Jul 24, 2016

Fatwa Arab Saudi Muktamad 'Pokemon Go' Sah Haram

Ketika seluruh dunia dilanda demam Pokemon Go, Majlis Tertinggi Ulama Arab Saudi pula kembali menfatwakan permainan itu sebagai haram.

Pokemon Go Sah Haram

Pada 2001 lalu, Arab Saudi pernah memutuskan bahawa permainan Pokemon yang awal diperkenal dalam bentuk kad sebagai haram kerana mempunyai unsur perjudian.

Menurut seorang ahli Jawatankuasa Fatwa negara itu, Sheikh Saleh Al-Fozan berkata, versi terbaharu permainan tersebut mempunyai konsep yang sama seperti yang dikeluarkan 16 tahun lalu.

Selain itu, Arab Saudi turut menyifatkan permainan berkenaan mempunyai elemen penyesatan yang dilarang dalam Al-Quran seperti pemujaan berhala.

Ini kerana, individu yang bermain Pokemon Go perlu berjalan kaki mencari raksasa digital itu, seolah-olah sedang menyekutukan Allah.

Sementara itu, setiausaha rendah Universiti Al-Azhar di Mesir, Abbas Shumman, bersetuju dengan pengklasifikasian itu atas dasar ia boleh ‘membahayakan dan mengkhayalkan’.

Difahamkan, Pokemon Go belum dilancarkan secara rasmi di Arab Saudi namun pengguna sudah boleh memuat turun permainan itu.

Sebelum ini, pertubuhan Imam di Turki berharap permainan itu diharamkan dan percaya itu adalah senjata negara Barat untuk melalaikan orang Islam.

BACA INI JUGA: Hukum Menyertai Dan Mengadakan Pertandingan Memancing

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Mmg melalaikan klu dah taksub bermain benda ni, terutama klu kanak2 dan remaja... wallahualam.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon