Friday, July 03, 2015

Krisis Hutang Greece Yang Kita Perlu Tahu

Krisis Hutang Greece Yang Kita Perlu Tahu

Drachma, matawang Greece telah digantikan dengan Euro pada tahun 2002 selepas menyertai European Union (EU). Penggunaan matawang euro itu telah meningkatkan keyakinan pelabur ke atas perkembangan ekonomi Greek.

Greece

European Union (EU) ialah kesatuan politik-ekonomi 28 negara yang terletak di Eropah. Ia terdiri daripada institusi seperti European Commission (EC), Council of the European Union, European Council, Court of Justice of the European Union, European Central Bank, European Court of Auditors, dan European Parliament.

Pada Disember 2004, European Commission telah mengeluarkan amaran rasmi kepada Greece selepas mendapat tahu pemalsuan data status kewangan negara dimana perbelanjaan melebihi pendapatan bagi menyertai keahlian eurozone.

Kerajaan Greece mengakui defisit tidak pernah berada di bawah 3pc sejak 1999 seperti mana peraturan yang telah ditetapkan oleh EU di dalam kriteria penyatuan Maastricht .

European Commission (EC) iaitu sebuah badan eksekutif European Union (EU) yang bertanggungjawab mencadangkan undang-undang, melaksanakan keputusan, memartabatkan perjanjian EU dan menguruskan urusan seharian EU.

Eurozone ialah nama rasmi bagi kawasan Eropah yang menggunakan matawang kesatuan, Euro. Ia terdiri daripada 19 buah negara seperti Austria, Belgium, Cyprus, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Ireland, Italy, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Netherlands, Portugal, Slovakia, Slovenia, dan Sepanyol.

Walaupun kewangan Greece tidak menentu, kerajaan Greece tetap menganjurkan Sukan Olimpik 2004. Perbelanjaan kos yang tinggi menekan kerajaan Greece.

Eurozone

Eurozone

Krisis hutang negara Greece bermula pada tahun 2009 dan masih berlaku sehingga kini. Dari Oktober hingga Disember 2009, credit rating Greece diturunkan oleh agensi-agensi perkhidmatan kewangan seperti Fitch, Standard & Poor’s dan Moody’s. Ini semua terjadi kerana bertahun-tahun kerajaan Greece cuai dalam perbelanjaan dan pinjaman.

Credit rating ialah penilaian ke atas risiko kredit penghutang bagi memenuhi komitment kewangan negara berdasarkan urusan terdahulu. Ia juga merujuk kepada kebolehan peminjam untuk membayar balik hutang pinjaman.

Maka, George Papandreou, Perdana Menteri baru waktu itu telah mengambil langkah pencegahan dengan mengumumkan satu program yang akan memotong perbelanjaan untuk rakyat. Tindakan kerajaan Greece mengumumkan dua lagi langkah-langkah penjimatan yang sukar antara Januari dan Mac 2010 telah menimbulkan bantahan dan mogok besar-besaran.

Antara pelan yang diumumkan ialah peningkatan cukai GST dan cukai rokok dan alkohol, peningkatan harga gas, pembekuan pencen dan had maksima bagi gaji kakitangan awam.

Krisis semakin genting, pada 23 April 2010 Papandreou telah meminta secara rasmi pakej bantuan kewangan kecemasan yang melibatkan penyertaan European Union, European Central Bank (ECB) dan International Monetary Fund (IMF).

Susulan itu, pada 2 Mei 2010, €110 billion telah diberikan kepada Greece sebagai satu pakej bailout di atas persetujuan bersama Papandreou, IMF dan pemimpin-pemimpin eurozone.

Sekiranya Greece gagal membayar balik pinjaman, ia akan membahayakan negara-negara EU yang lain. Bagi menghalang risiko kegagalan Greece membayar hutang sekiranya itu berlaku, pemimpin-pemimpin Eropah termasuk IMF, ECB dan EU bersatu membentuk ‘Troika’ bagi melindungi eurozone daripada krisis Greek.

Bagi mencapai objektif ‘Troika’, Greece mesti bersetuju dengan rela hati dan mempunyai kebolehan untuk penstrukturan semula.

Bagi memenuhi syarat pinjaman, kerajaan Greece telah mengumumkan pakej penjimatan ketiga yang melibatkan:
  1. Pemotongan 8% elaun sektor awam.
  2. Had sektor awam sebanyak €1,000 diperkenalkan kepada bonus dua kali setahun dan dihapuskan sepenuhnya bagi mereka yang berpendapatan lebih €3,000 sebulan.
  3. Had €500 sebulan kepada bulan ke-13 dan ke-14 bagi gaji pekerja awam, dan dihapuskan sepenuhnya bagi mereka yang menerima lebih €3,000 sebulan.
  4. Had €800 sebulan kepada bulan ke-13 dan ke-14 bagi ansuran pencen dan dihapuskan sepenuhnya bagi mereka yang menerima lebih €2,500 sebulan.
  5. Pemulangan cukai istimewa ke atas pencen yang tinggi.
  6. Mengenakan cukai yang luarbiasa ke atas keuntungan syarikat.
  7. Peningkatan nilai hartanah (dan cukai tinggi).
  8. Peningkatan tambahan 10% untuk semua kereta import.
  9. Perubahan bayaran pemberhentian kerja dan bayaran kerja lebih masa.
  10. Meningkatkan cukai GST
  11. Peningkatan 10% cukai ke atas barangan mewah dan cukai ke atas alkohol, rokok dan minyak.
  12. Umur pencen pekerja wanita disetarakan dengan umur pencen pekerja lelaki.
  13. Mekanisma pemberian pencen diubah mengikut jangkaan perubahan hidup.
  14. Dana kewangan stabil dibentuk.
  15. Umur purata persaraan pekerja kerajaan ditingkatkan dari 61 tahun kepada 65 tahun.
  16. Bilangan syarikat awam dikurangkan dari 6,000 kepada 2,000.
  17. Bilangan majlis perbandaran akan dikurangkan dari 1,000 kepada 400.

Pengumuman langkah penjimatan itu telah menyebabkan mogok dan demonstrasi di dua buah bandar utama Greece yang turut bertukar menjadi ganas sehingga melibatkan kematian.

Walaupun kerajaan Greece telah menerima pakej bailout dan mengumumkan langkah penjimatan, credit rating Greek terus menjunam jatuh.

Krisis hutang Greece makin meruncing pada tahun 2011 dengan pelbagai protes, tentangan, dan keganasan yang berlaku di sekitar bandar besar Greece dan di luar bangunan parlimen.

Meskipun begitu, pakej penjimatan keempat dan kelima tetap diluluskan oleh parlimen. Ia bermakna lebih banyak tekanan ke atas rakyat Greece.

Tahun 2011 turut menyaksikan penstrukturan semula kerajaan dan perletakan jawatan Papandreou sebagai Perdana Menteri Greece selepas pelan referendumnya dikecam.

Referendum ialah undian awam bagi satu isu yang memerlukan pandangan orang awam sebelum memutuskan sesuatu keputusan.

Pada 2012 seorang pesara pegawai farmasi telah membunuh diri di depan bangunan parlimen Greece sebagai satu tanda protes menentang politik polisi pengurangan bajet perbelanjaan kerajaan yang melibatkan pemotongan perbelanjaan dan peningkatan cukai yang membebankan rakyat.

Greece-austerity-suicide

Dia telah menjadi simbol penentangan rakyat Greece terhadap kerajaan dan mencetuskan pertentangan antara polis dan penunjuk perasaan.

Kebangkitan rakyat telah menyebabkan parti kerajaan kecundang di dalam pilihan raya. Sementara itu, populariti parti haluan kiri yang radikal dan parti haluan kanan telah meningkat tetapi kedua-dua parti itu tidak memenangi majoriti kerusi parlimen.

Kerajaan campur yang melibatkan parti New Democracy, PASOK dan DIMAR diwujudkan dan presiden parti New Democracy, Antonis Samaras dilantik sebagai Perdana Menteri Greece pada 17 Jun 2012.

Tukar perdana menteri dan kejatuhan parti kerajaan turut tidak mengubah apa-apa krisis ekonomi Greece. Malah, satu protest yang besar berlaku di luar bangunan parlimen apabila pakej penjimatan keenam diluluskan bagi memastikan Greece terus menerima ansuran daripada perjanjian bailout. Itu menunjukkan ekonomi Greece semakin tenat dan bergantung kepada bantuan kewangan untuk melalui krisis hutang ini.

Pada tahun 2013 pula, kerajaan Greece berdepan dengan masalah peningkatan kadar pengangguran rakyat yang tinggi dan ia merupakan kadar paling tinggi di EU dengan peningkatan sehingga 26.8% dan hampir 60% bagi kadar orang muda yang tidak bekerja.

Pada pertengahan tahun 2013, kerajaan menangguhkan operasi penyiaran kerajaan, ERT bagi menjimatkan duit. Protes dan mogok telah menyebabkan ERT dilancarkan semula dua bulan selepas itu.

Barisan kabinet distrukturkan semula lagi sekali oleh Samaras dan meluluskan pakej penjimatan ketujuh termasuk pelan pemotongan gaji pekerja perkhidmatan awam bagi menerima bantuan pakej bailout kedua EU dan IMF sebanyak €130 billion menyebabkan kehidupan rakyat Greece semakin tertekan dan mengamuk di jalanan. Ramai orang Greece juga gagal membayar cukai mereka.

Ada sinar bagi Greece pada awal tahun 2014. Greece kembali ke pasaran kewangan dengan 3 billion Eurobonds.

Agensi Fitch menaikan semula credit rating Greece dari gred B- ke B. Greece berjaya mendapat 4 billion dollar dari pasaran kewangan dunia di dalam penjualan bon jangka masa panjang kerajaan. Ia adalah satu langkah penting untuk ekonomi negara pulih.

Eurobonds ialah bon kerajaan yang dicadangkan dalam euro secara bersama oleh 19 negara eurozone.

Hampir masuk suku tahun kedua iaitu Mei 2014, kumpulan anti-austerity haluan kiri, Syriza memenangi pilihan raya. Kemenangan itu telah mengubah keseluruhan dinamik politik di Greece.

Penstrukturan kabinet baru dilakukan dan Prof. Gikas Hardouvelis dilantik sebagai menteri kewangan. Kegagalan Parlimen melantik presiden baru telah menyalakan krisis politik pada bulan Disember 2014. Sehari selepas itu pasaran saham Greek jatuh 12.78%.

Austerity ialah pengurangan bajet perbelanjaan kerajaan yang melibatkan pemotongan perbelanjaan dan peningkatan cukai yang membebankan rakyat.

Greece-Bailout

Pada 26 Januari 2015 Alexis Tsipras mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baru dan Yanis Varoufakis sebagai menteri kewangan baru. Mereka berdua daripada parti Syriza (anti-austerity). Trispas berjanji untuk menolak semua perjanjian bailout yang sebelum ini dan mahu satu perjanjian yang baik dan adil bagi Greece.

Ini menunjukkan pakej bailout yang disasarkan sebagai bantuan bagi menyelamatkan krisis ekonomi Greece dilihat sebagai satu konspirasi jahat bagi mengawal negara Greece. Maka, Syriza (Tsipras dan Varoufakis) mengugut EU untuk keluar dari eurozone.

Hutang Negara Greece

Hutang Negara Greece

Rundingan pada 20 Februari 2015 membolehkan Greece mendapat empat bulan tambahan bagi pembiayaan.

Kemudian pada 4 Jun 2015 Greece telah meminta IMF menangguhkan ansuran ke hujung bulan Jun. Pada 27 Jun 2015 Tsipras telah mengumumkan referendum tentang perjanjian bailout antara Greece dan pemiutang antarabangsa akan dibuat pada 5 Julai 2015.

Selepas ECB memutuskan untuk tidak memanjangkan dana kecemasan yang akan menutup peluang Greece untuk menerima €7.2 billion, Greece telah menutup semua operasi bank dan mengenakan kawalan modal. Tindakan itu telah menimbulkan panik di kalangan rakyat Greece.

Greece menghadapi dua pilihan yang akan mempengaruhi hala tuju negara. Pengundi perlu memilih satu daripada dua pilihan yang tidak baik ini pada 5 Julai 2015, iaitu:

1) Undi Ya: Greece boleh menerima permintaan Troika untuk tambahan austerity dan meneruskan penerimaan bantuan dari negara luar, atau

2) Undi Tidak: Greece boleh menolak Troika yang akan beri kesan ke atas hutang Greece dan kemungkinan Greece akan keluar dari eurozone.

Jika rakyat memilih untuk menerima deal tersebut, ia bermakna cukai akan meningkat naik dan pencen dipotong. Jika rakyat menolak deal tersebut, Greece akan gagal membayar hutang dan tidak boleh menggunakan euro sebagai matawang serta terkeluar dari eurozone.

Buat masa ini, ramai rakyat Greece beratur di mesin-mesin ATM. Mereka tidak boleh mengeluarkan wang mereka dalam jumlah yang banyak daripada bank-bank di Greece. Had pengeluaran yang ditetapkan ialah €60 sehari. Pemindahan wang ke luar negara turut dihalang. Ia hanya dibolehkan untuk urusan perniagaan sahaja. Operasi bank ditutup sehingga 7 Julai 2015.

Menteri pembangunan Greece menggesa rakyat mengundi “tidak” untuk menentang rundingan tersebut. Begitu juga dengan Perdana Menteri Greece.

Jika Greece menggunakan matawang sendiri (drachma) dan mencetaknya dengan banyak sekali, ia akan merendahkan nilai matawang.

Drachma yang murah ini akan membuatkan Greek dalam keadaan baik kerana ia akan menarik warga asing untuk melabur dan meningkatkan eksport dan mencipta peluang pekerjaan.

Kadar inflasi turut akan membantu bebanan hutang negara. Ini semua lebih baik berbanding Greece yang berterusan di dalam keadaan kegawatan sejak krisis kewangan 2008.

Presiden EC, Jean-Claude Juncker pula berharap orang Greece mengudi “Ya” bagi menerima terma-terma perjanjian.

Antara punca terjadinya tragedi ekonomi Greece:

1) Korupsi

European Commission menyatakan Greece merupakan negara yang paling tinggi korupsi di dalam European Union.

2) Tipu Cukai

Golongan kelas pertengahan-atasan di Greece mengelak daripada pembayaran cukai. Mereka melaporkan nilai pendapatan yang lebih rendah berbanding dengan pendapatan mereka sebenar. Contoh pada tahun 2009, sebanyak €28 billion cukai dielak oleh mereka yang bekerja sendiri ini.

3) Pengangguran

Kadar pengangguran tinggi di Greece melibatkan populasi orang muda. 63.5% orang Greece berumur antara 18 dan 34 tahun masih tinggal bersama ibu bapa mereka.

4) Populasi Orang Pencen

Greece memiliki populasi orang tua yang ramai berbanding orang muda. Hanya 9.8% orang muda berumur antara 15 dan 24 tahun. 32.9% pula berusia lebih dari 55 tahun. Ini menimbulkan dua masalah iaitu peningkatan pembayaran kos pencen dan kekurangan tenaga kerja muda.

5) Cukai Rokok

Ia jadi satu masalah besar apabila cukai rokok dinaikkan di Greece kerana orang-orang di Greece merupakan golongan ketiga tertinggi menggunakan rokok di dunia. Ia lebih tinggi 28 kali berbanding pengguna di India.

Sekiranya Greece gagal membayar hutang dan terkeluar dari EU, ia akan menyebabkan pelabur-pelabur mengeluarkan wang pelaburan mereka daripada negara-negara EU yang mempunyai perkembangan ekonomi yang tidak stabil seperti Sepanyol dan Itali.

Ia akan mencipta gelombang panik para pelabur ke atas Eropah dan kemungkinan Amerika Syarikat turut akan terkena tempiasnya.

BACA INI JUGA: OMG! Manusia Pertama Memiliki Wang Sebanyak AS$92,233,720,368,547,800!

Sumber: Thevocket

Ucapan 'Terima Kasih' Azwan Ali Kepada Mufti Perak!

Ucapan 'Terima Kasih' Azwan Ali Kepada Mufti Perak!

Hari ini tiba pula giliran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mendapat mesej ‘tajam’ daripada selebriti yang menggelarkan dirinya sebagai Diva AA ini.

Azwan-Ali

Jika sebelum ini Azwan Ali memberi kenyataan balasnya berhubung teguran rakan artis Azhar Sulaiman yang menasihatkannya agar mengawal kemarahannya supaya dirinya tidak terkait dengan sebarang cerita-cerita negatif.

Sebelum ini, Tan Sri Harussani ada memberi komen mengenai perbuatan biadap Azwan yang seolah-olah tidak menggambarkan dirinya sebagai seorang muslim yang sedang berpuasa apabila kerap kali memaki orang lain di laman sosialnya.

Nampaknya memang dah tak boleh makan saman Azwan ni, semua yang menegurnya, ‘dihentam’ balik oleh si dia.

Mufti-AA

Harap-harap di bulan baik, bulan mulia ni Azwan dapat bermuhasabah diri dengan merenung segala perkara yang telah dilakukannya.

Tak semestinya orang menegur, orang tu membenci kita, sebaliknya orang menegur agar kita tak tersasar dan menyimpang jauh lebih-lebih lagi dalam hal yang sememangnya cukup remeh jika kita imbas kembali kronologi kes Azwan dengan seorang peminat wanitanya itu.

Penulis pun yakin bukannya Tan Sri Harussani sengaja suka-suka nak beri komen dan tegurannya kepada Azwan, sebaliknya apabila ditanya oleh pihak media, tokoh agama itu jawablah seperti mana mengikut kefahamannya berhubung isu tersebut.

Akhir kata, buat kita-kita semua, ambillah yang jernih daripada kes ini, kalau dah buat silap tu, mengaku je lah.

Tak jatuh pun air muka kalau kita minta maaf dulu dan berhenti daripada membuat sebarang provokasi agar kes ini tidak lagi berpanjangan.

BACA INI JUGA: Asal-usul Kejadian Jin, Iblis Dan Syaitan

Sumber: Mynewshub.cc

'Azhar Sulaiman, Kau Siapa Nak Nasihat Aku'

'Azhar Sulaiman, Kau Siapa Nak Nasihat Aku'

Selepas memaki hamun peminatnya gara-gara silap mentafsir 'menate, sekali lagi Azwan Ali menjadikan pelakon serba boleh, Azhar Sulaiman sebagai mangsa carutan terbaru menerusi akaun Twitter peribadinya.

Azwan-Ali - Azhar Sulaiman

Semuanya gara-gara apabila Azhar Sulaiman ‘menasihati’ Azwan agar mengawal kemarahannya supaya tidak dibenci masyarakat sekeliling.

Walaupun sudah dipesan elok-elok, tak pasal-pasal diva AA melenting pula dengan nasihatnya itu.

“Kepada Azhar Sulaiman, saya bukan tak boleh dengar nasihat, pada saya, saya tak pernah ketuk pun pintu rumah dia. Apa masalah dia?

“Kau siapa nak nasihat aku, respect aku sikit. I got all my reason doing such. Jadi, kepada Azhar Sulaiman dan mana-mana artis yang nak interframe, its a shame, kerana awak yang menjolok sarang tebuan.

Kau siapa nak nasihat Azwan Ali, kau bukan Aaron Aziz, bukan Datuk Aznil, bukan Datuk Siti Nurhaliza. Level mereka yang nak tegur saya adalah level seperti itu, siapa Azhar Sulaiman”?

Memang dahsyat Azwan Ali ni, habis semua orang yang menegur, ditibainya balik..haha

Ditanya tentang dirinya yang dikatakan pengecut kerana terus meminta maaf selepas di’gertak’ oleh pakcik Rani Kulup, Azwan Ali berkata:-

Saya seorang yang tidak hipokrit. Istilah yang digunakan oleh Astro Awani dan mana-mana akhbar yang menggunakan istilah ‘selepas digertak’, saya anggap biadap.

Tindakan ayah (Rani Kulup) seolah-olah menyeru saya, saya tak anggap itu ugutan, dia nak perkara itu didamaikan. Tiba masa kenapa timbulkan perkataan gertak?

Ayah seorang yang nampak kebapaan cuba untuk menyelesaikan perkara ini, tapi mengapa ada pihak-pihak yang seolah-olah mahu memalukan saya?

Dengar-dengar Azwan nak pergi umrah buat kali kelapan, harap-harap dia dapat bermuhasabah diri dan merenung kembali segala kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Hanya disebabkan Azwan tersilap tafsir perkataan ‘me’nate’, sampai ke hari ini kisah ini terus jadi kontroversi!

BACA INI JUGA: 10 Lelaki Kacak Yang Dilahirkan Sebagai Wanita

Pemandu Teksi Malaysia Paling Teruk Di Dunia!

Pemandu Teksi Malaysia Paling Teruk Di Dunia!

Pemandu teksi di Malaysia mendapat ‘pengiktirafan dunia’ apabila diundi sebagai ‘Pemandu teksi paling teruk di dunia’ menerusi satu bancian yang dilakukan oleh laman web British, LondonCabs.co.uk yang membuat perbandingan perkhidmatan teksi yang ditawarkan di seluruh dunia.

Pemandu Teksi

Menurut laporan daripada portal itu, pemandu teksi di Kuala Lumpur terkenal dengan perangai buruk mereka yang suka mengenakan tambang berlebihan kepada penumpang.

“Walaupun mereka seharusnya perlu mengenakan bayaran mengikut meter teksi tapi kebanyakan mereka menolak untuk berbuat demikian.

“Nasihat terbaik anda hanya perlu menunggu teksi lain sahaja sekiranya mereka tidak mahu menggunakan meter,” kata laman portal tersebut.

Selain itu, mereka turut merungut teksi di Kuala Lumpur kelihatan agak buruk dan tidak cantik dipandang.

Selepas Kuala Lumpur, pemandu dari Rom, Itali tersenarai di tangga kedua dalam senarai berkenaan kerana sikap biadap dan caj melampau yang dikenakan mereka.

“Kebanyakan pelancong di sana sering berdepan dengan pemandu teksi yang biadap dan sukar untuk memberikan kerjasama dengan pelancong.

“Jika hari itu hujan, anda jangan terkejut kalau mereka minta bayaran dua atau tiga kali ganda di sana,” tambah portal itu lagi.

Pemandu teksi di Bangkok, Thailand menduduki tangga ketiga yang mana mereka sering tidak mengetahui arah jalan yang ingin dituju pelancong.

Antara pemandu teksi yang turut tersenarai dalam kategori yang tidak membanggakan ini ialah Paris, New York, Mumbai, Zurich, Cairo, Shanghai dan Moscow.

BACA INI JUGA: Ninoy Aquino, Lapangan Terbang Paling Teruk Di Dunia!

Sumber: Mynewshub.cc

6 Perkara Mengapa Redha Suami Adalah Syurga Bagi Isteri

6 Perkara Mengapa Redha Suami Adalah Syurga Bagi Isteri

Allah SWT telah memberikan peluang keemasan kepada setiap wanita yang beriman bahawa untuk memasuki Syurga-Nya yang penuh kenikmatan adalah melalui empat syarat sahaja.

Suami Adalah Syurga Bagi mu

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintu mana yang ia suka (mengikut pilihannya).” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Mengapa Redha Suami Adalah Syurga Bagi Isteri?

Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu kamu mencintainya seumur hidupmu, bahkan seringkali rasa cintanya padamu lebih besar daripada rasa cintanya kepada ibunya sendiri.

Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah-ibunya hingga dia dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalnya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah-ibunya.

Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupkan keperluan engkau dan anak-anakmu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau harus dihormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu berbanding dirinya.

Namun tidak pernah sekalipun dia merasa cemburu, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang terbaik daripadanya di sisi Allah.

Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikan sendiri. Sedang engkau terbiasa mengadukan masalahmu padanya dengan harapan suamimu mampu memberi solusi, padahal boleh saja pada ketika itu, dia sedang memiliki masalah yang lebih besar.

Namun dia tetap mengutamakan masalahmu berbanding masalah yang dihadapinya sendiri.

Suamimu berusaha memahami bahasa diam mu, bahasa tangisanmu. Sedangkan engkau kadangkala hanya mampu memahami bahasa verbalnya saja. Itupun apabila dia mengulanginya berkali-kali.

Apabila engkau melakukan maksiat, maka dia ikut diseret ke neraka, kerana dia bertanggung jawab terhadap maksiatmu.

Namun apabila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah diheret ke neraka. Kerana apa yang dilakukannya adalah hal-hal yang dipertanggungjawabkan ke atas dirinya sendiri.

Lapan pintu surga terbuka bagimu dan engkau boleh masuk dari mana-mana pintu yang disukai.

Cukup dengan mendapat "Redha" daripada suamimu, sedangkan suamimu tidak mendapat kemuliaan seperti itu, kerana itu taat dan bersabarlah terhadapnya.

BACA INI JUGA: 7 Contoh Isteri Yang Sering Diceraikan

Sumber: Zukidin

Thursday, July 02, 2015

Kelebihan Puasa Sunat Enam Di Bulan Syawal

Kelebihan Puasa Sunat Enam Di Bulan Syawal

Menjadi kebiasaan kepada umat Islam di Malaysia untuk berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal selepas puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah SWT.

Puasa 6

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah SAW di dalam menerangkan kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya, “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” (Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya, “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.

Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal.

Merujuk kepada satu hadith Rasulullah SAW yang bermaksud, “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda.”

Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda.

Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Adalah lebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain.

Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

BACA INI JUGA: 12 Kesilapan Umat Islam Dalam Bulan Ramadhan

Sumber: Ukhwah

14 Kursus Paling Sukar Yang Ditawarkan Universiti Di Malaysia

14 Kursus Paling Sukar Yang Ditawarkan Universiti Di Malaysia

Buat individu yang masih lagi tercari-cari kursus yang ingin diambil ataupun individu yang ingin mencabar kemampuan diri melanjutkan pelajaran dalam kursus kritikal, anda harus terus membaca artikel ini.

14 Kursus Paling Sukar Di Universiti

Di bawah merupakan senarai 14 kursus paling mencabar yang ditawarkan universiti-universiti di Malaysia.

1. Perancangan Bandar dan Kawasan (Urban and Regional Planning)

Profesion sebagai perancang bandar dan kawasan memerlukan individu untuk merancang, mereka dan menguruskan persekitaran sesuatu tempat. Dalam erti kata lain, kursus tersebut menggabungkan seni kreatif dan sains dalam mencipta suasana harmoni untuk kehidupan yang lebih baik.

Dalam pasaran tempatan, ia memerlukan seseorang graduan untuk merancang dan mereka penempatan awam serta bandar, manakala pada tahap yang lebih tinggi, mereka perlu berhadapan dengan projek-projek mega di tengah-tengah kota pesat membangun.

2. Perakaunan (Accountancy)

Pastinya, kursus perakaunan memerlukan seseorang penuntut untuk sentiasa mengaplikasikan ketepatan dan integriti ketika berurusan dengan digit. Di Malaysia, kursus tersebut berada pada paras kritikal kerana penetapan standard tinggi. Sebagai contoh, di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), kursus itu ditawarkan pada mod sepenuh masa selama 8 semester.

Pelajar diperlukan untuk melalui latihan industri selama 6 bulan ketika cuti semester pada tahun ketiga manakala penilaian juga dibuat pada kadar 60 peratus untuk peperiksaan akhir dan bakinya untuk tugasan.

3. Juruukur Bahan (Quantity Surveying)

Umum sedia maklum, Malaysia kini sedang membangun pesat dengan pembinaan banyak bangunan dan infrastruktur. Tugas juruukur bahan adalah lebih kepada pengurusan efektif terhadap kos pembinaan, perolehan projek serta pentadbiran kontrak serta memberi nasihat dalam pembangunan ekonomi dan urusan berkaitan kontrak.

4. Undang-Undang

Kursus undang-undang pastinya antara kursus paling susah yang ditawarkan di mana-mana sahaja, tak terkecuali Malaysia. Ia antara pengajian profesional, malah kebanyakan ibu bapa teruja untuk memiliki anak yang mengambil kursus undang-undang.

Apapun, ia bukanlah jalan yang senang untuk menamatkan pengajian dan mengenggam segulung sijil. Kursus tersebut mempunyai banyak istilah yang perlu diingati dan pastinya akta-akta yang diwartakan.

Kebanyakan pelajar mengakui bahawa ia susah kerana subjek yang kompleks. Bukan itu sahaja, kursus undang-undang juga menjadi antara kursus yang termahal dari segi yuran pembelajaran, dan ini menyebabkan mahasiswa terpaksa memikirkan dua masalah; bagaimana untuk melangsaikan yuran serta bagaimana untuk lulus peperiksaan.

5. Bioinformatik (Bioinformatics)

Kursus bioinformatik merupakan kursus yang ditawarkan untuk mengembangkan teknik dan kelengkapan perisian bagi memahami data biologikal. Sebagai salah satu cabang dalam sains, ia menggabungkan sains komputer, statistik, matematik dan kejuruteraan untuk memahami proses data biologikal.

Mengambil kursus tersebut di Malaysia memerlukan seseorang penuntut untuk memahami biologi, bioteknologi dan teknologi maklumat. Antara kegunaan bioinformatik adalah untuk mengenal pasti gen dan nucleotides (SNPs).

6. Perniagaan Antarabangsa (International Business)

Kursus ini juga bukan calang-calang. Ia memberi informasi kepada penuntut untuk memulakan perniagaan mahupun menguruskan syarikat dalam pasaran global, dengan mempelajari pelbagai budaya, sejarah perniagaan, hubungan antara pekerja, ekonomi dan sistem politik. Di Olympian College Malaysia, kursus Perniagaan Antarabangsa sangat komprehensif dan membekalkan penuntut dengan cara pengurusan betul, budaya asing, persekitaran perniagaan global.

7. Teknologi Maklumat (Information Technology)

Ketika dunia semakin berkembang ke arah tanpa sempadan, keperluan untuk pakar IT semakin banyak. Jika penuntut berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini, mereka harus bersedia. Banyak kolej menawarkan diploma dalam bidang tersebut untuk mengembangkan kemahiran perkomputeran dalam disiplin teknologi dan saintifik memberi pendidikan sebelum menjadi seorang programmer dan pencipta perisian.

8. Perubatan (Medicine)

Mempelajari bidang perubatan selalunya akan turut mempelajari pembedahan surgeri. Penuntut perlu melepasi kesemua ujian sebelum melangkah ke fasa seterusnya bagi mempelajari subjek lain. Selain itu, peperiksaannya juga kompleks. Ulang kaji yang intensif sangat diperlukan dan kebanyakan masa penuntut akan dihabiskan dengan belajar daripada beriadah. Sanggup?

Penuntut bidang perubatan juga sering diletakkan di bawah tekanan kerana tugasan mereka melibatkan nyawa manusia dan kesilapan kecil mampu mengancam pesakit. Pengajian ini juga boleh menjadi satu ketakutan apabila penuntut harus berurusan dengan bangkai, darah dan pesakit yang cedera.

9. Biologi Molekul (Molecular Biology)

Kejuruteraan biomolekul adalah aplikasi amalan kejuruteraan dan prinsip-prinsip untuk memanipulasikan molekul asal biologi. Kejuruteraan kimia melibatkan manipulasi molekul bukan biologi. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalunya diambil bersama-sama dalam kebanyakan institusi di Malaysia. Kebanyakan subjeknya mencabar yang mana ia melibatkan pengajian struktur, fungsi dan ciri-ciri.

10. Sains Politik (Political Science)

Kursus sains politik adalah sebahagian dari sains sosial yang berkaitan dengan sistem kerajaan dan analisis aktiviti politik dan tindakan dalam politik. Ia turut berkait rapat dengan amalan teori dan praktikal dalam politik. Andai ada penuntu yang berminat melanjutkan pelajaran dalam kursus berkenaan di Malaysia, mereka perlu menjadi pemerhati terhadap landskap politik Malaysia. Admin Mynewshub antara yang ambik course ni dulu (saje interframe) .

11. Pengurusan & Operasi Hotel (Hotel Operations & Management)

Di Olympia College Malaysia, pelajar yang ingin menuntut dalam bidang tersebut perlu bersedia untuk menimba ilmu dalam subjek asas seperti Industri Hospitaliti, Aplikasi Komputer, Kebersihan dan Keselamatan, Pengajian Makanan, Pengurusan Rumah dan banyak lagi. Melalui penilaian, latihan keras dan implementasi teknologi terbaru, penuntut akan dilatih untuk mengendalikan hotel pada tahap optima.

12. Bahasa Inggeris (English Language)

Pengajian bahasa Inggeris selalunya diambil oleh pelajar yang ingin mempelajari bahasa kedua selepas bahasa ibundanya. Arahan pengajian dan tugasan pelajar dan latar belakang budaya merupakan antara latihan asas terutama kepada mereka yang tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama perbualan.

Latihan intensif bahasa Inggeris dibuat beberapa bulan sebelum kursus sebenar bermula. Hampir kesemua kursus berkenaan bahasa Inggeris boleh membantu pelajar untuk membaca dan menulis serta bercakap dan kemahiran mendengar.

13. Rekaan Grafik (Graphic Design)

Rekaan Grafik merupakan satu proses komunikasi visual dan proses menyelesaikan masalah melalui penggunaan unsur ruang, imej dan sebagainya. Bidang ini dianggap sebagai subset kepada komunikasi visual dan reka bentuk komunikasi. Terdapat beberapa tawaran kursus berkenaan universiti mahupun kolej di sini, dan ia akan menggabungkan kreativiti penuntut dengan naluri perniagaan dan matlamat industri.

14. Kejuruteraan (Engineering)

Kejuruteraan bermaksud mengaplikasikan unsur saintifik dan pengetahuan praktikal dalam usaha untuk mencipta, mereka, membina, mengekalkan, membuat kajian dan menaiktaraf struktur, mesin, alatan elektronik, sistem dan sebagainya. Beberapa institusi menawarkan peluang melanjutkan pelajaran dalam kursus tersebut, namun tidak mudah untuk layak diterima, malah lebih teruk lagi untuk meneruskan pengajian pada setiap semesternya.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Anak Boleh Diasuh Menjadi Seorang Genius?

Sumber: Mynewshub.cc

Kejadian Luarbiasa Gagak Tunggang Helang Di Udara!

Kejadian Luarbiasa Gagak Tunggang Helang Di Udara!

Gambar seekor burung gagak ‘menumpang’ burung helang di udara mendapat perhatian meluas, kerana kejadian seperti ini jarang sekali dapat dilihat berlaku.

Gagak

Sebelum ini pun gambar seekor cerpelai yang ‘menunggang’ burung belatuk di London pernah viral dan mendapat perhatian pengguna laman sosial.

Gambar tersebut diambil oleh seorang jurugambar amatur, Phoo Chan dan ianya berlaku di Washington, Amerika Syarikat.

Burung helang itu dipercayai sedang mencari mangsa untuk dijadikan santapan dan secara tidak diundang, seekor gagak hitam begitu berani mendarat di atasnya.

Gagak tersebut dikatakan hanya menumpang burung pemangsa tersebut selama beberapa saat sebelum kembali terbang membawa haluan sendiri.

BACA INI JUGA: Benarkah Burung Cenderawasih Berasal Dari Syurga?

Gagak
Gagak [2]
Gagak [3]

Sumber: Mynewshub.cc

Rahsia Dan Berkat Kalimah Bismillah

Rahsia Dan Berkat Kalimah Bismillah

Sudah menjadi kebiasaan kepada umat Islam, apa sahaja perbuatan yang ingin dilakukan hendaklah dimulakan dengan ucapan 'Bismillah'.

Bismillah

Bismillah, yang bermaksud, "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang". Kalimah itu wajar diucapkan supaya kita mendapat keberkatan disamping memohon perlindungan Allah dari sebarang ancaman bahaya.

Pengucapan kalimah ‘Bismillah’ ini hendaklah diresapkan ke dalam hati sewaktu mengucapkannya kerana Allah melihat hati manusia, bukan apa yang diucapkan tetapi apa yang terniat dalam hatinya.

Ianya juga sangat berkesan apabila kita berdepan dengan kekuatan iblis dan syaitan. Kalimah itu bukan saja dapat menakutkan iblis dan syaitan, malah dapat mengelakkan gangguan mereka kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Antara cara dan rahsia menyebut kalimah 'Bismillah' ini ialah:

1. Dibacakan Bismillah pada telinga orang yang pengsan sebanyak 41 kali, Insya’allah akan sedar dan kembali sihat.

2. Supaya cepat hajatnya dikabulkan Allah, bacalah Bismillah dengan menghadap kiblat sehingga matahari terbenam selepas solat asar dalam keadaan bersih, suci dari hadas dan najis. Kemudian, mohonlah pada Allah. Insya’allah segera dikabulkan Allah dengan kemurahan sifat Rahman dan Rahim-Nya.

3. Agar sentiasa dilapangkan dan mudah urusan rezekinya serta dimuliakan oleh makhluk, bacalah Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalalahnya dan membaca doa: ‘Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmatmu dan kurniamu serta rezekimu. Curahkanlah keatasku perasaan redha kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu. Mudahkanlah bagiku untuk memperoleh rezeki-Mu dan sekalian makhluk-Mu, sesungguhnya engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu’.

4. Mengamalkan membaca Bismillah ketika hendak tidur sebanyak 21 kali nescaya selamat dan dijauhkan dari syaitan, kecurian, maut secara mengejut dan bala bencana.

5. Membaca Bismillah ketika hendak menyetubuhi isterinya, kelak anak menjadi orang yang cerdas dan terbuka hati sehingga menjadi anak yang soleh.

6. Membaca Bismillah pada hari Ahad disaat matahari terbit dengan menghadap kiblat sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak 100 kali, Allah menganugerahkan rezeki kepadanya tanpa diduga sama sekali.

7. Sabda Nabi Muhammad SAW, ‘Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah SWT’.

8. Dalam riwayat yang lain Nabi Muhammad SAW bersabda, ‘Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan’.

Demikianlah rahsia dan hikmah kalimah ‘Bismillah’ serta berkat yang diperoleh apabila kita mengucapkannya. Sesungguhnya apabila kita mengingati dan menyebut nama Allah, maka Allah akan mengingati, menolong, memudahkan atau meringankan pekerjaan yang kita laksanakan.

BACA INI JUGA: Kenapa Kita Menyebut Nama Nabi Ibrahim Dalam Tahiyat Akhir?

Sumber: detikislam