Saturday, January 09, 2016

Cara Paling Mudah Mengesan Telefon Bimbit Yang Dicuri Atau Hilang!

Kita sememangnya sentiasa bimbang telefon mudah alih kita hilang atau dicuri. Namun, jika kita kehilangan telefon bimbit, kita sebenarnya masih boleh menjejakinya semula!

Kesan-Telefon-Hilang

Setiap telefon bimbit sebenarnya ada keunikan IMEI no. iaitu International Mobile Equipment Identity yang boleh digunakan untuk mengesan telefon mudah alih di mana sahaja di dunia.

Lihat bagaimana ia berfungsi!

1. Dail * # 06 # pada telefon mudah alih anda.

2. Telefon mudah alih anda akan menunjukkan 15 digit IMEI no. yang unik.

3. Catitkan nombor IMEI tersebut di tempat yang selamat kecuali dalam telefon bimbit anda sendiri kerana ini adalah nombor yang akan membantu mengesan telefon mudah alih anda apabila berlaku kecurian.

4. Sekiranya telefon anda dicuri, anda hanya perlu E-mail 15 digit No. IMEI kepada cop@vsnl.net beserta butiran seperti di bawah:
  • Nama anda:
  • Alamat:
  • Model telefon:
  • Buatan:
  • No. terakhir digunakan:
  • E-mel untuk dihubungi:
  • Tarikh hilang:
  • IMEI No:

5. Tidak perlu pergi ke balai polis.

6. Telefon Mudah Alih Anda akan dikesan dalam tempoh 24 jam akan datang melalui sistem yang kompleks GPRS dan internet.

Anda akan dapat mengesan di mana telefon bimbit anda sedang beroperasi walaupun kad SIM telah ditukar!

7. Sila layari: www.imei.info

Semoga bermanfaat.

BACA INI JUGA: Cara Melajukan Peranti Android Seperti Asal

Sumber: penaminang

13 comments

huu! canggih juga kan SP..hadiah akan saya hantar ya..anytime..

sgt berguna info ini. sy share ye? thanks..

Saya dah try.. xtaw ada silap ke apa.. tp google x boleh sent emel sya ke cop.vsnl.net tu

Masalah saya lupa catit no imei..kalau nak tahu macammana

berkesan ke kat malaysia?dia kata tu balai polis dekat chennai

Maaflah ye mungkin cara ni dah tak berkesan lagi.

as salam, encik...

saya baru hilang hp petang td...
ni baru saya buat semua arahan spt di atas...
adakah berkesan guna cara ni..

encik da dapat semulakah hp encik yg hilang tu..??
blh respon x..??

Dah 2 hari send email tapi tak ada apa2 respon.

Aah ni email polis chennai. Dh la phone hilang 😭

Mcm mana mau buat . Berkesan ke ini

Dah hilang fon mna nk catit no emei tu

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon