Tuesday, October 06, 2015

Pertandingan Janggut, Misai Paling Unik 2015


Lebih 300 peserta mengambil bahagian dalam Kejuaraan Janggut dan Misai Sedunia, World Beard And Moustache Championships, Sabtu lalu dengan pelbagai gaya dan bentuk bulu muka dipadankan dengan kostum masing-masing.

Mustache

Pertandingan yang dimulakan sejak tahun 1990 itu dianjurkan di lokasi berbeza di seluruh dunia beberapa tahun sekali.

Pada tahun ini para peserta berkumpul di perkampungan Leogang di pergunungan Alps, Austria.

Penyertaan dibahagikan kepada 18 kategori dan tiga kumpulan iaitu misai, sebahagian janggut dan janggut penuh bagi menobatkan pemilik janggut dan misai paling elegan berdasarkan bentuk dandanan setiap peserta.

Peserta tahun ini datang daripada 20 negara berbeza dengan sebahagian besar melibatkan warga Jerman dan Austria bagi merebut gelaran kategori seperti janggut tercantik, fesyen janggut terbaik dan reka bentuk anyaman terbaik.

Bermacam perwatakan dipamerkan peserta tahun ini dengan penampilan bersih dan kemas tradisional sehingga ke fesyen hippi yang berserabut tetapi unik mengikut peredaran zaman.

Kejuaraan tahun ini turut diadakan bersama sambutan ulang tahun Kumpulan Pancaragam Tradisional Leogang ke-125 dan disusuli Kejuaraan Janggut dan Misai Kebangsaan Amerika Syarikat di Brooklyn, New York pada 7 November ini. –Agensi

BACA INI JUGA: Misai Hipster Yang Unik Tapi Melucukan

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon