Tuesday, August 04, 2015

Wanita Jadi Buta Selepas Minum 28 Tin Red Bull Setiap Hari

Wanita Jadi Buta Selepas Minum 28 Tin Red Bull Setiap Hari

Ireland –Sorang wanita yang tidak mempunyai pekerjaan bakal buta mata selepas minum 28 tin Red Bull setiap hari hinggakan badannya menjadi gemuk manakala otaknya pula membengkak.

Lena Lupari, 26

Lena Lupari, 26, yang juga ibu kepada tiga anak itu minum Red Bull mengandungi lebih 3,000 kalori setiap hari.

Dia tidak menyedari mengenai bahaya pengambilan minuman itu dalam kuantiti yang banyak sehinggalah Lena pengsan pada Jun lepas.

Dia juga membelanjakan sebanyak £450 daripada £1,800 wang yang diterimanya daripada kerajaan untuk membeli minuman tenaga itu dan kemudiannya menjadi ketagih.

“Saya minum 28 tin Red Bull setiap hari dan hanya makan malam sahaja dan kebiasaannya makanan itu adalah makanan segera.

“Saya mempunyai tiga anak kecil dengan salah seorang memerlukan penjagaan khusus jadi saya tidak mempunyai masa untuk melakukan apa-apa,’’ katanya.

Menurut Lena dia menghidap migrain dan sakit kepala sejak lima tahun lalu dan terpaksa mengambil ubat penahan sakit untuk mengatasinya.

“Penglihatan saya kabur dan saya juga tidak boleh langsung mengangkat kepala hingga terpaksa dimasukkan ke hospital selama enam hari,’’ katanya.

Lena terpaksa mengurangkan berat badannya dan sejak dimasukkan ke hospital pada 18 Jun lalu, Lena tidak lagi mengambil minuman Red Bull.

Doktor memaklumkan dia mengalami keadaan dikenali sebagai diopathic intracranial hypertension (IIH) yang disebabkan oleh gemuk.

BACA INI JUGA: Apa Yang Akan Terjadi Jika Anda Minum Air Kelapa Setiap Hari?

Sumber: Mynewshub.cc

Abby Abadi Bakal Nikahi Wartawan Harakah

Abby Abadi Bakal Nikahi Wartawan Harakah

Bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi bakal bernikah dengan wartawan akhbar pembangkang Harakah, Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos ini.

Abby-Faizal

Dipetik dari mStar, bakal suami Abby berkata dia mahu menjadikan Abby sebagai isterinya kerana tertarik dengan sikap penyayang dan dermawannya.

"Ramai yang tidak tahu Abby sebenarnya seorang yang penyayang dan sikap suka membantu dan menderma kepada golongan susah, itu membuatkan saya tertarik hati kepadanya."

Dalam pada itu, Faizal yang juga duda anak tiga berkata, dia tidak menilai bakal isterinya itu berdasarkan cakap-cakap negatif kerana ia tidak adil.

"Saya bukan jenis mudah menilai orang daripada apa yang saya baca atau dengar dan mengenali Abby dia adalah seorang wanita yang berbeza daripada apa yang diperkatakan."

Sementara itu, Faizal turut menceritakan mereka mula menjalin hubungan cinta selepas kembali bertemu pada akhir tahun lalu.

"Saya seorang wartawan dan banyak membuat 'follow-up' dengan Abby selain pernah bertemu dengannya ketika menghadiri program yang melibatkannya atas kapasiti kerja.

"Selepas pilihan raya umum pada 2013 berakhir, kami pun tidak lagi berhubung, namun kembali bertemu setahun kemudian dalam sebuah program pada Disember tahun lalu dan mula rapat sehinggalah mengambil keputusan untuk berkahwin."

Abby dan Faizal bakal diijabkabulkan pada 14 Ogos ini di Masjid Keramat, manakala majlis kesyukuran akan diadakan pada 16 Ogos.

BACA INI JUGA: Video Sedih Kisah Cinta Sejati

Sumber: Tupai
10 Soalan Objektif UPSR Dan Paling Mudah Untuk Najib Jawab

10 Soalan Objektif UPSR Dan Paling Mudah Untuk Najib Jawab

Kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan jawapan malah mengelak dari menjawab isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi punca keyakinan rakyat terhadapnya kini semakin merosot.

Najib-Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bagi mendapatkan jawapan yang jelas, beliau memberikan 10 soalan objektif bagi memudahkan Najib menjawabnya.

Berikut 10 soalan objektif yang dikemukakan kepada Najib:

1. Adakah akaun Ambank yang didedahkan itu milik Datuk Seri?

A. Ya
B. Tidak

2. Adakah ada duit RM2.6 bilion masuk ke akaun tersebut, Datuk Seri?

A. Ya
B. Tidak

3. Versi di manakah betul mengenai kontroversi RM2.6 bilion yang masuk ke akaun-akaun tersebut?

A. Versi Wall Street Journal – RM2.6 bilion duit 1MDB masuk ke akaun 1MDB
B. Versi Tan Sri Muhyiddin Yassin – ada dana RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi PM
C. Versi Datuk Seri Azalina Othman – wang RM2.6 bilion di dalam akaun bukan masalah
D. Versi Datuk Ahmad Maslan – tiada wang 1MDB masuk ke akaun PM
E. Versi Tun Mahathir – duit itu untuk pilihanraya
F. Versi jawapan asal Datuk Seri – Saya tidak menggunakan duit itu untuk saya sendiri

4. Hari ini Datuk Seri berkata 1MDB bukan duit pembayar cukai. Adakah ada hutang 1MDB dijamin kerajaan dan Datuk Seri yang meluluskannya?

A. Ya
B. Tidak

5. Kerajaan telah memberikan suntikan dana RM950 juta sebagi kredit tunggu-sedia kepada 1MDB pada Mac 2015 yang lalu? Bukankah dana itu ialah duit rakyat?

A. Ya
B. Tidak

6. Pada 9 Mei 2015, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Rahim berkata bahawa TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan satu plot tanah di TRX yang diberli daripada 1MDB. Hari ini 1 Ogos 2015, Najib berkata jika TH menjual tanah itu, maka yang akan rugi ialah pendeposit. Siapa yang sedang berbohong?

A. Datuk Seri Najib Razak
B. Datuk Abdul Azeez Rahim

7. Adakah saman WSJ ke belum?

A. Belum
B. Sudah

8. Adakah ahli-ahli kabinet yang lain perlu mendapatkan maklumat mengenai 1MDB daripada akhbar The Edge seperti Tan Sri Muhyiddin?

A. Ya
B. Tidak

9. Adakah Datuk Seri akan membantah keputusan menangguhkan persidangan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi membolehkan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO syarikat itu, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi membersihkan diri dan 1MDB secepat mungkin?

A. Ya
B. Tidak

10. Adakah Datuk Seri bersetuju dengan Tun Dr Mahathir bahawa berbicara mengenai 1MDB kini ialah satu jenayah?

A. Ya
B. Tidak

Sumber: Freemalaysiatoday

Kisah Mengharukan Empat-beranak Bermotosikal Balik Kampung

Kisah Mengharukan Empat-beranak Bermotosikal Balik Kampung

Gambar empat beranak yang pulang ke kampung dengan hanya menunggang motorsikal merupakan antara kisah yang menjadi viral dan menyentuh hati ramai pengguna media sosial sewaktu musim Aidilfitri yang lalu.

Abdullah Firdaus Baharuddin

Seorang lelaki dilihat menunggang motosikal bersama tiga anak lelakinya sebagai pembonceng dari Sepang ke Pulau Pinang semata-mata untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Perkara tersebut masih lagi menjadi perbualan hangat, dan seorang pengguna Facebook bernama Abdullah Firdaus Baharuddin baru-baru ini menyatakan kegembiraannya kerana dapat bertemu dengan mereka sekeluarga ketika dalam perjalanan pulang ke ibu kota.

Firdaus melalui akaun Facebooknya berkata, “Allahuakbar. Alhamdulillah Allah temukan aku dengan family ini tadi otw balik kerja. Family ini yang viral di FB sebab balik 4 beranak balik kampung dari Sepang ke Penang.”

Menurut Firdaus, dia terjumpa mereka ketika dalam perjalanan pulang ke Serdang dan walaupun dia dapat mengecam mereka, Firdaus tidak sempat untuk menahan mereka berikutan kesesakan jalan raya.

Difahamkan, pemuda itu kemudian teruskan perjalanan dan menahan mereka berhampiran Putra Heights untuk memberi duit raya kepada tiga kanak-kanak tersebut.

“Saya teruskan perjalanan sampai exit Putra Heights dan aku berenti bawah flyover dan tahan motor dia dengan niat nak kasi duit raya dekat budak budak ni.

Bagaimanapun, Firdaus sebak apabila ayah mereka yang dikenali sebagai Moza sudi meghulur bantuan kerana beranggapan Firdaus kehabisan minyak ketika dia cuba menahan mereka.

"Tapi ayat pertama keluar dari mulut brother buat aku sebak, motor abis minyak ke bang? Saya ada minyak lebih."

Abdullah Firdaus Baharuddin [2]

Dalam keadaan kita tengok dia bersusah payah balik kampung dengan 3 orang anak dan barang penuh motor pun dia boleh keluar ayat nak tolong orang.

Semoga anak-anak abang ni jadi anak soleh sebab ada ayah yang hebat. InsyaAllah sama sama kita jadi orang yang ringan tangan bantu orang.

Tindakan Firdaus yang menyatakan kejadian itu menyebabkan kini ramai netizen tampil untuk menghulurkan bantuan kepada Moza dan keluarganya.

Dan walaupun berita ini sudah agak lama berlalu, namun kisah ini begitu menyentuh perasaan, fakta bagaimana ramai lagi sebenarnya insan-insan yang hidup kais pagi makan pagi dikala kita dimomokkan dengan berita 'orang-orang kaya' di Malaysia sekarang ini yang begitu mudah mendapat kekayaan berjuta, berbilion sedang ramai lagi yang miskin dan merana. ~admin

BACA INI JUGA: Betapa Bernilainya 4A 1B Buat Anak Miskin

Sumber: Aastroawani/Abdullah Firdaus

Video Burung Kakak Tua Menyanyi Jadi Viral

Video Burung Kakak Tua Menyanyi Jadi Viral

Seekor burung kakak tua di Amerika Syarikat menjadi terkenal selepas sebuah video yang menunjukkan haiwan itu menyanyi lagu Everything is Awesome daripada filem The Lego Movie dimuat naik di internet dan menjadi viral.

Princess Yellow Feather sing Everything is Awesome

Aksi burung yang dinamakan sebagai Princess Yellow Feather itu dirakamkan menyanyi dengan penuh semangat di sebuah kedai penjualan burung eksotik, Birds on Safari di Stuart, Florida.

Video itu menunjukkan haiwan itu menyanyi sambil mengembangkan kepaknya dan rancak mengikut rentak lagu.

Burung berwarna hijau dan kuning itu berputar-putar di sangkarnya dan menari di sepanjang rakaman video dengan durasi 14 saat itu.

Terdapat sesetengah pengguna yang tidak percaya dengan kebolehan burung kakak tua itu menyanyi dan menganggapnya sebagai satu penipuan.

“Ia adalah betul!” kata seorang jurucakap Birds on Safari ketika memberi respon kepada orang ramai yang tidak percaya burung itu boleh menyanyi. –Agensi

BACA INI JUGA: Benarkah Burung Cenderawasih Berasal Dari Syurga?


 Najib SAH Terima RM2.6 Bilion Ke Dalam Akaun Peribadi! Persoalannya Salah Atau Tidak?

Najib SAH Terima RM2.6 Bilion Ke Dalam Akaun Peribadi! Persoalannya Salah Atau Tidak?

SAH! Dakwaan deposit USD700 juta atau RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib memang wujud! Ini disahkan sendiri oleh SPRM. Samada ia datang dari 1MDB atau dari sesiapa pun, itu soal lain. Masih penting juga sumbernya tapi persoalan yang harus kita tumpukan sekarang adalah, Adakah deposit itu sah dari segi undang-undang?

1MDB akaun Najib

Adakah jika ia datang dari sumber 1MDB maka ia salah di sisi undang-undang tapi jika datang dari sumber lain, ia tidak salah?

Kenyataan SPRM juga bagi kita tidak lengkap. Seharusnya dinyatakan dengan jelas juga, adakah perkara itu merupakan satu kesalahan atau tidak. Sekarang ramai yang berdebat soal salah atau tak salah.

Kenapa tidak nyatakan sekali kedudukan deposit itu dari segi undang-undang? Kan perkara-perkara macam ni mainan bagi SPRM. Takkan itu pun nak kena tunggu sebulan juga?

Soal pendirian SPRM itu diterima atau tidak dengan lapang dada itu soal lain, rakyat mahu tahu dulu sekarang kedudukannya, adakah ia melanggar undang-undang atau tidak?

Rakyat mahu tahu jika ada klausa-klausa tertentu yang tidak menyabitkan sebarang kesalahan bagi seorang PM menerima derma bernilai RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi.

Sebab setahu kita, kalau menerima derma hamper sekalipun, orang dah pandang semacam!

Kemudian persoalan income tax seperti yang disebut chedet - 17. Soal yang saya ingin tanya ialah apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri telah bertindak dengan kuasa yang diberi kepadanya ke atas wang sebanyak RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun peribadi Datuk Sri Najib.

Bukankah kena cukai derma itu? Adakah Najib lari dari cukai dalam soal derma ni? Tak silap dekat 25% tu!

Kalau Tun boleh didenda RM130k atas nilai RM20k oleh pihak LHDN kerana tidak melaporkan pendapatan, tidakkah Najib juga boleh dikenakan tindakan yang sama? Denda 6 kali amaun?!

ATAU segalanya OK dalam kes ini?

Itu belum masuk bab KE MANA PERGINYA RM2.6 bilion itu?! Banyak tu.. yang ini kita sambung artikel lain.

Rata-rata semua orang tak tahu apa-apa masa mula-mula didedahkan oleh WSJ. Ini menunjukkan transaksi itu adalah rahsia. Ingat beberapa hari sebelum Raya Ahmad Husni ada mengeluarkan kenyataan -

Menurut Ahmad Husni, susulan laporan Ketua Audit Negara itu, dakwaan liar sesetengah pihak termasuk tentang 'kehilangan wang sebanyak RM42 bilion dan pemindahan AS$700 juta (RM2.6 bilion) kepada individu tertentu' tidak timbul.

Nah, tidakkah itu berupa satu fitnah atau menipu rakyat?

Cuma akhir-akhir ini saja baru pro Najib sudah mula memainkan peranan untuk saiko pemikiran rakyat supaya menganggap deposit itu TIDAK APA. Rupa-rupanya sebagai persiapan kepada pengumuman SPRM ini!

Sejak pendedahan SPRM tadi, pro Najib pula yang melalak apa yang kita semua sebut selama ini - Najib tidak pernah menafikan wujud deposit RM2.6 billion itu! Ha ha ha ha...

Sekarang keutamaan pihak berkuasa adalah segera tampil dan berikan pendirian adakah perbuatan menerima RM2.6 bilion derma ke dalam akaun peribadi Najib itu merupakan satu kesalahan atau tidak.

Cuba pro Najib jawab soalan ini - kenapa tidak dari awal lagi Najib mengaku?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Monday, August 03, 2015

Tun Mahathir Mengaku Pernah Simpan Duit Umno Dalam Akaun Peribadi

Tun Mahathir Mengaku Pernah Simpan Duit Umno Dalam Akaun Peribadi

Tun Mahathir mengaku beliau pun dulu ada simpan duit Umno dalam akaun peribadi. Lepas tu, Tun keluarkan cek dari akaun peribadi untuk diberikan kepada pemimpin Umno semasa PRU.

Tun Mahathir

Ha ha ha.. padan muka pro Mahathir! Pandai sangat nak tuduh-tuduh Najib, sekarang apa bezanya Tun Mahathir dengan Najib? Sama kan!

Jadi tak payahlah nak bising-bising bertanyakan hal deposit USD700 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Agaknya begitulah ketawa pro Najib selepas dapat tahu pengakuan Tun Mahathir melalui artikel terbaru chedet.
7. Pada pilihanraya 1964 dan 1969, wang tunai berjumlah 20,000 Ringgit dari Ibu Pejabat diserah kepada saya untuk diagih kepada kawasan parlimen 40% dan kawasan DUN 30% tiap satu. Kerana saya tidak sanggup simpan wang tunai sebanyak RM20,000 ini, saya masukkannya dalam akaun saya, dan saya keluarkan cek kepada jawatankuasa pilihanraya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri mengikut agihan yang ditentukan oleh Ibu Pejabat. Wang ini bukan dari penderma tetapi ini adalah wang UMNO yang memang pun diberi kepada bahagian untuk kegunaan calon.

11. Akhirnya saya dikenakan denda sebanyak RM130,000. Diwaktu denda ini dikenakan saya sudah dilantik Menteri dalam Kerajaan. Saya membayar secara beransur-ansur dan selesai bayaran semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Cuba baca lagi..

AKAUN PERIBADI
.
1. Dalam usaha menghalalkan tuduhan terhadap Najib kerana memasukkan dalam akaun peribadinya wang sebanyak RM2.6 bilion yang kononnya adalah untuk pilihanraya ke-14, saya dituduh berbuat perkara yang sama. Tuduhan ini tidak berasas, semata-mata fitnah.

2. Di waktu saya jadi Presiden UMNO, Ibu Pejabat mempunyai tiga trustees, iaitu pemegang amanah. Saya adalah antara pemegang amanah ini. Pemegang amanah memiliki akaun dalam bank. Semua derma, terutama semasa pilihanraya dimasukkan dalam akaun ini. Dua dari mana-mana tiga pemegang amanah diberi kuasa untuk mengurus akaun Ibu Pejabat dan menandatangani cek apabila mengeluarkan wang.

3. Pemegang amanah ini juga dinamakan sebagai pemilik saham-saham dan hartanah milik UMNO.

4. Di waktu saya letak jawatan sebagai Presiden UMNO, saya telah arah wang tunai dalam bank dan saham-saham serta surat milik hartanah diserah kepada Dato Abdullah Badawi. Pegawai yang menyerah ialah Nor Mohamad Yacob dan Noordin Bachik.

5. Jumlah wang tunai yang diserah melebihi 200 juta Ringgit. Jumlah nilai saham dan hartanah melebihi 1.2 bilion Ringgit.

6. Tidak ada satu sen pun dari wang derma untuk pilihanraya yang dimasuk dalam akaun saya. Saya bersedia semua akaun peribadi saya selama 22 tahun diperiksa oleh orang yang tidak ada kepentingan bagi mengesahkan pengakuan saya ini atau sebaliknya.

7. Pada pilihanraya 1964 dan 1969, wang tunai berjumlah 20,000 Ringgit dari Ibu Pejabat diserah kepada saya untuk diagih kepada kawasan parlimen 40% dan kawasan DUN 30% tiap satu. Kerana saya tidak sanggup simpan wang tunai sebanyak RM20,000 ini, saya masukkannya dalam akaun saya, dan saya keluarkan cek kepada jawatankuasa pilihanraya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri mengikut agihan yang ditentukan oleh Ibu Pejabat. Wang ini bukan dari penderma tetapi ini adalah wang UMNO yang memang pun diberi kepada bahagian untuk kegunaan calon.

8. Di waktu saya disingkir dari parti pada 1970, Jabatan Hasil Dalam Negeri telah geledah rumah dan klinik saya. Mereka jumpa cek stub yang telah dikeluarkan oleh saya dan mereka mendakwa bahawa saya tidak lapur pendapatan saya sepenuhnya.

9. Mereka mendenda saya sebanyak RM300,000 dengan amaran jika saya bantah dan pergi ke mahkamah saya akan dikenakan denda tiga kali ganda.

10. Saya tidak pergi ke mahkamah. Sebaliknya saya merayu bahawa duit yang dimasukkan dalam akaun saya ialah dari parti. Tetapi Ibu Pejabat UMNO tidak mengaku wang itu dari UMNO.

11. Akhirnya saya dikenakan denda sebanyak RM130,000. Diwaktu denda ini dikenakan saya sudah dilantik Menteri dalam Kerajaan. Saya membayar secara beransur-ansur dan selesai bayaran semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri.

12. Ada sedikit perbezaan antara wang tunai sebanyak RM20,000 yang saya terima dan cek sebanyak USD 700 juta bersamaan RM2.6 billion yang dikatakan dimasuk ke dalam akaun peribadi Datuk Sri Najib.

13. Jikalau disemak perbelanjaan pilihanraya lima kali yang diadakan semasa saya Presiden UMNO, tidak ada banyak wang yang diguna, terutama peruntukan dari Ibu Pejabat. Namun BN tidak pernah menang kurang dari 2/3 kerusi di parlimen.

14. Jika sekarang UMNO perlu 2½ billion Ringgit untuk pilihanraya, ia tetap melanggar aturan peraturan dan undang-undang pilihanraya. Akaun perbelanjaan pilihanraya tiap seorang calon pilihanraya perlu dilapor kepada pihak berkuasa. Adalah salah jika ia melebihi jumlah tertentu. Saya pohon maaf jika peraturan ini sudah digugur. Ia diadakan untuk mengelak dari rasuah berlaku.

15. Saya tidak hendak soal dari mana datang USD 700 juta ini. Saya akan tunggu sehingga Auditor-General dan PAC buat lapuran terakhir, walaupun saya tidak lagi dapat terima bulat-bulat segala kenyataan yang akan diperbuat.

16. Saya tidak ingin sentuh 1MDB walaupun saya sebagai rakyat yang membayar cukai berhak untuk menyoal kewangan negara. Tetapi seperti yang saya jelaskan saya terpaksa bayar cukai pendapatan dan denda ke atas wang yang terdapat dalam akaun saya.

17. Soalan yang saya ingin tanya ialah adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri telah bertindak dengan kuasa yang diberi kepadanya ke atas wang sebanyak RM2.6 billion yang terdapat dalam akaun peribadi Datuk Sri Najib? -Chedet.cc

Akaun Amanah

Baru-baru ini Rahman Dahlan ada berkata -

Akaun Amanah

Ada eloknya Rahman berikan sebarang perincian. Tunjukkan tang mana Perlembagaan Umno yang membenarkan akaun amanah di atas nama peribadi Presiden Umno.

Atau jika terdapat sebarang perubahan ke atas Perlembagaan Umno berkaitan hal ini selepas zaman Tun Mahathir.

Atau tunjukkan surat perjanjian amanah itu, sebab jika benar ada akaun amanah, pastinya ada surat perjanjian yang menggariskan tanggungjawab serta terma-termanya.

Yalah, dibuatnya Najib mati, siapa yang tahu banyak mana derma dan banyak mana simpanan sendiri? Atau akaun mana yang akaun amanah dan akaun sendiri kalau semuanya atas nama peribadi?

Yang paling menghairankan kita, kenapa waktu pendedahan WSJ itu dibuat, langsung tidak timbul cerita akaun amanah ni.

Kenapa lepas sebulan baru nak cakap?

Tun didenda 6 kali nilai dana yang diamanahkan. Kalau RM2.6 bilion, baru RM15.6 bilion. Ok la tu. Tapi tak pasti samada mahkamah Malaysia menerima Just Unit sebagai bayaran. Itu kena cek dulu..

Kalau tak cukup takpe la, sebab Tun pun kata dia bayar secara beransur-ansur. RM15.6 bilion denda pun boleh dibayar beransur kan..

BACA INI JUGA: Tun Mahathir Kritik Gaya Hidup ‘Mewah’ Rosmah Dan Najib!

Sumber: Dinturtle

'Kalau Masuk Pun Berbilion Dalam Akaun Najib, Apa Salahnya?'

'Kalau Masuk Pun Berbilion Dalam Akaun Najib, Apa Salahnya?'

Kenapa tetiba jer pemimpin2 yang pro Najib ini keluarkan kenyataan2 yang lebihkurang sama jer berkaitan isu deposit USD700 juta ke akaun peribadi Najib?

Malaysian+Money+Trail [2]

Mereka BUKAN nak tolong jawab ADA atau TIDAK ADA deposit2 itu sepertimana yang rakyat semua hendak tahu, tapi -

1. RM2.6 bilion masuk akaun Najib bukan isu besar, kata menteri

Pendedahan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa sejumlah RM2.67 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukanlah isu besar, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tiada salahnya seseorang menerima pemberian wang sebanyak itu asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya.

“Bagi saya kalau orang derma duit kat saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma... apa salahnya. -TMI

2. Pembiayaan Politik: Menangani Realiti oleh @mpkotabelud

Pertamanya, mari kita berbincang mengenai fakta. Sumbangan untuk politik adalah sah dari segi undang-undang Malaysia.

Jika anda mempunyai kecenderungan terhadap sesebuah parti politik dan meyakini perjuangannya, anda boleh membantu mereka mencapai matlamat dengan menyumbang wang dan/atau aset.

Sebetulnya, anda boleh menyumbang seberapa banyak yang dimahukan: RM10, RM1,000 atau sejuta ringgit - malah satu bilion ringgit sekalipun - jika mampu berbuat demikian. -Thekl-chronicle

3. #VideoMuhyiddin: Wang dalam akaun peribadi adalah hak dan rahsia peribadi

Duit yang masuk ke dalam akaun peribadi, itu hak dan rahsia peribadi individu yang tidak perlu diisytiharkan kepada orang ramai. Sama seperti duit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi kita. -Tunfaisal

Hujah mereka lebih cenderung kepada meminta rakyat supaya menerima sebagai 'tidak apa' kalau benar transaksi-transaksi itu wujud!

Lain macam jer bunyi mereka ni..

Rakyat menjangkakan pemimpin-pemimpin Umno akan membantah keras dakwaan WSJ contohnya - TIDAK WUJUD transaksi-transaksi itu! (tanpa perlu sebut samada duit dari 1MDB atau dari siapapun).

Rupanya mereka lebih kepada - Kalau benar pun, apa salahnya..

Cara duit itu masuk pun yang ala-ala MONEY LAUNDERING pun rakyat disarankan supaya buat tak tahu, agaknyalah..

Malaysian+Money+Trail

Kita bukan nak lawan berhujah tapi pointnya adalah, kenapa sepesen jer kenyataan mereka ye?

Adakah mereka tahu sesuatu yang kita tidak tahu? Atau hanya secara kebetulan nada mereka sama dalam isu ini?

BACA INI JUGA: Rosmah Berlagak Macam Perdana Menteri - Tun Mahathir

Sumber: Dinturtle

Wang 1MDB Bukan Duit Rakyat, Kata Najib

Wang 1MDB Bukan Duit Rakyat, Kata Najib

Apa perasaan anda bila baca ayat di atas? Ada tak macam ni, Ooo.. patutlah 1MDB diorang buat macam duit mak bapak diorang punya! Bila rakyat tanya, diorang marah balik. Sebab dalam fikiran diorang, rakyat takde hak nak ambil tahu, sebab itu BUKAN DUIT RAKYAT !

Duit+Rakyat

Ayat satu baris pendek itu saja sudah cukup untuk menjelaskan SEGALAnya tentang kemelut 1MDB, tentang kenapa Najib dan 1MDB tidak pernah merasakan keperluan untuk menjawab dengan jelas segala persoalan yang diajukan tentang pengurusan kewangan 1MDB.

Najib turut menyalahkan pengkritik yang menggagalkan penyenaraian IPO 1MDB seterusnya menyebabkan wujudnya ketidaksepadanan yang menyebabkan masalah aliran tunai.

Tak sia-sia juga Najib lantik Zahid gantikan tempat Muhyiddin sebagai TPM. Pantas Zahid pun back up sama!

Dari Malaymailonline -
1MDB didn't use the government's money or allocations. A lot of the deals are between lender and borrower, so in this case, here will definitely be repayments and a payment schedule must be made.

1MDB tidak pakai duit atau peruntukan kerajaan?

Bagi kita senang je - Apa saja yang berkaitan dengan kerajaan, maknanya ada kaitan dengan rakyat. 1MDB milik penuh kerajaan, bermakna ia milik penuh rakyat.

Jika 1MDB kantoi hutang, siapa yang kena bayar hutang? Adakah Najib nak kata yang pemberi hutang terpaksa lupakan hutang itu begitu saja? Bukankah kerajaan juga yang akan tanggung?

Kerajaan dapat duit nak gantikan hutang itu dari mana? Kalaupun kerajaan banyak duit, hak siapa duit itu? Kerajaan sekadar pegang amanah dari rakyat untuk uruskan duit itu.

Banyak lagi yang boleh digunakan duit kerajaan itu demi rakyat daripada dibelanja hanguskan atas nama 1MDB!

Itu hujah berkait, bagaimana pula hujah yang direct - RM950 juta standby kredit yang diberikan kepada 1MDB itu apa?

Ini satu lagi lagi artikel yang boleh buat anda geleng kepala dengan Najib dan 1MDB.

Dari Malaysiakini -

Duit+Rakyat [2]

"Saya bercakap dengan rakan-rakan Kementerian Kewangan dan sebagainya.

"Memang ada program kurangkan hutang. Saya minta masa enam bulan," katanya di mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Seremban.

Najib memberitahu beban hutang tidak boleh berkurangan secara tiba-tiba "esok".

Apa yang penting, kata beliau, sudah ada perbincangan dibuat dan Emir Qatar menyatakan minat untuk membeli tanah di Bandar Malaysia.

"Duta China pun kata mereka berminat," katanya.

JUAL! JUAL! JUAL!

Tanah yang nak dijual bagi melunaskan hutang 1MDB itu tanah siapa? Yang kerajaan Najib gatal pi ambil tanah yang asalnya direzabkan untuk Bumiputera kemudian jual murah giler kepada 1MDB, sekarang 1MDB nak JUAL kepada orang asing? Itu bukankah merugikan rakyat?

Ya, hutang boleh dikurangkan dengan banyak (kit sangsi hasil jualan tanah boleh langsaikan seluruh hutang 1MDB) melalui penjualan tanah 1MDB, tapi cuba fikirkan, APA YANG TINGGAL BILA SEMUA DAH DIJUAL UNTUK BAYAR HUTANG?

Adakah nanti Najib akan anggap semua kira settle? Tiada siapa yang rugi?

Habis tu, tanah-tanah yang tak pasal-pasal terjual itu nak kira macamana? Dari elok milik Bumiputera tapi disebabkan kewujudan 1MDB, semua tergadai. Apakah itu bukan satu kerugian?

Kalau 1MDB tak wujud, tanah-tanah itu kemungkinan besar sudah atau sedang dimajukan atas nama Bumiputera.

Tanah itu memang tak ke mana, lambat laun akan dimajukan juga dengan prasarana yang canggih, tapi MILIK SIAPA?

Jika rujuk kepada kenyataan Najib awal tadi yang 1MDB tidak guna duit rakyat, tanah itu mungkin sudah jadi milik 1MDB (milik rakyat juga 1MDB ni) tapi bila dijual dengan harga murah giler, ia sepatutnya dihargai dengan pembangunan untuk rakyat bukan untuk dijual sebab nak bayar hutang!

Jika sebelum ini pro Najib seolah cuba pengaruhi rakyat supaya menganggap deposit USD700 juta ke dalam akaun peribadi Najib itu sebagai, TIDAK APA.

Dan kali ini kita baca pula aksi Najib -

Duit+Rakyat [3]

Nampak?

Kenapa tiba-tiba Najib sebut hal sumber dana politik?

Kita cuma nak tahu ADA atau TIDAK ADA deposit USD700 juta ke dalam akaun peribadi Najib. Yang lain-lain tu seperti tujuan duit itu, semua tu kita cerita kemudian.

BACA INI JUGA: Najib dan 1MDBnya Memalukan Negara Sendiri, Tun Mahathir

Sumber: Dinturtle