Saturday, September 09, 2017

Apa Itu Skim Tawaran Syiling Permulaan (ICO)?

Skim Tawaran Syiling Permulaan ICO (Initial Coin Offering) atau Initial Public Syiling (IPCO) adalah satu kaedah pengumpulan dana awam dalam usaha untuk menawarkan saham atau kepentingan syarikat bagi cryptocurrencies baharu, token dan servis.

ICO

Konsepnya sama dengan IPO (Initial Public Offering) atau dalam Bahasa Melayu dipanggil Saham Terbitan Awam.

Apa yang berbeza adalah ICO diperdagangkan ditalian internet tanpa sebarang kekangan, manakala IPO diterbitkan berpandukan syarat, lesen dan kawal-selia oleh perundangan dan Suruhanjaya Sekuriti.

Dalam kempen ICO, cryptocurrency yang dijual kepada penyokong awal projek ini diberi nilai tertentu sebagai pertukaran dengan matawang konvensional (fiat currencies) atau cryptocurrencies bernilai tinggi seperti Bitcoin, Etherium, Litecoin dan seumpamanya.

Ini akan memberi nilai permulaan kepada cryptocurrency yang baharu ini.

Setelah tempoh ICO tamat, ianya akan diperdagangkan dipasaran yang bakal menentukan nilai masa hadapan sama ada semakin meningkat atau sebaliknya.

Firma yang menawarkan saham ini akan mewujudkan pelan cadangan mereka pada kertas putih (white paper) dengan menyatakan cadangan teknikal dan kewangan bagi kelansungan projek ini.

Antara intipati utama ‘white paper’ adalah senarai keperluan projek, berapa banyak dana awam yang diperlukan untuk perlaksanaan, kaedah pembahagian untung, jenis matawang crypto-currency dan tempoh masa sebelum tawaran ICO tamat.

Jumlah pembahagian untung selalunya akan di edarkan pada hujung tahun berpandukan untung-rugi firma berkenaan.

Contoh projek ICO yang berjaya yang menguntungkan pelabur awal adalah seperti platform kontrak pintar Ethereum.

Pada tahun 2014, projek Ethereum berjaya mengumpul $ 18 juta Bitcoins dengan $ 0.40 per Eter.

Nilai Ethereum telah pun naik setinggi $14 se Ethereum dengan pemodalan pasaran melebihi $1 bilion dan ini telah memberi keuntungan besar kepada pelabur permulaan ketahap jutawan segera.

Walau bagaimanapun, terdapat kempen ICO yang berbentuk penipuan, oleh itu pelabur dinasihatkan untuk menyemak latarbelakang firma ICO ini dengan mendapat nasihat dari pelabur lain di internet sebelum sebarang pelaburan dijalankan.

Ini kerana dana yang hilang akibat inisiatif penipuan tidak dapat dikembalikan semula.

Berikut adalah senarai laman web di seluruh dunia yang menyenaraikan aktiviti dan syarikat yang sedang menawarkan ICO;

nota: Risiko pelaburan adalah terletak ditangan anda.

Awas Penipuan Skim Syiling Permulaan (ICO)

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memberi amaran kepada pelabur tentang potensi risiko skim tawaran syiling permulaan (ICO) apabila ia menyedari kemunculan aktiviti mengumpul dana, skim pelaburan berasaskan token digital di Malaysia dan di tempat-tempat lain.

SC dalam satu kenyataan berkata, skim ICO juga boleh dirujuk sebagai tawaran token permulaan, pra-jualan token dan jualan awam token.

Pengendali skim ICO biasanya mengumpul dana menerusi pengeluaran dan penjualan token digital, sebagai pertukaran bagi pelabur untuk membayar token-token ini menerusi mata wang maya, seperti Bitcoin atau Ethereum.

Meskipun semua pengendali skim ICO mahu mengumpul dana daripada pelabur, skim ini boleh distruktur dalam banyak bentuk, yang boleh termasuk pelaburan langsung dalam projek dengan sasaran membolehkan pemegang token menyertai dalam bahagian pulangan daripada projek itu.

Skim-skim tertentu juga boleh mencari dana menerusi yayasan, di mana pelabur tidak layak mendapat sebarang pulangan bagi pelaburan mereka.

Ia juga mungkin termasuk pengeluaran token yang melayakkan pelabur menikmati hak bagi produk atau perkhidmatan pada masa depan yang dijana daripada projek yang diuruskan oleh pengendali.

SC berkata para pelabur perlu berhati-hati dengan hakikat bahawa pengendali skim itu mungkin tidak ada operasi di Malaysia, dan ia akan menjadi sukar untuk mengesahkan kesahihan skim tersebut.

Ia juga berkata untuk mendapatkan semula wang yang dilabur akan tertakluk kepada undang-undang atau peraturan asing.

Sesetengah skim ICO dan pihak-pihak yang terlibat mengendalikan operasi mereka dalam talian dan mungkin tidak dikawal selia, justeru itu para pelabur mungkin terdedah kepada risiko penipuan, pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan, manakala token digital yang diniagakan di pasaran sekunder mungkin mencetuskan risiko ketidakcukupan mudah tunai atau harga yang tidak menentu dan kabur.

Struktur skim-skim ini juga mungkin mengehadkan perlindungan undang-undang dan rekursa bagi pelabur terhadap pengendali skim.

Oleh kerana terma dan ciri-ciri skim ICO mungkin berbeza dalam setiap kes, SC menasihatkan pelabur yang mahu terlibat atau melabur dalam skim OIC mendapat nasihat peguam atau profesional lain bagi kesahihan skim tersebut.

Pelabur juga perlu memahami sepenuhnya ciri-ciri skim ICO dan menimbang dengan berhati-hati risiko sebelum menyerahkan wang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kumpul Bitcoin Percuma

sumber: duitfreeonline | astroawani

1 comments so far

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon