Friday, June 24, 2016

Beginilah Gambaran Ngerinya Seksaan Di Neraka!

Beginilah Gambaran Ngerinya Seksaan Di Neraka!

"Mereka tidak memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar." Surah Al-Ghaasyiyah: 6-7

Ahli Neraka.jpg
Gambar hiasan.

Kalam Allah dalam ayat di atas bermaksud ahli-ahli neraka itu amat dahsyat keadaannya.

Mereka tidak akan memperoleh makanan yang enak, sebaliknya dihidangkan dengan nanah, darah dan buah-buahan berduri yang dipanggil buah Zaqum.

Sudahlah diseksa sedemikian rupa, ahli-ahli neraka yang kehausan ini dihidangkan dengan air minuman yang mendidih dan panas tidak terkata.

Bahawasanya Allah SWT telah berfirman, wajah mereka yang menjadi ahli neraka itu hitam legam, akal fikiran mereka lenyap, mereka tidak mati dan tidak pula hidup.

Setiap daripada mereka memiliki 70 kulit dan dari kulit yang satu kepada kulit yang lainnya berupa 70 lapisan dari neraka.

Dalam perut mereka bergelumang berpuluh-puluh ekor ular yang berasal dari dalam neraka dan ular-ular ini mengeluarkan suara yang amat menakutkan.

Mereka diikat, dirantai serta dipukul dengan besi, kemudian wajah mereka diseret-seret. Alangkah sedihnya keadaan ahli-ahli neraka,

Diriwayatkan juga, mereka ini dalam keadaan yang tersangat hina dan menakutkan.

Mereka meronta-ronta menjerit-jerit sambil meminta pertolongan dengan berkata, "Wahai Tuhan kami, semoga engkau melindungi kami daripada seksaan ini."

Biarpun dalam keadaan meminta belas ihsan, namun mereka tetap dihumban ke dalam neraka untuk dimamah oleh api neraka yang panas sehingga luluh segala isi dan tulang-temulang.

Ditambat dalam neraka selama-lamanya dengan perasaan menyesal dan mengalami seksaan yang maha dahsyat, ahli-ahli neraka ditempatkan diruangan yang begitu sempit tanpa seurat benang.

Badan mereka berlumuran darah serta bernanah, kulit hangus kerana dibakar api neraka yang sangat panas.

Dalam kesakitan yang mengazabkan ini, ahli-ahli neraka merayu-rayu kepada Allah supaya dilepaskan seksaan tersebut sebagaimana firman-Nya di dalam Al-Qur'an; "Mereka berdoa, "Wahai Tuhan kami, lenyapkanlah daripada kami azab ini (jika engkau telah melenyapkannya) sesungguhnya kami akan beriman. (Ad-Dukhaan: 12)

Tapi sudah terlambat!

Bahawasanya Allah SWT telah berfirman, dijadikan gunung-gunung untuk ahli neraka. Lalu dikatakan kepadanya; "Dakilah!" Lalu mereka mendaki gunung itu dengan wajah mereka selama 1,000 tahun. Akan tetapi setelah sampai ke puncak, maka gunung itu melemparkan mereka ke dalam keraknya yang jahanam.

Ahli-ahli neraka ini tersangatlah menderita dan apabila mereka meminta daripada Allah untuk diturunkan hujan, maka dibukalah awan yang hitam.

Mereka gembira, tapi yang mencurah turun bukannya air sebaliknya batu-batu dari neraka. Batu-batu panas itu terjatuh di atas kepala mereka dan tembus melalui dubur!

Mereka memohon lagi kepada Allah selama 1,000 tahun agar diberi hujan, maka nampaklah mendungnya awan dan turunlah hujan.

Namun hujan yang turun bukannya air, tapi ular! Jika ular itu menggigit, satu gigitannya saja sakitnya tidak akan hilang selama 1,000 tahun!

Semiskin-miskin ahli neraka adalah yang sering merintih kepada malaikat Malik selama 70,000 tahun, namun rintihan mereka tidak dihiraukan.

Lalu mereka mengadu kepada Allah, "Wahai Tuhan kami, bahawasanya Malik langsung tidak menghiraukan kami."

Lalu Allah SWT berkata, "Wahai Malik, jawablah rintihan ahli neraka itu." Maka Malik pun berkata, "Wahai orang yang dimurkai Allah, tetaplah kalian sebagai ahli neraka."

Ahli-ahli neraka merayu lagi, "Wahai Malik, berilah kami air, kami akan istirehat sambil minum. Api telah memakan daging-daging dan tulang-tulang kami. Kulit kami menjadi masak, tulang-tulang kami koyak dan hati kami terputus."

Maka Malik memberikan minuman kepada mereka berupa seteguk minuman yang jika mereka memegang dan meminumnya, maka hancurlah jari-jemarinya, jika sampai ke perutnya maka putuslah usus-usus dan hatinya.

Ahli-ahli neraka ini begitu menginginkan makanan yang enak-enak, namun nanah, darah dan pohon berduri sahaja yang menjadi hidangan mereka.

Kerana tiada pilihan, mereka terpaksa memakan makanan yang dihidangkan, namun bila sampai ke dalam perut, maka berkecailah segala isi dan kulit dari tubuh mereka.

Ahli-ahli neraka ini diberikan pakaian daripada tembaga yang apabila dikenakan pada tubuh, maka kulitnya akan terbakar.

Setiap orang yang lapar pastinya menghendaki makanan kecuali ahli neraka.

Setiap orang yang telanjang pasti memerlukan pakaian kecuali ahli neraka.

Dan setiap mayat tentu menginginkan kehidupan, kecuali ahli neraka yang hanya menghendaki mati.

Demikianlah dahsyatnya seksaan yang akan dihadapi oleh ahli-ahli neraka seperti yang digambarkan dalam Al-Qur'an, hadis dan pendapat alim ulama.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: 6 Perkara Mengapa Redha Suami Adalah Syurga Bagi Isteri

-SENTIASAPANAS.COM

Jadual Perlawanan Pusingan 2 'Fasa Kalah Mati' Euro 2016

Jadual Perlawanan Pusingan 2 'Fasa Kalah Mati' Euro 2016

Perlawanan Euro 2016 akan memasuki fasa kalah mati yang dijadualkan bermula pada 25 Jun 2016 dan perlawanan akhir pada 10 Julai 2016 dengan perlawanan akhir di Stadium Saint-Denis, Perancis.

Euro 2016.jpg

Berikut Adalah Jadual Perlawanan Bagi Fasa Kalah Mati Euro 2016

Jadual perlawanan Peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Perlawanan Akhir Final Euro 2016.

Jadual Perlawanan Fasa Kalah Mati Euro 2016.jpg

1. Pusingan 16 Pasukan (Waktu Malaysia)

Switzerland vs Poland
25 Jun 2016. 9.00pm
Stadium: Stade Geoffroy-Guichard, Saint-Étienne
Keputusan perlawanan: 1-1 (Penalti 4-5)

Wales vs Northern Ireland
26 Jun 2016 jam 12.01am
Stadium: Parc des Princes, Paris
Keputusan perlawanan: 1-0

Croatia vs Portugal
26 Jun 2016 jam 3.00am
Stadium: Stade Bollaert-Delelis, Lens
Keputusan perlawanan: 0-1

France vs Republic of Ireland
26 Jun 2016 jam 9.00pm
Stadium: Parc Olympique Lyonnais, Lyon
Keputusan perlawanan: 2-1

Germany vs Slovakia
27 Jun 2016 jam 12.01am
Stadium: Stade Pierre-Mauroy, Villeneuve-d'Ascq
Keputusan perlawanan: 3-0

Hungary vs Belgium
27 Jun 2016 jam 3.00am
Stadium :Stadium Municipal, Toulouse
Keputusan perlawanan: 0-4

Italy vs Spain
28 Jun 2016 jam 12.01am
Stadium :Stade de France, Saint-Denis
Keputusan perlawanan: 2-0

England vs Iceland
28 Jun 2016 jam 3.00am
Stadium: Allianz Riviera, Nice
Keputusan perlawanan: 1-2

Selamat menonton..

BACA INI JUGA: Bintang Bola Sepak Dunia Yang 'Gagal' Sebagai Jurulatih

Apa Maksud Format BRRip, DVDRip, DVDSCR, HDTV-Rip, CAM, TS, TC, Dan R5?

Apa Maksud Format BRRip, DVDRip, DVDSCR, HDTV-Rip, CAM, TS, TC, Dan R5?

Bagi anda yang biasa memuat turun video dari internet, istilah BRRip, DVDRip, DVDSCR, CAM, TS, TC, dan R5 adalah format biasa pada setiap video.

Maksud Format Download.jpg

Tapi tahukah anda apakah maksud bagi setiap format ini? Ia sebenarnya adalah nama kualiti video dan supaya anda boleh mendapat kualiti video yang lebih baik, akan saya jelaskan lebih detail tentang erti BRRip, DVDRip, DVDSCR, HDTV-Rip, CAM, TS, TC, dan R5 tersebut.

Bluray/BRRip/BDRip

Resolusi besar iaitu 1920x1080 atau 1280x720 (bergantung failnya). Sesuai dengan namanya, filem jenis ini di rip dari media Blueray dimana kualitinya adalah lebih baik jika dibandingkan dengan DVDRip.

DVDRip

Adalah filem hasil copy dari DVD original. Kualiti gambar dan suaranya sangat baik (DVD Quality), mendownload filem jenis DVDRip sama saja dengan membeli DVD original.

DVDScr atau DVD Screener

Adalah filem hasil copy dari PROMO DVD yang keluar sebelum DVD original dipasarkan. Video jenis ini biasanya akan terdapat pelbagai kelemahan dalam videonya seperti tanda air/watermark dalam video (hanya sebahagian layar), teks berjalan tanda preview atau di beberapa bahagian.

Video juga sering berubah warna yang asalnya full color menjadi hitam putih. Untuk kualiti suara biasanya sangat baik.

WEB DL

Filem berkualiti Web-DL biasanya diperolehi dari iTunes Store atau laman web lain yang menyediakan siaran TV melalui jaringan internet. Kemudian, filem-filem tersebut diubah suai dengan pelbagai cara yang kemudian kita download semula.

HRHDTV, HRHDTV, HDTV, HDTVrip, HDTC, HDTS

Adalah video hasil copy dari sebuah channel HDTV (High Definition Television). Untuk kualiti gambar dan suara sangat baik namun biasanya pada bahagian atas atau bawah layar dipotong untuk menutup sumber channel tempat dirakam.

Kualitinya hampir menyamai WEB DL.

Untuk HDTC, ia adalah rakaman menggunakan peralatan sebelum disalin semula ke format digital atau biasa disebut Telecine dalam kualiti HD. Kualiti audio dan videonya sangat memuaskan.

CAM Atau CAMRip

Adalah kualiti video yang bersumber dari video/filem yang dirakam menggunakan kamera tangan. Untuk kualiti, gambarnya sangat teruk dibandingkan dengan DVDRip, DVDScr dan R5.

TS Atau Telesync

Sama seperti kualiti CAM, ia juga berasal dari rakaman kamera tangan. Kelebihannya adalah, pada masa rakaman dibuat, perakam meletakkan alat audio recording dekat dengan sumber suara dan kemudian suara tersebut disatukan dengan hasil rakaman video menggunakan software video editor sehingga kualiti suara yang dihasilkan dari jenis video ini lebih baik daripada kualiti CAM.

Dan untuk kualiti gambar, sama saja dengan kualiti CAM dan bergantung kepada kedudukan kamera diletakkan pada saat merakam.

TC

Adalah proses rakaman video menggunakan alat untuk menyalin filem dari projector ke format digital atau biasa disebut Telecine. Untuk kualiti, audio dan videonya sangat baik.

R5

Adalah video yang dirilis di negara tertentu atau biasanya diseludup. Kualitinya sangat baik kerana di copy secara langsung dari DVD asli.

BACA INI JUGA: Top 10 Filem Hollywood Yang Paling Banyak Di Muat Turun

Sumber: marimaribelajar

Thursday, June 23, 2016

6 Punca Bisnes Restoran Mudah Lingkup Dari Pengalaman Saya

6 Punca Bisnes Restoran Mudah Lingkup Dari Pengalaman Saya

Kalau tiada ilmu jangan nak ‘try-test’ buka restoran. Lesap semuanya nanti. Orang yang cenderung buka restoran kerana ada duit, kemungkinan besar akan kecundang sebelum 3 tahun (restorannya hidup segan mati tak mahu atau tutup terus), apalagi jenis manusia yang tak mahu belajar.

Restoran selebriti.jpg
Gambar hiasan.

Kenapa saya kata begitu? Saya nak cerita sikit tentang pengalaman dan pemerhatian saya yang menjadikan perkara ini terjadi.

1. Modal

Buka restoran modalnya besar. Bajet renovasi+peralatan mungkin setel tetapi bajet lain ada sediakan? Termasuklah bajet ‘rolling’ untuk 6 bulan ‘survive. Bajet promosi dan marketing belum masuk lagi.

2. Taukeh lepas tangan

Biasanya orang yang berduit buka restoran akan ‘deliver’ banyak benda kepada ‘orang harapan’ untuk aturkan segalanya. Mungkin taukeh ambil tugas dalam pembelian (kononnya kawal dan jaga bajet). Perkara lain dia tak jaga.

3. Tidak sediakan ‘cara kerja’ atau SOP

Semua main sekali arah sahaja. Kalau dapat pekerja berpengalaman mungkin ok sikit tetapi bila dapat orang baru, letih mengajarnya dan banyak pembaziran tenaga dan waktu.

4. Tamak

Bisnes restoran tak perlu tamak sangat. Bila dah dikuasi benda ini, bersedialah untuk menanggung risiko. Tamak yang macamana? Boleh jadi nak sediakan semua lauk. Menu ala carte ada, buffet pun ada. Semua nak sedia. Mungkin juga dia buat 2+1. Restoran dibuka, katering diambil tetapi tim tak kuat.

5. Terlampau berambisi

Kebanyakan orang berduit ini jenis yang berambisi dan ber ‘nafsu besar’. Bila restorannya sudah mulai tumbuh mekar datanglah ‘idea’ hendak buka cawangan baru lagi. Tak salah, tapi tanya diri dulu. Bersediakah saya?

6. Tak ‘upgrade’ ilmu

Ini antara penyakit paling banyak saya temui. Tanpa ilmu, pengetahuan kita setakat yang kita tahu dan belajar saja sedangkan ilmu pengurusan restoran ini luas dan kena ‘upgrade’ kan selalu. Bila ilmu sampai batas siling anda kena tambah lagi atau gajikan orang yang lebih pengetahuannya dari anda.

BACA INI JUGA: Kisah Kolonel Sanders (KFC) Yang Ramai Orang Tak Tahu

Sumber: Thevocket

Zakat Fitrah Patut Hasilkan 700 Jutawan Di Malaysia?

Zakat Fitrah Patut Hasilkan 700 Jutawan Di Malaysia?

Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) semalam tampil menjawab isu RM70 juta untuk 70 asnaf yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Jutawan+Zakat.jpg
Dakwaan yang viral di media sosial.

Melalui akaun Facebook PPZ, pihaknya menegaskan zakat fitrah yang dikutip akan diagihkan dan tidak pernah berlaku mana-mana jumlah yang terkumpul disimpan untuk kepentingan sesiapa.

“Viral baru-baru ini satu status Facebook maka, MAIWP terpanggil untuk bagi penjelasan. Tahun lepas RM8.2 juta zakat fitrah dikutip daripada sejuta umat Islam di Wilayah Persekutuan.

“Pada bulan puasa sahaja MAIWP dah agih lebih RM12 juta kepada lebih 30 ribu asnaf bagi Bantuan Aidilfitri.

"Begitulah MAIWP memanfaatkan zakat yang anda bayar. Tidak pernah kami menyimpannya untuk sebarang kepentingan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Status yang menjadi viral itu mendakwa hasil kutipan zakat berjumlah RM 70 juta itu jika diagihkan kepada 70 orang asnaf RM 1 juta setiap seorang, Malaysia bakal memiliki 70 orang jutawan dan dalam tempoh 10 tahun, negara bakal memiliki 700 jutawan Islam.

Menyentuh soal dakwaan itu, PPZ menjawab, jika hanya 70 asnaf yang menerima, nasib 30,000 lagi penerima secara bulanan tidak ada terbela.

“Bagaimana pula dengan institusi masjid, surau, sekolah rendah agama yang menerima dana zakat bagi membiayai bilal, imam, noja dan guru Kafa?

"Bagaimana dengan lebih 23,000 pelajar sekolah yang menerima bantuan zakat untuk belajar?

“Sungguh luas ilmu zakat itu. Mungkin dia pakar ilmu Matematik tapi bukan Ilmu zakat. Kita ada al-Quran dan Sunnah untuk dapatkan jawapan Matematiknya,” katanya.

BACA INI JUGA: Panduan Permohonan Bantuan Baitulmal MAIWP Secara Online

Sumber: Dialograkyat