Wednesday, February 24, 2016

Glitter, Air Mata Berkilau Kegilaan Terbaru Trend Kecantikan

Glitter, Air Mata Berkilau Kegilaan Terbaru Trend Kecantikan

Menangis, terutamanya dengan muka yang penuh dengan solekan menyebabkan maskara mencair. Tetapi, dengan solekan muka terbaru yang popular di Internet ini membolehkan anda menangis dan masih kelihatan sempurna.

Glitter

Air mata berkilau adalah kegilaan terbaru trend kecantikan menggunakan glitter, yang sebelum ini popular digunakan pada akar rambut dan sebagai ‘jeragat’ berkilauan.

Peminat trend itu akan memakai glitter di bawah mata sehingga ke bawah pipi bagi mewujudkan ilusi ‘air mata’ sebelum memuat naik gambar itu ke akaun Instagram.

Glitter boleh dipakai sama ada sebagai perlindungan di bawah mata untuk menambah sentuhan berkilau atau dipakai dengan banyak bagi membentuk seperti air mata mengalir ke bawah.

Populariti trend ini semakin meningkat pada Hari Valentine, sebagai cara wanita melahirkan rasa kekecewaan kerana masih belum berteman.

Glitter [2]

“Air mata glitter ini diinspirasikan sempena keseorangan pada Hari Valentine,” tulis seorang pengguna media sosial yang berkongsi gambarnya mengikut trend itu.

Tetapi ada juga yang menggunakannya untuk menambah sentuhan pada solekan mereka, selain ada yang mencampurkan glitter dengan celak bagi memberikan ilusi seperti maskara itu dirosakkan air mata.

Trend itu menyusuli tompok glitter, yang popular di media sosial baru-baru ini. Peminat trend itu melitupi hidung, tulang pipi dan sekitar mata dengan tompokan glitter.

Glitter [3]

Glitter juga digunakan oleh wanita yang gemarkan kelainan menyembunyikan perbezaan pada akar rambut yang diwarnakan. Untuk tujuan itu, ia diletakkan sepenuhnya pada akar rambut untuk menambahkan sentuhan berkilau.

Imej itu dibawa oleh Miley Cyrus, yang juga peminat trend itu dan Lucy Hale, yang berkongsi gambarnya memakai glitter pada rambutnya di Instagram.

BACA INI JUGA: 'Marah' Kepada Allah Kerana Buah Tembikai?

Sumber: Hmetro

Rahsia Kod Warna Pada Tiub Ubat Gigi?

Rahsia Kod Warna Pada Tiub Ubat Gigi?

Bertahun dulu ada tersebar, sekarang disebar lagi, kononnya kod warna merah, biru, hijau, hitam pada setiap ubat gigi melambangkan kandungan atau bahan asas yang digunakan dalam ubat gigi tersebut.

Rahsia+kod-warna-pada-ubat-gigi [2]

Benarkah warna ditiub ubat gigi mempunyai klu kandungan ubat gigi?

TIDAK BENAR. Kod warna itu memberi maksud lain yang tiada kena-mengena dengan kandungan ubat gigi tersebut.

Mungkin ada di antara anda pernah terjumpa dengan artikel yang mendakwa bahawa "kod warna" di bahagian bawah tiub ubat gigi itu memberitahu kandungan di dalam ubat gigi.

Mereka mendakwa bahawa jika tiub ubat gigi mempunyai warna:
  • MERAH: Bahan semula jadi + bahan kimia
  • BIRU: Bahan semula jadi + bahan ubatan
  • HIJAU: Bahan semula jadi sahaja
  • HITAM: Bahan kimia sahaja

Sebenarnya, tanda warna merah, biru, hijau, hitam berkotak seperti dalam gambar di atas ada pada produk lain juga seperti pada pencuci muka, perapi rambut atau apa sahaja produk dalam bekas tube sebegitu.

Jadi, adakah maklumat ini benar seperti yang disebarkan?

TIDAK BENAR. Kod warna itu langsung tidak memberi apa-apa maklumat tentang kandungan ubat gigi. Sebenarnya, warna-warna tersebut digunakan oleh mesin pemproses di kilang ubat gigi tersebut.

Rahsia+kod-warna-pada-ubat-gigi

Ia dipanggil "eye marks" atau "eye spots" yang digunakan oleh sistem kamera elektronik mesin pembungkusan yang moden. Ia memberi arahan untuk mesin tersebut untuk melakukan tugas-tugas spesifik seperti memotong, mengapit, membentuk tiub ubat gigi dan lain-lain.

Selain itu, ia boleh juga memberi arahan untuk mencetak sesetengah warna pada pembungkus barang. Jika tiada tanda eye marks seperti ini, mesin mungkin tersalah potong pembungkus kerana tiada 'tanda potong'.

Jika ada yang bertanya "kenapa setiap kod ubat gigi itu warnanya lain-lain?" Ini kerana setiap pengilang mempunyai cara penandaan yang tersendiri dan mungkin berbeza dengan jenama lain.

Tambahan pula, warna yang berlainan mungkin memberi maksud arahan yang berlainan.

Jika anda perhatikan, banyak lagi produk di sekeliling anda ada tanda-tanda seperti ini. Ia digunakan secara meluas baik pada tiub ubat gigi mahupun kotaknya.

Tambahan pula, mengapa pihak pengilang perlu bersusah-payah memberikan kod warna untuk memberitahu kandungan produk sedangkan mereka sudahpun menceritakan segala kandungannya di bahagian "isi kandungan" di kotak produk?

Itu lebih bermaklumat bagi kita berbanding untuk meneka apakah kandungan "bahan semula jadi", "bahan kimia" atau "bahan ubat-ubatan" itu kan.

BACA INI JUGA: Siapa Pencipta Kod Bar?

sumber: keindahanpengalaman

Manfaat Vitamin B Complex Dan Kenapa Anda Harus Mengambilnya Setiap Hari

Manfaat Vitamin B Complex Dan Kenapa Anda Harus Mengambilnya Setiap Hari

Vitamin B Complex sememangnya mengandungi banyak khasiat dan kelebihan untuk semua golongan tidak kiralah untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Vitamin B Complex

Namun, ramai yang memandang remeh akan kepetingannya kerana kurangnya kesedaran tentang betapa pentingnya vitamin B Complex untuk kesihatan tubuh badan.

Apa itu Vitamin B Complex?

B Complex ialah makanan tambahan yang mengandungi semua lapan vitamin B yang terdiri daripada: B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (Pantothenic asid), B6, B7 (Biotin), B9 (folat), B12.

Juga didapati secara semula jadi dalam makanan tapi adakah makanan yang kita ambil itu mencukupi?

Cara memasak yang menggunakan suhu berlebihan, penggunaan baja kimia dan racun serangga, menyebabkan kebanyakan vitamin hilang sebelum sempat sampai ke mulut pun.

Vitamin B Complex membantu badan untuk menghasilkan tenaga dan membentuk sel-sel darah merah. Malah, mengambil vitamin B Complex boleh membantu merawat atau mencegah masalah kesihatan tertentu.

Kepentingan Dan Kebaikan B Complex (B1, B6 dan B12) Yang Ramai Tak Tahu

Vitamin B1

Sumber: Beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum

Manfaatnya:
  • Melancarkan metabolisme
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • Mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • Memulihkan gangguan saraf

Vitamin B6

Sumber: Daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk

Manfaatnya:
  • Memlancarkan metabolisme
  • Meningkatkan kekebalan tubuh
  • Menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • Membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12

Sumber: Hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut

Manfaatnya:
  • Mencegah kerosakan urat saraf
  • Membantu pembentukan sel darah merah
  • Melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • Mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga

Fungsi Setiap Vitamin B Complex Kepada Tubuh

Setiap vitamin B adalah penting untuk fungsi badan tertentu.
  • B1 (thiamine) dan B2 (riboflavin) adalah penting untuk fungsi otot, saraf dan jantung yang sihat.
  • B3 (niasin) membantu mengawal sistem saraf dan penghadaman.
  • B5 (Pantothenic asid) dan B12 yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal.
  • B6 menyokong sistem imun.
  • B7 (Biotin) terlibat dalam pengeluaran hormon.
  • B9 membantu sel-sel membuat dan mengekalkan DNA.

Kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan makanan tambahan yang mengandungi vitamin B Complex tertentu boleh memberi manfaat kepada kesihatan anda.

Manfaatnya:
  • B1 (thiamine) boleh membantu mencegah penyakit buah pinggang pada pesakit diabetes tahap 2 dan mengurangkan risiko katarak.
  • B2 (riboflavin) boleh mencegah migrain.
  • B3 (niasin) boleh menurunkan paras kolesterol.
  • B6 boleh melindungi daripada risiko penyakit jantung, melegakan gejala-gejala PMS dan mengurangkan loya ketika hamil.
  • B9 (folat atau asid folik) boleh membantu mencegah kanser payudara, kanser kolorektal, kanser pankreas, dan juga risiko penurunan kecacatan kelahiran apabila diambil oleh wanita hamil.
  • B12 boleh mengurangkan risiko kanser pangkal rahim dan mengurangkan paras homocysteine (asid amino dianggap sebagai penyumbang kepada penyakit jantung apabila ia berada pada paras yang tinggi.

Kajian menunjukkan bahawa suplemen B Complex boleh mengurangkan keradangan pada pesakit hemodialisis dan menggalakkan penyembuhan luka periodontal.

Walau bagaimanapun, kajian lain menunjukkan bahawa pengambilan makanan tambahan B Complex tidak mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Apakah yang akan berlaku jika kita kekurangan vitamin B Complex?

Kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan:
  • Lemah sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung.
  • Pembentukan sel abnormal
  • Mengakibatkan anemia
  • Masalah depresi (tekanan perasaan)
  • Kehilangan daya memori
  • Cepat letih
  • Sesak nafas
  • Insomnia
  • Kurang fokus dan konsentrasi
  • Mudah tersinggung

Apakah kelebihan vitamin B Complex untuk kanak-kanak?
  • Merangsang pertumbuhan.
  • Meningkatkan kemampuan berfikir.
  • Memberikan tambahan tenaga.

Apakah kelebihan vitamin B Complex untuk orang dewasa?
  • Menambah tenaga.
  • Mengurangkan stress.
  • Melambatkan proses uban di rambut.
  • Membantu meningkatkan konsentrasi.

Apakah kelebihan vitamin B Complex untuk ibu mengandung?
  • Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
  • Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
  • Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mengelakkan kecacatan janin.

Jadi, bagi anda yang sudah tahu kepentingan vitamin B Complex, tidak perlu ragu-ragu lagi untuk mengamalkan vitamin B Complex dalam diet harian anda!

BACA INI JUGA: Susah Tidur Malam? Cuba Minuman Ini Dan Rasai Hasilnya

Penyakit Misteri Menangis Air Mata Batu!

Penyakit Misteri Menangis Air Mata Batu!

Seorang wanita di China yang mengidap penyakit misteri apabila mengeluarkan air mata batu sejak tujuh tahun lalu tampil kepada media untuk memohon bantuan bagi merungkai penyakit dihadapinya selepas doktor tidak serius mahu merawatnya.

Ding Aihu

Ding Aihu merasa sakit di matanya sejak tujuh tahun lalu dan suaminya Liang Xinhua terkejut selepas menjumpai batu di bawah kelopak matanya.

Matanya sering menghasilkan batu sejak itu.

Xinhua mendakwa tiada doktor yang dapat menjelaskan fenomena pelik dan berkata setiap kali di ke hospital untuk mendapatkan rawatan, kakitangan hospital tidak mahu merawat isterinya dan menganggap isterinya gila.

Selepas batu berkenaan dibuang, dia akan berasa sihat untuk seketika tetapi akan mengeluarkan batu lain.

Batu yang dihasilkan keras dan berwarna putih dan agak sukar untuk dikeluarkan.

Malah menurut Xinhua, dia akan mengeluarkan batu-batu berkenaan dengan wayar dan mendakwa mengeluarkan 10 biji batu kecil dari kelopak mata isterinya itu.

Xinhua yang juga petani di perkampungan Lufang, Wilayah Shandong berkata, dia telah cuba untuk mendapatkan rawatan di beberapa daerah namun doktor enggan merawat mereka.

"Mereka hanya akan merawat mereka untuk kes penyakit mental,' katanya dipetik Mirror.uk.

Xinhua mendedahkan perkara itu kepada media dan turut menunjukkan sebiji batu yang keluar dari mata isterinya untuk meyakinkan bahawa dakwaan mereka adalah benar.

"Ia suatu yang menyakitkan, namun isterinya tidak mengalami masalah kesihatan yang lain," ujarnya lagi.

BACA INI JUGA: Misteri Penyakit Air Mata Berdarah

Sumber: SH

Harga Terbaharu Kepala Salman Rushdie AS$600,000!

Harga Terbaharu Kepala Salman Rushdie AS$600,000!

Harga kepala penulis buku yang menghina Nabi Muhammad SAW, Salman Rushdie, telah diperbaharui dengan tawaran sebanyak AS$600,000 sudah diumumkan.

Salman Rushdie

Salman merupakan penulis kelahiran India dan `The Satanic Verses’ merupakan novel keempatnya yang ditulis pada 1988. Dia dilahirkan sebagai seorang Islam.

The Satanic Verses telah mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia hinggakan Ayatollah Ruhollah Khomeini telah mengeluarkan fatwa bunuh ke atas Salman pada 1989.

Selepas fatwa pemimpin Iran itu dikeluarkan, Salman telah menghabiskan masa bertahun-tahun dengan menyembunyikan diri.

Kini selepas 20 tahun fatwa dibuat, sebanyak 40 pengendali media di Iran telah bergabung bagi mengumumkan wang berkenaan.

Salah satu penyumbang terbesar adalah Fars News Agency, yang menderma sebanyak hampir AS$30,000.

Menurut Timbalan Menteri Kebudayaan Iran, Seyes Abbas Salehi, fatwa itu adalah satu dekri yang tidak akan hilang atau dimansuhkan.

BACA INI JUGA: Pakar Matematik Terkedu Selepas Cabar Al-Qur'an

Sumber: Mynewshub.cc

Guru Bekas Lulusan UK Yang Kini Peminta Sedekah!

Guru Bekas Lulusan UK Yang Kini Peminta Sedekah!

Cuba anda bayangkan, ketika sedang berjalan-jalan di kota metropolitan Kuala Lumpur, tiba-tiba datang seorang fakir menyapa bagi meminta sedekah.

Cikgu Siti

Selepas itu, anda mula perasan peminta sedekah itu merupakan insan yang pernah berjasa kepada anda suatu masa dahulu.

Pastinya perasaan anda bercampur baur memikirkan bagaimanakah dia boleh terjerumus dalam kehidupan sebegitu bukan?

Itulah yang dihadapi oleh seorang netizen apabila baru-baru ini dia terserempak dengan bekas gurunya yang dikenali sebagai Cikgu Siti.

Siapa sangka pertemuan semula dengan Cikgu Siti yang pernah mendidiknya sehingga ke menara gading adalah di dalam situasi yang teramat-amat menyedihkan.

Apakah puncanya? Jom ikuti perkongsian daripada saudari ini..

Cikgu Siti [2]

Subhanallah, apa yang berlaku pada wanita ini? Dulu dia adalah guru sekolah rendah saya. Kini, dia mengemis di sana sini untuk membeli makanan.

Dia duduk di sebelah saya, yang masih mengecam wajahnya walaupun sudah 40 tahun berlalu.

“Nak, boleh minta duit untuk beli makanan?” itu soalan yang dia tanya pada saya.

“Cikgu Siti, Cikgu Siti ni kan?” hati sudah tidak dapat menahan sebak, mengalir jua air mata di depan wanita ini.

Menurut penduduk sekitar, Cikgu Siti menjadi demikian selepas kematian suaminya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, dia hilang arah sehingga jadi kurang siuman.

Saya masih ingat, dahulu dia adalah cikgu yang sangat berdedikasi, efisyen malah lulusan dari United Kingdom.

Saya berdoa agar Allah melindunginya. Saya bersyukur walaupun kadangkala dilanda kegagalan dalam hidup, Allah masih memberi kekuatan untuk saya menghadapinya. Alhamdulillah.

BACA INI JUGA: 'Ubatilah Orang Sakit Diantara Kamu Dengan Sedekah'

Sumber: Mynewshub.cc

Wanita Kahwini Kucing Selepas Kecewa Putus Cinta!

Wanita Kahwini Kucing Selepas Kecewa Putus Cinta!

Selepas melalui pengalaman putus cinta yang menyakitkan, seorang pereka laman web mengambil keputusan untuk mengahwini kucing peliharaanya sendiri.

Barbarella Buchner

Barbarella Buchner, 48, mengahwini dua ekor kucingnya, Spider dan Lugosi dalam majlis secara dalam talian.

Kedua-dua kucingnya itu dipeliharanya sejak 10 tahun lalu selepas mengambilnya dari pusat perlindungan kucing di London.

"Kucingnya adalah cinta hidupnya. Saya tidak pernah menyesal malah tidak peduli apa yang orang perkatakan," dakwa Barbarella.

Barbarella yang kini menetap di Lanzarotte berkata, dia pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki namun gagal.

Menurut Barbarella , kucingnya itu membantunya untuk kembali menjalani kehidupan normal dan bangkit dari kekecewaan selepas hubungan percintaannya bersama bekas teman lelaki yang terjalin selama tujuh tahun putus.

"Bekas teman lelaki adalah individu yang paling penting dalam hidup saya sebelum ini sehinggalah perhubungan tersebut putus.

"Ia menyakitkan apabila putus, saya menangis beberapa minggu selepas gagal namun kucing-kucingnya itu membantu memulihkan emosinya. Mereka membantu menenangkan dan sentiasa ada dengan saya," katanya dipetik Mirror.uk.

Tambahnya lagi, dia kemudiannya tersedar bahawa cinta saya kepada haiwannya itu melebihi segalanya malah lebih dalam dari cinta kepada manusia.

Pada tahun 2004, Barbella mengambil keputusan untuk mengahwini kucingnya itu secara rasmi melalui sebuah laman web Marryyourpet.com.

Barbarella Buchner [2]

Laman web itu menyenaraikan beberapa peraturan yang perlu dipersetujui sebelum membenarkan pelayar berkahwin dengan haiwan peliharaan dan antaranya ialah tidak dibenarkan untuk menganiaya haiwan kesayangan dalam apa jua cara.

Permohonannya diterima dan dia perlu membayar yuran berharga £20 (RM120) sebelum berkahwin dalam majlis secara online dengan hanya menekan butan "I do".

Barbarella berkata, mengahwini Lugasi dan Spider adalah sesuatu yang perlu saya lakukan.

"Jika kucingnya mati, dia tidak akan mengahwini kucing yang lain dan jika ada lelaki yang mendekati saya akan berterus terang bahawa saya telah berkahwin dengan kucing, dan jika mereka fikir saya pelik, saya tak pedulikannya," ujarnya.

BACA INI JUGA: 5 Ibu Mertua Paling Menakutkan Di Dunia

Sumber: Sinarharian.com.my

Tuesday, February 23, 2016

Komik Edisi Pertama Spiderman Berharga RM1.9 Juta!

Komik Edisi Pertama Spiderman Berharga RM1.9 Juta!

Sebuah rumah lelongan berpusat di Dallas berkata, senaskhah komik yang jarang ditemui dan menampilkan penampilan pertama Spiderman telah dijual dengan harga AS$454,100 (RM1.9 juta).

Komik Edisi Pertama Spiderman

Buku komik tersebut dibeli oleh seorang pengumpul tanpa nama dan menurut Heritage Auctions, komik tersebut yang dijual pada Khamis adalah rekod tertinggi harga bagi rumah bidaan itu untuk lelongan awam buku komik Spiderman.

Komik edisi 1962, Amazing Fantasy No 15 digredkan dengan skor 9.4 dari skala 1 hingga 10.

Walter Yakoboski dari Long Island, New York telah membeli komik tersebut pada tahun 1980 dengan harga AS$1,200 (RM5,043).

Walter memberitahu AP minggu lalu bahawa dia membeli beberapa komik unik sebagai pelaburan.

Pada tahun 2011, pengumpul persendirian dilaporkan membayar lebih $1.1 juta (RM4.62 juta) untuk mendapatkan komik "Amazing Fantasy No 15".

BACA INI JUGA: Watak Pahlawan Islam Dalam Filem Pirates of The Carribean

Sumber: Sinarharian.com.my

Parti Liberal Sweden Tuntut Halal Seks Antara Adik-Beradik Dan Mayat!

Parti Liberal Sweden Tuntut Halal Seks Antara Adik-Beradik Dan Mayat!

Parti Liberal Sweden yang kebanyakannya terdiri daripada ahli parlimen belia telah menyatakan petisyen untuk membenarkan dan menghalalkan perlakuan seks antara adik-beradik berusia lebih 15 tahun dan juga mayat.

Cecilia Johnsson
Presiden Parti Liberal Sweden, Cecilia Johnsson.

Menurut mereka, walaupun ramai yang melihat perlakuan seks jenis itu sangat menjijikkan namun ianya tidak bermakna ia harus diharamkan.

Mereka dikatakan ingin memperjuangkan hak asasi manusia selain seks antara mayat itu perlu mendapat keizinan daripada individu itu sendiri sebelum dirinya mati.

Menurut presiden parti itu, Cecilia Johnsson, mereka mewakili suara anak muda dan langkah ini adalah salah satu daripada anjakan paradigma yang cuba dibawa mereka untuk kebaikan rakyat di sana.

“Kami tidak mahu terikat dengan undang-undang moral, kami adalah mewakili sayap anak-anak muda dan ia merupakan satu tugas untuk kami memikirkan sesuatu perkara itu di luar kotak.

“Kami sedar perlakuan seks dengan mayat dan adik beradik dilihat sebagai suatu perkara luar biasa dan ‘jijik’ dari segi undang-undang, namun ia tidaklah sebegitu rupa (jika lihat dari sudut lain),” katanya kepada akhbar Aftonbladet.

Sementara itu, seorang pemimpin senior, Carl B Hamilton, yang tidak sealiran dengan parti liberal, menyatakan ahli-ahli parti itu sebagai sengaja mencipta publisiti murahan dan lari daripada perjuangan politik yang ingin diperjuangkan.

“Parti Liberal hanya lebih pentingkan publisiti (terhadap hal-hal yang tidak penting) dan tidak memberikan fokus terhadap isu-isu yang lebih penting untuk masa hadapan rakyat dan negara Sweden itu sendiri,” katanya.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Budaya Seks Paling Bebas Di Dunia



Sumber: Mynewshub.cc