Feb 23, 2016

Parti Liberal Sweden Tuntut Halal Seks Antara Adik-Beradik Dan Mayat!

Parti Liberal Sweden yang kebanyakannya terdiri daripada ahli parlimen belia telah menyatakan petisyen untuk membenarkan dan menghalalkan perlakuan seks antara adik-beradik berusia lebih 15 tahun dan juga mayat.

Cecilia Johnsson
Presiden Parti Liberal Sweden, Cecilia Johnsson.

Menurut mereka, walaupun ramai yang melihat perlakuan seks jenis itu sangat menjijikkan namun ianya tidak bermakna ia harus diharamkan.

Mereka dikatakan ingin memperjuangkan hak asasi manusia selain seks antara mayat itu perlu mendapat keizinan daripada individu itu sendiri sebelum dirinya mati.

Menurut presiden parti itu, Cecilia Johnsson, mereka mewakili suara anak muda dan langkah ini adalah salah satu daripada anjakan paradigma yang cuba dibawa mereka untuk kebaikan rakyat di sana.

“Kami tidak mahu terikat dengan undang-undang moral, kami adalah mewakili sayap anak-anak muda dan ia merupakan satu tugas untuk kami memikirkan sesuatu perkara itu di luar kotak.

“Kami sedar perlakuan seks dengan mayat dan adik beradik dilihat sebagai suatu perkara luar biasa dan ‘jijik’ dari segi undang-undang, namun ia tidaklah sebegitu rupa (jika lihat dari sudut lain),” katanya kepada akhbar Aftonbladet.

Sementara itu, seorang pemimpin senior, Carl B Hamilton, yang tidak sealiran dengan parti liberal, menyatakan ahli-ahli parti itu sebagai sengaja mencipta publisiti murahan dan lari daripada perjuangan politik yang ingin diperjuangkan.

“Parti Liberal hanya lebih pentingkan publisiti (terhadap hal-hal yang tidak penting) dan tidak memberikan fokus terhadap isu-isu yang lebih penting untuk masa hadapan rakyat dan negara Sweden itu sendiri,” katanya.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Budaya Seks Paling Bebas Di Dunia



Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon