Jul 3, 2015

'Azhar Sulaiman, Kau Siapa Nak Nasihat Aku'

Selepas memaki hamun peminatnya gara-gara silap mentafsir 'menate, sekali lagi Azwan Ali menjadikan pelakon serba boleh, Azhar Sulaiman sebagai mangsa carutan terbaru menerusi akaun Twitter peribadinya.

Azwan-Ali - Azhar Sulaiman

Semuanya gara-gara apabila Azhar Sulaiman ‘menasihati’ Azwan agar mengawal kemarahannya supaya tidak dibenci masyarakat sekeliling.

Walaupun sudah dipesan elok-elok, tak pasal-pasal diva AA melenting pula dengan nasihatnya itu.

“Kepada Azhar Sulaiman, saya bukan tak boleh dengar nasihat, pada saya, saya tak pernah ketuk pun pintu rumah dia. Apa masalah dia?

“Kau siapa nak nasihat aku, respect aku sikit. I got all my reason doing such. Jadi, kepada Azhar Sulaiman dan mana-mana artis yang nak interframe, its a shame, kerana awak yang menjolok sarang tebuan.

Kau siapa nak nasihat Azwan Ali, kau bukan Aaron Aziz, bukan Datuk Aznil, bukan Datuk Siti Nurhaliza. Level mereka yang nak tegur saya adalah level seperti itu, siapa Azhar Sulaiman”?

Memang dahsyat Azwan Ali ni, habis semua orang yang menegur, ditibainya balik..haha

Ditanya tentang dirinya yang dikatakan pengecut kerana terus meminta maaf selepas di’gertak’ oleh pakcik Rani Kulup, Azwan Ali berkata:-

Saya seorang yang tidak hipokrit. Istilah yang digunakan oleh Astro Awani dan mana-mana akhbar yang menggunakan istilah ‘selepas digertak’, saya anggap biadap.

Tindakan ayah (Rani Kulup) seolah-olah menyeru saya, saya tak anggap itu ugutan, dia nak perkara itu didamaikan. Tiba masa kenapa timbulkan perkataan gertak?

Ayah seorang yang nampak kebapaan cuba untuk menyelesaikan perkara ini, tapi mengapa ada pihak-pihak yang seolah-olah mahu memalukan saya?

Dengar-dengar Azwan nak pergi umrah buat kali kelapan, harap-harap dia dapat bermuhasabah diri dan merenung kembali segala kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Hanya disebabkan Azwan tersilap tafsir perkataan ‘me’nate’, sampai ke hari ini kisah ini terus jadi kontroversi!

BACA INI JUGA: 10 Lelaki Kacak Yang Dilahirkan Sebagai Wanita

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Mmg tidak akan ada cara lain menegur dan menasihati dia ni selain dia sendiri mengubahnya.
harap pihak kerajaan dan pihak berkuasa dapat memboikot dan MENG GAM dia drpd muncul dimana mana saluran tv kerajaan,swasta dan dimana mana acara entertainment..
Gam dia drpd terus di interview ataupun ambil tahu cerita nya..kpd semua masyarakat malaysia diluar sana,jgn sesekali follow atau friend dia dimna mna laman sosial nya..atau melayan sebarang bentuk apapun yg dia utarakan..
Golongan artis juga rasanya perlu berbuat demikian utk memberi pengajaran kpd dia..kalau blh biar dia rasa jd org biasa yg bkn selebriti org kenal..krn selagi dia merasakan dia ada followers dan konon nya peminat...selagi itu dia akan mencari publisiti murahan dan bersikap menunjuk nunjuk siapa dirinya..yg tak boleh ditegur,tak boleh dikata.dia shj yg betul..
Take note utk golongan artis dan semua masyarakat malaysia.

betul.eeee rasa mcm nk maki hamun dpn dia je ...berlagak...mentang2 lar artis.tu pon x lar famous sgt...diva lar sgt!!

kali ni dia nk gi umrah kali ke8 kn..moga moga berubah selepas blk nnti..xkanlah gi umrah kali ke8 x blh nk muhasabah lgi kot??sebelum ni plk cam mna??

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon