Sunday, February 25, 2018

Bahaya Apendiks Pecah, Tanda-tanda Dan Rawatannya

Bahaya Apendiks Pecah, Tanda-tanda Dan Rawatannya

Walaupun sudah kerap didengar, sebenarnya masih ramai yang tidak mengetahui apa sebenarnya penyakit dan masalah Apendiks dan apa yang penting, kita mesti bertindak sebelum keadaannya menjadi bertambah buruk kerana jika tidak bertindak segera, ia akan membengkak, bernanah dan pecah. Inilah yang paling ditakuti kerana boleh membawa maut.

Bahaya Apendiks Pecah

Berikut adalah penjelasan Dr. Ahmad Yusuf Nizam mengenai masalah Apendiks ini.

Apakah sebenarnya penyakit Apendiks?

Sakit Apendiks lebih tepat dikenali sebagai Penyakit Appensitis. Apendiks adalah merupakan anggota yang tidak berguna yang terdapat di dalam badan.

Ianya terletak di bawah usus buntu dan berdekatan dengan usus kecil dan usus besar. Penyakit Apendiks  boleh terjadi apabila appendik ini terkena jangkitan.

Apakah yang boleh menyebabkan jangkitan Apendiks?

Perkara yang boleh menyebabkan jangkitan Apendiks adalah seperti makanan yang tersumbat, pembuangan najis yang tidak lawas, jangkitan kuman dan juga jangkitan cacing.

Bagaimanakah seseorang itu boleh mendapat penyakit Apendiks?

Orang yang makan makanan yang mengandungi terlalu banyak protein contohnya daging, serta mereka yang tidak mengambil makanan harian yang seimbang, dengan mudah boleh mendapat penyakit Apendiks.

Bagaimana pula cara untuk mengelak dari terkena penyakit Apendiks?

Makan makanan yang seimbang terutamanya sayur-sayuran yang mengandungi banyak kandungan fiber. Manakala bagi kanak-kanak digalakkan mereka supaya diberi ubat cacing.

Berapa peratuskah pesakit yang telah mendapat penyakit Apendiks?

Terdapat lebih kurang 60 hingga 80 peratus pesakit penyakit appensitis ini dan mereka selalunya berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.

Bagaimana pula dengan keadaan si pesakit apabila mereka disyaki telah mendapat penyakit Apendiks?

99 peratus pesakit yang telah mendapat penyakit ini akan merasa sakit di sebelah kanan bahagian bawah perut.

Pesakit juga mungkin mendapat demam yang ringan, muntah, berak-berak air serta berpeluh.

Tidakkah pesakit merasa sakit di bahagian badan yang lain?

Pada mulanya pesakit akan merasa sakit di seluruh perut atau di bahagian ulu hati ataupun di sekeliling pusat.

Tetapi, selepas 6 hingga 12 jam, pesakit akan merasa sakit di sebelah kanan bahagian bawah perut.

Bilakah waktunya penyakit Apendiks kerap menyerang?

Sakit Apendiks merupakan sakit perut yang lain daripada sakit perut biasa. Sakitnya juga sering berubah-ubah dan berulang-ulang dan kerap menyerang pada waktu malam.

Bagaimana pula dengan tahap merbahaya bagi penyakit Apendiks?

Apabila Apendiks telah terkena jangkitan, ianya akan membengkak. Tahap yang paling merbahaya adalah bila Apendiks tersebut pecah.

Bila Apendiks telah pecah, kuman, najis, nanah dan kotoran yang terdapat di dalam Apendiks yang telah terkena jangkitan ini boleh pula merebak ke kawasan usus.

Adakah penyakit Apendiks boleh membawa maut?

Apabila pesakit telah berada di peringkat yang parah, penyakit Apendiks boleh membawa maut tetapi bilangan mereka yang meninggal akibat penyakit ini tidak ramai.

Apakah rawatan Apendiks yang diberikan oleh pihak doktor?

Apabila pesakit tersebut telah disahkan mendapat sakit Apendiks, segala antibiotik untuk menahan sakit tidak berguna lagi.

Rawatan yang paling berkesan untuk pesakit hanyalah melalui pembedahan untuk membuang Apendiks yang telah terkena jangkitan itu.

Berapa lamakah masa yang diambil sewaktu pembedahan Apendiks dijalankan dan berapa lamakah pula pesakit boleh sembuh sepenuhnya?

Masa yang selalunya diambil untuk melakukan pembedahan sakit Apendiks tidak lama iaitu antara setengah hingga satu jam sahaja.

Pesakit pula boleh sembuh dengan sepenuhnya dalam tempoh 6 hingga 7 hari.

Apakah nasihat doktor kepada mere-ka yang mungkin mendapat penyakit Apendiks tetapi mereka tidak mengetahuinya ataupun takut untuk berjumpa dengan pihak doktor?

Tanda-tanda mengenai penyakit Apendiks telah pun diterangkan tadi. Sekiranya seseorang itu merasakan bahawa dirinya mempunyai tanda-tanda tersebut, jangan cepat cemas, tetapi sebaliknya mintalah rawatan daripada pihak doktor dengan segera.

Mereka juga tidak seharusnya cuba merawat sakit Apendiks ini dengan cara lain kerana rawatan yang paling berkesan bagi penyakit ini hanyalah melalui pembedahan untuk membuang Apendiks yang telah terkena jangkitan itu.

Pembedahan Apendiks juga tidak mengambil masa yang lama oleh itu, seseorang yang merasakan bahawa dia mempunyai tanda-tanda sakit Apendiks eloklah berjumpa pihak doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

JANGKITAN SELEPAS PEMBEDAHAN MEMBUANG APENDIKS

Pembedahan appendectomy adalah pembedahan membuang Apendiks yang dijalankan secara kecemasan, bermakna harus segera dilakukan.

Namun, tidak semua pesakit yang disyaki mengalami jangkitan pada Apendiks (disebut sebagai appendicitis) akan dibedah.

Selalunya doktor akan memberikan suntikan antibiotic melalui IV drip sebagai usaha mencegah berlakunya sepsis iaitu keadaan di mana jangkitan kuman semakin merebak ke seluruh tubuh dan ia boleh membawa maut.

Bagi pesakit yang mengalami jangkitan Apendiks belum menjadi nanah, suntikan antibiotik dapat mengawal jangkitan dan pesakit sembuh.

Pesakit boleh balik ke rumah beberapa hari apabila tiada lagi tanda-tanda jangkitan Apendiks seperti sakit perut dan demam.

Oleh itu pesakit yang mengalami jangkitan Apendiks yang belum pecah, selalunya lebih mudah sembuh berbanding dengan pesakit yang mengalami jangkitan Apendiks yang telah pecah.

Sehari selepas pembedahan, doktor akan memeriksa jika usus pesakit telah berfungsi dengan normal, dengan bertanyakan sama ada pesakit telah kentut atau belum.

Selalunya doktor akan membenarkan pesakit minum sedikit air kosong. Jika pesakit boleh minum, air intra-venous (IV) boleh dihentikan dan pesakit digalakkan melakukan pergerakan ringan, seperti pergi ke tandas atau berjalan-jalan di sekeliling katil.

Doktor akan membuka balutan luka pembedahan selepas 3 hari untuk memantau jika ada jangkitan kuman pada luka pembedahan. Pesakit boleh pulang ke rumah selepas 2-3 hari.

Semasa berada di rumah, pastikan luka kering dan bersih.

Perlukah jumpa doktor sebelum hari yang ditetapkan jika ada masalah?

Selalunya doktor akan menetapkan hari temujanji seminggu selepas pembedahan namun begitu, jika terdapat tanda berikut, segera berjumpa dengan doktor;
  • Demam yang berterusan (melebihi 101 F atau 39c).
  • Pendarahan di tempat luka pembedahan.
  • Abdominal semakin membesar.
  • Sakit tempat luka tetapi tidak sembuh dengan ubat.
  • Muntah dan loya berterusan.
  • Demam menggigil.
  • Batuk dan sukar bernafas berterusan.
  • Nanah di tempat luka pembedahan.
  • Bengkak dan merah pada tempat luka pembedahan.
  • Tidak boleh makan atau minum.
  • Tidak kentut atau tidak buang air besar semenjak pembedahan.

Pembedahan appendicectomy adalah pembedahan yang ringkas dan selamat namun, ada kalanya pembedahan seperti ini mengundang komplikasi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Jenis Sakit Perut Yang Biasa Melanda

sumber: afifamli | drzubaidi

9 Pemuzik Paling Misteri Di Dunia

9 Pemuzik Paling Misteri Di Dunia

Meminati sesebuah kumpulan atau ahli muzik bukanlah perkara pelik tetapi sesetengah daripada mereka ternyata memang lain daripada yang lain. Dan kerana itulah menjadikan mereka istimewa.

Walaupun banyak kumpulan penghibur yang terkenal di dunia, namun kehadiran ahli-ahli muzik ini memberi kelainan kepada dunia nyanyian yang sedia ada oleh kerana ;misteri’ yang menyelubungi kewujudan mereka.

Sekurang-kurangnya mereka menampilkan kelainan menjadikan usaha mereka sewajarnya dipuji.

Mari kita ikuti kisah 9 ahli muzik paling misteri di dunia:

1. Ghost

9 Pemuzik Paling Misteri Di Dunia

Ghost merupakan kumpulan rock kultus yang menyanyikan lagu-lagu memuji syaitan. Ini tidaklah terlalu pelik kerana Sweden memang mempunyai ramai kumpulan rock yang mengagungkan syaitan; tetapi apa yang misterinya adalah keenam-enam ahlinya masih belum diketahui identiti mereka!

Mereka hanya dikenali sebagai “nameless ghouls” atau “momok tak bernama” sehingga ke hari ini.

2. Tupac Shakur

9 Pemuzik Paling Misteri Di Dunia

Rapper terkenal ini telah meninggal dunia selama lebih 20 tahun namun peminatnya masih belum dapat menerima kenyataan kerana Tupac dikatakan telah dilihat di Cuba dan di Barbados.

Namun, selain beberapa keping gambar yang kurang jelas, tiada bukti kukuh yang boleh mengesahkan dia benar-benar belum mati.

Malah, kenapa dia dibunuh masih lagi menjadi persoalan misteri sehingga ke hari ini.

3. Richey Edwards

9 Pemuzik Paling Misteri Di Dunia

Jika anda peminat Manic Street Preachers, anda pasti sudah sedia maklum dengan misteri kehilangan Richey Edwards, gitaris dan penulis lirik kumpulan itu.

Kisah bermula apabila Richey pulang ke kampung halamannya di Blackwood, United Kingdom.

Namun, dia tidak kembali semula ke Amerika Syarikat dan menghabiskan masa 2 minggu di sana sebelum ‘lenyap’ daripada muka bumi pada usia 27 tahun.

Selepas 13 tahun mencarinya, akhirnya Richey diumumkan telah meninggal dunia.

Bagaimanapun, ahli kumpulannya masih membayar 25% daripada hasil pendapatan mereka ke dalam akaun banknya, kerana percaya dia masih hidup.

4. Giuseppe Tartini

9 Pemuzik Paling Misteri Di Dunia

Giuseppe merupakan penggesek biola yang lahir pada tahun 1692. Dia juga merupakan salah seorang daripada pemilik terawal biola Stradivarius yang amat terkenal di kalangan pencinta alat muzik tersebut.

Beberapa tahun sebelum kematiannya, dia telah bermimpi berjumpa Iblis, yang memainkan sebuah lagu kepadanya menggunakan biola.

Pada keesokan paginya, Giuseppe menulis kembali melodi yang didengarinya dan nota-nota muzik itulah yang mencipta lagu Sonata in G Minor atau lebih dikenali sebagai The Devil’s Song (Lagu Iblis).

Lagu tersebut dikatakan begitu kompleks dan tidak mampu dimainkan oleh sesiapa pun dan menurut legenda, hanya mereka yang telah menjual rohnya kepada Iblis sahaja yang boleh memainkan lagu itu dengan baik.

5. Elvis Presley

9 Pemuzik Paling Misteri Di Dunia

Elvis telah lama meninggalkan dunia namun sama seperti Tupac, peminatnya masih belum dapat menerima kenyataan.

Terdapat beberapa saksi yang bersumpah telah menemui Elvis masih hidup dan sihat walafiat di serata AS.

Ada juga yang mengandaikan Elvis sebenarnya telah diculik oleh makhluk asing!

6. Robert Johnson

9 Pemuzik Paling Misteri Di Dunia

Robert merupakan ahli ‘Kelab 27’ – iaitu sekumpulan ahli muzik terkenal yang meninggal dunia pada usia tersebut. Legenda blues ini mati akibat keracunan pada tahun 1938.

Kisah bagaimana Robert tiba-tiba mahir bermain gitar dikatakan bermula apabila dia telah ‘berjumpa’ dengan Iblis ketika dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.

Menurut cerita itu lagi, Iblis dikatakan membetulkan tune gitar Robert dan ‘merahmati’nya dengan bakat bermain gitar, sekali gus menjadikan dia begitu mahir memainkan alat muzik itu secara serta-merta!

7. Syd Barrett

9 Pemuzik Paling Misteri Di Dunia

Syd Barrett terkenal menerusi pembabitannya dengan kumpulan rock Pink Floyd dan selepas satu insiden yang pelik semasa membuat persembahan, separuh daripada wajah Syd mula ‘mencair’.

Dia kemudiannya meninggalkan Pink Floyd dan menubuhkan kumpulan baru yang diberi nama Stars.

Kumpulan barunya tidak semahsyur Pink Floyd, namun album-album mereka mempunyai misteri yang belum dapat dirungkai sehingga kini.

Dalam lagu Two Little Towers, Syd menyanyikan tentang menara yang roboh pada tahun 2001.

Selain itu, dia juga meramalkan tahun kematiannya dengan tepat iaitu pada 2006.

8. Jimmy Page

9 Pemuzik Paling Misteri Di Dunia

Jimmy Page merupakan gitaris bagi kumpulan rock terkenal, Led Zeppelin dan dikatakan telah melakukan perjanjian dengan Iblis.

Malah, tiga ahli Led Zeppelin yang lain turut dikatakan telah membuat perjanjian dengan makhluk itu.

Ada yang mengatakan lagi hit mereka, Stairway to Heaven dikatakan mempunyai mesej tersembunyi memujuk pendengarnya memuja Iblis jika lagu itu dimainkan secara terbalik.

9. David Bowie

9 Pemuzik Paling Misteri Di Dunia

David Bowie telah menggunakan pelbagai nama dalam karier muziknya termasuklah The Fallen Star, Ziggy Stardust dan The Man Who To Earth.

Oleh kerana imejnya yang pelik serta persona yang kelihatan seperti bukan berasal daripada dunia ini, ada yang membuat spekulasi bahawa Bowie sebenarnya makhluk asing yang datang ke Bumi daripada angkasa lepas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Dendam Terhadap P. Ramlee Yang Tidak Pernah Padam

Dendam Terhadap P. Ramlee Yang Tidak Pernah Padam

Di era kegemilangan filem Melayu Jalan Ampas, bukan semua orang suka pada P. Ramlee, sejak hari pertama P. Ramlee menjejakkan kaki ke studio Jalan Ampas sehinggalah beliau berhijrah ke Kuala Lumpur, dia masih mempunyai musuh.

Dendam Terhadap P. Ramlee Yang Tidak Pernah Padam

Ketika L. Krishnan memperkenalkan P. Ramlee buat kali pertama sebagai hero melalui filem Bakti (1950), bertambah ramai musuh P. Ramlee.

Musuh P. Ramlee pula adalah di kalangan kawan-kawannya sendiri. Apabila nama P. Ramlee telah sampai ke puncak kemahsyuran, makin bertambah-tambah musuh P. Ramlee.

Setelah P. Ramlee meninggal dunia, Arkib Negara Malaysia mengumumkan akan menubuhkan Pustaka Peringatan P. Ramlee setelah diarahkan oleh Encik Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan pada ketika itu.

Ternyata banyak suara-suara sumbang yang kedengaran seolah-olah membantah usaha untuk menubuhkan Pustaka P. Ramlee itu.

Tetapi, pada hakikatnya suara-suara sumbang ini juga yang hadir semasa hari pelancaran Pustaka tersebut.

Pernah Arkib Negara menganjurkan “Minggu P. Ramlee” selama satu minggu pada bulan Oktober 1984, penentang-penentang P. Ramlee ini muncul untuk mempertikaikan kewibawaan P. Ramlee.

Kononnya P. Ramlee hebat bukan kerana usahanya seorang tetapi mendapat bantuan daripada rakan-rakannya dengan menyebut nama S. Sudarmaji, Osman Ahmad, Yusof B dan Ahmad Jaafar.

Memang ada betulnya kenyataan itu dan nama yang mereka sebutkan itu juga mempunyai peranan besar dalam kerjaya seni P. Ramlee, tetapi siapakan nama-nama ini semua sebelum mereka bekerjasama dengan P. Ramlee?

P. Ramlee adalah penggerak bagi orang-orang seperti S. Sudarmadji, Osman Ahmad, Yusof B dan Ahmad Jaafar.

P. Ramlee memberi jalan, memberi arah tuju dan perangsang ke arah kejayaan seni muzik pada ketika itu.

Kita harus ingat sebelum P. Ramlee menjejakkan kaki ke Singapura, Osman Ahmad, Yusof B dan Ahmad Jaafar telah mencipta lagu dan bermain muzik. Tetapi apa kesannya? Mengapa mereka tidak menonjol seperti mana yang didakwa oleh mereka yang mencemuh P. Ramlee itu?

Sebenarnya, mereka ini semua memerlukan pendorong (catalyst) dan di dalam perkara ini P. Ramleelah yang menjadi pendorong kepada kelansungan warisan muzik yang dibawa oleh Osman Ahmad, Yusof B dan Ahmad Jaafar.

Setelah P. Ramlee menubuhkan Pancha Sitara, lagi berkembang aliran muzik mereka-mereka ini semua.

Berbalik kepada musuh-musuh P. Ramlee tadi, kita jangan terkejut sebenarnya ada dikalangan yang menjadi musuh P. Ramlee itu adalah orang yang nampak rapat dengan P. Ramlee.

Perkara ini pernah diceritakan sendiri oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussain pada satu forum Bicara Seniman Agung di Universiti Malaya pada tahun 2001.

Di dalam buku tulisannya yang bertajuk Kisah Hidup Seniman Agung juga ada menyatakan perkara ini.

Musuh-musuh P. Ramlee ini bukan hanya sekadar mengata dan mengutuk P. Ramlee dibelakang, malahan mereka juga pernah merancang untuk mencederakan P. Ramlee dengan merosakkan wajahnya.

Anggapan mereka, apabila rosaknya wajah P. Ramlee dengan sendirinya populariti P. Ramlee akan lenyap.

Mereka berpendapat selagi wajah P. Ramlee masih kekal dalam keadaan begitu sampai bila-bila pun nama mereka akan tenggelam dalam dunia filem Melayu.

Allah itu maha berkuasa, niat buruk untuk mencederakan wajah P. Ramlee akhirnya terbongkar.

Rahsia komplot itu telah sampai ke pengetahuan Jasni Ahmad, suami kepada Neng Yatimah dan bapa kepada Rosyatimah adalah seorang penyanyi piring hitam.

Jasni atau lebih dikenali sebagai Wak Jasni adalah seorang yang sangat disegani dan berpengaruh di Singapura. Ada juga yang menggelarkan beliau sebagai ketua samseng di Singapura.

Wak Jasni telah menjalankan siasatan komplot mencederakan wajah P. Ramlee ini dan telah memberi amaran kepada mereka sekiranya perkara ini berlaku mereka semua akan menerima akibatnya.

Oleh kerana golongan musuh P. Ramlee ini segan dan takut dengan Wak Jasni, mereka telah membatalkan perancangan mereka itu dan memohon maaf pada P. Ramlee.

P. Ramlee sememangnya berjaya dan hebat bukan atas usaha beliau seorang. Beliau memerlukan bantuan rakan-rakan yang berkebolehan dalam bidang masing-masing demi kelansungan sesebuah karya.

Tetapi P. Ramlee mempunyai satu bakat luar biasa anugerah dari Allah yang membuatkan sentuhannya menjadi emas.

Rasulullah SAW juga dalam berdakwah baginda memerlukan para sahabat yang mendampinginya.

Begitu juga dengan kelangsungan P. Ramlee dalam berkarya. Dari penulis cerita, penulis skrip, penulis lirik, penggubah lagu, jurugambar, jurukamera, penata cahaya, penolong pengarah dan juga pelakon semuanya memainkan peranan yang besar kepada P. Ramlee.

Mana ada dalam dunia ini sesuatu kejayaan dan perkara yang berlaku itu dilakukan seorang diri kecuali datangnya dari Allah yang Maha Berkehendak.

“Kita berusaha mencari untuk memberi kembali, kerana itu adalah kitaran yang paling baik untuk diri sendiri dan masyarakat.”

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: P. Ramlee Satu-satunya Penerima Anugerah Pertama Pelakon Serba Boleh Di Dunia!

sumber: thepatriots

Fenomena Ekuinoks Akibat Cuaca Panas

Fenomena Ekuinoks Akibat Cuaca Panas

Ekuinoks adalah suatu keadaan di mana matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa dan merupakan fenomena yang berlaku dua kali setiap tahun disebabkan bumi berputar mengelilingi matahari pada sudut 23.50 dan seterusnya menyebabkan empat musim.

Fenomena Ekuinoks Akibat Cuaca Panas

Fenomena berkenaan berlaku pada 20 atau 21 Mac di seluruh kawasan khatulistiwa pada pertengahan musim bunga dan 22 atau 23 September di pertengahan musim luruh setiap tahun.

Ketika itu matahari akan berada betul-betul di garisan khatulistiwa dan menyebabkan matahari berada pada sudut tepat 900 terutama pada waktu tengah hari.

Ini menyebabkan negara yang berada berhampiran garisan berkenaan akan mendapat pancaran matahari yang terik.

Namun, ekuinoks merupakan fenomena biasa yang berlaku akibat putaran bumi mengelilingi matahari.

Ekuinoks berlaku apabila bumi menerima cahaya matahari lebih panjang berbanding kadar biasa (di khatulistiwa) iaitu 12 jam dan biasanya, di kawasan ini matahari menerima cahaya matahari kira-kira 13 jam.

Oleh itu, tidak banyak berlaku perubahan suhu ketara semasa fenomena Ekuinoks ini tetapi akan berlakunya cuaca panas terutama pada waktu malam.

Ia berlaku kerana bumi yang secara semula jadinya memindahkan haba keluar dalam bentuk gelombang panjang tidak dapat berbuat demikian kerana beberapa faktor lain.

Antaranya ialah keadaan berjerebu yang seolah-olah membentuk lapisan penghalang kepada gelombang panjang ini keluar menyebabkan haba terperangkap.

Selain itu, kekurangan litupan awan semasa ekuinoks juga menyebabkan cuaca panas berlaku di Khatulistiwa.

Pencemaran

Pada masa sama, ketika fenomena Ekuinoks ini terjadi ialah penghujung musim Monsun Timur Laut dan akan memasuki peralihan musim antara monsun sebelum musim memasuki Monsun Barat Daya.

Penghujung Monsun Timur Laut juga menyebabkan keadaan kering berlaku.

Bagaimanapun yang membimbangkan ialah keadaan berjerebu sepatutnya disedari oleh pihak tertentu supaya mengambil langkan mengatasinya, kerana cuaca panas dalam suasana berjerebu akan memburukkan keadaan.

Walaupun Ekuinoks adalah sesuatu yang semula jadi tetapi ia diburukkan lagi dengan faktor-faktor lain.

Biarpun ekuinoks berlaku dua kali setiap tahun, ia jarang menyebabkan perubahan suhu yang melampau.

Suhu di negara ini biasanya hanya hanya berada di antara 28 hingga 34 darjah selsius sepanjang tahun.

Sebenarnya, banyak faktor lain yang menyumbang kepada pemanasan global yang berlaku di kebanyakan bahagian dunia.

Misalnya beberapa kawasan di Eropah berubah kepada panas yang melampau manakala beberapa negara di Timur Tengah diselaputi salji.

Perubahan cuaca yang melampau banyak juga dipengaruhi oleh aktiviti manusia, merujuk kepada kemusnahan hutan yang diteroka tanpa mengambil kira pembangunan mapan.

Kemusnahan hutan iaitu perubahan guna tanah, pembakaran bahan fosil dan juga peningkatan gas karbon dioksidal.

Pembangunan yang tidak mengambil kira mengenai alam sekitar akan mengganggu sistem saliran serta ekosistem sesuatu kawasan.

Oleh itu, lebih banyak kawasan perlu ditanam dengan pokok-pokok serta kawasan hutan simpan dan tadahan hujan dijaga agar suhu tempatan dapat dikurangkan.

Proses evapotranspirasi terutamanya oleh tumbuhan boleh bertindak membantu menyederhanakan suhu.

Selain tumbuhan, awan juga memainkan peranan penting dalam mengawal suhu.

Awan penting kerana bertindak melindungi ruang angkasa dan permukaan bumi daripada mendapat sinaran matahari secara berterusan.

Malangnya, antara kesan pemanasan global adalah peningkatan peristiwa suhu melampau, banjir dan kemarau.

Kesan daripada fenomena berkenaan tidak dapat diramalkan dengan tepat sama ada ia akan terus kekal atau tidak.

Bagaimanapun banyak perubahan cuaca yang melampau sukar diramalkan seperti peristiwa hujan lebat, panas melampau atau ribut tropika.

Kita tidak tahu sama ada perubahan berkenaan akan kekal atau akan berubah kepada keadaan asalnya, manakala cuaca kering akan menjadi bertambah buruk dengan keadaan jerebu yang menyebabkan kualiti udara rendah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Saturday, February 24, 2018

Sejarah Persengketaan Jenama Adidas dan Puma

Sejarah Persengketaan Jenama Adidas dan Puma

Selain Nike, jenama Adidas dan Puma adalah 2 jenama barangan sukan yang sangat popular di seluruh dunia, memonopoli beberapa kategori sukan antaranya bola sepak dan lumba lari melalui tajaan atlit-atlit profesional seperti Usain Bolt (pemegang rekod 100 meter dunia) dan Paul Pogba (pemain bola sepak Perancis).

Sejarah Persengketaan Jenama Adidas dan Puma

Namun tahukah anda, terdapat sejarah menarik mengenai asal-usul jenama Adidas dan Puma!

Adik-beradik Dassler Pengasas Adidas

Sekiranya anda tidak tahu, jenama Adidas diasaskan oleh Adi Dassler manakala jenama Puma pula diasaskan oleh Rudolf Dassler.

Pada tahun 1920, Adi dan abangnya Rudolf telah bekerjasama menubuhkan sebuah syarikat membuat kasut di sebuah pekan kecil di Jerman yang dipanggil Herzogenaurach.

Syarikat mereka dikenali sebagai Gebrüder Dassler Schuhfabrik (Syarikat Kasut Adik Beradik Dassler).

Adolf Dassler mempelajari kemahiran membuat kasut daripada bapanya yang bekerja di sebuah kilang membuat kasut.

Gabungan kedua-dua adik beradik ini adalah sesuatu yang menarik memandangkan Adi merupakan seorang pembuat kasut yang bagus sementara abangnya Rudolf pula seorang jurujual yang cekap.

Perniagaan mereka melonjak naik setelah atlit tajaan mereka Jesse Owens berjaya memenangi 4 pingat emas pada Sukan Olimpik 1936.

Perang Dunia ke 2

Sejarah Persengketaan Jenama Adidas dan Puma

Ketika Adolf Hitler meluaskan penguasaannya ketika Perang Dunia ke 2 sekitar tahun 1933, kedua-dua adik beradik Dassler ini menyertai pasukan askar Nazi.

Ketika Perang Dunia ke 2 inilah terjadinya beberapa salah faham antara kedua beradik ini yang menyebabkan keduanya mengambil keputusan untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing.

Pada tahun 1948, kedua-duanya telah mengambil keputusan untuk membubarkan syarikat yang mereka tubuhkan. Aset syarikat dan pekerja-pekerja yang dimiliki syarikat dibahagi sama rata antara keduanya.

Sejarah Penubuhan Jenama Adidas dan Puma

Setelah membawa haluan masing-masing, Adi telah menubuhkan syarikat Adidas, hasil kombinasi namanya "ADI DASsler".

Rudolf turut mengambil pendekatan serupa dengan menamakan syarikatnya "Rudo" (sempena namanya Rudolf Dassler) sebelum ditukar kepada Puma.

Kedua-duanya membina kilang kasut berhampiran sungai Aurach, bertentangan antara satu sama lain.

Ketika itu, sebahagian besar penduduk di bandar Herzogenaurach bekerja di kedua-dua syarikat ini.

Sejarah Persengketaan Jenama Adidas dan Puma

Kedudukan kedua-dua kilang ini yang dipisahkan oleh Sungai Aurach, ditambah pula persengketaan antara Adi dan Rudolf dikatakan telah menyebabkan pekerja daripada kedua-dua syarikat ini tidak sebulu dan saling memusuhi antara satu sama lain.

Antara perkara pelik yang berlaku adalah pekerja daripada syarikat Adidas adalah dilarang untuk bergaul dan mengahwini seseorang yang bekerja di syarikat Puma dan begitulah sebaliknya.

Malah, layanan terhadap seseorang itu juga akan berbeza mengikut jenama kasut yang mereka pakai.

Kedua-dua syarikat ini juga mempunyai kelebihan masing-masing. Puma yang diketuai oleh Rudolf lebih bijak menjual produk.

Adidas pula lebih mahir menghasilkan kasut daripada segi teknikal dan mempunyai hubungan baik dengan ramai atlit, seterusnya memudahkan mereka menghasilkan kasut yang berkualiti.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Nike Perkenal Koleksi Khas Sempena Persaraan Ronaldinho

sumber: iluminasi

Perbandingan Langganan Dan Kelajuan Internet Malaysia Dan Negara Lain

Perbandingan Langganan Dan Kelajuan Internet Malaysia Dan Negara Lain

Dalam laporan terbaru 2018, rangkaian 4G di Malaysia dikatakan antara paling lambat dikalangan 88 buah negara yang menyertai kajian kelajuan internet tersebut.

Perbandingan Langganan Dan Kelajuan Internet Malaysia Dan Negara Lain

Kajian yang dijalankan oleh sebuah firma dari UK, Open Signal, mendapati purata kelajuan 4G di Malaysia tahun 2017 lalu ialah 14.83 Mbps. Hasil kajian menunjukkan Malaysia berada dalam kelompok 20 paling bawah.

Perbandingan Langganan Dan Kelajuan Internet Malaysia Dan Negara Lain

4G di Malaysia sudah bertapak sejak lima tahun lalu dan menjanjikan kelajuan 100 Mbps, namun prestasi yang ditunjukkan tidak berada di tahap yang membanggakan.

Lebih mengejutkan, negara lain seperti Vietnam (21.49 Mbps), Brunei (17.48 Mbps) dan Myanmar (15.56 Mbps) mencatatkan keljuan lebih tinggi.

Perbandingan Langganan Dan Kelajuan Internet Malaysia Dan Negara Lain

Singapura berada di kedudukan pertama dengan 44.32 Mbps diikuti Belanda (42.12 Mbps), Norway (41.2 Mbps) dan Korea Selatan (40.44 Mbps).

Tiga negara Asia Tenggara lain yang mencatatkan prestasi buruk ialah Thailand, Filipina dan Indonesia.

Kajian: Internet lebih murah di Malaysia tapi lebih lambat

Rakyat Malaysia, secara purata, ditawarkan pakej internet bulanan yang lebih murah berbanding rakan-rakan Asia Tenggara mereka - tetapi ini tidak termasuk dari segi nilai untuk wang.

Ini menurut kajian oleh kaunter penyelidikan pasaran BDRC Continental dan platform perbandingan perkhidmatan Internet Cable.co.uk, yang menganalisis lebih daripada 3,351 pakej jalur lebar di seluruh dunia antara 18 Ogos dan 12 Oktober tahun 2017 lalu.

Penyelidikan mendapati purata kos bulanan jalur lebar bagi Malaysia adalah RM184.61 dengan hanya Thailand (RM110.17) dan Singapura (RM160.2) menawarkan harga lebih murah.

Perbandingan Langganan Dan Kelajuan Internet Malaysia Dan Negara Lain

Ini berbeza dengan negara-negara Asia Tenggara yang menawarkan purata kos bulanan jalur lebar yang lebih mahal, termasuk Kemboja (RM217.49), Filipina (RM219.99), Vietnam (RM256.69), Indonesia (RM312.07), Myanmar (RM312.35), Laos (RM954.24) dan Brunei (RM1,102.69).

Bagaimanapun, apabila purata kos jalur lebar bulanan ditanda aras terhadap kelajuan, didapati banyak negara-negara Asia Tenggara membayar kurang untuk setiap Megabit sesaat (Mbps) yang mereka peroleh, berbanding Malaysia.

Perbandingan Langganan Dan Kelajuan Internet Malaysia Dan Negara Lain

Malaysia, pada RM12.85 setiap Mbps, menduduki tempat keenam daripada 10 negara Asia Tenggara yang dianalisis dalam penyelidikan itu.

Di hadapan Malaysia ialah Singapura (RM0.23/Mbps), Thailand (RM1.79/Mbps), Indonesia (RM6.15/Mbps), Vietnam (RM10.05/Mbps) dan Filipina (RM11.72/Mbps).

Empat negara Asia Tenggara yang menawarkan jalur lebar bulanan lebih mahal dari segi Mbps ialah Brunei (RM16.84/Mbps), Laos (RM50.89/Mbps), Kemboja (RM78.26/Mbps) dan Myanmar (RM108.51/Mbps).

Penyelidikan ini juga mengukur kelajuan muat turun dan masa yang diperlukan untuk memuat turun filem HD 7.5GB.

Perbandingan Langganan Dan Kelajuan Internet Malaysia Dan Negara Lain

Yang terpantas adalah Singapura, dengan masa 18 minit 34 saat, diikuti oleh Thailand pada satu jam 46 saat. Malaysia menduduki tempat ketiga dalam masa dua jam 33 minit dan tiga saat.

Di belakang Malaysia adalah Vietnam dan Indonesia, yang mengambil masa lebih tiga jam untuk memuat turun video, diikuti oleh Brunei dan Filipina yang mengambil masa lebih daripada empat jam, Kemboja lebih daripada lima jam dan Myanmar dan Laos lebih lapan jam.

Laporan OpenSignal juga menunjukkan Malaysia menduduki tangga ke-69 untuk kelajuan 4G dan ke-42 untuk ketersediaan 4G

Sementara Singapura menduduki tangga teratas dengan kelajuan purata 44.32 megabit sesaat (Mbps), Malaysia dengan kelajuan 14.83 Mbps meletakkannya di antara 20 negara paling bawah dalam senarai.

Lebih buruk, walaupun perkhidmatan 4G telah tersedia selama lima tahun di Malaysia dengan kelajuan internet dijanjikan sehingga 100 Mbps, negara ini masih tertinggal di belakang jirannya seperti Vietnam (21.49 Mbps), Brunei (17.48 Mbps), dan Myanmar (15.56 Mbps).

Walau bagaimanapun, Malaysia menunjukkan sedikit peningkatan daripada prestasi pada tahun 2016, iaitu 14.35 Mbps.

Malaysia juga menduduki tangga ke-42 dengan 74.88% ketersediaan 4G, lebih baik daripada Brunei (73.66%), Indonesia (72.39%), dan Vietnam (71.26%).

Menariknya, laporan OpenSignal menunjukkan Maxis mengungguli senarai untuk kelajuan 4G manakala Yes memenangi dari segi ketersediaan 4G


Maxis juga memberi purata kelajuan muat turun 23.6 Mbps, iaitu 3 Mbps lebih pantas berbanding Yes.

Dari segi kelajuan 4G pula, Celcom berada di tempat ketiga dengan purata 16.2 Mbps. Digi mempunyai purata 11.8 Mbps, manakala U Mobile dan Webe mempunyai purata kelajuan di atas dan di bawah 7 Mbps.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini | says | tmo

Benarkah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia?

Benarkah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia?

Jika menyebut tentang piramid, ramai yang menyangka hanya Mesir sahaja memiliki monumen unik itu. Binaan yang diperbuat daripada tanah liat padu itu dibangunkan sebagai makam firaun dan telah dikenal pasti berusia hampir 5,000 tahun.

Benarkah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia?

Piramid juga dipercayai kononnya adalah tangga yang digunakan oleh roh-roh firaun untuk menuju ke langit.

Namun, tidak ramai yang mengetahui sebelum piramid di Mesir dibina, terdapat piramid yang lebih awal dibina iaitu di sebuah kawasan pergunungan di Indonesia, dipercayai dibina kira-kira 9,000 ke 20,000 tahun lalu.

Perkara ini dibongkar oleh seorang pakar geologi, yang mengatakan tapak megalith Gunung Padang, di Wilayah Jawa Barat merupakan peninggalan tapak piramid tertua di dunia.

Benarkah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia?
Dr. Danny Hilman Natawidjaja.

Sejak ditemui pada 1914, Gunung Padang telah dikenal pasti sebagai kawasan tapak batu megalith terbesar di rantau Asia Tenggara.

Berada pada ketinggian 2,903 kaki iaitu kira-kira 885 meter daripada aras laut, Gunung Padang merupakan kawasan yang terkenal dengan beberapa kawasan gunung berapi yang masih aktif.

Beliau yang juga merupakan Ketua di Pusat Penyelidikan Geoteknikal Indonesia mengatakan kawasan gunung itu tidak ubah seperti bentuk piramid ekoran batu-batuan dan lereng bukit yang bersusun elok itu dijadikan sebagai tempat beribadah masyarakat Sunda.

Benarkah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia?

“Jika tempat itu dikenali sebagai tempat suci masyarakat Sunda, maka sudah pasti mereka perlu memanjat batu-batuan yang berbentuk lereng bukit seperti piramid itu bagi melakukan ritual di puncaknya.

“Cara orang dahulu beribadat ini sememangnya akan memanjat ke atas,” katanya dipetik laporan oleh portal Archaeologyhub.

Difahamkan, kerja-kerja menggali dan menerokai ruang kawasan kewujudan piramid yang dikelola pasukannya itu menerima sokongan daripada Kerajaan Indonesia.

Benarkah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia?

Presidennya pada ketika itu, Susilo Bambang Yudhoyono turut mengatakan tugas Dr. Danny adalah sebagai “sejarah tamadun terpenting buat manusia sejagat”.

Ekoran penemuannya itu, Dr. Danny yang ditemui Sydney Morning Herald mengatakan, “Manusia menganggap zaman pra-sejarah adalah kuno, namun semua tanggapan itu ternyata terbukti salah.”

Menurutnya, antara batu-batuan yang ditemui di tapak piramid itu asalnya bercantum pada batuan lain.

Perkara ini didedahkan setelah menemui bahan cecair seakan karbon pekat yang dipercayai berusia 7,000 tahun sebelum Masihi.

Benarkah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia?

Struktur berlapis yang dipisahkan oleh tembok batu itu hanya boleh dimasuki menerusi 400 anak tangga setinggi 95 meter. Ia dikatakan dilindungi dengan bongkah batu besar yang berasal daripada gunung berapi.

Daripada penemuan ini, beliau percaya sturukur berlapis itu mempunyai ketebalan setinggi 100 meter dan diperbuat daripada sejumlah lapisan.

Pakar turut menggarkan usia batu sebesar tiga hingga empat meter yang terletak di bawah permukaan itu berusia lingkungan 6,500 ke 12,500 tahun.

Bagaimanapun, kajian pasukan Dr. Hillman itu menerima tentangan daripada 34 ahli arkeologi tempatan sehingga sebuah petisyen yang memintanya untuk menghentikan projek tersebut telah dijalankan.

Benarkah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia?

Menurut mereka, kajian daripada Dr. Hilman itu akan menjejaskan keadaan stuktur ekosistem tanah yang dikhuatiri boleh mengaktifkan lava di dalam tanah.

Seorang pakar gunung berapi, Sutikno Bronto mengatakan ia sebenarnya bukan piramid, sebaliknya hanya sebuah gunung berapi yang telah meletus dan meruap lalu membentuk batu batuan seakan sebuah piramid yang bersegi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Rahsia Bagaimana Piramid Di Bina Akhirnya Terbongkar

sumber: mynewshub

'Petro' Dilancar, Venezuela Negara Pertama Guna Wang Digital

'Petro' Dilancar, Venezuela Negara Pertama Guna Wang Digital

Venezuela akhirnya melancarkan mata wang kripto 'Petro' dalam usaha untuk memintas sekatan ekonomi ketat yang dikenakan kerajaan Amerika Syarikat (AS), bertujuan meningkatkan ekonomi negara yang berdepan hiperinflasi dan penurunan nilai selama beberapa tahun.

'Petro' Dilancar, Venezuela Negara Pertama Guna Wang Digital

Presiden Nicolas Maduro berkata, setiap token akan disokong oleh setong minyak mentah Venezuela.

Difahamkan, 100 juta Petro akan dijual dengan nilai awal ditetapkan pada AS$60 (RM234) seunit berdasarkan harga setong minyak mentah negara pada pertengahan bulan Januari 2017.

Laman web rasmi yang menerbitkan panduan untuk membuka dompet maya itu bagaimanapun tidak memberi pautan untuk membeli mata wang Petro tersebut selain tiada maklumat mengenai bursa saham.

Tiada nilai, wang Venezuela jadi cenderahati

'Petro' Dilancar, Venezuela Negara Pertama Guna Wang Digital

Peniaga di Venezuela menganyam bakul menggunakan wang kertas selepas nilai matawangnya, Bolivar jatuh 85 peratus akibat inflasi.

Menurut Dailymail, disebabkan Bolivar secara praktis menjadi tidak bernilai, peniaga mula mengubah wang kertas dan menjualnya sebagai cenderahati kerana nilai cenderahati lebih tinggi dari wang kertas itu sendiri.

Seorang peniaga, Wilmer Rojas mendapat idea dengan membuat origami dan mengubah wang kertas menjadi beg galas, beg duit, topi dan bakul.

'Petro' Dilancar, Venezuela Negara Pertama Guna Wang Digital

Kata Rojas, orang ramai membuang wang kertas dan tidak menggunakannya untuk membeli barangan lagi.

"Surat khabar lama atau majalah pun lebih tinggi nilainya dari Bolivar. Sekurang-kurangnya saya jadikan mereka bernilai (dengan menjadikan cenderahati)," kata Rojas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM