Saturday, February 13, 2016

Tahukah Anda Siapa Pencipta Lif?

Tahukah Anda Siapa Pencipta Lif?

Lif pertama mula dibina pada tahun 1743 bagi kegunaan King Louis XV di istananya di Perancis.

King Louis XV First Lift

Ketika itu, lif yang dikenali sebagai 'lif terbang' ini hanya untuk pergerakan satu tingkat sahaja, dari tingkat satu ke tingkat dua.

Lif ini terletak diluar bangunan dan raja yang menggunakannya perlu melalui balkoni.

Kemudian, pada tahun 1850, lif persendirian yang menggunakan kuasa hidraulik dan wap diperkenalkan.

Ia dicipta oleh Elisha Graves Otis, seorang rakyat Amerika yang lahir di Halifax, Vermont.

Lif ini mula dipasang pada tahun 1852.

Manakala lif penumpang pertama pula telah dipasang oleh Otis di bandar New York pada tahun 1857.

Setelah Otis meninggal pada tahun 1861 ketika berusia 49 tahun, dua orang anaknya, Charles dan Norton mengambil alih.

Mereka menubuhkan syarikat Otis Brothers & Co pada tahun 1867.

Kemudian, pada tahun 1873, lebih 2,000 lif keluaran syarikat Otis telah digunakan dalam bangunan pejabat, hotel dan pusat membeli-belah di seluruh Amerika Syarikat.

Modern Lift
Lif moden.

Penggunaan lif terus berkembang pesat sehingga pada tahun 1889, Otis telah mencipta lif yang beroperasi menggunakan kuasa elektrik.

Sembilan tahun kemudian, Otis Brothers telah bergabung dengan 14 syarikat lif lain lalu membentuk Otis Elevator Company.

Pada tahun 1903, hasil daripada penggabungan, Otis memperkenalkan rekaan yang menjadi tulang belakang bagi industri lif dunia.

Lif baru ini boleh digunakan bagi bangunan-bangunan pencakar langit seperti New York Empire State Building, Pusat John Hancock Chicago dan Menara CNN Toronto.

BACA INI JUGA: Nikola Tesla, Saintis Hebat Yang Dilupakan Dunia!

-SENTIASAPANAS.COM

Video Lelaki Mati Selepas 'Melekat' Dengan Pasangan!

Video Lelaki Mati Selepas 'Melekat' Dengan Pasangan!

Satu rakaman video menunjukkan seorang wanita dipercayai pelacur yang melekat pada tubuh seorang lelaki berumur yang dikatakan mati ketika mereka melakukan hubungan seks telah tersebar di Internet.

Seks melekat

Rakaman itu menunjukkan anggota paramedik menolak pengusung membawa mayat lelaki berkenaan keluar dari sebuah bangunan manakala wanita berkenaan masih berada di atas tubuhnya di bawah selimut.

Rakaman berkenaan pada mulanya disiarkan laman web berkongsi video China, Miaopai, sebelum dikongsi pengguna melalui LiveLeak.

Kejadian itu dipercayai berlaku di China tetapi tidak dapat dipastikan lokasi sebenar serta tarikh kejadian.

Melalui video itu, wanita berkenaan kelihatan bergerak-gerak di bawah selimut sambil mereka diperhatikan orang ramai.

Pasangan itu dipercayai dibawa ke hospital untuk memisahkan mereka dan kematian ketika hubungan seks boleh berlaku kerana pelbagai sebab, termasuk terlalu aktif atau serangan jantung.

Daily Mail melaporkan, pakar perubatan di London, Dr John Dean, dalam temuramah dengan BBC sebelum ini, menyatakan kejadian zakar terlekat dalam kemaluan wanita boleh berlaku, terutama ketika wanita mengalami orgasm.

BACA INI JUGA: Cara Kebaskan Zakar Secara Semulajadi Agar Tahan Lama



Sumber: hmetro

Cahaya Telefon Bimbit Boleh Menyebabkan Buta!

Cahaya Telefon Bimbit Boleh Menyebabkan Buta!

Kita semua tahu cahaya matahari mengandungi sinaran ultraungu (UV) yang mempunyai kebaikan dan keburukan kepada kesihatan.

Smartphone

Namun, majoriti tidak menyedari cahaya matahari juga mengandungi sinaran biru (blue light) yang membahayakan mata jika terdedah berlebihan.

Cahaya matahari terdiri daripada partikel spektrum elektromagnetik yang bergerak menerusi gelombang.

Gelombang ini memancarkan tenaga dalam pelbagai ukuran dan kekuatan. Lebih pendek jarak gelombang bermaksud lebih tinggi tenaganya.

Setiap gelombang diwakili pelbagai warna dan dikategorikan dalam kumpulan seperti sinar gamma, sinar X, sinar ultraungu, sinar inframerah dan gelombang radio.

Bagaimanapun, mata manusia hanya sensitif pada satu bahagian spektrum iaitu cahaya yang boleh dilihat seperti warna ungu, indigo, biru, hijau, kuning, jingga dan merah.

Sinaran biru mempunyai jarak gelombang yang sangat pendek dan ini membuatkan ia menghasilkan sejumlah tenaga yang lebih tinggi.

Kajian menunjukkan pendedahan pada sinaran biru secara berlebihan dalam jangka panjang boleh menyebabkan kerosakan serius kepada mata.

Ini kerana, sinaran biru menjangkau jauh ke dalam mata dan kesan kumulatifnya iaitu pendedahan sedikit demi sedikit dalam jangka panjang boleh menyebabkan kerosakan kepada retina termasuk pembentukan penyakit mata akibat kemerosotan makular berkaitan usia (AMD).

Namun, sinaran biru tidak hanya dipancarkan oleh sumber semula jadi matahari kerana mata kita juga menyerap cahaya boleh dilihat bertenaga tinggi (HEV) ini daripada sumber buatan.

Setiap hari mata kita terdedah kepada sinaran biru dipancarkan daripada pencahayaan diod pemancar cahaya (LED), lampu kalimantang, skrin digital (televisyen, komputer, telefon bimbit, tablet) dan peranti elektronik.

Pakar Optik dan Pengurus Pembangunan Komersial, Essilor (Malaysia), Daniel Yong berkata, kita tidak dapat mengelak daripada menggunakan produk teknologi skrin digital dan peranti elektronik dalam kehidupan harian sama ada di rumah atau pejabat.

Gaya hidup digital ini turut meningkatkan risiko kepada kesihatan terutama mata apabila organ penting itu mengalami keletihan, pedih dan kemerah-merahan.

Menurutnya, pendedahan kepada sinaran biru yang terlalu banyak sebenarnya menyebabkan kerosakan kekal pada mata berikutan tenaga HEV itu juga berupaya menembusi mata dari semua arah termasuk belakang mata walaupun organ ini mempunyai penapis semula jadi.

Penapis semula jadi mata kita tidak membekalkan perlindungan mencukupi bagi menentang sinaran biru dari cahaya matahari apatah lagi yang dipancarkan daripada produk skrin digital.

Pendedahan berterusan dan kesan kumulatif kepada sinaran biru mengakibatkan sel retina mati perlahan-lahan dan menyumbang kepada AMD.

“AMD adalah kehilangan penglihatan sedikit demi sedikit akibat penuaan dan manusia mendapat AMD seiring dengan peningkatan usia.

Biasanya, AMD dihidap mereka yang berusia 70 hingga 75 tahun, tetapi sinaran biru mempercepatkan proses kemerosotan makular kira-kira 10 tahun lebih awal.

“Penyakit mata akibat kemerosotan makular ini juga adalah penyebab utama kebutaan dan gejala timbul apabila terdapat satu bintik hitam di tengah-tengah pandangan dan penghidap perlu melirik bola mata ke tepi untuk melihat,” katanya.

Cahaya memasuki mata melalui kornea yang terletak di depan bebola mata sebelum kanta membawa cahaya itu kepada retina.

Kornea adalah penghadang telus yang melindungi iris, pupil dan bahagian luaran lain. Retina pula tisu berlapis yang sangat nipis dan menutupi dalaman bebola mata dan sinaran biru bertenaga tinggi merosakkan mata dengan menjejaskan kanta dan retina.

Kanak-kanak juga tidak terlepas daripada berisiko mendapat AMD lebih awal dan mereka lebih mudah terdedah pada kerosakan mata disebabkan kanta mata mereka kurang cekap menapis sinaran terbabit.

Ini kerana, sebelum usia 10 tahun mata kanak-kanak belum terbentuk sepenuhnya apabila kanta dan kornea mereka masih lagi telus kepada cahaya.

“Apapun, bukan semua sinaran biru dari sumber matahari mendatangkan bahaya kerana jalur cahaya biru turquoise dengan jarak gelombang 465nm hingga 495nm sangat penting kepada penglihatan dan kesihatan manusia.

"Ini kerana, cahaya biru turquoise memberi kesan kepada refleks pupil mata dan mengawal jam biologi tubuh manusia.

“Kekurangan cahaya biru turquoise mengakibatkan gangguan tidur, perubahan mood, lemah memori, suhu badan tidak menentu dan kurang kecerdasan,” katanya.

Daniel berkata, bukan sinaran biru saja yang wajar diberikan perhatian kerana pendedahan berlebihan kepada cahaya tidak boleh dilihat bertenaga tinggi seperti sinaran UV yang dipecahkan kepada tiga kategori juga menyebabkan kerosakan seperti katarak yang boleh mengakibatkan kehilangan pandangan sementara.

“Sinaran UVC dengan jarak gelombang 100 hingga 280 nanometer (nm) mempunyai tenaga paling tinggi dalam sinaran UV dan berpotensi mendatangkan bahaya kepada kulit dan mata.

Tetapi, lapisan ozon di atmosfera menghalang kemasukan sinaran ini ke permukaan bumi.

“Sinaran UVB dengan jarak gelombang 280 hingga 315 nm mempunyai kadar tenaga lebih rendah daripada UVC.

"Sinaran ini juga ditapis oleh lapisan ozon tetapi masih mampu menembusi permukaan bumi dan menjejaskan kulit dan mata.

“Sinaran UVA dengan jarak gelombang 315 hingga 400nm adalah paling hampir dengan sinaran cahaya yang boleh dilihat.

"Walaupun tenaganya lebih rendah daripada UVB dan UVC, ia boleh menembusi kornea dan menjangkau kanta dan retina dalam mata.

“Pendedahan yang berlebihan kepada UVA juga dikaitkan dengan pembentukan penyakit mata seperti katarak, malah penyelidik juga mendakwa sinaran ini turut meningkatkan kemerosotan makular,” katanya.

Beliau berkata, Essilor menerusi penyelidikan khusus mengenai perlindungan mata daripada sinaran berbahaya membangunkan kanta cermin mata berteknologi tinggi dinamakan Crizal untuk merintang sinaran biru dan UV daripada memasuki mata.

“Menerusi teknologi tanpa silau ini kanta cermin mata dibina dengan material terpilih yang mampu menapis sinaran berbahaya terbabit.

"Tetapi, pada masa sama ia membenarkan cahaya boleh dilihat yang bermanfaat termasuk sinaran biru turquoise untuk memasuki mata.

“Malah, teknologi ini juga mengekalkan ketelusan kanta cermin mata yang mampu memberi penglihatan dengan tahap kejelasan yang tinggi dan warna juga tidak kabur.

"Kanta cermin mata juga diperkemas dengan faktor perlindungan matahari untuk mata (E-SPF) sebanyak 25 kali ganda,” katanya.

Daniel berkata, perlindungan diberi kanta dengan teknologi dibangunkan Essilor bukan setakat bahagian luar kaca mata untuk menapis sinaran berbahaya, malah perlindungan turut diberi di bahagian dalam untuk mengelak silau yang dibias dari permukaan belakang kanta.

Pengguna yang banyak terdedah dengan lampu kalimantang dan LED di pejabat atau rumah, peng­guna kerap skrin digital dan gajet elektronik serta mereka yang berisiko mendapat AMD terutama dengan sejarah keluarga yang berpenyakit itu digalakkan memakai cermin mata untuk penjagaan mata berterusan.

“Mata yang sihat dengan penglihatan yang baik adalah anugerah untuk manusia dan kita akan hilang nikmat untuk melihat jika organ penting ini disia-siakan dengan tiada penjagaan yang baik.

“Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi menjaga mata daripada mengalami kerosakan serius sehingga menjejaskan penglihatan berikutan tidak kira di mana kita berada di luar atau pejabat kita sering terdedah pada kesan buruk sinaran berbahaya terbabit.

“Penjagaan mata perlu dimulakan dari peringkat awal dan cara paling mudah melindungi mata kita adalah dengan memakai cermin mata dan pelindung mata ini juga sudah dikelaskan sebagai peranti perubatan,” katanya.

Menurutnya, pengguna juga perlu memilih cermin mata yang selaras dengan tahap kesihatan matanya dan penggunaan mengikut situasi kerana memakai kaca mata yang tidak sesuai akan memburukkan lagi masalah mata.

Justeru adalah penting pengguna yang ingin memakai cermin mata sama ada untuk mengatasi masalah rabun atau untuk menapis sinaran berbahaya menemui pakar bagi pemeriksaan dan nasihat penggunaan jenis cermin mata.

BACA INI JUGA: Cara Paling Mudah Mengesan Telefon Bimbit Yang Dicuri Atau Hilang!

Sumber: Harian Metro

Friday, February 12, 2016

'Sayang Bini Jangan Sampai Bunuh Orang'

'Sayang Bini Jangan Sampai Bunuh Orang'

Dalam ucapan terbarunya, Tun Mahathir berkata walaupun terhutang budi kepada bekas perdana menteri, Tun Abdul Razak Hussein, namun beliau harus juga mengambil berat terhadap sebarang salah laku yang mungkin telah dilakukan oleh perdana menteri sekarang.

TUN+mahathir

Katanya, walaupun beliau mungkin merasa terhutang kerjaya politiknya kepada Tun Razak dan telah mengangkat kedudukan politik anak bekas perdana menteri itu, namun Mahathir berkata beliau tidak akan tutup mata terhadap sebarang salah laku.

"Hakikatnya ialah saya nak balas budi, kerana Tun Razak angkat saya jadi perdana menteri, (dan) saya cuba angkat anaknya (juga) menjadi perdana menteri.

"Saya sayang, saya sayang tetapi walaupun saya sayang, kita harus juga ambil berat.

"Kita tak boleh sayang satu orang sampai dia bunuh orang pun kita kata ok la," katanya kepada kira-kira 500 hadirin.

Tun, bagaimanapun, dengan cepat berkata bahawa apa yang dikatakannya itu tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun.

"(Ini) tidak ada kena (mengena) dengan apa-apa. Saya (hanya) bagi contoh," katanya di majlis 'Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan' anjuran NGO Prihatin.

Tun kemudiannya membuat rujukan mengenai sayang seseorang kepada isteri.

"Kita sayang kepada isteri pun, kalau isteri melakukan jenayah yang dahsyat, kita tidak boleh terima pasal dia isteri (kita)," tambahnya.

Bekas perdana menteri sekali lagi menafikan yang beliau merujuk kepada sebarang kes mahupun individu tertentu.

BACA INI JUGA: Manusia Luar Biasa, Bagaimana Mereka Akhirnya Mati?


Kisah Hebatnya Mabuk Cinta Terhadap Allah

Kisah Hebatnya Mabuk Cinta Terhadap Allah

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s. berjalan dihadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air dikebun.

Cinta Terhadap Allah

Bila pemuda itu melihat Nabi Isa a.s. berada dihadapannya, maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s., kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat zarah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s., "Wahai saudaraku, kamu tidak terdaya untuk seberat zarah itu."

Pemuda itu berkata lagi, "Wahai Isa, kalau aku tidak terdaya untuk satu zarah, maka kamu mintalah untukku setengah berat zarah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s. pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat zarah cintanya kepada-Mu."

Setelah Nabi Isa a.s.berdoa maka dia pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama kemudian, Nabi Isa a.s. datang lagi ke tempat pemuda itu tetapi Nabi Isa a.s. tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu.

Maka Nabi Isa a.s. pun bertanya kepada orang di tempat tersebut dan berkatalah salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s. mendengar penjelasan itu, beliau pun berdoa kepada Allah SWT, "Wahai Tuhanku, tunjukkan kepadaku tentang pemuda itu."

Selesai sahaja berdoa, Nabi Isa a.s. pun dapat melihat pemuda itu yang berada diantara gunung-ganang sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s. pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s. lalu Nabi Isa a.s. berkata, "Aku ini Isa."

Kemudian Allah SWT menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat zarah cintanya kepada-Ku. Demi keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak menyedarinya."

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Freemason, Perang Salib, Knight Templar Dan Buku Sihir

-SENTIASAPANAS.COM