Thursday, November 30, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 November)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 November)

Tarikh 30 November merupakan hari ke 334 (hari ke 335 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 31 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 November)

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Barbados (1966), Hari Santo Andrew di Scotland dan Hari Bonifacio di Filipina.

Peristiwa

1853 - Armada kapal perang Rusia pimpinan Pavel Nakhimov memusnahkan armada frigat Turki Uthmaniyyah yang berlabuh, mencetuskan Perang Krimea.

1872 - Perlawanan bola sepak antarabangsa pertama berlangsung di Glasgow antara Scotland dan England.

1936 - Crystal Palace yang dibina untuk The Great Exhibition di London, England, musnah terbakar.

1939 - Perang Musim Sejuk terjadi apabila Tentera Merah Soviet menyerang Finland dan dengan cepat mara ke Garisan Mannerheim.

1962 - Diplomat Burma U Thant, yang memangku selepas Dag Hammarskjöld terbunuh pada September 1961, terpilih menjadi Setiausaha Agung PBB.

1982 - Album Thriller Michael Jackson dikeluarkan, menjadi album paling laris pernah dijual.

2007 - Bangkai pesawat Penerbangan 4203 Atlasjet ditemui di Turki. Tiada yang terselamat.

2009 - Dalam proses menilai semula won Korea Utara, wang kertas kini tidak lagi sah diperlakukan, dan perniagaan ditutup sehingga wang baru dikeluarkan pada 7 Disember.

2009 - José Mujica terpilih sebagai Presiden Uruguay.

Kelahiran

1874 - Winston Churchill, Perdana Menteri United Kingdom.

1982 - Elisha Cuthbert, pelakon Kanada.

Kematian

1990 - Norman Cousins, ahli politik Amerika, wartawan, pengarang dan penyokong keamanan dunia.

2013 - Paul Walker, seorang pelakon dari Amerika Syarikat.

2015 - Yus Raja Lawak, artis, pelawak, penyanyi Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (29 November)

sumber: wikipedia

Sambutan Hari Kesedaraan Mencederakan Diri, Self-injury Awareness Day

Sambutan Hari Kesedaraan Mencederakan Diri, Self-injury Awareness Day

Sambutan Hari Kesedaraan Mencederakan Diri, Self-injury Awareness Day disambut pada 30 November setiap tahun adalah kempen kesedaran global untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya mencederakan kecederaan diri.

Sambutan Hari Kesedaraan Mencederakan Diri

Hari Kesedaraan Mencederakan Diri (SIAD) (juga dikenali sebagai Hari Kesedaran Sendiri) disambut oleh sesetengah orang dengan memakai riben berwarna oren dengan tulisan "LOVE" di tangan mereka atau manik untuk menggalakkan kesedaran tentang bahaya mencederakan diri.

Matlamat sambutan ini adalah untuk menjawab stereotaip umum mengenai perlakuan individu yang mencederakan diri sendiri dan mendidik profesional perubatan tentang keadaan itu.

Kemurungan adalah punca seseorang mencerakan diri dengan mengelar lengan, walaupun terdapat banyak sebab lain.

Dianggarkan, sebanyak dua juta warga Amerika terlibat kejadian mencederakan diri setiap tahun, seperti menghiris dan memukul diri sendiri, juga dengan kaedah lain yang lebih berbahaya.

Dikatakan bahawa tingkah laku ini dapat membantu melegakan ketegangan, selain cara meluahkan emosi dan melepaskan rasa bosan akibat kemurungan.

Sambutan ini diwujudkan untuk menyebarkan kesedaran dan pemahaman tentang mencederakan diri sendiri, yang sering disalahtafsir dan disalah anggap.

Mereka yang membahayakan diri sendiri sering berasa bersendirian dan takut untuk mendapatkan bantuan kerana mereka takut dianggap sebagai "gila."

Selamat menyambut Hari Kesedaraan Mencederakan Diri.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, November 29, 2017

Asal-usul Nama Hari Rabu Dan Kaitannya Dengan Negara Yaman?

Asal-usul Nama Hari Rabu Dan Kaitannya Dengan Negara Yaman?

Dalam Bahasa Melayu nama hari-hari dalam seminggu diambil dari Bahasa Arab. Ahad dari ahad (أحد), Isnin dari ithnayn (اثنين), Selasa dari thalaatha (ثلاثاء), Jumaat dari jum’ah (جمعة). Tapi kenapa Rabu dipanggil rabu bukannya arba’a (أربعاء‎)?

Asal-usul Nama Hari Rabu

Rabu (رابو) berasal dari dialek orang Yaman. Di Yaman ada Suq ar-Rabu iaitu pasar yang buka pada setiap hari Rabu.

Apa kena mengena Yaman dengan Melayu?

Orang Arab Hadrami dari Hadramaut, Yaman, terutamanya Ba’Alawi (Bani Alawi: golongan sayyid berketurunan Alawi bin Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir dari nasab Rasulullah SAW) adalah ejen pengislaman Nusantara (Alam Melayu).

Wali Songo adalah dari Ba’Alawi. Itu sebabnya kita bermazhab Syafi’i. Ba’Alawi bermazhab Syafi’i dan beritikad dengan akidah Asy’ariyah.

Selain Islam, Arab Hadrami juga memperkenalkan kepada masyarakat Melayu khazanah budaya Yaman seperti zapin. Dari abjad Jawi, amalan tahlil hingga ke takbir raya yang syahdu, semuanya mempunyai asal usul dari budaya Yaman.

Jadi, hanya orang yang jahil dengan sejarah bangsa akan keluarkan kenyataan seperti:

‘Orang Melayu je yang bertakbir berdayu-dayu, tak semangat macam orang Arab’
‘Orang Melayu je yang raya sakan macam ini, orang Arab raya sehari je’
‘Islam orang Melayu banyak sangat campur dengan adat’

Ke-Arab-an nenek moyang orang Melayu adalah ke-Arab-an para ulama dan awliya dari Yaman, memanglah nampak ‘tak macam Arab’ kalau nak dibandingkan dengan Arab Badwi Najdi yang mengawal Haramain sekarang.

Arab Badwi Najdi bukan piawaian ke-Arab-an mahupun ke-Islam-an sesuatu bangsa. FYI, nenek moyang anda mungkin lebih Islamik berbanding anda.

Tahu kenapa baju Melayu berbutang lima? Kenapa atap masjid style lama ada tiga tingkat?

Tahu tak perkataan bernas berasal dari istilah nas (نصّ), petua dari fatwa (فتوى), perlu dari fardu (فرض)? Orang dahulu tak percaya kata-kata seseorang sehingga orang itu cakap ber-nas (Al-Quran dan hadis-hadis).

Orang Melayu dahulu betul-betul menjadikan Islam sebagai al-Din (cara hidup). Dari bahasa, pakaian, makanan, seni bina hingga sastera semua dah sebati dengan Islam.

Orang yang jahil tentang sejarah dan warisan bangsa saja akan condemn budaya Melayu itu ini, terutamanya ‘born again Muslims’.

Fahami, hayati dan hargailah warisan Ahlus Sunnah Wal Jamaah beraliran Syafi’i-Asy’ari yang menjadikan Nusantara bumi yang rahmat dan berkah sejak 1400 tahun yang lalu lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal-usul Orang Bunian, Benarkah Dari Keturunan Nabi Adam?

sumber: thepatriots

Skandal Rasuah MARA Di Australia, RM77 Juta Duit Rakyat Lesap!

Skandal Rasuah MARA Di Australia, RM77 Juta Duit Rakyat Lesap!

Dengan dua syarikat yang berdaftar di British Virgin Islands (BVI), dokumen dan satu perjanjian yang meragukan serta laporan penilaian yang tinggi, sekumpulan rakyat Malaysia didakwa mengaut kira-kira RM60 juta daripada satu urus niaga hartanah yang dikatakan tanpa mengeluarkan satu sen pun.

Rasuah MARA di Melbourne

Walaupun pembelian telah dilaporkan sebelum ini, kini kita dapat menunjukkan untuk pertama kalinya bagaimana pembelian dan penjualan hartanah itu dilakukan tanpa perlu meletakkan sebarang wang pendahuluan dan didakwa mengaut berpuluh-puluh juta ringgit.

Ia tertumpu kepada hartanah yang dikenali sebagai UniLodge, sebuah bangunan 12 tingkat di 746, Swanston Street di pusat bandar Melbourne.

Ia telah "dijual" kepada Mara Inc untuk A$41.8 juta (RM138 juta) berbanding harga pasarannya ketika itu dan harga transksi AS$23.5 juta (kira-kira RM77.6 juta).

"Penjualan" pada 2012 itu datang dengan kaveat - hartanah itu, yang mempunyai 281 bilik penginapan pelajar, tidak bertukar tangan sehinggalah lewat kemudiannya.

Apa yang ditransaksikan adalah pemilikan sebuah syarikat BVI yang mempunyai sedikit atau mempunyai apa-apa aset.

Mereka rakyat Malaysia yang terlibat dalam perjanjian itu telah dikenal pasti dalam pelbagai dokumen rasmi, termasuk bekas pegawai tertinggi Mara Inc.

Pada 28 Ogos 2012, berdasarkan satu penilaian UniLodge oleh juruukur dan penilai yang berpejabat di Malaysia, Mara Inc membayar A$41.8 juta untuk pembelian semua kepentingan dalam sebuah syarikat BVI yang dipanggil Thrushcross Ltd.

Malaysiakini tidak menyiarkan semua identiti itu sementara menunggu komen mereka.

Laporan penilaian itu adalah tambahan kepada perjanjian jual beli Thrushcross. Penjualnya ialah Scarlett Nominees Limited, sebuah lagi syarikat berdaftar BVI.

Perjanjian jual beli antara Scarlett dan Mara Inc menyatakan bahawa Thrushcross adalah “beneficial owner” UniLodge dan "mempunyai hak untuk menyelesaikan dan akan mempunyai hak milik yang sah terhadap hartanah itu."

Perjanjian ini untuk membeli syarikat BVI adalah untuk memperoleh "semua kepentingan" dalam Thrushcross Ltd, yang kemudiannya menukar namanya kepada Thrushcross Land Holdings Ltd.

Tetapi kedua-dua Scarlett dan Thrushcross tidak mempunyai harta tak alih atau sebarang harta atas nama mereka. Pendek kata, Mara Inc membeli "shell comppany" bernilai A$41.8 juta dari sebuah lagi "shell company" yang lain.

Pendedahan yang mengejutkan ini terkandung dalam dokumen yang diperoleh oleh Fairfax Media di Melbourne dan Malaysiakini.

'SOP kami sangat teliti'

MARA mempunyai portfolio pelaburan global, yang keuntungannya digunakan untuk mendanai, antara lain, pendidikan untuk golongan miskin dan masyarakat Melayu di kampung-kampung.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Pengerusi Mara Inc Mohammad Lan Allani berkata beliau tidak dapat mengingati maklumat terperinci transaksi itu.

“Apa yang boleh saya kata jika syarikat itu (Thrushcross) adalah shell company, tidak mungkin Mara Inc akan luluskan urus niaga itu. SOP (prosedur operasi piawai) kami sangat teliti.

“Ketika saya jadi pengerusi, saya sangat cermat. SOP itu mesti menyeluruh. Kita ada proses penilaian. Hanya apabila kesemua ini selesai, batu kita teruskan,” katanya.

Katanya, sebagai pengerusi Marc Inc, beliau harus menandatangani kesemua dokumen-dokumen.

“Untuk maklumat lanjut kamu kena tanya CEO (ketika itu Abd Rahim Halim).”

KRONOLOGI Bagaimana MARA rugi RM60j dalam urus niaga hartanah di Australia

Skandal Rasuah MARA Di Australia, RM70 Juta Lesap!

Majlis Amanah Rakyat (MARA) didapati membayar A$41.8 juta (kira-kira RM138 juta) kepada sebuah "syarikat lahu" (syarikat tanpa operasi atau shell company) bernilai US$2 di Caribbean, yang mendakwa mempunyai kepentingan dalam sebuah bangunan di Melbourne, Australia.

Dengan menggunakan jaringan transaksi atas kertas yang rumit dan syarikat yang diperbadankan di British Virgin Islands (BVI), berjuta ringgit bertukar tangan melalui perjanjian jual beli, dan dengan bantuan mereka yang mempunyai kepentingan peribadi dalam urus niaga itu.

Dua lagi urus niaga diperlukan untuk melengkapkan pembelian itu. Pembelian itu dikaburi lagi dengan transaksi yang dibuat melalui syarikat di BVI oleh beberapa warga Malaysia, termasuk bekas pegawai MARA.

Malaysiakini dan media berpangkalan di Melbourne, Fairfax Media, memperolehi dokumen menggemparkan ini yang memberi gambaran tentang penipuan yang berlaku.

Ia telah menjejaskan kepentingan MARA, menyebabkan badan yang ditubuhkan untuk membantu golongan Melayu miskin itu kerugian berjuta ringgit.

Dokumen itu mendedahkan:
  • Walaupun tiada kepentingan perundangan dalam hartanah itu, Scarlett Nominees Ltd membuat perjanjian dengan Mara Incorporated (Mara Inc) untuk "menjual" syarikat BVI, Thrushcross Land Holdings Ltd, yang "dikatakan memiliki hartanah itu" - bangunan 12 tingkat bernama Unilodge di 746, Swanston Street, Melbourne.
  • Perjanjian ditandatangani pada 28 Ogos 2012. Tidak sampai seminggu, Mara Inc membayar 10 peratus daripada harga pembelian. Pada hujung November 2012, jumlah yang dibayar Mara Inc kepada Scarlett adalah A$41.8 juta untuk "syarikat lahu" , Thrushcross, kononnya bersekali dengan Unilodge.
  • Pada 16 Januari 2013, Thrushcross membayar pemilik Unilodge sebenar, HRSV Pty Ltd sebanyak A$23.5 juta bagi bangunan itu.
  • Transaksi jualan melibatkan harga A$23.5 juta (kira-kira RM77.6 juta), walaupun lima bulan sebelum itu Scarlett telah "menjual" Thrushcross (yang ketika itu tidak memiliki Unilodge) kepada Mara Inc pada harga A$41.8 juta (Kira-kira RM138 juta).
  • Nilai A$41.8 juta itu berdasarkan penilaian oleh syarikat penilai dan surveyor berpangkalan di Malaysia, dan dimasukkan sebagai tambahan (annexure) kepada perjanjian jual beli Thrushcross antara Mara Inc dan Scarlett.
  • Sehingga pemindahan rasmi dilaksanakan pada 16 Januari 2013, pemilik sebenar Unilodge adalah HRSV. Ini bermakna berdasarkan undang-undang, Thrushcross bukan pemilik kepada hartanah itu sebelum tarikh tersebut. Begitu juga dengan Scarlett.
  • Walaupun Thrushcross dikatakan menjadi milik Mara Inc selepas penjualannya, perjanjian pemindahan tanah dengan HSRV ditandatangani oleh dua warga Malaysia yang tiada apa-apa kaitan dengan Mara Inc. Mereka juga memberikan alamat tempat tinggal yang sama di Melbourne.
  • Pada 19 Julai 2013, dua individu yang menjadi pegawai tinggi Mara Inc pada ketika itu membuat gadai janji terhadap hartanah itu untuk meraih wang bagi membeli sebuah lagi hartanah di Melbourne - Dudley House.
  • Pembelian itu kini sedang disiasat atas dakwaan penipuan, rasuah dan pengubahan wang haram.

Kita nantikan perkembangannya.

BACA INI JUGA: 5 Negara Polis Paling Rasuah Di Dunia

sumber: mk mk

Kultus Pythagorean Yang Menyembah Matematik Sebagai Tuhan!

Kultus Pythagorean Yang Menyembah Matematik Sebagai Tuhan!

Pada kira-kira tahun 700 sebelum masihi, terdapat satu gerakan ‘agama’ ataupun mungkin lebih tepat dipanggil sebagai ‘kultus’ (cult) yang menyembah matematik sebagai entiti Tuhan. Kultus ini berasal daripada Pythagoras, seorang ahli matematik ulung Yunani.

Kultus Penyembah Tuhan Matematik
Gambar hiasan.

Pythagoras mempunyai falsafah bahawa matematik merupakan kunci rahsia kosmos, alam dan kehidupan. Falsafah ini merupakan integrasi mistik dan matematik. Malah, perkataan ‘mathematics’ ini dicipta oleh Pythagoras yang bermaksud ‘disiplin belajar’.

Pythagoras dan mengikutnya (Pythagorean) lebih cenderung dan sesuai digelar sebagai ahli falsafah metafizik yang menjadikan nombor sebagai pusat doktrin mereka.

Menurut Pythagorean, nombor merupakan entiti hidup dan prinsip sejagat yang meresap segalanya bermula dari langit sehinggalah pada etika manusia.

Falsafah Pythagoras kemudian telah menjadi satu bentuk kepercayaan bahawa matematik itu bukanlah ciptaan manusia, tetapi ia mampu wujud tanpa wujudnya manusia. Suatu persamaan matematik, tidak dicipta, tetapi ditemui oleh manusia.

Pythagoras mendefinisikan nombor pada dua asas utama, iaitu Intelektual dan Sciential.

Intelektual bermaksud nombor mempunyai keabadian. Nombor merupakan akar dan fundamental untuk segala-galanya.

Sciental pula bermaksud produk ataupun hasil daripada nombor tersebut. Manifestasi fizikal matematik yang membentuk realiti.

Ketaksuban Pythagoras kepada nombor bermula daripada eksperimennya ke atas muzik dan pemerhatiannya ke atas angkasa. Pythagoras cuba untuk memahami hubungan antara matematik, muzik dan angkasa.

Sebenarnya ada kisah bagaimana Pythagorean pada masa itu melihat nombor sebagai suatu bentuk manifestasi fizikal yang membentuk realiti.

Tetapi penerangan itu memerlukan gambar rajah. Jadi, nak terangkan dalam tulisan, takut tak faham.

Kronologinya, Pythagoras menemui bagaimana nombor boleh manifestasi dalam bentuk fizikal dan selepas itu, Pythagoras menemui bagaimana susunan tetali yang betul dapat menghasilkan harmoni muzik yang cantik.

Selepas itu, Pythagoras menemui bagaimana nisbah 1:1, 1:2, 1:3 dan seterusnya dapat menghasilkan melodi yang berbeza-beza.

Pythagoras merasakan hubung-kait antara keharmonian muzik dan susunan nombor yang cantik ini merupakan suatu bentuk ‘kosmos’ (beautiful order of things) dan ‘harmonia’ (fitting together).

Dalam astronomi, Pythagoras sendiri percaya bumi berbentuk sfera kerana bentuk yang paling sempurna, tertinggi dan mempunyai nilai estetik dalam matematik adalah bentuk sfera.

Dia juga menyatakan setiap planet bergerak mengikut orbitnya sendiri. Pembentukan buruj dan bintang di langit diperhati oleh Pythagoras mempunyai kecantikan bentuk dan matematiknya yang tersendiri.

Maka, Pythagorean sendiri terpesona dengan kejadian ini di mana gerakan bintang planet dan keharmonian muzik bergantung pada matematik untuk wujud dan manifestasi kecantikannya.

Dikatakan Pythagorean mampu mendengar muzik daripada gerakan planet-planet di angkasa.

Antara lain yang membawa idea Pythagorean adalah ‘cosmic opposite‘ yang menyatakan setiap perkara mempunyai pasangannya masing-masing.

Gaya hidup mereka pun lebih cenderung pada vegetarian. Mereka juga percaya pada kehidupan abadi dan perpindahan roh.

Menurut Pythagorean, Tuhan bukan ahli matematik, tetapi MATEMATIK ITU SENDIRI ADALAH TUHAN.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Menjadi Lagenda Blues Dengan Bantuan Syaitan?!

sumber: thepatriots

Rampasan RM13.5 Juta Di Sabah Milik Sindiket Pelacuran!?

Rampasan RM13.5 Juta Di Sabah Milik Sindiket Pelacuran!?

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan berhubung penemuan wang tunai RM13.5 juta dalam serbuan di sebuah hotel di Kota Kinabalu baru-baru ini yang disyaki membabitkan sindiket pelacuran.

Rampasan RM13.5 juta sabah

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata suspek wanita berusia 46 tahun itu ditahan oleh pasukan khas kira-kira 12 tengah hari di sebuah rumah di Jalan Kompleks Api-Api di Kota Kinabalu, iaitu lokasi sebahagian wang tunai itu ditemui.

“Wanita berkenaan merupakan isteri seorang daripada yang dipercayai dalang utama dalam kes penemuan wang jutaan ringgit berkenaan.

"Dengan penahanan itu, seramai empat orang dalang telah ditahan kini,” katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu.

Dalam serbuan ‘Op Gegar’ di sebuah hotel di Kota Kinabalu Jumaat lepas, Imigresen telah menahan beberapa individu dan menjumpai wang tunai lebih RM11 juta di situ.

Hasil siasatan lanjut menemukan lebih RM1.1 juta lagi di pangsapuri milik seorang daripada yang ditahan, tidak jauh dari lokasi serbuan berkenaan.

Seramai 17 individu yang ditahan dalam operasi itu adalah wanita warga Filipina berusia lingkungan belasan tahun hingga 30-an, dipercayai mangsa sindiket pelacuran yang didalangi tiga lelaki.

Mengulas lanjut, Mustafar berkata siasatan lanjut mendapati hotel yang diserbu Jumaat lepas itu telah beroperasi sejak 1999.

"Siasatan juga mendapati antara wang tunai yang dirampas bertarikh pada 2008, namun siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca dari mana wang itu diperoleh.

"Selain Akta Imigresen 1959/63, kes turut disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001," katanya.

Beliau berkata pihaknya akan memastikan semua aspek disiasat dengan teliti tanpa membuat sebarang andaian.

BACA INI JUGA: Kes Rasuah di Sabah, Bila SPRM Mahu Menyiasat Pemimpin Politik Yang Kaya-raya?

sumber: mk

Apa Yang Berlegar Dalam Kepala Pembunuh John Lennon?

Apa Yang Berlegar Dalam Kepala Pembunuh John Lennon?

“Apabila kenderaan diberhentikan dan Yoko Ono keluar, kedengaran suara di dalam kepala yang menyatakan: Lakukannya! Lakukannya!

Apa Yang Berlegar Dalam Kepala Pembunuh John Lennon?
John Lennon.

"Lalu saya mengeluarkan pistol dan boom, boom, boom,” kata Mark David Chapman, 25, yang menjadi sebutan di seluruh dunia kerana membunuh vokalis The Beattles, John Lennon.

Lennon maut ditembak pada 8 Disember 1980.

Biarpun tragedi itu sudah berlalu 35 tahun lalu, alunan muzik dibawa The Beatles masih lagi utuh di hati peminat, terutama pada hari memperingati detik itu diadakan setiap tahun.

The Beatles adalah band British yang membawa fenomena dalam muzik global pada sejak 1960-an.

Umum tahu pembunuh Lennon adalah Chapman, namun tiada siapa tahu alasan sebenar yang mendorong lelaki itu melepaskan lima das tembakan dan mengenai tepat belakang mangsa dengan menggunakan Revolver 38 kaliber.

Menurut media antarabangsa, dalam wawancara eksklusif Jim Gaines bersama Chapman di New York tiga tahun selepas Lennon mati, kedua-dua mereka bercakap mengenai tragedi itu selama ratusan jam walaupun pada awalnya pembunuh terbabit keberatan.

Mungkin fakta ini mengejutkan umum - Chapman adalah peminat tegar The Beatles sejak kecil, malah pernah memberitahu rakannya. Bagaimanapun, perasaan itu akhirnya mulai ‘luntur.’

“Saya sering mengimpikan menjadi seorang daripada anggota The Beatles, dan saya sentiasa terfikir bagaimana perasaannya menjadi ahli kumpulan itu,” kata Chapman.

Pernah cuba bunuh diri

Chapman dikatakan penganut setia Kristian namun 'keimanannya' berubah apabila Lennon menganggap The Beatles lebih popular daripada jesus.

Pada masa sama, Chapman mengalami masalah kemurungan selepas tamat pendidikan sekolah menengah dan bekerja di sebuah pertubuhan kebajikan Kristian.

Dia juga pernah cuba membunuh diri sebaik tiba di Hawaii pada 1977 namun gagal.

Siri kemurungan Chapman semakin menjadi-jadi dan keadaan yang berterusan ini dilihat oleh isterinya Gloria Abe Chapman.

“Dia sering meminta perceraian dan melakukan penderaan apabila kami bersama buat sementara waktu di Hawaii,” katanya.

Chapman juga mengakui, walaupun dia mungkin nampak tenang dan stabil, tetapi tiada siapa tahu keadaan di dalam jiwanya yang bergolak.

Chapman diterima bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kondominium dan kerap menghabiskan masanya di sebuah perpustakaan.

Di situlah tempat dia membaca dua buku yang mengubah haluan hidupnya menjadi pembunuh.

Buku itu adalah John Lennon: One Day at a Time karya Anthony Fawcett dan The Catcher in the Rye (J D Salinger).

Menurut Gaines, tidak lama selepas itu Chapman mula berangan membunuh Lennon dan kesihatannya semakin merudum.

“Sejak kecil, jika Chapman tidak berfungsi dengan baik, dia akan menghalakan kegilaannya kepada sekumpulan suara di dalam kepala yang dipanggil 'orang kerdil'.

“Suara itu amat berkuasa dan jahat. Pada masa itulah Chapman meminta kepada tuhan agar memberinya kekuatan untuk membunuh Lennon,” katanya.

Jawapan semua masalah

Apa Yang Berlegar Dalam Kepala Pembunuh John Lennon?
Mark David Chapman.

Pada penghujung Oktober, Chapman berkelakuan aneh. Selepas berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan dan menandatangani notis keluar dengan nama "John Lennon".

Dia menaiki penerbangan ke New York pada 29 Oktober 1980 dengan membawa sepucuk pistol bersamanya.

Selepas Chapman ditahan, dia dipindahkan ke Hospital Bellevue, tempat dia menjalani berpuluh ujian psikiatri.

Chapman memberitahu Gaines, dia memang mempunyai masalah schizophrenia dan paranoid, tetapi tidak sedikit pun dikawal oleh masalah itu ketika membunuh Lennon.

Sepanjang dia berada dalam tahanan, dia dinafikan parol sebanyak lapan kali dengan yang terbaru pada 2014.

Dia hanya dibenarkan untuk memohon parol seawalnya pada 2016.

Walaupun wawancara sudah selesai, namun Chapman masih tidak memberikan jawapan kukuh mengapa dia melakukan pembunuhan itu.

“Membunuh Lennon menjadi jawapan kepada semua masalah saya, rasanya.

“Ia dilakukan untuk memadam semua kesilapan lalu dan memberikan saya identiti,” katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Ramalan Kematian John Lennon

sumber: malaysiakini

Nafsu Suami Terlalu Tinggi, Isteri Mohon Batal Perkahwinan

Nafsu Suami Terlalu Tinggi, Isteri Mohon Batal Perkahwinan

Seorang wanita di Zimbabwe nekad melarikan diri untuk menjauhi suaminya yang berperangai ‘pelik’ kerana tidak boleh berenggang dari ranjang. Constance Muungani merasakan melarikan diri jalan terbaik antara dia dan suaminya, Fani Mumba.

Nafsu Suami Terlalu Tinggi, Isteri Mohon Batal Perkahwinan

Wanita yang berasal dari Zimbabwe itu menjelaskan keputusan yang diambilnya berikutan terpaksa melayan nafsu luar biasa suaminya.

“Saya tidak tahan terpaksa melayan nafsunya enam jam setiap hari,” luah Muungani.

Menurut Muungani, dia turut meminta pihak mahkamah untuk membatalkan perkahwinan mereka. Keputusan itu diambil berikutan wanita yang berusia 26 tahun ini tidak tahan lagi hidup begitu.

Tambahnya, lelaki 31 tahun itu merupakan seorang penganggur, manakala dia pula bekerja.

“Saya terlalu kerap berasmara dengannya. Enam jam setiap hari! Itu sangat melampau sehingga lenguh-lenguh alat sulit ini. Saya khuatir akan mati dalam asmara.

“Saya mempunyai kerja, sedangkan suami saya menganggur. Yang dia tahu asyik minta ‘itu’ saja!

"Saya tidak akan kembali kepadanya. Saya juga mahu hak penjagaan anak kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fani enggan berpisah dengan isterinya dengan alasan masih cinta dan sayangkan Muungani.

Menurut Fani, dia tidak menyangka perbuatannya itu mendatangkan masalah kepada perkahwinan yang dibina sekaligus membawa kepada pertelingkahan mengenai hak penjagaan anak mereka.

“Saya cintakan dia. Saya minta dia berikan saya peluang untuk mengatasi masalah ‘ketegangan’ ini.

“Selama ini saya sangka telah memberinya kepuasan batin. Saya tidak tahu perbuatan ini telah menjejaskan perkahwinan kami,” katanya.

Bagaimanapun, Ketua Hakim, Chireya menyatakan mereka seharusnya berdamai sahaja selepas mendengar keterangan kedua-dua belah pihak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 4 Cara Perempuan Mencabar Nafsu Lelaki Tanpa Disedari!

sumber: mynewshub