Friday, July 21, 2017

Punca Hidung Anak Berdarah, Jangan Pandang Ringan Jika Berlaku Pendarahan

Punca Hidung Anak Berdarah, Jangan Pandang Ringan Jika Berlaku Pendarahan

Sebab utama perdarahan hidung dalam kanak-kanak adalah tabiat mencungkil hidung! Ini lebih kerap berlaku apabila kanak-kanak berada dalam persekitaran yang kering (low humidity).

Hidung anak Berdarah

Udara kering boleh menyebabkan rembesan pada permukaan dalam hidung menjadi kering dan membentuk kerak (crusting of secretions).

Kerak ini menyebabkan kanak-kanak rasa tidak selesa dan cuba mengeluarkannya dengan menghembus nafas dengan terlalu kuat atau mencungkil hidung dengan jari. Ini menyebabkan kecederaan pada salur-salur darah di dalam hidung dan perdarahan berlaku.

Selepas perdarahan berhenti, ia meninggalkan parut di dalam hidung. Parut ini menyebabkan ketidakselesaan dan kanak-kanak terus mencungkil hidung dan perdarahan berlaku lagi!

Kitaran ini akan berulang sehinggalah kanak-kanak menyedari bahawa perbuatan mencungkil hidung inilah yang menyebabkan perdarahan dan menghentikan tabiat tersebut.

Perdarahan hidung biasanya berlaku di bahagian hadapan hidung, di mana terdapat banyak salur darah yang rapuh dan berdekatan dengan permukaan kulit. Kawasan ini dipanggil ‘Little’s area’.

Apakah sebab-sebab perdarahan hidung di kalangan kanak-kanak?

Selain mencungkil hidung, perdarahan hidung juga boleh disebabkan oleh kecederaan pada muka atau kepala, bendasing dalam hidung dan jarang-jarang sekali ketumbuhan dalam hidung, tekanan darah tinggi, atau masalah penggumpalan darah.

Perdarahan hidung lebih kerap berlaku sekiranya kanak-kanak mengalami resdung (allergic rhinitis) atau selesema.

Kadang-kadang, kanak-kanak kecil memasukkan makanan atau alat mainan ke dalam hidung mereka, seccara tidak sengaja.

Sekiranya perdarahan hanya berlaku di sebelah hidung sahaja, dan terdapat hingus yang berbau busuk, ada kemungkinan terdapat bendasing, seperti makanan atau alat mainan, di dalam hidung.

Sekiranya perdarahan berterusan, kanak-kanak perlulah diperiksa oleh doktor, yang boleh mengesan dan mengeluarkan bendasing tersebut.

Apakah yang boleh kita buat untuk mengelakkan perdarahan hidung?

Langkah-langkah untuk mengelakkan perdarahan hidung termasuklah memastikan kuku anak kita sentiasa pendek, bagi mengelakkan kecederaan sekiranya anak mencungkil hidung dengan jari.

Kita juga boleh mendidik anak kita supaya tidak mencungkil hidung dengan jari, dan tidak meniup hidung dengan terlalu kuat!

Kadangkala, doktor mengesyorkan penggunaan semburan air garam di dalam hidung (normal saline nasal spray), untuk melembapkan kulit di dalam hidung dan mengelakkan pembentukan kerak di dalam hidung.

Semburan air garam ini juga dapat meningkatkan keselesaan kanak-kanak selepas berlakunya perdarahan hidung, dan mengurangkan keinginan untuk mencungkil hidung, serta mengelakkan kejadian perdarahan semula.

Penggunaan ubat sapu (ointments) dalam hidung tidak digalakkan, kerana mungkin menyebabkan kecederaan semasa disapu di dalam hidung.

Kita juga boleh mengelakkan kecederaan pada muka dan kepala, dengan memastikan anak kita sentiasa memakai peralatan keselamatan yang sesuai, seperti topi keledar, apabila menunggang basikal atau mengambil bahagian dalam aktiviti sukan yang lasak.

Apakah yang harus kita buat sekiranya anak mengalami perdarahan hidung?

1. Galakkan anak untuk meniup hidung dengan lembut, untuk mengeluarkan semua darah beku.

2. Kemudian, dudukkan anak dengan menyandar ke depan, dan tekan bahagian hadapan hidung (bahagian yang lembut, bukan tulang hidung) dengan mengunakan ibu jari dan jari telunjuk selama 10 minit. Anak perlulah bernafas dengan menggunakan mulut.

3. Tuala sejuk atau kain yang berisi ais batu boleh diletakkan pada dahi dan bahagian atas hidung. Ini akan mengecutkan salur-salur darah di hidung, dan menghentikan perdarahan dengan lebih cepat.

4. Sekiranya perdarahan tidak berhenti, bawa anak untuk berjumpa dengan doktor. Anak mungkin memerlukan rawatan lain, seperti ‘pek hidung’ (nasal pack). Doktor akan memasukkan pita atau bahan khas ke dalam hidung untuk menghentikan perdarahan. Sekiranya perdarahan masih berterusan, kanak-kanak mungkin perlu masuk hospital untuk rawatan lanjut.

5. Bawa anak ke hospital dengan segera jika anak berasa pening (giddy), nampak pucat, atau terdapat perdarahan yang banyak dan berterusan.

Bilakah harus kita bawa anak untuk berjumpa dengan doktor?

Anak perlu dibawa untuk berjumpa dengan doktor jika:

1. Telah mula mengambil suatu ubat baru, sebelum berlaku perdarahan hidung. Ubat-ubat tertentu mempunyai kesan sampingan mengganggu pembekuan darah, dan meningkatkan risiko perdarahan.

2. Kerap mengalami perdarahan hidung. Doktor perlu memeriksa anak, untuk memastikan tiada masalah berbahaya, seperti ketumbuhan dalam hidung. Namun demikian, kanser hidung SANGAT JARANG ditemui di kalangan kanak-kanak.

3. Terdapat juga perdarahan di bahagian lain, yang luar biasa, seperti gusi, perdarahan lambat berhenti dari luka-luka kecil, dan sebagainya.

4. Anak mudah mendapat lebam-lebam di seluruh badan (easy bruising). Ini mungkin menandakan masalah penggumpalan atau pembekuan darah.

5. Ada kemungkinan bahawa anak telah memasukkan sesuatu ke dalam hidungnya. Doktor perlu memeriksa dan mengeluarkan bendasing dari hidung dengan segera. Jika tidak dikeluarkan, bendasing tersebut boleh menyebabkan jangkitan kuman, masalah pernafasan, perdarahan hidung berterusan dan hingus yang berbau.

Bagaimana mengelakkan pendarahan hidung berulang

1. Jangan mencederakan membram mukosa.

2. Sekiranya ada luka di membran mukosa, elak berpanas, bersin dan mengangkat benda berat.

3. Rawat luka di membram mukosa sehingga pulih.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Panduan Mengelak Sembelit Pada Kanak-kanak

sumber: doktorbudak

Vokalis Linkin Park, Chester Bennington Bunuh Diri

Vokalis Linkin Park, Chester Bennington Bunuh Diri

Vokalis Linkin Park, Chester Bennington ditemui mati dalam keadaan tergantung di sebuah rumah di Los Angeles, California, pada pagi Khamis, lapor BBC.

Chester Bennington suicide

Bennington berusia 41 tahun. Kematian itu disahkan koroner Los Angeles, lapor portal TMZ.

Bennington dikatakan sebagai rakan akrab vokalis kumpulan Soundgarden, Chris Cornell, yang juga mati dipercayai membunuh diri pada Mei.

Linkin Park ditubuhkan pada tahun 1996, dan telah menjual lebih daripda 70 juta album di seluruh dunia serta pernah menerima dua anugerah Grammy.

Terkenal dengan lagu seperti 'Faint', 'In The End' dan 'Crawling', Linkin Park juga pernah berkolaborasi dengan penyanyi rap Jay-Z.

Bennington meninggalkan seorang balu, dan enam anak hasil daripada dua perkahwinan.

Mendiang sudah bertahun-tahun bergelumang dengan masalah alkohol dan penyalahgunaan dadah, selain pernah bercakap tentang keinginan membunuh diri akibat didera sewaktu kanak-kanak.

BACA INI JUGA: Robin Williams Bunuh Diri

sumber: astroawani

Apa Hukum Membawa Kanak-kanak Ke Masjid?

Apa Hukum Membawa Kanak-kanak Ke Masjid?

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah Al-Ansori RA, beliau berkata, “Aku melihat Nabi SAW mengimami solat, tetapi sedang mendukung Umamah binti Abi Al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulillah SAW. Apabila Baginda rukuk diletakkannya dan apabila bangun dari sujud Baginda mengangkatnya semula.” (Riwayat Muslim, no hadis 845)

Kanak kanak di Masjid

Berdasarkan hadis ini, dapat diambil pengajaran pergerakan kerana mendukung bayi tidak membatalkan solat.

Ini kerana, dalam sebuah hadis yang lain pula, Rasulullah SAW pernah memanjangkan sujudnya kerana cucunya Hasan dan Husein telah memanjat di belakang Baginda SAW dan bermain-main di atas belakang Baginda SAW. Ini seperti mana yang telah diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad.

Daripada Muaz bin Jabal RA bahawa Nabi SAW pernah bersabda: "Jauhilah masjid-masjid kalian daripada anak-anak kecil kalian." [Riwayat Al-Baihaqiy, no Hadis 750) (Imam Al-Baihaqiy mengatakan hadis ini marfuk tetapi tidak sahih (Lihat: Al-Sunan Al-Kubra, 10/177)

Hadis ini tidaklah boleh dijadikan sandaran berdasarkan amalan atau sunnah yang berlaku kepada Baginda SAW sendiri.

Kedudukan hadis ini daripada sudut usul fiqh tidak memungkinkan untuk berhujah dengan hadis yang sahih seperti riwayat Muslim di atas.

Justeru, memberi galakan ke masjid lebih utama sebagai latihan untuk memupuk rasa cinta ke masjid.

Namun, sekiranya kanak-kanak itu dikhuatiri mengganggu jemaah yang lain maka sebaiknya tidak dibawa ke masjid.

Ini adalah zahir jawapan daripada Al-Imam Malik apabila ditanyakan kepada beliau mengenai kanak-kanak yang dibawa ke masjid, maka jawab Al-Imam, “Sekiranya kanak-kanak itu tidak mengganggu orang lain maka tidak mengapa, jika sebaliknya maka sebaiknya tidak di bawa ke masjid.” (Lihat Al-Mudawwanah, 1/195)

Kanak-kanak di masjid

Sejarah membuktikan bahawa kanak-kanak telah dibawa ke masjid untuk diajarkan ibadah solat serta pembelajaran ilmu.

Bahkan kanak-kanak perlulah di bawa ke masjid semenjak kecil supaya perasaan cintakan masjid serta cintakan solat berjemaah dapat dipupuk lebih awal dalam diri mereka.

Dr Yusuf Al-Qaradawi berkata, "Institusi masjid juga boleh mengajar kita erti persamaan. Persamaan manakah yang lebih terserlah berbanding persamaan kaum Muslimin di dalam masjid? Orang tua duduk di samping anak-anak kecil, orang kaya di samping orang yang miskin, menteri di samping buruh, pemimpin di sebelah rakyat, dan ternyata kesemuanya tidak ada perbezaan di antara mereka." (Lihat: Masjid Parlimen Umat (Hlmn 30)

Hukum bawa kanak-kanak

Pertama: Kanak-kanak dilarang dibawa ke masjid

Sebahagian fuqaha Malikiyyah, Hanabilah, dan Syafieyyah berpendapat kanak-kanak yang belum mumayyiz dilarang atau tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid.

Mereka berdalilkan dengan sebuah hadis: Daripada Muaz bin Jabal RA bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Jauhilah masjid-masjid kalian daripada anak-anak kecil kalian.” (Riwayat Al-Baihaqiy, no hadis 750) (Imam Al-Baihaqiy mengatakan hadis ini marfuk tetapi tidak sahih) (Lihat: Al-Sunan Al-Kubra, 10/177)

Kedua: Kanak-kanak dibolehkan hadir ke masjid

Pendapat ini dipegang oleh Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani, Imam Al-Syaukani, dan lain lain. Mereka berhujahkan dengan sebuah hadis daripada Abu Qatadah RAH.

Beliau berkata, “Aku melihat Nabi SAW mengimami solat sedang mendukung Umamah binti Abi Al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulillah SAW. Apabila Baginda rukuk diletakkannya dan apabila bangun dari sujud Baginda mengangkatnya semula.” (Riwayat Muslim, no hadis 845)

Kata Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani RHM ketika mengulas hadis ini: Hadis ini menjadi dalil hukum kanak-kanak masuk ke dalam masjid adalah dibolehkan. (Lihat Fath Al-Bari, Ibn Hajar (2/276)

Mereka juga berdalilkan sebuah hadis sahih daripada Anas bin Malik RAH, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku masuk ke dalam solat dan aku hendak memanjangkannya. Kemudian aku mendengar suara tangisan kanak-kanak maka aku ringkaskan (solat)." (Riwayat Bukhari (666) & Muslim (723))

Kata Al-Imam Al-Syaukani RHM ketika mengulas hadis ini: Pada hadis ini menunjukkan keharusan untuk membawa masuk kanak-kanak ke dalam masjid. (Lihat: Nailul Authar, Al-Syaukani (5/48)

Di dalam Sahih Al-Bukhari [1] Terdapat sebuah hadis yang menceritakan perihal bagaimana Rasulullah SAW menyusun saf kanak-kanak dengan mengarahkan Anas bin Malik RA berada bersama-sama kanak-kanak kecil dan kemudian Rasulullah SAW solat bersama mereka.

Al-Imam Al-Mawardi RHM di dalam kitabnya Al-Hawi Al-Kabir menukilkan mengenai permasalahan di atas, kata beliau, “Dan telah berkata sebahagian ashab kami, yang lebih utama itu adalah dengan meletakkan kanak-kanak (di dalam saf) di antara dua lelaki kerana lebih membawa kanak-kanak tersebut kepada mempelajari pergerakan-pergerakan solat.” (Lihat :Al-Hawi Al-Kabir, 2/340)

Adapun mengenai terputusnya saf, setakat pencarian kami, kami tidak mengetahui salah seorang daripada ulama yang mengatakan terputusnya saf kerana wujudnya kanak-kanak di dalam saf tersebut.

Pendapat ulama kontemporari seperti Syeikh Ibn Baz [2] RHM dan juga Syeikh Ibn ‘Uthaymeen[3] RHM mengatakan bahawa ia tidak terputus. Ia juga adalah pendapat Syeikh Soleh Al-Munajjid. .

Setelah meneliti hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua kumpulan, kami lebih cenderung dengan hujah golongan yang kedua bahawa kanak-kanak dibolehkan untuk hadir ke masjid berdasarkan dalil-dalil yang sahih lagi sarih berkenaan hal tersebut.

Kedudukan kanak-kanak dalam saf

Berikut beberapa keadaan saf mengikut bilangan makmum dan jantinanya.

Pertama: Jika seorang imam bersama dengan dua orang ataupun lebih dari makmum lelaki, ataupun di belakang imam tersebut terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak maka keduanya berada di dalam satu saf di belakang imam.

Kedua: Sekiranya seorang imam diikuti oleh dua orang makmum lelaki dan seorang perempuan, maka kedua orang lelaki tersebut berada dalam satu saf di belakang imam manakala perempuan tersebut berada di belakang keduanya.

Ketiga: Dalam keadaan ramainya makmum lelaki berserta perempuan dan juga kanak-kanak bersama imam maka kedudukan para makmum lelaki adalah di saf pertama atau kedua-dua saf yang paling hampir dengan imam. Kemudian kanak-kanak berada di belakang mereka. Manakala terdapat suatu pendapat di sisi para fuqaha bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa diletakkan di antara dua orang lelaki dewasa itu seorang kanak-kanak supaya dia dapat mempelajari pergerakan-pergerakan solat. (Lihat: Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah (27/36-37))

Cadangan

Setelah dibahaskan, maka kami mencadangkan seperti berikut:

1. Jika kanak-kanak teramat kecil dan susah untuk di jaga serta mengganggu Jemaah, maka aulanya tidak di bawa ke masjid.

2. Jika kanak-kanak tidak mengganggu namun dibimbangkan oleh kedua ibu-bapa akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah ibu-bapanya. Kami syorkan dalam keadaan sebegini, ibu-bapa untuk bersolat di tepi dinding (hujung saf) dan diletakkan anaknya itu di hujung sekali.

3. Jika kanak-kanak mampu berdikari, aulanya diletakkan di saf kanak-kanak.

4. Sayugia juga wujudnya penyelia yang mengawasi dan membimbing kanak-kanak di dalam saf dan solat mereka agar kanak-kanak dapat melakukan solat dengan sebaik mungkin. Di samping itu, dia dapat menasihatkan kanak-kanak dari berbuat bising dengan mengajarkan adab-adab dan meraikan kehormatan masjid.

Kenyataan Mufti

Setelah kami meneliti dan menekuni perbahasan serta nas-nas yang telah disebutkan di atas, kami berpendapat bahawa galakan membawa kanak-kanak untuk hadir ke masjid adalah bertepatan dengan ruh syarak.

Rumah: Iaitu tempat pembangunan fizikal, adab, dan akhlak bagi kanak-kanak.

Masjid: Selaku tempat pembangunan kerohanian bagi kanak-kanak.

Sekolah: Yang merupakan tempat pembangunan akal fikiran, adab, serta pemikiran kanak-kanak.

Justeru, telah menjadi suatu adat kelaziman ulama dan salafussoleh mengajar anak-anak mereka untuk hadir ke masjid.

Bahkan di zaman mutakhir ini telah terdapatnya halaqah atau majlis pengajian ilmu untuk kanak-kanak yang dijalankan di masjid-masjid seperti di Masjid Al-Haram, Masjid Al-Nabawi, Masjid Al-Umawi, dan masjid-masjid yang terdapat di Mesir.

Kami juga mengesyorkan agar pihak masjid mengawasi kanak-kanak dengan tatasusila dan akhlak yang baik seperti tidak menengking, tidak memarahi, mengasari, serta tidak memukul kanak-kanak.

Sebaliknya pamerkanlah akhlak yang baik serta tunjuk ajar supaya terjalin binaan kasih sayang di antara ibu bapa, pihak masjid, serta kanak-kanak itu sendiri.

*SS Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Sumber: Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

BACA INI JUGA: Nabi Tak Pernah Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang!

sumber: sinarharian

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (21 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (21 Julai)

Tarikh 21 Julai merupakan hari ke 202 (hari ke 203 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 263 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Space Shuttle
Space Shuttle Atlantis mendarat.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kebangsaan di Belgium (1831), Hari Keharmonian Kaum di Singapura (1964) dan Hari Pembebasan di Guam (1944).

Peristiwa

356 SM - Salah satu Tujuh Keajaiban Dunia Purba, Kuil Artemis di Efesus musnah akibat pembakaran sengaja oleh Herostratus.

1298 - Angkatan bersenjata Inggeris dan Ireland yang diketuai Edward Longshanks menewaskan angkatan Scotland yang diketuai William Wallace dalam Pertempuran Falkirk.

1831 - Di Brussel, Leopold I ditabalkan sebagai Raja Belgium yang pertama.

1861 - Angkatan Tentera Negeri Gabungan menewaskan Angkatan Tentera Kesatuan dalam Pertempuran Bull Run Pertama, pertempuran besar yang pertama bagi Perang Saudara Amerika.

1954 - Perang Indochina Pertama: Kawasan Bebas Tentera Vietnam diwujudkan di Persidangan Geneva, memecahkan Vietnam kepada dua zon: Vietnam Utara di bawah Ho Chi Minh dan Vietnam Selatan di bawah Bao Dai.

1960 - Sirimavo Bandaranaike dipilih sebagai Perdana Menteri Ceylon, menjadi wanita pertama di dunia yang terpilih sebagai ketua kerajaan.

1964 - Rusuhan kaum bermula di Padang, Singapura, ketika itu sebahagian dari Malaysia, ketika perarakan Maulidur Rasul, menyebabkan 23 orang terbunuh, 450 cedera, dan perintah berkurung 11-hari.

1970 - Empangan Aswan di Mesir siap selepas pembinaan selama 11 tahun.

1995 - Tentera Pembebasan Rakyat China menembak peluru berpandu ke perairan di utara Taiwan, mencetuskan Krisis Selat Taiwan Ketiga.

2007 - Harry Potter dengan Azimat Maut, buku terakhir dalam siri Harry Potter oleh J. K. Rowling, dipasarkan dengan 15 juta naskhah terjual dalam masa 24 jam, menjadikannya buku paling pantas terjual dalam sejarah.

2008 - Bekas pemimpin Serb Bosnia Radovan Karadžić ditangkap oleh pihak keselamatan di Serbia atas tuduhan jenayah perang.

2009 - Gerhana matahari penuh paling lama abad ke-21 berlaku di sebahagian Asia dan Lautan Pasifik.

2011 - Bolak-balik angkasa lepas Atlantis menamatkan misi terakhirnya (gambar), mengakhiri program Space Shuttle 30 tahun.

2012 - Pranab Mukherjee terpilih sebagai Presiden India.

2013 - Selepas ayahandanya Albert II makzul, Philippe menjadi Raja Belgium.

Kelahiran

1944 - John Atta Mills, Presiden Ghana.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (20 Julai)

sumber: wikipedia

Thursday, July 20, 2017

Jurugambar Profesional Pokai Selepas Di Saman Monyet!

Jurugambar Profesional Pokai Selepas Di Saman Monyet!

Sedih ada, kelakar pun ada. Tapi itulah hakikat yang dialami oleh jurugambar David Slater yang terpaksa menjadi papa kedana selepas bertarung mendapatkan hak cipta ke atas gambar swafoto seekor monyet.

David Slater

Kamera miliknya dirampas oleh seekor monyet yang kemudiannya merakam beberapa keping gambar swafoto sehingga ia tular di Internet.

Memetik laporan The Guardian, Slater tidak mampu untuk membeli tiket penerbangan ke San Francisco bagi menghadiri perbicaraan di mahkamah.

Mahkamah rayuan Amerika Syarikat (AS) mendengar kes sama ada seekor monyet boleh mendapatkan hak cipta ke atas gambarnya, sementara Slater menonton prosiding itu menerusi penstriman langsung dari rumahnya di England.

Jurugambar itu bukan sahaja tidak mampu menggantikan kameranya yang telah rosak disebabkan oleh monyet berkenaan, malah tidak mempunyai wang untuk membayar peguamnya sendiri.

Kisah mengenai swafoto monyet mula hangat diperkatakan pada 2011 apabila Slater berkunjung ke Sulawesi, Indonesia dan menghabiskan masa beberapa hari mengikuti sekawan monyet.

Slater mendakwa bahawa gambar-gambar swafoto tersebut adalah miliknya walaupun monyet terbabit yang menekan butang pada kamera itu.

"Ia bukan kelakuan yang dilakukan oleh seekor monyet secara kebetulan. Ia memerlukan pengetahuan yang mendalam seorang jurugambar, kerja keras, penat lelah dan macam-macam perkara lagi," kata Slater.

Gambar tersebut menjadi popular dan Slater memberitahu bahawa dia memperoleh beberapa ribu Pound Sterling untuk menampung kunjungannya ke negara itu.

Bagaimanapun, gambar tersebut mendatangkan masalah kepada Slater pada 2014 selepas dia meminta blog Techdirt dan Wikipedia untuk berhenti menggunakan imej berkenaan tanpa kebenarannya.

David Slater

Kedua-dua laman web tersebut enggan berbuat demikian atas alasan gambar yang digunakan mereka tidak memiliki hak cipta memandangkan ia dirakamkan oleh seekor monyet.

Pertubuhan People for the Ethical Treatment of Animals (Peta) memfailkan saman ke atas Slater bagi pihak monyet berkenaan.

Pejabat Hak Cipta AS menyatakan pada 2014 bahawa mereka tidak dapat memberikan hak cipta kepada haiwan dan seorang hakim memutuskan pada 2016 bahawa monyet itu tidak boleh memiliki hak cipta kepada swafoto tersebut.

Sejak itu, kes itu diserahkan kepada mahkamah rayuan persekutuan AS untuk didengari semula.

BACA INI JUGA: 5 Gaya Selfie Yang Buat Orang Menyampah!

sumber: mstar

Video Pelajar UTHM Makan Nasi Berlauk Kuah, Ekonomi Teruk Sangat Ke?

Video Pelajar UTHM Makan Nasi Berlauk Kuah, Ekonomi Teruk Sangat Ke?

Menconteng ARANG di muka BANGSA sendiri. Itu gambaran seorang ketua cawangan U*** apabila melihat video mengenai pelajar Universiti Tun Hussein Onn di Batu Pahat makan Nasi Berlauk Kuah, ianya memalukan bangsa Melayu.

Pelajar UTHM

Pelajar-pelajar UTHM itu rata-ratanya Melayu. Kita akan bertanya, apa pemimpin Melayu buat? Anak Melayu makan nasi berlauk kuah?

Jelas sekali pemimpin dan kabinetnya hilang keprihatinan kepada rakyat.

Negara maju, berpendapatan tinggi, tapi anak-anak kita di universiti hanya mampu makan nasi hanya dengan kuah tanpa lauk.

Apa tidaknya, pemimpin besar hanya fikir temolok masing-masing, sibuk projek MRT, 1MDB dan cari syarikat dari Tongsan buat bisnes di Malaysia.

Anak bangsa, KELAPARAN. Ini HADIAH mereka kepada anak bangsa.

Kata ketua cawangan tersebut, "Aku pernah belajar di ITM".

Masa itu, katanya, negara tak macam di zaman Najib dan Rosmah ni.

Zaman tu, masuk ITM bayar hanya RM90 satu semester.

Makan FREE. Tiap-tiap asrama, Seroja, Cempaka, Kenanga, Perindu ada Dewan Makan.

MAKAN FREE. Ikan jaket (cencaru). Daging, ayam telur. Macam-macam ada. Sehari 3 kali makan. Sarapan pagi, 2 biji telor rebus, roti campur kaya dan planta.

Hari ini, pelajar bangsa kita makan nasi dengan kuah, kata ketua cawangan tersebut.

Rasanya lebih baik Malaysia undur ke belakang macam tahun 70an dan 80an dari zaman sekarang ni. Zaman dulu ada juga makan free di ITM. Sekarang di universiti makan nasi dengan kuah."

"Sebelum era aku di ITM, bukan takat makan free, dapat duit poket RM20 lagi sebulan."

"Pemimpin kita sekarang ini, lebih banyak cakap kosong. Sebelum ni pemimpin pernah lancar program JOM BANTU RAKYAT.

"Tapi rakyat masih makan nasi dengan kuah. Entah apa yang dibantunya."

Itulah nasib bangsa Melayu di Malaysia sekarang. Kesian.

BACA INI JUGA: "Politik Kini Lebih Kepada Duit Dan Projek"


sumber: kedahku

Gambar Perkahwinan Tunku Tun Aminah Dan Dennis Muhammad Abdullah

Gambar Perkahwinan Tunku Tun Aminah Dan Dennis Muhammad Abdullah

Tunku Tun Aminah anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, melangsungkan perkahwinannya pada 14 Ogos dengan penuh istiadat Diraja.

Tunku Tun Aminah

Foto ihsan Facebook JOHOR Southern Tigers.

Istiadat perkahwinan pasangan pengantin diraja dilaksanakan dengan penuh adat istiadat Melayu dan budaya Istana Johor.

Berikut merupakan senarai istiadat dan majlis yang akan dilaksanakan dan dilalui oleh pasangan pengantin diraja Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad Martin ini.

1. Istiadat meletak kerja

8 Ogos 2017 - Istiadat Meletak Kerja dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan akan dijalankan bagi menandakan permulaan istiadat perkahwinan diraja.

2. Majlis tahlil dan doa kesyukuran

10 Ogos 2017, jam 6.30 petang - majlis tahlil dan doa kesyukuran akan diadakan di Masjid Pasir Pelangi, bagi memohon restu Allah SWT terhadap perkahwinan berkenaan.

3. Istiadat pertunangan diikuti istiadat pernikahan

14 Ogos 2017, jam 10 pagi - istiadat pertunangan akan berlangsung di Istana Bukit Serene, diikuti istiadat nikah dengan Sultan Ibrahim berkenan mewakilkan Mufti Johor Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin sebagai wali.

4. Istiadat persandingan

14 Ogos 2017 jam 8 malam hari yang sama - istiadat persandingan pasangan pengantin diraja akan berlangsung di Bilik Singgahsana Istana Besar. Ujar Abdul Rahim istiadat tersebut berlangsung secara tertutup.

5. Majlis bersiram & ziarah Makam Diraja Mahmoodiah

15 Ogos 2017, majlis bersiram pula akan dilakukan oleh pasangan ini di Bandstand Bukit Bintang, Taman Botani Diraja Istana Besar dan pasangan pengantin akan menziarah Makam Diraja Mahmoodiah pada 16 Ogos.

Semoga kedua-dua mempelai bahagia sehingga ke akhir hayat.

Gambar perkahwinan Tunku Tun Aminah Dan Dennis Muhammad Abdullah

Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan warga Belanda, Dennis Muhammad Abdullah, selamat diijab kabul di Istana Bukit Serene dengan penuh tradisi dan adat istiadat budaya Johor.

Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah

BACA INI JUGA:

sumber: vanillakismis

Video Kejadian Aneh Buaya Hantar Mayat Ke Tebing Sungai Di Indonesia

Video Kejadian Aneh Buaya Hantar Mayat Ke Tebing Sungai Di Indonesia

Perkongsian satu video yang dianggap sangat luarbiasa apabila seekor buaya menghantar mayat seorang lelaki yang mati lemas selepas diserang buaya ke tebing tanpa membahamnya seperti kebiasaan dilakukan mana-mana buaya.

Video Luarbiasa Buaya

Menurut laporan Tribun Kaltim, kejadian berlaku di sungai Biatan Lempake, Kabupaten Berau, Kalimantan Timur.

Mangsa yang mati itu dikenali sebagai Syarifuddin, penduduk tempatan yang hilang sejak semalam selepas kejadian luarbiasa ini.

Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa mati lemas atau mati akibat disambar buaya kerana ketika ditemui, buaya berkenaan sedang menggonggong mayat mangsa di tengah sungai.

Menurut jurucakap polis di Talisayan, Iptu Faisal Hamid, orang ramai yang menyusur sungai bagi mencari mangsa menjerit meminta buaya itu melepaskan mayat berkenaan.

Yang peliknya, buaya menolak mayat ke tepi dan melepaskannya di pinggir sungai.

BACA INI JUGA: Cassius Kini Buaya Paling Besar Di Dunia


sumber: hmetro