Tuesday, February 16, 2016

Ramai Pengantin Tidak Solat, Rugi Basuh Make-up!

Ramai Pengantin Tidak Solat, Rugi Basuh Make-up!

Tuntutan perkahwinan adalah satu ibadah yang sememangnya menjadi tuntutan dalam Islam dan sudah pasti semua kita yang hidup ini akan berkahwin dengan pasangan yang telah ditentukan olehNya.

PENGANTIN+TAK+SOLAT

Tetapi disebalik perkahwinan yang merupakan satu ibadah ini, ramai kita diluar sana terlupa akan ibadah wajib yang menjadi tiang agama iaitu solat.

Disebalik keghairahan pasangan pengantin yang mencantikkan diri diluar sana, ramai antata kita walaupun tidak semua, ada yang mengabaikan solat dihari perkahwinan yang mereka dilayan bak raja.

Ini kerana, ada yang sanggup korbankan ibadah wajib ini dengan alasan sayang untuk membasuh muka untuk ambil solat kerana "make up" yang ada dimuka dibayar mahal, jika terkena air makan akan hilang solekan dimuka berkenaan.

"Sekali make up hari pengantin dah RM300, kalau basuh rugilah RM300."

Tapi solat tiang agama kau tinggalkan demi solekan dimuka berkenaan?

Berikut adalah satu posting yang dimuatnaik ke laman Facebook bernama Nurul Fahana Abdul Rahim yang menyentuh hal ini.

Jom baca.

Pengantin sekarang ramai TAK SOLAT.

Ini fakta zaman sekarang. Bila jadi pengantin memang semua nak nampak cantik dan pakaian pun mengerlip. Tapi sayangnya kecantikan itu takut dicemari lalu meninggalkan solat yang wajib buat diri.

Akibat nak bermekap, mak andam sampai ke rumah pengantin seawal jam 11 pagi. Maka si pengantin pun menadah muka selama sejam dua lamanya, akhirnya siap bermekap setelah hampir jam 1 tengahari.

Dah tahu Zuhur masuk setengah jam lagi, terus disarungkan busana perkahwinan yang ketat membaluti seluruh tubuh wanita. Tak ada seinchi pun kelonggaran, malah lebih ketat lebih mengujakan.

Itu belum lagi menyentuh hal mak andam separa alam yang tak dapat dipastikan jantinanya lelaki mahupun wanita. Maka bersentuhanlah kulit sang ajnabi bertopengkan wajah si pari² untuk menatariaskan pengantin akhir zaman yang hanyut dgn kejahilan diri.

Apatah lagi jika mak andamnya lelaki, walau bersarung tangan tetap dia ajnabi dan si bakal suami pula jenis berpenyakit bisu bila isteri disentuh lelaki yang juga halal untuk dinikahi si bakal isteri.

Akhir zaman, majlis pernikahan yang sepatutnya mengundang seribu keberkatan dan malaikat rahmat turut sama mendoakan, telah dicemari dengan kemaksiatan yang tiada berkesudahan.

Busana yang anggun disarung tadi di bawa pula ke majlis pernikahan untuk menjadi saksi penyatuan dua hati. Saat sah menjadi isteri, maka tertanggunglah segala dosa atas bahu si suami yang dayus membiarkan sang bidadari menjadi tatapan nafsu ajnabi.

Hilanglah kesucian dan jatuhlah maruah seorang isteri sebelum malam pertamanya lagi. Manakan tidak, beratus pasang mata melirik menjamu kecantikan si pengantin rupawan yang tidak memberatkan hukum menutup aurat buat dirinya.

Belum lagi disebut tentang perihal solat yang dianggap remeh di hari persandingan kedua mempelai. Sibuk menjamu telinga dengan bunyi karaoke sampaikan azan pun diperlekeh dan solat juga tercicir.

Pengantin takut merosak kecantikan majlis dan wajah hanya kerana sudah lengkap berbusana, lalu solat yang fardhu tinggalkan tanpa ada rasa malu melayan tetamu.

Maka bermulalah episod cinta yang disaksikan kemurkaan Allah SWT buat kedua mereka. Namun masih beria berkata LOVE TILL JANNAH.

BACA INI JUGA: 6 Kesilapan Lelaki Tentang 'Hubungan Asmara'

Sumber: Siakapkeli.my

Mesyuarat PIBG Dirasmikan Dato Vida Wajib Pakai Baju Pink!

Mesyuarat PIBG Dirasmikan Dato Vida Wajib Pakai Baju Pink!

Susulan satu surat yang tersebar meminta meminta agar ibu bapa hadir ke mesyuarat PIBG dengan berbaju pink, NUTP menggesa agar Dr. Vida tidak menggangu pengajaran sekolah.

Dato Vida

Menurut presiden NUTP, Hashim Adnan, sekolah merupakan tempat untuk pelajar menimba ilmu dan tidak wajar ia digunakan sebagai tempat untuk mempromosi produk kesihatan.

Dato Vida [2]

"Saya mengharapkan agar guru besar sekolah itu tidak melebihi batas dengan menjalankan promosi barangan sewaktu aktiviti pembelajaran diadakan kerana saya khuatir mengganggu konsentrasi pelajar", katanya sebagaimana lapor Akhbar Kosmo bertarikh 16 Feb.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas tentang surat terbabit.

Dato Vida [3]

Selain dari ajakan ke mesyuarat PIBG, surat terbabit turut meminta ibu bapa untuk mengajak rakan-rakan, jiran dan pasangan untuk memeriahkan promosi produk Qu Puteh keluaran Dr. Vida yang dijual pada harga Istimewa.

BACA INI JUGA: 2 Lelaki Yang Menjadi Kaya Selepas Idea Paling Teruk!

Sumber: Siakapkeli.my

Donald Trump Mengamuk Disamakan Dengan Badut

Donald Trump Mengamuk Disamakan Dengan Badut

Surat khabar The New York Daily News, melaporkan kemenangan calon presiden daripada Parti Republik Donald Trump, di New Hampshire sebagai 'kebangkitan mereka yang mati otak' dengan wajah Trump 'diwarnakan wajah badut'.

Donald Trump

Dengan kapsyen gambar "sang badut bangkit dengan kemenangan di NH sementara para zombie tanpa otak datang berduyun-duyun".

Sementara itu, menurut laporan USA Today, Trump segera menyerang balik surat khabar itu ketikamana dia diwawancara dengan televisyen Fox News dengan menyebutnya sebagai 'surat khabar yang gagal' dan 'akan segera ditutup, saya sangat yakin.'

Dan seperti yang sangat sering dilakukannya, jutawan itu menggunakan akaun Twitternyar untuk meneruskan serangan ke NY Daily News serta pemiliknya Mort Zuckerman. Dan entah kenapa Trump juga menyerang media lain, Politico.

Trump menyebut surat khabar itu dalam kondisi tidak mempunyai wang, banyak berhutang, beritanya sampah, tidak punya kredibiliti, dan tidak ada orang yang mahu beli.

Namun belum jelas kenapa Trump belum menyerang The Huffington Post, yang menyebutnya sebagai orang yang rasis, seksis, dan xenophobia.

BACA INI JUGA: Misteri Patung Badut

Sumber: Sinarharian.com.my

Orang Islam, Jangan Masuk Kedai Makan Tulis 'Pork Free'

Orang Islam, Jangan Masuk Kedai Makan Tulis 'Pork Free'

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan memberi penjelasan terperinci mengenai definisi tanda atau logo 'tiada babi' yang dipamer di premis makanan, kata Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Pork+Free

Beliau berkata, logo atau tanda tersebut seolah-olah menunjukkan makanan di premis berkenaan berstatus halal dan jika dibiarkan ia boleh memecahbelahkan keharmonian rakyat pelbagai kaum, agama dan bangsa di negara ini.

"Saya telah arahkan pegawai-pegawai untuk melihat kembali supaya tiada muslihat oleh pemilik premis makanan dari segi tanda yang dipamerkan.

"Bagi pengguna Islam premis mempamerkan tanda 'pork free' (tiada babi), tidak ada logo halal... janganlah masuk sebab mereka buat tanda itu mungkin untuk kaum lain yang tidak makan khinzir," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan perlu diambil terhadap premis makanan yang mengelirukan umat Islam dengan mempamerkan tanda 'tiada babi' seolah-olah makanan yang disediakan di premis tersebut berstatus halal.

Beliau berkata, hanya premis makanan yang mempamer sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh dikunjungi oleh pengguna beragama Islam.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana premis makanan yang mempamer logo halal tetapi menjual makanan tidak halal.

BACA INI JUGA: Jakim Sahkan Minyak Yu Yee HALAL

Sumber: Bernama

Kisah Ajal Dua Kali M. Daud Kilau

Kisah Ajal Dua Kali M. Daud Kilau

Ahad, 14 Februari. 2016, figura tersohor, M. Daud Kilau, dilaporkan ‘sekali lagi meninggal dunia’ dan viral dilaman sosial.

M. Daud Kilau

Penyanyi yang membuahkan senyum setiap kali lagu Cek Mek Molek dendangannya diputar di radio, dengan rambutnya terlihat jelas berwarna putih dan keperangan kelihatan sihat. Biar sesekali nampak lelah, tetapi tetap bersemangat bicaranya.

Datuk M. Daud Kilau sebaliknya semakin membaik daripada penyakit komplikasi membuang air kecil dan ketumbuhan pada bahagian buah pinggangnya tatkala ramai cuba menunjuk pandai soal ajalnya yang sudah ‘sampai dua kali’.

“Saya berdoa supaya Allah bukakan hati mereka untuk tidak menyebarkan berita yang tidak benar apatah lagi apabila ia melibatkan kematian seseorang.”

“Ajal saya di tangan Allah, bukan manusia yang boleh bercakap apa sahaja,” katanya penuh makna.

M. Daud Kilau masih gagah mengatur langkah walaupun tidak selincah dulu. Beliau mampu berdiri tanpa terlalu bergantung kepada bantuan orang sekelilingnya.

Selera makannya juga bertambah, tetapi masih perlu mengambil ubat secara berkala seperti saranan doktor.

Tidak terkilan

Mengakui tidak terkilan mengenai fitnah kematiannya, pelantun lagu Gila Judi itu bagaimanapun menyahut pertanyaan dengan jawapan bersahaja tetapi penuh makna tersirat.

“Terpulang kepada mereka. Cuma, kalau boleh saya harapkan mereka lebih terbuka untuk menyampaikan berita yang benar pula selepas ini, bukan fitnah semata-mata. Fitnah ini bukan mendatangkan faedah kepada kita.

“Saya yakin, dengan berkat doa orang ramai, saya masih lagi boleh bernafas seperti biasa dan keadaan saya semakin bertambah baik. Alhamdulillah,” ujarnya sambil melemparkan senyuman.

Ulasnya lagi, beliau berterima kasih kepada orang yang membuat cerita tidak benar tentangnya dan tidak mengambil hati tentang perkara tersebut.

“Ribuan terima kasih kepada yang menulis bukan-bukan tentang saya. Tapi, kalau boleh selepas ini tolong tulis perkara yang benar kerana saya tidak mahu masyarakat terkeliru kerana saya masih diberi kekuatan oleh Allah untuk terus hidup,” katanya.

Dalam leka menyusun kata untuk menemu bual penghibur yang memulakan kerjaya dalam bidang seni usai bergelar Johan Bintang Radio 1968, terselak satu tirai realiti bahawa berita sedemikian barangkali mungkin tidak merobek perasaannya sendiri, tetapi lebih memberi kesan mendalam terhadap orang-orang tersayang yang dekat dengannya iatu ahli keluarga.

Masakan tidak, hubungan mereka sekeluarga begitu akrab dan kasih sayang antara ahli keluarganya iaitu isteri, Datin Rohani Awang Ngah, Noraini Muhammad Daud (anak), 47, Hassan Ahmad (menantu), 67, dan Norhasliana Hassan, 25, (cucu).

Mereka mengaku betapa fitnah kematian penyanyi itu membekaskan luka yang dalam, sehingga anak sulungnya, Noraini memberitahu tidak dapat memaafkan penyebar fitnah kematian bapa kesayangannya.

Membawa penyanyi itu kembali kepada jalan kariernya beberapa bulan lalu sebelum dikejarkan dan terlantar di hospital selama sebulan Januari lalu, kata M.Daud Kilau, kali terakhir beliau melakukan persembahan pentas adalah pada Pesta Air di Manjung, Perak sekitar Disember 2015.

Sejak itu, semua aktiviti nyanyian termasuk persembahan yang sudah dipersetujuinya ditolak. Duit pendahuluan juga sudah dipulangkan. Beliau tidak mahu berjanji untuk menghiburkan peminat dengan tahap kesihatan yang tidak mengizinkan.

“Perkara itu (menyanyi), saya tolak tepi dulu. Apa yang paling penting sekarang adalah untuk kembali sihat. Kalau saya sihat, baru boleh menyanyi kembali.

“Walaupun tidak lagi lincah seperti sebelum ini, saya akan cuba sedaya upaya untuk menghiburkan hati peminat kerana itulah bakat yang Allah beri kepada saya. Insya-Allah,” katanya dalam nada agak perlahan tetapi bersemangat.

Inspirasi

M. Daud Kilau [2]

Sebelum ini M. Daud Kilau terlantar di hospital selama sebulan sejak dimasukkan ke Hospital Teluk Intan, Perak pada 3 Januari lalu. Beliau dibenarkan keluar oleh pihak hospital pada 3 Februari lalu namun masih mendapat rawatan susulan di Hospital Selayang, Kuala Lumpur.

Menyorot perjalanan seninya sebagai seorang penghibur handalan, beliau memulakan langkah sebagai anak seni seawal tahun 1968 apabila dinobatkan sebagai Johan Bintang Radio 1968. Selain itu, beliau juga pernah menyandang gelaran Penyanyi Lelaki Popular Papita 1979 dan Johan Pesta Dendang Rakyat 1985 (Nyanyian Asli).

Kemenangan tersebut membuka pintu buat beliau menjadi artis rakaman hingga menghasilkan banyak album yang memuatkan lagu bergenre langgam, asli dan dangdut.

Ada wajah ceria dan semyum simpul yang terukir sewaktu M. Daud Kilau diajak menjejak kembali kembara kariernya beberapa puluh tahun lalu.

Ditanya bagaimana beliau terjebak dalam dunia seni, jawabnya ringkas: “Ia adalah kerja dan rahsia Tuhan. Saya tidak sangka akan pergi sejauh ini dan jika suatu hari saya tiada lagi, saya gembira kerana lagu-lagu saya menjadi siulan ramai.”

Menyentuh tentang lagu-lagunya, Cek Mek Molek yang menjadi ‘bayangannya’ membuat M. Daud Kilau ketawa. Beliau mengaku lagu hasil ciptaan arwah Ahmad Shariff itu meninggalkan impak yang besar dalam kehidupannya.

“Saya fikir semua orang tahu tentang lagu itu dan menjadi trademark diri saya. Ia sekali gus memberi impak yang besar terhadap kelangsungan hidup saya sebagai seorang penghibur,” katanya.

Bercerita lanjut, M. Daud Kilau memberitahu turut menyelitkan nasihat berbentuk kiasan dalam karya-karyanya yang lain.

“Sebagai contoh, lagu Gila Judi yang saya sendiri tulis liriknya. Ia tentang kritikan halus mengenai sikap masyarakat tidak mengira zaman. Seperti lirik, saya harap peminat mendapat sesuatu daripada karya saya,” getusnya.

Diminta meninggalkan sedikit pesanan buat generasi muda yang aktif mendominasi dunia hiburan, M. Daud Kilau tersenyum.

Ringkas pesanan yang dititip namun penuh makna. Katanya sambil ketawa, “Jaga pemakanan. Jangan jadi seperti saya apabila sudah tua, banyak penyakit.”

BACA INI JUGA: 8 Artis Wanita Korea Yang Mati Membunuh Diri

Sumber: Kosmo

Monday, February 15, 2016

Misteri Rumah Berhantu 'The Baker Mansion'

Misteri Rumah Berhantu 'The Baker Mansion'

Terletak di Altoona, Pennsylvania, Amerika Syarikat, tersergam sebuah rumah agam lama gaya Greek yang di gelar 'The Baker Mansion'.

The Baker Mansion
The Baker Mansion [Wikipedia].

Rumah mewah gaya lama ini dibina antara tahun 1844 sehingga 1848, dimiliki oleh seorang usahawan besi yang kaya raya, Elias Baker.

Perkahwinan Elias dan isterinya, Hetty, mereka dikurniakan empat orang anak, David, Sylvester, Anna dan Margaretta.

Malangnya, anak bongsu mereka Margaretta meninggal dunia semasa berusia dua tahun akibat penyakit berjangkit.

Memandangkan hanya Anna satu-satunya anak perempuan keluarga itu, dia menjadi perhatian, ramai lelaki mahu memikatnya.

Akhirnya Anna jatuh cinta, pemuda pilihannya bukanlah anak orang kaya, sebaliknya dia jatuh cinta dengan seorang pemuda miskin yang bekerja di kilang besi milik ayahnya.

Kisahnya bermula apabila pemuda itu melamar Anna untuk dijadikan isteri.

Tetapi, berita itu bukannya mendatangkan kegembiraan, sebaliknya percintaan diantara dua darjat itu mencetuskan kemarahan Elias.

Elias memecat pemuda tersebut dan menghalaunya keluar dari daerah dan cuba memutuskan hubungan cinta Anna.

Baginya, pemuda miskin itu tidak layak berkahwin dengan anaknya.

Kecewa dan patah hati, Anna enggan berkahwin dengan pemuda pilihan ayahnya yang lebih setaraf dengan darjat mereka.

Sebaliknya, Anna berikrar tidak akan berkahwin sehingga ke akhir hayat. Dia kekal membujang sehingga meninggal dunia pada tahun 1914.

Kematian

Elias menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1864 meninggalkan isterinya, Hetty, meneruskan hidup sehinggalah dia juga meninggal dunia pada tahun 1900.

Anak lelaki mereka, David, berkahwin dengan Sarah pada 1851 dan mereka dikurniakan anak perempuan, Louise,

David terkorban dalam satu letupan kapal semasa anaknya baru berusia dua minggu.

Setelah dewasa, Louise berkahwin dan berhijrah ke Sweeden mengikut suaminya.

Akhirnya yang tinggal di rumah itu hanyalah Sylvester dan Anna. Kedua-duanya tetap membujang sehinggalah ke akhir hayat.

Misteri Gaun Pengantin

WEDDING+DRESS

Setelah Anna meninggal dunia pada tahun 1914, rumah agam itu ditutup.

Pada tahun 1922, pengurusan rumah itu diambil dan dijadikan ibu pejabat oleh sebuah persatuan sejarah sebelum dijadikan muzium dan dibuka kepada pengunjung.

Pelbagai barangan dan peralatan dipamerkan dirumah ini termasuklah gaun pengantin Anna.

Namun, yang menjadi misteri adalah gaun pengantin peninggalan Anna ini yang dijahitnya sendiri selepas kecewa cintanya terhalang.

Gaun pengantin ini sering diperkatakan apabila dikaitkan dengan pelbagai kejadian misteri.

Gaun ini dikatakan 'berhantu' kerana walaupun ia dipamerkan dalam almari kaca yang kedap udara, ramai pengunjung pernah melihat gaun ini bergoyang dan beralun secara tiba-tiba, seperti ada seseorang yang memakainya.

Dikatakan juga, sewaktu bulan penuh, akan kelihatan seakan bayang-bayang wanita pada gaun tersebut.

Pengunjung mengaitkan ia sebagai roh Anna yang datang untuk melihat atau 'memakai' gaun pengantinnya yang tidak kesampaian.

Rumah Berhantu

Adakah hanya gaun Anna saja yang menghantui rumah agam ini? Tidak! Masih ada lagi kisah lain.

Ada yang mendakwa sering melihat bayangan wanita tua berpakaian serba hitam disekitar tangga dan laluan di tingkat tiga rumah agam ini.

Kononnya, itulah roh Hetty, isteri Elias Baker.

Ada juga pengunjung yang dikatakan sering mendengar suara jeritan lelaki yang datang dari arah bawah rumah agam ini.

Tidak kurang juga yang mengatakan ternampak bayang-bayang lelaki yang berpakaian seperti kelasi kapal di rumah tersebut.

Sama ada jeritan mahupun bayang-bayang lelaki, ia dikaitkan sebagai roh David yang mati dalam letupan kapal semasa musim sejuk tahun 1852.

Semasa kejadian itu, mayat David berada dalam keadaan beku dan disimpan terlebih dahulu di bilik bawah tanah rumah tersebut sebelum dikebumikan.

Bagaimana pula dengan roh Sylvester? Ia kononnya menghantui ruangan pendiangan api rumah tersebut.

Ini kerana sewaktu meninggal dunia, dia diserang sakit jantung disitu.

Pernah pada tahun 1980an, sistem sekuriti dipasang dibawah karpet diruangan pendiangan api.

Peliknya, sistem itu sering kali berbunyi pada waktu malam menandakan ada orang yang masuk dan memijak ruangan itu sedangkan apabila diperiksa, tiada sesiapa disitu.

Misteri diatas hanyalah sekilas yang dikaitkan dengan roh ahli keluarga Elias Baker.

Itu belum lagi misteri lain seperti perabot yang beralih sendiri, bunyi ketukan misteri, pantulan entiti di cermin dan kotak muzik yang berbunyi sendiri.

Walaupun diselubungi pelbagai misteri sehingga tersenarai sebagai salah satu daripada 9 buah rumah paling berhantu di Amerika Syarikat oleh majalah Life pada tahun 1981, rumah agam ini terus menggamit kedatangan pengunjung.

Jadi, kalau anda ingin menemui keluarga Elias Baker, cubalah datang sendiri!

BACA INI JUGA: Misteri Roh Zona Cerita Punca Kematian!

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, February 14, 2016

11 Tanggapan Salah Tentang Orang Cina Yang Kita Selalu Percaya!

11 Tanggapan Salah Tentang Orang Cina Yang Kita Selalu Percaya!

Sejak kecil lagi, kita yang dibesarkan dalam environment Melayu telah diberitahu tentang beberapa perkara mengenai orang Cina. Biasalah tu kan.

Chinese girl

Di sini kami senaraikan 11 salah faham. Sila baca kesemuanya di bawah..

1. Pandai Cakap Cina

Orang Cina [1]

Kita selalu anggap orang Cina mesti pandai cakap bahasa Cina

Tak betul.

Pernah dengar 'Banana Chinese'? Inilah gelaran yang diberikan kepada orang Cina yang tak reti cakap bahasa Cina. Kenapa banana atau pisang? Sebab buah pisang kan sifatnya "kuning di luar, putih di dalam".

Begitu juga dengan mereka ini. Kulit di luar tetap Cina (atau orang barat selalu gelar "yellow skin") tetapi di dalamnya langsung tak Cina. Bahasa ibunda mereka kebanyakannya adalah Bahasa Inggeris.

Walaupun bahasa Cina juga ada banyak dialek seperti Mandarin, Cantonese, Hokkien, Haka, Teochew, dan macam-macam lagi, mereka memang sejak kecil bertutur dalam English dengan keluarga dan tak pergi sekolah Cina.

2. Pintar Matematik

Orang Cina [2]

Kita selalu anggap orang Cina mesti pandai Matematik

Macam betul tapi sebenarnya tak.

Bukan semua orang Cina pandai Matematik. Bukan setakat tak pandai, yang benci Matematik pun ada. Bila sampai bab mengira saja, terus mengeluh. Cina atau tak Cina, semua sama saja.

3. Kuat Minum Arak

Orang Cina [3]

Kita selalu anggap orang Cina suka minum beer, kaki botol, dan kaki judi

Tak betul jugak.

Tak dinafikan, minuman utama yang akan dihidang dalam apa-apa majlis semestinya beer. Selain beer, minuman keras yang lain seperti whiskey, cyder, dan lain-lain turut sama dihidang.

Tapi itu tak bermaksud semua orang Cina suka minum. Ada yang lebih prefer minum air suam je, atau teh tarik, sebab mereka rasa beer ni tak sedap.

Kalau bab berjudi pula, ada juga yang merasakan judi tidak membawa apa-apa faedah langsung. Daripada menghabiskan duit, lebih baik spend untuk benda lain.

4. Rajin dan Bijak Berniaga

Orang Cina [4]

Kita selalu anggap orang Cina rajin bekerja dan bijak berniaga

Hehe tak juga sebenarnya.

Mana-mana individu bekerja sekalipun, bila dah sampai waktu malas tu tetap akan rasa malas, termasuklah orang Cina. Mana ada orang yang sentiasa rajin 24 jam. Betul tak?

Soal meniaga pulak, orang Cina ada juga yang tak pandai. Tak semestinya bisnes orang Cina semua berjaya dan meletup.

Ramai sebenarnya yang dah lingkup dan ramai juga yang memilih untuk bekerja makan gaji sahaja. Lebih safe and secured.

5. Amoi Cina

Orang Cina [5]

Kita selalu panggil gadis Cina 'Amoi' dan anggap mereka tak kisah

Mereka kisah sebenarnya, tapi ramai tak tahu.

Di Malaysia, perkataan 'Amoi' tu memang dah sinonim dengan gadis Cina. Kalau kita nak panggil mereka, mesti kita akan bahasakan mereka sebagai 'Amoi'.

Tapi kalau diikutkan, panggilan 'Amoi' ini sebenarnya agak offensive. YES! Sama jugak macam perkataan 'Awek'.

Cuba kalau kita tegur gadis Melayu yang kita tak kenal dengan panggilan 'Awek'. Kan macam kasar bunyinya di situ.

Ya, itulah contoh yang paling senang untuk kita bandingkan. Jadi kalau boleh, tukarlah perkataan 'Amoi' tu kepada 'miss'. Take note people!

6. Pandai Buat Duit

Orang Cina [6]

Kita selalu anggap orang Cina pandai buat duit

Tak semestinya.

Financial education memang tak diajar di sekolah. Untuk betul-betul mahir dalam bidang ini, kenalah pergi seminar atau kursus berkenaan pengurusan wang.

Kalau tak ada ilmu, nak buat duit pun susah kan? Sama jugak macam orang Cina, bukannya semua minat atau rajin belajar bab kewangan.

Siapa yang belajar, dialah yang akan mahir. Kebijaksanaan dalam perihal kewangan tak akan datang secara semulajadi.

7. Tisu Tandas

Orang Cina [7]

Kita selalu anggap orang Cina hanya pakai tisu sahaja untuk basuh sisa najis selepas membuang

Nope, nope, nope, and NOPE!

Pelik. Entah dari manalah datangnya asal-usul tanggapan macam ni. Kita suka sangat label orang Cina sebagai pengotor, lagi-lagi bila bab kebersihan diri. Sejak dari dulu lagi.

Tak betul lah. Orang Cina pun pakai air jugak, bukan pakai tisu je. Sama jugak macam orang lain.

Adakah mungkin disebabkan frekuensi orang Cina pakai tisu adalah lebih tinggi berbanding orang lain?

Jadi tak semena-mena orang anggap mereka tak suka pakai air.

Tuutttt... Salah!

8. Beragama Buddha

Orang Cina [8]

Kita selalu anggap orang Cina mesti beragama Buddha

Mestilah tak.

Agama Buddha juga telah sangat sebati dengan masyarakat Cina. Mungkin sebab kita selalu nampak Sami Buddha yang berkepala botak dan mengenakan jubah oren tu orang Cina.

Tapi itu bukan bermakna mereka semua menganut satu agama sahaja. Ramai juga diantara mereka yang beragama Kristian. Malah, ada juga yang mengamalkan kepercayaan Taoisme.

9. Orang Cina 'Kiasu'

Orang Cina [9]

Kita selalu anggap orang Cina ni 'kiasu' Salah!

Direct translation bagi perkataan 'kiasu' ialah 'takut kalah'.

Kia = takut
Su = kalah

Contohnya, lecturer bagi assignment untuk dihantar dua bulan lagi, tapi ada sorang ni siapkan cepat-cepat dalam masa seminggu dan terus hantar tanpa tunggu deadline. Inilah yang dipanggil 'kiasu'. Semua benda nak cepat, semua benda nak menang. Lol :D

Tapi dalam ramai-ramai, mungkin ada seorang je yang macam tu. Yang lain mana ada 'kiasu'. Semua pun sama saja.

10. Mahir Guna Chop Stick

Orang Cina [10]

Kita selalu anggap orang Cina ni terer makan pakai 'chop stick'

Yang ni pun salah.

Rupa-rupanya, ramai juga orang Cina yang tak reti makan pakai 'chop stick'. Eh, bukan tak reti tapi tak mahir. Makan pakai 'chop stick' juga memerlukan practice secara konsisten.

Kalau hidup dalam environment yang tak selalu makan pakai 'chop stick' sejak kecil, memang susah sikit nak mahir. Jadi itulah hujahnya.

11. Orang Cina Kedekut

Orang Cina [11]

Kita selalu anggap orang Cina ni kedekut dan berkira

Tettt!

Benar, orang Cina memang selalu tekankan nilai prosperity dan kekayaan dalam kehidupan. Tapi tak semestinya mereka ini kedekut dan berkira.

Jangan tak tahu, orang Cina juga percaya kepada nilai memberi dan saling tolong-menolong antara satu sama lain.

Apa yang kita bagi, itulah yang kita akan dapat balik, malah berganda!

Itulah dia senarainya..

Orang Cina

Kesimpulannya, tak perlulah ada tanggapan atau stereotaip sebegini terhadap sesiapa sekalipun. Tak elok kan?

Yang penting, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah saling hormat-menghormati antara satu sama lain, tak kira bangsa, kaum, agama, atau warna kulit.

BACA INI JUGA: 10 Kepercayaan Karut Paling Popular Di Korea Selatan

Sumber: Says

Emosi Mempengaruhi Perubahan Tulisan Tangan?

Emosi Mempengaruhi Perubahan Tulisan Tangan?

Tulisan tangan seseorang akan mengalami situasi perubahan yang boleh dilihat dengan mudah dan ketara, cuba perhati dan bandingkan tulisan tangan anda bertahun-tahun dahulu dengan yang sekarang, pasti ada perbezaan.

Tulisan tangan

Hal ini dikatakan unik kerana mengikut analisis ahli Grafologi, tulisan tangan yang berubah membawa banyak maksud.

Pakar Grafologi Indonesia, Deborah Dewi, mengatakan, “Biasanya terdapat dua jenis perubahan, pertama si penulis merasa tulisannya berbeza tapi sebenarnya sama, atau yang kedua mempunyai isu klinikal seperti bipolar.

Hal utama yang mempengaruhi perubahan tulisan tangan adalah perasan hati yang terganggu atau tidak.

Deborah Dewi
Deborah Dewi.

Namun, Deborah menjelaskan bahawa perubahan itu terbahagi lagi kepada dua, iaitu perubahan kekal atau sementara.

“Kalau suasana hati berubah-ubah ketika menulis maka ia adalah perubahan sementara, tetapi pola penulisannya adalah bersifat kekal, cara penulisan huruf adalah kekal, cuma gayanya yang berbeza dan bersifat sementara.

BACA INI JUGA: Keindahan Luarbiasa Tulisan Hieroglif Makam Purba Amenhotep

Sumber: Mynewshub.cc