Monday, July 25, 2016

Skandal 1MDB, FBI dan Peguam Negara AS Hanya Akan Bertindak Apabila Ada BUKTI

Skandal 1MDB, FBI dan Peguam Negara AS Hanya Akan Bertindak Apabila Ada BUKTI

Pada pagi Jumaat 22 Julai 2016, CNN memberitakan AS$1 bilion telah dirampas oleh Kerajaan AS daripada pemilikan 1MDB di AS, BBC pula lantang mengatakan sebanyak AS$177 juta dirampas pihak berkuasa Singapura ekoran daripada penyiasatan salah laku kewangan dalam 1MDB di Singapura.

1MDB Money Laundering in USA
Gambar hiasan.

Pada 21 Julai sebelumnya, media sosial bertemasya dengan siaran TV terhadap persidangan akhbar berkenaan salah laku kewangan dalam 1MDB oleh pihak-pihak tertentu yang diberikan oleh Loretta Lynch, Peguam Negara AS, di Jabatan Keadilan AS, Washington DC.

Bersama beliau ialah seorang pegawai kanan Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri AS (IRS), Timbalan Pengarah FBI, Penolong Peguam Negara AS dan seorang pegawai tinggi di Pejabat Peguam Negeri, California.

Apabila semuanya dikaupkan, maka ia menerbitkan satu gambaran yang bizarre, atau amat luar biasa.

Sesuai dengan tajuk berita CNN, ‘Kerajaan AS: Bilion-bilion dicuri daripada rakyat Malaysia’, Lynch memerikan bagaimana wang begitu banyak bergerak dari Kuala Lumpur ke Timur Tengah, Switzerland, British Virgin Island dan tempat-tempat tertentu sebelum memasuki sistem kewangan AS.

Nama penuh Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri DS Najib, dan Jho Low dinamakan sebagai pihak-pihak terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Disebutkan bahawa wang yang tiba di AS digunakan untuk membuat filem ‘The Wolf of Wall Street’ yang mengaup kutipan kira-kira AS$550 juta di seluruh dunia, membeli apartmen mahal-mewah di kota New York dan London, sebuah mansion (sedang didirikan di Los Angeles), karya seni lukis Monet yang mahal. Dikatakan juga pembayaran hutang perjudian di Las Vegas.

Secara pasti Lynch dan mereka yang bersama beliau itu menamakan ‘Pegawai Malaysia 1’, ‘Pegawai Malaysia 2’, ‘Pegawai Malaysia 3’ dan seterusnya yang dikatakan terlibat dalam salah laku kewangan 1MDB di Kuala Lumpur.

Di AS, memberikan nama samaran untuk maksud orang yang sudah dikenal pasti sebelum tuduhan rasmi dibuat adalah amalan biasa.

Tujuannya ialah untuk memastikan tumpuan kepada kes yang dikendalikan tidak berpindah kepada orang yang akan dituduh. Ini adalah proses kematangan tindakan undang-undang dari negara demokrasi terulung di dunia.

Paling rapat pemerian siapa ‘Pegawai Malaysia 1’ itu ialah frasa ini dalam laporan rasmi AS di sisi Peguam Negara AS itu: 1. Beliau ialah seorang yang berkuasa ke atas 1MDB. 2. Beliau ialah bersaudara (relative) dengan Riza Aziz.

Rakyat Malaysia tentunya kagum dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Malaysia bahawa ‘kita akan memberikan kerjasama’ kepada mana-mana pihak yang bertauliah dalam perkara 1MDB yang dirujukkan oleh Peguam Negara AS Lynch itu.

Bagaimanapun, apabila AS dan Singapura masing-masing sudah diumumkan bertindak merampas wang begitu banyak, ia dengan sendirinya berupa satu pengakuan bahawa segala maklumat yang relevan sudah didapati dan, berdasarkan maklumat itu, keputusan sudah dicapai.

AS dan Singapura dengan itu bagaikan berkata, “Semua maklumat relevan sudah kami dapati. Kerjasama seterusnya dihargai. Namun maklumat yang ada sudah mencukupi.”

Perlu ditegaskan bahawa Peguam Negara AS ialah pegawai tertinggi penguat kuasa undang-undang AS di samping bertindak sebagai peguam nombor 1 AS.

Pelantikan beliau dibuat melalui proses pencalonan oleh Presiden AS dan Senat menentukan secara mutlak sama ada beliau disahkan sebagai Peguam Negara atau tidak.

Selepas mengikuti politik AS begitu lama, saya amat menghayati betapa seru dan ketatnya untuk seseorang penjawat tinggi Kerajaan AS disahkan oleh Senat.

Bila AS melalui Peguam Negara, FBI dan IRS (badan kutipan hasil negara) bertindak, tidak siapa yang boleh bersikap enteng.

Bila tak ada, tak ada; bila ada, macam tsunami. Negara lain boleh diserang.

Ketua negara lain, seperti Presiden Panama Manuel Noriega, boleh ditangkap dan dipenjara seumur hidup gara-gara wang kotor di AS.

Penyangak wang dan peniaga karut AS seperti Marc Rich diburu, lari keluar negeri hingga mati.

Bekas Presiden Chile Augusto Pinochet ditangkap di London pada tahun 1998 kerana salah laku hak asasi manusia, dan mati lima tahun kemudian.

Kesemua mereka ialah rakan AS pada satu masa dulu. Mereka menjadi musuh AS dan ditangkap apabila keadaan memaksa.

*Tan Sri Adam A Kadir mantan Presiden Senat dan ahli Kabinet

BACA INI JUGA: 1MDB, Akta RICO Dan Rahsia Kod SWIFT, Kerisauan Tun Mahathir Kini Terbukti Benar!

Sumber: SH

Adlin Dakwa Diperangkap Sindiket Pelaburan Highway Group/Rich Heritage?

Adlin Dakwa Diperangkap Sindiket Pelaburan Highway Group/Rich Heritage?

Adlin Aman Ramlie, pelakon, pengacara dan pelawak percaya dirinya diperangkap dan telah disalahgunakan sebuah syarikat pelaburan hartanah.

Adlin sidang media

Selebriti berusia 44 tahun itu yang ditahan pada 20 Julai lalu menafikan dia ditahan reman seperti yang didakwa.

“Ia bukan reman. Polis datang ke rumah pada jam 2.30 petang. Mereka minta saya hadir ke Bukit Aman dan kemudiannya membawa saya ke Balai Polis Dang Wangi.

“Selepas berpuas hati dengan keterangan yang diberikan, saya akhirnya dibebaskan di bawah jaminan polis,” katanya pada sidang media khas yang diadakan di Sri Pentas TV3.

Adlin turut meluahkan rasa kesalnya apabila ada laporan media menyatakan dia direman selama empat hari.

"Semua berlaku kurang daripada 24 jam, bukan seperti didakwa. Kerana itu, ramai keliru dan membuat pelbagai andaian terhadap saya," katanya.

Adlin yang popular dengan filem Lost and Found juga melahirkan kekecewaan apabila namanya telah disalahguna dan berasa seperti diperangkap selain dieksploitasi seterusnya menjadi mangsa kambing hitam.

“Saya mengaku memang mengenali dengan individu yang disyaki terbabit dalam penipuan hartanah berkenaan.

“Saya dipanggil oleh syarikat tersebut dan gaji saya dibayar berdasarkan tugas sebagai pakar motivasi ataupun sebagai artis jemputan.

"Itu sahaja, tidak ada kena mengena dengan syarikat mereka pun," katanya yang aktif dalam perniagaan Multi Level (MLM) sejak empat tahun lalu.

PENIPUAN PELABURAN OLEH SYARIKAT HIGHWAY GROUP/RICH HERITAGE

Terdahulu, Adlin dikatakan terbabit dengan penipuan pelaburan yang melibatkan seramai 9 lelaki dan 5 wanita itu ditahan bersama rampasan 9 buah kereta jenis Range Rover Evoque, Mercedis, Honda Accord, Volkswagen, Toyota Caldina,TOYOTA PRIUS, Toyota Vios dan Proton.

Barang kemas turut dirampas bersama sejumlah buku bank, kad bank, borang pelaburan, telefon bimbit dan komputer.

OPERASI NURI 2 (2016)
  • Bil. Keahlian: 500,000 orang
  • Kutipan: RM 35,000,000
  • Tiada rekod pendaftaran yang teratur dan hilang kawalan.
  • Mangsa kebanyakan guru dan artis.
MASTERMIND

1. Dato Seri Zawawi b. Yas
  • 48 tahun. 
  • Alt. Tanah Merah, Kelantan (Pengasas)
2. Dato Azir b. Abu Samah
  • 43 tahun. 
  • Alt. Shah Alam, Sel.
  • (Buka pasaran kpd Orang2 Cina di Penang)
  • (Gelaran2 dibeli dari Tgku Chik, Perak )
STRUCTURE
  • Board Members
  • District Supervisors
  • Leaders
  • Agents
  • Members
(A) TANGKAPAN

Pada 20/7/2016. Bahagian Operasi, Risikan, Teknikal, Jsjk Bukit Aman & Pksb & Amla, serta bantuan RO Melaka, Pahang, Kelantan, P/Pinang. Berjaya tangkap (14) Ahli-ahli Sindiket termasuk masterminds. 9 lelaki & 5 wanita.

(B) SENARAI TANGKAPAN

1. Dato Seri Zawawi b. Yas
  • 48 tahun. 
  • Alamat: Tanah Merah, Kelantan.
  • Peranan: Mastermind
2. Dato Azir b. Abu Samah
  • 43 tahun. 
  • Alamat: Shah Alam, Sel.
  • Peranan: Mastermind
  • Kegiatan di Penang
3. Adlin bin Aman Ramlie
  • 44 tahun. 
  • Alamat: Cyberjaya, Sel.
  • Artist/ pelakon - Adik AR Badul. Anak Tompel
  • Peranan: Melindungi mastermind. Sediakan rumah dan kemudahan-kemudahan lain.
4. Ronzi bin Buang
  • 47 tahun. 
  • Alamat: Ketereh, Kelantan.
5. Shahrul Azli b. Aibadillah
  • 38 tahun. 
  • Alamat: Machang, Kelantan.
6. Arkeh bin Jusoh
  • 46 tahun. 
  • Alamat: Ketereh, Kelantan.
7. Noraznita bt Abd. Rahmat
  • 40 tahun. 
  • Alamat: Kuantan, Pahang.
  • Peranan: Mengurus Akaun Syarikat Highway
8. Mohd Yuhanis b. Mustaffa
  • 30 tahun. 
  • Alamat: Machang, Kelantan.
9. Rilawati bt. Idris
  • 43 tahun. 
  • Alamat: Durian Daun, Melaka.
10. Rosmah kertini binti Abdul Rahim
  • 39 tahun. 
  • Alamat: Selangor.
11. Che Esah binti Hussein
  • 47 tahun. 
  • Alamat: Tanah Merah, Kelantan.
12. Quah Tiew Beng
  • 58 tahun. Lelaki Cina. 
  • Alamat: Georgetown, Penang
13. Catherine Gan Suat Yuen
  • 28 tahun. Wanita Cina.
  • Alamat: Wakaf Baru, Kelantan.
14. Cheng Kit Chai
  • 28 tahun. Lelaki Cina.
  • Alamat: Georgetown, Penang.

(C) RAMPASAN
  • 9 buah kereta di sita: Range Rover Evoque, Mercedis, Honda Accord, Volkswagen, Toyota Caldina, Toyota Prius, Toyota Vios, Proton.
  • Nilai: Hampir Rm 1 Juta.
  • Barang-barang kemas, beg-beg berjenama untuk sitaan.
  • Sejumlah buku-buku BANK, kad-kad bank, borang-borang pelaburan, telefon, komputer.

(D) KES-KES SELESAI
  • Laporan Polis 2016: 175
  • KS/ IP di buka: 14
  • Kerugian: RM 10.5 Juta

BACA INI JUGA: 182 Skim Pelaburan Terbaru Di Haramkan Bank Negara 2016

Sumber: SH

Sunday, July 24, 2016

Misteri Tatzelwurm, Mitos Makhluk Lagenda

Misteri Tatzelwurm, Mitos Makhluk Lagenda

Tatzelwurmmerupakan makhluk misteri yang menghuni Banjaran Alps dan juga merupakan makhluk bias lagenda rakyat Swiss.

Tatzelwurm

Dikenali dengan nama Alps Dragon, keterangan mengenai rupa bentuk makhluk misteri ini pelbagai.

Sesetengah mendakwa Tatzelwurm kelihatan seakan cicak, manakala dakwaan lebih pelik menggambarkan ia seakan rupa seekor kucing.

Gambaran biasa tentang Tatzelwurm, makhluk ini dikatakan panjangnya antara dua hingga enam kaki, berbadan seperti ular dengan tubuh diliputi sisik.

Makhluk ini juga mempunyai dua kaki hadapan dan dikatakan mempunyai sepasang mata yang besar dan terang.

Berdasarkan rekod sesetengah saksi, makhluk ini juga didakwa mempunyai telinga dan berbulu yang membuatkan rupanya seakan seekor kucing.

Salah satu lagi ciri ketara makhluk ini, ia juga dikatakan boleh mengeluarkan gas beracun dari tubuhnya, yang mampu membunuh manusia dewasa.

Makhluk ini pertama kali dilihat dan menjadi topik perbualan hangat penduduk sekitar Alps adalah pada 1779 apabila Hans Fuchs, seorang petani miskin melihat makhluk ini menyerang khinzir ternakannya.

Apa yang dilihatnya pada hari itu bukan sahaja membunuh ternakannya, malah dia turut mati pada hari yang sama selepas diserang sakit jantung.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia sempat menceritakan tentang Tatzelwurm, berasal dari perkataan Jerman untuk cacing yang berkuku cakar.

Penemuan

Tatzelwurm [2]

Pada 1828, seorang petani telah menemui bangkai Tatzelwurm. Hanya separuh badannya sahaja yang berjaya dibawa pulang, manakala separuh lagi telah dimakan burung gagak.

Pada Julai 1883 atau 1884, Kaspar Arnold melihat Tatzelwurm berhampiran Hochfilzen, Tirol, Austria.

Sebelum itu, pada musim panas 1921, dua orang saksi mendakwa telah melihat Tatzelwurm melompat setinggi hampir sembilan kaki ke udara, menerpa ke arah mereka.

Ia berwarna kelabu, sekitar dua hingga tiga kaki panjang dan berkepala kucing.

Rangka sepanjang lima kaki, dipercayai rangka Tatzelwurm ditemui oleh dua lelaki sekitar tahun 1924.

Beberapa penemuan turut dilaporkan selepas itu sehinggalah ke hari ini namun, masih tiada bukti bergambar berjaya dirakam.

Teori

Japanese Salamender
Japanese Salamender.

Dipercayai, Tatzelwurm sebenarnya mungkin spesis Salamander yang jarang ditemui.

Ia juga mungkin dari spesis 'Gila Monster' yang karekternya amat sepadan dengan ciri-ciri Tatzelwurm, seperti yang digambarkan oleh ramai saksi.

Malah, 'Gila Monster' sememangnya amat beracun dan mampu membunuh siapa saja!

BACA INI JUGA: 7 Perkara Ajaib Yang Menakjubkan

-SENTIASAPANAS.COM

Tahukah Anda Siapa Pencipta Copy & Paste?

Tahukah Anda Siapa Pencipta Copy & Paste?

Budaya 'copy & paste' sudah menjadi sinonim dengan kehidupan masyarakat dunia, lebih-lebih lagi di dunia internet yang serba moden ini.

Budaya 'copy & paste'

Namun, tahukah anda siapa yang telah mencipta aplikasi arahan komputer 'copy & paste'yang tersangat popular ini?

Jawapannya, Lawrence Gordon Tesler. Dilahirkan pada 24 April 1945, Teslar merupakan seorang graduan komputer sains dari Universiti Stanford, California.

Selain itu, dia juga terkenal sebagai pakar saintis dalam bidang interaksi komputer-manusia (Human-Computer Interaction).

Sebelum wujudnya kuasa 'copy & paste', masyarakat dunia telah menggunakan kaedah manual sebagai teknik untuk 'potong dan letak semula'.

Cara ini banyak digunakan semasa mengendalikan manuskrip pada tahun 1980an. Ketika itu, hanya cara ini saja yang dianggap paling mudah dalam pengendalian rekod.

Kakitangan yang terlibat akan menggunakan gunting untuk memotong perkataan pada helaian naskah, kemudian barulah diletakkan ditempat yang dikehendaki.

Kaedah ini kemudiannya mencetuskan idea kepada Lawrence. Bermula dengan langkah manual, siapa sangka dia berjaya menghasilkan cara yang lebih cekap kepada dunia.

Lawrence telah bekerjasama dengan seorang rakan, Tim Mott, untuk menghasilkan command 'copy & paste'.

Ketika itu dia sedang mengendalikan perisian yang dinamakan sebagai 'Gypsy' di syarikat Xerox PARC, California.

Arahan komputer popular 'copy & paste' ini berjaya dilaksanakan buat pertama kali pada tahun 1973 hingga 1976.

Ctrl + C membawa maksud copy. Perkataan atau ayat yang ditanda akan ditiru secara automatik, kemudian, Ctrl + V pula berfungsi untuk meletakkan semula perkataan tadi.

Sementara itu, Ctrl + X pula dicipta untuk menghilangkan terus perkataan yang telah ditiru.

Uniknya, kaedah 'copy & paste' moden terbukti memberikan penyelesaian mudah kepada pengguna.

Lawrence yang telah berkhidmat di Xerox PARC dari tahun 1973 sehingga 1980 kemudian bertukar ke sebuah syarikat ternama Apple pada tahun 1980.

Kepakaran Lawrence turut menjadikan dia saintis komputer dibeberapa syarikat ternama lain seperti Amazon dan Yahoo.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Kenapa Huruf Keyboard Komputer Tidak Tersusun?

-SENTIASAPANAS.COM

Fatwa Arab Saudi Muktamad 'Pokemon Go' Sah Haram

Fatwa Arab Saudi Muktamad 'Pokemon Go' Sah Haram

Ketika seluruh dunia dilanda demam Pokemon Go, Majlis Tertinggi Ulama Arab Saudi pula kembali menfatwakan permainan itu sebagai haram.

Pokemon Go Sah Haram

Pada 2001 lalu, Arab Saudi pernah memutuskan bahawa permainan Pokemon yang awal diperkenal dalam bentuk kad sebagai haram kerana mempunyai unsur perjudian.

Menurut seorang ahli Jawatankuasa Fatwa negara itu, Sheikh Saleh Al-Fozan berkata, versi terbaharu permainan tersebut mempunyai konsep yang sama seperti yang dikeluarkan 16 tahun lalu.

Selain itu, Arab Saudi turut menyifatkan permainan berkenaan mempunyai elemen penyesatan yang dilarang dalam Al-Quran seperti pemujaan berhala.

Ini kerana, individu yang bermain Pokemon Go perlu berjalan kaki mencari raksasa digital itu, seolah-olah sedang menyekutukan Allah.

Sementara itu, setiausaha rendah Universiti Al-Azhar di Mesir, Abbas Shumman, bersetuju dengan pengklasifikasian itu atas dasar ia boleh ‘membahayakan dan mengkhayalkan’.

Difahamkan, Pokemon Go belum dilancarkan secara rasmi di Arab Saudi namun pengguna sudah boleh memuat turun permainan itu.

Sebelum ini, pertubuhan Imam di Turki berharap permainan itu diharamkan dan percaya itu adalah senjata negara Barat untuk melalaikan orang Islam.

BACA INI JUGA: Hukum Menyertai Dan Mengadakan Pertandingan Memancing

Sumber: Mynewshub.cc