi makanan menyihatkan dan ubat bagi pelbagai penyakit.

Cara penyediaannya juga mudah. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada separuh masak, tiga suku masak, rebus, goreng, sambal, kari dan sebagainya.

Telur ayam kampung boleh dijadikan penawar atau ubat tradisional bagi merawat pelbagai penyakit. Permintaannya sangat tinggi kerana ia mengandungi vitamin dan galian yang mencukupi hasil daripada pemakanan haiwan tersebut yang asli dan organik, iaitu bebas daripada bahan kimia.

Sebiji telur ayam mengandungi lebih kurang 10 peratus cangkerang, 30 peratus kuning telur dan 60 peratus albumen (mengikut berat).

Kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak terlalu berbeza antara satu dengan lain, kecuali kandungan kolesterol telur itik adalah lebih tinggi sedikit iaitu lebih kurang 16.20 miligram bagi setiap gram kuning telur.

Bahagian putih telur mengandungi protein albumin yang juga merupakan vitamin larut lemak.

Apa yang agak unik adalah ia mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil avidin iaitu sejenis bahan antibiotik semula jadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur tersebut.

Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.

Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang.

Selain kolesterol, ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang penting, antaranya adalah 67 miligram sulfur atau lapan peratus daripada keperluan seharian.

BACA INI JUGA: Awas! Bahaya Penyakit Akibat Cakaran Kucing

Sumber: utusan.com.my

Saturday, December 28, 2013

Adab Penting Apabila Mandi Laut

Adab Penting Apabila Mandi Laut

Ketika hari cuti, memang bagus kalau anda semua membawa keluarga masing-masing ke tepi pantai untuk bermandi-manda. Seronok dapat melihat budak-budak bermain air dan lebih seronok lagi jika dapat melihat awek-awek main air.

Sexy_Beach_Girl

Tetapi, jangan pula lupa tentang adab ketika sedang mandi laut. Ada adab-adabnya juga..

1) Jangan menyamar sebagai buaya untuk menakut-nakutkan orang lebih-lebih lagi jika terdapat buaya di kawasan itu.

2) Jangan membuang air ketika sedang berenang. Lebih jahanam lagi jika korang berak terus dalam air.

3) Jangan bermain golf ataupun permainan-permainan yang tidak munasabah selain bermain bola baling ketika sedang mandi laut.

4) Hanya dibenarkan membuat istana pasir sahaja dan tidak dibenarkan sama sekali membuat rumah teres lot tepi ataupun rumah pasung di pesisir pantai.

5) Jangan sesekali menuba ikan atau mengebom ikan ketika sedang mandi beramai-ramai. Dikhuatiri akan diterajang secara bergilir-gilir oleh pengunjung lain.

Selamat mandi laut dengan beradab..hehe

(Baca: Ulang Tahun Ke 30 Paling Hebat Dalam Sejarah Manusia!)

-Sentiasapanas.com

HOT! Neelofa Kecewa Di Fitnah Berkhalwat!

HOT! Neelofa Kecewa Di Fitnah Berkhalwat!

Pelakon popular, Noor Neelofa Mohd.Noor atau dikenali sebagai Neelofa melahirkan rasa kecewa di atas dakwaan yang dilemparkan kepadanya hari ini.

Neelofa Berkhalwat!

Menurut Neelofa, sekiranya betul dakwaan yang diperkatakan itu, semestinya beliau masih berada di Malaysia untuk menyelesaikan kes khalwat tersebut.

“Sejujurnya saya sendiri tidak tahu menahu tentang hal ini sehingga ianya tersebar dan jika benar saya ditangkap khalwat, pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini.

“Sekarang saya berada diluar negara untuk meneruskan pengajian saya dan berharap orang yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel tersebut,” katanya menerusi laman Twitter.

Pengacara melodi itu turut mengharapkan agar pihak media menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat artikel sekeras ini.

(Baca: Suami Kantoi Curang Dalam Rancangan TV)

Ini kerana menurut Neelofa, artikel tersebut mampu menjatuhkan maruah dan kredibiliti sebagai seorang artis.

“Harap pihak wartawan berusaha untuk mendapat maklumat yang betuk sekurang-kurangnya tanya pihak berkuasa, Jabatan agama dan pihak polis terlebih dahulu sebelum membuat artikel ini.

“Artikel ini tidak masuk akal dan ia boleh menjatuhkan imej dan kredibilit artis.

“Dan kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam isi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi,” katanya.

Dalam laporan tempatan hari ini, Neelofa didakwa telah ditangkap khalwat malam kelmarin.

Sumber: Sinar Harian Online

Kisah Benar Di Ganggu Tetamu Misteri Di Banglo Lama!

Kisah Benar Di Ganggu Tetamu Misteri Di Banglo Lama!

Beberapa tahun lalu, semasa menjalani latihan industri di sebuah syarikat telekomunikasi tempatan, saya disediakan sebuah rumah banglo besar di sebuah bandar kecil di Melbourne, Australia.

Haunted mansion

Banglo konkrit berbentuk klasik ini terletak agak jauh daripada rumah-rumah lain. Suasana sunyi sepi. Saya teruja untuk memulakan kehidupan baru walaupun hanya sebuah bandar kecil.

Setiap hari saya menghabiskan masa yang sangat panjang berada di pejabat menyiapkan tugas-tugas penting dan apabila tiba di rumah saya betul-betul letih dan lesu.

Biasanya, selepas balik kerja, saya akan terus mandi dan berbaring di sofa ruang tamu sambil menonton televisyen sebelum bergerak ke bilik tidur.

Pada suatu malam, saya telah tertidur akibat terlalu letih. Malam itulah saya bermimpi yang sungguh aneh. Dalam mimpi itu saya melihat ada suatu lembaga aneh sedang asyik memerhatikan saya tidur.

Hantu di hujung katil
Lembaga itu betul-betul berdiri berdekatan kaki katil.

Lembaga aneh itu bersandar pada saya dengan wajah yang sangat marah. Wajah lembaga itu kelihatan seperti seorang lelaki tua yang sedang marah.

Matanya merenung tajam ke arah saya seolah-olah tidak berpuas hati. Renungan tajam itu membuatkan saya berasa amat takut lantas terjaga.

Perasaan saya mula bercampur-baur. Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah banglo lama itu. Perasaan saya tidak keruan. Sukar hendak diceritakan.

Pada malam ketiga menginap di rumah banglo itu, tiba-tiba suhu bilik jatuh ke paras yang sangat rendah.

Saya terjaga kesejukan sampai menggigil. Lebih memeranjatkan, saya terbatuk-batuk dan keluar wap semasa bernafas.

Pelik, mengapa suhu bilik tidur saya terlalu sejuk? Adakah suhu sejuk ini datang dari luar? Saya tertanya-tanya sendirian.

Saya mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. Kenapa tiba-tiba saja rasa sejuk sampai tahap berais di dalam bilik tidur saya?

Sekonyong-konyong, dari sudut penjuru meja bar, saya terlihat lembaga berkabus yang sedang bergerak beralun, perlahan-lahan melepasi bilik tidur saya. Saya menggosok-gosok mata untuk memastikan bukan bermimpi. Apakah objek aneh itu?

Hantu kabus
Kabus itu bergerak-gerak, beralun-alaun sekitar bilik.

Saya cuba bangun perlahan-lahan sambil menggigil kesejukan. Saya melihat kabus tersebut masih bergerak-gerak, beralun-alun. Saya memberanikan diri berjalan ke hadapan sedikit untuk melihat apakah sebenarnya yang sedang berlaku.

Saya cuba mengekori pergerakan lembaga berkabus itu. Tapi sebaik saya membuka pintu utama dihadapan rumah, kabus itu terus hilang.

Paling memeranjatkan saya, udara di luar rumah panas tapi mengapa dalam rumah bilik tidur sejuk menggila? Saya periksa suis air cond tapi tidak dibuka. Keanehan itu terus menghantui saya.

Seminggu sudah berlalu. Macam biasa balik rumah saya terus masuk ke bilik tidur. Tapi, petang itu sebelum melelapkan mata, saya terdengar bunyi tapak kaki persis seperti ada orang sedang berjalan.

TAP! TAP! TAP!

Bunyi asing itu datangnya dari arah ruang tamu. Tikus? Soal saya sendirian. Tiba-tiba bunyi derap tapak kaki itu hilang. Saya cuba tenangkan hati dan merancang untuk memanggil pembasmi tikus keesokkan hari.

Lalu, saya bangun menuju ke dapur untuk mengambil air minuman. Semasa berjalan di lorong kecil menuju ke dapur, saya terus mematikan langkah.

Saya terkejut besar. Saya ternampak ada sesuatu sedang berdiri di hujung lorong sempit itu. Kelibatnya hitam dan besar. Dada saya mula berdebar-debar. Mujurlah objek itu menghilang daripada pandangan.

Hantu kabus
Ada sesuatu sedang berdiri dihujung sempit itu.

Saya terus memberanikan diri terus berjalan ke ruang tamu cuba mencari objek hitam tadi tapi puas melilau memerhatikan ia tidak kelihatan di mana-mana.

Banglo ini memang tidak banyak perabot jadi tiada tempat boleh bersembunyi. Tapi setelah disiasat memang tiada sesiapa pun berada dalam banglo ketika itu kecuali saya seorang.

Setelah mengalami gangguan menyeramkan sejak seminggu tinggal disitu, saya semakin tidak selesa. Apa yang telah berlaku dalam banglo lama ini?

Saya pula tidak bermimpi atau mengalami halusinasi. Saya pasti lembaga besar, hitam berkilat yang saya lihat tadi benar-benar menyerupai seorang lelaki.

Saya berasa bingung. Siapa patut saya tanya dan apa yang patut saya buat untuk mengatasi gangguan mistik ini?

Saya biarkan saja kejadian pelik ini berlalu. Tapi beberapa malam kemudian saya kembali mengalami mimpi ngeri.

Ketika itu saya merasakan ada seorang sedang memerhatikan dan jantung saya berdegup kencang sehinggalah saya terbangun daripada tidur.

Sebaik terjaga, perasaan saya kuat menyuruh agar saya ke bahagian kanan bilik tidur. Tiba-tiba saya terpandang satu lembaga hitam legam lagi besar menyerupai tubuh seorang lelaki. Lembaga itu betul-betuk berdiri berdekatan kaki katil.

Saya tidak mampu bergerak sedangkan lembaga tersebut semakin menghampiri saya. Ketika itulah saya berasa sangat takut sehingga tidak mampu membuka mulut kecuali terus berdoa supaya terselamat sambil menggigil ketakutan.

Nasib baiklah tiba-tiba terpancar cahaya yang datang dari arah bilik mandi. Mungkin itu cahaya dari kenderaan orang yang memandu melepasi banglo yang saya diami.

Tapi, setelah cahaya itu muncul, lembaga hitam legam itu hilang melalui pintu bilik tidur berhampiran. Apakah lembaga yang saya lihat tadi? Hantu?

Saya tidak pernah percaya aktiviti paranormal dan saya beranggapan bahawa hantu hanyalah khayalan imaginasi manusia. Namun, saya tidak berminat hendak mengkaji apakah jenis makhluk aneh yang menghantui banglo lama itu.

Pada masa yang sama, saya tidak sanggup lagi untuk terus menunggu. Entah apa lagi insiden yang bakal berlaku.

Biarlah saya yang meninggalkan banglo ini. Saya membuat keputusan berpindah ke rumah lain.

Kiriman: Amir Shafuan dari Melbourne, Australia.

*Gambar-gambar diatas adalah hiasan semata-mata.

BACA INI JUGA: Hotel Berhantu Paling Seram Di Amerika

-SENTIASAPANAS.COM

Bekas Penyanyi Terkenal Kumpulan Raihan Jadi Penyanyi Jalanan!

Bekas Penyanyi Terkenal Kumpulan Raihan Jadi Penyanyi Jalanan!

Mungkin si lelaki berkopiah mirip Nazrey Johani ini adalah pelanduk dua serupa! Mana mungkin, bekas anggota Raihan yang terkenal sekitar 1990an itu menjadi penyanyi jalanan pula!

Nazrey Johani Jadi Penyanyi Jalanan

Dia mengesat peluh dan bajunya basah sambil menyanyikan lagu-lagu popular daripada kumpulan Raihan, sahlah itu memang Nazrey Johani!

Nun dibawah kanopi, anak-anak dan isterinya berteduh di bawah panas membahang ketika Nazrey terus menyanyi.

Ada dua biji tabung di kiri dan kanannya. Selepas menyanyi satu dua lagu, Nazrey berceloteh bagi memaklumkan pihaknya sedang mencari dana untuk membina dua buah sekolah tahfiz di Negeri Bawah Bayu, desa kelahirannya di Sabah.

At-Tahfiz Bayu Syuhadah sedang dibina di Kampung Bitoong dan Matupang di Daerah Ranau, Sabah.

"Berilah sumbangan seikhlasnya! Semoga Allah membalasnya!" rayu Nazrey.

(Baca: Bolehkah Roh Suami Meniduri Isteri Yang Masih Hidup?)

Sambil berbual-bual, Nazrey terus menyanyi lagu nasyid yang pernah dipopularkan suatu ketika dulu, 'Allahu'. Pengunjung semakin ramai menghulurkan derma, RM1, RM5 dan RM10.

Dana yang dicari melalui persembahan percuma di pasar-pasar tani dan pasar malam memang tidak mencukupi tetapi Nazrey percaya Allah akan membantunya selagi dia berusaha.

Dia juga yakin masyarakat Islam di Malaysia akan bersama-sama menyumbang bagi merealisasikan impiannya itu. Itulah saja cara terbaik lagi halal yang dapat dilakukannya.

Nazrey sedar kos bagi membina kedua-dua sekolah tahfiz itu di tanah seluas 30 ekar itu bakal menelan belanja yang besar tetapi dia tidak mahu mengalah. Dia percaya Tuhan akan merestui niatnya untuk melihat kewujudan dua buah pusat tahfiz itu menjadi kenyataan.

Sejak 2009 lagi, Nazrey sebenarnya sudah memulakan langkah merealisasikan impiannya dengan mengadakan Tours De' Tahfiz Concert melibatkan persembahan di pusat-pusat pengajian tinggi.

Bagaimanapun, dana yang dikumpulkan masih jauh daripada mencukupi. Dia tidak berputus-asa disamping doa dan tawakal, usaha berterusan perlu dilakukan biarpun dia berseorangan dalam menjalankan kerja-kerja dakwah ini. Dia tahu hanya dengan bekerja dan bersungguh-sungguh segala impiannya akan tercapai.

Setelah empat tahun berlalu, dana yang dicari masih jauh daripada sasaran tetapi Nazrey tetap nekad. Dia mesti terus berusaha biarpun terpaksa berhujan dan berpanas.

Dia buangkan segala perasaan malu. Biarpun dia seorang selebriti, bekas penyanyi kumpulan Raihan yang terkenal tetapi demi dakwah, dia harus berusaha tanpa jemu.

Dia bergerak bersendirian bersama keluarga menjelajah pasar tani seluruh negara bagi meneruskan pencarian dana tahfiz yang diimpikannya. Sejak mengundurkan diri daripada kumpulan Raihan, impiannya tidak pernah padam.

Impiannya sudah terlalu lama untuk mengasaskan sebuah kampung tahfiz di tanah kelahirannya di Sabah. Nazrey tahu jika dia tidak melakukannya, siapa lagi hendak diharapkan.

(Baca: Tanda-tanda Hati Yang Mati Dan Cara Untuk Merawatnya)

Sekolah tahfiz bagi menampung anak-anak belajar Al-Qur'an dan ilmu agama amat perlu didaerahnya.

Dia berazam untuk menghidupkan semula suasana pembelajaran agama dan menghafaz Al-Qur'an untuk anak-anak bangsanya.

"Doakan saya berjaya!" katanya.

Mari kita sama-sama mendoakan semoga impian Nazrey tercapai. Amiin.

Untuk info selanjutnya, bolehlah melayari blog Nazrey di SINI.

-Sentiasapanas.com

Pemandu Bas Cabar Usain Bolt Lumba 300 Meter!

Pemandu Bas Cabar Usain Bolt Lumba 300 Meter!

Raja pecut, Usain Bolt dengan mudah meninggalkan sebuah bas dalam perlumbaan di ibu kota Argentina di sini minggu lalu, lapor sebuah akhbar.

Usain Bolt beat a Buenos Aires bus
Bas berkenaan cuba memecut untuk memotong Bolt.

Kemenangan mudah pelari berusia 27 tahun dalam perlumbaan pada jarak 100 meter itu mendorong dia mencabar pemandu-pemandu bas di China pula.

"Adakah terdapat mana-mana pemandu bas di China yang mampu berlumba dengan saya?" tanya Bolt di laman rangkaian sosial Weibo.

Pada awalnya, tiada seorang pun pemandu kenderaan tersebut yang berani menyahut cabaran Bolt.

(Baca: Siapa Pencipta Patung Barbie Yang Terkenal Itu?)

"Pemandu bas dari Wuhan, Shanghai dan Shenzhen semuanya tidak berani berlumba dengan saya," katanya

Bagaimanapun, tidak lama kemudian seorang pemandu bas wanita dari bandar Dalian telah mencabar Bolt untuk berlumba tetapi bukan pada jarak 100 meter.

"Saya tahu bas saya tidak akan dapat memintasnya jika berlumba 100 m,manakala peluang saya adalah 50/50 pada jarak 200 m ," kata wanita tersebut.

"Namun, saya jamin akan dapat memotong Bolt dalam perlumbaan sejauh 300 m," tambahnya.

Setakat ini, raja pecut berkenaan masih belum menyahut cabaran wanita itu. -AGENSI



Friday, December 27, 2013

Rundingan TPPA Hampir Sampai Ke Kemuncak

Rundingan TPPA Hampir Sampai Ke Kemuncak

Perjanjian utama perdagangan bebas abad ke-21, yang sedang dirundingkan oleh 12 negara dalam Lingkaran Pasifik, termasuk Malaysia, dijangka dimuktamadkan seawal 2015.


Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) itu penuh kontroversi dan menarik banyak kritikan dan bantahan daripada pelbagai pihak berkepentingan, yang berhujah bahawa perjanjian itu dijangka memberi manfaat kepada Amerika Syarikat (AS), perbadanan besar dan mengancam kedaulatan negara manakala penyokongnya pula mendakwa ia mampu merangsang perdagangan.

Ini kerana TPP, yang melibatkan Malaysia, Singapura, Jepun, Vietnam, Brunei, Australia, New Zealand, Peru, Mexico, Chile, Amerika Syarikat dan Kanada, yang menyumbang kepada 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar dunia, akan memansuhkan halangan perdagangan dan membuka akses pasaran.

(Baca: Misteri Laut Mati Yang Gagal Di Rungkai Dunia Sains)

Pegawai Kanan Ekonomi Asean UBS Investment Bank Edward Teather berkata kerajaan di rantau Asean lebih bersedia untuk melibatkan diri dalam rundingan TPPA dan mengambil beberapa risiko politik yang merupakan sebahagian daripada agenda pembaharuan mereka untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi berikutan peningkatan unjuran terhadap ekonomi AS dan Eropah tahun depan.

“Kami menjangkakan eksport akan menyokong pertumbuhan ekonomi Asean tahun depan ketika kitaran kredit yang perlahan dan menyebabkan kurang keyakinan ke atas hutang dan defisit hutang semasa,” katanya kepada Bernama.

Beliau menjelaskan bahawa kadar faedah yang terlalu rendah dan lanjutan kredit, mendorong rakyat untuk berbelanja terlalu banyak.

Bagaimanapun, Teather berkata krisis tidak berlaku di rantau ini disebabkan lembaran imbangan di kebanyakan negara di rantau Asia Tenggara masih bersih.

Dalam kes Malaysia, beliau berkata, pemulihan dalam eksport dijangka menguasai ketika penyepaduan fiskal berterusan dengan kerajaan dijangkakan meneruskan agenda pembaharuannya, beralih daripada perbelanjaan subsidi yang membazir serta memberi tumpuan terhadap persekitaran perniagaan.

Dalam hal ini, beliau berkata TPPA merupakan petunjuk pembaharuan mengenai kesediaan Malaysia untuk mengambil bahagian dalam rundingan yang mencerminkan kesediaan untuk berubah pada tahun-tahun akan datang.

Teather mengunjurkan TPPA akan dilaksanakan seawal-awalnya pada 2015, dengan manfaat ekonomi dalam kalangan negara yang mengambil bahagian, diperoleh selepas itu.

Sementara itu, Wakil Perdagangan AS Michael Froman berkata kemajuan besar dicapai dalam empat hingga lima bulan lepas dalam memuktamadkan isu, mengurangkan perbezaan dan menumpukan perhatian kepada isu berkaitan politik dalam TPP.

Kami ingin memastikan perjanjian itu baik untuk semua negara yang terlibat,” katanya kepada Bernama baru-baru ini semasa melawat Malaysia. Beliau turut membincangkan dan berkongsi perspektif dengan menteri, Kaukus parlimen TPPA dan pihak berkepentingan.

Froman bagaimanapun tidak memberi petunjuk mengenai garis masa tertentu untuk memuktamadkan TPP, sebaliknya menyatakan bahawa kehadiran negara anggota berbincang dan mencari jalan untuk menangani sensitiviti, perbincangan boleh dimuktamadkan.

“Ini konsisten dengan standard tinggi keseluruhan perjanjian, dorongan untuk integrasi perdagangan di seluruh rantau ini dan selaras dengan matlamat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC),” katanya.

Dari segi sensitiviti dan isu-isu tertunggak, Froman berkata Bab Harta Intelek merupakan isu paling sukar dan mencabar.

Dalam rundingan menteri TPPA di Singapura dari 7 hingga 10 Disember, 2013, kenyataan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Malaysia menyatakan bahawa jurang yang luas masih wujud dalam banyak isu, dan memerlukan rundingan lanjut

Banyak isu mengenai perusahaan milik negara, alam sekitar, hak harta intelek (IPR) dan akses pasaran, masih belum jelas dan perunding telah ditugaskan untuk meneroka penyelesaiannya, kata MITI.

(Baca: Penciptaan Wang Kertas Adalah Penipuan Licik Puak Yahudi)

Tarikh sasaran akhir tahun untuk memuktamadkan rundingan TPPA yang ditetapkan oleh pemimpin pada Mesyuarat Pemimpin-pemimpin APEC di Bali pada Oktober 2013, terbukti sukar dicapai.

Malaysia terus berunding pada pusingan ke-18 dan 19 di Kota Kinabalu, Sabah dan Brunei tahun ini, menonjolkan kebimbangan khusus dan sensitiviti dalam bidang perolehan kerajaan, perusahaan milik negara, isu-isu Bumiputera, IPR, alam sekitar dan penyelesaian pertikaian pelabur serta keperluan untuk memberi fleksibiliti termasuk tempoh peralihan dan komitmen tertentu negara.

Malaysia terus bekerjasama dengan lain-lain anggota TPPA mengenai butiran pelonggaran ini.

Pada mesyuarat menteri TPPA di Singapura membabitkan rundingan akses pasaran, mencatat beberapa kejayaan dalam penawaran anggota TPPA, namun Malaysia meneruskan usaha untuk mendapatkan pakej yang lebih baik.

Malaysia membuat pendirian bahawa rundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan sepatutnya menjadi sumber rujukan pada rundingan TPPA yang sedang berjalan.

Perunding kini menyediakan jadual waktu kerja rundingan TPP akan datang.

Sementara itu, mesyuarat TPPA akan datang dijangka berlangsung pada Januari.

TPPA yang dikaitkan dengan serampang dua mata atau Kuda Trojan untuk dominasi ekonomi, pastinya mencetuskan minat besar. Namun ia merupakan senjata berbahaya dan berkuasa atas nama ‘perdagangan bebas’ Abad ke-21.

Sumber: Bernama

HOT! Pemilik Akaun FB Hasut Gulingkan Kerajaan Direman Lima Hari

HOT! Pemilik Akaun FB Hasut Gulingkan Kerajaan Direman Lima Hari

Pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II hari ini ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan berkaitan cubaan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember.

Asmaelz Hadzeny II

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Polis Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor berkata perintah reman diperoleh daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, kira-kira pukul 12 tengah hari.

Beliau berkata lelaki berusia 25 tahun itu kini ditahan di Bukit Aman bagi membantu siasatan.

(Baca: Top 10 Muka Hadapan Majalah Terkenal Paling Kontroversi)

Suspek yang diburu polis sejak minggu lepas, dibawa ke Kuala Lumpur pagi ini setelah dia ditahan pada 11 pagi semalam di Saratok, Sarawak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

PAS Kelantan Tolak Himpunan Gulingkan Kerajaan

PAS Kelantan Tolak Himpunan Gulingkan Kerajaan

Sementara itu, keputusan Pas Kelantan untuk tidak menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi jalanan yang akan diadakan pada malam sambutan tahun baru ini pasti akan mengejutkan ramai pihak khususnya mereka yang begitu taksub dan fanatik dengan fahaman revolusi.

Paling menarik apabila, keputusan tersebut dibuat dengan sebulat suara melalui mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan yang dipengerusikan oleh Dato Ahmad Yaakob di Bangunan Pas Jalan Dato Pati, Kota Baharu.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, Pas Kelantan memutuskan untuk tidak akan menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi pada tengah malam 31 Disember 2013 dengan alasan,TIDAK BERSETUJU DENGAN SLOGAN, 'GULINGKAN KERAJAAN'.

Ekoran keputusan yang dibuat itu juga, beberapa Pas kawasan di Kelantan yang sebelum ini merancang untuk turut mengikuti demonstrasi jalanan itu telah bertindak untuk membatalkan penyertaan mereka.

PAS Kelantan Tolak Himpunan Gulingkan Kerajaan

Masyarakat sebelum ini dikejutkan dengan laporan beberapa media dan portal pembangkang yang bertindak menyebarkan poster dan risalah mengenai perhimpunan pada malam 31 Disember ini.

Walaupun mereka mendakwa himpunan yang diadakan itu bagi mendesak dan memberi amaran kepada kerajaan berhubung isu kenaikan kos sara hidup.

Namun di dalam poster dan risalah yang disebarkan jelas tertera perkataan ‘Himpunan Guling Kerajaan: 31 Disember 2013'.

Pihak polis sebelum ini dilaporkan turut memburu beberapa individu yang dipercayai menjadi dalang dan penganjur program tersebut dan beberapa langkah proaktif turut diambil bagi menjaga kepentingan dan keselamatan pihak awam.

(Baca: Ngeri! Ritual Bunuh Diri Seppuku Masyarakat Jepun Yang Mengerikan)

Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 124 C, Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Menurutnya, siasatan juga akan dibuat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 Sosma kerana ia melibatkan kesalahan keselamatan.

Manakala Pas Terengganu ketika diminta mengulas mengenai perkara yang sama menjelaskan pihaknya langsung tidak tahu menahu kerana tidak mendapat maklumat mengenainya.

"Saya tiada maklumat mengenai perkara itu (himpunan guling kerajaan) dan tidak tahu pula sama ada perkara itu disebarkan melalui laman sosial kerana maklumat itu pun tidak sampai,” kata Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat.

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan,disebabkan keputusan yang dibuat itu Pas Kelantan telah dikecam oleh beberapa individu melalui laman sosial Facebook.

”Menteri Besar Kelantan jadi dayus suruhan Najib Altantunya setelah bersalam dengan Najib! Leher Amat Yaakob dah menjadi seperti kura-kura masuk dalam cengkerang!” kata salah seorang penguna Facebook di laman sosial itu.

Kesimpulannya walaupun Pas secara dasarnya menyokong himpunan yang bakal diadakan itu, namun masih ada segelintir di kalangan mereka yang jelas tidak bersetuju dengan pendekatan radikal sesetengah pihak yang terlalu kemaruk inginkan kuasa.

Ini kerana, mereka sedar percubaan untuk menggulingkan kerajaan melalui kekerasan hanya akan menyebabkan negara menjadi huru-hara sekali gus merugikan rakyat.

Sumber: Bernama/Badutrakyat

Majikan SPA Hampir Pitam, Pekerja Berzina Dalam Surau!

Majikan SPA Hampir Pitam, Pekerja Berzina Dalam Surau!

Seorang pekerja salun kecantikan di Taman Ipoh Jaya Timur, Rapat Setia, di sini, yang dipercayai melakukan maksiat bersama seorang lelaki dicekup majikannya dalam keadaan tidak berpakaian dipremisnya bekerja, awal pagi kelmarin.

Pekerja SPA Kantoi Berzina

Lebih memalukan, pekerja wanita berusia 23 tahun dan baru enam bulan bekerja di spa terbabit terkantoi melakukan perbuatan terkutuk itu bersama pasangannya yang berusia 25 tahun di dalam surau spa itu.

Menurut pemilik spa dikenali sebagai Yaya, 27, dia menangkap pekerjanya itu ketika bersama beberapa pekerja lain mahu menyimpan barang di kedainya jam 5 pagi kerana pembekal terpaksa menghantar barang awal pagi berikutan cuti Krismas.

(Baca: WTH! Umur 5 Tahun Sudah Pandai Buat Aksi Ghairah!)

“Saya hampir pitam akibat terkejut melihat pekerja terbabit bersama pasangan lelakinya tidur dalam keadaan bogel sebaik membuka pintu surau ditingkat atas kedai.

“Pasangan terbabit hanya menyedari kehadiran kami selepas dikejutkan beberapa kali dan sebaik tersedar, saya menyuruhnya memakai pakaian sebelum melaporkan kejadian berkenaan kepada polis,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Yaya berkata, sementara pasangan terbabit memakai pakaian, dia bersama yang lain menunggu kehadiran polis ditingkat bawah, namun kedua-duanya lesap melarikan diri mengikut koridor ditingkat atas meninggalkan kereta PERODUA Myvi didepan kedai.

Katanya, melihat kekecohan, beberapa jiran datang dan memeranjatkan apabila ada jiran mendakwa perbuatan maksiat dilakukan pekerja wanita warga tempatan itu berlarutan sejak lima bulan lalu.

“Jiran mendakwa hampir setiap malam terutama lewat malam dan awal pagi, ada lelaki datang ke spa kami, sedangkan perniagaan kami hanya beroperasi dari jam 11 pagi hingga 7 petang.

“Menurut jiran, lelaki yang datang pada waktu malam bukan seorang, tetapi ramai menaiki pelbagai kereta,” katanya.

Yaya berkata, pekerja berkenaan memecah masuk pusat kecantikannya lewat malam kelmarin, mengambil barangannya yang ditinggalkan di spa dan pasangannya mengambil kereta yang ditinggalkan.

(Baca: Pelayan Restoran Tayang Lurah Tarik Pelanggan)

Menurutnya, dia tidak sangka pekerja yang diberi kepercayaan menjaga premis termasuk diberi kunci tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu di premis perniagaan mereka.

“Sejak dua tahun beroperasi di sini, kami menjalankan rawatan kecantikan terutama pasangan pengantin dan salun rambut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong, mengesahkan mengenai kejadian dan pihaknya sudah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian serta menjalankan siasatan bagi mengesan pekerja wanita itu.

Sumber: Harian Metro

Nasihat Dr. Mahathir, 'Kurangkan Kos Bukannya Naikkan Harga'!

Nasihat Dr. Mahathir, 'Kurangkan Kos Bukannya Naikkan Harga'!

Putrajaya boleh meningkatkan pendapatan melalui pengurangan kos dan bukan melalui kenaikan harga barang keperluan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun Dr Mahathir Mohamad

Mantan perdana menteri itu berkata meskipun kerajaan memerlukan dana lebih besar setiap tahun bagi menanggung perbelanjaan yang semakin meningkat, kerajaan boleh menggunakan konsep ‘cost down’ untuk mengurangkan pembaziran.

“Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan.

“Adalah lebih baik mengurangkan kos, mengekalkan atau mengurangkan harga. Perkara sama boleh dilakukan kerajaan,” katanya dalam tulisan di blog Che Det hari ini.

Menurut Dr Mahathir, banyak dapat dijimatkan jika kerajaan serius bertindak berikutan Laporan Ketua Audit Negara mengenai ketirisan kerajaan.

“Kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya,” tulis beliau.

Dr Mahathir berkata Putrajaya boleh melakukan penjimatan sebanyak 50% jika lampu jalan digantikan dengan mentol LED.

“Penjimatan kepada bekalan elektrik dapat disalurkan kepada pengurangan subsidi bahan bakar bagi menjana tenaga namun ini tidak dilakukan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata meskipun rakyat memahami cukai lebih tinggi diperlukan bagi menanggung kos pembangunan tetapi peningkatan kos sara hidup harus selari dengan jumlah pendapatan.

“Pembayar cukai tidak mampu menanggung kenaikan cukai mendadak,” katanya.

Dr Mahathir turut menyarankan kesan kenaikan cukai perlu dikaji terlebih dahulu.

“Mesti diingat adalah kenaikan cukai meningkatkan kos sara hidup, kos menjalankan perniagaan, mengurangkan keuntungan serta pengurangan cukai korporat kerajaan,” katanya.

Mantan Perdana Menteri itu turut menyelar kerajaan kerana meningkatkan tarif elektrik pada kadar 15% yang disifatkannya satu lonjakan besar kepada pengguna elektrik domestik selain memberi kesan kepada kos pengeluaran industri.

Katanya, kenaikan tarif elektrik itu sewajarnya dinaikkan secara berperingkat bagi mengelakkan industri yang telah memeterai perjanjian pengeluaran menanggung kerugian besar.

“Kenaikan tarif elektrik pada kadar 15% adalah satu perubahan besar. Kerugian pemain industri akibat kenaikan tarif elektrik itu akan menyebabkan mereka membayar cukai korporat yang lebih rendah akibat tidak mendapat keuntungan besar.

“Kenaikan tarif boleh dilakukan secara berperingkat seperti 6% setahun untuk tempoh tiga tahun atau lebih lama. Jika formula itu digunakan, peningkatan sebenarnya boleh meningkat kepada 18% berbanding 15% yang diperkenalkan kerajaan sekarang,” katanya.

Dr Mahathir berkata melalui kaedah itu, kerajaan boleh menikmati kadar kenaikan lebih dari 15% tanpa menanggung apa-apa kerugian sebaliknya melengahkan kadar kenaikan tersebut.

Beliau tidak menafikan kerajaan memerlukan wang bagi mentadbir negara tetapi perlu memikirkan kos rakyat dan perniagaan sebelum memperkenalkan cukai baru.

“Ia tidak terlalu memberi kesan kepada kerajaan sebaliknya memberi faedah besar kepada rakyat. Malah hal itu akan dikenang dalam pilihan raya umum akan datang.

“Baru-baru ini, Presiden Perancis Francois Hollande meningkatkan cukai kepada 50% tetapi ramai yang meninggalkan Perancis bagi membangunkan perniagaan di negara lain,” katanya.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata semakan semula tarif elektrik mengambil kira kepentingan rakyat dengan memastikan kebanyakan rakyat tidak terjejas.

Beliau berkata kenaikan itu tidak akan menjejaskan kira-kira 71% daripada pengguna domestik di seluruh negara dengan tidak sampai 30% pengguna yang terlibat dengan kenaikan adalah pengguna industri dan komersial.

BACA INI JUGA: Benarkah Goods and Services Tax (GST) Hanya Memiskinkan Rakyat?

Sumber: mynewshub

Thursday, December 26, 2013

Merawat Penyakit Beguk Anak Anda

Merawat Penyakit Beguk Anak Anda

Sekali dalam seumur hidup, anda akan mengalami sakit serta bengkak di belakang telinga hingga dagu. Jika sudah melaluinya, anda adalah orang yang bertuah kerana ia tidak akan me­nyerang buat kali kedua.

Merawat Penyakit Beguk Anak Anda
Bengkak di belakang telinga hingga dagu.

Keadaan ini dipanggil beguk atau parotitis epidemik iaitu penyakit yang disebabkan jangkitan virus RNA Paramyxovirus. 

Ia menyebabkan bengkak dan rasa sakit pada kelenjar air liur terutamanya di bahagian hadapan dan bawah telinga, kebiasaannya membabitkan kelenjar parotid.

Menurut Ketua Unit Kesihatan Pekerjaan Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Dr Hazlee Abdul Hadi, virus penyebab beguk mudah berjangkit melalui percikan titisan air daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin.

“Virus ini juga boleh merebak melalui sentuhan langsung seperti mengutip tisu atau menggunakan gelas yang digunakan individu dijangkiti. Ia boleh menjang­kiti orang lain kira-kira seminggu sebelum kelenjar membengkak sehingga 9 hari selepas pembengkakan bermula,” katanya.

Beguk adalah penyakit yang sering berlaku pada kanak-kanak berusia antara lima hingga 14 tahun sebelum era vaksinasi.

Sebelum vaksin diperkenalkan pada 1967, beguk adalah penyakit yang biasa dihadapi. Di Amerika Syarikat contoh­nya, pernah mencatatkan lebih 200,000 kes beguk dalam setahun.

Namun selepas vaksin beguk diluluskan untuk kegunaan umum, catatan kes menurun kepada kurang daripada 1,000 kes setahun.

“Jangkitan beguk ­sangat jarang berlaku pada kanak-kanak kecil yang berusia kurang setahun. Dalam kebanyakan kes, seseorang itu hanya mendapat sekali jangkitan beguk seumur hidup. Sangat jarang jangkitan berulang kerana badan membentuk antibodi terhadap beguk untuk sepanjang hayat dan ia mampu menahan jangkitan kedua,” katanya.

Apakah tanda dan gejala beguk?

Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12 hingga 25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti (tempoh inkubasi ataupun pengeraman).

Antara gejala umumnya ialah:
  • Mengalami demam ­panas melebihi 39 ­darjah Celsius.
  • Sakit kepala.
  • Mulut kering.
  • Hilang selera makan.
  • Keletihan.

Gejala khusus yang ditonjolkan pula membabit­kan:

Pembengkakan dan sakit pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid. Ia boleh bertambah beng­kak jika berlaku aktiviti mengunyah, menelan dan bercakap.

Pengambilan makanan dan minuman yang masam atau berasid akan menggalakkan pengeluaran rembesan air liur daripada kelenjar terbabit hingga meningkatkan rasa sakit.

Namun, gejala ini kebiasaannya akan hilang dengan sendirinya dalam masa 10 hingga 12 hari. Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tidak menunjukkan tanda seperti di atas, namun mereka boleh menjangkiti orang lain. Perkara ini boleh berlaku pada satu daripada lima pesakit iaitu kira-kira 20 peratus yang dijangkiti beguk.

Adakah ia satu penyakit yang ringan (biasa)?

Walaupun ramai yang dijangkiti, beguk biasanya akan pulih sepenuhnya, namun ada kalanya parotitis virus ini boleh merebak ke organ lain dan menyebabkan komplikasi seperti berikut:

Ensefalitis (radang otak)

Ia sangat jarang terjadi iaitu kira-kira 0.1 peratus tetapi jika mengalaminya boleh menyebabkan berlakunya satu peratus kematian.

Meningitis (radang lapisan otak membabitkan 10 peratus daripada keseluruhan pesakit)

Ia berlaku pada hari kedua hingga 10 jangkitan dan gejala ringan radang lapisan otak ini dapat dilihat selama tiga hingga lima hari. Biasanya tidak menyebabkan komplikasi radang lapisan otak yang teruk.

Pankreatitis (radang pankreas membabitkan empat peratus pesakit)

Komplikasi ini yang jarang berlaku dan kebiasaannya tidak menyebabkan komplikasi yang teruk.

Orkitis (radang testis)

Masalah ini berlaku pada lelaki dewasa (15 peratus hingga 25 peratus) yang membabitkan sebelah testis saja. Ia jarang berlaku dan hanya sebilangan kecil boleh menjadi mandul.

Ooforitis (radang ovari membabitkan lima peratus pesakit beguk)

Keadaan ini berlaku pada perempuan dewasa menyebabkan abdomen bahagian bawah membengkak dan sakit.

Hilang pendengaran sementara jenis sensorineural (akibat kerosakan saraf)

Ia boleh membabitkan sebelah atau kedua-dua telinga (berlaku pada lima peratus pesakit mengalami beguk). Namun, hilang pendengaran kekal sangat jarang berlaku iaitu dalam anggaran satu bagi setiap 20,000 pesakit (0.005 peratus) saja.

Dr Hazlee berkata, kanak-kanak biasanya sembuh sepenuhnya tanpa sebarang kesan susulan berbanding orang dewasa. Bagaimanapun, kadar komplikasi boleh mening­kat seiring pertambahan usia si penghidap.

Sekiranya ia berlaku pada orang dewasa lelaki, komplikasinya mungkin lebih teruk seperti radang testis dan menyebabkan sebilangan kecil daripada pesakit ini boleh menjadi mandul.

Jangkitan beguk juga boleh membabitkan otak dan selaput otak. Oleh itu, dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor jika orang dijangkiti mengalami ketegangan leher, sawan, rasa mual dan sakit kepala yang keterlaluan atau tidak sedarkan diri.

Di samping itu, perhatikan juga sama ada orang dijangkiti ada mengalami sakit perut kerana ia mung­kin menunjukkan jangkitan berlaku di pankreas atau ovari bagi pesakit perempuan.

Selain itu, katanya, beberapa kajian terdahulu menyatakan beguk boleh mengakibatkan sehingga 25 peratus risiko keguguran bagi ibu hamil dalam trimester pertama.

Namun, hasil kajian terkini menunjukkan keputusan sebaliknya iaitu ibu yang menghidap beguk ketika hamil tidak mempunyai risiko me­ngalami keguguran, begitu juga risiko melahirkan bayi cacat.

Cara ia dikenal pasti

Biasanya secara klinikal iaitu melihat kepada gejala dialami. Tetapi ia juga boleh dipastikan melalui ujian darah dengan mengesan kehadiran antibodi IgM pada fasa akut yang kemudiannya diikuti antibodi IgG untuk penyakit beguk ini.

Virus penyakit ini juga boleh dikultur daripada spesimen yang dikesat daripada dalam mulut (buccal mucosa) atau sampel air kencing.

Bagaimanakah ia dirawat

Oleh kerana beguk disebabkan jangkitan virus, ia tidak boleh dirawat menggunakan antibiotik. Sehingga kini, tiada rawatan khusus untuk membunuh virus itu, namun gejala dialami boleh dilegakan menggunakan:
  • Parasetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit.
  • Mengambil lebih minuman untuk penghidratan tetapi elakkan meminum jus yang berasid yang merangsang kelenjar air liur.
  • Tuam tuala panas atau sejuk pada bahagian kelenjar yang bengkak untuk melegakan kesakitan.
  • Makan makanan lembut (tidak perlu banyak kunyah).

Individu yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ia tidak boleh lagi berjangkit (iaitu sehingga sembilan hari selepas pembengkakan kelenjar air liur) atau sehingga bengkak terbabit hilang.

Mitos

Tiada penyelidikan saintifik dilakukan untuk mengesahkan keberkesanan mengubati penyakit beguk dengan sapuan garam, gula dan nila pada kelenjar yang bengkak. Namun, kaedah berkenaan mungkin me­nyejukkan dan kerana itu memberikan sedikit rasa lega pada pesakit.

Bolehkah ia dicegah?

Beguk boleh dicegah menggunakan vaksin. Vaksin beguk diberi pada umur 12 bulan dan kemudian ketika berumur tujuh tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps, measles and rubella atau beguk, campak dan rubela).

Ia sangat berkesan untuk mencegah beguk malah 95 peratus penerima vaksin membentuk antibodi dan dengan itu mampu menghalang jangkitan beguk.

Menurut Dr Hazlee, beguk berbeza daripada penyakit goiter iaitu pembengkakan di leher akibat masalah kelenjar tiroid kerana ia terjadi apabila kelenjar ini membengkak. Walaupun tidak mendatangkan ketidakselesaan, goiter boleh mengganggu sistem menelan atau pernafasan.

Sebelum abad ke-20, goiter lazimnya disebabkan kekurangan iodin di dalam diet yang berpunca daripada tanah tempat ting­gal penduduk yang tidak mengandungi iodin.

Tanpa iodin secukupnya di dalam diet, tiroid tidak berupaya menghasil dan membebaskan dua hormon mengandungi iodin yang diperlukan tubuh. Pada 1920, penyakit goiter semakin berkura­ngan selepas garam yang dicampurkan iodin diperkenalkan di Amerika Syarikat.

Elak penyakit daripada merebak

Antara ketidakselesaan yang dihadapi apabila mengalami beguk ialah rasa malu untuk keluar rumah kerana wajah kelihatan gemuk sebelah. Sebenarnya ketika wajah nampak pelik inilah, anda perlu berada di rumah dan berehat supaya tidak menyebarkan ­virus penyebab beguk kepada orang lain khususnya kanak-kanak kecil dan orang tua.

Serangan virus penyebab beguk biasanya akan turut menyebabkan seseorang itu demam, sakit kepala, sukar mengunyah dan menelan makanan sehingga mengakibatkan pesakit hilang ­selera makan yang biasanya timbul dalam tempoh 12 ­hingga 25 hari selepas dijang­kiti.

Selain pengambilan ubat, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan dan membantu badan melawan serangan virus penyebab beguk iaitu:
  • Banyakkan minum air. Kekurangan air boleh memburukkan keadaan apabila badan menjadi semakin lemah. Jadi pastikan anda minum air masak lebih banyak daripada biasa atau mintalah ahli keluarga menyediakan sup yang jernih sama ada sup sayur atau ayam.
  • Banyakkan rehat. Sememangnya individu yang menghidap beguk akan diberikan cuti sakit. Gunakan cuti sakit ini sebaiknya untuk berehat dan tidur ­secukupnya. Jangan lakukan kerja berat dan lasak kerana ia akan memperlahankan penyembuhan.
  • Kawal demam dengan mengambil ubat seperti yang disarankan doktor. Jika badan panas, lapkan seluruh badan dengan tuala basah untuk menurunkan suhu badan.
  • Letakkan tuala yang direndam dalam air suam pada bahagian leher dan muka yang bengkak. Ia akan membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak.
  • Asingkan diri daripada bercampur dengan ahli keluarga lain supaya anda tidak menjadi penyebar virus beguk.
  • Makan makanan lembut yang mudah ­dikunyah dan ditelan. Paling baik lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia bukan saja banyak khasiat, malah boleh membantu mening­katkan sistem pertahanan badan serta mengurangkan gejala beguk khususnya sayur-sayuran yang kaya antioksidan seperti sayur-sayuran berdaun hijau, lada benggala dan tomato. Pada masa ini, gantikan daging dengan sumber protein yang lain seperti ikan, kekacang dan tauhu.

BACA INI JUGA: Timun Berkesan Merawat Kanak-kanak Yang Mengalami Kecacingan

Sumber: Harian Metro

Adakah Ini Bangunan Paling Nipis Di Dunia?

Adakah Ini Bangunan Paling Nipis Di Dunia?

Pernahkah anda membayangkan pembinaan bangunan yang sangat nipis akan berbentuk seperti apa?

Adakah Ini Bangunan Paling Nipis Di Dunia?

Kalau nak tahu, anda boleh mengintai sebuah bangunan di Shanghai, China. Bangunan tersebut didakwa sebagai yang paling nipis didunia.

Bangunan itu terletak di Jalan Ningbo dan kelihatan seperti hanya susunan bata.

Dengan bentuknya berbentuk segi tiga dan hujung bangunan yang sempit dan meruncing, membuatkannya digelar sebagai bangunan seterika.

(Baca: Inspirasi Kejam Terhasil Angkara Filem The Matrix)

Namun, tidak diketahui berapa ukuran tinggi, panjang atau luas bangunan unik ini.

Bentuknya yang menyempit di hujung membuatkannya hanya muat satu kerusi yang boleh diletakkan di depan tingkap rumah.

Kerana ruang yang sempit, ramai penghuni membuat bilik tambahan di tingkap yang ditutup pelapis agar lebih selesa.

Adakah Ini Bangunan Paling Nipis Di Dunia?
Adakah Ini Bangunan Paling Nipis Di Dunia?
Adakah Ini Bangunan Paling Nipis Di Dunia?
Adakah Ini Bangunan Paling Nipis Di Dunia?

Ramai penduduk mengatakan bangunan di Shanghai ini mirip dengan Flatiron Building di Manhattan, New York.

Terletak di Fifth Avenue, bangunan itu menjadi ikon Manhattan yang popular di kalangan pelancong.

[Sumber]

Dome Fuji, Lokasi Paling Sejuk Di Dunia!

Dome Fuji, Lokasi Paling Sejuk Di Dunia!

Sekumpulan saintis menemukan kawasan paling sejuk di muka Bumi dengan suhu 91.2 darjah Celsius di bawah paras beku, baru-baru ini.

Dome Fuji
Dome Fuji.

Menurut Sunday Times, kawasan ditemukan penyelidik dari Pusat Data Salji dan Ais Amerika itu dikenali sebagai Dome Fuji, yang terletak pada ketinggian 3,779 meter.

Dengan suhu 91.2 darjah Celsius di bawah paras beku, keadaan itu terlalu sejuk sehingga boleh menyebabkan mata, hidung dan paru-paru manusia membeku dalam tempoh beberapa minit.

(Baca: Baju Dalam Paling Sejuk Di Jepun)

Saintis menyatakan, suhu berkenaan adalah 13 darjah Celcius lebih rendah di bawah paras gas karbon dioksida boleh berubah menjadi ais kering.

Para penyelidik menggunakan satelit dan beberapa teknik lain untuk mengukur suhu di Artartika.

Vostok station
Vostok station.

Sebelum ini, Stesen Penyelidikan Vostok di Rusia, dianggap sebagai kawasan paling sejuk di dunia dengan suhu 89.2 darjah Celsius di bawah paras beku yang direkodkan pada musim sejuk tahun 1983.

(Baca: Ulang Tahun Ke 30 Paling Hebat Dalam Sejarah Manusia!)

Kumpulan penyelidik itu percaya, terdapat lokasi lain yang lebih sejuk memandangkan satelit hanya mengukur suhu dalam jarak satu kilometer persegi.

Oymyakon Village
Oymyakon Village.

Awal tahun ini, kampung Oymyakon di Rusia direkodkan kawasan berpenduduk paling sejuk di dunia dengan suhu purata 50 darjah Celsius di bawah paras beku. -AGENSI

Kenapa Islam Haramkan Melukis Gambar Wajah Nabi Muhammad?

Kenapa Islam Haramkan Melukis Gambar Wajah Nabi Muhammad?

Pada 30 September 2009, akhbar Denmark, Jyllands-Posten serta akhbar beberapa Negara Barat telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia dengan penyiaran beberapa karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Haram Melukis Gambar Nabi Muhammad

Malah, sebuah akhbar tempatan, Sarawak Tribune yang turut menyiarkan karikatur itu juga telah digantung penerbitannya oleh kerajaan.

Di laman facebook pula, pernah ada pihak-pihak yang bertindak biadap menganjurkan hari melukis wajah nabi Muhammad SAW.

Berikutan isu yang berlaku ini, masyarakat kembali hangat memperkatakan soal hukum menggambarkan wajah atau tubuh Nabi Muhammad SAW. sama ada dalam bentuk lukisan ilustrasi, ukiran patung dan seumpamanya.

Di kalangan masyarakat bukan Islam pula, segelintir mereka mempertikaikan soal kerasionalan agama Islam tidak membenarkan lukisan wajah atau jasad Nabi Muhammad SAW.

Bagi mereka apakah rasionalnya agama Islam menegah umatnya atau orang lain untuk melukis sebarang ilustrasi yang dikaitkan secara langsung kepada Nabi SAW?

Adakah agama Islam terlalu bersikap konsorvetif sehingga menghadkan hak kebebasan untuk berfikir dan berkreatif oleh umatnya sendiri?

Adakah akidah Islam terlalu rigid sehingga melukis wajah atau jasad Nabi SAW. boleh dianggap sebagai sesuatu yang boleh menggelincirkan akidah daripada landasannya yang benar?

Mungkin inilah beberapa kemusykilan dan persoalan yang sering berlegar-legar di minda mereka yang mahukan penjelasan dan kebenaran di sebalik isu yang timbul ini.

Golongan bukan beragama Islam di Malaysia boleh jadi bersetuju sekiranya kita mengatakan bahawa karikatur yang menggambarkan wajah dan sifat Nabi Muhammad SAW, sebagaimana yang disiarkan oleh beberapa Negara Barat itu adalah sesuatu yang melanggar etika beragama dan memang sepatutnya diharamkan memandangkan ia menyentuh soal sensitiviti beragama yang merupakan suatu hak yang tidak boleh dipertikai, disentuh atau diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak.

Sudah menjadi kelaziman setiap bangsa dan negara di dunia bersepakat untuk mengatakan soal agama adalah sesuatu yang suci dan tidak sekali-kali boleh dijadikan bahan sindiran dan gurauan.

Namun, persoalan yang masih wujud, apakah rasionalnya agama Islam tetap tidak membenarkan lakaran gambar Rasulullah SAW dalam apa jua cara dan kaedah?

Menjawab pertanyaan ini perkara penting yang harus difahami oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam polemik ini iaitu memahami bahawa Islam itu terbahagi kepada dua aspek utama yang saling berkait antara satu dengan lain dan adalah mustahil untuk memisahkan antara kedua-dua aspek ini.

Dua aspek yang dimaksudkan itu ialah akidah dan syariah.
  • Akidah dalam Islam adalah sesuatu yang menjadi pegangan atau kepercayaan umat Islam. Secara kasar ia meliputi soal ketuhanan, kenabian dan Hari Akhirat.
  • Manakala syariah pula merupakan suatu sistem perundangan atau cara hidup yang ditetapkan melalui sumber-sumber hukum tertentu yang antara lain bertujuan untuk menjaga kemurnian dan keutuhan akidah umat Islam itu sendiri. 

Sebagai contoh Islam menetapkan dari sudut akidah bahawa wajib setiap umat Islam mempercayai bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang rasul, manakala syariah pula menetapkan dan mengukuhkan lagi doktrin kepercayaan ini dengan menegaskan bahawa umat Islam yang memungkiri kepercayaan ini dengan sengaja tanpa sebarang takwilan dan keuzuran harus dijatuhi hukuman tertentu sebagai balasan di atas keengkarannya itu.

Dalam perspektif ini, syariah didatangkan oleh Islam dengan membawa pelbagai metod yang bersifat murunah atau fleksibel bertujuan membendung sebarang gejala yang boleh merendahkan, menghina mahupun merosakkan Islam, apatah lagi perkara yang menyangkut soal akidah dan kepercayaan atau disebut juga keimanan.

Oleh itu dalam banyak-banyak metod yang digunakan oleh syariah untuk membendung kerosakan adalah kaedah yang dipanggil sadd al-zari’ah yang bermaksud ‘menyekat jalan-jalan kerosakan’.

Kaedah ini adalah antara yang terbanyak digunakan sebagaimana yang terdapat di dalam nas-nas syarak yang bertujuan untuk menyekat terlebih dahulu sebarang jalan yang dikhuatiri boleh menjerumuskan umat Islam ke lembah kerosakan dan kemusnahan.

Sebagai contoh, Islam melarang perbuatan zina, larangan ini pula telah diterjemahkan oleh syariah dengan menyediakan batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita malah menetapkan etika berpakaian tertentu yang bertujuan secara umumnya untuk menyekat semua jalan-jalan yang boleh membawa kepada zina.

Begitu juga sekiranya kita berbalik kepada soal hukum melukis atau membuat lakaran wajah dan jasad Nabi Muhammad SAW, larangan terhadap perbuatan ini mempunyai signifikan tertentu memandangkan ia menyentuh secara langsung terhadap akidah anutan umat Islam itu sendiri dan memberi ruang untuk melakukan perbuatan tersebut ditakuti boleh memudaratkan kepercayaan dan keimanan bahkan melunturkan kesucian akidah Islam.

Pada dasarnya sudah ada hukum yang jelas oleh syariah berkaitan dengan gambar yang dibuat untuk diagung-agungkan atau dikuduskan.

Sejarah wathanniyah (keberhalaan) membuktikan bahawa golongan awal telah menghasilkan gambar atau patung bertujuan untuk kenang-kenangan, tetapi kemudiannya sampai ke tahap menguduskan dan menjadikannya sebagai perantaraan untuk beribadah.

Ahli tafsir menjelaskan tentang firman Allah s.w.t. melalui lisan Nabi Nuh a.s., “Dan mereka berkata, “Janganlah sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwa’, yaghuts, ya’uq dan nasr” (Nuh: 23).

Bahawa nama berhala yang disebutkan dalam ayat ini asalnya adalah nama-nama orang-orang soleh, tetapi ketika mereka meninggal dunia, syaitan membisikkan kaum mereka agar membuat patung-patung peringatan di majlis-majlis mereka dan menamakan mereka dengan namanya. Maka kaum itu pun melakukannya.

Asalnya ia tidak disembah, tetapi setelah generasi mereka hancur dan ilmu telah dilupakan, ketika itulah patung-patung tersebut disembah.

Dalam hal ini jelas menunjukkan bahawa syarak menegah daripada menggambarkan Nabi Muhammad SAW dalam bentuk lukisan dan sebagainya adalah untuk mengelakkan sebagaimana apa yang terjadi ke atas umat terdahulu sehingga sampai ke peringkat mengagungkan orang-orang suci mereka seumpama beribadah kepada tuhan.

Logika lain pula yang membawa kepada tegahan tersebut adalah dilihat kepada beberapa andaian yang boleh berlaku berdasarkan analisis para ulama Islam seperti berikut:-
  • Mengimaginasikan wajah atau jasad Nabi Muhammad s.a.w. sama ada dalam bentuk watak lakonan mahupun lukisan atau selainnya sekali-kali tidak akan dapat menyamai peribadi sebenar wajah atau jasad Nabi Muhammad s.a.w., oleh itu ia boleh membawa kepada impak pembohongan ke atas Rasulullah s.a.w. dalam bentuk perbuatan kerana pembohongan tidak semestinya dengan lidah semata-mata. Maka pembohongan ke atas rasul adalah sesuatu yang jelas pengharamannya dengan nas hadith sahih yang menyebut: “Barangsiapa yang membohongi aku dengan sengaja, maka tersedialah tempatnya di dalam neraka”.
  • Keaiban dan kekurangan yang berlaku disebabkan oleh kelemahan manusia untuk memberikan gambaran sebenar terhadap wajah dan jasad Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang dilihat sendiri dengan mata yang sihat adalah merupakan sesuatu yang mencacatkan keperibadian Rasulullah s.a.w. seterusnya dianggap sebagai perbuatan yang menyakitkan Rasulullah s.a.w. Hukum menyakitkan Rasulullah s.a.w. sendiri adalah sangat ditegah dan diharamkan oleh syariat berpandukan firman Allah s.w.t.: “Sesungguhnya orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah melaknati mereka di dunia dan di akhirat serta bagi mereka disediakan azab yang menghinakan”. (Surah al-Ahzab: 57)
  • Nabi Muhammad s.a.w. adalah merupakan model ikutan umat baginda, oleh itu mengimaginasikan baginda sehingga membawa kepada kecacatan dan keaiban boleh mencetuskan pandangan atau persepsi yang tidak adil atau menyeleweng terhadap keperibadian Rasulullah s.a.w. bagi umat yang mengikutinya. Sedangkan Allah s.w.t. berfirman dalam al-Qur’an: “Mereka (para nabi) itulah yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dengan petunjuk mereka (para nabi) itu, ikutilah ia”. (Surah al-Ahzab: 21)
  • Gambaran atau lukisan yang tidak bertepatan malah mustahil untuk ia bertepatan dengan keperibadian sebenar Nabi Muhammad s.a.w. yang dipamerkan juga boleh mengundang kesangsian umat Islam terhadap keimanan mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. atau sekurang-kurangnya melahirkan rasa hilang hormat terhadap kekudusan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai insan yang sempurna dari sudut akhlak dan kejadiannya. Implikasi yang lebih berat adalah ia boleh menjejaskan kepercayaan umat Islam terhadap Nabi Muhammad SAW sebagai qudwah ikutan serta sumber rujukan umat Islam selepas al-Qur’an.

Selain hujah-hujah di atas, keimanan kepada Nabi Muhammad SAW juga merupakan salah satu cabang beriman kepada perkara yang ghaib.

Namun ia termasuk dalam kategori ghaib yang tidak mutlak memandangkan Nabi Muhammad SAW hanya ghaib bagi umatnya yang terkemudian dan tidak ghaib bagi para sahabat dan generasi yang sempat hidup dan melihatnya ketika hayat baginda.

Oleh itu adalah menjadi sesuatu yang perlu diwaspadai kerana betapa banyak kesesatan yang wujud pada hari ini adalah berpunca daripada keterlaluan di dalam membicarakan persoalan ghaib.

Perkara ghaib dalam masyarakat Melayu pula sering dianggap sebagai sesuatu yang misteri, mistik, keramat dan sebagainya yang dikhuatiri kesemuanya boleh menjurus kepada kepercayaan khurafat.

Membenarkan lukisan wajah atau jasad Nabi Muhammad SAW juga bermakna membuka jalan untuk golongan tertentu melukis serta mengimaginasikan seluruh perkara-perkara ghaib lain yang terdapat di dalam Islam seumpama melukis gambaran Allah, malaikat, syurga, neraka dan selainnya.

Dari sini maka akan timbul pelbagai perkara tahyul dan khurafat yang boleh merosakkan kesucian Islam sedangkan Islam sendiri merupakan agama yang sangat mementingkan fakta, realiti dan kebenaran.

Menurut kesimpulan takrifan khurafat yang dibuat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di dalam buku Garis Panduan, Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual JAKIM, khurafat ialah sesuatu perkara mempesonakan berbentuk rekaan atau dongeng (legenda) yang karut yang menyimpang dari ajaran Islam sedangkan tahyul pula iaitu semua cerita sama ada khayalan atau rekaan yang meliputi cerita-cerita yang mempesonakan dan bercampuraduk dengan perkara-perkara yang dusta.

Bertolak dari penjelasan ini kita boleh membuat konklusi bahawa membenarkan imaginasi lukisan atau gambaran Rasulullah SAW secara langsung atau tidak langsung boleh menjurus kepada memasukkan unsur-unsur khurafat, tahyul dan khayalan ke dalam akidah Islam seterusnya ini sedikit demi sedikit akan menghakis sifat Islam sebagai agama yang bersih daripada dongengan, lebih-lebih lagi ia akan merosakkan sistem tathabbut iaitu memastikan setiap apa yang disandarkan kepada agama itu adalah betul-betul benar seperti yang disusun oleh para ulama seumpama dalam metodologi ilmu hadith dan ilmu usul fiqh.

Berasaskan dalil-dalil dan hujah-hujah yang dibentangkan di atas maka kita dapati bahawa para ulama Islam serta beberapa institusi Islam terkemuka telah mengumumkan fatwa pengharaman menghasilkan lukisan atau apa-apa gambaran berbentuk imej Rasulullah SAW.

Antaranya adalah fatwa Syeikh Hasnain Makhluf pada bulan Mei 1950 dalam kitab al-Fatawa al-Islamiyyah, jilid 4, mukasurat 1297, Lajnah Fatwa al-Azhar pada bulan Jun 1968, Majlis Majma’ Buhuth al-Islamiyyah pada bulan Februari 1972 dan Majlis Majma’ al-Fiqh al-Islami Makkah kali ke-8 pada tahun 1405 hijrah.

Pengharaman ini adalah bertitik tolak daripada pendirian para ulama Islam yang mahu menjaga kepentingan Islam serta penganut agama Islam itu sendiri dan ia telah dijelaskan berpandukan hujjah-hujjah naqli (al-Qur’an dan al-Sunnah) dan aqli atau rasional pemikiran manusia.

Namun sekiranya masih kedapatan mereka yang masih mempertikaikan keputusan tersebut, itu bukanlah timbul kerana kepincangan hujjah-hujjah di atas tetapi sekadar sifat manusia yang tidak pernah puas serta tidak tahu menghormati kepercayaan orang lain ditambah pula dengan ketegaran untuk tidak memahami keutamaan keharmonian beragama di Negara ini.

BACA INI JUGA: Kisah Insan Yang Dihina Seekor Anjing

Sumber: Nursyawalini

Artis-artis Hollywood Yang Membenci Watak Ikonik Sendiri

Artis-artis Hollywood Yang Membenci Watak Ikonik Sendiri

Carrie Fisher sebagai Princess Leia dalam "Star Wars", Sean Connery sebagai watak titular "James Bond", dan Christopher Reeves sebagai Superman.

Princess Leia in Star Wars

Mereka menjadi popular melalui karakter ikonik yang mereka lakonkan. Senang kata, karakter tersebutlah yang menaikkan nama mereka di persada antarabangsa.

Tapi jangan sangka hanya kerana karakter tersebut menjadikan mereka nama besar, itu bermakna para pelakon di bawah ini suka dengan watak tersebut.

Kate Winslet sebagai Rose DeWitt-Bukater ("Titanic", 1997)

Kate Winslet as Rose DeWitt-Bukater Titanic, 1997

Sekalipun dia banyak memenangi anugerah hanya selepas beberapa tahun menjadi pelakon, filem "Titanic" yang telah menaikkan lagi nama pelakon British ini ke persada antarabangsa. Melalui lakonannya sebagai si aristokrat Rose, Winslet menerima banyak tawaran lakonan dari Hollywood selepas itu.

Namun begitu, Winslet tidak menyukai lakonannya dalam "Titanic". Dia membenci setiap babak yang dilakonkannya, dia tidak suka loghat Amerikanya dan seringkali berkata yang dia ingin melakukannya sekali lagi untuk memberikan persembahan yang lebih baik.

Selain itu, Winslet juga sudah bosan dengan lagu tema "Titanic", "My Heart Will Go On" nyanyian Celine Dion!

Robert Pattinson sebagai Edward Cullen ("The Twilight Saga", 2008-2012)

Robert Pattinson as Edward Cullen The Twilight Saga, 2008-2012

Dia mungkin menjadi kegilaan ramai wanita dan gadis remaja sebagai pontianak kacak lagi misteri, Edward Cullen dalam francais adaptasi "Twilight" karya Stephenie Meyer ini. Tapi itu tidak bermakna Pattinson menyukai watak Edward mahupun novel asalnya.

Dalam beberapa temuramah media, Pattinson dilaporkan berkata yang dia tidak fikir novel tersebut patut diterbitkan. Dia menganggap Edward karakter yang agak menjelekkan, dan penulisnya Meyer jelas sekali terlalu obses dengan watak ciptaannya itu.

Malah katanya, sangat mudah untuk melakonkan watak Edward, "Saya hanya perlu buat muka khayal dan gabungkan dengan ekspresi sembelit!"

Berkenaan hubungan antara Bella dan Edward pula, Pattinson berkata, "Jelas sekali ada yang tak kena dengan Bella dan ada yang tak kena dengan Edward."

Jack Lloyd sebagai Anakin Skywalker ("Star Wars Ep. 1: The Phantom Menace", 1999)

Jack Lloyd as Anakin Skywalker Star Wars Ep. 1 - The Phantom Menace, 1999

Jack Lloyd amat bencikan popularitinya sebagai Anakin Skywalker sehingga dia tidak lagi rasakan keseronokan berlakon.

Pada awalnya dia menjadi tumpuan umum apabila dipilih oleh George Lucas untuk melakonkan watak Anakin Skywalker, ketika dia hanya berusia lapan tahun.

Namun begitu, semuanya jadi haru-biru apabila "Star Wars Episode I" menerima kritikan hebat dan dianggap sebagai filem "Star Wars" yang paling tidak menarik.

Disebabkan itu, Lloyd menjadi mangsa kutukan ramai. Jelasnya, disebabkan kegagalan "Star Wars Episode I" untuk menandingi kehebatan filem-filem awalnya, dia menjadi bahan ejekan di sekolah.

Jelas Lloyd, "Budak-budak lain kejam pada saya. Setiap kali saya lalu depan mereka, mereka akan buat bunyi light saber dan memperlekehkan saya. Dalam masa yang sama, saya terpaksa pula menghadiri lebih kurang 60 temuramah dalam sehari untuk aktiviti promosi!"

Christian Bale sebagai Jack Kelly ("Newsies", 1992)

Christian Bale as Jack Kelly Newsies, 1992

Dia mungkin popular dengan filem-filem seperti "The Prestige" dan "Predators", dan dipuji untuk lakonan dalam "American Psycho" dan trilogi "Dark Knight" Christopher Nolan, tapi semuanya bermula dengan filem muzikal "Newsies".

Ya, filem itu mungkin tidak laris ketika ia ditayangkan di pawagam, tapi dalam masa yang sama, Bale menjadi pelakon idaman ramai gadis-gadis remaja untuk lakonannya sebagai Jack "Cowboy" Kelly.

Malangnya, Bale sendiri cukup benci dengan semua yang berkaitan "Newsies".

Mengapa? Kata Bale, "Pada usia 17 tahun, anda mahu menjadi pelakon serius dan berlakon dalam filem-filem serius, bukan filem muzikal. Mujur saya berjaya mengharunginya, sekalipun agak lama untuk itu berlaku!"

Christopher Plummer sebagai Captain von Trapp ("The Sound of Music", 1965)

Christopher Plummer as Captain von Trapp The Sound of Music, 1965

"Hamlet at Elsinore", "Little Moon of Alban", "Cyrano de Bergerac", "Murder by Decree". Ini contoh-contoh filem hebat yang mana Plummer ingin jadikan sebagai sumber rujukan apabila orang menyebut namanya.

Tapi dia lebih dikenali di seluruh dunia melalui watak Kapten von Trapp, seorang kapten tentera laut Austria merangkap duda tujuh orang anak yang mengupah seorang postulant gereja bernama Maria untuk mengasuh anak-anaknya.

Filem tersebut kemudiannya menjadi antara filem muzikal terlaris di dunia dan menaikkan lagi nama Plummer dan Julie Andrews.

Plummer cukup benci dikaitkan dengan filem tersebut. Sekalipun dia memang ingin melibatkan diri dalam filem muzikal, dia tidak suka dengan watak Kapten von Trapp yang dianggap terlalu membosankan.

Malah kata Plummer, "Kapten von Trapp terlalu membosankan sehinggakan usaha untuk menjadikan watak itu lebih menarik sama saja seperti menyebat kuda yang dah mati!"

Malah Plummer mengkritik "The Sound of Music" sebagai filem yang teruk dan sentimental.

Dia menggelarnya "The Sound of Mucus" dan "S&M", dan enggan menghadiri kebanyakan pertemuan semula barisan pelakon filem tersebut yang seringkali diadakan pada hari ulangtahun penayangannya.

BACA INI JUGA: Selebriti-selebriti Terkenal Yang Meninggal Sebelum Tamat Penggambaran

8 Makanan Rahsia Kekal Sihat Dan Awet Muda

8 Makanan Rahsia Kekal Sihat Dan Awet Muda

Setiap manusia inginkan kesihatan yang berpanjangan. Ingin kekal awet muda walaupun di mamah usia. Agak mustahil untuk menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang masalah. Kadang-kala, masalah kesihatan itu timbul sejak kita baru dilahirkan lagi.

Makanan Awet Muda

Namun, bukan semua orang memiliki kesempurnaan dan kesempurnaan tidak akan lengkap tanpa hidup yang lebih sihat.

Dibawah, terdapat 8 makanan rahsia untuk kekal sihat dan awet muda:

Makan makanan yang di panggang/rebus

Semestinya, makanan yang di panggang atau direbus merupakan cara memasak yang terbaik untuk badan sihat terutamanya ikan.

Pengambilan ikan jenis mackerel, sardin, salmon dan dori yang dipanggang atau rebus boleh membuatkan denyutan jantung yang lebih baik.

Minum kopi

Menurut kajian daripada pakar pemakanan California, mendapati kafein melindungi fugsi otak. Manakala pakar daripada Perancis pula mengatakan wanita yang minum kopi 3 kali sehari dapat mengelakkan penurunan kognitif sebanyak 30 peratus.

Malah, mereka tidak mengalami masalah ingatan pada usia tua berbanding si bukan peminat kopi.

Ambil vitamin D

Vitamin D membantu penurunan tekanan darah, meningkatkan 'antibody' badan dan melindungi daripada sebarang penyakit kanser serta jantung. Antara sumber vitamin D seperti sinaran matahari pagi, minyak ikan, salmon, tuna dan udang.

Zaitun kombinasi makanan terbaik

Masukkan kekacang, ikan, sayuran dan buahan dalam menu harian bersama minyak zaitun.

Pengambilan makanan segar ditambah dengan minyak zaitun akan membuatkan anda kelihatan lebih muda dua tahun daripada usia sebenar. Jadi, tukar minyak masak dan mentega roti kepada minyak zaitun.

Makan lebih banyak sayur

Gantikan snek pada waktu lapang anda kepada salad segar atau buah-buahan. Belilah sayuran dan buahan yang masih segar.

Bersihkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti ais. Ia bertujuan untuk mengelakkan kerosakan vitamin yang ada dalam bahan makanan tersebut.

Nikmati teh hijau

Pakar pemakanan China mengatakan, seseorang yang minum teh hijau akan kelihatan lebih muda 5 tahun daripada usia sebenar berbanding orang yang minum teh biasa. Tambahkan hirisan lemon bersama teh untuk memberi kekuatan pada badan melawan penyakit.

Kawal pengambilan gula dan garam

Tanpa kita sedari, gula dan garam merupakan lemak jahat yang mampu menyumbat arteri sehingga meningkatkan tekanan darah. Jadi, anda perlu mengawal pengambilan gula dan garam setiap hari.

Elakkan makanan dalam tin

Makanan diproses dalam tin mempunyai bahan kimia yang banyak bagi mengelakkan makanan itu cepat rosak. Memang ia menyenangkan kerja anda, tetapi ia membahayakan kesihatan anda juga.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com