Monday, February 15, 2016

Misteri Rumah Berhantu 'The Baker Mansion'

Misteri Rumah Berhantu 'The Baker Mansion'

Terletak di Altoona, Pennsylvania, Amerika Syarikat, tersergam sebuah rumah agam lama gaya Greek yang di gelar 'The Baker Mansion'.

The Baker Mansion
The Baker Mansion [Wikipedia].

Rumah mewah gaya lama ini dibina antara tahun 1844 sehingga 1848, dimiliki oleh seorang usahawan besi yang kaya raya, Elias Baker.

Perkahwinan Elias dan isterinya, Hetty, mereka dikurniakan empat orang anak, David, Sylvester, Anna dan Margaretta.

Malangnya, anak bongsu mereka Margaretta meninggal dunia semasa berusia dua tahun akibat penyakit berjangkit.

Memandangkan hanya Anna satu-satunya anak perempuan keluarga itu, dia menjadi perhatian, ramai lelaki mahu memikatnya.

Akhirnya Anna jatuh cinta, pemuda pilihannya bukanlah anak orang kaya, sebaliknya dia jatuh cinta dengan seorang pemuda miskin yang bekerja di kilang besi milik ayahnya.

Kisahnya bermula apabila pemuda itu melamar Anna untuk dijadikan isteri.

Tetapi, berita itu bukannya mendatangkan kegembiraan, sebaliknya percintaan diantara dua darjat itu mencetuskan kemarahan Elias.

Elias memecat pemuda tersebut dan menghalaunya keluar dari daerah dan cuba memutuskan hubungan cinta Anna.

Baginya, pemuda miskin itu tidak layak berkahwin dengan anaknya.

Kecewa dan patah hati, Anna enggan berkahwin dengan pemuda pilihan ayahnya yang lebih setaraf dengan darjat mereka.

Sebaliknya, Anna berikrar tidak akan berkahwin sehingga ke akhir hayat. Dia kekal membujang sehingga meninggal dunia pada tahun 1914.

Kematian

Elias menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1864 meninggalkan isterinya, Hetty, meneruskan hidup sehinggalah dia juga meninggal dunia pada tahun 1900.

Anak lelaki mereka, David, berkahwin dengan Sarah pada 1851 dan mereka dikurniakan anak perempuan, Louise,

David terkorban dalam satu letupan kapal semasa anaknya baru berusia dua minggu.

Setelah dewasa, Louise berkahwin dan berhijrah ke Sweeden mengikut suaminya.

Akhirnya yang tinggal di rumah itu hanyalah Sylvester dan Anna. Kedua-duanya tetap membujang sehinggalah ke akhir hayat.

Misteri Gaun Pengantin

WEDDING+DRESS

Setelah Anna meninggal dunia pada tahun 1914, rumah agam itu ditutup.

Pada tahun 1922, pengurusan rumah itu diambil dan dijadikan ibu pejabat oleh sebuah persatuan sejarah sebelum dijadikan muzium dan dibuka kepada pengunjung.

Pelbagai barangan dan peralatan dipamerkan dirumah ini termasuklah gaun pengantin Anna.

Namun, yang menjadi misteri adalah gaun pengantin peninggalan Anna ini yang dijahitnya sendiri selepas kecewa cintanya terhalang.

Gaun pengantin ini sering diperkatakan apabila dikaitkan dengan pelbagai kejadian misteri.

Gaun ini dikatakan 'berhantu' kerana walaupun ia dipamerkan dalam almari kaca yang kedap udara, ramai pengunjung pernah melihat gaun ini bergoyang dan beralun secara tiba-tiba, seperti ada seseorang yang memakainya.

Dikatakan juga, sewaktu bulan penuh, akan kelihatan seakan bayang-bayang wanita pada gaun tersebut.

Pengunjung mengaitkan ia sebagai roh Anna yang datang untuk melihat atau 'memakai' gaun pengantinnya yang tidak kesampaian.

Rumah Berhantu

Adakah hanya gaun Anna saja yang menghantui rumah agam ini? Tidak! Masih ada lagi kisah lain.

Ada yang mendakwa sering melihat bayangan wanita tua berpakaian serba hitam disekitar tangga dan laluan di tingkat tiga rumah agam ini.

Kononnya, itulah roh Hetty, isteri Elias Baker.

Ada juga pengunjung yang dikatakan sering mendengar suara jeritan lelaki yang datang dari arah bawah rumah agam ini.

Tidak kurang juga yang mengatakan ternampak bayang-bayang lelaki yang berpakaian seperti kelasi kapal di rumah tersebut.

Sama ada jeritan mahupun bayang-bayang lelaki, ia dikaitkan sebagai roh David yang mati dalam letupan kapal semasa musim sejuk tahun 1852.

Semasa kejadian itu, mayat David berada dalam keadaan beku dan disimpan terlebih dahulu di bilik bawah tanah rumah tersebut sebelum dikebumikan.

Bagaimana pula dengan roh Sylvester? Ia kononnya menghantui ruangan pendiangan api rumah tersebut.

Ini kerana sewaktu meninggal dunia, dia diserang sakit jantung disitu.

Pernah pada tahun 1980an, sistem sekuriti dipasang dibawah karpet diruangan pendiangan api.

Peliknya, sistem itu sering kali berbunyi pada waktu malam menandakan ada orang yang masuk dan memijak ruangan itu sedangkan apabila diperiksa, tiada sesiapa disitu.

Misteri diatas hanyalah sekilas yang dikaitkan dengan roh ahli keluarga Elias Baker.

Itu belum lagi misteri lain seperti perabot yang beralih sendiri, bunyi ketukan misteri, pantulan entiti di cermin dan kotak muzik yang berbunyi sendiri.

Walaupun diselubungi pelbagai misteri sehingga tersenarai sebagai salah satu daripada 9 buah rumah paling berhantu di Amerika Syarikat oleh majalah Life pada tahun 1981, rumah agam ini terus menggamit kedatangan pengunjung.

Jadi, kalau anda ingin menemui keluarga Elias Baker, cubalah datang sendiri!

BACA INI JUGA: Misteri Roh Zona Cerita Punca Kematian!

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, February 14, 2016

11 Tanggapan Salah Tentang Orang Cina Yang Kita Selalu Percaya!

11 Tanggapan Salah Tentang Orang Cina Yang Kita Selalu Percaya!

Sejak kecil lagi, kita yang dibesarkan dalam environment Melayu telah diberitahu tentang beberapa perkara mengenai orang Cina. Biasalah tu kan.

Chinese girl

Di sini kami senaraikan 11 salah faham. Sila baca kesemuanya di bawah..

1. Pandai Cakap Cina

Orang Cina [1]

Kita selalu anggap orang Cina mesti pandai cakap bahasa Cina

Tak betul.

Pernah dengar 'Banana Chinese'? Inilah gelaran yang diberikan kepada orang Cina yang tak reti cakap bahasa Cina. Kenapa banana atau pisang? Sebab buah pisang kan sifatnya "kuning di luar, putih di dalam".

Begitu juga dengan mereka ini. Kulit di luar tetap Cina (atau orang barat selalu gelar "yellow skin") tetapi di dalamnya langsung tak Cina. Bahasa ibunda mereka kebanyakannya adalah Bahasa Inggeris.

Walaupun bahasa Cina juga ada banyak dialek seperti Mandarin, Cantonese, Hokkien, Haka, Teochew, dan macam-macam lagi, mereka memang sejak kecil bertutur dalam English dengan keluarga dan tak pergi sekolah Cina.

2. Pintar Matematik

Orang Cina [2]

Kita selalu anggap orang Cina mesti pandai Matematik

Macam betul tapi sebenarnya tak.

Bukan semua orang Cina pandai Matematik. Bukan setakat tak pandai, yang benci Matematik pun ada. Bila sampai bab mengira saja, terus mengeluh. Cina atau tak Cina, semua sama saja.

3. Kuat Minum Arak

Orang Cina [3]

Kita selalu anggap orang Cina suka minum beer, kaki botol, dan kaki judi

Tak betul jugak.

Tak dinafikan, minuman utama yang akan dihidang dalam apa-apa majlis semestinya beer. Selain beer, minuman keras yang lain seperti whiskey, cyder, dan lain-lain turut sama dihidang.

Tapi itu tak bermaksud semua orang Cina suka minum. Ada yang lebih prefer minum air suam je, atau teh tarik, sebab mereka rasa beer ni tak sedap.

Kalau bab berjudi pula, ada juga yang merasakan judi tidak membawa apa-apa faedah langsung. Daripada menghabiskan duit, lebih baik spend untuk benda lain.

4. Rajin dan Bijak Berniaga

Orang Cina [4]

Kita selalu anggap orang Cina rajin bekerja dan bijak berniaga

Hehe tak juga sebenarnya.

Mana-mana individu bekerja sekalipun, bila dah sampai waktu malas tu tetap akan rasa malas, termasuklah orang Cina. Mana ada orang yang sentiasa rajin 24 jam. Betul tak?

Soal meniaga pulak, orang Cina ada juga yang tak pandai. Tak semestinya bisnes orang Cina semua berjaya dan meletup.

Ramai sebenarnya yang dah lingkup dan ramai juga yang memilih untuk bekerja makan gaji sahaja. Lebih safe and secured.

5. Amoi Cina

Orang Cina [5]

Kita selalu panggil gadis Cina 'Amoi' dan anggap mereka tak kisah

Mereka kisah sebenarnya, tapi ramai tak tahu.

Di Malaysia, perkataan 'Amoi' tu memang dah sinonim dengan gadis Cina. Kalau kita nak panggil mereka, mesti kita akan bahasakan mereka sebagai 'Amoi'.

Tapi kalau diikutkan, panggilan 'Amoi' ini sebenarnya agak offensive. YES! Sama jugak macam perkataan 'Awek'.

Cuba kalau kita tegur gadis Melayu yang kita tak kenal dengan panggilan 'Awek'. Kan macam kasar bunyinya di situ.

Ya, itulah contoh yang paling senang untuk kita bandingkan. Jadi kalau boleh, tukarlah perkataan 'Amoi' tu kepada 'miss'. Take note people!

6. Pandai Buat Duit

Orang Cina [6]

Kita selalu anggap orang Cina pandai buat duit

Tak semestinya.

Financial education memang tak diajar di sekolah. Untuk betul-betul mahir dalam bidang ini, kenalah pergi seminar atau kursus berkenaan pengurusan wang.

Kalau tak ada ilmu, nak buat duit pun susah kan? Sama jugak macam orang Cina, bukannya semua minat atau rajin belajar bab kewangan.

Siapa yang belajar, dialah yang akan mahir. Kebijaksanaan dalam perihal kewangan tak akan datang secara semulajadi.

7. Tisu Tandas

Orang Cina [7]

Kita selalu anggap orang Cina hanya pakai tisu sahaja untuk basuh sisa najis selepas membuang

Nope, nope, nope, and NOPE!

Pelik. Entah dari manalah datangnya asal-usul tanggapan macam ni. Kita suka sangat label orang Cina sebagai pengotor, lagi-lagi bila bab kebersihan diri. Sejak dari dulu lagi.

Tak betul lah. Orang Cina pun pakai air jugak, bukan pakai tisu je. Sama jugak macam orang lain.

Adakah mungkin disebabkan frekuensi orang Cina pakai tisu adalah lebih tinggi berbanding orang lain?

Jadi tak semena-mena orang anggap mereka tak suka pakai air.

Tuutttt... Salah!

8. Beragama Buddha

Orang Cina [8]

Kita selalu anggap orang Cina mesti beragama Buddha

Mestilah tak.

Agama Buddha juga telah sangat sebati dengan masyarakat Cina. Mungkin sebab kita selalu nampak Sami Buddha yang berkepala botak dan mengenakan jubah oren tu orang Cina.

Tapi itu bukan bermakna mereka semua menganut satu agama sahaja. Ramai juga diantara mereka yang beragama Kristian. Malah, ada juga yang mengamalkan kepercayaan Taoisme.

9. Orang Cina 'Kiasu'

Orang Cina [9]

Kita selalu anggap orang Cina ni 'kiasu' Salah!

Direct translation bagi perkataan 'kiasu' ialah 'takut kalah'.

Kia = takut
Su = kalah

Contohnya, lecturer bagi assignment untuk dihantar dua bulan lagi, tapi ada sorang ni siapkan cepat-cepat dalam masa seminggu dan terus hantar tanpa tunggu deadline. Inilah yang dipanggil 'kiasu'. Semua benda nak cepat, semua benda nak menang. Lol :D

Tapi dalam ramai-ramai, mungkin ada seorang je yang macam tu. Yang lain mana ada 'kiasu'. Semua pun sama saja.

10. Mahir Guna Chop Stick

Orang Cina [10]

Kita selalu anggap orang Cina ni terer makan pakai 'chop stick'

Yang ni pun salah.

Rupa-rupanya, ramai juga orang Cina yang tak reti makan pakai 'chop stick'. Eh, bukan tak reti tapi tak mahir. Makan pakai 'chop stick' juga memerlukan practice secara konsisten.

Kalau hidup dalam environment yang tak selalu makan pakai 'chop stick' sejak kecil, memang susah sikit nak mahir. Jadi itulah hujahnya.

11. Orang Cina Kedekut

Orang Cina [11]

Kita selalu anggap orang Cina ni kedekut dan berkira

Tettt!

Benar, orang Cina memang selalu tekankan nilai prosperity dan kekayaan dalam kehidupan. Tapi tak semestinya mereka ini kedekut dan berkira.

Jangan tak tahu, orang Cina juga percaya kepada nilai memberi dan saling tolong-menolong antara satu sama lain.

Apa yang kita bagi, itulah yang kita akan dapat balik, malah berganda!

Itulah dia senarainya..

Orang Cina

Kesimpulannya, tak perlulah ada tanggapan atau stereotaip sebegini terhadap sesiapa sekalipun. Tak elok kan?

Yang penting, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah saling hormat-menghormati antara satu sama lain, tak kira bangsa, kaum, agama, atau warna kulit.

BACA INI JUGA: 10 Kepercayaan Karut Paling Popular Di Korea Selatan

Sumber: Says

Emosi Mempengaruhi Perubahan Tulisan Tangan?

Emosi Mempengaruhi Perubahan Tulisan Tangan?

Tulisan tangan seseorang akan mengalami situasi perubahan yang boleh dilihat dengan mudah dan ketara, cuba perhati dan bandingkan tulisan tangan anda bertahun-tahun dahulu dengan yang sekarang, pasti ada perbezaan.

Tulisan tangan

Hal ini dikatakan unik kerana mengikut analisis ahli Grafologi, tulisan tangan yang berubah membawa banyak maksud.

Pakar Grafologi Indonesia, Deborah Dewi, mengatakan, “Biasanya terdapat dua jenis perubahan, pertama si penulis merasa tulisannya berbeza tapi sebenarnya sama, atau yang kedua mempunyai isu klinikal seperti bipolar.

Hal utama yang mempengaruhi perubahan tulisan tangan adalah perasan hati yang terganggu atau tidak.

Deborah Dewi
Deborah Dewi.

Namun, Deborah menjelaskan bahawa perubahan itu terbahagi lagi kepada dua, iaitu perubahan kekal atau sementara.

“Kalau suasana hati berubah-ubah ketika menulis maka ia adalah perubahan sementara, tetapi pola penulisannya adalah bersifat kekal, cara penulisan huruf adalah kekal, cuma gayanya yang berbeza dan bersifat sementara.

BACA INI JUGA: Keindahan Luarbiasa Tulisan Hieroglif Makam Purba Amenhotep

Sumber: Mynewshub.cc

Sun Eating, Berjemur Untuk Kurus!

Sun Eating, Berjemur Untuk Kurus!

Seronok apabila dapat memiliki berat badan yang diimpikan. Makanlah sebanyak mana, asalkan badan 'maintain', itulah yang paling membahagiakan terutamanya buat wanita.

Sun Eating in Hong Kong

Sesetengah orang sanggup berusaha keras melakukan pelbagai cara untuk kurus, termasuklah sanggup berjemur dibawah panas cahaya matahari.

Di pantai Sam Ka, Hong Kong, ramai pengunjung akan berada di sepanjang pantai, samada pada waktu pagi mahupun petang untuk berjemur.

Setiap pengunjung mempunyai masa yang berbeza mengikut ketahanan diri. Pada peringkat permulaan, hanya 10 saat bagi individu yang baru mencuba kaedah ini.

Masa tersebut akan bertambah dari hari ke hari sehinggalah 44 minit menjadi tempoh maksimum.

Sun Eating in Hong Kong [2]

Bagi yang tidak tahan dengan bahang matahari, cermin mata hitam digunakan malah ada yang meletakkan sapu tangan dimuka. Sesetengahnya pula menggunakan payung untuk mengurangkan bahang panas terik.

Bagi sebahagian wanita di Hong Kong, fenomena yang dikenali sebagai 'Sun Eating' ini dipercayai dapat melangsingkan badan kerana berjemur dibawah terik panas matahari dapat mengurangkan selera makan.

Ia seolah-olah menjadi diet harian untuk menggantikan makanan biasa menyebabkan ada pengunjung menjalani rutin harian ini tanpa perlu makan seharian.

Walaupun ada keburukan akibat pendedahan berlebihan terhadap cahaya matahari, sebaliknya terdapat pelbagai kebaikan yang memberikan kesan positif kepada tubuh manusia.

Sun Eating in Hong Kong [3]

Antara fungsi paling penting sinaran matahari adalah penjanaan vitamin D yang diperlukan untuk pertumbuhan tulang yang sihat.

Kekurangan vitamin D sering dikaitkan dengan pelbagai masalah tulang seperti rickets, osteoporosis dan osteomalacia.

BACA INI JUGA: Tidur Tanpa Pakaian Petua Kuruskan Badan?

-SENTIASAPANAS.COM

Teman Wanita Dipaksa Berbogel Kerana Curang!

Teman Wanita Dipaksa Berbogel Kerana Curang!

Seorang lelaki Amerika Syarikat didakwa di mahkamah selepas bertindak memaksa teman wanitanya untuk berjalan di New York dalam keadaan bertuala dan kemudiannya berbogel.

Jason Melo

Tertuduh bagaimanapun merasakan bahawa tindakannya itu sebagai betul.

Jason Melo, yang berusia 24 tahun, ditangkap selepas dia merakamkan perjalanan teman wanitanya itu dan kemudian memuat naik rakaman berkenaan menerusi Internet.

Pendakwa raya mendakwa dia sebelum ini bergaduh dengan teman wanitanya yang berusia 22 tahun di hadapan jalan Harlem pada pagi Ahad sebelum merakamkan perkara tersebut,

Selepas perbicaraan mahkamah, wartawan New York Post bertanya Jason sama ada beliau kesal memburukkan imej wanita itu kepada anaknya. Beliau dilaporkan telah menjawab: “Dia tidak patut melakukan apa yang dia lakukan”.

Melo dipercayai melakukan perbuatan itu sebagai hukuman selepas teman wanitanya kantoi bermesej lucah bersama dengan tujuh lelaki lain.

Jason Melo [2]
Jason Melo.

Semasa teman wanitanya berjalan dengan memakai tuala, Melo bertindak menarik tuala tersebut sehingga terlanjang, dan Melo memanggil teman wanitanya sebagai pelacur.

Dia juga menjerit dalam keadaan yang marah, supaya wanita itu menceritakan kepada umum apa yang telah dilakukan sehingga dihukum sebegitu aib.

Melo berhadapan dengan tuduhan serangan, mengancam dan membahayakan kebajikan kanak-kanak.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Budaya Seks Paling Bebas Di Dunia


Sumber: Mynewshub.cc