Wednesday, January 24, 2018

Kebetulan Kisah Novel Yang Sangat Mengerikan

Kebetulan Kisah Novel Yang Sangat Mengerikan

Bagaimana agaknya perasaan anda apabila mengetahui kejadian yang berlaku di alam nyata persis seperti jalan cerita dalam novel yang pernah anda baca? Pastinya menakutkan kerana wujudnya penulisan mengenai peristiwa benar sebelum ianya benar-benar terjadi.

Kebetulan Kisah Novel Yang Sangat Mengerikan

Kejadian misteri ini dilaporkan berlaku suatu ketika dulu kepada Edgar Allan Poe, seorang penulis novel jenayah dan misteri.

Pada tahun 1838, beliau telah menghasilkan prosa cereka yang panjang berjudul 'The Narrative of Arthur Gordon Pym of Nantucket'.

Selepas diterbitkan, penulisan Edgar mendapat kritikan kerana di dakwa menghasilkan novel tidak bermutu.

Novel tersebut menceritakan tentang pelayaran Arthur Gordon Pym bersama amak-awak kapal.

Suatu hari, telah berlaku perbalahan dikalangan mereka disebabkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain.

Pemberontakan yang berlaku menyebabkan kapal bernama 'Grampus' dirampas dan berlaku pembunuhan sehingga mengorbankan hampir semua anak kapal.

Arthur yang masih hidup mula menyusun strategi untuk merampas semula kapal daripada pemberontak.

Rancangan tersebut dilakukan bersama dua orang rakan yang terselamat iaitu Dirk Peters dan Augustus.

Usaha mereka berhasil apabila berjaya merampas semula kapal Grampus dan membunuh kesemua pemberontak.

Mayat-mayat yang bergelimpangan dibuang ke laut kecuali seorang lagi yang terselamat iaitu Richard Parker dan bernasib baik diterima sebagai awak-awak kapal untuk membantu pelayaran mereka.

Kemudian, Arthur dan kumpulannya meneruskan pelayaran ke destinasi yang dituju.

Malangnya, pelayaran mengambil masa yang lama menyebabkan mereka kehabisan bekalan makanan dan mereka berempat terpaksa menahan lapar berhari-hari sehingga menjadi lemah dan tidak berdaya.

Selepas menemui jalan buntu, keputusan dibuat dengan cara salah seorang daripada mereka perlu dikorbankan untuk dijadikan makanan.

Richard Parker kemudiannya dibunuh untuk dijadikan ratahan kanibal ketiga-tiga yang lain.

***

Itulah sebahagian daripada sinopsis novel yang ditulis oleh Edgar Allan Poe.

Namun, siapa sangka penceritaan dalam novel tersebut benar-benar berlaku pada tahun 1884.

Seorang kapten bernama Tom Dudley melakukan pelayaran bersama tiga orang individu menaiki kapal 'Mignonette'.

Dalam pelayaran tersebut, Tom dibantu oleh dua orang rakan dan seorang remaja lelaki yang bekerja di kabin kapal.

Perjalanan menuju ke Australia dari pelabuhan Southampton secara tiba-tiba dilanda badai ketika berada dipertengahan laut, menyebabkan kapal mereka karam menenggelamkan semua barang.

Mereka berempat sempat menaiki sebuah perahu dan berada dalam keadaan sehelai sepinggang.

Disebabkan lapar tanpa bekalan makanan, mereka perlu mengorbankan salah seorang diantara mereka. Keputusan terlalu sukar namun tiada pilihan demi bertahan untuk hidup.

Suatu hari, remaja lelaki pekerja kabin meminum air laut bagi menghilangkan dahaga namun, disebabkan rasa haus melampau dia minum terlalu banyak.

Selepas beberapa ketika, remaja itu mula tidak sedarkan diri, lalu detik itu menjadi peluang keemasan untuk mereka yang lain untuk membunuh mangsa.

Dagingnya diratah sehingga kenyang manakala bekalan makanan dikatakan cukup buat mereka sehingga satu bulan.

Tidak lama selepas itu, ketiga-tiga mereka berjaya diselamatkan oleh sebuah kapal yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Biarpun sudah selamat, perasaan bersalah muncul dalam diri Tom Dudley dan rakan-rakannya.

Mereka kemudiannya membuat pengakuan tentang pembunuhan yang telah dilakukan dan sebagai hukuman mereka diarahkan untuk melakukan kerja paksa selama enam bulan.

Peristiwa itu juga membuatkan Kapten Tom Dudley digelar sebagai Tom Kanibal.

***

Kejadian itu telah menimbulkan tanda-tanya orang ramai apabila mengetahui kisah tersebut pernah wujud dalam sebuah novel.

Sejak itu, Edgar Allan Poe dianggap seorang individu yang mampu melihat masa depan kerana ramalannya yang menjadi realiti.

Apa yang lebih misteri dan amat memeranjatkan adalah, remaja yang dibunuh juga dikenali sebagai Richard Parker.

Adakah ia satu kebetulan?

BACA INI JUGA: Kisah Benar Novel Yang Mencari Penulisnya!

-SENTIASAPANAS.COM

10 Kisah Disebalik Lagu Cranberries

10 Kisah Disebalik Lagu Cranberries

Dolores O’Riordan telah pergi buat selama-lamanya pada 15 Januari 2018 lalu dalam usia yang begitu muda. Umur 46 tahun belum mencapai kemuncak kreatif. Banyak lagi karya mampu dihasilkan.

10 Kisah Disebalik Lagu Cranberries

Berita ini sememangnya sangat mengejutkan kerana hanya beberapa ketika sebelum ini kita telah membaca berita tentang band yang dipimpinnya, The Cranberries sedang dalam proses merakam lagu-lagu untuk album terbaru.

Ramai peminat setia The Cranberries bersedih kerana muzik yang dibawakan merupakan lagu-lagu pop yang sedikit-sebanyak bernada komersil yang menyentuh jiwa, membawa ketenangan dan sesekali menimbulkan kegelisahan; jujur, pedih, gembira dan pilu.

Berikut 10 lagu The Cranberries menjadi kesukaan, yang banyak memberi kesan dalam hidup ramai peminat dan mungkin juga hidup anda.
Dua album pertama mereka merupakan yang terbaik walaupun empat lagi tidak kurang hebatnya. Ini tidak termasuk rakaman semula lagu-lagu utama mereka dalam bentuk akustik untuk album terakhir Something Else (2017).

1. Linger

Single pertama Linger merupakan lagu yang mana nadanya mudah ditangkap telinga. Yang lebih menarik adalah liriknya.

Kisah cinta remaja gadis manis 17 tahun mendapat ciuman sebenar yang pertama; tetapi dalam pertemuan kedua budak lelaki itu sudah lupa gadis yang diciumnya itu.

Linger membawa maksud kesan ciuman yang berlegar-legar di bibir, lidah dan hati sang gadis. Ia kisah benar dalam hidup Dolores. Ia dimuatkan dalam album pertama mereka Everybody Else Is Doing It, So Why Can't We? (1993).
But I'm in so deep. You know I'm such a fool for you/You got me wrapped around your finger, ah, ha, ha/Do you have to let it linger?/ Do you have to, do you have to/Do you have to let it linger?

2. Dreams

Daripada album yang sama, muncul hit yang lebih besar, iaitu Dreams. Ia berkisar tentang cinta pertama Dolores pada tahun 1993 yang terbit pada tahun itu, sukar untuk buat-buat tidak dengar apabila lagu hit itu sentiasa berkumandang di merata-rata ceruk pekan dan kampung.

Apatah lagi sepanjang 1994, artis Hong Kong, Faye Wong membawakan lagu itu dalam versi Kantonis yang sangat popular di Malaysia.

3. Zombie

Zombie bukan lagu politik walaupun ia menampilkan sifat keji politik apabila menceritakan tentang kematian dua anak kecil, seorang berumur tiga tahun manakala seorang lagi 12 tahun, yang terbunuh akibat letupan bom di Cheshire, England pada Februari 1993.

Ya, 25 tahun lalu pengeboman itu menjadi inspirasi untuk The Cranberries melahirkan sebuah lagu yang membantah tindakan kejam tersebut akibat bom yang dipasang oleh Tentera Republikan Irish (IRA).
Another head hangs lowly/Child is slowly taken/And the violence, caused such silence/Who are we mistaken?
Sebagai anak kelahiran Ireland, Dolores bersama anggota kumpulannya marah dengan keganasan yang dijadikan alat politik.

Lagu itu mengingatkan perang di bumi Ireland sejak 1916 yang masih diteruskan sehingga akhir alaf lama, sedangkan yang menjadi korban adalah kanak-kanak yang tidak berdosa.
It's the same old theme/Since nineteen-sixteen/In your head, in your head, they're still fighting/With their tanks, and their bombs/And their bombs, and their guns/In your head, in your head, they are dying
Lagu ini daripada album kedua mereka No Need To Argue (1994) yang mana bersama album pertama menjadi seperti cinta pandang pertama, sekali dengar terus suka.

Kedua-duanya mengisi kekosongan jiwa apabila genre punk semakin mengelirukan dengan munculnya gabungan crossover di antara thrash metal dan punk serta pelbagai genre berkaitan.

Semuanya bingit belaka, kebanyakannya politikal, sama ada bersifat lokal atau global.

4. Ode to My Family

Daripada album kedua itu juga ditampilkan lagu Ode to My Family yang membawa rasa rindu Dolores kepada ibu bapanya di kampung Limerick di Ireland.

Ketika itu The Cranberries yang mula popular di seluruh dunia terpaksa menghabiskan masa dengan persembahan di merata tempat.
My mother, my mom/She hold me, she hold me/When I was out there/My father, my father/He liked me, oh, he liked me/Does anyone care?/Understand what I've become/It wasn't my design/And people everywhere think something/Better than I am

5. Ridiculous Thoughts

Juga daripada album yang sama, lagu ini merupakan catatan tentang kisah cinta Dolores, walaupun interpretasinya berbeza.

Ridiculous Thoughts dalam bentuk lagu rancak ini dikatakan tentang populariti sebagai selebriti memberi kesan kepada kehidupan Dolores bersama kekasihnya; namun ada pula yang menganggap ia menceritakan tentang kepedihan hidup bersama kekasihnya yang kadang-kadang ganas.
Twister, oh, does anyone see though you/You're a twister, oh, an animal/But you're so happy, oh/I didn't go along with you/So happy, oh, na na na/But you're gonna have to hold on/You're gonna have to hold on…/Or we're gonna have to move on/Oh, we're gonna have to move on…

6. Dreaming My Dreams

Dreaming My Dreams jelas sebuah lagi lagu tentang percintaan. Cuma tidak jelas siapa cinta hati Dolores pada masa itu.

Ada yang menganggap ia tentang cinta bersama kekasihnya yang sama itu, ada pula yang mengaitkannya dengan kekasih baru yang kemudian menjadi suaminya.
All the things you said to me today/Changed my perspective in every way/Then things come to mean/Too much to me/Into my faith you/And your baby/It's out there/If you want me/I'll be here/It's out there/I'll be dreaming my dreams with you.

7. No Need to Argue

Lagu daripada tajuk album kedua ini saya hanya mampu gambarkannya sebagai haunting. Dengan suara Dolores yang merdu – kisah perpisahan dengan kekasihnya - ia sentiasa berjaya menyejukkan hati ketika panas dan sesekali menitiskan air mata apabila kenangan-kenangan lama muncul di benak. Jiwang, kata orang.
There's no need to argue anymore/I gave all I could/But it left me so sore/And the thing that makes me mad/Is the one thing that I had/I knew, I knew, I'd lose you

You'll always be special to me/And I remember all the things we once shared/Watching TV movies on the living room armchair/But they say it will work out fine/Was it all a waste of time/'Cause I knew, I knew, I'd lose you

You'll always be special to me/Will I forget in time/You said I was on your mind/There's no need to argue/No need to argue anymore/There's no need to argue anymore.

8. Salvation

Daripada album ketiga, To the Faithful Departed (1996), lagu rock ini membawa mesej antidadah heroin.

Liriknya – agak lemah kerana bersifat propaganda – rentaknya bingit, malah video muziknya juga menarik hati dengan gaya tarian twist Dolores.

9. When You’re Gone

Juga daripada album ketiga itu, sebuah lagi lagu sentimental yang pada mulanya tentang cinta dan perpisahan, kemudian menjadi tema lain bagi Dolores yang melihatnya sebagai pemergian atau kematian orang yang disayang.
And in the night, I could be helpless/I could be lonely, sleeping without you/And in the day, everything’s complex/There’s nothing simple, when I’m not around you/But I miss you when you’re gone/That is what I do, Baby/And it’s going to carry on.

10. Just My Imagination

Lagu daripada album keempat Bury the Hatchet (1999) ini merupakan luahan rasa mencari escapism, sama ada daripada seorang artis yang mencari ruang aman atau seorang ibu yang mahu ketenangan selepas berhempas-pulas bersama anak-anak kesayangan yang memenatkan jiwa raga.
There was a game we used to play/We would hit the town on Friday night/And stay in bed until Sunday/We used to be so free/We were living for the love we had and/Living not for reality.

Kemurungan disebalik lagu

Masih banyak lagu mereka yang menawan hati seperti Animal Instinct dan Promises, juga daripada album keempat itu; dan Analysedan Time is Ticking Out daripada album Wake up and Smell the Coffee (2001).

Namun, album kelima Roses (2012) agak lemah berbanding yang lain.

Di sebalik dunia pop komersil dan alam selebriti, hidup Dolores tidak semudah yang disangka. Sepanjang hayatnya dipenuhi kepedihan.

Zaman kanak-kanaknya dipaksa melalui penderitaan dan ketakutan kerana dicabul oleh orang yang dikenalinya selama beberapa tahun. Zaman remajanya pula keliru dalam mencari arah tujuan hidup.

Kisah peribadinya disusun cantik sebagai lirik. Apabila mengandung anak pertamanya, tubuhnya diserang penyakit akibat tekanan jiwa.

Hanya beberapa tahun lalu, Dolores mendedahkan dia sudah didiagnosis mengalami gangguan bipolar – tekanan mental yang membawa kemurungan dan perubahan mood mendadak.

Akhirnya tiada lagi kemurungan baginya. Dia pulang kepada ketenangan. Berakhir kepedihan hidupnya. Ini tidak bererti masalah kesihatan mental boleh diketepikan begitu sahaja. Atau ajal dianggap sebagai jalan keluar. Ia sesuatu yang amat serius.

Namun, bagi dirinya, ia dihadapinya sendiri. Semoga sentiasa damai, Dolores.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kisah Misteri Lagu Berjudul 'Gloomy Sunday'

sumber: mk

Jam Tangan Pintar Tag Heuer Paling Mahal Di Dunia!

Jam Tangan Pintar Tag Heuer Paling Mahal Di Dunia!

Bagi peminat jam tangan pintar, koleksi baharu TAG Heuer, Connected Modular 45 Full Diamond, pastinya mencuri tumpuan, sementelah ia muncul sebagai jam tangan pintar paling mahal di dunia pada tahun 2018 dengan harga RM778,000.

Jam Tangan Pintar Tag Heuer Paling Mahal Di Dunia!

Koleksi baharu Tag Heuer ini diperbuat daripada emas putih dan ditatah dengan 589 butir permata yang bersamaan dengan 23.35 carat.

Dari segi spesifikasi jam tangan Android Wear 2.0 ini dilengkapi skrin 1.39' AMOLED, dijana pemproses Intel Atom Z34XX, memori sebesar 512, storan sebesar 4 GB dan bateri sebesar 325 mAh.

Selain menggunakan sistem Android Wear, jam tangan ini juga menggunakan modul mekanisme mekanikal Calibre 5 dan boleh ditukar secara modular.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Jam Tangan Swiss Berusia 400 Tahun!

sumber: sinarharian

6 Cara Rasulullah SAW Mendidik Anak

6 Cara Rasulullah SAW Mendidik Anak

Tahukah anda bagaimana Nabi Muhammad mendidik putera puterinya? Mari kita bahas sekilas tentang putera-puteri Nabi Muhammad SAW dan bagaimana beliau mendidik anaknya yang nakal meskipun dalam keluarganya putera puteri Nabi Muhammad sangat patuh pada ayahandanya.

Cara-Nabi-Mendidik-Anak
Gambar hiasan.

Nabi Muhammad hanya memiliki 6 anak dari Siti khadijah. Anak pertamanya bernama Qasim yang meninggal pada usia 2 tahun. Anak kedua bernama Abdullah, namun meninggal sewaktu kecil setelah nabi Muhammad SAW diangkat Allah SWT menjadi nabi.

Anak ketiga yang dilahirkan oleh Siti khadijah diberi nama Zainab, namun meninggal pada tahun ke 8 hijriah.

Anak keempatnya bernama Ruqayyah yang disunting oleh Utbah bin Abu Lahab, orang yang paling membenci nabi Muhammad SAW namun pernikahan tidak berlangsung lama.

Kebenciannya pada nabi Muhammad SAW membuatkan perkahwinan mereka berakhir. Ruqayyah kemudian bernikah dengan Utsman bin Affan tetapi Ruqayyah telah dipanggil oleh Allah lantaran penyakit demam yang dideritainya tidak lama kemudian.

Anak kelimanya bernama Umi Kalsum yang dinikahkan oleh baginda nabi dengan Utsman bin Affan selepas Ruqayyah meninggal dunia.

Sebelum itu, Umi Kalsum telah bernikah dengan Utaibah bin Abu Lahab sama persis dengan kisah hidup kakaknya yang akhirnya Umi Kalsum bercerai dengan suaminya itu.

Anak Nabi Muhammad SAW yang terakhir adalah Fatimah, merupakan anak bongsu kesayangan Rasulullah SAW.

Fatimah bernikah dengan Ali bin Abi Thalib pemuda yang miskin namun Fatimah tetap redho menjadi pendampingnya.

Fatimah hidup lebih lama dari adik-beradiknya yang lain, Fatimah menghadap Allah SWT setelah ayahandanya menghadap Allah 6 bulan sebelumnya.

Begitulah kisah anak-anak Rasulullah, tapi adakah kalian tahu bagaimana cara mendidik Rasulullah SAW agar anak patuh pada orang tua? Begini caranya:

1. Menasihati

Anak yang nakal hanya perlu dinasihati tentang kesalahan mereka sehingga mereka tahu kesalahan mereka dan tidak akan mengulanginya.

Nasihati baik-baik sampai mereka mengerti seperti yang dilakukan Rasulullah pada anak pakcik beliau yang diterangkan dalam hadisnya, Rasulullah SAW besabda kepada Abdullah bin Abbas r.a., “Wahai anak kecil, sesungguhnya aku akan mengajarkan beberapa kalimat (nasihat) kepadamu; jagalah (batasan-batas, syariat) Allah maka dia akan menjagamu, jagalah batas-batas (syariat) maka kamu akan mendapati-Nya dihadapnmu."

2. Menggantung rotan di dalam rumah

Menggantung rotan di rumah bukan bererti kita menerapkan, jika melakukan kesalahan atau nakal maka akan dipukul.

Menggantung rotan di rumah hanya untuk mendidik mereka agar takut jika melakukan perbuatan tercela.

Seperti yang dikatakan Imam Ibnu Anbari, “Rasulullah SAW tidak memaksudkan perintah untuk menggantung cambuk (alat pemukul) untuk memukul, kerana Rasulullah SAW tidak memerintahkan hal itu pada seorangpun. Akan tetapi, yang beliau maksudkan adalah agar hal itu menjadi pendidikan bagi mereka.

3. Menampakkan muka masam

Menampakkan muka masam merupakan salah satu cara Rasulullah SAW dalam mendidik anak yang nakal.

Dengan menampakkan muka masam, diharapkan anak sedar kesalahannya yang membuatkan orang tuanya kecewa.

4. Menegur dengan suara keras

Pertama kali menasihati anak dengan menegur secara halus namun, jika anak tidak boleh ditegur secara halus maka tegurlah secara keras agar anak mengerti bahawa perbuatannya boleh menyebabkan perkara yang berbahaya.

5. Tidak menegur

Diamkan anak untuk beberapa saat hingga anak menyedari kesalahannya. Jika anak tetap melakukan perkara yang dilarang meskipun sudah ditegur, maka biarkan anak merasakan akibat yang ditimbulkannya.

Tetapi, kalau memang kesannya membahayakan nyawa anak lebih baik dihukum sebelum terlambat dan tunjukkan akibat apa yang akan timbul sekiranya dia melakukan perbuatan tersebut.

6. Memberi hukuman ringan yang tidak melanggar syariat

Hukuman adalah cara yang paling berkesan membuatkan anak jera dan tidak mengulangi kesalahannya namun, hukuman yang diberikan janganlah sampai melampaui batas syariat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Panduan Mendidik Anak Yang Degil Dan Lasak

sumber: ummi-online

Tuesday, January 23, 2018

Berseorangan Dalam Kubur, Adakah Menakutkan?

Berseorangan Dalam Kubur, Adakah Menakutkan?

Orang yang mati awalnya tidak menyedari bahawa dirinya sudah mati. Dia merasakan dirinya sedang bermimpi. Dia melihat dirinya ditangisi, dimandikan, dikafan, disolat sehingga diturunkan ke dalam liang kubur. Dia merasakan dirinya sedang bermimpi saat ditimbun tanah. Dia berteriak-teriak tetapi tidak ada yang mendengar teriakannya.

Keseorangan dalam kubur

Beberapa waktu kemudian, saat semua sudah pulang meninggalkannya sendirian di bawah tanah, Allah kembalikan rohnya.

Dia membuka mata dan terbangun dari "mimpi" buruknya. Dia merasa senang dan bersyukur, bahawa ternyata apa yang dia alami hanyalah sebuah mimpi buruk dan kini dia sudah bangun dari tidurnya.

Kemudian dia meraba badannya yang hanya diselimuti kain sambil bertanya dengan panik, "Kenapa saya tidak berbaju?

Lalu dia meraba sekelilingnya dan hanya merasakan tanah, "Dimanakah aku? Tempat apa ini?"

Kemudian dia mula menyedari bahawa dia ada di bawah tanah dan sebenarnya apa yang dialaminya bukanlah mimpi! Ya, dia akhirnya sedar bahawa dirinya benar-benar telah mati.

Berteriaklah dia sekeras-kerasnya, memanggil orang-orang terdekat yang dianggap boleh menyelamatkannya.

"Ibuuuuu!"
"Ayaaaaaah!"
"Neneeeek!"
"Kakaaaaak!"
"Sahabaaaaat!"

Malangnya, tiada seorang pun yang menjawab. Dia yang selama ini lupa pada Allah pun ingat bahwa ALLAH adalah satu-satunya harapan.

Menangis lah dia sambil meminta ampun, "Ya, Allaaaaaaah! Ya Allaaaaaaah! Ampuni aku ya Allaaaaaaah!"

Dia berteriak dalam ketakutan luar biasa yang belum pernah dirasakan sebelumnya sepanjang hidup.

Jika dia orang baik, maka muncullah dua malaikat dengan wajah tersenyum akan mendudukkannya dan menenangkan, menghibur dan melayaninya dengan layanan terbaik.

Jika dia orang jahat, maka dua malaikat akan menambah ketakutannya dan akan menyeksanya sesuai amalan buruknya.

Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 12 Fasa Selepas Kematian Manusia

sumber: islamidia

Entiti Seram Hantu 'The Blue Boy' Muncul Dalam Gambar!

Entiti Seram Hantu 'The Blue Boy' Muncul Dalam Gambar!

Sekumpulan gadis dilaporkan melarikan diri dari sebuah majlis yang diadakan bagi meraikan seorang teman mereka yang bakal berkahwin setelah melihat sesuatu yang sangat menakutkan dalam salah satu gambar mereka.

Entiti Seram Hantu 'The Blue Boy' Muncul Dalam Gambar!

Kumpulan tersebut, yang memilih sebuah perkampungan terpencil di Scotland untuk majlis itu terkejut selepas mengambil beberapa keping gambar di Argyll and Bute.

Dalam salah satu gambar yang mana kebanyakan mereka dilihat mengangkat tangan sambil memegang topeng, seorang budak kecil dapat dilihat di belakang tunggul kayu.

Seorang budak lelaki yang muncul dalam gambar mengejutkan kumpulan gadis ini.

Gambar tersebut diambil selang beberapa saat yang mana gambar sebelum itu tidak menunjukkan kehadiran orang lain selain kumpulan mereka sahaja.

Mereka dilaporkan melarikan diri setelah mengkaji tentang kawasan tersebut dan menemui satu kisah seorang budak lelaki yang bangun dari tempat tidur, berjalan menujuk sebuah tasik dan lemas.

Entiti Seram Hantu 'The Blue Boy' Muncul Dalam Gambar!

Nampaknya cerita itu adalah The Blue Boy, sebuah filem televisyen yang disiarkan di BBC pada tahun 1994, tentang seorang lelaki berusia empat tahun yang lemas di Loch (tasik) Eck.

Filem yang dibintangi pemenang Oscar Emma Thompson itu, dikatakan telah difilemkan di lokasi yang sama di mana gambar-gambar itu diambil.

Cerita tersebut adalah dramatisasi kisah yang melibatkan The Coylet Inn, penginapan abad ke-17 yang menghadap sebuah tasik yang dikatakan berhantu.

Gambar ini pertama kali muncul pada musim panas lalu dan mencetuskan perdebatan dalam talian mengenai kehadiran budak lelaki itu dengan beberapa orang mempertikaikan kesahihannya.

Dalam temu bual dengan The Herald pada 1994, penulis skrip The Blue Boy, Paul Murton berkata, "Saya bercakap dengan pihak hotel mengenainya dan dia menyebut tentang Blue Boy."

Entiti Seram Hantu 'The Blue Boy' Muncul Dalam Gambar!

Ia katanya, adalah seorang budak lelaki yang bercuti bersama ibu bapanya di hotel itu dan bangun berjalan pada waktu malam.

"Dia tersesat di luar, jatuh ke dalam tasik dan lemas. Mayatnya ditemui biru akibat kesejukan.

"Kakitangan hotel menyedari bahawa barang seperti pinggan mangkuk dan sudu sering berubah dari tempatnya tanpa sebab yang jelas dan mereka kadang-kadang mendapati terdapat tapak kaki basah di koridor."

Seram kan!

BACA INI JUGA: Misteri Penampakan Lembaga Berjalan Atas Awan!

sumber: mstar

Cara Mudah Membuat Tanah Kompos

Cara Mudah Membuat Tanah Kompos

Kompos adalah baja organik yang amat sesuai digunakan untuk kebun kerana mampu mengembalikan kesuburan tanah yang lesu dan yang penting, ia organik.

Cara Mudah Membuat Tanah Kompos

Berikut adalah panduan dan cara yang paling mudah untuk membuat sendiri tanah kompos di rumah.

Bahan-bahan:

1. Bahan kering (perang) yang kaya dengan karbon.
  • Contoh: Dedaun kering, reranting kecil, habuk kayu, cardboard (koyak, potong kecil) dan lain-lain.

2. Bahan basah (hijau) yang kaya dengan nitrogen.
  • Contoh: rumput yang dipotong, sisa tanaman, sisa sayuran, tinja ayam, tinja kambing, tinja kuda, tinja lembu, hampas teh, kopi dan lain-lain.

3. Bahan tambahan seperti kulit telur, tanah bakar dan sebagainya.

4. Air untuk menyiram.

5. Boleh juga jika mahu tambah dengan air beras, air kelapa, ragi, larutan EM, molasses (gula merah yang dimasak dengan sedikit air).

nota: Jika tiada bahan no 5, memadai dengan air sahaja…

Cara membuatnya:

1. Lapis dan selang-selikan lapisan bahan-bahan kering dan basah di atas tanah. Jika tiada tempat atau tanah untuk meletakkan kompos, boleh juga gunakan apa-apa bekas yangg sesuai. Contohnya kotak polysterine.

2. Siram dengan air pada setiap lapisan, sehingga lembab.

3. Bolak-balikkan kompos selang beberapa hari sekali. Cadangan: Setiap dua hari sekali.

4. Kompos biasanya akan terkompos dan siap setelah disimpan beberapa bulan atau hingga setahun.

Tips

Bahan kompos juga perlu ditutup namun pastikan pengudaraan berlaku dengan baik bagi memastikan kompos tidak hilang dibawa air hujan. Kompos elok jika dibuat di tempat yang ada teduhan, misalnya dibawah pokok.

Tips yang utama, pastikan kompos sentiasa lembab dan bukan berair.

Selain itu, ada cara yang membolehkan kompos siap dalam masa tidak sampai sebulan.

Antara caranya adalah menyediakan bahan-bahan yang betul. Perlu ada bahan hijau dan bahan perang.

Perlu selalu membolak-balik kompos agar serata proses pengkomposan berlaku. Boleh tambah EM (effective microorganism) untuk proses pengkomposan cepat.

Apa Itu EFFECTIVE MICROORGANISM?

EM1 ialah kaedah penggunaan mikroorganisma berfaedah dalam bahan-bahan dikompos bagi mempercepatkan aktiviti pengomposan untuk kebaikan pada tanah, haiwan, manusia, sungai dan alam sekitar.

Secara umumnya terdapat 3 jenis bakteria di dalam EM iaitu Bakteria Laktic Asid, Yis dan Bakteria Potosintetik.

Tahukah anda semasa tsunami melanda di negara kita EM1 disembur kepada mangsa korban untuk mengelak daripada berbau busuk.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Jenis-jenis Baja Organik Dan Kesesuaiannya Pada Tanaman

sumber: kebunbandar

Lelaki Mengaku Mengembara Ke Tahun 6000!

Lelaki Mengaku Mengembara Ke Tahun 6000!

Seorang lelaki mendakwa dia telah mengembara ke masa depan dan mempunyai gambar untuk membuktikannya dan dakwaan itu dibuat menerusi rakaman video menunjukkan 'pengembara masa' berkenaan.

Lelaki Mengaku Mengembara Ke Tahun 6000!Lelaki Mengaku Mengembara Ke Tahun 6000!

Dengan wajahnya dikaburkan, bertemu seorang wartawan di lokasi yang tidak dinyatakan untuk mendedahkan pengetahuannya tentang 'teknologi rahsia' dan masa depan manusia pada tahun 6000.

Dia mendakwa telah menjadi sebahagian daripada program rahsia yang menghantar manusia ke masa depan pada tahun 1990-an.

Katanya, kemajuan dalam bidang perubatan, kerajaan dan teknologi baharu akan menjadikan kehidupan moden seolah-olah 'primitif', dan manusia hidup dengan damai di bawah pemerintahan yang baik.

Untuk membuktikan kata-katanya, dia telah menunjukkan sekeping gambar bandar yang tidak dikenali.

Malangnya ia sangat kabur, dilihat lebih banyak kesamaan dengan lukisan cat air Monet berbanding gambar sebuah bandaraya futuristik.

Dia memberi alasan, "Semasa proses perjalanan gambar perjalanan cenderung menjadi 'pecah', serta banyak perkara lain.

"Saya tahu ramai yang anggap cerita saya sangat sukar untuk dipercayai dan saya tidak salahkan anda dan jika saya menonton seseorang mendakwa perkara yang sama, saya sendiri kemungkinan besar tidak akan percayakan mereka.

"Bukan niat saya untuk menipu sesiapa pun, saya hanya ingin menyebarkan mesej mengenai masa depan manusia dan arah tuju dunia.

"Saya telah melihat cara dunia berubah dan dengan teknologi yang muncul, ia akan berada di fikiran anda jika anda tahu tentang teknologi yang wujud pada tahun 6000."

'Pengembara masa' itu mula sedih ketika dia mendedahkan bahawa teman rapatnya tidak dapat kembali dan terpaksa ditinggalkan semasa pengembaraan.

"Saya tahu dia berada di tempat yang baik. Sedih apabila kita cuba untuk balik, tetapi ia gagal.

"Saya hanya mahu melihatnya sekali lagi."

Dia menambah bahawa teknologi masa depan akan membolehkan orang ramai mengecil sehingga ruang tidak akan menjadi masalah.

Sama ada anda percaya kepadanya atau tidak, anda tidak perlu menunggu lama kerana dia mendakwa, pengembaraan masa akan menjadi satu pengetahuan umum menjelang 2028.

Video tersebut telah dimuat naik awal bulan Januari 2018 ini di ApexTV, saluran khusus untuk kandungan misteri dan paranormal.

Ia sudah mempunyai lebih 3 juta tontonan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kisah Benar Pengalaman Misteri Kembali Ke Masa Lampau

sumber: mstar