Saturday, February 25, 2017

10 Makanan Untuk Turunkan Berat Badan


Tidak ramai yang bersungguh-sungguh dan berjaya menurunkan berat badan akibat tabiat makan yang sukar diubah atau mudah tergoda dengan makanan tinggi kalori.

Walau bagaimanapun, masih belum terlambat untuk ulang kembali jika terbantut di permulaan dalam usaha anda menurunkan berat badan. Lihat semula tips dan panduan mengawal tabiat makan dan ubah menu diet jika terlalu ekstrim.

Berikut 10 jenis bahan makanan sesuai untuk anda yang mahu turunkan berat badan yang terdiri daripada pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran dan teh.

1. Tembikai

Tembikai

Tembikai kaya dengan mineral seperti beta karotena, magnesium, fosforus, kalsium, zat besi, kuprum dan zink; merupakan sejenis buah yang sangat membantu dalam proses menurunkan berat badan.

Tembikai mempunyai sifat laksatif (julap) yang membantu proses pencernaan dan mencegah penyimpanan lemak, yang mana akan mengelakkan pertambahan berat badan.

Ia juga kaya dengan serat dan dikenali sebagai ‘buah pengempis perut’. Jumlah kalori tembikai juga sangat rendah iaitu sebanyak 38 kalori per 100 gram sahaja.

Sama ada dimakan begitu sahaja, dibuat jus atau smoothie, jumlah pengambilan dalam satu masa tidak boleh terlalu banyak. Cukup bersederhana sahaja.

2. Lemon

Lemon

Merupakan antioksidan yang kuat, lemon mengandungi paras vitamin C yang tinggi dan mengaktifkan rembesan hempedu dalam tubuh untuk membantu pencernaan makanan.

Asid sitrik dalam lemon juga menolong perut membakar lemak dan protein.

Lemon boleh dinikmati dalam bentuk air lemon suam atau dihiris lalu dimasukkan ke dalam air kosong dan disimpan dalam peti sejuk. Boleh juga masukkan lemon dalam masakan atau salad.

Jumlah kalori lemon hanyalah 33 kalori per 100 gram.

3. Nanas

Nanas

Nanas, salah satu buah yang bagus dimakan untuk menurunkan berat badan kerana mengandungi bromelain secara semula jadi, iaitu enzim pembakar lemak terbaik.

Enzim bromelain membantu proses penyingkiran lemak dengan memecahkan tisu sel.

Satu lagi kebaikan nanas adalah membantu pencernaan protein haiwan jadi, ia sesuai dimasukkan ke dalam masakan daging lembu atau kambing untuk membantu proses pencernaan makanan.

Cara lain, tambahkan nanas dalam salad, dimakan begitu sahaja atau dibuat jus. Jumlah kalori nanas ialah 33 kalori per 100 gram.

4. Lobak Hitam

Lobak Hitam

Lobak hitam atau ‘black radish’ merupakan perencat selera (atau nafsu makan melampau) yang sangat berkesan kerana memiliki paras protein sayur dan iodin yang tinggi dan berkesan dalam membantu menurunkan berat badan.

Lobak hitam merangsang fungsi kelenjar tiroid dan juga merupakan makanan detoks yang bagus dan jumlah kalori lobak hitam amat rendah iaitu hanya 17.8 kalori per 100 gram.

5. Adas/Jintan Hitam

Jintan Hitam

Adas atau habbatussauda mengandungi tidak kurang daripada sedozen elemen antioksidan, terutamanya flavonoid yang penting dalam menyingkirkan radikal bebas.

Adas kaya dengan potasium dan kalsium serta mempunyai jumlah kalori 20 kalori per 100 gram.

Adas sememangnya makanan ideal untuk mengelak pertambahan berat badan tetapi dalam masa yang sama tetap membekalkan mineral kepada tubuh.

6. Lobak Merah

Lobak Merah

Sayur berwarna oren ini mengandungi kepekatan karotenoid (vitamin A), beta dan alfa karotena yang tinggi dan sangat berguna dalam membantu menurunkan berat badan.

Setiap 100 gram lobak merah, sudah memadai untuk membekalkan lebih daripada separuh keperluan harian seorang dewasa.

Ia juga mengandungi vitamin B dan K. Selain itu terdapat juga potasium, kalsium, magnesium dan zat besi dalam kuantiti yang mencukupi untuk tubuh.

Jumlah kalori lobak merah ialah 36 kalori per 100 gram ini boleh dinikmati mentah dan dijadikan snek. Jika gemar tekstur lebih lembut, boleh dikukus dahulu.

7. Tomato Ceri

Tomato Ceri

Tomato ceri bersaiz lebih kecil berbanding tomato biasa dan kaya dengan magnesium, kalsium, vitamin C serta vitamin B9.

Sifat diuretik yang ada pada tomato ceri mampu bantu penyingkiran toksin dalam kuantiti yang besar, justeru membantu mengelakkan penimbunan lemak dalam tubuh.

Tomato ceri mempunyai 29 kalori per 100 gram ini sering dimasukkan ke dalam salad atau diletakkan dalam sandwic dan pasta.

8. Raspberi

Raspberi

Merupakan salah satu buah dari jenis beri, Raspberi mempunyai kandungan serat yang tinggi yang berupaya melancarkan pencernaan dan secara tidak langsung banyak membantu dalam menurunkan berat badan

Ia juga kaya vitamin C, magnesium dan kalsium. Jumlah kalori ialah 45 kalori per 100 gram.

9. Timun

Timun

Timun terdiri daripada 97% air menjadikan timun sebagai makanan diuretik yang paling ‘top’ dalam senarai bahan makanan yang boleh membantu menurunkan berat badan.

Timun mampu menggalak dan mempercepatkan penurunan berat badan.

Selain itu, timun juga kaya vitamin K dan rendah kalori. Jumlah kalori timun hanyalah 12 kalori per 100 gram. Timun boleh dijadikan ulam atau dibuat jus.

10. Teh

Teh

Teh mempunyai hanya 0 ke 1 kalori per 100 gram sahaja dan kandungan polifenol dalam teh membantu pembakaran lemak dalam tubuh, manakala sifat diuretiknya pula membantu penyingkiran toksin.

Nikmati teh panas ketika dalam proses menurunkan berat badan tapi awas, jangan pula ditambah gula kerana gula mempunyai kalori yang tinggi.

BACA INI JUGA: Makan Labu Untuk Awet Muda Dan Mencegah Kanser

Sumber: thevocket

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon