Tuesday, October 24, 2017

Tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Penerima Anugerah Kebesaran Diraja Pahang

Tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Penerima Anugerah Kebesaran Diraja Pahang

Setelah mengumumkan penantian selama 11 tahunnya berakhir dengan kehamilan sulung beliau baru-baru ini, Siti Nurhaliza sekali lagi dikurniakan ‘hadiah’ yang tidak ternilai.

Siti Nurhaliza!

Siti Nurhaliza telah menerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, Isnin, 23 Oktober.

Siti Nurhaliza antara 101 orang penerima anugerah darjah kebesaran Pahang bersempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Istiadat pengurniaan darjah dan pingat kebesaran Pahang tersebut disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahamad Shah di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Pelantun lagu Segala Perasaan ini turut berkongsi berita tersebut bersama pengikut-pengikutnya apabila memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagramnya.

Alhamdullillah, patik menjunjung kasih di atas pengurniaan darjah kebesaran ini dan semoga patik menjadi rakyat Pahang yang berbakti kepada Agama, Bangsa, Negeri & Negara Patik. Menjunjung Kasih Tuanku. Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. #daulattuanku #alhamdulillah

Pengurusnya, Rozi Abdul Razak turut memuat naik beberapa gambar dengan kapsyen yang menggambarkan darjah kebesaran yang diterimanya itu sebagai rezeki yang tidak dijangka.

Siti Nurhaliza!

Dalam pada itu, tiga lagi selebriti turut menerima anugerah kebesaran diraja tersebut. Mereka ialah pelakon Datuk Eizlan Yusof, Adi Putra dan pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie.

Datuk Eizlan Yusof turut menerima SSAP manakala Adi Putra pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Jovian Mandagie yang juga Ketua Pengarah Eksekutif Jovian Mandagie Sdn Bhd menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) sekaligus membawa gelaran Datuk.

Sudah pasti laman sosial keempat-empat public figure ini dipenuhi dengan komen dan ucapan tahniah netizen yang rata-ratanya gembira dengan pencapaian yang diterima mereka.

Tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza!

BACA INI JUGA: Maksud Sebenar Gelaran Dato', Datuk, Tun, Tan Sri Dan Sebagainya

sumber: mynewshub

5 Sebab Kenapa Lelaki Rendah Lebih Bagus Dari Lelaki Tinggi!

5 Sebab Kenapa Lelaki Rendah Lebih Bagus Dari Lelaki Tinggi!

Jangan tipu diri sendiri! Kamu pasti mahukan teman lelaki yang lebih tinggi betul tak? Wanita di Malaysia secara puratanya berketinggian 158cm. Jadi lelaki ideal untuk kamu mestilah sekurang-kurangnya berketinggian 164 cm tinggi (6cm lebih tinggi).

Teman wanita

Jika semua wanita di Malaysia mahukan lelaki tinggi, bagaimana pula dengan nasib lelaki rendah? Kasihannya.

Kajian antarabangsa merekodkan 90% lelaki mahukan teman wanita lebih rendah daripada mereka, manakala lebih 50% wanita mahukan teman lelaki lebih tinggi.

Size does not matter but requirement is overrated!

1. Lebih hormat

Lelaki yang selesa dengan teman wanita yang lebih tinggi selalunya menghormati kerjaya, impian, kebijaksanaan dan bakat kamu.

Lelaki secara terangan perasan 'kekurangannya' dan akan sentiasa menyokong kamu daripada merendahkan diri kamu. Dia dah cukup rendah untuk mendominasi perhubungan.

2. Kelebihan pada wanita

Wanita tidak perlu lagi mengira jumlah inci stiletto yang perlu dipakai untuk kelihatan 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah' dengan pasangan. Pakai saja sneakers ataupun flat shoes sepanjang hari bersama. Selesanya!

3. Terkawal

Teman lelaki lebih rendah mengurangkan rasa insecurity kamu terhadap saiz tubuh sendiri. Kamu akan berasa lebih terkawal daripada dikawal kerana secara psikologinya kamu berdua memiliki saiz yang sama.

Malah kamu juga akan berasa lebih selamat kerana kalau si dia mahu memukul, kamu mampu menepisnya. Contoh saja ya!

4. Lebih rajin

Tinjauan psikologi menunjukkan lelaki rendah lebih kuat bekerja kerana mereka mahu menjadi setanding atau lebih hebat daripada lelaki tinggi. Jadi kamu tidak perlu risau bersama lelaki rendah kerana mereka akan melayan kamu seperti puteri raja!

5. Kurang egois

Lelaki rendah mempunyai ego yang rendah berbanding lelaki tinggi. Mereka telah merasa keperitan ketika zaman remaja apabila sering dipandang tidak segagah lelaki tinggi. Jadi lelaki rendah mempunyai satu sifat yang lebih relaks.

Cuba bayangkan kalau kamu berdua bergaduh, tentunya dia tidak mahu kehilangan teman wanita tinggi seperti kamu yang sukar untuk dicari ganti, kan?

Kajian antarabangsa ini adalah bersifat umum dan keputusan tinjauan dilakukan secara rawak. Jadi ia tidak 100% tepat, tetapi apa salahnya kamu beri peluang kepada lelaki rendah juga.

Jangan memilih okey. Gigi Hadid lebih tinggi daripada Zayn Malik. Just saying!

BACA INI JUGA:

sumber: cosmopolitan

Kenali Tekpi ‘Raja Segala Senjata’ Seni Bela Diri Melayu

Kenali Tekpi ‘Raja Segala Senjata’ Seni Bela Diri Melayu

Terdapat beberapa senjata yang sinonim digunakan dalam seni bela diri Melayu. Antaranya adalah keris (senjata yang menjadi simbolik dalam persilatan Melayu), buku lima atau senjata sulit yang juga dikenali dengan nama ‘tapak harimau’, kerambit, sundang, pedang, golok termasuk tekpi.

Tekpi

Uniknya, tekpi bukan digunakan dalam seni bela diri Melayu sahaja. Tekpi atau juga disebut sai atau tjabang (sebutan: chabang dalam bahasa Indonesia) ini turut digunakan oleh kebanyakkan seni bela diri antarabangsa yang lain.

Namun, di dalam seni bela diri Melayu, tekpi lebih terkenal digelar sebagai Raja Segala Senjata. Ini adalah kerana fungsi dan reka bentuknya terbukti mampu memerangkap serta menangkis segala ancaman daripada senjata lain. Baik yang bersifat pendek, panjang atau tajam.

Tekpi selalunya diperbuat daripada besi, memiliki bentuk cabang 3 yang mana cabang utama berbentuk lurus dan panjang (tidak tajam) dan 2 cabang lagi berbentuk seperti huruf ‘U’ atau seperti tanduk kerbau yang dipanggil sampir.

Teknik penggunaan tekpi sebagai senjata dalam seni bela diri berbeza mengikut corak permainan seni bela diri masing-masing.

Sebagai contoh, teknik penggunaan tekpi dalam silat dan karate adalah berbeza. Meskipun begitu, fungsi tekpi sebagai senjata melibatakan pergerakan memukul, menusuk, menghentak atau mengunci boleh dikatakan hampir sama sahaja.

Senjata yang tidak dituntut

Tekpi

Tidak seperti kerambit atau keris, sehingga ke hari ini masih lagi belum ada mana-mana seni bela diri di dunia yang mengiktiraf tekpi sebagai senjata asli mereka.

Ini kerana terdapat pelbagai pendapat yang membahaskan asal usul kewujudan tekpi. Sebahagian daripada pengiat seni bela diri mempercayai bahawa tekpi berasal dari China kemudian tersebar ke Malaysia melalui Kedah semasa perdagangan India, China di utara Malaysia iaitu sempadan Malaysia dan Thailand.

Dalam pendapat yang lain mendakwa, tekpi sebenarnya berasal dari Indonesia sebelum tersebar ke Malaysia, India, China , Indochina dan Okinawa iaitu wilayah Jepun yang paling selatan.

Manakala, satu lagi pendapat mengatakan tekpi ini sebenarnya senjata yang diadaptasi daripada trisula (tombok bermata tiga) berasal dari Benua India sebelum tersebar ke Indonesia dan Malaysia.

Secara kasar, asal usul tekpi mempunyai 3 pendapat yang berbeza. Pertama, tekpi berasal dari China kemudian tersebar ke Malaysia.

Kedua, tekpi berasal daripada Indonesia kemudian tersebar ke Malaysia, China, Indochina dan Jepun. Dan yang ketiga, tekpi berasal dari Benua India kemudian tersebar ke Indonesia dan Malaysia.

Menurut salah seorang pengiat seni bela diri tanah air, Tuan Mohd Asnan selaku tenaga pengajar di Persatuan Lingkaran Gerak Lian Malaysia di Muzium Seni Kuantan, Pahang, bersetuju bahawa sejarah berkenaan asal usul tekpi masih tidak boleh dibahas secara terperinci oleh kerana terlalu banyak pendapat yang berbeza.

Bagi pengiat seni bela diri, memiliki kefahaman serta kemahiran yang tinggi untuk mengendali ‘Raja Segala Senjata’ ini adalah perkara yang paling utama.

Tanpa ilmu dan kemahiran, tiada ada apa yang menjadikan senjata ini istimewa berbanding senjata yang lain.

Antara seni bela diri Melayu yang menggunakan tekpi sebagai senjata dalam latihan ialah, Silat Warisan Tekpi Endau, Silat Kuntau Tekpi, Silat Sendeng, Silat Gayong, Silat Harimau Berantai dan banyak lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Manuskrip Tok Pulai Chondong Bongkar Rahsia Keris Tuah Dan Jebat!

sumber: thevocket

Penemuan Kalimah Allah Pada Sulaman Tamadun Viking!

Penemuan Kalimah Allah Pada Sulaman Tamadun Viking!

Penyelidik di Sweden menjumpai perkataan arab disulam pada beberapa persalinan pengebumian yang diambil dari kubur berupa bot dari tamadun Viking.

Viking

Penemuan tersebut menimbulkan beberapa persoalan baharu, terutamanya mengenai pengaruh dan peranan agama Islam di Scandinavia.

Menurut BBC, hasil laporan wartawan Tharik Hussain cuba menyingkap rahsia persalinan tersebut yang tersimpan lebih 100 tahun, malah ia bukannya persalinan pengebumian biasa.

Kubur-kubur berkenaan yang kesemuanya dari abad ke-9 dan ke-10, mempunyai bukti mendalam mengenai kaitan antara tamadun Viking dan dunia Islam.

Perkataan 'ALLAH' adalah antara perkataan yang disulam dengan benang perak dan sutera pada persalinan-persalinan berkenaan.

Penemuan tersebut dipelopori ahli arkeologi, Annika Larsson dari Universiti Uppsala ketika memeriksa persalinan pengebumian untuk bot lelaki dan wanita, termasuk makam yang mula-mula dikorek di Birka dan Gamla Upsala lewat abad ke-19 dan ke-20.

Annika tertarik dengan persalinan berkenaan selepas mendapati bahan digunakan, sah berasal dari Asia Tengah, Persia dan China.

"Saya tak pasti ketika mula-mula ternampak corak tersebut, kemudian teringat melihat corak berkenaan di Sepanyol, pada kain Moorish," kata Annika.

Penemuan penuh teka-teki

Annika kemudian sedar bahawa beliau bukan melihat pada corak yang mempunyai pengaruh Viking, tetapi ia mempunyai unsur skrip Arabik Kufic kuno.

Disamping itu, terdapat dua perkataan yang asyik berulang. Salah satunya adalah 'Ali' selepas mendapat pertolongan rakan arkeologi dari Iran.

Perkataan kedua pula lebih rumit untuk ditaksirkan, tetapi selepas diperiksa dari semua sisi, barulah Annika sedar.

"Saya ternampak perkataan 'ALLAH' tertulis dengan cara pantulan cermin (terbalik)'," kata Annika.

Perkataan 'ALLAH' hanya boleh dilihat melalui pantulan cermin

Viking

Annika kemudian menemui nama-nama tersebut berulang sekurang-kurangnya 10 kali pada 100 serpihan artifak yang beliau periksa.

Penemuan tersebut menyebabkan soalan baharu timbul; siapakah gerangan individu yang dikebumikan?
Pengebumian individu misteri

"Kemungkinan yang tertanam dalam kubur tersebut adalah seorang Muslim tidak boleh ditolak," kata Annika.

"Kita tahu dari makam Viking yang lain, analisis DNA menunjukkan beberapa individu yang dikebumikan datang dari Persia, lokasi di mana agama Islam adalah dominan.

"Namun begitu, (tidak mustahil) penemuan ini membuktikan tradisi pengebumian semasa era Viking dipengaruhi oleh idea Islam seperti kehidupan kekal di syurga selepas mati," jelas Annika.

Pasukan Annika kini bekerjasama dengan jabatan immunologi, genetik dan pathologi dari universitinya untuk mengesan asal-usul mayat yang memakai persalinan tersebut.

Terbaru dalam sejarah

Pada Annika, penemuannya menjadikan sesuatu yang pasti pada masa hadapan.

"Sekarang saya mula memandang corak Viking dengan pandangan berbeza. Saya yakin saya akan menemui lebih banyak tulisan Islamik dari penemuan ini, dan kain era Viking yang lain.

"Siapa tahu, mungkin ia juga akan muncul di artifak selain daripada kain?" kata Annika.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Fakta Sebenar Tentang Viking Yang Anda Tidak Tahu

sumber: sinarharian

Sambutan Hari Tindakan Iklim Antarabangsa, International Day of Climate Action

Sambutan Hari Tindakan Iklim Antarabangsa, International Day of Climate Action

Sambutan Hari Tindakan Iklim Antarabangsa, International Day of Climate Action disambut pada 24 Oktober setiap tahun untuk menunjukkan kepada pemimpin dunia bahawa terdapat gerakan global untuk mencapai persetujuan mengenai perjanjian pelepasan karbon di rundingan Iklim PBB di Copenhagen.

Hari Tindakan Iklim

Hari Tindakan Sedunia adalah bantahan secara langsung dalam tuntutan terhadap inisiatif-inisiatif alam sekitar yang telah dipersetujui bersama pada tahun 2005 berkaitan dengan Kempen Iklim Global.

Sambutan ini juga bertujuan untuk menarik memfokus dunia terhadap kesan buruk yang dialami oleh manusia akibat pemanasan global.

Objektif utamanya ialah untuk menerajui tuntutan terhadap kerajaan diseluruh dunia untuk menghormati komitmen yang telah ditetapkan oleh Protokol Kyoto, dengan mengadakan demonstrasi secara aman di seluruh dunia.

Demonstrasi atau perhimpunan itu bertujuan dan bertepatan dengan Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), dimana pada setiap tahun para pemimpin dunia dari 189 negara, bertemu setiap tahun untuk membahas perubahan iklim.

Selamat menyambut Hari Tindakan Iklim Antarabangsa.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (24 Oktober)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (24 Oktober)

Tarikh 24 Oktober merupakan hari ke 297 (hari ke 298 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 68 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Bendera PBB
Bendera PBB.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1945) dan Hari Kemerdekaan di Zambia (1964).

Peristiwa

1260 - Katedral Chartres di Chartres, Perancis ditahbiskan di hadapan Raja Louis IX.

1260 - Sultan Mamluk Mesir Qutuz dibunuh, dikatakan oleh panglimanya Baibars, yang kemudian menjadi sultan.

1648 - Perjanjian kedua Perdamaian Westphalia ditandatangani, menamatkan Perang Tiga Puluh Tahun dan Pemberontakan Belanda, dan secara rasminya mengiktiraf Republik Tujuh Belanda Bersatu dan Gabungan Switzerland.

1929 - Bursa Saham New York mula jatuh pada "Khamis Hitam", menyebabkan rentetan kemuflisan dan mencetuskan kemelesetan ekonomi di seluruh dunia.

1930 - Sejarah Brazil: Satu rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah menyingkirkan Presiden Washington Luís Pereira de Sousa.

1945 - Piagam PBB, perlembagaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mula berkuatkuasa.

1960 - Satu prototaip peluru berpandu balistik antara benua R-16 Soviet meletup di pelantar pelancar di Kosmodrom Baikonur, RSS Kazakh, membunuh lebih 90 orang.

Kelahiran

1930 - Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Yang di-Pertuan Agong ke-7.

1967 - Jacqueline McKenzie, pelakon Australia.

1985 - Wayne Rooney, pemain bola sepak Manchester United F.C.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 Oktober)

sumber: wikipedia

Sambutan Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, United Nations Day

Sambutan Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, United Nations Day

Sambutan Hari Bangsa-Bangsa Bersatu, United Nations Day disambut pada 24 Oktober setiap tahun dengan matlamat untuk mengingatkan kepada masyarakat dunia tentang penubuhan, matlamat dan pencapaian Organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

PBB

Hari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu adalah sebahagian daripada sambutan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berlangsung dari 20 hingga 26 Oktober.

Sejarah PBB

PBB ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua apabila (NF) Liga Bangsa dibubarkan.

PBB ditubuhkan pada 24 Okt 1945, apabila Republik China, Perancis, Kesatuan Soviet, Britain dan majoriti negara-negara lain telah menandatangani perjanjian itu.

Itulah sebabnya Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu disambut pada 24 Oktober setiap tahun.

Hari ini PBB mempunyai 195 negara anggota (Jun 2006) dan pada 28 Jun 2006, Montenegro menjadi sibuk sebagai ahli terbaru.

Matlamat Penubuhan PBB

Matlamat utama PBB adalah untuk bekerjasama dalam menjaga keamanan. Tujuan lain PBB adalah untuk mengelakkan kebuluran, penyakit, kekurangan air dan pembasmian kemiskinan di dunia.

PBB juga bertindak mengawasi hak asasi manusia yang mana pada tahun 1948 "Perisytiharan sejagat hak asasi manusia" telah dipersetujui bersama oleh semua negara anggota.

Struktur PBB

Organisasi PBB terdiri daripada beberapa agensi, dana, program dan pertubuhan-pertubuhan gabungan lain secara kolektif dikenali sebagai sistem PBB.

Kerja-kerja ini organisasi dipantau oleh enam organisasi utama:
  • Perhimpunan Agung
  • Keselamatan
  • Majlis Ekonomi dan Sosial
  • Majlis Peramanahan
  • Sekretariat
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Keselamatan

Majlis Keselamatan mempunyai kuasa yang sangat penting di PBB. Lima anggota tetap mempunyai hak kuasa veto ke atas semua keputusan-keputusan Majlis Keselamatan. Lima negara tersebut adalah China, Amerika Syarikat, Perancis, Britain dan Rusia.

Agensi-agensi PBB
  • Terdapat beberapa organisasi melaksanakan kerja PBB. Sesetengah daripada mereka adalah:
  • UNHCR, Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia
  • UNECE, Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Eropah
  • UNESCO, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan
  • UNFPA, Tabung Penduduk Bangsa-Bangsa Bersatu
  • UNHCR, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian
  • UNMIK, PBB Pentadbiran Interim Misi di Kosovo
  • , Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa UNICEF
  • WHO, Pertubuhan Kesihatan Sedunia
  • IAEA Agensi Tenaga Atom Antarabangsa
  • IMF, Tabung Kewangan Antarabangsa
  • IMO, Pertubuhan Maritim Antarabangsa
  • ITU, Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa

Di samping itu, beberapa agensi; untuk operasi menjaga keamanan di Majlis Keselamatan.

Pejabat PBB

Ibu pejabat PBB terletak di New York yang dibuka secara rasmi pada 9 Januari 1951. PBB juga mempunyai organisasi penting yang terletak di Geneva, The Hague, Vienna dan di beberapa tempat lain.

Kekuatan dan kelemahan PBB

Kelemahan
  • Kali terakhir bahawa peranan PBB dalam mencegah peperangan antara negara-negara telah berubah. Kini lebih banyak terjadi peperangan di banyak negara yang mesti dihalang dan ia adalah tugas yang sukar untuk PBB.

Kekuatan
  • Hampir di seluruh dunia adalah anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya ia boleh mencegah lebih banyak peperangan.
  • Operasi ketenteraan oleh PBB.

Operasi ketenteraan untuk mengelakkan perang saudara dibuat contohnya: Kosovo, Bosnia, Somalia, Kemboja dan Timor.

Ringkasan
  • PBB ditubuhkan selepas Perang Dunia II pada 24 Oktober pada tahun 1945.
  • Sweden menyertai PBB pada tahun 1946.
  • PBB pada masa ini mempunyai 192 negara anggota.
  • Matlamat utama PBB adalah untuk bekerja untuk keamanan. Maklumat lain PBB adalah untuk mengelakkan kebuluran, penyakit, kekurangan air dan pembasmian kemiskinan di dunia.
  • Organisasi PBB terdiri daripada beberapa agensi, dana, program dan pertubuhan-pertubuhan gabungannya lain secara kolektif dikenali sebagai sistem PBB.

Kesimpulan

Mewujudkan keamanan tidak mudah, hampir mustahil tetapi ia adalah penting untuk cuba melakukan sesuatu tentang masalah dan menjadi pengantara antara manusia daripada berbuat apa-apa pada semua.
Ramai orang mengadu bahawa usaha PBB tidak memberi sebarang hasil langsung, masih ada peperangan di dunia dan bahawa ramai orang mati kerana kebuluran, tetapi kita perlu bertanya kepada diri sendiri satu soalan, bagaimana dunia telah menjadi seperti hari ini jika Bangsa-Bangsa Bersatu tidak wujud?

Monday, October 23, 2017

Punca Kepala Zakar Terasa Ngilu Dan Cara Mengatasinya

Punca Kepala Zakar Terasa Ngilu Dan Cara Mengatasinya

Saya berusia 31 tahun dan mempunyai seorang anak serta bakal menimang anak kedua pada November ini. Masalah saya sekarang adalah, setiap kali mengadakan hubungan intim bersama isteri, kepala zakar saya terasa ngilu walaupun baru bermula.

Sudah bermacam ubat saya ambil dan berurut tapi masalahnya tetap sama. Apakah punca sebenarnya dan adakah cara terbaik tanpa perlu saya mengambil sebarang ubat untuk mengatasinya?

INGIN TAHU
Puchong

Ngilu Kepala Zakar
Gambar hiasan.

JAWAPAN

Kepala zakar atau ‘glans penis’ mengandungi banyak penghujung urat saraf atau ‘nerve ends’ yang membuatkan bahagian itu mudah terangsang untuk menyampai maklumat rangsangan itu kepada otak untuk mencetuskan klimaks.

Bagi sesetengah individu, perasaan sensitif itu ketara seperti yang anda alami.

Cara melegakan perasaan itu ialah menggunakan krim pelali atau pengebas atau ‘anaesthetic’ untuk disapukan kepada kepala zakar.

Selepas beberapa minit apabila bahagian itu kebas dan rasa terkawal, ia boleh dibersihkan dan hubungan seks dilakukan tanpa mengalihkan perasaan kebas itu kepada isteri.

Anda juga boleh dapatkan krim itu melalui doktor kerana krim terbabit hanya boleh diberi melalui nasihat doktor.

Jangan gunakan krim perosak urat saraf atau perosak mukosa kepala zakar seperti gambir Sarawak.

Gambir Sarawak sebenarnya boleh mendatangkan radang kulit, sekaligus merosakkan tisu dalaman dan sebab itu apa saja bahan sapu yang mengandunginya tidak boleh digunakan untuk tujuan hubungan kelamin kerana kesannya kepada kulit dan mukosa anggota kelamin.

Jika kulit dan mukosa anggota kelamin radang, ia tidak terlindung daripada jangkitan kuman, kulat atau virus, sebab itu hindarkan daripada menggunakan krim mengandungi gambir Sarawak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Suami Tahan Lama Dengan iMax Men's Delay Spray

sumber: drismail

Resepi Detox Epal Hijau Buang Racun Dalam Badan

Resepi Detox Epal Hijau Buang Racun Dalam Badan

Pernahkah anda terfikir begaimana untuk menghilangkan toksin dari dalam badan dengan cara yang paling selamat tanpa memudaratkan badan?

Detox

Atau pernah mengikuti pelbagai cara tetapi tidak berkesan? Usah risau! Berikut adalah minuman yang paling mudah dibuat yang boleh membantu badan anda membersihkan semua toksin yang terkumpul!

Minuman berkhasiat ini akan menyerang toksin, memusnahkan mereka dan membersih keluar dari badan. Ini akan menyebabkan anda berasa lebih segar dan ceria!

Malah, diet ini juga akan membantu sistem pencernaan dan memberi tenaga sepanjang hari!

Bahan-bahan
  • 1 biji lemon (dikupas)
  • 4 biji buah epal (sebaik-baiknya epal hijau)
  • 1 halia segar
  • 1 cawan air (tidak wajib)

Cara Penyediaan
  • Sila pastikan anda menggunakan bahan-bahan organik jika anda tidak mengupas.
  • Kisar limau, epal, dan halia dalam blender secara rata, dan mencampurkan air adalah pilihan.
  • Sediakan pada awal pagi dan minumlah dengan perut kosong sebelum sarapan pagi. Ia akan berkesan serta merta!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Rahsia Kurus Dan Cantik? Minum Air Kosong!

sumber: asapdapur

Gambar Baju T 'Ernesto Che Guevara' Paling Popular Di Dunia

Gambar Baju T 'Ernesto Che Guevara' Paling Popular Di Dunia

Saban tahun, 9 Oktober dikenang sebagai ulang tahun kematian Ernesto "Che Guevara", pemimpin revolusi Cuba.

T-shirt

Ketika mengetuai gerakan gerila di Bolivia, beliau ditangkap oleh tentera negara itu dan dijatuhkan hukuman mati oleh presiden Rene Barrientos pada 1967.

Kisah Che mengangkatnya menjadi semacam mitos dan sehingga kini, gambar ikonik hasil jurugambar Alberto Korda terus menjadi penghias utama baju T dan poster.

Ia barangkali gambar paling dikenali di dunia.

Dan tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 kematiannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Penemuan Gambar Bersejarah Ernesto Che Guevara

sumber: malaysiakini