Thursday, June 16, 2016

182 Skim Pelaburan Terbaru Di Haramkan Bank Negara 2016


Mula-mula biasanya sedap bila merasa duit masuk, lama-lama ranap. Impian yang diimpikan menjadi mimpi menakutkan kerana buta ditabur janji manis dengan harapan untuk menjadi ‘I’m Millionaire’ over the world.

Skim-cepat-kaya.jpg

Orang kita mudah terpengaruh dengan pujukan iklan Skim Cepat Kaya, tetapi akhirnya menjadi kayap.

Tapi sayang, sampai satu tahap terperangkap dengan kerugian sesuatu pelaburan di atas pilihan memilih jalan yang salah, padahal negara kita sudah diuar-uarkan kesan dan akibatnya serta turut diberi peringatan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Sebagai pelabur yang bijak, antara benda asas yang perlu tahu adalah latar belakang pelaburan, syarikat adakah berlesen atau tidak dan cara pengurusan keuntungan.

Jangan main terjah sahaja, akhirnya badan binasa.

Kemaskini Dari Bank Negara Sehingga 27 Mei 2016

Berikut adalah senarai skim yang telah dikenal pasti TIDAK diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan ditadbir oleh Bank Negara Malaysia.
  1. Classic Worldwide Corporation (M) Sdn Bhd
  2. Pioneer Forest Sdn Bhd
  3. MX3 World Wide
  4. Instagroup Resources
  5. FXUnited Power Sdn Bhd
  6. Pok Din Empire Sdn Bhd
  7. Pok Din Consultant & Services

    Nama-nama pelaburan tidak sah yang terkini dikemaskini oleh Bank Negara Malaysia sehingga Mac 2016 adalah:
    1. Ostim Academy
    2. Safeena Gold Gallery
    3. DBB Star Sdn. Bhd.
    4. Aziera Gold Enterprise (NS0133976-K)
    5. GGT Golds Sdn. Bhd.
    6. Global Golds Trading
    7. Triple One Management Pte. Ltd. (T1FX)
    8. www.t1fx.com
    9. HiFX Asia
    10. Mecca Fund Global
    11. Highway Group Resources
    12. HG Resources Sdn. Bhd.
    13. Zenith Gold International Limited
    14. www.zenithgolds.com zenithgoldrocks.wordpress.com zenithgoldpowerteam.blogspot.my https://www.facebook.com/zenithgolddotcom

    Inilah 12 daripada 182 pelaburan yang tidak diberikan kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

    Skim-skim ini biasanya bersembunyi disebalik pelaburan emas dan perniagaan mata wang asing.

    Walaupun telah diberi amaran oleh Bank Negara, dialog-dialog biasa menyedapkan hati yang keluar dari mulut para pelabur skim-skim sebegini:
    “Bila kita maju mesti ada cabaran dan dugaan menanti…”
    “Itu baru tersenarai, maknanya dalam pemerhatian BNM je…”

    Boleh dapatkan senarai 182 pelaburan telah diharamkan di Portal Rasmi Bank Negara Malaysia.

    Lebih beribu-ribu tertipu dengan scammers’ sehingga sanggup mengeluarkan hampir semua simpanan dan menggadaikan tanah pusaka kononnya boleh dapat pulangan yang tinggi sebanyak 0.1-2.0% SEHARI? Wow! (siap menjanjikan ganjaran BMW).

    Bak kata Mentor Kewangan, Azizi Ali; “Mengapa nak tambah kerja dan risiko melabur dalam skim-skim yang pelik-pelik ini?

    Terdapat ratusan pelaburan yang betul di Malaysia. Ini termasuklah ASB, ASN, AHB, Tabung Haji, beratus unit amanah, beratus saham di Bursa Malaysia, ratusan ribu hartanah dan emas fizikal yang valid.

    Tuan Hj. Mohd Asri.JPG
    Tuan Hj. Mohd Asri.

    Mengapa tak melabur dalam pelaburan yang confirm sah dan valid ini?

    Masih ingat Genneva Malaysia? Pada yang tidak ingat tidak mengapa sebab orang kita memang semulajadi mudah lupa.

    Genneva Malaysia diserbu oleh pihak polis dan BNM pada Oktober 2012 dan operasinya pun runtuh selepas itu. Seperti insiden Swisscash, ribuan ‘pelaburnya’ menanggung kerugian.

    Beberapa pengarah syarikat Genneva dan syarikat sekutu didakwa di mahkamah dan kes-kes masih dalam perbicaraan sehingga hari ini.

    Jadi, jangan mudah terpedaya dengan gambar-gambar wang, kereta mewah yang mempesona.

    Jangan sampai tersontot, baik lari jauh-jauh!

    BACA INI JUGA: 3 Cara Mudah Menarik Rezeki

    Sumber: Mynewshub.cc

    Add Comments

    TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
    EmoticonEmoticon