Sunday, September 10, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (10 September)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (10 September)

Tarikh 10 September merupakan hari ke 253 (hari ke 254 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 112 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Al-Qaeda

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kebangsaan di Gibraltar (1967).

Peristiwa

1547 - Perang England-Scotland: Tentera England menewaskan Scotland di Pertempuran Pinkie Cleugh berhampiran Musselburgh, Lothian, Scotland.

1813 - Perang 1812: Armada Amerika Syarikat menewaskan Tentera Laut Diraja British Great Britain di Tasik Erie berhampiran pantai Ohio.

1897 - Tunjuk perasaan aman oleh pelombong antrasit berketurunan Poland dan Slovak di Kaunti Luzerne, Pennsylvania, A.S. ditembak dalam pembunuhan Lattimer.

1898 - Maharani Elisabeth dari Austria mati ditikam seorang anarkis di Geneva, Switzerland.

1987 - Osama bin Laden melancarkan al Qaeda di kediamannya di Afghanistan.

1990 - Paus John Paul II mentahbiskan gereja terbesar di Afrika, Gereja Our Lady of Peace of Yamoussoukro di Yamoussoukro, Côte d'Ivoire.

2007 - Pelari pecut Jamaica, Asafa Powell mencipta rekod lari 100 meter baharu dengan 9.74 saat di Grand Prix IAAF di Rieti, Itali.

2008 - Di bawah sempadan Perancis-Switzerland berhampiran Geneva, pemecut zarah terbesar di dunia Pelanggar Hadron Besar CERN, dihidupkan buat pertama kali.

2011 - Sebuah feri Tanzania yang dalam perjalanan ke Pulau Pemba tenggelam, mengorbankan 240 orang.

Kelahiran

1985 - Laurent Koscielny, pemain bola sepak Arsenal F.C.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (9 September)

sumber: wikipedia

Saturday, September 09, 2017

Motorsikal Yang Menggunakan Laluan Kecemasan Akan Di Saman!

Motorsikal Yang Menggunakan Laluan Kecemasan Akan Di Saman!

Seringkali berlaku kekeliruan tentang siapa yang berhak atau tidak berhak menggunakan lorong kecemasan, sehinggakan terjadi kes pemandu kereta bergaduh dengan penunggang motorsikal akibat kereta yang dipandu dalam lorong kecemasan, sehinggakan motorsikal tidak dapat lalu.

Laluan kecemasan

Persoalannya, siapa sebenarnya yang layak menggunakan lorong kecemasan?

Soalan ini perlu dijawab dengan menggunakan fakta jadi hari ini kami kongsikan 3 fakta tentang isu ini yang harapnya dapat menjawab persoalan masyarakat kita ini.

1. Akta Pengangkutan Jalan 1987

Menurut Akta Pengangkutan Jalan 1987, penunggang motorsikal yang meletak, menunda atau memandu di lorong-lorong kecemasan sebenarnya sedang melakukan kesalahan trafik.

Kesalahan tersebut boleh dikompaun sebanyak RM300 untuk setiap kesalahan tanpa rayuan dibenarkan.

2. Temubual dengan Timbalan Ketua Pengarah JPJ

Dalam satu temubual bersama wartawan bagi pihak Mstar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman memberitahu yang lorong kecemasan hanya untuk kegunaan pihak berkuasa, sekiranya berlaku kecemasan.

Sehubungan itu, larangan tersebut juga jatuh kepada penunggang motorsikal.

“Mana-mana kenderaan termasuk motosikal tidak dibenarkan menggunakan lorong kecemasan,” katanya.

Menurut Wan Ahmad Uzir, pengguna jalan raya yang didapati menggunakan lorong kecemasan boleh didakwa di mahkamah di bawah Akta JPJ 1987.

3. Temubual dengan ACP Mohd Nadzri Hussain

Menerusi temuramah bersama wartawan daripada New Straits Times, Assisten Komisioner Polis Unit Trafik Mohd Nadzri Hussain, memberitahu dengan jelas, "lorong kecemasan sebenarnya tidak boleh digunakan walaupun oleh penunggang motorsikal" semasa merujuk kes di mana penunggang motorsikal menyepak cermin sisi kereta yang menghalang jalan, pada 5 Jun 2016.

Penunggang motorsikal itu, menurut Assisten Komisioner Polis Unit Trafik Mohd Nadzri Hussain, melakukan dua kesalahan - satu, merosakkan kenderaan orang lain dan dua, memandu di lorong kecemasan.

Faktanya - motorsikal tidak boleh dipandu di lorong kecemasan

Namun, atas budi bicara, undang-undang itu tidak dikawal secara ketat menyedari kesedaran tentang keselamatan penunggang motorsikal pada pemandu-pemandu lain masih amat rendah.

Pihak polis dan JPJ memilih untuk memastikan keselamatan penunggang motorsikal selamat dan trafik berjalan dengan lancar, kerana diakui menunggang di lorong kecemasan di Malaysia, jauh lebih selamat.

Pemandu-pemandu di negara kita yang memandu kereta, van, bas dan lori khasnya kurang kesedaran tentang bagaimana hendak memastikan jarak selamat antara kenderaan mereka dengan motorsikal, jika kita berkongsi lorong.

Mentaliti memandang rendah dan hina penunggang motorsikal juga menjadi salah satu penyebab besar kenapa sukar penunggang motorsikal hendak dihormati atas jalan raya.

Rasanya tak perlulah nak sebut tentang orang yang mengungkit tentang cukai jalan yang dibayar, jika adab pun tak mampu diadakan.

Jadi, apa perubahan yang perlu dilakukan?

Pertama, jika anda rasa yang menunggang motorsikal di lorong kecemasan langkah baik untuk anda, tidak ada masalah anda berbuat demikian cuma jika anda disaman kerana kesalahan tersebut, anda harus terima anda melakukan kesalahan.

Kedua, jika ada kereta yang masuk ke lorong kecemasan, statusnya sebenarnya sama saja dengan motorsikal yang menggunakan lorong kecemasan. Kedua-duanya tidak ada hak untuk menggunakan lorong tersebut.

Ketiga, penunggang motorsikal tidak layak untuk mengamuk, memarahi, menghalau, mengangkat jari hantu atau menyepak cermin sisi kereta yang menghalang laluan motorsikal di lorong kecemasan, kerana kedua-dua pihak sebenarnya salah.

Keempat, penunggang motorsikal mempunyai hak untuk berada di lorong sebenar jalan raya tak kiralah di mana saja sekalipun termasuklah lebuh raya. Jika anda merapatkan kenderaan anda untuk membuat penunggang mototsikal masuk ke lorong kecemasan kerana memperlahankan trafik di lorong kiri, tindakan anda itu salah dan mengacau hak penunggang motorsikal di jalan raya.

Begitulah serba sedikit penerangan yang kami rasakan amat penting dalam menjernihkan kekeruhan pemahaman masyarakat kita tentang undang-undang ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Jenis Trafik Jam Paling Popular di Malaysia

sumber: iluminasi

9 Perisa KitKat Paling Pelik Di Jepun

9 Perisa KitKat Paling Pelik Di Jepun

Coklat berwafer rangup KitKat Di Malaysia hanya mempunyai beberapa perisa sahaja termasuk teh hijau, tetapi di Jepun terdapat lebih 300 jenis perisa yang kebanyakannya tak masuk akal!

Mungkin tidak semua perisa yang ditawarkan kena dengan tekak semua orang, namun perisa pelik seperti wasabi, ubat batuk, sake (arak diperbuat daripada beras), kicap soya dan kentang bakar ternyata ‘laku keras’ di kalangan peminatnya.

Di sini kami senaraikan 9 perisa KitKat paling pelik yang pernah berada dalam pasaran Jepun buat masa terhad (limited edition) dan kini dijual kembali di laman bidaan eBay pada harga tinggi.

1. Tembikai dan Garam

Tembikai dan Garam

KitKat perisa tembikai dan garam ini diperkenalkan sebagai produk edisi terhad bagi musim panas.

Ini kerana orang Jepun kebiasaannya makan tembikai yang diletakkan sedikit garam sebagai penyejuk badan semasa cuaca panas di Jepun yang mencecah 40 darjah Celsius!

Oleh itu KitKat telah memperkenalkan perisa ini yang mungkin dianggap pelik oleh orang luar namun unik dan tersendiri dalam budaya Jepun.

2. Cuka Epal

Cuka Epal

Cuka epal sememangnya dianggap tonik ‘ajaib’ bagi orang Jepun dan dipercayai menjadi rahsia mengapa orang Jepun mempunyai jangka hayat yang panjang dan kesihatan yang baik.

Cuka epal terbaik sebenarnya diperbuat daripada epal-epal segar dari ladang di Okinawa yang terletak di gugusan kepulauan Kyushu.

Oleh itu, tidak hairanlah KitKat memperkenalkan perisa ini di pasaran negara itu.

3. Royal Milk Tea (Teh Susu DiRaja)

Teh Susu DiRaja

Jangan tak tahu, sebenarnya orang Jepun bukan sahaja gemar minum teh hijau, malah mereka juga ‘gilakan’ teh susu yang digelar royal milk tea di sana!

Perkataan royal atau DiRaja itu dipinjam daripada tradisi minum petang orang British.

KitKat teh susu ini diperbuat daripada adunan teh hitam dan susu dari wilayah Hokkaido bersama coklat putih.

4. Kicap Soya (Shoyu)

Kicap Soya

Bagi penggemar sushi, kicap cair atau shoyu ini biasanya dihidangkan sebagai sos pencicah namun KitKat telah mengadaptasikan perisa umami atau savuri shoyu ini bersama coklat putih. Hasilnya?

Khabarnya rasanya tidaklah terlalu pelik, seakan-akan karamel garam laut dengan rasa manis-manis masin yang menerujakan.

5. Wasabi

Wasabi

Wasabi merupakan sejenis lobak hijau yang mempunyai rasa yang pedas menyengat dan biasanya dihidangkan seperti ‘sambal’ di dalam sushi.

Tak semua yang tahan dengan rasanya kerana pedasnya menusuk hidung dan bisa ‘clear’kan resdung anda, tetapi Nestle berjaya menyatukan wasabi dan coklat putih dengan baik sekali.

Kalau nak cuba, KitKat Wasabi ini ada dijual di kedai-kedai makanan ringan Jepun terpilih di sekitar ibu kota dengan harga RM38.90 sepaket besar.

6. Ubat Batuk

Ubat Batuk

Mengambil perisa gula-gula melegakan batuk bernama Nodo Ame Aji, Kit Kat perisa pelik terbaru edisi tahun 2017 ini mula dijual sejak lewat Ogosa lalu di Jepun.

Menurut laman web Nestle Jepun, pembuatnya mahu menggabungkan rasa sejuk ubat batuk itu dengan manis berlemak coklat putih untuk menghasilkan bar KitKat yang ‘nyaman dan menyegarkan’.

7. Ubi Keledek Bersirap

Ubi Keledek Bersirap

Ubi keledek merupakan salah satu tanaman yang menjadi kebanggaan nasional masyarakat Jepun di mana ubi keledek terbaik dikatakan ditanam di negeri Okinawa.

Secara tradsionalnya ubi ini disediakan sebagai pencuci mulut dengan direbus terlebih dahulu sehingga empuk sebelum disira dengan air gula.

Nestle cuba untuk menginterpretasikan perisa ini ke dalam KitKat dengan mencampurkannya dengan coklat putih dan khabarnya, ramai yang amat menggemari KitKat keledek bersira yang dikeluarkan untuk masa terhad musim luruh ini.

8. Ginger Ale (Soda Halia)

Soda Halia

Soda halia ini biasanya diminum panas-panas semasa musim sejuk di Jepun oleh itu, logiklah jika Nestle memperkenalkan KitKat perisa ini untuk edisi terhad musim salji.

Menurut beberapa reviu, KitKat soda halia ini mempunyai rasa masam lemon dan sedikit buih-buih seakan-akan air bikarbonat, namun tidak pedas seperti halia.

9. Baked Vanilla Pudding (Puding Vanila Bakar)

Puding Vanila Bakar

Haa,KitKat ini yang apaling unik pada kami kerana ianya perlu dibakar dahulu di dalam ketuhar sebelum boleh dinikmati panas-panas!

Mempunyai perisa sirap mapel dan vanila yang manis dan lemak berkrim, apabila dibakar teksturnya bertukar menjadi rapuh dan rangup seperti pastri!

Begitulah 9 daripada lebih 300 variasi KitKat yang ada di Jepun mengikut musim.

Meskipun kebanyakannya agak asing dan pelik di mata orang luar, namun KitKat amat dekat di hati rakyat Jepun dan mereka sudah pasti ternanti-nanti apakah perisa baru yang akan diperkenalkan di masa hadapan.

BACA INI JUGA: Makan Coklat Boleh Menjadikan Anda Lebih Bijak!

sumber: mynewshub

Pemandu Ambulan Tidak Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah!

Pemandu Ambulan Tidak Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah!

Dalam satu kejadian, sebuah ambulan milik pusat perubatan swasta dikatakan tidak memberhentikan kenderaannya ketika lampu isyarat berwarna merah.

Ambulan Kemalangan

Namun, pada masa yang sama seorang pemandu kereta yang datang dari arah kiri tidak memberikan laluan kepada ambulan tersebut hingga menyebabkan berlaku rempuhan di tengah persimpangan lampu isyarat terbabit.

Akibat rempuhan itu, ambulan berkenaan terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar sekumpulan penunggang motosikal yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

Rempuhan itu menyebabkan seorang penunggang motosikal cedera manakala pemandu ambulan dan pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.15 pagi di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam ketika ambulan terbabit yang datang dari arah Pusat Perniagaan Gemilang sedang menuju ke rumah pesakit di Taman Merak, Simpang Ampat.

Adakah Pemandu Ambulan Berhak Melanggar Lampu Merah?

Berikut pandangan pakar undang-undang mengenai perkara ini.

Coretan Peguam (318)

HAK LALUAN

Sekadar berkongsi pandangan mengenai kejadian di Bukit Mertajam apabila seorang pemandu kereta tidak memberikan laluan kepada ambulans hingga menyebabkan berlaku rempuhan di tengah persimpangan.

Pada kali ini saya ingin menulis mengenai hak ambulans ketika berada di persimpangan lampu isyarat, sama ada perlu berhenti menunggu lampu hijau atau boleh melanggar lampu isyarat merah.

Begitu juga hak kita yang berada di hadapan ambulan, sama ada perlu meneruskan perjalanan dengan melanggar lampu isyarat merah untuk memberi laluan perjalanan kepada ambulans yang berada di belakang kita atau tidak.

Tulisan saya kali ini adalah bersandarkan undang undang yang ada dan terpakai termasuk merujuk kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan sedikit pun tidak mengulas mengenai aspek moral dan kemunasabahan undang undang yang sedia ada.

Jika sebahagian dari kita turut merasakan bahawa undang undang yang sedia ada tidak munasabah, saya juga boleh bersetuju dengan pendapat tuan puan sekelian.

Sebelum saya menulis, saya telah membuat kajian dan bacaan yang berkaitan dengan perkara ini.

Tulisan ini dapat dilihat dari sudut negatif dan postif namun biarpun negatif tetapi undang undang tetap undang undang melainkan ianya dimansuhkan atau dipinda parlimen.

Sebelum menulis saya sudah menjangkakan soalan dan argument pembaca antaranya;
  • Takkan ambulans membawa pesakit jantung dan wanita bersalin perlu berhenti di lampu isyarat merah.
  • Berapa banyak lampu isyarat kena berhenti.
  • Lampu isyarat ini jika ditunggu, bukan sekejap tapi lama.
  • Cuba fikir jika keluarga sendiri tenat dalam ambulans, apa perasaan kita.
  • Kalau diri sendiri nazak di dalam ambulans, baru tahu susahnya jika ambulans lambat sampai ke hospital.
  • Kalau lambat sampai ke hospital, pesakit akan mati dan lain lain persoalan logik pada hukum akal.

Persoalannya ialah, adakah boleh atau tidak ambulans melanggar isyarat lampu isyarat merah terutama ketika trafik sibuk?

Banyak kejadian melibatkan kemalangan dan pertembungan di persimpangan lampu isyarat dengan ambulans telah berlaku.

Mengikut undang-undang, sesebuah ambulans perlu berhenti di lampu isyarat merah.

Setelah diteliti sememangnya ada arahan daripada Kementerian Kesihatan mengarahkan pemandu-pemandu ambulans jika berada di persimpangan lampu isyarat melakukan perkara ini iaitu;
  • Tidak membunyikan siren kecemasan tetapi dibenarkan untuk menyalakan lampu kecemasan.
  • Pemandu ambulans juga tidak boleh melanggar lampu isyarat merah dan tertakluk pada undang-undang lampu isyarat.

Ianya bukan untuk menidakkan keperluan pesakit di dalam ambulans tetapi untuk mengelakkan kemalangan yang boleh berlaku dan lebih membahayakan nyawa pesakit akibat dari kegagalan mengikuti isyarat lampu isyarat.

Perlu diingat bahawa terdapat di mana pemandu kenderaan berada di dalam kereta yang berhawa dingin, tingkap bertutup rapat dan sedang mendengar radio dan muzik.

Pendek kata, mereka hidup dalam ‘dunia‘ sendiri. Mereka tidak sedar kewujudan ambulans pada masa tersebut.

Mereka hanya menunggu pertukaran lampu merah ke hijau untuk bergerak. Sememangnya perbuatan mereka ini tidak bersalahan dengan mana-mana undang-undang negara.

Dalam keadaaan tidak sedar adanya ambulans maka pemandu ini melihat lampu bertukar hijau dan pemandu bergerak ke depan.

Hak laluan adalah milik beliau kerana lampu isyarat bertukar hijau.
Secara tiba tiba muncul ambulans dan merempuh kenderaan terbabit.
Siapa yang perlu dipersalahkan? Mereka atau pemandu ambulans?

Begitu juga apabila ambulans berada di belakang, pemandu di hadapan bergerak ke hadapan untuk memberi laluan kepada ambulan sedangkan lampu isyarat masih merah dan akibat bergerak ke hadapan, tiba-tiba berlanggar atau terlanggar dengan kenderaan di hadapan yang bergerak kerana lampu hijau di laluan beliau.

Soalannya siapa yang patut dipersalahkan?

Tambahan pula jika kemalangan itu mengakibatkan kematian kepada pengguna jalanraya lain yang tidak berdosa.

Adakah pemandu ambulans boleh disaman dan disabitkan kerana pemandu kenderaan hadapan bergerak bagi ‘mengikuti’ arahan pemandu ambulans berkenaan, jawapannya tidak boleh.

Bagaimana pula jika pengguna lain yang berada di persimpangan yang akan mengambil peluang ‘menumpang’ terutama jika ambulans hanya berada di sebelah mereka sahaja dan bukan di laluan ambulans atau di belakang mereka itu dan seterusnya berlaku kemalangan.

Siapa yang patut dipertanggungjawabkan?

Perlu difikirkan juga bahawa ambulans membawa pesakit yang kritikal namun masih stabil sebelum bergerak ke hospital yang dituju untuk mendapat rawatan dan boleh ‘mati’ akibat kemalangan yang tidak perlu dan dapat dielakkan.

Jika pemandu ambulans boleh bersabar untuk menunggu lampu bertukar hijau namun tindakan pemandu ambulans melanggar lampu isyarat bukan sahaja membahayakan diri dan nyawa beliau, pesakit dan penguna jalanraya yang lain.

Perlu juga diketahui waris pesakit hanya dibenarkan menaiki ambulans mengiringi pesakit dengan kebenaran pegawai perubatan dengan mengisi borang dan jika berlaku kecelakaan di dalam perjalanan maka waris pesakit tidak boleh menuntut apa-apa gantirugi dari Kementerian.

Begitu juga perlu difikirkan bahawa pesakit dalam ambulans ‘mungkin mati dan mungkin hidup’ apabila dirawat di hospital namun jika berlaku perlanggaran dengan pemandu kenderaan yang ‘sihat sejahtera’ dan normal, maka kematian mereka adalah pada logik akal adalah sia-sia kerana mereka ‘mampu’ hidup dan sihat walafiat jika tidak terbabit dalam kemalangan ini.

Langkah terbaik jika pemandu ambulans ‘masih dan mahu’ melanggar lampu isyarat adalah wajar bagi pemandu menghimpit dan bergerak kenderaan ke tepi dan berilah laluan kepada pemandu ambulans bergerak ke hadapan secara bersendirian dan bukan turut sama bergerak ke depan atau menumpang bagi melanggar lampu merah bersama ambulans tersebut.

Sebagai tambahan, pesakit tidak akan dibawa menaiki ambulans untuk dirujuk ke hospital lain sebelum distabilkan atau berada di dalam keadaan stabil terlebih dahulu.

Ini bermaksud pesakit masih boleh menunggu lampu isyarat bertukar ‘hijau’ sebelum meneruskan perjalanan ke hospital yang dirujuk.

Semoga maklumat ini memberi sedikit maklumat dan input kepada kita jika berhadapan situasi begini dan tepuk dada tanya selera.

Jangan Kejar Maut

Ketika memandu di jalanraya, sebaik mendengar bunyi siren ambulans, majoriti pengguna jalanraya secara spontan memberikan laluan kepada kenderaan itu.

Bunyi siren sekaligus memberikan isyarat pesakit sedang dihantar ke hospital.

Berikutan itu pemandu secara automatik memperlahankan kenderaan dan memastikan ambulans dipandu laju bergerak di lorong bersebelahan.

Secara amnya, ambulans 'dihormati' kerana kita percaya nyawa pesakit kekadang bergantung kepada tempoh masa kenderaan tiba di hospital untuk pesakit diberikan rawatan segera.

Namun, walaupun hakikatnya mereka bertanggungjawab membawa pesakit mendapatkan rawatan segera, aspek keselamatan ketika di jalan raya jangan dipandang mudah!

Ringkasnya, biarpun menggunakan siren dan bergerak berlandaskan status kecemasan, ambulans tidak bebas dari terbabit dalam kemalangan.

Dikejar tidak dapat, dikendong berciciran.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Bagaimana Sejarah Kereta Ambulans Bermula?

sumber: puteraizman

Kurang Tidur Melemahkan Sistem Imun, Berapa Jam Tidur Sebenarnya Diperlukan Oleh Tubuh Setiap Malam?

Kurang Tidur Melemahkan Sistem Imun, Berapa Jam Tidur Sebenarnya Diperlukan Oleh Tubuh Setiap Malam?

Adakah anda berjaya tidur tujuh hingga sembilan jam setiap malam? Atau adakah anda jenis yang tidur kurang dari enam jam setiap malam?

Bahaya kurang tidur

Untuk kebanyakan individu dewasa berumur 18 hingga 60 tahun, mereka dinasihatkan tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setiap malam.

Tidur yang cukup dapat menguatkan sistem imun seseorang, menyumbang kepada sembuh daripada sebarang penyakit dengan cepat atau jarang mendapat penyakit.

Kekurangan tidur secara kronik pula memberi tekanan kepada sistem imun manusia, selain meningkatkan risiko obesiti, diabetes, penyakit kardiovaskular, strok dan tertekan (depression).

Untuk golongan wanita, sebuah penyelidikan 16 tahun mengatakan mereka yang tidur kurang dari lima jam mempunyai 15 peratus risiko mengalami obesiti.

Bermimpi pula selalu dikaitkan dengan memori dan tidur yang cukup diaktakan mampu menguatkan memori seseorang.

Sebaliknya, mereka yang tidak cukup tidur akan mengalami kesukaran mengingati.

Keupayaan manusia untuk mempelajari perkara baharu juga menurun sebanyak 40 peratus apabila mereka tidak mendapat tidur yang cukup.

Cukup tidur mampu memperbaharui mood dan kesihatan manakala mereka yang tidak cukup tidur sering berasa mudah marah, tidak tenang dan tertekan.

Selain itu, keupayaan seseorang untuk menumpukan perhatian, menyelesaikan masalah dan pemikiran kretif juga dikaitkan dengan jumlah tidur.

Tidak cukup tidur menyebabkan kesilapan selalu terjadi dan menyebabkan seseorang gagal mengawal emosi.

Menurut kaji selidik Sleep Journal, tidur hanya enam jam selama dua minggu bersamaan dengan tidak tidur selama dua hari berturut-turut.

Selain emosi dan kesihatan, tidur yang cukup mempengaruhi seseorang sedang memandu.

Tak cukup tidur boleh menyebabkan seseorang yang sedang memandu hilang kosentrasi, lambat memberi tindak balas dan meletakkan diri mereka sendiri dan orang lain dalam bahaya.

Untuk itu, segenap lapisan masyarakat dinasihatkan mendapatkan tidur yang cukup kerana ia memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian.

Mereka yang mengalami kesukaran untuk tidur pula dinasihatkan bersenam secara konsisten, mengelak makanan berat, menghisap rokok atau meminum minuman beralkohol sebelum tidur.

Selain itu, cuba tidur pada suatu waktu yang 'fixed' pada setiap malam, termasuk malam minggu.

Merendahkan suhu dalam bilik tidur dan keadaan gelap juga mampu membuatkan seseorang mudah tidur.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kurang Tidur Melemahkan Nafsu Syahwat, Apa Yang Perlu Di Lakukan Untuk Mengatasinya?

sumber: sinarharian

Apa Itu Skim Tawaran Syiling Permulaan (ICO)?

Apa Itu Skim Tawaran Syiling Permulaan (ICO)?

Skim Tawaran Syiling Permulaan ICO (Initial Coin Offering) atau Initial Public Syiling (IPCO) adalah satu kaedah pengumpulan dana awam dalam usaha untuk menawarkan saham atau kepentingan syarikat bagi cryptocurrencies baharu, token dan servis.

ICO

Konsepnya sama dengan IPO (Initial Public Offering) atau dalam Bahasa Melayu dipanggil Saham Terbitan Awam.

Apa yang berbeza adalah ICO diperdagangkan ditalian internet tanpa sebarang kekangan, manakala IPO diterbitkan berpandukan syarat, lesen dan kawal-selia oleh perundangan dan Suruhanjaya Sekuriti.

Dalam kempen ICO, cryptocurrency yang dijual kepada penyokong awal projek ini diberi nilai tertentu sebagai pertukaran dengan matawang konvensional (fiat currencies) atau cryptocurrencies bernilai tinggi seperti Bitcoin, Etherium, Litecoin dan seumpamanya.

Ini akan memberi nilai permulaan kepada cryptocurrency yang baharu ini.

Setelah tempoh ICO tamat, ianya akan diperdagangkan dipasaran yang bakal menentukan nilai masa hadapan sama ada semakin meningkat atau sebaliknya.

Firma yang menawarkan saham ini akan mewujudkan pelan cadangan mereka pada kertas putih (white paper) dengan menyatakan cadangan teknikal dan kewangan bagi kelansungan projek ini.

Antara intipati utama ‘white paper’ adalah senarai keperluan projek, berapa banyak dana awam yang diperlukan untuk perlaksanaan, kaedah pembahagian untung, jenis matawang crypto-currency dan tempoh masa sebelum tawaran ICO tamat.

Jumlah pembahagian untung selalunya akan di edarkan pada hujung tahun berpandukan untung-rugi firma berkenaan.

Contoh projek ICO yang berjaya yang menguntungkan pelabur awal adalah seperti platform kontrak pintar Ethereum.

Pada tahun 2014, projek Ethereum berjaya mengumpul $ 18 juta Bitcoins dengan $ 0.40 per Eter.

Nilai Ethereum telah pun naik setinggi $14 se Ethereum dengan pemodalan pasaran melebihi $1 bilion dan ini telah memberi keuntungan besar kepada pelabur permulaan ketahap jutawan segera.

Walau bagaimanapun, terdapat kempen ICO yang berbentuk penipuan, oleh itu pelabur dinasihatkan untuk menyemak latarbelakang firma ICO ini dengan mendapat nasihat dari pelabur lain di internet sebelum sebarang pelaburan dijalankan.

Ini kerana dana yang hilang akibat inisiatif penipuan tidak dapat dikembalikan semula.

Berikut adalah senarai laman web di seluruh dunia yang menyenaraikan aktiviti dan syarikat yang sedang menawarkan ICO;

nota: Risiko pelaburan adalah terletak ditangan anda.

Awas Penipuan Skim Syiling Permulaan (ICO)

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memberi amaran kepada pelabur tentang potensi risiko skim tawaran syiling permulaan (ICO) apabila ia menyedari kemunculan aktiviti mengumpul dana, skim pelaburan berasaskan token digital di Malaysia dan di tempat-tempat lain.

SC dalam satu kenyataan berkata, skim ICO juga boleh dirujuk sebagai tawaran token permulaan, pra-jualan token dan jualan awam token.

Pengendali skim ICO biasanya mengumpul dana menerusi pengeluaran dan penjualan token digital, sebagai pertukaran bagi pelabur untuk membayar token-token ini menerusi mata wang maya, seperti Bitcoin atau Ethereum.

Meskipun semua pengendali skim ICO mahu mengumpul dana daripada pelabur, skim ini boleh distruktur dalam banyak bentuk, yang boleh termasuk pelaburan langsung dalam projek dengan sasaran membolehkan pemegang token menyertai dalam bahagian pulangan daripada projek itu.

Skim-skim tertentu juga boleh mencari dana menerusi yayasan, di mana pelabur tidak layak mendapat sebarang pulangan bagi pelaburan mereka.

Ia juga mungkin termasuk pengeluaran token yang melayakkan pelabur menikmati hak bagi produk atau perkhidmatan pada masa depan yang dijana daripada projek yang diuruskan oleh pengendali.

SC berkata para pelabur perlu berhati-hati dengan hakikat bahawa pengendali skim itu mungkin tidak ada operasi di Malaysia, dan ia akan menjadi sukar untuk mengesahkan kesahihan skim tersebut.

Ia juga berkata untuk mendapatkan semula wang yang dilabur akan tertakluk kepada undang-undang atau peraturan asing.

Sesetengah skim ICO dan pihak-pihak yang terlibat mengendalikan operasi mereka dalam talian dan mungkin tidak dikawal selia, justeru itu para pelabur mungkin terdedah kepada risiko penipuan, pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan, manakala token digital yang diniagakan di pasaran sekunder mungkin mencetuskan risiko ketidakcukupan mudah tunai atau harga yang tidak menentu dan kabur.

Struktur skim-skim ini juga mungkin mengehadkan perlindungan undang-undang dan rekursa bagi pelabur terhadap pengendali skim.

Oleh kerana terma dan ciri-ciri skim ICO mungkin berbeza dalam setiap kes, SC menasihatkan pelabur yang mahu terlibat atau melabur dalam skim OIC mendapat nasihat peguam atau profesional lain bagi kesahihan skim tersebut.

Pelabur juga perlu memahami sepenuhnya ciri-ciri skim ICO dan menimbang dengan berhati-hati risiko sebelum menyerahkan wang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kumpul Bitcoin Percuma

sumber: duitfreeonline | astroawani

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (9 September)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (9 September)

Tanggal 9 September merupakan hari ke 252 (hari ke 253 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 113 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Zonsondergang bij Montmajour
Lukisan Zonsondergang bij Montmajour.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Republik di Korea Utara (1948) dan Hari Kemerdekaan di Tajikistan (1991).

Peristiwa

9 – Perang Germanik: Perikatan puak-puak Jermanik pimpinan Arminius bertembung dengan angkatan Rom pimpinan Publius Quinctilius Varus.

1000 – Raja Olaf I dari Norway terjatuh dari kapal semasa Pertempuran Svolder dan hilang di Laut Baltik.

1493 – Angkatan Empayar Uthmaniyyah menewaskan tentera Kerajaan Croatia dalam Pertempuran Padang Krbava.

1513 – Perang Liga Cambrai: Raja James IV dari Scotland terbunuh dalam Pertempuran Flodden di Northumberland sewaktu mengetuai serangan ke atas England.

1945 – Perang China-Jepun Kedua berakhir apabila Jepun menyerah kalah.

1971 – Banduan merusuh dan merampas kawalan Penjara Attica di Attica, New York, A.S., menjadikan 33 pengawal sebagai tebusan.

2001 – Pemimpin Perikatan Utara Ahmed Shah Massoud mati dibunuh di Afghanistan.

2004 – Sebuah kereta meletup di luar bangunan kedutaan Australia di Jakarta, Indonesia, mengorbankan 9 orang dan mencederakan lebih 150 yang lain.

2010 – Kerajaan Iran menangguhkan hukuman mati rejam untuk Sakineh Mohammadi Ashtiani di tengah-tengah tekanan antarabangsa.

2012 – Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Itali 2012.

2013 – Lukisan Zonsondergang bij Montmajour dipamerkan sebagai kerja hilang Vincent van Gogh.

2013 – Gabungan pertengahan kanan yang diketuai Parti Konservatif mendapat majoriti dalam pilihan raya parlimen Norway.

2016 - Penubuhan parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia dipimpin oleh Tan Sri Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kelahiran

1878 - Sergio Osmena, Presiden Filipina ke-4.

1949 - Susilo Bambang Yudhoyono, Presiden Indonesia ke-6.

Kematian

1087 - William I, seorang raja England.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (8 September)

sumber: wikipedia

Friday, September 08, 2017

Kerugian Forex Bank Negara Rupanya Penyelamat Krisis Ekonomi 1997-1998

Kerugian Forex Bank Negara Rupanya Penyelamat Krisis Ekonomi 1997-1998

Bekas Penasihat Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hari ini berkata memang berlaku kerugian urus niaga mata wang pada tahun 1986 sehingga 1993.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Katanya kesilapan telah berlaku tetapi BNM telah mendapat pengajaran daripada pengalaman pahit itu dan pengajaran itu terbukti amat penting dalam membantu menggubal dasar-dasar untuk mempertahankan negara daripada serangan terhadap mata wang dalam Krisis Kewangan Asia 1997/1998, menyelamatkan ratusan bilion Ringgit wang negara dan jika tidak sudah pasti hilang.

Nor Mohamed, 70, yang menyertai BNM pada September 1968 dan dinaikkan pangkat ke jawatan pengurus Jabatan Perbankan dua tahun selepas itu, berkata beliau tidak pernah pada bila-bila masa di antara 1986 dan 1993 ada berbincang dengan menteri kewangan dan perdana menteri mengenai transaksi tukaran asing Bank Negara.

Beliau bagaimanapun tidak ingat jumlah kerugian atau keuntungan dalam transaksi urus niaga mata wang pada tahun berkenaan.

"Memang tidak dinafikan. Juga tidak boleh dinafikan saya turut bertanggungjawab bagi kerugian urus niaga mata wang.

"Saya terima hakikat saya turut bertanggungjawab bagi kerugian urus niaga mata wang dan telah meletakkan jawatan daripada Bank Negara Malaysia.

"Pada ketika itu, pada saya ia merupakan pengakhiran yang menyedihkan dalam khidmat saya selama 25 tahun kepada negara, menerusi Bank Negara Malaysia," katanya dalam kenyataan saksi pada hari kelima prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang atau forex dialami Bank Negara pada 1990-an.

Nor Mohamed berkata perkara paling penting adalah pengalaman bertahun-tahun di unit forex telah terbukti amat berguna kemudiannya dalam menyelamatkan Malaysia daripada kesan teruk krisis kewangan pada 1997/1998, jika tidak tentunya mengakibatkan kerugian bernilai berbilion Ringgit Malaysia.

Saksi ke-17 itu berkata ia juga boleh mengakibatkan banyak syarikat Malaysia menjadi muflis, kadar pengangguran yang tinggi dan kemiskinan meluas ke seluruh negara manakala kestabilan politik dan kerangka sosio-ekonomi negara akan musnah.

"Ia musibah yang sedang menungggu untuk berlaku. Ia bukan berlaku kerana Langkah-Langkah Tidak Ortodoks September 1998 yang telah dirumuskan dan dilaksanakan berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman diperolehi di meja Forex di Bank Negara Malaysia," katanya.

Nor Mohamed yang meletak jawatan sebagai penasihat BNM pada April 1994, menjelaskan sebelum 1985, BNM tidak aktif dalam pengurusan rizab luar, termasuk urus niaga forex, dengan mengambil kira kestabilan pasaran tukaran asing antarabangsa.

Kenapa Bank Negara 'Bermain' Forex Akhirnya Terjawab

Nor Mohamed yang menyertai semula BNM untuk jawatan yang sama pada September 1998 berkata keadaan berubah pada 1985 apabila pada 22 September, lima negara OECD (Organisasi untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi) yang mengadakan pertemuan privasi di Hotel Plaza di New York dan membuat keputusan sesama mereka tanpa merundingi negara lain, bahawa mata wang Yen dan Deutsche Mark Jerman perlu diperkukuhkan secara signifikan berbanding US Dollar dengan cara campur tangan untuk mempengaruhi pasaran.

"Ini dikenali sebagai Perjanjian Plaza. Perjanjian Plaza amat bersejarah kerana ia merupakan julung kalinya ahli-ahli bank pusat bersetuju untuk campur tangan dalam pasaran mata wang secara besar-besaran dan buat pertama kalinya dalam sejarah apabila kerajaan menetapkan sasaran kadar tukaran asing dicapai menerusi campur tangan secara aktif," katanya.

Nor Mohamed yang dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua pada Januari 2004, berkata Malaysia membuat pinjaman dalam Yen pada awal 1980-an hanya untuk pembinaan infrastruktur pada masa itu, pasaran bon dan sukuk.

Malaysia masih belum dibangunkan untuk membolehkan kadar pinjaman pada amaun besar untuk jangka panjang diperoleh di dalam negara dalam Ringgit.

Beliau menjelaskan oleh kerana projek-projek infrastruktur memerlukan masa yang lama untuk disiapkan, kerajaan dan agensinya memilih untuk meminjam dalam Yen, kerana pada masa itu, terdapat pinjaman Yen untuk jangka panjang dengan kadar faedah rendah.

"Pinjaman-pinjaman berkenaan kebetulan dengan pembinaan projek-projek infrastruktur mega di negara.

"Sejak Perjanjian Plaza pada September 1985, pasaran forex antarabangsa menjadi lebih berdaya saing, dengan aliran naik dan turun tidak menentu kadar mata wang harian. Sementara Perjanjian Plaza bertujuan untuk memperkukuhkan Yen dan Deutsche Mark Jerman," katanya.

Beliau berkata itulah latar belakang yang membawa kepada keputusan BNM untuk memulakan pengurusan rizab luar secara aktif.

Katanya beliau ditugaskan untuk melaksanakan dasar pengurusan rizab luar seperti ditetapkan oleh Lembaga BNM dan melaporkan kepada Gabenor dan Jawatankuasa Rizab Luar (ERC).

Nor Mohamed berkata beliau tidak terlibat dalam menentukan pengendalian akaun bagi kerugian itu dan tidak tahu menahu tentang pengendalian akaun itu.

Beliau juga berkata dalam urus niaga mata wang asing pada tahun 1986 hingga 1993 ada had yang spesifik untuk 'Chief Dealer dan Dealer' bagi mereka menjalankan urus niaga masing-masing tetapi beliau tidak ingat had yang telah ditetapkan itu dan siapa yang menetapkan had itu.

"Sebenarnya semua urus niaga forex dilaksanakan oleh Chief Dealer dan Dealers. Apa yang mereka buat atas arahan saya ialah langkah-langkah yang diambil untuk mempelbagaikan rizab biasanya dari US Dollar ke mata wang asing," katanya.

Nor Mohamed berkata beliau tidak ingat jumlah transaksi forex tertinggi yang pernah dilaksanakan dalam sehari dan sebulan dalam tempoh tujuh tahun itu.

Beliau juga tidak ingat dengan siapa beliau berbincang bagi membolehkan beliau menyatakan di dalam surat daripada BNM yang ditandatanganinya bertarikh 9 Feb 1990 kepada Jabatan Peguam Negara ketika itu bahawa urus niaga forex yang dilaksanakan ketika itu tidak bertentangan dengan peranan atau fungsi BNM serta Seksyen 31(a) Ordinan Bank Negara 1958.

Prosiding di hadapan panel lima anggota suruhanjaya itu yang dipengerusikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang juga pengerusi Petronas, bersambung esok.

Empat lagi anggota suruhanjaya itu ialah Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Seri Tajuddin Atan, pengerusi bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) Tan Sri Saw Choo Boon dan anggota Institut Akauntan Malaysia K. Puspanathan.

Punca Kerugian Forex Bank Negara

Beliau menambah, kerugian besar yang dialami BNM akibat urus niaga mata wang asing pada 1992 dikatakan berpunca daripada dua peristiwa di luar jangkaan iaitu penolakan terhadap Re­ferendum Denmark 1992 dalam Perjanjian Maastricht dan Black Wednesday pada 16 September 1992 yang menyaksikan pound sterling dikeluarkan daripada Me­kanisme Kadar Tukaran Mata Wang Eropah.

BACA INI JUGA:

sumber: bernama

Jawapan JAKIM Isu Anak Tidak Sah Taraf

Jawapan JAKIM Isu Anak Tidak Sah Taraf

Isu yang berkaitan dengan kesahtarafan anak di negara ini hendaklah sentiasa dirujuk kepada peruntukan dalam Akta atau Enakmen Undang-undang Keluarga Islam atau Pentadbiran Negeri-negeri.

Isu anak tidak sah taraf

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, keputusan tersebut dibuat dalam pertemuan antara pihak Jakim dengan Mufti-Mufti Selangor, Kelantan, Johor, Sabah, Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan dan wakil Mufti Sarawak.

"Satu pertemuan bagi membincangkan isu anak tak sah taraf telah diadakan pada 21 Ogos 2017 lalu.

"Turut hadir wakil-wakil daripada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.

"Pertemuan ini telah diatur oleh Jakim untuk menzahirkan kesepakatan bersama dalam isu kesahtarafan anak.

"Pertemuan ini telah sebulat suara bersetuju bahawa isu-isu yang berkaitan dengan kesahtarafan anak di negara ini hendaklah sentiasa dirujuk kepada peruntukan dalam Akta atau Enakmen Undang-undang Keluarga Islam atau Pentadbiran Negeri-negeri yang antara lain memperuntukkan bahawa jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki melahirkan seorang anak lebih daripada enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun qamariah selepas perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh sebab perceraian dan perempuan itu pula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, peruntukan undang-undang itu juga adalah selaras dengan fatwa yang telah diwartakan di negeri-negeri berkenaan dengan kesahtarafan anak dan juga pandangan hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-57 pada 10 Jun 2003.

"Bagaimanapun, lelaki itu boleh, dengan cara li’an atau kutukan, menafikan anak itu sebagai anaknya di hadapan mahkamah," jelasnya.

BACA INI JUGA: Jangan Aibkan Anak Dengan Bin Binti Abdullah

sumber: sinarharian

Pengganas Myanmar Kerat Mayat, Rogol Anak Depan Ibu!

Pengganas Myanmar Kerat Mayat, Rogol Anak Depan Ibu!

Ketika kisah pelarian Rohingya mula dibocorkan kepada dunia dari wilayah bergolak Arakan, kita dapat membaca kesengsaraan dan kepayahan yang dihadapi mereka.

Pengganas Myanmar

Pelarian Rohingya ini terpaksa meninggalkan tempat tinggal dan membawa ahli keluarga termasuk anak kecil menempuh perjalanan jauh, malah nyawa menjadi taruhan.

Seorang pelarian Rohingya, Hasina Begum berkata, dia telah menyaksikan kekejaman tentera Myanmar dan apa yang dilihatnya tidak akan dilupakan buat selama-lamanya.

Dia mendakwa tentera Myanmar membunuh dan mengerat tubuh seorang lelaki Rohingya menjadi empat ketika tentera itu menyerang sebuah kampung bernama Bura Shida Para di utara Arakan.

"Mereka kerat tubuh lelaki itu jadi empat dan tanam, jadi orang tidak boleh lihat kekejaman mereka," katanya.

Mengingat kembali bagaimana insiden kekejaman itu berlaku, Hasina berkata, tentera Myanmar yang masuk ke kampungnya mula mengepung dan mengarahkan penduduk berkumpul di satu tempat.

"Lelaki berkumpul di tempat lain dan wanita termasuk kanak-kanak di tempat lain.

"Ketika berkumpul, kira-kira 13 tentera Myanmar menarik dua remaja dan merogol mereka di depan ibu mereka.

"Saya berdoa kepada ALLAH, saya tidak sanggup melihat dan berdepan kekejaman yang berlaku," katanya.

Dia yang berada di kem pelarian di Bangladesh bersyukur kerana berjaya melarikan diri walaupun ramai lagi ahli keluarga dan rakan-rakannya masih terperangkap di wilayah Arakan.

Seorang lagi pelarian Rohingya, Fatema Begum, turut menceritakan pengalaman ngerinya ketika melarikan diri dari wilayah Arakan.

Lebih menyedihkan dia melarikan diri bersama dua anaknya yang masih kecil.

"Pada penghujung 2016, kampung saya di Careypara telah diserang tentera Myanmar.

"Saya melarikan diri dari kampung ke kampung lain sebanyak 16 kali selama dua bulan sebelum tiba di sempadan Bangladesh.

"Sepanjang masa saya menangis, apa yang paling saya takut adalah nasib anak saya.

"Ketakutan dibunuh pada bila-bila masa sentiasa menghantui saya," katanya.

BACA INI JUGA: Pengganas Buddha Terus Membunuh Umat Islam Rohingya, Kenapa Dunia Membisu?!

sumber: sinarharian

Aplikasi 'Verify Halal' Semak Status Halal Dengan Imbas Kod Produk

Aplikasi 'Verify Halal' Semak Status Halal Dengan Imbas Kod Produk

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Serunai Commerce Sdn. Bhd. telah melancarkan aplikasi ‘Verify Halal’ bagi pengguna iOS pada awal Ogos 2017 lalu.

Aplikasi 'Verify Halal'

Aplikasi ini bakal memudahkan pengguna menyemak status halal sesuatu produk dengan hanya mengimbas kod produk menggunakan telefon pintar.

Ini sekaligus menunjukkan komitmen Jakim dalam membangunkan industri halal di negara ini.

Aplikasi ini sangat mudah digunakan dan pengguna hanya perlu semak dan imbas kod produk menggunakan telefon pintar.

Malah, aplikasi 'Verify Halal' berkenaan turut membekalkan maklumat produk halal makanan, kesihatan dan kosmetik daripada Badan Pengiktirafan Halal Antarabangsa yang diiktiraf oleh Jakim.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Serunai Commerce, aplikasi 'Verify Halal' ini bukan sahaja memberi akses kepada data halal Jakim, tetapi juga maklumat produk halal lain di negara-negara lain yang sudah diiktiraf Jakim.

Bermula Mei 2017 lalu, aplikasi ini sudah dilancarkan kepada pengguna Android dengan lebih 10,000 jumlah muat turun dan menerima maklum balas yang positif di kalangan pengguna.

Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store.

BACA INI JUGA: Panduan Dan Cara Mengenali Logo Halal Yang Sah!

sumber: astroawani