Friday, November 24, 2017

6 Punca Berat Badan Meningkat Secara Mendadak

6 Punca Berat Badan Meningkat Secara Mendadak

Menurut Glassman, penulis buku The Snack Factor Diet mengatakan ketika berasa lapar, gula dalam darah akan rendah menyebabkan kita tidak mampu berfikir dengan baik. Ketika inilah kita akan berusaha mencari makanan atau snek.

6 Punca Berat Badan Meningkat

Data dari National Health and Nutrition Examination Survey di Amerika (1999-2002) mengatakan, wanita yang mengunyah lebih daripada dua kali sehari telah mengambil 192 kalori dalam setiap kali kunyahan. Ini sudah tentu mengganggu program diet yang dilakukan.

Penambahan berat badan juga disebabkan oleh beberapa faktor dan ia perlu diperhatikan agar tidak terus meningkat tanpa dapat dikawal.

1. MAKAN KERANA STRES

Kajian yang dilakukan CareerBuilder.com mendapati 37 peratus responden mengatakan stres di tempat kerja adalah penyebab utama berat badan meningkat sehinggakan anda ingin mengambil makanan yang enak.

2. MAKAN TENGAH hARI DI LUAR

Sebanyak 20 peratus responden mengatakan makan tengah hari di luar pejabat turut menambahkan berat badan.

Ini kerana kita tidak tahu kuantiti bahan pengolah makanan dan berapa jumlah kalori daripada makanan yang disediakan.

3. MELEWATKAN WAKTU MAKAN

19 peratus pekerja mengatakan mereka kerap melewatkan waktu makan kerana banyak kerja yang harus diselesaikan. Apabila lapar anda lebih cenderung untuk makan berlebihan.

4. MENYAMBUT PERAYAAN

Ketika rakan anda dinaikkan pangkat atau mendapat pekerjaan lain, anda lebih cenderung untuk meraikan rakan dengan makanan yang enak dan berkalori tinggi seperti kek, coklat atau pizza.

Bayangkan dalam sebulan ada lima hingga enam sambutan yang dilakukan, tentunya ia boleh menambahkan kalori dalam badan.

Untuk mengatasinya, kurangkan jumlah pengambilan atau bahagikan bersama dengan rakan yang lain.

5. TIDAK TAHAN GODAAN UNTUK MENGUNYAH

Sebanyak 16 peratus responden mengatakan mereka tidak tahan dengan godaan yang ada di atas meja terutamanya kek, coklat atau jeli.

Walau bagaimanapun, anda boleh gantikan dengan snek yang sihat seperti kacang almond, buah kering atau biskut bersama sebotol air.

6. SNEK DARIPADA KAWAN SEPEJABAT

10 peratus responden mengatakan tidak mampu menahan godaan apabila rakan sekerja membawa sekotak donat atau sebekas kek yang enak. Anda boleh makan tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Makanan Untuk Turunkan Berat Badan

sumber: sinarharian

Nyawa Ibu Bundiya Selamat Dari Tsunami Berkat Surah Al-Fatihah

Nyawa Ibu Bundiya Selamat Dari Tsunami Berkat Surah Al-Fatihah

Pagi itu, seperti biasa suara hiruk pikuk memenuhi ruang pasar. Salah seorang dari peniaga, Ibu Bundiya turut sibuk mengurus jualannya. Dia menjual bubur di pasar itu. Lokasinya lebih kurang satu kilometer dari kawasan dermaga kapal berlabuh.

Nyawa Ibu Bundiya Selamat Dari Tsunami Berkat Surah Al-Fatihah
Ibu Bundiya.

Lebih kurang pukul 8 pagi, semasa sibuk berjual beli, tiba-tiba kedengaran bunyi dentuman yang sangat kuat seolah-olah kawasan itu dibedil oleh bom.

Bukan sekali, namun dua kali letusan kuat itu kedengaran dari arah laut, disusuli satu gempa yang amat kuat. Bumi seakan bergoncang seakan mahu runtuh.

Keadaan dipasar mula huru-hara. Semua orang diserang panik dan lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Walaupun tempat mereka sebelum ini kerap dilanda gempa bumi, namun tidak sekuat yang ini.

Kebiasaannya gempa hanya berlaku seminit dua, tetapi kali ini berlarutan hingga tujuh ke lapan minit lamanya.

Dalam suasana cemas itu, tidak seorang pun tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku sehinggalah Ibu Bundiya mendengar orang ramai berteriak - Air laut naik!! Air laut naik!

Apabila air mula melimpahi jalan dan memasuki kampung, keadaan semakin kelam kabut. Semua orang bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Begitu juga Ibu Bundiya. Dia juga panik, ke sana ke mari namun dia hilang akal ke mana arah hendak dituju.

Ketika itu, ramai dapat melihat bagaimana gelombang arus dari arah laut bagaikan mulut naga yang menunggu mangsa untuk menghancurkan segala-galanya.

"Masya-Allah, akan meninggalkah aku hari ini. Ya Allah, sekiranya ditakdirkan aku mati, aku mohon agar aku mati dalam kalimah Laailahaillallah."

Begitulah yang dituturkan mulut Ibu Bundiya dalam keadaan dia panik berlari ke sana sini.

Dalam fikirannya ketika itu, mungkin ajalnya sudah tiba.

Ketika huru-hara itu, Ibu Bundiya bertanya dalam hatinya, "Ya Allah, doa apa yang harus aku baca saat ini?"

Bagai diberi ilham, ketika itu juga terlintas surah al-Fatihah di dalam hatinya, lalu Ibu Bundiya teringat akan sepotong ayat ke lima dalam surah itu yang bermaksud, "Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan."

Makan, sambil berlari menyelamatkan diri, Ibu Bundiya membaca ayat itu berulang-ulang kali.

Dia pasrah dan hanya berserah kepada Allah tentang nasibnya.

Semasa gelombang laut yang menggunung jaraknya kian mendekat, Ibu Bundiya seakan hilang pedoman, tidak tahu ke mana dia hendak berlari.

Nyawa Ibu Bundiya Selamat Dari Tsunami Berkat Surah Al-Fatihah

Ketika itu, tiba-tiba dia terasa ada orang menepuk bahunya dari belakang dan kedengaran suara berkata, "Cepat pergi naik rumah Ibu Abasiyah. Ajak sekali jiran-jiran lari ke sana," arah suara itu.

Ibu Bundiya menoleh ke arah belakang untuk melihat pemilik suara tersebut, namun pelik kerana tiada sesiapa pun dibelakangnya.

Tanpa berlengah, Ibu Bundiya segera berlari menuju ke rumah yang disebutkan oleh suara tadi.

Sambil berlari, sambil itu juga dia menjerit kepada orang-orang disekelilingnya supaya berlindung di rumah Ibu Abasiyah.

Tidak tahu mengapa suara itu menyuruhnya ke sana, tapi Ibu Abasiyah merupakan seorang yang warak dan amat dihormati di kampung mereka.

Dan hati Ibu Bundiya seakan kuat untuk percaya pada arahan suara tadi.

Sebaik sampai dirumah itu, Ibu Abasiyah dan beberapa orang penduduk juga sedang berlindung diruang tamu rumah.

Ibu Bundiya dan beberapa penduduk lain turut sama masuk ke dalam rumah. Ketika itu, air laut sudah naik hingga ke paras lutut.

Tidak lama, air laut kian naik hingga ke paras pinggang mereka. Ibu Abasiyah menyuruh mereka semua naik ke bilik di tingkat atas rumahnya.

Di tingkat atas, mereka fikir semuanya akan selamat kerana kedudukannya yang agak tinggi, namun jangkaan itu meleset.

Dalam waktu singkat air kian naik hingga mencecah paras leher mereka. Disaat itu tiada lagi tempat untuk mereka semua lari. Ibu Bundiya turut pasrah dan bersedia menerima ajal tiba bila-bila masa.

Ketika nyawa dihujung tanduk, keajaiban muncul. Sebuah kapal nelayan datang membelah arus dan tersangkut diatas bumbung rumah Ibu Abasiyah.

Mereka semua selamat apabila memanjat naik ke atas kapal itu. Seramai 59 orang penduduk termasuk Ibu Bundiya berada di atas kapal tersebut.

'Kapal Di Atas Rumah'

Walaupun sudah belasan tahun tragedi mengerikan itu berlalu, namun ia masih segar dalam ingatan Ibu Bundiya.

Dia juga masih ingat bagaimana semasa mereka berlindung di dalam kapal, lalu setandan kelapa hanyut. Kelapa itulah yang mereka ambil dan dijadikan pengalas perut sebelum bantuan tiba.

Baginya, semua itu adalah keajaiban yang dipertontonkan Allah kepada umat-Nya.

Bahkan, dia terselamat dalam malapetaka dahsyat itu juga adalah satu hikmah.

Kini dia tinggal berdekatan dengan kawasan kapal tempat dia terselamat daripada tsunami.

Nyawa Ibu Bundiya Selamat Dari Tsunami Berkat Surah Al-Fatihah

Kawasan kapal itu yang terletak di Desa Lampulo, kini dijadikan sebagai salah satu monumen pelancongan di Banda Acheh, dikenali sebagai 'Kapal Di Atas Rumah'.

Tsunami yang melanda Acheh pada 26 Disember 2004 telah mengorbankan 170 ribu nyawa, manakala lebih 500 ribu penduduk hilang tempat tinggal.

"Mungkin berkat saya membaca surah Al-Fatihah itu Allah datangkan pertolongan. Cuba bayangkan kalau ketika itu saya lari ke arah lain, mungkin saya juga sudah terkorban," ujar Ibu Bundiya lagi saat mengenang semula tragedi pahit itu yang turut mengorbankan suaminya.

Mungkin itulah kekuatan doa. Perkara yang tidak mungkin terjadi, boleh berlaku dengan izin Allah.

Cuma, sehingga ke hari ini, suara misteri yang menyuruh Ibu Bundiya kekal misteri dan menjadi tanda-tanya.

Siapakah gerangan pemilik suara yang telah menyelamatkan dirinya dari ditelan arus tsunami itu?

BACA INI JUGA: Selepas Tsunami, Gambar Biasa Yang Luarbiasa!

-SENTIASAPANAS.COM

Cara Penjagaan Anak Dijangkiti Cacar Air

Cara Penjagaan Anak Dijangkiti Cacar Air

Penjagaan anak-anak yang dijangkiti cacar air (chicken pox) memang meletihkan dan menduga para ibubapa. Tambahan pula jika lebih dari seorang anak yang dijangkiti pada masa yang sama.

Cara Penjagaan Anak Dijangkiti Cacar Air

Berikut adalah beberapa tips penjagaan anak yang dijangkiti chicken pox:

1. Peka dengan gejala seperti ruam (ruam merah diikuti gelembung air) dan tahap kesihatan yang merosot (kurang selera makan, demam, kurang aktif, sakit kepala, kerap meragam).

2. Sekiranya gejala chicken pox dikesan awal, rawatan dengan antiviral (Acyclovir) dalam tempoh kurang daripada 48 jam membantu mengurangkan tahap keseriusan gejala dan tempoh masa penyakit (lebih pendek).

3. Rawatan antiviral ini biasanya diberi 5 kali sehari. Anda perlu praktikal dan tidak perlu rigid untuk memberi ubat setiap 4 jam 48 minit.

4. Untuk memudahkan ibubapa, dicadangkan untuk memberi pada pukul 7 malam, 11 malam, 7 pagi, 11 pagi, 3 petang. “7-eleven, 7-eleven, 3”.

5. Kuarantin anak-anak anda daripada orang lain, terutamanya kanak-kanak, wanita hamil dan orang tua.

Tidak boleh ke taska, sekolah, pusat membeli belah, taman permainan, kenduri kendara dan rumah tok wan, mak long.

Cecair lepuhan mampu menularkan virus chicken pox (Varicella zoster) kepada orang lain yang belum diimunisasi atau yang mempunyai imuniti yang lemah.

6. Sediakan aktiviti bermanfaat kepada anak-anak dalam tempoh kuarantin ini kerana anak-anak akan mengeluh betapa bosannya duduk di rumah tanpa aktiviti yang bermanfaat.

Tempoh kuarantin bukan lesen untuk anak-anak bermain dengan smart phone atau tab sampai “lebam”.

7. Ibu bapa perlu sedia dengan menu seminggu dan bersedia memasak sendiri di rumah. Pastikan makanan berkhasiat untuk menjamin kesihatan dan pembekalan tenaga kepada anak-anak yang sedang melawan virus ini.

Berkenaan mengelak makanan berkicap dan berminyak, tiada bukti saintifik dalam perubatan tetapi perkara ini tidak mengganggu kesihatan anak-anak jika diamalkan.

8. Selera anak-anak akan merosot dalam tempoh penyembuhan. Walaupun jumlah makanan yang diambil sedikit, pastikan ianya kerap.

Pastikan anak-anak dihidrasi secara berterusan. Elakkan “junk food”.

Tawarkan alternatif kepada anak seperti roti jem, oat dan susu, sandwic, popia, pisang, minuman susu kultur, jus oren, keju dan lain-lain.

9. Mandi secara kerap untuk memastikan kebersihan anak-anak. Sapukan calamine lotion untuk mengelakkan rasa “miang” atau rengsa pada anak-anak.

10. Ubat antihistamine penting untuk mengurangkan rasa rengsa/gatal di samping mempunyai kesan sedatif (kesan mengantuk) supaya anak-anak mempunyai rehat yang cukup dan kurang menggaru untuk mengelakkan jangkitan bakteria sekunder dan penularan virus kepada orang lain.

11. Pastikan kuku anak-anak bersih dan pendek.

12. Last but not least, ibu bapa perlu bersedia mental, fizikal dan kewangan (ubat acyclovir mahal) menghadapi saat ini.

Ragam anak-anak dalam tempoh ini amat sukar dijangka kerana badan mereka tidak selesa. Ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa melayan dan memastikan rawatan anak-anak tidak tertinggal serta tepat waktu.

Berbincang dengan majikan sekiranya memerlukan cuti untuk menjaga anak-anak. Yang pasti, kedua-dua ibu dan bapa perlu ambil peranan aktif dalam penjagaan anak-anak ini.

Kesimpulan

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Usah mengeluh kerana ini adalah pengalaman berharga anda sebagai ibu bapa.

Anak anda akan membesar dengan lebih sihat kerana mereka akan mempunyai antibodi terhadap virus Varicella zoster selepas jangkitan ini.

Anak anda kini mempunyai imuniti yang lebih kebal terhadap virus chicken fox dan mengurangkan kebarangkaliannya mendapat jangkitan cacar air kali kedua.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Adakah Jangkitan Cacar Air Bahaya?

sumber: mmgazette

Mahu Bertaubat Kenapa Perlu Istighfar?

Mahu Bertaubat Kenapa Perlu Istighfar?

Seorang lelaki datang bertemu dengan guru agama dan menyatakan hasratnya untuk berubah tetapi tidak tahu caranya.

Mahu Bertaubat Kenapa Perlu Istighfar?

"Wahai guru, aku ingin bertaubat, bagaimana caranya? Aku banyak berbuat dosa. Hati aku telah kotor," tanya lelaki itu.

"Mula-mula kamu perlu jauhi perkara yang dilarang dan banyakkan istighfar," jawab guru agama itu.

"Kenapa perlu istighfar?" soalnya.

Guru agama itu mengajak lelaki itu pergi ke sebuah tasik dan kemudiannya menghulurkan sebuah cawan kepada lelaki tersebut sambil menyuruhnya supaya mencedok air di dalam tasik kemudian membuangnya diatas tanah.

Lelaki itu mengikuti apa yang disuruh, namun dia berasa pelik kenapa perlu melakukan sedemikian.

Dia lalu bertanya kepada guru agama itu.

"Untuk apa lakukan semua ini?" soalnya.

"Apabila kamu mencedok air tadi, adakah kamu nampak air tasik itu berkurangan?" soal guru agama itu.

"Langsung tidak. Ini kerja sia-sia," balas lelaki itu.

"Tidak benar. Sebenarnya, apabila kita mencedok keluar air dari tasik itu, sebenarnya air tasik itu berkurangan sebanyak satu cawan, tapi kita tidak nampak kerana air itu terlalu banyak.

"Sama juga apabila kita mencurahkan secawan air ke dalam tasik, ia juga tidak nampak bertambah kerana air tasik itu banyak.

"Walhal hakikatnya air tasik itu bertambah sebanyak satu cawan.

"Begitulah dengan hati. Apabila kita melakukan dosa, sebenarnya ia akan meninggalkan satu titik hitam yang melekat pada hati kita.

"Kita tidak nampak kerana ia titik yang kecil dan kalau kita beristighfar, ia adalah cara terbaik untuk menghilangkan kesan titik hitam itu.

"Sekali kita beristighfar, ia akan menghilangkan satu titik. Jadi, kita perlu terus mencedok keluar dosa itu dari hati kita.

"Mungkin kita tidak nampak kepentingan istighfar ini tetapi ia adalah pencuci terbaik untuk hati.

Demikian jawab guru agama itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 25 Janji Allah Kepada Manusia Yang Sentiasa Beristighfar

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (24 November)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (24 November)

Tarikh 24 November merupakan hari ke 328 (hari ke 329 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 37 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (24 November)
DB COOPER.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Guru di Turki dan Hari perayaan Martir Vietnam (Gereja Roman Katolik).

Peristiwa

1190 - Conrad dari Montferrat menjadi Raja Jerusalem de jure uxoris selepas mengahwini Ratu Isabella.

1642 - Penjelajah Belanda Abel Tasman sampai ke Tasmania, menamakan pulau tersebut Anthoonij van Diemenslandt (Tanah Van Diemen).

1859 - Buku Asal-Usul Spesies (On the Origin of Species) oleh ahli alamiah British Charles Darwin mula diterbitkan, dan habis terjual pada hari yang sama.

1963 - Dalam siaran langsung, Jack Ruby menembak mati Lee Harvey Oswald, dikatakan pembunuh Presiden A.S. John F. Kennedy, semasa sedang dipindahkan ke penjara.

1971 - Selepas mengutip wang tebusan AS$200,000, "D. B. Cooper" terjun dari tangga belakang kapal terbang yang dirampasnya dan menghilangkan diri.

1974 - Rangka 3.18 juta tahun hominid Australopithecus afarensis yang dinamakan "Lucy" dijumpai di Lekukan Afar di Habsyah.

2007 - Parti Buruh Australia yang dipimpin Kevin Rudd memenangi pilihan raya persekutuan Australia 2007.

2009 - Lebih 300,000 haiwan disembelih bersempena perayaan Gadhimai di selatan Nepal, dalam korban haiwan terbesar di dunia.

Kelahiran

1784 - Zachary Taylor, Presiden Amerika Syarikat ke-12.

1935 - Khalifah bin Sulman al-Khalifah, Perdana Menteri Bahrain.

Kematian

2009 - Samak Sundaravej, Perdana Menteri Thailand ke-25, akibat barah hati.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 November)

sumber: wikipedia

Panduan Kemaskini Dan Permohonan BR1M 2018

Panduan Kemaskini Dan Permohonan BR1M 2018

Permohonan dan kemaskini BR1M untuk tahun 2018 akan mula di buka bermula pada 5 sehingga 31 Disember 2017 (tertakluk kepada pindaan) bagi isi rumah berpendapatan kasar RM4,000 dan ke bawah.

Panduan Kemaskini Dan Permohonan BR1M 2018

Setiap permohonan BR1M hendaklah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan untuk menerima bantuan BR1M bagi tahun 2018.
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia SAHAJA.
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga kepada isi rumah/ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4, 000 dan ke bawah.

Siapa yang layak memohon BR1M 2018?
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4, 000 dan ke bawah.
  • Bujang (berumur 21 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2, 000 dan ke bawah.
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2018.
  • Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK memohon.

Bagaimana cara untuk memohon BR1M 2018?

Cara permohonan BR1M 2018 melalui 2 cara iaitu:

Permohonan online melalui portal rasmi e-BR1M

Permohonan hanya boleh dibuat menggunakan komputer sahaja dan anda disarakan untuk mencetak salinan permohonan sebagai rekod.

Aplikasi e-BR1M 2018 tidak direka untuk capaian peranti mudah alih.

Permohonan melalui borang
  • Dapatkan borang secara percuma di Portal rasmi BR1M LHDNM atau Cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM atau Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM.

Dimanakah borang kemaskini dan permohonan baru BR1M 2018 yang telah lengkap perlu dihantar?

Anda boleh menghantar borang BR1M 2018 ke kaunter-kaunter berikut:
  • Cawangan LHDNM
  • Pusat Khidmat Hasil (PKH).
  • Urban Transformation Centre (UTC).
  • Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
  • Pejabat Daerah, Pejabat Residen.

Penghantaran secara faks dan e-mel adalah TIDAK DITERIMA.

Apa dokumen yang perlu dihantar bersama Borang BR1M 2018?

Salinan dokumen sokongan pemohon, pasangan, tanggungan (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah:
  • MyKad, MyPR, MyKid, Passport, Sijil Lahir.
  • Sijil Perceraian pemohon.
  • Sijil Kematian pasangan bagi pemohon berstatus ibu, bapa tunggal, balu, janda, duda.
  • Sijil Perceraian.
  • Sijil Kematian ibu atau bapa tanggungan.
  • Sijil Lahir tanggungan (bagi kategori bujang ada tanggungan).

Adakah anda perlu mengemukakan salinan pengenalan pasangan atau tanggungan jika telah berbuat demikian semasa BR1M 2017?

Tidak perlu sekiranya tiada perubahan kecuali pasangan, tanggungan menggunakan pengenalan passport.

Salinan pengenalan passport yang lengkap boleh dihantarkan ke mana-mana cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM atau Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM.

Bagaimanakah hendak mengemukakan dokumen sokongan jika anda telah menyerahkan Borang BR1M 2018?

Anda boleh mengisi Borang Serahan Dokumen Sokongan BR1M 2018 (BK-17) dan serahkan borang tersebut bersama dokumen sokongan ke cawangan LHDNM. Borang boleh didapati di portal rasmi e-BR1M. (https://ebr1m.hasil.gov.my/)

Pastikan anda mendapat keratan Akuan Penerimaan Permohonan BR1M 2018 sebagai rekod penyerahan.

Penghantaran secara faks dan emel TIDAK DITERIMA.

Adakah anda perlu mengemukakan dokumen sokongan jika telah membuat Permohonan BR1M 2018 secara online?

Ya. Anda perlu menghantar dokumen sokongan sekiranya terdapat paparan mesej Peringatan Penghantaran Salinan Dokumens Sokongan semasa membuat permohonan online.

Hantar dokumen sokongan ke cawangan LHDNM.

Adakah anda boleh mengemaskini permohonan secara online sekiranya telah membuat permohonan dan menghantar dokumen sokongan secara manual?

Tidak. Kemaskini secara online adalah tidak dibenarkan sekiranya telah berbuat demikian secara manual kerana kemasukan data ke dalam sistem BR1M telah dilakukan oleh LHDNM.

Anda hanya perlu mengemukakan semula Borang BR1M 2018 untuk kemaskini selanjutnya di cawangan LHDNM yang terdekat.

Adakah penerima BR1M 2017 perlu memohon semula?

Tidak perlu. Penerima BR1M 2016 hanya perlu mengemaskini maklumat terkini pemohon BR1M 2018 secara online di portal rasmi e-BR1M LHDNM (https://ebr1m.hasil.gov.my/) atau mengisi Borang BR1M 2018.

Saya adalah penerima BR1M 2017. Adakah saya perlu mengemaskini permohonan BR1M 2018 sekiranya tiada maklumat untuk dikemaskini?

Penerima BR1M 2016 yang tiada maklumat untuk dikemaskini digalakkan untuk mengisi semula Borang BR1M 2018.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda berkemungkinan tidak diproses (tertakluk kepada arahan MOF).

Jika penerima BR1M 2017 telah meninggal dunia, adakah ahli isi rumah atau waris layak menerima BR1M 2018?

Tidak. Isi rumah atau waris tidak layak menerima BR1M 2018 kerana penerima BR1M 2017 telah meninggal dunia. Isi rumah atau waris perlu membuat Permohonan Baru BR1M 2018 sekiranya layak.

Saya telah bercerai pada pertengahan tahun 2017. Adakah saya boleh membuat Permohonan BR1M 2018 sekiranya nama saya telah dimasukkan sebagai pasangan kepada bekas suami saya semasa permohonan BR1M 2017?

Boleh. Anda perlu membuat Permohonan Baru BR1M 2018 dengan status ibu, bapa tunggal, balu, janda, duda dan masukkan tarikh perceraian.

Salinan sijil perceraian yang sah perlu dikemukakan ke cawangan LHDNM yang terdekat.

Saya telah bercerai pada pertengahan tahun 2017 dan telah berkahwin semula baru-baru ini. Adakah suami saya sekarang boleh memasukkan nama saya sebagai pasangan di dalam borang BR1M 2018 sekiranya nama saya masih dikekalkan sebagai pasangan dalam permohonan BR1M 2017 bekas suami saya?

Boleh. Suami anda sekarang boleh memasukkan nama anda sebagai pasangan. Namun, anda perlu mengemukakan Sijil Perceraian dengan bekas suami dan Sijil Perkahwinan yang baru dan maklumkan kepada cawangan LHDNM semasa penyerahan borang permohonan BR1M bagi membolehkan kemaskini dibuat ke atas permohonan bekas suami anda.

Pasangan saya merupakan penerima BR1M 2017 tetapi telah menghilangkan diri. Adakah saya boleh memohon BR1M 2018?

Anda perlu mengemukakan laporan polis berkenaan pasangan yang menghilang diri bagi membatalkan permohonan pasangan di cawangan LHDNM dengan mengisi Borang Pembatalan Permohonan BR1M 2018.

Anda boleh membuat Permohonan Baru BR1M 2018 dengan status kahwin (sekiranya belum bercerai secara sah).

Pasangan merupakan penerima BR1M 2017 tetapi telah dipenjarakan. Adakah saya boleh memohon BR1M 2018?

Anda perlu mengemukakan surat pengesahan penjara bagi membatalkan permohonan pasangan di cawangan LHDNM dengan mengisi Borang Pembatalan Permohonan BR1M 2018.

Anda boleh membuat Permohonan Baru BR1M 2018 dengan berstatus kahwin (sekiranya belum bercerai secara sah).

Bagaimanakah kiraan jumlah pendapatan yang perlu saya laporkan pada Borang BR1M 2018?

Anda perlu melaporkan gaji kasar bulanan dan lain-lain elaun tetap kecuali bonus bagi semua isi rumah.

Bagaimana sekiranya saya tidak mengisi nombor akaun bank semasa permohonan BR1M 2018?

Anda disarankan untuk mengisi nombor akaun bank bagi memudah dan mempercepatkan urusan pembayaran. Jika tidak, anda perlu menghadiri majlis penyerahan baucar dan penunaian boleh dibuat secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Apakah akaun bank yang perlu saya daftarkan ketika permohonan BR1M 2018?

Adakah saya boleh memohon BR1M 2018 menggunakan kad pengenalan lama?

Permohonan BR1M 2018 mewajibkan penggunaan MyKad sahaja. Anda perlu merujuk Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan MyKad.

Saya bukan warganegara Malaysia. Adakah saya layak memohon BR1M 2018?

Tidak. Bantuan ini hanya untuk Warganegara Malaysia sahaja.

Saya merupakan warganegara Malaysia tetapi menetap di Singapura. Adakah saya layak memohon BR1M 2018?

Tidak. Bantuan ini adalah untuk warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.

Saya merupakan warganegara Malaysia tetapi menetap di Singapura. Adakah saya layak membuat permohonan BR1M dengan menggunakan alamat surat-menyurat di Malaysia?

Tidak. Jika anda didapati memberikan maklumat yang tidak benar ketika permohonan dibuat, anda dengan ini disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga (3) tahun dan juga boleh dikenakan denda serta disenarai hitam oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari menerima BR1M.

Bagaimana cara untuk mengetahui status permohonan BR1M 2018?

Pemakluman mengenai status permohonan BR1M 2018 adalah seperti berikut:

Surat makluman yang akan dicetak dan diposkan kepada pemohon;
  • Portal rasmi BR1M LHDNM (https://ebr1m.hasil.gov.my/)
  • Melalui emel berdasarkan alamat emel diberikan semasa permohonan terutama permohonan yang berstatus tidak lulus;
  • Menghubungi LHDNM: 1-800-88-2716 atau MOF: 03-8882 4546, 4566; atau
  • Hadir sendiri ke cawangan LHDNM, PKH LHDNM, UTC LHDNM.

Bagaimana cara untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BR1M 2018?

Anda boleh mendapatkan maklumat terkini dengan membuat pertanyaan atau aduan di:
Portal rasmi BR1M LHDNM
Menghubungi LHDNM: 1-800-88-2716 atau MOF: 03-8882 4565, 4566; atau
Hadir sendiri ke cawangan LHDNM, PKH LHDNM, UTC LHDNM.

Apakah tindakan yang akan dikenakan sekiranya seseorang memberikan maklumat palsu BR1M 2018?

Seseorang boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga (3) tahun dan denda serta disenarai hitam oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari menerima BR1M.

Maklumat saya telah digunakan oleh individu lain bagi tujuan permohonan BR1M 2018. Apakah yang perlu saya lakukan?

Anda perlu membuat laporan polis dan kemukakan laporan tersebut bersama ke cawangan LHDNM untuk tindakan selanjutnya:
  • salinan pengenalan (isi rumah).
  • sijil perkahwinan, sijil kematian, sijil perceraian (jika berkaitan).

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya telah disenarai hitam oleh MOF?

Anda perlu merujuk kepada Sekretariat BR1M, MOF seperti berikut:
Sekretariat BR1M,
Pejabat Belanjawan Negara,
Aras 6 Blok Utara,
Kementerian Kewangan Malaysia,
No.5 Persiaran Perdana,
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 Putrajaya.

  • Hotline BR1M MOF: 03-8882 4565, 4566
  • Emel: br1m@treasury.gov.my

5 PUNCA PERMOHONAN BRIM 2018 TIDAK LULUS

1. Tidak kemaskini permohonan

Semua penerima yang sedia ada BRIM diwajibkan melakukan kemaskini di laman rasmi BRIM.

Gagal membuat demikian akan menyebabkan anda gagal dalam mendapatkan duit BRIM.

2. Maklumat peribadi yang tidak lengkap

Pemberian maklumat peribadi wajib dibuat online setiap tahun kerana kemungkinan terdapat perubahan contohnya gaji bulanan, status perkhawinan dan lain-lain.

Sila pastikan juga nombor akaun bank yang diberi padan dengan nama di nombor kad pengenalan.

3. Permohonan berkali-kali dalam sebuah keluarga

Jikalau terdapat permohonan yang berlebihan dalam sebuah keluarga, salah satu pihak akan digugurkan.

Contohnya pihak isteri tidak perlu lagi membuat permohonan jikalau pihak suami telahpun menghantarkan permohonan atau kemaskini.

4. Maklumat tangungan dan pasangan yang tidak tepat atau tidak diisi

Maklumat tangungan penting biarpun pemohon seorang yang bercerai. Jangan tinggalkan ruang pasangan sekiranya pemohon ingin berdaftar bagi sebuah keluarga.

5. Penyata gaji

Sila menyediakan penyata gaji terutamanya kepada yang bekerja di syarikat swasta. Dokumen yang lain juga diperlukan seperti surat pengesahan penceraian dan kematian pasangan.

Rayuan masih boleh dibuat walaupun pengagihan kelompok pertama telah diagih, sila berkunjung ke pusat LHDN untuk menghantarkan borang rayuan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Tun Mahathir Menganggap Pemberian BR1M Rasuah Kepada Rakyat?

sumber: ebrim

Thursday, November 23, 2017

Charles Manson Pembunuh Paling Kejam Abad Ke 20 Akhirnya Mati!

Charles Manson Pembunuh Paling Kejam Abad Ke 20 Akhirnya Mati!

Pemimpin ajaran sesat dan pembunuh paling kejam abad ke-20, Charles Manson, meninggal dunia ketika menjalani hukuman.

Charles Manson Pembunuh Paling Kejam Abad Ke 20 Akhirnya Mati!
Charles Manson.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penjara California, Manson, 83 tahun, meninggal dunia di sebuah hospital di California pada Ahad akibat sakit tua.

Manson dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah mengarahkan pembunuhan berprofil tinggi pelakon terkenal, Sharon Tate pada tahun 1969.

Dalam insiden pada 9 Ogos 1969 itu, Sharon Tate yang sedang hamil lapan bulan ditikam sebanyak 16 kali.

Ketika kejadian, suami Sharon Tate, penerbit filem Roman Polanski, berada di luar negara.

Charles Manson Pembunuh Paling Kejam Abad Ke 20 Akhirnya Mati!
Sharon Tate.

Turut menjadi mangsa ialah guru muzik Gary Hinman dan pelakon aksi Donald Shea.

Selain Sharon Tate, Manson turut mengarahkan empat pengikutnya membunuh enam lagi mangsa, dalam dua serangan berbeza di Los Angeles.

Manson dan pengikutnya pada mulanya dijatuhi hukuman mati, namun hukuman itu ditukar kepada penjara seumur hidup selepas Mahkamah Agung California memansuhkan hukuman mati pada 1972.

Manson yang pernah bergelar penyanyi dan komposer dilapor terbabit dengan pelbagai jenayah sejak berusia 13 tahun dan sering kali dimasukkan ke penjara.

Dia kemudiannya menubuhkan kumpulan ajaran sesat yang dinamakan The Manson Family sekitar tahun 1960an dengan kebanyakan pengikutnya terdiri daripada wanita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Pembunuh Bersiri Paling Kejam

sumber: astroawani

Bunga Leontopodium Alpinum Bukti Cinta Sejati!?

Bunga Leontopodium Alpinum Bukti Cinta Sejati!?

Pernah dengar Leontopodium Alpinum? Ia sejenis bunga yang hidup di kawasan pergunungan Eropah. Bunga Leontopodium Alpinum ini merupakan bunga kebangsaan Switzerland dan Austria.

Bunga Leontopodium Alpinum Bukti Cinta Sejati!?

Ada kepercayaan mengatakan, seorang kekasih yang sanggup memanjat gunung untuk memetik bunga ini, lalu diberikan kepada kekasihnya, bermakna cinta mereka adalah cinta suci dan kekal abadi.

Bunga Leontopodium Alpinum Bukti Cinta Sejati!?

Anda bagaimana? Sanggup memetik bunga Leontopodium Alpinum untuk membuktikan cinta sejati kepada orang tersayang?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

10 Tanda-tanda Anxiety Disorders Yang Anda Mungkin Hidapi

10 Tanda-tanda Anxiety Disorders Yang Anda Mungkin Hidapi

Anxiety Disorder" merupakan satu penyakit mental yang serius di mana seseorang itu mengalami gangguan kebimbangan berlebihan yang menyebabkan kehidupan seharian seseorang itu terganggu.

10 Tanda-tanda Anxiety Disorders

Ini mungkin normal bagi kita yang berasa risau dan cemas setiap kali hendak berjumpa dengan orang atasan di tempat kerja, kena membentangkan kerja ataupun ketika menghadapi pelbagai masalah hidup.

Tetapi bagi anda yang berasa cemas berlebihan setiap kali dalam urusan kehidupan seharian anda adalah tidak normal kerana anda mungkin mengalami penyakit tersebut jadi, bagaimana cara untuk mengetahui sama ada anda mengalaminya atau tidak?

Kenali 10 tanda-tanda "Anxiety Disorder".

1. Gangguan tidur

Apabila anda menghadapi sesuatu masalah, anda akan rasa tidak tenang dan susah untuk memejamkan mata kerana anda selalu terbayangkan masalah tersebut setiap masa.

Selagi tak selesaikan selagi itu anda sentiasa berasa risau dan cemas.

Sebagai contoh, anda kena saman parking, bagi orang lain akan 'relax' sahaja kalau kena saman tersebut, tetapi berbeza bagi anda yang saman itu membuatkan anda dihantui selalu selagi anda tidak selesaikannya.

2. Perasaan takut tanpa sebab

Selalunya kita kalau rasa takut mesti bersebabkan? Takut dengan ular sebab kemungkinan ular itu berbisa.

Tetapi, bagi anda yang tiada sebab langsung untuk rasa takut ini sangat membimbangkan. Tetiba anda rasa takut dengan hujan, ketinggian dan seumpamanya. Hal ini juga berkaitan dengan "anxiety disorder".

Anda berasa sangat takut dengan sesuatu hal yang anda sendiri tidak dapat menjelaskanya secara logik apa alasan ketakutan anda itu.

3. Kekejangan otot

Ramai orang berasa panik tanpa mereka sedar. Oleh sebab itu, ramai yang mengalami kekejangan otot tanpa sebab yang jelas.

Hal ini terjadi kerana perasaan cemas yang anda rasa ketika itu kerana anda tidak dapat tenangkan diri seketika.

Jika anda tidak dapat mengawal perasaan cemas tersebut, maka ia akan menjadi ancaman kepada kesihatan yang mungkin menyebabkan kecederaan pada otot anda.

4. Gangguan pencernaan

Jika terlalu berasa cemas, ia juga dapat menganggu proses pencernaan anda seperti mengalami 'diarrhea', 'cramp' atau gas yang berlebihan.

Ia menyebabkan perut anda berasa sangat tidak selesa dan boleh menjejaskan aktiviti harian anda.

5. Demam gementar

Normal bagi anda untuk berasa gementar sebelum bercakap di hadapan orang ramai tetapi selepas bercakap, automatik perasaan itu akan hilang.

Jika perasaan itu masih berlarutan, maka kemungkinan anda mengalami "anxiety disorder" ini.

Bagi golongan tersebut, mereka sering berasa gementar dan menyebabkan mereka berpeluh banyak di samping kaki dan tangan yang bergetar. Ia juga boleh menyebabkan seseorang itu pengsan.

6. Rendah diri

Golongan ini juga sering berasa malu jika masuk ke dalam lingkungan yang baru. Perasaan malu ini membuatkan mereka ingin berjauh diri untuk berbual dengan orang di sekelilingnya.

Selain itu, ia juga membuatkan seseorang itu tidak suka berada dalam tempat yang 'crowded' walaupun bilangan itu kurang dari 10 orang.

7. Panik

Rasa panik yang berlebihan amat berbahaya bagi golongan ini. Hal ini disebabkan oleh perasaan cemas itu sendiri yang akan menyebabkan anda mengalami rasa sesak nafas, jantung yang berdegup kencang, berpeluh yang banyak atau kepanasan.

Namun, tidak semua orang mengalami panik seperti ini. Tetapi, jika ia datang berulang, anda mungkin tergolong dalam "anxiety disorder".

8. Trauma

Ada di antara kita yang mengalami trauma yang sangat dasyat sebelum ini. Rasa trauma atau dikenali sebagai "post-traumatic syndrome disorder" (PTSD) bukanlah salah satu tanda anxiety tersebut.

Namun, mengikut kajian pada tahun 2006 yang terdapat dalam 'Journal of Anxiety Disorder', ia menunjukkan bahawa orang yang mengalami PTSD ini kebiasaannya juga akan diikuti oleh anxiety disorder juga.

Hal ini kerana perasaan cemas yang berlebihan disebabkan trauma atau pengalaman buruk pada masa lalu.

9. Kesempurnaan

Menurut Winston, "If you are constantly judging yourself or you have a lot of anticipatory anxiety about making mistakes or falling short of your standards, then you probably have an anxiety disorder".

Sebenarnya golongan 'perfectionst' biasanya disebut sebagai "obsessive compulssive disorder" (OCD).

Orang yang mengalami ini biasanya akan berasa sangat risau dan cemas jika berasa belum sempurna kerjanya dan dia akan menghabiskan waku berjam-jam dan mengulangi perkara yang sama demi untuk mencapai kesempurnaan tersebut.

10. Keraguan diri sendiri atau 'overthinking'

Adakah anda selalu meragu akan diri sendiri tentang sesuatu dan menjadi panik disebabkannya? Winston menjelaskan bahawa orang yang mengalami 'anxiety disorder' ini akan sering meragukan dirinya seperti menyoalkan persoalan "Am i good enough?". Rasa cemas ini akan akan terus menghantui diri anda hingga menyebabkan gangguan kebimbangan yang berlebihan.

Jika anda tidak mampu mengawal kebimbangan anda akan sesuatu hal, hati-hatilah agar anda bukan tergolong dalam "anxiety disorder" ini.

Anda boleh merujuk kepada pakar psikiatri jika anda tidak pasti sama anda anda mengalaminya ataupun tidak.

Ini bukan bermaksud anda seorang yang gila. Tidak semua orang yang berjumpa dengan pakar ini disebabkan itu.

Bukalah minda anda. Kalau anda boleh mengawal perasaan cemas, tahniah untuk anda.

Bagi yang belum, berusahalah agar ia tidak menjadi semakin serius sampaikan mengganggu kehidupan harian anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi