Thursday, December 26, 2013

HOT! Soo Wincci Tersenarai 100 Wanita Tercantik Di Dunia!

HOT! Soo Wincci Tersenarai 100 Wanita Tercantik Di Dunia!

Nama Soo Wincci pastinya tidak asing lagi buat penggemar program masakan popular Masterchef Malaysia.

Soo Wincci - Senarai 100 Wanita Tercantik Di Dunia 2013

Terbaru, Soo Wincci telah dinobatkan sebagai salah seorang daripada 100 wanita tercantik di dunia untuk tahun 2013 yang dikeluarkan oleh Independent Critics yang berpangkalan di United Kingdom dan Amerika Syarikat, baru-baru ini.

(Baca: Gadis Cantik Yang 'Rosak' Kerana Seorang Lelaki)

Wincci berjaya menduduki tangga ke 91, di hadapan nama-nama besar Hollywood yang lain antaranya Rosie Huntington-Whiteley dan Amanda Seyfriend yang masing-masing menduduki tangga 93 dan 100 dalam carta tersebut.

Gelaran Wanita Tercantik pula diraih aktres Marion Cotillard.

Pemenang Miss World Malaysia 2008 dalam reaksinya berhubung perkara itu berkata kepada Harian Metro, “berita nama saya tersenarai dalam carta itu membuatkan saya bangun semula untuk bekerja keras mengharumkan nama negara”.

(Baca: Top 10 Negara Dengan Wanita Tercantik Di Dunia )

Sementara itu, Wincci kini masih lagi sibuk dengan proses rakaman rancangan Masterchef Allstars yang disiarkan di Astro Ria pada setiap hari Sabtu hingga Selasa.

Sumber: Mynewshub

Koleksi Kereta Mewah Mendiang Paul Walker

Koleksi Kereta Mewah Mendiang Paul Walker

Sememangnya dunia permotoran kereta tidak asing lagi bagi mendiang Paul Walker.

Paul Walker Car Collection

Selain filem-filem yang dibintanginya banyak berunsurkan kelajuan dan kereta sport, ironinya kematiannya pun disebabkan oleh pemanduan laju dalam kereta mewah yang dinaikinya.

Ketika hayatnya, pelakon siri filem Fast & Furious ini gemar mengumpul kereta-kereta mewah dan antik, yang dijadikan sebagai koleksi peribadinya.

(Baca: Gambar Topeng Kematian Tokoh-tokoh Terkenal Dunia )

Terdapat puluhan jenis model kereta dari pelbagai jenama yang disimpan di sebuah gudang antaranya Ferrari, Audi dan BMW.

Di bawah merupakan sebahagian koleksi kereta-kereta mewah yang dimilikinya.

Paul Walker Car Collection
Paul Walker Car Collection
Paul Walker Car Collection
Paul Walker Car Collection

Kini, selepas ketiadaannya mungkinkah semua kereta ini akan diwarisi oleh satu-satunya waris Paul iaitu anak perempuannya, Meadow Walker?

"Fast & Furious 7" bakal ditayangkan April 2015

Fast & Furious 7 in cinema 10 April 2015

Teka-teki tarikh tayangan filem "Fast & Furious 7" akhirnya terjawab selepas produksi filem ini dihentikan buat sementara waktu kerana salah seorang pelakon utama, Paul Walker maut akibat nahas jalan raya pada November lalu.

Berita ini diumumkan oleh pelakon utama Vin Diesel menerusi laman sosial Facebook miliknya dengan memuat naik sekeping foto bersama Walker ketika penggambaran babak terakhir mereka.

"Fast & Furious 7" akan ditayangkan pada..... 10 April 2015!"

Diesel turut menambah, "P.s: Dia pasti mahu anda mengetahuinya terlebih dahulu" yang ditujukan kepada Walker.

Filem ketujuh daripada siri popular arahan James Wan yang mengisahkan perlumbaan kereta ini pada awalnya dijadualkan untuk tayangan pada 11 Julai tahun depan.

(Baca: Most Bizarre Accidents In World History)

Walker, 40, yang memegang watak sebagai polis samaran Brian O'Conner dalam filem ini telah terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Santa Clarita, California Selatan pada 30 November lalu dengan seorang lagi rakannya, pemandu Roger Rodas.

Sehari selepas nahas tersebut, Universal Pictures telah menangguhkan produksi filem tersebut.

Adik kepada Paul Walker, Cody Walker sebelum ini dilaporkan bakal menggantikan watak abangnya.

Sumber: Mynewshub/Tupai

Wednesday, December 25, 2013

Asal-usul Sambutan Hari Krismas

Asal-usul Sambutan Hari Krismas

Saban tahun, 25 Disember disambut dengan meriah oleh kira-kira 2 bilion penganut Kristian di seluruh dunia dan tarikh 25 Disember merujuk kepada kelahiran Nabi Isa atau Jesus Christ.

Christmas

Perkataan “Krismas” berasal dari istilah Yunani iaitu “Mass Kristus” yang membawa maksud Perayaan bagi al-Masih.

Sambutan perayaan ini sebenarnya wujud berabad-abad sebelum Isa dilahirkan tetapi tidak pernah didoktrin dalam agama Kristian sehingga beberapa abad selepas kematian Nabi Isa.

Church of Nativity
Di sinilah (Church of Nativity) dikatakan Nabi Isa dilahirkan.

Catholic Encyclopedia Edisi 1911 menggambarkan bahawa perayaan Krismas bukan berasal daripada Palestin tetapi dari Mesir.

Dalam ekslopedia itu menyatakan perayaan Krismas dipengaruhi ajaran paganisme daripada Mesir.

Perayaan Pagan sekitar Januari hari pertama setiap tahun benar-benar telah mempengaruhi tarikh 25 Disember yang kini dirayakan sebagai perayaan Krismas.

Origen (AD 186-238), ahli teologi abad ketiga dan digelar ‘bapa pengkritik Bible’ pernah menulis;

Dalam Kitab Suci, tiada seorang pun yang direkodkan telah merayakan hari jadi atau mengadakan jamuan yang besar pada hari lahirnya.

Ia hanya orang-orang yang zalim dan toghut [seperti Firaun dan Herod] yang membuat hari berfoya-foya yang gah pada hari mereka dilahirkan di dunia. (Dipetik daripada 1911 Catholic Encyclopedia, artikel Hari Krismas).

Apabila kebanyakan penganut Kristian merayakan perayaan Krismas pada 25 Disember (Kalendar Gregory) saban tahun, terdapat penganut Kristian beraliran oriental seperti Armenian Apostolic Church dan beberapa yang lain menyambut perayaan Krismas pada 6 atau 7 Januari (Kalendar Gregory).

Di barat, tarikh 25 Disember berkait rapat dengan perayaan penganut agama pagan dahulu kala. 25 Disember dikaitkan dengan Festival Yule iaitu sejenis festival keagamaan bagi kaum paganisme Jerman sebelum kedatangan Kristian. Festival ini dirayakan daripada pertengahan Disember sehingga awal Januari berdasarkan Gemanic Lunar Calendar.

Jika Festival Yule dikaitkan dengan Krismas di barat, di timur, perayaan Krismas dikaitkan dengan Festival Dies Natalis Solis Invicti atau Festival Kelahiran Sol Invictus. Sol Invictus adalah tuhan matahari yang disembah oleh bangsa Rom Byzantine yang mana telah diadaptasi daripada tuhan bangsa Syria, Elagabalus.

25 Disember dikaitkan dengan tarikh kelahiran seorang lagi figura ajaran Paganisme iaitu Mitra. Mitra adalah dewa masyarakat Parsi yang kemudiannya diadaptasi oleh orang Rom sebagai dewa mereka.

Ajaran Mitra dikenali Mitraism yang menjadi anutan ramai masyarakat Rom sebelum kedatangan Kristian pada abad ke-4 masihi.

Mithra
Ukiran dewa Mithra.

Manuskrip pertama yang menyatakan Perayaan Krismas 25 Disember dijadikan cuti umum adalah Calender of Filocalus. Ia dihasilkan untuk Valentinus, seorang bangsawan Rom beragama Kristian.

Selain tarikh 25 Disember sebagai tanggal kelahiran Jesus Christ, tarikh-tarikh lain turut dikatakan mempunyai kaitan dengan kelahiran Jesus Christ.

Setiap tarikh mempunyai kekuatan dan alasan yang tersendiri sepertimana tarikh 25 Disember yang menjadi tarikh umum kononnya Jesus Christ dilahirkan.

Tarikh-tarikh tersebut adalah 5 Januari, 6 Januari, 25 Mac, 28 Mac, 19 April, 20 April, 20 Mei, 21 Ogos, 17 November dan 19 November.

Santa Claus adalah nama paling dominan apabila datangnya perayaan Krismas. Santa Claus berasal daripada perkataan Belanda iaitu SinterKlaas.

Santa Claus sebenarnya adalah nama gelaran kepada Saint Nicolas of Myrra yang hidup sekitar abad ke-4 masihi.

Beliau memiliki kegemaran memberi hadiah secara rahsia kepada kanak-kanak yang kemudian menjadi model kepada Santa Claus pada hari ini.

Lazimnya, amalan pemberian hadiah dilakukan pada 6 Disember sempena hari perayaan (feast day) St. Nicholas of Myrra.

St. Nicholas of Myrra
Lukisan dinding mengambarkan St. Nicholas of Myrra.

Warna tradisional Hari Krismas adalah merah, putih, hijau, perak dan juga warna keemasan. Merah melambangkan darah Jesus Christ ketika disalib manakala hijau melambangkan keabadian kehidupan.

Pokok Krismas antara salah satu elemen paling utama apabila menjelang perayaan Krismas. Pokok Krismas diadaptasi daripada amalan kaum pagan apabila menjelang musim Sejuk Solstis yang menjadikannya sebagai bahan untuk upacara penyembahan.

Apabila agama Kristian tersebar di Eropah, kaum pagan yang telah memeluk Kristian meneruskan tradisi ini semasa perayaan Krismas.

Bentuknya seakan-akan segitiga dikaitkan dengan doktrin triniti yang menjadi dasar mazhab Katholik.

Pokok Krismas - Christmas Tree
Pokok Krismas.

Perkataan ‘Christmas Tree’ direkodkan buat pertama kali pada 1835 yang mana diambil daripada perkataan Jerman. Pokok Krismas digunakan buat pertama kali semasa perayaan Krismas oleh pengasas mazhab Prostestan, Martin Luther(1483-1546) pada abad ke-16.

Martin Luther
Martin Luther.

Sepertimana Pokok Krismas yang menjadi elemen utama semasa perayaan Krismas, Orang Salji atau Snowman juga sering mewarnai kemeriahan perayaan Krismas.

Asal-usul Orang Salji masih tidak dapat dipastikan namun ilustrasi Orang Salji boleh ditemui di dalam buku ‘Book of Hours’ yang bertarikh 1380 di The Hague. Kemungkinan besar, penggunaan Orang Salji digunakan lebih lama daripada tarikh tersebut.

Orang Salji paling besar pernah dibina adalah Orang Salji yang dibina di 2008 di Bethel, Maine. Orang Salji tersebut berdiri setinggi 37.21 meter dan dinamakan Olympia sempena Senator Parti Republikan Amerika Syarikat, Olympia Snowe.

'Olympia'
'Olympia'.

Sebagai tambahan, sebuah kawah Asteroid 4 Vesta membentuk seakan-akan Orang Salji. Ia dirakam pada oleh Prob angkasalepas tanpa pemandu, Dawn pada 6 Ogos 2011.

'Snowman Crater'
'Snowman Crater'.

Perkataan Krismas sering disingkat menjadi ‘Xmas’. Ia diambil daripada abjad Greek yang ke-22 iaitu ‘X’. Sebutan ‘X’ memberikan bunyi seperti ‘Christ’ dan lama-kelamaan menjadi singkatan kepada perkataan Krismas.

Tarikh 25 Disember juga merupakan tarikh kelahiran bagi beberapa tokoh ternama dunia. Antaranya adalah ahli fizik terkenal, Isaac Newton (1642-1727), pengasas Pakistan - Muhammad Ali Jinnah (1876-1948), pengasas Chevrolet Motor Car Company, Louis Chevrolet (1878-1941), bekas Presiden Mesir, Anwar Sadat (1918-1981), bekas pemain bola antarabangsa Brazil, Jairzinho (1944), Penyanyi kelahiran Britain, Dido (1971) dan ramai lagi.

Jairzinho
Jairzinho.

Tarikh 25 Disember juga merupakan tarikh kematian bagi beberapa tokoh ternama dunia. Antaranya adalah bekas maharaja Jepun, Emperor Taisho (1879-1926), Perdana Menteri kedua Turki, Ismet Inonu (1884-1973), pelawak terkenal, Charlie Chaplin (1889-1977), bekas Presiden Komunis Romania - Nicolae CeauÅŸescu (1918-1989), penyanyi genre Soul terkenal - James Brown (1933-2006) dan ramai lagi.

BACA INI JUGA: Realiti Nama Tuhan Dalam Agama Kristian

Sumber: Takusahrisau

HOT! Johan As’ari Dan Lana Nodin Putus Cinta!

HOT! Johan As’ari Dan Lana Nodin Putus Cinta!

Hubungan cinta di antara pelakon Johan As’ari dan Lana Nodin akhirnya putus di tengah jalan, baru-baru ini.

HOT! Johan As’ari Dan Lana Nodin Putus Cinta!

Ini kerana, menurut Johan, keluarganya tidak memberi restu di atas perhubungannya dengan aktres kelahiran Sarawak itu.

“Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada saya terus menyeksa hati dan perasaan Lana,” ujarnya memetik laporan akhbar Berita Harian, hari ini.

(Baca: Paul Walker Dalam Kenangan (1973-2013))

Johan menyatakan keputusan ini diambil kerana enggan terus memberi harapan palsu kepada Lana yang dikenali sejak Oktober tahun lalu.

Sementara itu, Lana sudah menjangkakan perkara sebegitu akan berlaku kerana sebelum ini Johan sering berdolak dalik sejak hubungan mereka ditentang keluarga.

“Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah? Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah,” katanya.

Sebelum ini, Johan mewar-warkan kepada media dirinya sudah pun melamar Lana pada pertemuan ketiga mereka pada November lalu.

(Baca: Kontroversi Tatu Terbaru Nikita Mirzani)

Perkara tersebut sekaligus menimbulkan kontroversi di kalangan peminat industri hiburan tempatan kerana sebelum ini nama Johan sering kali dikaitkan dengan penyanyi Shila Amzah.

Mungkin sudah tidak tertulis jodoh di antara Johan dan Lana.

Yela, kalau teruskan juga tanpa restu keluarga, pasti tak kemana juga kan kerana restu ibu itu adalah lebih penting untuk kebahagiaan hidup seorang anak.

Sumber: Mynewshub

Pulau Dimana Semua Penduduknya Memakai Topeng Gas!

Pulau Dimana Semua Penduduknya Memakai Topeng Gas!

Sebuah pulau kecil bernama Miyakejima yang terletak di tenggara Jepun diketahui mempunyai tahap gas beracun yang sangat tinggi yang dikeluarkan oleh asap gunung berapi Oyama.

Miyakejima_People

Pada bulan Jun tahun 2000, gunung ini telah meletup setelah 'tidur' selama 17 tahun dan akibatnya seramai 3,600 orang penduduk telah dipindahkan dari pulau tersebut selepas asap tebal menyelubungi Miyakejima setinggi 10 batu diikuti aliran piroklastik dan jatuhan abu berat serta kawah yang mengalir keluar.

Bencana tersebut juga telah membawa kepada tahap toksik sulfur yang tinggi dan kerajaan Jepun telah melakukan pemindahan secara besar-besaran bermula pada bulan September.

Akibat dari letusan tersebut, sebanyak 17,500 gegaran gempa bumi telah dikesan bermula dari 26 Jun hingga 21 Julai.

Selama lima tahun, Miyakejima telah diisytiharkan musnah teruk seolah-olah ditimpa malapetaka yang amat besar dan dahsyat.

Semua pokok-pokok mati, kereta berkarat, bangunan runtuh dan terbengkalai.

Dua tahun selepas letusan, Gunung Oyama terus mengeluarkan 10,000 hingga 20,000 tan gas sulfurik dioksida daripada muncungnya setiap hari dan pada tahun 2005, penduduk telah dibenarkan pulang ke rumah mereka.

Walaupun sesetengahnya memilih untuk kekal di rumah pemindahan mereka di Tokyo, kira-kira 2,800 memilih untuk kembali.

Penduduk terpaksa memakai topeng gas akibat amaran buruk tentang gas berbahaya yang masih tersebar di muka bumi.

Walaupun populasi penduduk itu merosot, namun hampir satu pertiga daripada penduduk Miyakejima memilih untuk terus tinggal di pulau itu.

Kerajaan Jepun akan menjalankan pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap dan menguatkuasakan had umur kepada sesiapa yang mahu memasuki kawasan-kawasan tertentu.

Mount_Oyama-Miyakejima
Mount_Oyama-Miyakejima
Mount_Oyama-Miyakejima
Mount_Oyama-Miyakejima
Mount_Oyama-Miyakejima
Mount_Oyama-Miyakejima
Mount_Oyama-Miyakejima

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Top 5 Stadium Paling Mahal Di Dunia

Top 5 Stadium Paling Mahal Di Dunia

Apabila menyebut mengenai stadium, perkara pertama yang akan terbayang pasti mengenai bola sepak. Dan kali ini artikel mengenai Top 5 Stadium Paling Mahal Di Dunia dalam sejarah dunia moden.

State de France, Paris, Perancis
USD498 juta

State de France, Paris, Perancis

Pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia 1998, sebuah stadium bersejarah yang penuh warna-warni kejayaan sukan di sini. Tidak ketinggalan juga konsert artis-artis antarabangsa yang terkenal seperti, Rolling Stone, U2, George Michael, AC/DC dan The Balck Eyed Peace.

Madison Square Garden, New York, USA
USD899 juta

Madison Square Garden, New York, USA

Sebuah stadium yang berdiri megah di Manhattan, New York dengan 5 fungsi utama sebagai lokasi bola keranjang, hoki ais, konsert, tinju dan gusti.

Roger Center, Toronto, Canada
USD1.454 bilion

Roger Center, Toronto, Canada

"Sky Dome" merupakan gelaran lain bagi stadium ini. Stadium ini mampu mengedalikan acara bola sepak, American Football, bola lisut, bola keranjang, konsert dan gusti.

Stadium Wembley, London, England
USD1.3 bilion

Stadium Wembley, London, England

Wembley pada mulanya dibina pada 1923 tetapi diruntuhkan pada 2000 dan didirikan semula yang berjaya disiapkan pada tahun 2007. Peminat bola sepak England pasti tidak akan melupakan Stadium Wembley.

Olympic Stadium, Montreal, Canada
USD1.5 bilion

Olympic Stadium, Montreal, Canada

Sebuah Stadium serbaguna dengan 3 fungsi utama, sebagai tempat untuk perlawanan baseball, American Football dan konsert. Stadium ini dipenuhi masalah sewaktu pembinaan dan menghadapi masalah kewangan sejak dari tahun 1973 lagi tetapi akhirnya berjaya di siapkan dengan jayanya.

-Sentiasapanas.com

'Selfie' Gaya Mulut Dimuncungkan Lebih Ramai Peminat!

'Selfie' Gaya Mulut Dimuncungkan Lebih Ramai Peminat!

Gambar diri sendiri atau Selfie dengan gaya mulut yang dimuncungkan menjana lebih ramai peminat di laman Instagram berbanding Selfie dengan senyuman biasa.

Selfies duck face

Menurut satu agensi pemasaran berkaitan gambar Curalate dalam satu analisis imej dalam Instagram, Selfie dengan mulut muncung atau ‘duck face’ menjana 1,112 peratus lebih orang akan klik “Like” pada gambar anda berbanding gambar biasa.

Selain Selfie, foto yang dirakamkan dengan latar belakang yang cantik dan kreatif turut menjana kira-kira 29 peratus lebih Likes selepas dimuatnaik dalam Instagram.

Analisis itu dibuat selepas Curalate memilih lebih 30 foto selepas meneliti 8 juta foto yang terdapat dalam Instagram.

Pelbagai jenama besar dunia menggunakan khidmat Curalate untuk tujuan pemasaran dengan menggunakan gambar.

Antaranya ialah Gap, Neiman Marcus, Campbell’s, Swarovski, Under Armour, Better Homes dan Gardens.

Kepada penggemar Instagram, anda boleh mula merakamkan lebih banyak foto dengan wajah ‘duck face’ bagi membolehkan diri anda semakin dikenali di Instagram.

BACA INI JUGA: Smartphone Murah Terbaik!

Sumber: Mynewshub

Lahad Datu GEMPAR Ikan Tamban Naik Ke Darat!

Lahad Datu GEMPAR Ikan Tamban Naik Ke Darat!

Penduduk di Kampung Tambisan Darat, Lahad Datu, gempar apabila ribuan ikan ‘naik’ ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi kelmarin.

Lahad Datu GEMPAR Ikan Tamban Naik Ke Darat!

Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.

Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.

(Baca: Jambatan Paling 'Ngeri' Serata Dunia Termasuk Di Malaysia)

Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini.

Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.



Sumber: Harian Metro

Tuesday, December 24, 2013

600,000 Pekerja Meninggal Setiap Tahun Akibat Tekanan Melampau!

600,000 Pekerja Meninggal Setiap Tahun Akibat Tekanan Melampau!

Malam sebelum kematiannya, wanita berusia 27 tahun itu sempat menghantar mesej di Twitter yang mengatakan dia masih bekerja selama tiga hari tanpa rehat yang cukup dan tidak tidur selepas 30 jam, bergelut menyiapkan tugasan.

Mita Diran
Mita Diran meninggal dunia selepas kerja tanpa henti 
selama tiga hari dan tidak tidur dalam tempoh 30 jam.

Esoknya, Mita tiba-tiba rebah lalu dibawa ke hospital oleh rakan sepejabatnya sebelum disahkan koma. Beberapa jam selepas itu, penulis iklan di Young & Rubicam, agensi pengiklanan milik syarikat antarabangsa WPP, diberitakan meninggal dunia kerana masalah jantung yang berpunca daripada tekanan melampau serta pengambilan minuman tenaga yang berlebihan.

Bukan hanya Mita yang mengalami tekanan seperti ini di tempat kerja. Hampir enam bulan lalu, Li Yuan, juga pekerja di syarikat pengiklanan di China, meninggal dunia kerana serangan jantung selepas terpaksa bekerja lebih masa setiap malam selama sebulan.

Lelaki berusia 24 tahun itu tiba-tiba menjerit kesakitan ketika bekerja sebelum rebah lalu disahkan meninggal dunia apabila dibawa ke Pusat Perubatan Kolej Peking Union, Beijing.

(Baca: Tahukah Anda Kenapa Badan Kita Selalu Letih)

Dilaporkan China kini mengatasi Jepun dalam jumlah kematian membabitkan tekanan di tempat kerja.

Menurut laporan akhbar The China Youth Daily tahun lalu, lebih 600,000 pekerja di China dicatatkan meninggal dunia setiap tahun kerana kepenatan.

Jumlah itu juga dikaitkan dengan serangan jantung dan angin ahmar berpunca daripada tekanan melampau.

Apabila dilakukan kajian terperinci, majoriti mengalami simptom seperti insomnia atau susah tidur, anoreksia, kurang selera makan dan kesakitan di bahagian abdomen.

Kematian dua anak muda ini mencetuskan polemik dalam kalangan pekerja profesional, pengamal perubatan dan pakar psikologi.

Di negara Barat, pekerja yang melakukan tugasan lebih masa dianggap kurang efektif dalam pengurusan masa tapi sebaliknya di kebanyakan negara Asia.

Jepun, Korea Selatan dan China antaranya memandang sinis terhadap pekerja yang pulang mengikut masa dan mereka yang tidak melakukan tugasan lebih masa disifatkan tidak proaktif.

Justeru, benarkah tekanan berterusan di tempat kerja boleh menjadi punca kepada serangan jantung, lalu mengakibatkan kematian?

Meskipun dunia perubatan masih belum menemui bukti kukuh wujudnya kaitan antara tekanan mental dan keadaan jantung, pe-nyelidikan terkini mendapati tekanan mental berupaya meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

Kajian Kolej Universiti London pada 2012 mendapati mereka yang bergelut dengan tekanan lebih cenderung mengalami masalah arteri yang mengeras berbanding golongan yang berada di bawah tekanan.

Dalam kajian itu, doktor merekrut 514 responden lelaki dan wanita dengan usia purata 62 tahun. Satu pun tidak menunjukkan tanda mengalami penyakit jantung di awal ujian.

Responden kemudiannya diletakkan dalam keadaan tekanan dan kebanyakan ujian membabitkan tekanan di tempat kerja.

Tahap hormon kortisol dalam air liur responden didapati meningkat secara mendadak dalam tempoh singkat.

(Baca: Ketahui Zon Paling Memberahikan Wanita)

Kortisol dihasilkan oleh badan apabila ia datang di bawah tekanan mental atau fizikal. Apabila dilepaskan, ia boleh menyebabkan arteri makin rapat dan mengeras.

Arteri responden ini juga diimbas untuk melihat simptom furring iaitu keadaan di mana pengumpulan bahan lemak berlaku di bahagian dalam dinding arteri.

Mereka yang didapati mengalami peningkatan kortisol ketika ujian adalah dua kali berisiko mempunyai simptom ini berbanding mereka yang di bawah tekanan.

Apapun, kematian Mita dan Li ini menunjukkan komunikasi yang baik antara majikan dan pekerja amat penting, selain rehat yang baik, dengan tidur sekurang-kurangnya enam jam sehari.

Pakar psikologi juga menyarankan jalan alternatif seperti mencari sesuatu yang digemari bagi mengelakkan tekanan berterusan.

Ia bukan saja memulihkan semula rohani yang lesu tapi dapat mengelakkan berlakunya masalah kesihatan yang lebih buruk.

Sumber: Harian Metro Online

AJAIB! Himpunkan Al-Qur'an Di Seluruh Dunia, Seayat Pun Tiada Perbezaan!

AJAIB! Himpunkan Al-Qur'an Di Seluruh Dunia, Seayat Pun Tiada Perbezaan!

Bagi umat Muslim, sudah pasti tahu bahawa kitab suci Al-Quran merupakan antara mukjizat yang dikurniakan oleh Allah melalui Nabi Muhammad S.A.W Rasulullah untuk membuktikan kerasulan baginda kepada umat manusia ketika itu.

Allah S.W.T dalam ayat Al-Quran juga telah memberi jaminan bahawa kitab suci agama Islam itu akan dipeliharanya sehingga hari kiamat.

Al-Qur'an Tiada Perbezaan

Dalam Surah Al-Hijr ayat ke-9, Allah S.W.T berfirman “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”

Satu video yang dimuatnaik di laman Facebook, dipaparkan seorang pensyarah yang bercerita mengenai kehebatan Al-Quran dihadapan pelajar-pelajar di dalam kelasnya.

Dalam video berkenaan, pensyarah berkenaan bercerita tentang satu tradisi umat Islam di masa lampau iaitu untuk menghafaz Al-Quran secara beramai-ramai.

Menurut beliau anaknya juga menghafaz Al-Quran pada masa lapang termasuk dengan dirinya.

Pensyarah itu berkata pada satu ketika, beliau datang ke Malaysia dan menjadi imam ketika bersolat jemaah di lapangan terbang.

Beliau tersalah membaca salah satu ayat Al-Quran ketika solat dan terjadi satu perkara yang begitu bermakna pada dirinya.

"Satu masa saya mengimamkan solat, dalam solat kita akan baca surah Al-Quran yang kita hafal. Saya baca surah dengan kuat, ada budak (makmum) di belakang yang turut menghafal Al-Quran.

"Saya tersalah sebut satu perkataan dan budak di belakang saya membetulkannya," katanya.

Menurut beliau lagi, melalui ribuan manusia yang menghafal Al-Quran inilah Allah memelihara kitab suci itu daripada rosak atau hilang dari dunia ini.

Katanya, jika ditakdirkan semua Kitab Al-Quran didunia ini musnah, tiada salinan hardcopy mahupun softcopy, Insya Allah umat Islam diseluruh dunia mampu menulisnya semula sebagai satu kitab yang lengkap dalam waktu yang singkat.

Beliau berkata, semua individu yang menghafal Al-Quran akan dikumpulkan untuk menulisnya semula dan beliau percaya senaskhah lagi Al-Quran akan berjaya disiapkan dalam masa hanya 24 jam.

Lebih menakjubkan, selepas selesai Al-Quran tadi ditulis, apabila dilakukan perbandingan dengan Al-Quran yang sedia ada ianya tetap sama semua tulisan, baris dan bunyi bacaan tanpa ada perbezaan.

Beliau berkata Al-Quran yang ada di Malaysia tetap sama dengan Al-Quran yang ditulis semula oleh muslim di China, di Russia, di Indonesia, di Eropah, di Amerika dan mana-mana didunia sekali pun ianya akan tetap mempunyai satu versi yang sama, punya surah, juzuk, baris bacaan yang semua tetap sama.

Masya’Allah, inilah mukzijat agung yang diturunkan oleh Allah swt melalui kekasihnya Nabi Muhammad saw sebagai rahmat buat umat akhir zaman.

Wallahualam.

-Sentiasapanas.com

Kisah Benar Anak-anak Yatim Dilayan Macam TAIK Oleh Dato' Penipu!

Kisah Benar Anak-anak Yatim Dilayan Macam TAIK Oleh Dato' Penipu!

*Sila sebarkan kisah ini demi keadilan untuk anak-anak yatim yang terlibat.

Kisah Benar Anak-anak Yatim Dilayan Macam TAIK Oleh Dato' Penipu!

Disember 8, 2013, kami seramai 36 orang menghadiri jemputan Majlis Makan Malam Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

Itu kali pertama untuk anak-anak kami dijamu di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang. Namun semuanya berakhir tidak seperti yang dijanjikan.

Bermula sekitar 3 minggu sebelum itu, seorang Dato’, wakil dari Yayasan datang ke rumah kami.

Pada mulanya, agak angkuh bahasanya kerana beliau katakan melalui wakil kami En. Pitry Dato’ Bahrim yang beliau sangat sibuk jadualnya dan jika beliau terasa nak datang, beliau akan datang sahaja. Di situ saja kami sudah terpaksa mengurut dada bersabar dan bersangka baik, beliau mungkin ada banyak urusan.

Maka, kami kompromi untuk menyesuaikan diri kami mengikut masa Dato’ ini. Jika diikutkan, kami tidak harap pun untuk terlibat dalam majlis yang bakal dianjurkan tetapi kami melihat sebagai satu jemputan yang mana mereka berkehendakkan anak-anak kami untuk memeriahkan majlis malah menyanyikan 2 buah lagu dalam koir.

Pertemuan pertama ditangguh banyak kali, begitu juga pertemuan lain yang diaturkan juga ditangguh dan dibatalkan tanpa notis atau dengan notis minit akhir sedangkan anak-anak kami telah buat persiapan sepanjang hari untuk kononnya menunjukkan progres latihan lagu-lagu yang diminta untuk dinyanyikan.

Lebih dari 4 kali berjanji semuanya tidak ditepati. Nak kata ON pun tidak, nak kata CANCEL juga tak pasti. Beberapa kali anak-anak menunggu sepanjang hari sampai ke lewat malam kerana Si Dato’ janji nak datang tengahari. Hancur semua program kem cuti sekolah gara-gara acara ini.

Dalam kesabaran anak-anak diuji begitu sekali, Dato’ yang memetik nama Tuanku Sultanah Haminah membawa titah meminta anak-anak memainkan lagu “Minta Sedeqah” yang bertajuk “Tolong Kami” dendangan asal Allayarham Tan Sri P. Ramlee. Anak-anak kami sudah kami didik untuk tidak meminta-minta.

Furqan mereka mengatakan, adakah wajar kami nyanyikan lagu ini? Namun kami pujuk mereka mengatakan lagu ini kita nyanyikan UNTUK PIHAK YAYASAN yang mahu mengutip derma, bukan kita. Di dalam benak kami, masih kami berbaik sangka sedang pada ketika ini kami sudah lihat seperti ada yang tidak kena.

Bukanlah kami ini sombong kerana tidak meminta derma.

Tetapi kami lebih suka berbuat sebaiknya, dan jika ada yang simpati dan suka, mereka boleh memberi dengan ikhlas atas dasar kasih suci kerana Allah, bukan kerana kami meminta-minta.

Begitulah seterusnya, pelbagai janji kunjungan untuk pemeriksaan latihan, latihan bersama combo DBKL, pertemuan bersama composer, mesyuarat protocol, nak bawa anak ke Istana dan entah apa-apa, kesemuanya dibatalkan tanpa notis.

Kehadiran terakhir Dato’ ini beberapa hari sebelum majlis membawa titah lagi, iaitu minta anak berlatih lagu Yayasan terkini oleh Dato’ Siti Nurhaliza yang bernada tinggi kerana beliau tidak dapat hadir. Hancur suara anak-anak sampai ada yang sakit tonsil, ada yang demam termasuk vokalis utama.

Kem Cuti Sekolah yang menjadi rutin tahunan kami kepada anak-anak kami tergendala sepanjang 3 minggu untuk latihan koir dan MENUNGGU janji yang tidak ditepati oleh munafik ini.

PADA PETANG MAJLIS Program rehearsal protokol adat istiadat dan latihan bersama okestra DBKL yang dijanjikan jam 10 pagi ditunda jam 1 petang. Itupun tertangguh lagi. Lagu “Ampuni kami” yang diminta telah dibatalkan.

Lagu itu mungkin terlalu Islamik, mencacatkan majlis kerana mereka belum bersedia untuk beristighfar lagi agaknya. Lagu “Tema Yayasan” yang membuatkan anak-anak demam dan pecah suara turut dibatalkan. Yang diminta ialah lagu “Minta sedekah”.

Itu pun di’trimmed’ menjadi 3 ++ minit dengan versi mereka, bukan versi yang kami latih anak-anak.

Segalanya harus dirombak semula dalam masa beberapa jam itu juga. Janji untuk latihan secara live bersama Okestra juga mendukacitakan. Kami diberi rakaman minus-one yang entah apa-apa. Mereka sibuk melatih Jamal Abdillah, Jaclin Victor dan seorang penyanyi India.

Anak-anak kena jadi pak pacak berdiri memerhati penyanyi Diva berlatih. Hampir jam 7, mereka kata masa dah tak ada. Anak-anak tak perlu berlatih dengan Okestra. Kami kata apa sudah jadi?

Lagu diubah senikata, nada dan kunci. Semua 3 lagu yang dilatih dibatalkan semuanya.

Akhirnya dapatlah berlatih HANYA 1 KALI bersama okestra. Nak minta tambah mikrofon pun mereka tak bagi.

Dato’ menjanjikan 3-4 buah bilik yang akan menjadi tempat berehat dan persiapan anak-anak lelaki dan perempuan sebelum persembahan.

Makan pagi dan tengahari tak perlu risau katanya kerana ia juga telah disediakan. Dato’ juga dengan yakin menjanjikan meja anak yatim di barisan depan, sebaris meja utama Tuanku Sultan.

Anak-anak ini akan diraikan sebagai VVIP dalam majlis itu.

Nama majlis itu sendiri adalah untuk meraikan anak-anak yatim kononnya.

Berubah dari janji awal jam 10 am, kami dipanggil jam 12 tengahari untuk mengadakan rehearsal penuh bersama combo DBKL dan mesyuarat protokol pada jam 1 petang.

Kami diingatkan untuk tidak lewat agar tidak menjadi masalah kepada Pegawai Protokol Istana sedangkan beberapa kali pegawai protokol dan combo DBKL janji untuk hadir ke RPWP terus senyap begitu saja..! Sebelum jam 12 tengahari, kami sudah berada di sana.

Pada ketika ini, kami terbiar terkontang kanting sendirian apabila Dato’ yang menjadi individu pengatur kami di sana gagal dihubungi.

Telefon tidak berangkat, mesej tidak berjawab. Keadaan berterusan sehingga beliau sendiri muncul pada sekitar jam 4 petang. Waktu itu anak-anak sudah kelaparan dan bergelimpangan atas lantai tepi tandas.

Anak-anak diberikan satu rakaman dan memaksa mereka ikut rentak baru yang diringkaskan itu, nada dan senikata semua kena ubah semula.

Kami yang hadir awal akhirnya tiada taklimat protokol dan juga tiada rehearsal selain penyelarasan mikrofon sahaja.

Dengan Dato’ masih terus gagal dihubungi, 36 orang rombongan yang DIJEMPUT SEBAGAI VVIP ini menjadi gelandangan di tepi tandas lobi bawah berhadapan dengan ballroom yang mewah.

Anak-anak sudah mengeluh lapar dan makanan di hotel kesemuanya terlampau mahal untuk kami beli.

Bilik yang dijanjikan juga tiada, menyebabkan anak lelaki dan perempuan terpaksa menjadi gelandangan di atas karpet hotel sementara menunggu jam 6 petang untuk waktu rehearsal yang BARU.

Pada mulanya, di luar ballroom itu ada juga beberapa set sofa untuk kami 35 orang menunggu dengan perut yang kelaparan, tetapi sehingga jam 2.30 petang, pihak hotel telah mengalihkan kesemua sofa yang tinggal untuk di bawa ke tempat lain. Barangkali itu cara mereka mengusir kita dari bersidaian di lobi itu dan mencemar pandangan ‘orang-orang tertentu’.

Tambahan pula lobi itu menjadi persiapan satu parti sosial yang macam “sial” lucahnya.

Anak-anak geleng kepala, bagaimana majlis Ketua Agama Negara dibuat di tempat dan masa yang sama dengan majlis maksiat yang bertelanjangan dan mabuk-mabuk semuanya?

 Kami tiada pilihan selain menunggu dengan bersila di atas lantai.

Lebih memalukan, di antara 36 orang ini ialah Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin, Dr. Haji Masjuki Mohd Musuri yang dahulu adalah usahawan yang berjaya.

Sekadar Shangri-La bukanlah sebuah hotel yang asing pada beliau.

Beliau sendiri memfakirkan kesemua kekayaan dan segala harta yang ada pada beliau termasuk diri beliau sendiri untuk pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin DISOKONG oleh 19 lagi “co-founder” yang lainnya.

Dr. Masjuki masih tenang sambil berbaring di lantai dek kerana kepenatan dalam mempersiapkan anak-anak selama tempoh 3 minggu.

Salah seorang dari co-founder mencadangkan kepada beliau untuk balik dan tidak beserta dalam program makan malam yayasan itu. Dr. Masjuki menjawab, ikutkan hati begitulah juga.

Tetapi kerana hormat akan Tuanku Sultanah dan prinsip mendaulatkan Sistem Beraja, beliau telan sahaja layanan buruk yang sedang berlaku ketika itu.

Seolah-olah kehadiran kami di sana tidak wujud dan tiada siapa yang kisah sekumpulan 36 orang dari Rumah Pengasih Warga Prihatin ini menjadi gelandangan di situ. Tiada yang prihatin untuk tanya sudah makan ataupun belum.

Perut anak-anak sudah berkeroncong. Setelah pasti tiada lunch dari Dato’ penganjur yang tidak nampak muka, kami terpaksa menghantar wakil untuk mencari makanan luar. Jam 4 petang, wakil kami pun berjalan lebih 2km untuk mencari makanan yang wajar untuk mengalas perut anak-anak.

Dalam menunggu makanan itu sampai, Dato’ dari Yayasan itu tiba-tiba muncul. Tidak ada bahasa lagi kerana kehadiran beliau terus meluru kepada anak-anak untuk dipalau memalu kompang, bukan nak tanya dah makan ke belum? Dah dapat bilik ke belum?.

Beliau hanya memeriksa apa yang beliau rasa perlu untuk persembahan malam itu. Tidak pula beliau menemui, jauh sekali meminta maaf terus kepada Dr. Masjuki, seorang OKU yang jelas dilihat terbaring di lantai penjuru dinding itu.

Jam 5 petang kami diberikan 2 bilik kecil. Sebaik saja kami anak beranak mula makan makanan yang dibeli setelah berjalan merata bandar itu, 5.30 petang baru kami dijemput ‘makan tengahari’. Rehearsal pula akan bermula jam 6 petang.

Itu bermakna, tiada rehat langsung. Kami ambil keputusan hanya anak-anak nisak dan ibu-ibu saja turun makan, yang lain cukup alas perut makanan yang telah dibeli.

Jelaslah satu pembuktian dari sangkaan kami bahawa insan ini hanya memikirkan tentang ‘perutnya’ sahaja tanpa mengira akan kebajikan dan perasaan orang lain.

Minta maaf diberikan lebih kurang sahaja.

Mungkin malu YANG AMAT BESAR lalu mereka berdua tidak berani berhadapan dengan co-founder, sampai kami pulang.

KONFLIK REHEARSAL Sebelum makan malam, sesi rehearsal bersama combo DBKL hampir dibatalkan kerana kesuntukan masa.

Mereka dahulukan latihan seorang anak India, Jamal dan Jaclin Victor sampai lancar.

Dengan tegas kami katakan kami dipanggil untuk rehersal dan tidak diberi peluang langsung.

Kami akan tinggalkan majlis kerana tidak mahu mengorbankan maruah anak-anak kami untuk membuat persembahan tanpa latihan.

Akhirnya anak-anak diberi peluang untuk mencuba.

Alhamdulillah latihan agak lancar biarpun cuma sekali.

Padahal anak-anak ramai yang DEMAM dan KEPENATAN, terutama sekali anak perempuan kami yang tidak boleh selamba-selamba baring di atas karpet dan secara tak langsung membenarkan orang yang lalu lalang memerhatikan tubuh mereka yang sedang tidur itu.

Mereka sudah diajar tentang aurat itu bukan sekadar BALUT tetapi menutupi dan juga postur yang nampak dan menggamit aura.

Apapun, prinsip kami adalah untuk melakukan apa sahaja dengan bersungguh sungguh.

Memang kami didik anak anak kami untuk mendaulatkan Raja.

Atas alasan itu juga kami teruskan persembahan dengan bersungguh sungguh walaupun tidak dilayan seperti yang dijanjikan sejak menjejak kaki di hotel pagi itu.

Jika ini jemputan komersial biasa, pasti kami sudah tinggalkan sahaja majlis itu.

MALAM MAJLIS, kami jenuh menenangkan anak-anak kami yang terkurung awal dalam dewan, asyik bertanya kenapa maghrib itu tidak solat berjemaah macam biasa? Mereka juga pelik kerana dikatakan VVIP majlis, tapi diletakkan di tepi dinding HUJUNG dewan.

Ada 5 meja untuk anak-anak yatim termasuk dari 2 sekolah tahfiz di sekitar Kuala Lumpur berada dalam barisan “VVIP” kami di sebelah dapur.

Hiasan bunga di atas meja juga tidak sama.

Menu makanan yang sepatutnya menu masakan Cina pada malam itu tetapi yang sampai ke meja anak-anak “VVIP” majlis hanyalah “makanan gorengan mudah” dan tidak ditambah apabila habis.

Mujur kami didik anak kami untuk tidak gelojoh dalam menjamah.

Seorang sudah terbiasa ambil satu dan tidak lebih. Tetapi kami sempat jeling meja anak-anak tahfiz dan yatim yang lain di sebelah kami yang licin tak berbaki.

Ada anak tahfiz yang baru 9 tahun umurnya mengatakan masih lapar.

Sebak kami mendengarnya kerana mereka juga senasib dengan kami dan kami juga rasa ia tidak mengenyangkan anak-anak kami.

Malang bagi mereka kerana murobbi mereka tidak ada bersama untuk membela.

Majlis yang dihadiri seorang Ketua Agama Negara itu menyaksikan seolah-olah satu pertunjukan fesyen pula.

Anak-anak kami yang diletak di belakang asyik bertanya; “Ayah, ayah… boleh ke makcik tu pakai tudung baju ketat begitu?” Pakai tudung tapi dada terbelah begitu? “Boleh ke pakai sopan tapi kain terbelah sehingga ke pangkal paha?” “Kenapa pakaian Makcik itu terbelah di belakang”… Dan macam-macam lagi soalan yang terpaksa kami jawab kepada anak-anak kami.

Baik juga kerana boleh kami tunjukkan mana baik dan mana yang buruk. Pada kami, ia seperti satu penghinaan kepada seorang ketua Agama Negara Islam yang berdaulat dengan tetamu majlis berpakaian secara jahilliyah.

Duduk sahaja Sultan dan Sultanah, seorang MC wanita membuka tirai program dengan mempersilakan sebuah tarian kebudayaan persembahan JKKN.

Hati kami terdetik, di manakah daulat Ketua Agama Islam apabila disambut dengan tarian kebudayaan dan sepanjang aturcara sehingga pulang tiada langsung doa dibacakan.

Kami berbaik sangka lagi, mungkin kerana berkompromi dengan kira-kira 10-20% tetamu beragama lain.

Di dalam ucapan Dato’ Wira yang juga orang kuat kepada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah, beliau menyatakan highlight program-program sepanjang tahun yang lalu.

Kami mendengar dengan khusyuk. Pastinya dalam program yang singkat, beliau memberikan highlight kepada program yang paling besar sahaja.

Antara program yang dinyatakan ialah seperti; 1. Lawatan ke rumah anak yatim 2. Pembelian baju kelengkapan sekolah untuk 200 orang anak yatim 3. Sunat beramai-ramai (50 orang).

Dengan kutipan derma berjumlah RM2.3 JUTA diumumkan pada malam itu, kami sebagai pentadbir Rumah Pengasih Warga Prihatin dengan 109 orang warga berani katakan kesemua program di atas itu sepatutnya tidak menelan belanja lebih dari RM100,000.

Jika di”lajak”kan sekalipun mungkin boleh cecah RM500,000 dan ia masih jauh dari kutipan yang diperolehi.

Kami tak mahu menyangka-nyangka tentang ini, cukuplah kami tinggalkan satu persoalan di sini.

Dalam ucapan Dato’ Wira, beliau membacakan banyak hadith tentang anak-anak yatim.

Antaranya adalah pesanan untuk tidak mengherdik anak yatim.

Namun bagi kami, mengherdik itu tidaklah hanya terhad kepada meninggikan suara kepada anak-anak yatim.

Apabila hak asas mereka mendapat makanan itu juga dinafikan, kami kira itu lebih dari satu herdikan halal seorang guru kepada muridnya.

Kedudukan meja VVIP yatim, Jenis makanan berbeza untuk VVIP yatim, bilik rehat dan makan tengahari yang dijanjikan kesemuanya gambaran MENGHERDIK secara hakikat.

Yang paling penting ialah bagaimana mereka mengeksploitasi anak-anak yatim semahunya untuk kepentingan kutipan yang kami tidak pasti untuk apa. Sejak 8 tahun dengan residen seramai 109 orang, kami di RPWP jalankan usaha dengan cara berpuasa.

Semua co-founder mengeluarkan dana dan tenaga sendiri mentadbir rumah ini.

Mungkin pada malam itu, sebahagian pegawai Yayasan memandang kami yang MENGIRING ini sama seperti mereka yang mendapat faedah dari kutipan tetapi di sebalik itu mereka mungkin tidak NAMPAK. Dr Masjuki sendiri bukan bertambah kaya setelah menubuhkan RPWP sebaliknya terus menjadi fakir.

Begitu juga co-founder yang lain. Semuanya korbankan harta masing-masing dahulu dan tidak mengharap derma untuk menjalankan program harian kami.

Kami sedar, mereka rupanya tidak cukup atau mungkin tiada anak yatim di bawah naungan mereka. Anak-anak kami diwajibkan memakai badge Yayasan dan dengan itu ucapan Dato’ Wira boleh memberikan highlight kepada Sultanah yang di dalam ballroom pada malam itu ada 66 orang anak-anak yatim.

Pengacara Aznil jelas mengatakan Yayasan yang memberikan penempatan untuk anak-anak kami kerana lencana Yayasan itu, atau mungkin diminta berkata begitu.

Jelas kami dah faham. Sebuah yayasan yang sebenarnya tidak/kurang memiliki atau menjaga anak-anak yatim secara sistematik, juga tiada laman web yang aktif dengan facebook yang baru 300 likes membuat makan malam dengan menggunakan Nama Sultanah Kedah (Permaisuri Agong) bagi mengutip derma korporat dan persendirian dengan jumlah yang banyak.

Kami tak mahu melanjutkannya seperti ia satu tuduhan yang pasti, tetapi yang nyata kami hanya di bawa untuk menyanyikan lagu “minta sedekah” dan langsung diletak di hujung dewan TANPA ADA SEORANG PUN pegawai Yayasan yang sudi menjengah meja-meja yang “Kononnya VVIP” itu.

Kehadiran anak-anak yatim di hujung dewan hanya satu lesen bagi penganjur mengatakan mereka ada anak yatim dan juga membuka simpati penderma untuk menderma lagi.

Operasi kami memelihara 109 orang anak yatim dan asnaf yang menjadi residen berbeza sekali. Di atas tanah seluas setengah ekar dengan kos pembinaan, makanan berkhasiat, pendidikan dari pakar pendidik.

Prasarana asas yang memadai yang kami bina sendiri secara gotong royong lebih dari 8 tahun lalu.

Belanja bulanan kami hanya sekitar RM35,000-45,000 sebulan. Bukan mewah tetapi mencukup. Jika dihitung selama 1 tahun, kos operasi kami adalah sekitar RM500,000 sahaja.

Semuanya berkat infaq dan hasil perniagaan kecil kecilan yang kami tabungkan kesemuanya. Kuncinya ialah PUASA. Kami pihak co-founder MELABUR harta dan diri kami, BUKANNYA mengambil sebahagian untung dari pendapatan derma.

INILAH JULUNG KALI kami izinkan anak-anak kami turutserta dalam program malam amal setelah bertahun-tahun kami menolak permintaan banyak pihak lain untuk menggunakan Nama kami untuk tujuan ini.

Dan apa saja penyelewengan yang kami bimbangkan jelas terjadi pada kali pertama ini juga.

Kami kecewa dengan apa yang berlaku.

Kami pasti Tuanku Permaisuri Agong juga akan kecewa jika mengetahui perkara sebenar di belakang tabir.

Kami pula tiada laluan memandangkan laluan untuk kami menyuarakan perkara ini bagi pihak Yayasan mengambil pelajaran seperti tertutup.

Maka, artikel ini kami karang supaya ia menjadi pelajaran kepada yang lain-lain.

Jika ada laluan yang lebih baik untuk kami memaklumkan perkara ini kepada Kebawah Duli Tuanku, pasti kami juga tidak gemar menyampaikannya dalam rencana terbuka sebegini.

Sebelum ini kita dengar ada rumah-rumah anak yatim dari utara Malaysia yang anak-anaknya dikerah menjual barang dan meminta derma kononnya mereka daif.

Tetapi dilihat, pengasasnya berkereta mewah dan akhirnya ia diharamkan.

Rupanya, kita mungkin akan saksikan apa yang terjadi ini adalah satu scam berprofil tinggi.

Pengutipan derma untuk anak yatim tanpa ada anak yatimnya.

Sebagai hamba rakyat, kami tidak rela jika nama raja yang menyayangi anak-anak yatim dan asnaf digunakan untuk kepentingan segolongan manusia.

Ramai yang meminta kami menyaman penganjur, namun itu bukan kerja kami.

Banyak lagi urusan kami yang lain untuk anak-anak ini. Cukuplah kisah ini diambil pelajarannya oleh masyarakat.

Para pengasas tidak hairan dengan makanan dan bilik hotel.

Tapi apa yg dilakukan terhadap anak-anak kami SANGAT KAMI TIDAK RELA! Kerana kami sayang mereka, kami tatang mereka macam minyak yang SANGAT penuh.

Sila ikuti beberapa klip video sebagai pengesahan berita.

http://prihatin.net.my/v3/2013/12/23/petikan-perbualan-wakil-dymm-seri-paduka-baginda-ydp-agong/

http://prihatin.net.my/v3/2013/12/23/di-sebalik-tabir-suasana-sambutan-ketibaan-dan-keberangkatan-pulang-tuanku-dymm-spb-ydp-agong/

http://prihatin.net.my/v3/2013/12/22/persembahan-khas-anak-anak-rpwp-di-hadapan-dymm-spbydp-agong-tolong-kami/

http://prihatin.net.my/v3/2013/12/04/rakaman-latihan-nasyid-untuk-persembahan-istana-di-hadapan-dymm-ydp-agong/

Alhamdulillah bersyukur beberapa anak dapat buah tangan angpau RM100 seorang dan kuih raya yang kami tidak tahu bila tarikh luputnya kerana bungkusan itu bertulis SELAMAT HARI RAYA 2013.

WARGA PRIHATIN

Sumber: Mynewshub

"Saya Tak Percaya Pada Orang Halus, Makhluk Ghaib!"

"Saya Tak Percaya Pada Orang Halus, Makhluk Ghaib!"

Filem dan televisyen, cerita yang paling popular di kalangan orang Melayu ialah berkenaan dengan hantu, pelesit, orang halus dan berbagai-bagai makhluk ghaib.

Dr Mahathir

Mereka bukan sahaja suka lihat dan dengar cerita-cerita berkenaan makhluk ghaib ini tetapi mereka amat mempercayai adanya makhluk ini dan kuasa luar biasa mereka ke atas manusia.

Mereka diberi kuasa yang kadang-kadang menyamai Tuhan yang mereka sembah.

Mereka mencari jalan supaya dilindungi daripada makhluk ghaib.

Dalam usaha ini mereka kerap menggunakan doa daripada agama Islam yang mereka anuti.

Walaupun mereka percaya Allah boleh melindungi mereka tetapi kepercayaan bahawa makhluk ini juga memiliki kuasa ke atas mereka bertentangan dengan ajaran Islam yang menekankan bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa ke atas segala-gala yang ada di dunia dan akhirat.

Kerana percaya akan kuasa makhluk ghaib ini, mereka sering mengadakan acara yang dicampur aduk dengan agama yang kononnya boleh melindungi mereka daripada diserang oleh hantu jembalang dan orang halus.

Dalam Al-Quran tidak ada disebut berkenaan hantu dan orang halus.

(Baca: Pesanan Tersirat P. Ramlee Dalam Filem Pendekar Bujang Lapok)

Yang disebut dalam al-Quran ialah syaitan, iblis dan jin yang suka memesongkan orang Islam daripada membuat suruhan Allah.

Iblis dan syaitan boleh disangkal dengan membaca ayat-ayat tertentu yang boleh mengukuhkan semula iman dan pegangan kepada ajaran Islam.

Pada masa lampau ini, kita dapati ramai yang berusaha untuk melindungi pejabat dan hospital kerajaan daripada hantu dan orang halus.

Acara ini termasuk menanam telur, menyimbah air dan membaca doa-doa tertentu yang dikenalpasti oleh bomoh-bomoh.

Ada juga yang menanam botol air di sudut-sudut tertentu bangunan berkenaan.

Yang anehnya Mat Saleh yang tidak percaya kepada hantu dan orang halus ini tidak dikacau oleh makhluk ini.

Mereka tidak perlu jampi dan simbah air di keliling bangunan-bangunan mereka.

Saya ingin tahu daripada ulama-ulama akan kebenaran adanya hantu dan orang halus ini.

Dari mana mereka datang. Apakah kedudukan mereka dalam agama Islam.

Jika kita percaya mereka berkuasa dan kita perlu layan mereka jika ingin selamat, apakah tidak kita memperduakan Allah atau memberi kuasa kepada lain daripada Allah yang kita sembah?

Saya percaya akan kejahatan manusia dan betapa ganasnya mereka.

Tetapi saya tidak percaya dan tidak takut kepada orang halus atau lain-lain makhluk ghaib.

Saya juga tidak percaya ada cara untuk jadi kebal daripada tikaman dan peluru.

Dengan kenyataan ini akan adalah percubaan oleh orang tertentu dengan “ilmu ghaib” mereka untuk mengajar saya.

Saya cuma akan menuntut pertolongan Allah terhadap orang seperti ini.

Sumber: Chedet.cc

Tahukah Anda Berapa Bayaran Bintang Realiti Hollywood?

Tahukah Anda Berapa Bayaran Bintang Realiti Hollywood?

Berapakah pendapatan seorang bintang realiti televisyen di Hollywood? Tentu sekali bintang realiti seperti Simon Cowell $AS 95 juta (RM308 juta), Jennifer Lopez $AS 17.5 juta (RM56.7 juta) dan Howard Stern $AS 15 juta (RM48.6 juta).

Jennifer Lopez

Mereka dibayar mahal kerana mereka bukan sekadar bintang realiti tetapi merangkak naik ke mercu kejayaan dengan bakat mereka dalam bidang yang mereka ceburi serta memiliki nama sebelum realiti TV muncul.

Tapi tahukah anda berapa bayaran bintang realiti sebegini?

Keluarga Kardashian

The Kardashians

Keluarga Kardashian mungkin memiliki perniagaan mereka sendiri, tapi tentu sekali sumber utama pendapatan mereka datang dari program realiti "Keping it Up with the Kardashians" itu sendiri, selain 'spin-off' yang pelbagai, seperti "Kim and Kourtney takes New York", "Kourtney and Khloe takes Miami" dan "Khloe and Lamar".

Kim beroleh kira-kira $AS80 ribu (RM255 ribu) setiap episod, manakala anak perempuannya North pula diberi $AS 2000 (RM 6,375) untuk setiap kemunculan.

Kourtney pula dibayar $AS50 ribu (RM159,375) manakala $AS 40 ribu (RM127,500) merupakan jumlah pendapatan Khloe setiap episod.

Itu belum masuk anak Kourtney, Mason dan Penelope, adik lelaki mereka Robert, si ibu Kris, dan keluarga tiri mereka, Bruce Jenner, Kylie dan Kendall!

Emily Maynard

Emily Maynard

Bintang "The Bachelorette" musim kelapan ini dibayar $AS250 ribu (RM796,875) sebagai bayaran asas untuk bertemujanji dengan ramai lelaki di pelbagai tempat eksotik, nilai yang jauh lebih mahal berbanding bachelorette musim ketujuh, Ashley Hebert dan musim kesembilan, Desiree Hartsock $AS100 ribu (RM 318,750).

Omarosa Manigault-Stallworth

Omarosa Manigault-Stallworth

Selepas muncul sebagai si antagonis menjengkelkan dalam program realiti keusahawanan, "The Apprentice", Omarosa, bekas Timbalan Pengarah Bersekutu Bahagian Personel Presiden Bill Clinton ini kembali dengan musim 'All-star' program tersebut dan juga program realitinya sendiri, "The Ultimate Merger".

Dia kemudiannya kembali ke kerjaya 9-5 sebagai Rakan Pengurusan dalam Access America Enterprise Corporation, sebuah syarikat dana strategik, konsultansi dan perancangan di D.C.

Nilai Omarosa yang terkini? Lebih kurang $AS1.5 juta (lebih kurang RM4.78 juta).

NeNe Leakes

NeNe Leakes

Bintang "Real Housewives of Atlanta" ini merupakan bintang RH yang termahal, dengan bayaran sejuta (lebih kurang RM3.2 juta) bagi setiap musim (selain bonus tambahan). Dia juga dibayar mahal untuk episod istimewa pengantin RH, "I Dream of Nene".

Menurut Nene, dia layak menerima bayaran termahal kerana, "Real Housewives of Atlanta menjadi siri RH yang paling popular kerana saya dan apa yang saya katakan!"

Sean Lowe

Sean Lowe

Bintang "The Bachelor" Sean Lowe menemui cintanya dengan Catherine Giudici dalam musim ke-17 program realiti tersebut.

Dia juga menemui kebahagiaan dengan bayaran $AS75 ribu (RM239,062) ke $AS90 ribu (RM286,875) untuk setiap episod program tersebut!

Malah Lowe dan bakal isterinya itu akan dibayar lagi ratusan ribu untuk siaran majlis perkahwinan mereka tahun depan!

Teresa Giudice

Teresa Giudice

Selepas Nene Leakes, bintang "The Real Housewives of New Jersey" ini menjadi bintang RH kedua termahal dengan nilai $AS650 ribu (lebih kurang RM2.07 juta) setiap musim. Tapi sebelum wujudnya program realiti itu lagi, Teresa sememangnya sudah cukup kaya-raya!

Lisa Vanderpump

Lisa Vanderpump

Seorang lagi bintang RH, Lisa Vanderpump menerima $AS250 ribu (RM796,875) setiap musim bagi penampilannya dalam "The Real Housewives of Beverly Hills".

Malah pemilik restoran ini juga diberikan program 'spin-off' sendiri tentang perniagaan restorannya, selain muncul di program tarian "Dancing with the Stars" di saluran ABC, dan dibayar $AS200 ribu (RM637,500) untuk penyertaannya!

Snooki

Snooki

Suatu masa dulu, ketika "Jersey Shore" masih ditayangkan, Snooki dibayar antara $AS1.95 juta dolar (lebih kurang RM6.2 juta) untuk setiap musim dan menjadi antara bintang realiti dengan bayaran termahal.

Tapi kini Snooki dibayar $AS200 ribu (RM637,500) untuk penyertaannya dalam program tarian "Dancing with the Stars" (dan bonus tambahan setiap kali dia tidak diundi keluar!)

Kandi Burruss

Kandi Burruss

Selain Nene, seorang lagi bintang "The Real Housewives of Atlanta" yang diberikan bayaran mahal setiap musim adalah Kandi Burruss, yang dibayar $AS450 ribu (lebih kurang RM1.4 juta) setiap musim.

Selain itu, penyanyi yang juga penerbit muzik ini juga ditawarkan program 'spin-off' sendiri, "The Kandi Factory" di saluran Bravo dan menguruskan sebuah syarikat 'sex toy' yang diberi nama Bedroom Kandi.

Amber Portwood

Amber Portwood

Bintang "Teen Mom" ini, yang baru sahaja dilepaskan dari penjara selepas melakukan jenayah menyerang Gary Shirley yang merupakan bapa kepada anaknya, dilaporkan menerima $AS140 ribu (RM446,250) untuk rakaman selama enam bulan rancangan realiti tersebut.

Melissa Gorga

Melissa Gorga

Adik ipar Teresa Guidice, Melissa Gorga menerima $AS350 ribu (lebih kurang RM1.11 juta) bagi setiap musim "The Real Housewives of New Jersey", tentu sekali untuk menjadi watak antagonis yang menyebabkan perkelahian dengan kakak iparnya.

Malah popularitinya juga membantu jualan bukunya tentang cara untuk mengekalkan perkahwinan yang bahagia.

Mungkin dia juga patut menghasilkan buku tentang cara mencetus perkelahian yang menguntungkan!

BACA INI JUGA: 10 Selebriti Hollywood Yang Pernah Bergelar Gelandangan

Sumber: Tupai.com.my

Monday, December 23, 2013

Panduan Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2014

Panduan Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2014

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 sudah dibuka bermula hari ini sehingga 31 Januari 2014 menurut Kenyataan Kementerian Kewangan.

Panduan BR1M 2014

Menurut kenyataan itu, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut.

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.

Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.

Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.

Cara kemaskini BRIM 2014 secara Online

Cara kemaskini BR1M 2014 secara Online

Berikut disertakan cara-cara bagi mengemaskini data bagi mereka yang pernah menerima BRIM 2.0 sebelum ini.

1. Mula-mula sila masuk ke SINI pilih sama ada permohonan baru atau kemaskini.

2. Masukkan no kad pengenalan anda dan tarikh lahir dan klik kemaskini permohonan BRIM 2.0 pada butang yang terdapat di sebelah bawah kanan.

3. Pilih untuk mengemaskini data seperti:-
a. No telefon rumah
b. No telefon bimbit
c. Pekerjaan
d. Maklumat bank
e. Alamat e-mel
f. Alamat surat menyurat terkini

4. Setelah mengisi semua yang dirasakan perlu contoh alamat baru atau maklumat bank dan masukan kod pengesahan akan keluar satu "dialog box" untuk pengesahan.

5. Tandakan pada kotak saya setuju dengan terma dan syarat di atas dan klik pada kotak setuju dan hantar.

6. Satu dialog box akan keluar dan memberi tahu yang permohonan telah berjaya di kemaskini.

7. Sedia untuk cetak.

8. Selesai.

UPDATE: Sah! BR1M di Bayar Terus Ke Akaun Bank

Berikut emel jawapan yang telah aku terima dari Kementerian Kewangan
Salam 1Malaysia
Tuan/Puan,

Maklumat akaun bank diperlukan dalam permohonan BR1M 2014 kerana pembayaran dijangka akan dimasukkan ke dalam akaun. Anda dinasihatkan supaya membuka akaun simpanan atas nama pemohon (jika belum mempunyai akaun simpanan) di mana-mana cawangan bank tempatan (BSN/Maybank/CIMB/PBB dan sebagainya) dan maklumkan maklumat nombor akaun dalam Borang Permohonan BR1M 2014 (permohonan baru atau kemaskini maklumat).

Anda perlu membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan maklumat data peribadi terkini merangkumi alamat surat-menyurat, nombor telefon, alamat emel, pekerjaan dan maklumat bank secara atas talian di https://ebr1m.hasil.gov.my/ atau secara manual dengan mengisi Borang Permohonan BR1M 2014 untuk kategori Kemaskini Maklumat.

Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, perlu dikemaskini hanya secara manual.

Borang Permohonan BR1M 2014 boleh didapati di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembanguan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau dimuat turun melalui https://ebr1m.hasil.gov.my/ (klik Borang BR1M 2014).

Sila hantar borang tersebut yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan (jika berkenaan) ke cawangan LHDNM yang berdekatan sebelum 31 Januari 2014.

Jika tiada maklumat yang perlu dikemaskini, anda tidak perlu berbuat demikian.

Status kelayakan lulus BR1M 2014 hanya boleh disemak secara berperingkat mulai Februari 2014 dengan memaklumkan nama penuh dan nombor kad pengenalan pemohon.

Sebarang persoalan boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat.

Terima Kasih.

Bilik Operasi BR1M

-Sentiasapanas.com