Thursday, October 08, 2015

Mayat Masih Sempurna Selepas 6 Tahun Dikebumikan!

Mayat Masih Sempurna Selepas 6 Tahun Dikebumikan!

Minggu ini, beberapa keping gambar memperlihatkan sekujur mayat yang dijumpai sekumpulan penggali kubur di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Tukang Jusoh, Kuala Muda, Kedah tersebar menjadi viral di laman sosial.

Mayat

Difahamkan, mayat yang tidak dapat dipastikan gerangannya itu telah dikebumikan pada tahun 2009.

Namun, apa yang mengejutkan, mayat tersebut ditemui dalam keadaan masih sempurna dan kain kafannya masih elok meskipun sudah enam tahun dikebumikan.

Mayat [2]

Walhal, jika difikirkan dengan logik akal, kebiasaannya mayat dan kain kapan akan reput walaupun tidak sampai setahun berada di dalam tanah.

Bagaimanapun, segalanya tidak mustahil kerana kejadian seumpama ini adalah tanda-tanda kebesaran Allah SWT buat hambaNya yang bertuah.

BACA INI JUGA: Jasad Mustafa Kamal Ataturk Ditolak Bumi, Mayat Ditindah Batu Seberat 44 Tan

Mayat [4]
Mayat [5]

Sumber: mynewshub

Wednesday, October 07, 2015

Ditipu Rakan Kongsi, Fizo Omar Berhutang RM8 Juta!

Ditipu Rakan Kongsi, Fizo Omar Berhutang RM8 Juta!

Akibat terlalu percayakan rakan kongsi di awal penglibatannya dalam dunia perniagaan, Fizo Omar pernah ditipu dan dia akhirnya berhutang sebanyak RM8 juta namun itu bukanlah pengakhiran kepada kehidupannya.

Fizo Omar

“Saya ‘terduduk’ mendengar berita itu. Ibu saya menangis tidak henti manakala saya hampir pitam memikirkan di mana mahu cari duit sebanyak itu untuk membayar hutang kepada pihak bank.

"Lebih membebankan perasaan, bukan saya yang berhutang, tetapi mereka menipu tandatangan saya.

“Semuanya berlaku kerana saya tidak tahu selok-belok perniagaan dan terlalu percayakan rakan kongsi.

"Perkhabaran itu seperti halilintar membelah bumi hingga saya jadi hilang punca,” jelasnya kepada Harian Metro.

Menghadiri program motivasi dan sentiasa berpegang kepada konsep sentiasa memberi, Fizo sangat bersyukur kerana perkara tersebut kini mengajar dirinya untuk keluar daripada keadaan selesa selain tidak sanggup melihat ibunya hidup susah.

Malah dalam masa yang sama ia turut memberi pengajaran kepada Fizo untuk lebih berhati-hati dan kini dia sendiri sudah kembali bangkit dan sudah berjaya membeli kediaman idaman di Country Heights Kajang dan kereta impian.

Walaupun kini kes tersebut masih di dalam siasatan pihak berkuasa, semoga Fizo sentiasa bersemangat dalam menjalani kehidupan dan menjadi contoh kepada orang lain untuk tidak berputus asa dan berjaya.

BACA INI JUGA: Sumpahan Bintang-bintang Terkenal Disney

Sumber: Rotikaya

Gempar Anak Kerbau Pelik Berkepala Buaya Di Thailand!

Gempar Anak Kerbau Pelik Berkepala Buaya Di Thailand!

Penduduk di sebuah kampung terpencil di wilayah Sisaket, Bangkok, gempar selepas seekor anak kerbau yang baru dilahirkan mempunyai kepala seperti buaya.

Weird crocodile and buffalo-like in Thailand

Lebih mengejutkan lagi, haiwan itu mempunyai sisik yang tebal seperti buaya, tetapi mempunyai badan dan kaki kerbau.

Haiwan ganjil itu dilahirkan kerbau milik seorang petani, Nong Don di kampung Sa Ket di daerah Wanghin baru-baru ini.

Don berkata, dia terkejut apabila mendapati kerbau miliknya melahirkan anak yang mempunyai sisik dan kepala seperti buaya.

“Saya terkejut kerana tidak pernah melihat anak kerbau seperti ini.

“Kerbau saya sebelum ini melahirkan anak yang normal dan ini adalah kali pertama haiwan itu melahirkan anak yang ganjil,” katanya.

Menurutnya, anak kerbau itu mati tidak lama selepas dilahirkan dan dia membawa bangkai haiwan itu ke rumahnya.

“Penduduk kampung terkejut melihat anak kerbau ini dan datang ke rumah saya kerana yakin haiwan ini membawa tuah,” jelasnya.

Anak kerbau itu menjadi viral di Internet selepas beberapa penduduk memuat naik gambar haiwan berkenaan di Internet.

“Ramai penduduk dari wilayah lain datang ke rumah saya semata-mata untuk melihat anak kerbau ini.

“Ada yang yakin anak kerbau ini membawa tuah serta membuat upacara untuk meminta nombor loteri,” katanya. – Agensi

BACA INI JUGA: Spesis Mergastua Yang Telah Pupus Di Muka Bumi

Takut Video Disebar, Terpaksa Layan Nafsu Mat Bangla!

Takut Video Disebar, Terpaksa Layan Nafsu Mat Bangla!

Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib seorang kerani dikenali sebagai Lily yang mendedahkan terpaksa menjadi hamba seks seorang lelaki warga Bangladesh sebanyak lima kali selepas lelaki tersebut mengugutnya akan menyebarkan video aksi panas mereka berdua kepada keluarga, rakan dan teman lelakinya.

Lily

Menurut Lily, 21, dia mengenali lelaki bernama Anwar itu dua tahun lalu ketika mereka sama-sama bekerja di sebuah kilang pemborang sayur di Simpang Pulai, Ipoh.

Bagaimanapun, Lily tidak menyangka, Anwar yang dianggap sebagai rakan sanggup memperdaya dan memperkosanya di sebuah hotel.

“Detik hitam bermula 30 Ogos lalu, kira-kira jam 12 tengah hari, ketika Anwar mengajak saya keluar minum di Gopeng. Tak lama lepas minum, saya rasa pening dan terus tidak sedar.

“Bila sedar, saya terkejut kerana berada dalam keadaan bogel di sebuah bilik hotel. Hotel tu sebelah kedai tempat kami minum.

“Masa tu, lelaki tu pun ada dalam bilik dan ugut akan sebarkan video seks kami yang dirakam gunakan telefon bimbit,” katanya memetik laporan dari Sinar Harian.

Selepas insiden itu, Lily memberitahu, Anwar menghubunginya setiap hari dan memaksanya melakukan hubungan seks jika tidak mahu video itu tersebar.

“Sepanjang tempoh itu, saya dipaksa melayan nafsu dia sebanyak lima kali dan kali terakhir pada 25 September lalu di sebuah hotel bajet di Simpang Pulai.

“Saya dah tak tahan, sebab tu saya beritahu kepada teman lelaki saya dan dia (teman lelaki) nasihatkan supaya laporkan kepada polis,” katanya.

Dalam perkembangan lain, suspek telah berjaya ditahan atas bantuan penduduk Kampung Bercham yang bertindak membantu mangsa memerangkap suspek bagi diserahkan kepada pihak polis.

BACA INI JUGA: Nasihat Seorang Perogol Untuk Wanita

Sumber: Mynewshub.cc

Nokia 1100 Telefon Paling Laku Di Dunia!

Nokia 1100 Telefon Paling Laku Di Dunia!

APPLE telah memberitahu dunia bahawa set iPhone 6s mereka yang baharu laku bak goreng pisang panas di pasaran.

Nokia 1100

Mana taknya, iPhone 6s telah mencipta rekod apabila 13 juta unit terjual hanya dalam masa tiga hari dilancarkan.

Sambutan terhadap peranti buah ini sememangnya dijangka kerana ia memperkenalkan fungsi 3D touch serta RAM yang lebih besar berbanding tahun lalu.

Bagaimanapun, telefon mudah alih yang paling laku dalam sejarah dunia hingga sekarang bukanlah sebuah iPhone tetapi berjenama Nokia 1100.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2003, sebanyak 250 juta set Nokia 1100 telah terjual, juga merupakan telefon mudah alih ke 1 billion yang dijual oleh Nokia pada tahun 2005.

Telefon ‘tidak pintar’ ini sudah dihentikan pengeluarannya sejak 2009 tetapi kini masih popular terutamanya di kalangan penggodam.

Perisian Nokia 1100 boleh diubah suai bagi membolehkan ia memintas panggilan ataupun mesej pesanan ringkas peranti lain.

Data yang dicuri kemudian boleh digunakan untuk kegiatan yang melanggar undang-undang.

Terdapat laporan sebuah Nokia 1100 dengan perisian yang sudah diubahsuai boleh dijual pada harga mencecah €20,000 (RM98,800) di pasaran gelap.

Ini amat menakjubkan kerana harga asalnya cuma sekitar USD100 sebuah.

BACA INI JUGA: Cas Nokia 130 Mampu Bertahan 36 Hari

Sumber: amanz

Tuesday, October 06, 2015

Kenapa Kita Selalu Rasa Nak Marah Bila Kita Lapar?

Kenapa Kita Selalu Rasa Nak Marah Bila Kita Lapar?

Perasaan marah apabila seseorang itu lapar atau hangry sebenarnya ada penjelasan saintifik yang mungkin kita tak tahu. 'Hangry' adalah gabungan perkataan 'hungry' dan 'angry' dalam Bahasa Inggeris.

Hungry

Perkataan 'hangry' ini dicipta bagi menggambarkan keadaan di mana sesetengah orang menjadi marah apabila mereka lapar. Kalau anda perasan, situasi sebegini memang sering berlaku di sekeliling kita. Betul tak?

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Amanda Sainsbury-Salis, pengarang buku 'Don’t Go Hungry for Life' dan seorang penyelidik di University of Sydney, keadaan hangry seseorang itu mempunyai kaitan dengan kandungan glucose yang terdapat dalam darah

Untuk makluman, segala pengambilan makanan akan dipecahkan kepada partikel yang lebih kecil seperti glukosa, asid amino dan asid lemak bebas, dan kemudian diedarkan ke seluruh tubuh badan melalui saluran darah. Apabila sesi pemakanan seterusnya dilambatkan, jumlah bahan-bahan ini dalam darah akan mulai menurun.

Pada titik tertentu, apabila kandungan bahan-bahan ini menjadi terlalu rendah, otak, yang banyak bergantung kepada glukosa untuk tenaga, akan memberi isyarat bahawa tubuh badan berada dalam keadaan yang mengancam nyawa.

Lapar [2]

Apabila kandungan glukosa rendah dalam otak, badan kita akan merembeskan beberapa hormon termasuk adrenalin dan kortisol

Salis menjelaskan, kedua-dua itu "adalah hormon tekanan yang dilepaskan ke dalam saluran darah dalam pelbagai situasi tertekan.

Sama seperti anda boleh menjerit dengan mudah kepada seseorang semasa dalam kemarahan, hormon adrenalin ini boleh menggalakkan tindak balas yang sama."

Tidak dinafikan, hangry ini sebenarnya merupakan satu survival mechanism bagi sesetengah binatang, contohnya seperti singa.

Cuba kita fikir, kalau seekor singa yang sedang lapar hanya membiarkan mangsanya berjalan selamba di depan matanya, spesies singa mungkin akan pupus.

Jadi apa yang perlu singa lakukan untuk terus hidup? Marah dan terkam mangsanya.

Menurut kajian juga, kemarahan dan kelaparan dikawal oleh gen yang sama, Neuropeptida Y dan Y1

Neuropeptida Y dan Y1

Kelaparan akan menyebabkan orang ramai mempunyai kesukaran untuk menumpukan perhatian atau mencari perkataan yang betul untuk dituturkan.

Penurunan glukosa dalam otak juga menyebabkan orang cepat marah.

Jadi bagaimana untuk mengelak daripada menjadi hangry? Sains menawarkan penyelesaian yang sangat mudah, makan sebelum anda terlalu lapar.

Dan jangan lupa, jika anda mahu melibatkan diri dalam satu perbincangan sensitif, pastikan anda melakukannya selepas makan, bukan sebelum.

BACA INI JUGA: Kisah Di Sebalik Kenapa 7 Eleven Dibuka 24 Jam

Sumber: Says

Pertandingan Janggut, Misai Paling Unik 2015

Pertandingan Janggut, Misai Paling Unik 2015

Lebih 300 peserta mengambil bahagian dalam Kejuaraan Janggut dan Misai Sedunia, World Beard And Moustache Championships, Sabtu lalu dengan pelbagai gaya dan bentuk bulu muka dipadankan dengan kostum masing-masing.

Mustache

Pertandingan yang dimulakan sejak tahun 1990 itu dianjurkan di lokasi berbeza di seluruh dunia beberapa tahun sekali.

Pada tahun ini para peserta berkumpul di perkampungan Leogang di pergunungan Alps, Austria.

Penyertaan dibahagikan kepada 18 kategori dan tiga kumpulan iaitu misai, sebahagian janggut dan janggut penuh bagi menobatkan pemilik janggut dan misai paling elegan berdasarkan bentuk dandanan setiap peserta.

Peserta tahun ini datang daripada 20 negara berbeza dengan sebahagian besar melibatkan warga Jerman dan Austria bagi merebut gelaran kategori seperti janggut tercantik, fesyen janggut terbaik dan reka bentuk anyaman terbaik.

Bermacam perwatakan dipamerkan peserta tahun ini dengan penampilan bersih dan kemas tradisional sehingga ke fesyen hippi yang berserabut tetapi unik mengikut peredaran zaman.

Kejuaraan tahun ini turut diadakan bersama sambutan ulang tahun Kumpulan Pancaragam Tradisional Leogang ke-125 dan disusuli Kejuaraan Janggut dan Misai Kebangsaan Amerika Syarikat di Brooklyn, New York pada 7 November ini. –Agensi

BACA INI JUGA: Misai Hipster Yang Unik Tapi Melucukan