Saturday, June 24, 2017

Skandal 1MDB Secara Ringkas, Berapa Banyak Wang Yang Hilang?

Skandal 1MDB Secara Ringkas, Berapa Banyak Wang Yang Hilang?

Mungkin sesetengah kita masih keliru tentang skandal 1MDB melibatkan ‘kehilangan’ puluhan bilion ringgit wang negara.

NAJIB+1MDB

Apa yang pasti, skandal terbesar dalam sejarah Malaysia ini telah membabitkan nama Perdana Menteri, Najib Razak sendiri.

Ramai yang tertanya-tanya apa dan berapakah jumlah nilai yang telah diseleweng serta apa pula kaitannya dengan rakyat Malaysia.

Bercakap dalam Sidang Meja Bulat Selamatkan Malaysia, Tony Pua berkata, jumlah wang yang ‘digelapkan’ ialah AS$5.612 bilion atau RM24.7 bilion.

RM24.7 bilion jumlah pelaburan yang ‘diangkat’ dari akaun 1MDB sudah hilang.

Ini tak termasuk kerugian daripada aktiviti dan transaksi ‘rasmi’ seperti pengambilalihan syarikat penjanakuasa, fi (caj) melampau kepada Goldman Sachs, diskaun bon luar biasa, pelaburan hartanah dan sebagainya.

Apa dan berapa jumlah yang diseleweng?

1) AS$1.83 bilion – Pelaburan Petrosaudi

2) AS$1.367 bilion – “Cagaran” Aabar (BVI)

3) AS$0.855 bilion – “Cagaran Tambahan” Aabar (BVI)

4) AS$1.56 bilion – Pelaburan 1MDB “Global Investment”

Jumlah: AS$5.612 bilion atau RM24.7 bilion

1MDB bukanlah agensi kerajaan. Namun, apa yang pasti, 1MDB ialah syarikat pembangunan milik penuh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Kerajaan juga turut memberi beberapa pinjaman dan jaminan hutang yang dibuat oleh syarikat itu.

Jumlah jaminan hutang, pendahuluan dan lain-lain bayaran yang dijamin kerajaan berjumlah RM39.8 bilion dan ini belum termasuk pinjaman lain yang melibatkan projek Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange (TRX) dan lain-lain.

Berikut disenaraikan apa dan berapa yang terpaksa ‘ditanggung’ rakyat Malaysia:

5) RM5.0 bilion – Bon 30 tahun jaminan kerajaan (2009)

6) RM0.8 bilion – Pinjaman 10 tahun dari SOCSO pada 2010 (dijamin kerajaan)

7) US$3.5bn – Bon 10 tahun dijamin IPIC yang ditanggung MOF Inc (Kementerian Kewangan Diperbadankan) (2012)

8) AS$3.0 bilion – Bon 10-tahun, “Surat sokongan” kerajaan (2013)

9) AS$1.0 bilion – Pendahuluan IPIC, ditanggung by MOF Inc (2015)

10) AS$0.23 juta – Bayaran faedah oleh IPIC, ditanggung MOF Inc (2015/6)

Jumlah = RM5.8 bilion + AS$7.73 bilion = RM39.8 bilion

11) Oleh kerana hutang 1MDB terlalu besar dan membebankan, kerajaan terpaksa pula ‘tutup lubang’ hutang 1MDB melalui Projek East Coast Rail Link (ECRL) yang berjumlah RM30 bilion melibatkan syarikat China Communications & Construction Company (CCCC).

Bagaimana hutang 1MDB ditutup?

Kos Projek East Coast Rail Link (ECRL) ialah RM30 bilion manakala kontrak yang ditawar kepada CCCC berjumlah RM55 bilion.

Persoalannya, jika kos projek ECRL berjumlah RM30 bilion, mengapa kontrak yang ditawar kepada syarikat dari negara China itu mempunyai lebihan RM25 bilion?

“…kekhuatiran terbesar rakyat Malaysia bahawa projek dengan kos berlebihan sebanyak RM55 bilion ECRL ini merupakan cubaan untuk menyedut sehingga RM25 bilion untuk membayar hutang 1MDB, bagi menutupi puluhan bilion ringgit yang telah diubah secara haram di luar negara” – Petikan dari kenyataan bersama pimpinan Pakatan Harapan bertarikh 15 November 2016.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Watak Terbaharu Diburu DOJ Skandal 1MDB

sumber: roketkini

8 Cara Menyambut Hari Raya Menurut Sunnah Nabi SAW

8 Cara Menyambut Hari Raya Menurut Sunnah Nabi SAW

Setelah sebulan menahan nafsu, lapar dan dahaga alangkah baiknya jika hari raya disambut mengikut syariat Islam.

Hari Raya

Terdapat pelbagai amalan baik yang boleh dilakukan untuk menyambut hari raya Aidilfitri sesuai dengan ajaran Rasulullah SAW yang mana baginda telah menunjukkan contoh terbaik meraikan Aidilfitri.

Antara cara terbaik menyambut hari raya adalah:

1. Bertakbir

Melaungkan takbir adalah disyariatkan pada hari raya Aidilfitri yang mana waktu yang dibolehkan bertakbir adalah pada malam hari raya sehinggalah solat sunat hari raya.

Digalakkan untuk terus bertakbir di tempat yang sesuai asal saja tidak sampai membuat orang lain merasa terganggu.

2. Mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri dengan doa

Kebiasaannya kita akan mendengar saudara mara, rakan dan taulan mengucapkan "selamat hari raya, maaf zahir batin".

Tetapi ada ucapan yang lebih bertepatan dengan sunnah yang mana dilafazkan oleh para sahabat baginda yang berupa satu doa.

Lafaznya berbunyi, 'Taqaballahu Minna wa minkum' yang maksudnya: Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu.

Jadi, apa kata kita ubah sedikit cara pengucapan kita yang mana di samping mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin, kita panjatkan sama doa ini.

Moga-moga Allah mendengar doa kita dan menerima segala amal kebaikan kita dalam bulan Ramadhan yang telah berlalu.

3. Melakukan Qiamullail

Sesuatu amalan yang baik adalah amalan yang walau sedikit tetapi dilakukan secara istiqomah.

Pastinya ramai orang mengambil kesempatan di bulan Ramadhan untuk memperbanyakkan amalan seperti membaca Al-Quran, berzikir, bersedekah di samping melakukan Qiamullail yang mana setiap amalan dijanjikan pahala berlipat kali ganda.

Menjelang syawal, janganlah pula kita tinggalkan amalan-amalan ini, sebaliknya teruskan segala amalan baik ini dengan istiqamah untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

4. Mandi sunat Aidilfitri

Sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri, anda disunatkan mandi, bersugi dan membersihkan diri.

Disunatkan memakai bau-bauan yang wangi bagi orang lelaki dengan bauan yang sederhana.

Janganlah anda mengabaikan kebersihan diri agar tidak mengganggu jemaah lain untuk melakukan ibadah dengan bauan anda yang tidak menyenangkan.

5. Makan sebelum solat Aidilfitri

Berpuasa pada hari raya pertama adalah haram. Sesuai dengan amalan Rasulullah, baginda akan makan sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Nabi Muhammad SAW akan makan beberapa biji tamar dalam bilangan yang ganjil sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Bagi anda, jika tiada tamar, makanlah apa saja, asalkan baik dan dari sumber yang halal sebagai tanda mengikut sunah nabi.

6. Memakai pakaian yang baik

Pakailah pakaian yang terbaik pada pagi hari raya seperti yang disunatkan. Imam Syafie pernah berkata, "Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari raya, hari Jumaat, di majlis perkahwinan dan pakailah wangi-wangian.

Kaum wanita juga disunatkan memakai pakaian yang terbaik tetapi janganlah tabarruj iaitu berlebihan sehingga menjadi zina mata dan fitnah.

7. Berjalan kaki ke tempat solat

Rasulullah SAW menuju ke tempat solat dengan berjalan kaki melalui jalan yang berbeza pergi dan balik.

Rasulullah melakukan amalan tersebut supaya baginda dapat bertemu dengan sahabat yang berbeza di sepanjang perjalanan.

Hikmah daripada perbuatan baginda ialah silaturrahim yang dicipta antara Baginda dan para sahabat semakin erat dan mereka dapat bertemu serta bersalam salaman sambil mengucapkan Selamat Hari Raya dan berdoa untuk satu sama lain.

8. Menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri

Solat sunat Aidilfitri boleh sahaja dilakukan di mana-mana sama ada secara berjemaah di masjid, surau ataupun di tempat-tempat yang dikhaskan untuk solat Hari Raya ataupun dilakukan secara bersendirian di rumah.

Rasulullah SAW ketika dahulu mengadakan solat sunat hari raya di kawasan lapang dan bukan di masjid.

Ini bagi membolehkan baginda berdakwah dalam apa jua keadaan dan menyampaikan ilmu melalui khutbah ke seluruh umat semasa mereka berkumpul termasuk wanita yang sedang haid.

Selamat menyambut hari raya.

BACA INI JUGA: Pemberian Duit Raya, Sedekah Atau Beban?

sumber: edisirakyat

Tahukah Anda Sebuah Motosikal MotoGP Boleh Mencecah RM8 Juta!

Tahukah Anda Sebuah Motosikal MotoGP Boleh Mencecah RM8 Juta!

Dalam keasyikan menyaksikan kegagahan jentera-jentera MotoGP bersaing, tahukah anda kos jentera-jentera yang digunakan dalam perlumbaan itu boleh mencecah sehingga RM8 juta?

MotoGP

Ingin tahu sebab apa? Butirannya seperti berikut:

Dihasilkan Menggunakan Tangan

MotoGP

Motosikal-motosikal dalam perlumbaan ini semuanya satu-satunya 'jenis prototaip' yang dicipta dengan menggunakan teknologi terkini yang ada dalam industri motosikal.

Seorang pakar dalam MotoGP berkata setiap motosikal adalah buatan tangan dan setiap enjin dicipta secara individu.

Enjin motosikal MotoGP dicipta untuk memberi prestasi memuncak dan tahan lasak dalam sebanyak perlumbaan yang mungkin.

Bahagian yang rare

MotoGP

Barangan-barangan untuk membuat sebuah motosikal MotoGP tidak boleh didapati di kedai-kedai motosikal tepi jalan. Setiap bahagian yang dipasang sangat terhad dan kebanyakannya dibuat secara custom.

Sebagai contoh, apabila sebuah motosikal CBR1000RR dicipta, beribu-ribu bahagian seperti cip kawalan tujahan elektronik dan penyerap hentakan boleh laras akan dihasilkan, jadi harga setiap barangan itu sangat mahal.

Malah, enjin yang memacu motosikal MotoGP pasukan Repsol Honda sahaja sudah memakan kos sebanyak $220,000 (~RM1 juta).

Material yang mahal

Bagi memastikan jentera yang dinaiki kekal ringan tapi kukuh, banyak material yang eksotik dan mahal seperti titanium, magnesium dan gentian karbon digunakan, dari pembikinan enjin, ke casis hinggalah ke bahagian-bahagian penutupnya.

Teknologi

MotoGP

Salah satu penyebab mengapa kos sesebuah motosikal MotoGP boleh mencecah RM8 juta adalah disebabkan oleh teknologi.

Selain teknologi untuk prestasi, motosikal MotoGP turut dilengkapi dengan pelbagai sensor bagi tujuan analisis data.

Menurut pakar, motosikal-motosikal itu mempunyai dari 30 ke 40 sensor untuk mengumpul data-data seperti data suspension, brek, haba ekzos, sudut kemudi dan lain-lain.

Apabila motosikal itu selesai sesebuah perlumbaan atau ujian, kesemua data itu akan dimuat turun dan dianalisis.

Pakai dan Haus

MotoGP

Satu lagi penyebab kos motosikal ini mahal adalah kerana 'pakai dan haus'. Setiap komponen yang digunakan ketika perlumbaan hanya mampu bertahan beberapa jam sahaja.

Malah, bagi setiap jenis jalan juga mempunyai komponen tayar yang berlainan jenisnya.

RM8 juta itu pun tidak lagi termasuk kos penyelidikan dan pembangunan.

Jika memasukkan sekali kos itu, harganya pasti akan menjadi lebih mahal. Perg!!

BACA INI JUGA: Motosikal Enjin Diesel Sudah Dicipta Tapi Kenapa Tidak Dikomersilkan?

sumber: siakapkeli

Sejarah Skandal Forex Bank Negara Malaysia 1991-1993

Sejarah Skandal Forex Bank Negara Malaysia 1991-1993

Wajarkah Bank Negara Malaysia (BNM) berspekulasi di pasaran pertukaran wang asing? Tidak. BNM tidak boleh sama sekali terlibat di dalam kegiatan spekulasi di dalam pasaran wang kerana risiko kerugian daripada kegiatan ini amat tinggi.

Skandal forex 1992-1993

Fungsi sebenar BNM adalah sebaliknya, iaitu, memerangi kegiatan spekulasi.

Di dalam pasaran pertukaran wang asing khususnya, fungsi teras BNM ialah menjaga dan melindungi nilai Ringgit Malaysia (MYR) berbanding nilai matawang asing khususnya matawang rakan dagang utama negara seperti Dolar Amerika (USD), Ringgit Singapura, Paun British (GBP), Deutch Mark (DM), Yen, Swiss Franc, French Franc dan sebagainya.

BNM mesti melindungi MYR dari serangan spekulatif dan menjaga nilai pertukaran MRY supaya sentiasa stabil dan pasaran wang setiasa cukup kecairan.

Bilakah BNM mula terlibat di dalam kegiatan spekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing?

BNM mula melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi di pasaran pertukaran wang apabila Tan Sri Jaffar Hussien (arwah) dilantik Gabenor pada tahun 1985.

Gabenor-Gabenor sebelum beliau – Tun Ismail Ali (arwah) dan Tan Sri Aziz Taha (meletak jawatan) – semuanya menentang kegiatan spekulasi matawang.

Malah, mereka sentiasa mempertahankan BNM sebagai badan yang harus bebas dari campur tangan pemerintahan.

Kerana tidak rela dijadikan “budak suruhan” kepada Menteri Kewangan yang mengarahkan Tan Sri Aziz berbuat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip dan etika bank pusat, beliau memilih meletakkan jawatan.

Mungkin, antaranya, beliau enggan berspekulasi di pasaran wang asing.

Isyarat bahawa BNM akan bersepekulasi di pasaran pertukaran wang asing disebut di dalam satu syarahan yang disampaikan oleh TSJH di Delhi dalam tahun 1989.

Beliau menyebut bahawa beliau telah menambahkan dimensi ketiga dan keempat kepada pengurusan rizab BNM, iaitu, mengoptimamkan keuntungan dan membangunkan kemahiran berurusniaga di dalam pasaran wang asing.

Sebelum ini, teras utama pengurusan rizab adalah menjaga dan melindunigi nilai MYR dan mengekalkan kecairan di dalam pasaran.

Sejak dari itu bermulalah penglibatan BNM dalam kegiatan spekulasi di pasaran wang asing dalam skala besar dengan tujuan menjana keuntangan maksimam sehingga mengkesampingkan teras utama pengurusan rizab.

BNM bukan lagi berspekulasi di dalam pasaran untuk menjaga nilai ringgit tetapi berjudi dengan harapan mendapat untung besar dan segera.

Bila ada pihak yang bertanya kenapa BNM berspekulasi secara besar-besaran sedangkan tidak ada mana-mana bank pusat yang berbuat demikian, maka TSJH sering memberi alasan “untuk mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi.”

Ini terbukti palsu kemudiannya apabila kerugian besar akibat berjudi terdedah dan nilai pertukaran asing MYR merudum dalam tahun 1997-98 diserang spekulator.

Berapa besar dana digunakan BNM untuk berjudi di dalam pasaran pertukaran asing?

Kerana ketiadaan penyiasatan, jumlah dana terlibat sukar diperinci tetapi, pakar-pakar pasaran memang mengetahui bahawa pada satu ketika BNM (sebelum skandal terdedah) adalah pemain terbesar di dalam pasaran pertukaran wang asing di dunia.

Lawannya hanyalah George Soros, seorang “penyangak matawang.”

Akhbar Reuter pernah melaporkan bahawa BNM adalah “sebuah kuasa yang dominan di dalam pasaran pertukaran wang sejak beberapa tahun kebelakangan ini (itu).

Bahawa, BNM telah menjana keuntungan yang agak lumayan dari kegiatan itu sejak sebelum tahun 1992-93, telah mendorong BNM untuk bermain di dalam pasaran pertukaran asing dalam skala yang lebih besar.”

Pedagang-pedagang matawang asing biasanya berjual beli dalam lot USD1 juta, USD5 juta dan paling tinggi USD 10 juta.

Tetapi BNM berniaga dalam lot USD 50 juta dan kadang-kadang dalam lot USD1 bilion (dalam istilah pasaran, ini dipanggil satu ela) dalam sehari.

Amat jarang sekali peniaga matawang asing berjual beli dalam lot yang besar. Penanding yang paling hampir kepada BNM dalam kegiatan jual beli di dalam pasaran pertukaran asing ini ialah pengurus-pengurus dana Jepun.

Itu pun mereka berani bermain paling tinggi dalam lot USD50 juta dan setakat sekali atau dua kali setahun. BNM bermain dalam lot-lot besar ini setiap hari.

Ertinya, BNM memang berjudi di dalam pasaran, satu aktiviti yang tidak ada kena-mengena langsung dengan fungsi “mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi.”

Strategi BNM ialah membeli dahulu sesuatu matang wang dalam jumlah beberapa bilion USD dan setelah urusan pertama ini selesai (selang beberapa minit sahaja), ia akan membeli beberapa bilion USD lagi.

Ini menjana kejutan di dalam pasaran dan pedagang-pedagang lain menjadi panik dan akan tergesa-gesa membeli matawang berkenanan.

Akibatnya, harga akan naik dan ketika itulah BNM menjual pegangannya dan menjana keuntungan lumayan. Akhirnya, pedagang-pedagang lain akan tahu helah ini dan bila mereka tahu, mereka akan bertindak balas. Maka bertemulah buku dengan ruas.

Dalam tahun 1992, BNM berjudi di dalam Paun British (GBP). Ia membeli dengan jangkaan GPB akan naik nilai.

Pada masa yang sama, George Soros membuat “short selling” ke atas GBP (jual dulu dan beli kemudian) kerana dia menjangka nilai GBP akan jatuh di masa hadapan.

Jangkaan soros tepat. Nilai GBP jatuh. BNM rugi USD5.5 bilion dan Soros untung USD1.7 bilion.

TSJH berbohong dengan mengumumkan bahawa BNM hanya rugi di atas kertas sebanyak RM9.3 bilion. Hanya kemudian (dalam tahun 1993) beliau mengakui BNM rugi RM10.1 bilion.

Pakar-pakar membuat anggaran bahawa kerugian sebesar itu hanya boleh terjadi kalau BNM berspekulasi dalam pasaran sebanyak US27-33 bilion.

Jumlah ini 5 kali ganda jumlah rizab BNM pada masa itu dan lebih besar dari nilai asset BNM, iaitu, USD20.7 bilion ketika itu, bermakna BNM sudah bankrap. Ini bukan hendak menjaga nilai ringgit dan mengawal inflasi, ini berjudi sakan.

Perjudian BNM di dalam pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika (Federal Reserve Bank) dan Gabenornya pada masa itu, Alan Greenspan telah menggesa BNM menghentikan segera perbuatan itu.

Tetapi, BNM terus bermain judi dan akhirnya rugi besar lagi dalam tahun 1993.

Akhbar “Malaysia Business” melaporkan bahawa pada kemuncaknya, BNM pernah berspekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing sehingga RM270 bilion (USD90-100 bilion).

Pedagang-pedagang matawang asing BNM amat agresif dan digelar “pembuli pasaran” (market bully). Mereka seolah-oleh diberi oleh bos mereka cek kosong, berbelanja ikut suka.

Sebenarnya, yang berjudi itu seorang sahaja, iaitu Nor Mohamed Yakcop. Khabarnya (berita yang hangat di kalangan kakitangan BNM), apa yang beliau buat ialah beliau berjual beli menggunakan komputer orang lain – pegawai-pegawai di bawah beliau.

Beliau akan bergerak dari satu komputer ke satu komputer sehingga pasaran melihat BNM mempunyai ramai pedagang matawang asing yang agresif walhal yang agresif hanya seoarng sahaja.

Beliau selalu datang mesyuarat lambat dan ketika mesyuarat sedang berjalan, keluar pergi ke kamar dagangan (dealing room).

Beliau membuat laporan palsu kepada Gabenor tetapi kerana dia licik, maka Gabenor percaya semua laporan sehinggalah “nasi telah menjadi bubur” barulah Gabenor sedar orang yang dipercayainya selama ini telah bermain kayu tiga dengan beliau, buat cerita dongeng.

Berapa besarkah kerugian yang ditanggung BNM akibat dari perjudian itu?

Memang sukar diketahui dengan tepat tanpa penyiasatan. Lim Kit Siang pernah menyebut di parlimen bahawa jumlah kesemua kerugian ialah RM30 bilion, satu jumlah yang amat menggerunkan. Inilah jumlah kerugian yang paling kerap disebut di kalangan pemain pasaran.

BNM mengakui kerugian sebanyak RM10.1 bilion dalam tahun 1992 dan RM5.7 bilion dalam tahun 1993. Jumlahnya RM15.8 bilion, kira-kira setengah dari anggaran pakar.

Jumlah yang diakui oleh BNM itu memang secara muslihat direndahkan. Sebahagian kerugian itu disorokkan melalui menilai semula pegangan emas BNM pada harga pasaran yang telah menjadi lebih tinggi berbanding harga mula-mula ia dibeli dan menilai pelaburan BNM dalam saham tersenarai dan beberapa lagi harta yang lain.

BNM juga menggunakan “creative accounting” bagi menyorok kerugian. Kerugian telah ditukarkan menjadi “harta” dengan mencipta istilah baru perakaunan, iaitu, “deferred expenditure” atau “perbelanjaan tertunda” – wang telah dibelanjakan dahulu tetapi akan dibayar secara ansuran kemudian. Ini adalah penipuan. TSJH, seorang akauntan bertauliah, telah menderhakai profesyen beliau sendiri.

Siapa yang bertangungjawab di atas kerugian?

BNM berjudi di pasaran pertukaran matawang asing semasa Tun Daim Zainuddin (TDZ) menjadi Menteri Kewangan. Semua orang maklum, TDZ ini seorang spekulator besar dalam pasaran saham.

Beliau menjana kekayaan melalui spekulasi di pasaran saham dan dengan nada angkuh beliau pernah dilaporkan berkata, “Apa yang saya jana di pasaran saham itu hanyalah duit poket saya.”

Diyakini bahawa arahan “pergi buat duit di pasaran pertukaran asing” kepada BNM datangnya dari TDZ dan tentunya direstui oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad (TMM). Umum mengetahui kedua-dua mereka rapat, bagaikan isu dengan kuku.

Arahan itu dilaksanakan kerana BNM memiliki seorang Gabenor yang berwatak “Yes Man” bukan macam Tun Ismail Ali dan Tan Sri Aziz Taha.

Harus diingat TDZ – kerana gagal menundukkan Tan Sri Aziz Taha dengan arahan tidak munasabah – telah berjaya menekan Tan Sri Aziz sehingga beliau meletak jawatan. Gabenor TSJH pula mempunyai “Yes Man” lapisan kedua, iaitu, Nor Mohamed Yakcop.

Pada peringkat BNM, kerugian gergasi ini adalah tanggungjawab TSJH dan Nor Mohamed Yakcop sepenuhnya.

Mereka, walau bagaimanapun mengambil arahan daripada dan membuat laporan terus kepada TDZ dan TMM mengenai permainan mereka di pasaran matawang ini. Pegawai tinggi BNM yang lain tidak tahu apa-apa. Timbalan Gabenor pada masa itu, Tan Sri Dr. Lin See Yan diketepikan.

Sesungguhnya, mereka berdua telah terpesong jauh dari batasan (went overboard) dalam memperjudikan harta BNM di pasaran pertukaran asing.

Mereka bukan berspekulasi tetapi berjudi secara cuai dan tidak bertanggung jawab dengan tidak mengendahkan langsung tentang keselamatan harta BNM dan harta negara.

Mungkin mereka bernafsu besar untuk mengalahkan Goerge Soros yang dikenali sebagai “raja perompak” (robber baron) bertujuan memenangi hati bos mereka bahawa mereka mempunyai kepakaran tanpa tolok banding di dalam urusniaga matawang asing.

Jadi, empat orang adalah orang yang harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kerugian gergasi yang ditanggung BNM akibat perjudian di pasaran pertukaran asing – Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan, Tun Dain Zainuddin, Gabenor, Tan Sri Jaffar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop.

Bila Anwar Ibrahim mengambil alih sebagai Menteri Kewangan dalam tahun 1991, BNM memang sudah terperangkap di dalam perjudian di pasaran.

Beliau dinafikan maklumat mengenai keterdedahan BNM dalam pasaran pertukaran asing – berapa besar pelaburan, untung atau rugi, semuanya disembunyikan dari beliau. Beliau mendapat maklumat serpihan dari pihak ketiga.

Beliau, seperti yang diakui, pernah meminta maklumat terperinci dari Gabenor TSJH tetapi beliau disuruh pergi memintanya daripada Perdana Menteri.

Bila DSAI dilantik Menteri Kewangan, kerugian telah menggunung – “nasi telah menjadi bubur” dan apa yang boleh beliau buat hanyalah menghentikan pendarahan dan itu beliau telah berjaya buat.

Beliau “membuang” Gabenor dan Nor Mohamed Yakcop dari BNM pada pertengahan tahun 1994 selepas pembentangan laporan Tahunan BNM 1993 yang mendedahkan kerugian dari spekulasi wang asing itu. Beliau juga melarang sama sekali BNM dari bersepekulasi di pasaran matawang asing. Larangan ini berkuatkusa hingga kini.

Kenapa orang yang bertanggungjawab dibiarkan lepas-bebas?

Nor Mohamed Yakcop dipaksa meletak jawatan pada Julai 1994, satu hukuman yang amat ringan berbanding jenayah yang telah beliau lakukan terhadap negara.

Malah, beliau kemudiannya diberi habuan lebih besar – kembali ke BNM dan menjadi menteri kabinet.

TSJH juga dipersilakan meletakkan jawatan tetapi dengan segera dilantik menjadi Timbalan Pengerusi PNB sebagai habuan.

Sejak dari itu, beliau hidup murung – jarang mendapat liputan media – dan dua tahun kemudian beliau menginggal dunia akibat penyakit barah.

Kenapa skandal kerugian pertukaran asing BNM tidak disiasat?

Ini adalah kerana, pertama, pemimpin tertinggi negara nampaknya terlibat dan bersekongkol dalam perjudian ini.

Kedua, penyiasataan mungkin mendedahkan banyak kepincangan dan perkara buruk yang boleh membawa kacau bilau politik kepada golongan berkuasa.

Ketiga, perincian-perincian skandal ini mungkin terlalu mengerikan (too gruesome) kepada umum dan boleh menyebabkan malu besar kepada golongan berkuasa, sekiranya didedahkan.

Keempat, wujud unsur-unsur jenayah di dalam skandal berkenaan yang boleh menyebabkan orang bertanggungjawab masuk penjara bukan masuk kabinet seperti yang berlaku sekarang.

Sekadar perkongsian.

BACA INI JUGA:

sumber: piphijau

Sakit Telinga Setiap Kali Di Tempat Tinggi, Anda Mungkin Alami ‘Barotrauma’

Sakit Telinga Setiap Kali Di Tempat Tinggi, Anda Mungkin Alami ‘Barotrauma’

Anda selalu mengalami sakit telinga ketika menaiki kapal terbang? Anda mungkin mengalami barotrauma. Apa itu barotrauma?

Barotrauma

Barotrauma bermaksud keradangan pada telinga yang disebabkan oleh perubahan tekanan udara di dalam telinga.

Ia sering kali berlaku jika terdapat perubahan altitude dalam jangka masa pendek. Masalah ini seringkali terjadi kepada traveller dan juga diver.

Sebelum saya terangkan lebih lanjut tentang barotrauma, lebih bagus jika kita dapat mengetahui tentang struktur dan fungsi telinga kita.

Struktur telinga

Telinga terbahagi kepada 3 bahagian; telinga luar, tengah dan dalam. Telinga luar terdiri daripada cuping telinga dan salur telinga. Ia berfungsi sebagai pengumpul suara.

Telinga tengah terdiri daripada gegendang telinga, tympanic cavity, dan ossicles. Bunyi yang masuk akan melalui telinga tengah dan menyebabkan gegendang telinga dan ossicles bergetar.

Telinga dalam terdiri daripada saraf pendengaran, koklea dan salur separuh bulat. Getaran dari telinga tengah akan tukarkan kepada electrical impulse seterusnya dihantar ke otak untuk diproses.

Selain 3 bahagian telinga yang dinyatakan, terdapat satu lagi tiub yang sangat penting; Tiub Eustachian. Tiub ini menyambungkan telinga tengah dengan nasopharynx.

Tiub Eustachian berfungsi untuk keluarkan air dari telinga dan juga menyeimbangkan tekanan di dalam telinga.

Bagaimana barotrauma berlaku?

Barotrauma

Barotrauma berlaku disebabkan oleh perubahan tekanan udara. Selalunya terjadi ketika terbang atau menyelam (diving).

Jika Eustachian tube tidak dapat berfungsi dengan baik, kebarangkalian untuk mendapat barotrauma adalah tinggi.

Ini kerana perubahan tekanan akan menyebabkan telinga tengah menjadi vakum seterusnya menarik gegendang telinga ke dalam.

Seterusnya akan menyebabkan anda berasa sakit telinga, telinga terasa seperti tersumbat dan tidak dapat mendengar dengan jelas.

Dalam kes yang teruk, anda mungkin mengalami ruptured eardrum (telinga berdarah, cecair keluar dari telinga).

Bagaimana untuk mengelak berlakunya barotrauma?

Pastikan Eustachian tube berfungsi dengan baik. Bagaimana? Pastikan anda tidak demam, selesama dan tiada sebarang sinus/allergy ketika travel. Jika demam atau selesema, anda disarankan untuk susun semula dan ubah jadual perjalanan anda.

Jika tidak boleh, anda boleh mengambil langkah-langkah keselamatan ini:
  1. Ambil decongestant sekurang-kurangnya 1 jam sebelum penerbangan.
  2. Ambil Antihistamines.

Tips untuk mengelak barotrauma:
  1. Kunyah gula-gula getah atau gula-gula. Pilih gula-gula yang agak keras seperti Hacks.
  2. Jika tiada gula-gula, anda boleh menguap atau cuba telan air liur sekerap mungkin.
  3. Penggunaan earplug dapat mengurangkan perubahan tekanan udara
  4. Pastikan anda tidak tidur ketika kapal terbang mendarat.
  5. Bagi ibu bapa yang membawa anak kecil, anda boleh menggunakan pacifier (puting mulut) atau botol susu, dan berikan kepada bayi untuk dihisap. Ini membantu untuk membuka Eustachian tube.
  6. Pastikan anak anda duduk tegak ketika kapal terbang mendarat.

Pakar turut menyarankan teknik Valsalva dan Toynbee yang boleh diamalkan oleh traveller dewasa yang sihat.

Valsalva

Tarik nafas, tutup mulut, picit hidung. Kemudian perlahan-lahan hembus nafas sehingga telinga berasa clear (‘pop’).

Amaran: Jangan hembus terlalu kuat kerana ia akan menyebabkan gegendang telinga pecah. Jika anda demam, selsema atau ada alergik, jangan sesekali mencuba teknik ini. Ia boleh sebabkan anda mengalami jangkitan telinga yang serius.

Toynbee

Teknik ini agak tidak terkenal seperti Valsalva. Namun ia sangat berguna jika anda demam, selesema atau alergik dan pada masa yang sama mengalami aerotitis.

Caranya; tutup mulut dan hidung. Kemudian cuba telan air liur beberapa kali sehingga tekanan kembali stabil.

Jika kedua-dua cara tidak berkesan, picit hidung kemudian tarik nafas melalui mulut dan perlahan-lahan lepas melalui hidung yang tertutup.

Jangan hembus terlalu kuat kerana ia akan menyebabkan gengendang telinga anda pecah.

Selalunya barotrauma akan hilang dalam masa yang cepat tanpa sebarang komlikasi. Jika masalah ini berterusan, segeralah berjumpa doktor.

BACA INI JUGA: Pelik! Tutup Telinga Untuk Mengelak Bau Busuk

sumber: thevocket

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (24 Jun)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (24 Jun)

Tanggal 24 Jun merupakan hari ke 175 (hari ke 176 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 190 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Battle of Bannockburn

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Perang Carabobo di Venezuela (1821), Hari Kebangsaan (Hari Santo-Jean-Baptiste) di Quebec, Kanada dan juga sambutan Hari Perayaan John Pembaptis (Kristian).

Peristiwa

1128 - Afonso I dari Portugal bertempur dalam Pertempuran São Mamede, langkah pertama dalam mencapai kemerdekaan Portugal dari Galicia.

1314 - Scotland mencapai semula kemerdekaan selepas angkatan tentera yang diketuai Robert si Bruce menewaskan Edward II dari England dalam Pertempuran Bannockburn (gambar).

1440 - Kolej Eton di Berkshire, England diasaskan oleh Raja Henry VI untuk memberikan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar miskin yang akan melanjutkan pendidikan ke King's College, Cambridge.

1535 - Negara Anabaptis Münster ditakluk dan kemudian dibubarkan.

1597 - Pelayaran Belanda pertama ke Hindia Timur tiba di Bantam, Jawa.

1622 - Perang Belanda-Portugal: Angkatan kecil Portugis menangkis serangan Belanda, satu-satunya pertembungan ketenteraan antara dua kuasa Eropah di tanah besar China.

1812 - Perang Napoleon: Grande Armée Perancis menyeberangi Sungai Neman, memulakan menyerang Rusia.

1880 - "O Canada", kini lagu kebangsaan Kanada, mula dinyanyikan sempena jamuan Hari Santo-Jean-Baptiste di Bandar Quebec, Quebec.

1947 - Laporan meluas pertama melihat UFO di Amerika Syarikat: Kenneth Arnold ternampak sembilan ceper berkilau dalam bentuk piring yang terbang berhampiran Gunung Berapi Rainier, Washington.

1948 - Perang Dingin: Kesatuan Soviet menyekat laluan ke sektor Amerika Syarikat, British dan Perancis di Berlin, Jerman.

1982 - Penerbangan 9 British Airways terbang ke dalam awan abu gunung berapi daripada letusan Gunung Galunggung, Indonesia, menyebabkan keempat-empat enjinnya mati.

2009 - Satu letupan bom mengorbankan 69 orang dan mencederakan lebih 150 lagi di kawasan bandar Sadr Baghdad.

2010 - 12 orang terbunuh semasa melintas landasan kereta api di sebuah stesen di Barcelona, Sepanyol.

2010 - Julia Gillard menjadi perdana menteri wanita Australia pertama selepas menewaskan Kevin Rudd dalam pemilihan parti memimpin Parti Buruh.

Kelahiran

1987 - Lionel Messi, pemain bola sepak FC Barcelona.

Kematian

1908 - Grover Cleveland, Presiden Amerika Syarikat ke-22.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 Jun)

sumber: wikipedia

Friday, June 23, 2017

Panduan Pengambilan B17 Aprikot Untuk Rawatan Kanser

Panduan Pengambilan B17 Aprikot Untuk Rawatan Kanser

Ramai sudah tahu mengenai apa yang dikatakan vitamin B17 dan keberkesanannya merawat pelbagai jenis kanser tetapi tak ramai yang boleh mengunyahnya kerana rasanya yang pahit.

B17 Biji Aprikot

Namun, bagi mereka yang sememangnya positif kanser rasa pahit bukan masalah besar, mereka akan cuba pelbagai kaedah untuk memasukkan sejumlah biji aprikot kedalam perut.

Malangnya, kebergantungan kepada biji aprikot semata-mata tidak memberikan impak maksima terutamanya kepada penderita kanser kronik tahap 3 dan 4.

Sesetengah jenis kanser memerlukan pengambilan sehingga 300 ke 400 biji aprikot sehari yang ramai yang merasakan amat sukar.

Tetapi itulah jumlah yang perlu diambil untuk memerangi kanser secara berkesan.

Pakar metabolik mencadangkan pengambilan 6 biji pil B17 500mg sehari jika anda ada kanser. 1 biji pil B17 500mg bersamaan dengan 175 biji aparikot.

Ini bermakna anda kena makan 1,050 biji aprikot dalam masa satu hari.

Itulah jumlah yang sepatutnya diambil oleh penderita kanser tahap 3 dan 4.

Satu perkara yang perlu diingat, pengambilan vitamin B17 semata-mata bukanlah jawapan lengkap dalam memerangi kanser namun ia adalah memadai sekurang kurangnya badan anda mempunyai pertahanan sementara dalam mencegah merebaknya sel kanser.

Itulah sebabnya ramai pengguna biji aprikot yang mengatakan kesakitan yang biasa mereka alami telah semakin berkurangan atau tiada kesakitan langsung.

Jika saya mempunyai kanser berapa banyakkah biji apricot yang perlu dimakan?

Mengikut amalan yang disyorkan oleh doktor pakar, anda perlu makan 1 atau 2 biji apricot setiap 1 jam waktu jaga anda.Yang terbaik ialah 3 hingga 5 biji setiap 1 jam.

Namun perlu diingat biji apricot mempunyai pelbagai gred yang menentukan kuanti B17 yang terkandung dalam setiap biji. Untuk memudahkan penilaiaan anda biji apricot yang terbaik dan punya kadar B17 yang tinggi ialah yang paling pahit.

Di Malaysia tika ini agak sukar untuk memperolehi biji apricot yang bergred tinggi disamping harganya agak mahal. Mampu mencecah RM150 setiap kg.

Oleh yang demikian adalah perlu anda menambahkan bilangan pengambilan untuk biji apricot yang berada dipasaran Malaysia.

Sebaik baiknya 10 biji setiap 1 jam namun, untuk memudahkan pengurusan pengambilan anda bolih memecahkan kekerapan diatas dengan membahagikan 24 jam dengan 3 atau 4 kali sehari.

Sebagai contoh, jika anda perlu mengambil 10 biji setiap jam; 10 x 24 = 240 biji / dengan 4 kali pengambilan = 60 biji setiap kali pengambilan.

Pengambllan seperti diatas untuk mereka yang telah disahkan mempunyai kanser. Untuk tujuan pencegahan memadai untuk anda makan 5 ke 10 biji sehari.

Untuk mereka yang tidak disahkan ada kanser kadangkala tumbuh bisul atau bintik-bintik hitam pada angota badan anda.

Itu adalah petanda B17 telah bertindakbals dengan sel-sel tisu anda yang bermasaalah. Teruskan pengambilan kerana ia akan beransur-ansur hilang.

Sesetengah orang akan mengalami symptom loya, pening dan khayal.

Vitamin B17 adalah komponen yang larut air. Ia tidak beracun. Ia umpama jika seseorang itu makan garam atau gula dalam kadar yang tinggi juga akan mengalami simptom yang sama.

Jika anda merasa seperti diatas sila kurangkan jumlah pengambilan dimulai dengan 10 biji setiap pengambilan. Ini penting untuk memberi ruang kepada badan anda menyesuaikan dengan B17.

Dan jika tiada lagi simptom diatas tambahkan sedikit demi sedikit sehingga kuanti 240 biji sehari dapat dipraktikkan.

Pengidap kanser perlu mengambil sehingga 300 biji sehari untuk B17 dapat bertindak secara lebih efisyen.

Seperkara lagi, jadual pengambilan hendaklah dipatuhi dengan disiplin yang tinggi tanpa tertinggal satu hari pun kerana 2 faktor.

Pertama, apabila B17 mula bertindakbalas dengan sel kanser ia memerlukan kuanti berterusan yang mencukupi untuk ia menjadi semakin aggerisif.

Kedua, pengambilan yang tidak tetap dan tersangkut-sangkut akan memberi peluang sel kanser anda membina sistem pertahanan yang lali B17 dan ini menjadikan rawatan tidak begitu efisyen.

Ia seperti anda mengambil pil atau cecair antibodi dimana jika anda tidak menghabiskan sukatan pengambilan anttibodi, virus akan menjadi imun kepada kuanti antibodi yang anda ambil dan pengambilan seterusnya perlukan antibodi yang lebih kuat.

Doktor pakar mencadangkan adalah baik untuk mengambil sedikit makanan sebelum mengambil biji apricot. Yang terbaik ialah dengan memakan sebiji pisang, nenas, epal atau makanan-makanan yang atau bersifat anti kanser.

Bolehkah saya mengambil B17 semasa sedang menjalani rawata kimoterapi?

Idea yang terburuk ialah dengan hanya bergantung kepada kimoterapi semata mata. Yang terbaik ialah ambil B17 walaupun anda sedang menjalani rawatan kimo.

Rawatan kimoterapi memusnahkan sel-sel yang sihat disamping memusnahkan sistem imun anda dimana untuk membaik pulih sistem imun bukan perkara mudah.

Jika anda sedang menjalani rawatan kimoterapi disamping memakan biji apricot, anda perlu mengambil beberapa vitamin dan enzim untuk memulihkan sistem imunisasi anda.

Paksa diri anda untuk makan banyak buah-buahan dan sayuran terutamanya yang kaya dengan vitamin C.

Saya menggunakan perkataan “paksa” kerana seringkali penderita kanser yang menjalani rawatan kimoterapi akan hilang selera makan dan ini menyebabkan mereka menjadi lemah dan tanpa immune system, B17 adalah tidak berguna.

Cara mudah ialah dengan mengamalkan dalam bentuk jus tanpa dicampur gula.

Setelah anda mendapati kanser semakin pulih, sila lupakan sahaja rawatan kimoterapi.

Perangkaan menunjukkan kebanyakkan pesakit kanser mati bukan kerana kanser yang dihidapi tetapi kerana binasanya immune system yang menyebabkan penderita kanser terdedah dengan pelbagai jenis penyakit lain terutamanya jangkitan paru paru.

Namun, ramai doktor samada secara sengaja atau tidak sering menyalahkan kanser sebagai penyebab kematian.

Bolehkah saya mengambil biji apricot dan vitamin serentak?

Boleh dan sangat digalakkan kerana B17 secara semulajadi memecahkan tembok protien yang mengelilingi sel kanser. Apabila tembok kanser ini dimusnahkan, immune system anda akan terus sahaja memusnahkan sel kanser.

Namun ada petunjuk yang mengakui B17 secara bersendirian juga mampu untuk membunuh sel kanser.

Apa yang perlu saya ambil bersama B17?

Jika anda positif kanser, anda perlu mengambil vitamin C dengan kadar yang mencukupi dan juga enzim Pankreas.

Inilah yang diamalkan oleh Dr Manner yang menjadi pelopor dalam rawatan terapi metabolic B17 atau amalkan memakan buah nenas dan buah betik.

Apa akan terjadi kepada tubuh jika pankreas lemah?

Pankreas adalah kilang penghasilan enzim dan immune system badan. Pankreas menjadi lemah apabila kita makan terlalu banyak makanan yang memerlukan pankreas mengeluarkan enzim pencernaan secara berterusan dan lama.

Ia menjadi lebih buruk sekiranya kita tidak mengambil makanan-makanan yang membantu pankreas untuk terus mempunyai stok yang mencukupi.

Umpamanya, jika kita makan terlalu banyak daging, pankreas akan dikerah untuk menghasilkan enzim pencernaan protien trypsin dan chemotrypsyin yang sepatutunya digunakan untuk menghuraikan protien pada sel kanser.

Ketidakupayaan pankreas untuk menghasilkan enzim-enzim ini akan menyebabkan sel kanser menjadi semakin kuat dan merebak dengan sangat cepat sehingga tidak ada apa lagi yang boleh dilakukan oleh pankreas dalam membendung merebaknya kanser.

Pada saat ni adalah penting kita membantu pankreas dari luar dengan mengambil supplemen berkaitan enzim.

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk kanser mati setelah saya mengambil B17?

Doktor pakar mengatakan sel kanser akan mati serta merta.

Kanser tulang akan mengambil sedikit masa kerana B17 perlu diserap jauh kedalam badan.

Kanser kulit bertindak balas lebih cepat iaitu dalam masa satu minggu untuk menampakkan perubahan samada pada bonjolan dipermukaan kulit atau parut yang akan beransur hilang.

Kanser serviks dalam jangkamasa 3 minggu.

Carcinoma mengambil masa 3 minggu untuk pulih.

Bagaimana B17 dapat membantu?

Jika anda mempunyai kanser dan terus memulakan terapi B17, pelung sembuh adalah sekitar 98 peratus.

Hospital Del Rio Tijuana memaparkan kadar kesembuhan 100 peratus bagi mereka yang tidak menjalani rawatan kimoterapi dan sinaran radiasi.

Untuk mereka yang sedang atau telah menjalani rawatan kimoterapi, peratus sembuh bergantung kepada berapa kronik kanser anda dan tahap kemusnahan yang diakibatkan oleh kimoterapi dan pancaran radiasi.

Walau bagaimanapun, adalah mustahak anda mengambil B17 kerana ia akan menampakkan kesan walaupun agak perlahan dan sedikit berliku kerana kondisi anda yang dilemahkan oleh merebaknya kanser dan kemusnahan yang diakibatkan olih kimoterapi.

Kenapa doktor tidak menggunakan B17?

Doktor diajar dari awal bahawa leateril tidak berkesan dan berbahaya untuk digunakan pada pesakit kanser.

Mereka hanya berpegang kepada 2 buah buku mengenai ketidak berkesanan leateril yang dihasilkan melalui kajian palsu.

Bahkan, doktor yang menperskripsi pesakit kanser dengan B17 menghadapi risiko digantung lessen perubatan mereka.

Doktor hanya berpegang kepada tiga kaedah rawatan kanser yang diajar disekolah perubatan iaitu pembedahan,sinaran radiasi dan kimoterapi.

Adalah dipercayai semua maklumat-maklumat penting mengenai keberkesanan B17 ini telah ditutup oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat melalui FDA untuk memberi laluan kepada farmasi gergasi mengaut keuntungan berbilion dolar hasil penjualan ubat kimo dan penjualan peralatan berkaitan rawatan kanser.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Vitamin B17 Biji Aprikot Berkesan Mencegah Dan Membunuh Sel Kanser

sumber: cafemlm

Apa Sebenarnya Permainan ‘Fidget Hand Spinner’?

Apa Sebenarnya Permainan ‘Fidget Hand Spinner’?

Kalau dulu ada permainan bottle flipping, kini muncul pula permainan baru yang dikenali dengan nama fidget hand spinner. Apakah permainan ini?

Fidget Hand Spinner

Memperkenalkan fidget hand spinner, sebuah gajet terbaru yang mempunyai dua atau tiga cip bulatan di sekitarnya dan sebuah pad di tengah-tengahnya untuk meletakkan jari anda.

Gajet ini hanyalah sebuah alat permainan yang kecil dari tapak tangan anda.

Spinner ini juga datang dalam pelbagai jenis bentuk logam seperti besi tembaga, besi keluli dan banyak lagi.

Dikatakan, lebih berat jenis besi yang digunakan lebih lama ia boleh berputar.

Bagaimana ingin menggunakannya?

Hanya dengan satu putaran sahaja. Anda hanya perlu meletakkan ibu jari anda di atas pad itu dan memutarkannya menggunakan jari telunjuk anda.

Menurut kajian, permainan ini berfungsi untuk melegakan stress.

Memetik laporan Forbes, gajet ini merupakan sebuah alat yang digunakan untuk melegakan stress. Alat ini khas digunakan buat mereka yang sering perlu melakukan suatu pergerakan ketika berada di satu tempat.

Ia dikatakan sesuai untuk mereka yang bosan ketika berada di meja sepanjang hari sewaktu bekerja.

Selain itu, ramai yang setuju bahawa alat ini dapat menguatkan tenaga saraf dan juga membantu pengguna mengisi lapang dari memandang skrin telefon sepanjang masa.

Direka khas buat kanak-kanak istimewa

‘Fidget Hand Spinner’

Fidget ini juga terkenal dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya mereka yang menghidap penyakit istimewa seperti ADHD, ASD dan Autistik.

Ini kerana alat permainan juga dipercayai dapat melegakan tekanan dan memberikan terapi kepada kanak-kanak istimewa ini.

Di Amerika Syarikat, kebanyakan sekolah di sana telah mengharamkan penggunaan alat permainan ini dalam kalangan pelajar.

Pihak sekolah percaya bahawa alat permainan ini telah menganggu konsentrasi pelajar sewaktu berada di dalam kelas.

Ketika ini, ia menduduki tempat ke 10 daripada 15 permainan paling laris dijual di Amazon.

Permainan itu menjadi popular walaupun ia sebenarnya dicipta untuk pesakit autism dan turut digunakan untuk pesakit mental dan murung.

Menurut doktor, fidget spinner tidak membawa sebarang kebaikan kepada orang normal.


BACA INI JUGA: Misteri Permainan 'Spirit Of The Coin'

sumber: says