Sunday, November 17, 2013

Ninoy Aquino, Lapangan Terbang Paling Teruk Di Dunia!


Untuk kali kedua berturut-turut, Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) di Manila diundi sebagai lapangan terbang paling teruk di dunia dalam satu soal selidik dijalankan sebuah laman web pelancongan.

Ninoy aquino worst airport in the world

Laman web “The Guide To Slpeeping In Airports” memaklumkan Terminal 1 di lapangan terbang berkenaan yang sentiasa sesak diundi sebagai yang paling teruk berdasarkan faktor keselesaan, kebersihan dan perkhidmatan pelanggannya.

Beberapa maklumbalas yang dihantar ke laman web itu adalah rungutan terhadap beberapa pekerja di lapangan terbang yang dikatakan biadap, jangkamasa lama untuk menunggu teksi dan kakitangan yang tidak menghormati penumpang.

“Ini semua adalah isu lama,” kata Pengurus Terminal 1, Dante Basanta.

Menurut beliau memetik laporan di Dailychilli.com, masalah itu sudah pun diambil perhatian oleh kerajaan Filipina.

Menurut beliau, NAIA yang mempunyai kapasiti menguruskan 6.5 juta penumpang setahun terpaksa menguruskan penumpang lebih banyak daripada jumlah maksimumnya sekarang iaitu 8.1 juta penumpang tahun lepas.

Di tempat kedua, lapangan terbang paling teruk di dunia ialah sebuah lapangan terbang di Itali iaitu Lapangan Terbang Bergamo, di tempat ketiga ialah Lapangan Terbang Calcutta, India dan di Islamabad.

Agak mengejutkan juga apabila sebuah lapangan terbang di Kota Cinta iaitu Paris, Lapangan Terbang Beauvais di tempat kelima paling teruk.

Terminal 1 di NAIA ialah yang paling tua di antara empat terminal lapangan terbang itu yang dibina 32 tahun lalu.

Sementara itu, lapangan terbang yang diundi terbaik pula ialah Lapangan Terbang Antrabangsa Changi (Singapura), Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul (Korea Selatan), Lapangan Terbang Antrabangsa Schiphol, Amsterdam (Belanda) dan Lapangan Terbang Antarbangsa Vantaa di Helsinki (Finland).

Anda pula, tontonlah beberapa video yang menunjukkan antara sebab mengapa NAIA diundi sebagai lapangan terbang paling teruk di dunia.

BACA INI JUGA: Penerbangan Komersial Paling Singkat Di Dunia





Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon