Friday, July 21, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (21 Julai)

Loading...

Tarikh 21 Julai merupakan hari ke 202 (hari ke 203 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 263 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Space Shuttle
Space Shuttle Atlantis mendarat.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kebangsaan di Belgium (1831), Hari Keharmonian Kaum di Singapura (1964) dan Hari Pembebasan di Guam (1944).

Peristiwa

356 SM - Salah satu Tujuh Keajaiban Dunia Purba, Kuil Artemis di Efesus musnah akibat pembakaran sengaja oleh Herostratus.

1298 - Angkatan bersenjata Inggeris dan Ireland yang diketuai Edward Longshanks menewaskan angkatan Scotland yang diketuai William Wallace dalam Pertempuran Falkirk.

1831 - Di Brussel, Leopold I ditabalkan sebagai Raja Belgium yang pertama.

1861 - Angkatan Tentera Negeri Gabungan menewaskan Angkatan Tentera Kesatuan dalam Pertempuran Bull Run Pertama, pertempuran besar yang pertama bagi Perang Saudara Amerika.

1954 - Perang Indochina Pertama: Kawasan Bebas Tentera Vietnam diwujudkan di Persidangan Geneva, memecahkan Vietnam kepada dua zon: Vietnam Utara di bawah Ho Chi Minh dan Vietnam Selatan di bawah Bao Dai.

1960 - Sirimavo Bandaranaike dipilih sebagai Perdana Menteri Ceylon, menjadi wanita pertama di dunia yang terpilih sebagai ketua kerajaan.

1964 - Rusuhan kaum bermula di Padang, Singapura, ketika itu sebahagian dari Malaysia, ketika perarakan Maulidur Rasul, menyebabkan 23 orang terbunuh, 450 cedera, dan perintah berkurung 11-hari.

1970 - Empangan Aswan di Mesir siap selepas pembinaan selama 11 tahun.

1995 - Tentera Pembebasan Rakyat China menembak peluru berpandu ke perairan di utara Taiwan, mencetuskan Krisis Selat Taiwan Ketiga.

2007 - Harry Potter dengan Azimat Maut, buku terakhir dalam siri Harry Potter oleh J. K. Rowling, dipasarkan dengan 15 juta naskhah terjual dalam masa 24 jam, menjadikannya buku paling pantas terjual dalam sejarah.

2008 - Bekas pemimpin Serb Bosnia Radovan Karadžić ditangkap oleh pihak keselamatan di Serbia atas tuduhan jenayah perang.

2009 - Gerhana matahari penuh paling lama abad ke-21 berlaku di sebahagian Asia dan Lautan Pasifik.

2011 - Bolak-balik angkasa lepas Atlantis menamatkan misi terakhirnya (gambar), mengakhiri program Space Shuttle 30 tahun.

2012 - Pranab Mukherjee terpilih sebagai Presiden India.

2013 - Selepas ayahandanya Albert II makzul, Philippe menjadi Raja Belgium.

Kelahiran

1944 - John Atta Mills, Presiden Ghana.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (20 Julai)

sumber: wikipedia

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon