Wednesday, June 24, 2015

Video 2 Anak Kecil Berlawan Judo Yang Comel

Video 2 Anak Kecil Berlawan Judo Yang Comel

Sebuah video Youtube menunjukkan dua anak kecil bertarung dalam sebuah pertandingan judo. Buat dua minit lamanya, aksi mereka sangat menghiburkan.

Judo

Kedua-dua anak ini yang dijangka berusia bawah 5 tahun, memulakan perlawanan mereka dengan menunduk kepada satu sama lain sebagai tanda hormat.

Selepas itu mereka berusaha untuk menjatuhkan pihak lawan. Lucunya, ada ketika seorang anak kecil ini gembira kerana dapat menjatuhkan pesaingnya, lalu berpusing-pusing kegembiraan, menyebabkan dia sendiri jatuh.

Kedengaran suara ibu salah seorang anak kecil ini bercakap dalam bahasa Spanish.

Berkali-kali mereka berjaya menjatuhkan pihak lawan dan bangun semula. Dengan gaya mereka yang ceria, ia sangat mengujakan.

Dan akhirnya, guru judo mereka menghentikan perlawanan dengan cara yang sangat comel.

BACA INI JUGA: Kisah Tentang Bruce Lee Yang Tidak Semua Orang Tahu


Sumber: Thevocket

Tuesday, June 23, 2015

Insafi Nasib 'Malang' Umat Melayu Islam Di Singapura

Insafi Nasib 'Malang' Umat Melayu Islam Di Singapura

Awal tahun ini secara kebetulan, masyarakat Melayu di Pulau Pinang ‘gempar’ dengan tindakan beberapa masjid diarah tidak lagi melaungkan azan dengan pembesar suara kerana dianggap mengganggu penduduk bukan Islam.

Hapuskan-Bumiputera

Kemudian, baru-baru ini masyarakat Melayu gempar dengan tindakan provokasi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) cuba merobohkan struktur huruf UMNO dibina di depan bangunan ibu pejabat negeri parti itu di George Town.

Susulan insiden itu, ramai netizen menyifatkan tindakan pihak berkuasa tempatan itu sebagai usaha kerajaan DAP Pulau Pinang sedikit demi sedikit mahu menghapuskan segala kesan pengaruh parti Melayu tersebut di negeri itu.

Ada juga melihat langkah kecil itu menyerupai apa yang pernah dilakukan PAP, parti pemerintah di Singapura dan pengasas DAP di Malaysia; langsung mengharamkan azan di luar bangunan masjid sejak 1974 atas alasan sama.

Bagi memahami senario di Singapura, penulis memetik beberapa laporan daripada pelbagai sumber sahih agar ia boleh dijadikan pengajaran mengenai nasib umat Melayu di Malaysia jika DAP berkuasa memerintah negara ini.

Sekadar rekod, menurut perlembagaan DAP sendiri, jelas dinyatakan akan menghapuskan segala hak istimewa bumiputera dan terbaharu mengurangkan secara drastik jumlah kakitangan awam Melayu apabila berkuasa kelak.

Nasib malang Melayu di Singapura

Di Singapura, perkara ini sudah berlaku dengan alasan masyarakat Melayu adalah minoriti, maka pengambilan penjawat kerajaan mesti mengikut nisbah penduduk; termasuk penempatan di kawasan perumahan awam.

Bayangkanlah jika sesebuah flat ada ramai penghuni Melayu, tidak kira ahli keluarga atau saudara mara sendiri; mereka akan dipindah semula ke tempat lain bagi memastikan jumlah penduduk mesti ikut nisbah penduduk.

Dengan cara itu, langsung tiada kawasan di Singapura yang mempunyai majoriti Melayu, sekali gus memecahkan undi politik mereka setiap kali proses pilihan raya kebangsaan. Keadaan ini sudah pun berlaku di Pulau Pinang.

Paling sedih, isu nisbah di Singapura turut melibatkan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi walaupun kononnya pemerintah republik itu mendakwa mereka mengamalkan prinsip meritokrasi pendidikan awam.

Contohnya daripada 100 penuntut baharu, hanya empat anak Melayu diterima masuk berdasarkan kuota iaitu nisbah penduduk Melayu konon cuma empat peratus, walaupun ramai anak Melayu cemerlang dalam peperiksaan.

Empat pelajar ini akan diberi kursus yang ditentukan sendiri oleh pihak universiti dan pastinya paling susah lulus, tetapi jika ingin menukar bidang pengajian, ia dilarang dan jika ingkar dibuang terus daripada universiti itu.

Sebaliknya jika terus belajar dan gagal satu kertas ujian, pelajar Melayu akan diberhentikan pengajian, ironi jika lulus pun, mereka akan ditekan dengan yuran mahal kerana tiada biasiswa untuk pelajar Melayu di Singapura!

Begitu juga halnya dalam perniagaan. jika ada bisnes sendiri dan berpotensi baik, pihak pemerintah akan mewajibkan usahawan Melayu itu menerima seorang Cina Singapura masuk sebagai ahli lembaga pengarah.

Sekiranya tidak bersetuju, mereka akan berhadapan lesen perniagaan tidak lagi disambung dan diarah tutup. Lazimnya orang Melayu yang ingin berniaga di Singapura harus menerima tempat yang ditetapkan pihak kerajaan.

Lokasi strategik dikuasai oleh Cina manakala Melayu perlu di luar dari kawasan tersebut ditambah pula dengan kadar sewaan tinggi kerana PAP begitu skeptikal dengan Melayu dan sering kali dikait sebagai kaum bermasalah.

Ini menyebabkan ramai anak Melayu dicekup ke dalam pusat tahanan melalui penguatkuasaan ISA! Jika empat banduan Melayu sudah selesai menjalani hukuman, 4 Melayu lain akan ganti isi tempat atas pelbagai tuduhan.

Hal ini mengakibatkan mereka susah mendapat pekerjaan dan terpaksa bekerja dengan gaji kecil sehingga ke usia tua manakala yang serik, akan ‘bawa diri’ dengan berhijrah ke Malaysia serta memohon kerakyatan di negara ini.

Diskriminasi turut diamalkan dalam perkhidmatan tentera dan polis apabila anak Melayu sukar memasuki perjawatan strategik sebaliknya hanya ditempatkan dalam pasukan pertahanan awam yang kurang berisiko.

Banyak lagi tekanan diskriminasi yang tidak perlu diceritakan kerana amat sensitif , tetapi malang Melayu di Malaysia ada masih tidak sedar diri akan nikmat berkerajaan sendiri dan rela menjadi ‘hamba boneka’ DAP.

Sesuatu yang cuba dirahsiakan, pemerintah Singapura turut memecah kesatuan umat Melayu di republik itu dengan membenarkan kad pengenalan mencatat nama bangsa mengikut suku kaum, bukan diseragamkan sebagai Melayu.

Situasi ini menyebabkan masyarakat Melayu khasnya generasi muda lebih bangga selesa merujuk jati diri mereka sama ada sebagai Banjar, Jawa, Bugis, Arab, Mamak, Minang dan sebagainya; tetapi jangan disebut Melayu.

Mungkin nasib orang Melayu di Malaysia bakal sama dengan Melayu Singapura dan lebih teruk kalau kita masih seronok bertelagah dalam isu politik remeh namun, ‘bunga-bunga’ sudah pun dapat dilihat jelas di Pulau Pinang.

Belum lagi DAP memerintah Malaysia, pemimpin parti itu lantang mempersoalkan banyak isu sensitif termasuk agihan wang zakat, agensi dana seperti Mara, kemasukan ke UiTM, rejimen askar Melayu Diraja dan banyak lagi.

Lebih aib, ada orang Melayu sanggup dipergunakan DAP, meminjam ayat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri; mereka ini ibarat broker dan baruah yang tergamak mengkhianati bangsa sendiri.

BACA INI JUGA: Siapa Dalang Di Sebalik Tunjuk Perasaan Di Seluruh Dunia Islam?

Sumber: Mynewshub.cc

Ketahui Khasiat Hebat Buah Kurma, Jangan Buang Biji Selepas Makan

Ketahui Khasiat Hebat Buah Kurma, Jangan Buang Biji Selepas Makan

Bulan Ramadhan adalah penghulu segala bulan di mana bulan suci ini Allah menjanjikan pelbagai ganjaran yang hebat kepada hambaNya jika melakukan ibadat dan berbuat kebaikan.

Khasiat biji kurma

Ramadhan pasti secara ironinya kita umat Islam tidak dapat dipisahkan dengan tamar atau pun kurma. Buah kegemaran Rasulullah ini pasti terjual di mana-mana sahaja pada bulan Ramadhan terutamanya pasaraya dan bazar Ramadhan.

Buah hebat ini mempunyai pelbagai khasiat kepada manusia seperti memberi tenaga segara kepada kita, Kaya dengan serat dan potassium, menajamkan ingatan, penawar racun, mengubati penyakit usus mahupun sembelit dan pelbagai lagi jika kita kerap mengamalkan pemakanan buah ini.

Tetapi tahukah anda bukan isi buah ini saja mempunyai khasiat hebat malahan bijinya juga mempunyai khasiat yang hebat.

Pasti anda pernah dengar kopi biji kurma? Bagaimana hendak memakan biji kurma ini untuk mendapatkan khasiatnya?

Tidaklah susah kerana kopi biji kurma ini ada boleh lakukan sendiri di rumah kerana prosesnya begitu mudah.

Ikuti cara-cara ini:
  1. Basuh biji kurma tersebut dan toskan.
  2. Ratakan di dalam dulang kemudian jemur seharian di bawah cahaya matahari.
  3. Kemudian bila sudah kering, goreng biji kurma tersebut dalam kuali tanpa minyak. Goreng sehingga hangus dan mengeluarkan aroma seperti kopi.
  4. Tumbuk atau blender biji kurma berkenaan dan terhasillah serbuk kopi yang sedia dibancuh untuk di minum.

Antara kebaikan dan khasiat kopi biji kurma:
  1. Memberi tenaga segera
  2. Memulihkan tenaga Syahwat
  3. Menyembuhkan kencing manis
  4. Memberi tenaga kepada lelaki dan wanita
  5. Menghilangkan letih dan lesu
  6. Menghangatkan badan
  7. Mengendorkan saraf yang tegang
  8. Menyembuhkan kanser, keputihan, gatal-gatal dan masuk angin
  9. Menyembuhkan sakit perut
  10. Menyegarkan badan/tidak mengantuk
  11. Menyembuhkan darah tinggi, kolesterol, strok dan goutt
  12. Menyembuhkan sakit kepala/ migrain
  13. Melancarkan peredaran darah

Berikut adalah komposisi kimia dan nutrisi dalam biji kurma:
  • Kelembapan (7.17 – 9 %)
  • Protein (1.82 – 5.2 %)
  • Lemak (6.8 – 9.32 %)
  • Karbohidrat (65.5%)
  • Serat (6.4 – 13.6 %)
  • Abu, Sterol & Estrone (0.89 -1.57 %)
  • Polisakarida Larut Alkali (0.89 – 1.57 %)
  • Minyak Kuning-hijau (6 – 8%)
  • Kandungan Asid Lemak Minyak Kuning-hijau (Lauric, 8%; myrictic, 4%; palmitic, 25%; Stearic, 10%;oleic, 45%; Linoleic, 10%; juga terdapat kandungan asid kaprilik & kaprik).
  • Asid Oksalat (Julat sehingga 56%)

Selain itu kopi biji kurma ini bukan sahaja untuk diminum, serbuk biji kurma ini boleh dijadikan scrub untuk melembutkan kulit. Campurkan serbuk kopi biji kurma ini dengan madu sebelum sapukan.

Jika mengalami masalah kulit kepala yang teruk atau rambut gugur, ambil serbuk kopi biji kurma ini campurkan dengan minyak zaitun, amalkan setiap hari sebelum tidur.

Nampaknya begitu banyak khasiat biji kurma ini. Jadi, semua bolehlah cuba membuat kopi ini sendiri kerana tidak rugi malahan berbaloi dengan khasiat yang bakal kita perolehi.

Insya-Allah hasil yang menakjubkan akan anda perolehi.

BACA INI JUGA: Makanlah Sebiji Oren Supaya Kenyang Lebih Lama!

Sumber: Siakapkeli.my

Selfie Lepas Tarawih Hapus Pahala?

Selfie Lepas Tarawih Hapus Pahala?

Bayangkan senario ini. Anda sedang menunggu, atau baharu selesai mengerjakan solat sunat tarawih. Anda keluarkan telefon bimbit dan mengambil gambar sendiri ‘selfie’… atau mungkin juga ‘wefie’.

selfie

Gambar tersebut kemudian anda muat naik pula menerusi laman media sosial milik anda seperti Facebook atau Instagram – yang jelas menunjukkan anda masih lagi lengkap bertelekung, atau bersongkok.

Seorang pendakwah terkenal di negara kita dan bekas mufti kerajaan negeri Johor berpendapat, perbuatan tersebut mungkin tidak elok dan dibimbangi boleh menghapuskan pahala puasa anda sendiri.

Datuk Nooh Gadut berkata, perbuatan ‘selfie’ selepas menunaikan solat atau tarawih di masjid dan menyiarkannya di media sosial dengan niat riak dan mahu menunjuk-nunjuk, boleh menghapuskan pahala ibadah.

Pengerusi Majlis Agama Negeri Johor itu menambah, penerangan itu sudah jelas di dalam doa Iftitah yang dibaca setiap kali solat, sambil menambah, fokus ibadah ialah khusyuk dalam solat dan fokus semasa bersembahyang.

“Semasa beribadah ini, kita sewajarnya perlu meninggalkan seketika alam dunia dan bukan menunjukkan kita sudah beribadah untuk dihebohkan pula kepada seluruh dunia!

“Apa tujuan kita ke masjid? Apakah kita hendak memberitahu mahu bergambar ‘selfie’? Di situ keikhlasan beribadat sudah tidak ada,” ujar Nooh yang dipetik laman stesen berita Astro Awani.

Hajj-Selfie

Beliau turut menambah bahawa merakamkan ‘selfie’ selepas menunaikan beribadah turut dikhuatiri boleh membatalkan perasaan khusyuk dan keikhlasan sepanjang bulan Ramadan.

“Riak takabur menghapuskan pahala ibadah. Kita tanya diri sendiri nak solat ke atau selfie? Malu apabila dunia lihat sikap orang Islam yang berselfie dan menunjuk di laman sosial,” katanya. –Agensi

BACA INI JUGA: Awas! Fikir Dahulu Sebelum SELFIE!

Sumber: Mynewshub.cc

Peristiwa Penting Yang Berlaku Di Bulan Ramadhan

Peristiwa Penting Yang Berlaku Di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan menjelma lagi. Pelbagai persiapan dari segi mental dan fizikal diperlukan untuk menempuhi bulan yang diberkati ini.

Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan di mana setiap mukmin diwajibkan menunaikan puasa sehari semalam selama satu bulan.

Bulan Ramadhan sememangnya memberi seribu pengertian kepada umat Islam. Di dalam bulan ini tersembunyi satu malam yang paling mulia, iaitu Lailatul Qadar.

Sekiranya seorang mukmin beribadat di malam ini, ia akan digandakan pahalanya bagaikan beribadat seribu tahun. Bergitulah berkatnya malam Lailatul Qadar ini.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa peristiwa yang terjadi di Bulan Ramadhan yang memberi seribu pengertian dan kesan psikologi kepada Umat Islam. Antara peristiwa-peristiwa itu adalah:

1. Turunnya wahyu pertama kepada Rasullulah saw

Peristiwa ini terjadi ketika baginda Rasulullah SAW beribadat di Gua Hira’. Kedatangan Jibrail as amat memeranjatkan Rasullulah. Wahyu pertama ini terkandung dalam Al-Quran iaitu dalam surah Al-Alaq.

Kesan kepada Islam: Rasullulah saw telah dipertemukan pertama kali dengan Jibrail as. Saat ini merupakan detik paling mengujakan bagi umat Islam keseluruhannya kerana ayat ini merupakan ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW.

Sejak wahyu pertama ini, Rasullulah SAW kemudiannya telah mendapat banyak lagi wahyu yang kemudiannya dimuatkan di dalam Al-Quran.

2. 17 Ramadhan 2H: Meletusnya Perang pertama dalam Islam iaitu Perang Badar

Di riwayatkan terjadi pada hari Jumaat 17 Ramadhan 2H. Tentera umat Islam seramai 300 orang manakala tentera kaum Musyrikin Mekah adalah kira-kira 1000 orang.

Dipercayai tentera Islam terpaksa menunggang seekor unta untuk 2 orang. Peperangan berat sebelah ini akhirnya memihak kepada umat Islam.

Antara tokoh Musyrikin Mekah yang gugur adalah Abu Jahal laknatullah.

Kesan kepada Islam: Islam telah berjaya menghadapi perang yang dianggap hidup dan mati Islam ini dengan jayanya. Sekiranya Islam kalah dalam peperangan ini, sesungguhnya tidak mungkin Islam akan tersebar ke seluruh dunia sepertimana terjadi pada hari ini. Inilah perang yang digelar talian hayat Islam.

3. Ramadhan 5H: Persiapan Perang Khandaq

Perang Khandaq dikenali sedemikian kerana perang ini melibatkan parit-parit yang digali mengelilingi khemah-khemah kaum Muslimin. Pengalian parit ini disyorkan oleh sahabat Rasulullah SAW iaitu, Salman Al-Farisi.

Kerja-kerja penggalian dimulakan pada bulan Ramadhan, 5H. Meskipun berpuasa, ia tidak menjadi halangan kepada mereka. Perang ini akhirnya dimenangi oleh umat Islam pada Bulan Zulkaedah.

Kesan kepada Islam: Sejak Perang Khandak, Islam telah membentuk perpaduan penuh di kalangan penganutnya. Perang yang berlanjutan selama beberapa bulan ini telah benar-benar menguji iman orang Islam waktu itu. Dengan Rasullulah SAW sebagai pemimpin, para sahabat menghadapi perang ini dengan sabar dan penuh perpaduan.

4. 20 Ramadhan 8H: Pembukaan Kota Mekah (Futhul Mekah

Akhirnya, Mekah berjaya dikuasai oleh Umat Islam pada 20 Ramadhan 8H. Ketika itu, Rasulullah SAW memimpin para sahabat baginda yang seramai 10,000 orang kesemuanya memasuki Mekah.

Diriwayatkan bahawa Rasullulah SAW dan para Sahabat mengenakan sut baju besi yang lengkap sebagai simbol kegagahan dan kekuatan tentera Rasullulah. Batalion Rasullulah SAW itu telah mengentarkan hati seluruh Arab Quraisy yang mana sebelum ini telah banyak membuatkan hati nabi kesayangan kita ini perit dan luka.

Rasullulah pernah dipulau, diusir serta terpaksa berhijrah ke Madinah. Semuanya kerana kejahilan dan kejahatan Musyrikan Quraisy.

Kesan kepada Islam: Islam telah bertapak kukuh sejak peristiwa ini. Segala berhala dan gambar-gambar di dalam Kaabah telah dimusnahkan oleh para sahabat dan Rasulullah SAW sendiri. Tanah Haram Mekah telah dimuliakan sejak daripada peristiwa Futhul Mekah.

5. Ramadhan 9H: Penarikan balik daripada Perang Tabuk

Rasullulah SAW menarik balik tenteranya di medan Tabuk kerana tidak mendapati sebarang kelibat tentera Kristian Byzantine di sekitarnya. Perang ini mula meletus apabila Kristian Byzantine ingin meluaskan empayarnya ke Tanah Arab.

Rasullulah telah memimpin sendiri kempen kali ini dengan kekuatan 30,000 orang tentera dengan 10,000 orang adalah tentera berkuda. Diriwayatkan, setiba di Tabuk, tiada langsung kelibat sebarang tentera Rom. Akhirnya Rasullulah SAW menarik balik tenteranya daripada medan Tabuk dan pulang ke Madinah.

Kesan kepada Islam: Kekuatan mental dan psikologi Umat Islam semakin tinggi. Dikatakan tiada sedikit pun pertumpahan darah berlaku.

Diriwayatkan, Rasullulah SAW telah dimakbulkan doanya apabila Allah SWT telah mengirimkan kira-kira 100,000 orang Malaikat untuk bersiap sedia menghadapi musuh. Dikatakan semasa angkatan Rom ingin memasuki wilayah Tabuk.

Mereka gentar dengan kehadiran seramai 100,000 ‘tentera muslimin’ yang berpakaian serba putih, sasa, tegap dan berbadan besar serta bersedia untuk berperang. Mereka menyangka kelibat 100,000 orang yang menunggu mereka itu adalah tentera muslimin.

Dengan rasa gerun, tentera Kristian Byzantine berundur dari medan perang. Sejak Perang Tabuk, tentera muslimin semakin utuh dan kental.

6. Ramadhan 92H: Penawanan Andalusia

Tariq Bin Ziyad yang megetuai 12,000 orang tentera Islam berdepan dengan tentera Kristian seramai 90,000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic of Vasigoth. Tariq Bin Ziyad mengarahkan tenteranya membakar kapal-kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera Raja Rhoderic.

Beliau berkata: ”Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita, dan dibelakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan, sama ada mati lemas, ataupun syahid.”

Tindakan bijak Tariq Bin Ziyad telah memberi motivasi penuh kepada tentera mukmin. Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera-tentera Kristian pimpinan Raja Rhoderic, malah telah mampu membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Bagaimanapun, Tariq Bin Ziyad telah dihukum pancung kerana dipercayai difitnah oleh pembesar bani Umayyah.

Kesan kepada Islam: Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalusia, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun.

7. Ramadhan 129H: Kemenangan Abu Muslim Al-Khorasani ke atas dinasti Umayyah

Abu Muslim Al-Khorasani telah memimpin tentera yang memihak kepada keluarga Abbas untuk melakukan revolusi ke atas dinasti Umayyah. Revolusi mula tercetus apabila kemangkatan Khalifah Umayyah, Hashim Ibnu Al-Malik.

Kemenangan Abu Muslim telah menyemarakkan keluarga Abbas untuk menaiki takhta seterusnya menumbangkan dinasti Umayyah. Bagaimanapun, Abu Muslim telah dibunuh sepertimana yang telah berlaku kepada Tariq Bin Ziyad.

Ironinya, beliau dibunuh oleh adiknya sendiri. Selepas kematiannya, Bani Abbassiyah telah mengumpul pelbagai musuh politik terutamanya daripada pengikut setia Abu Muslim.

Kesan kepada Islam: Bani Umayyah tumbang dan diganti oleh Bani Abbasiyyah. Pada masa ini, kegemilangan Islam tetap utuh meskipun terdapat pelbagai perang saudara di antara satu sama lain.

8. Ramadhan 584H: Kemenangan Salahuddin al-Ayubi pada Perang Hittin

Panglima agung Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib pimpinan Guy de Lusignan, Raymond III of Tripoli, Gerrard de Rideford, Balian of Ibelin dan Raynand of Chatillon.

Dipercayai, Perang Hattin ini telah menyebabkan pihak tentera salib kehilangan 17,000 daripada kira-kira 20,000 orang tentera mereka. Di akhir perang ini, Guy de Lusignan, Gerrard de Rideford dan Raynand of Chatillon ditangkap.

Tetapi, hanya Raynand of Chatillon sahaja dipancung kerana kebiadaban Raynand of Chatillon membunuh kabilah haji ke Mekah dan umat Islam di Juruselam. Guy de Lusignan dan Gerrard de Rideford dibebaskan oleh panglima yang terkenal sebagai hati mulia ini dengan tanpa syarat.

Kesan kepada Islam: Menjadi titik tolak kepada kejayaan Islam dalam Perang Salib seterusnya. Juruselam juga berjaya dibebaskan dari cengkaman Kristian. Melalui perang ini juga, reputasi Salahuddin bin Ayubbi telah tersebar hingga ke Eropah sehinggakan terdapat duti khas untuk membelanjai peperangan salib seterusnya dikutip di England dan Perancis yang dinamakan sebagai Saladin tithe.

9. Ramadhan 658H: Kejatuhan kota Baghdad

Kerakusan tentera Mongol pimpinan Hulagu Khan telah menyebabkan Kota Baghdad jatuh tersungkur. Kota Baghdad terkenal sebagai kota ilmu satu ketika dahulu dan diriwayatkan bahawa seluruh buku-buku daripada perpustakaan Baitul Hikmah telah dicampak ke Sungai Tigris sehingga berubah air sungai itu kepada warna kehitaman. Warna kehitaman itu disebabkan oleh dakwat-dakwat yang mencair.

Khalifah Abbasiyah ketika itu, Al-Muktasim telah dibunuh dengan kejam. Beliau digulung di dalam permaidani dan dipijak dengan kuda sehingga mati. Dipercayai Hulagu Khan menggulung Al-Muktasim sedemikian rupa bagi mengelakkan darah diraja tumpah ke bumi untuk mengelakkan sumpahan.

Kesan kepada Islam: Kegemilangan Islam berakhir. Ilmu-ilmu yang diwarisi daripada dinasti-dinasti sebelumnya telah hilang di sungai Tigris akibat perbuatan tidak bermoral tentera Mogul.

Selain itu, populasi di Baghdad merosot dengan mendadak setelah pembunuhan kira-kira 1.8 juta rakyatnya.

Dipercayai, penganut Kristian tidak dibunuh melainkan penganut Islam dan Yahudi serta penganut agama lain kerana isteri Hulagu Khan, Doquz Khaton yang bermazhab Kristian Nestorian mendesak Hulagu Khan supaya tidak membunuh semua penganut Kristian.

BACA INI JUGA: Tiada Amalan Khusus Di Bulan Rejab, Kemuliaan Dicemari Kepalsuan

Sumber: Takusahrisau.wordpress.com

Pelakon Terkenal Indonesia, Lukman Sardi Murtad

Pelakon Terkenal Indonesia, Lukman Sardi Murtad

Jika anda peminat filem islamik dari negara seberang iaitu Indonesia anda pasti mengenali pelakon ini.

Lukman Sardi Murtad

Pelakon lelaki ini menjadi popular setelah memegang watak seorang yang alim di dalam filem terkenal iaitu “Sang Pencerah”. Sudah pasti ramai rakyat Malaysia telah menonton filem islamik yang hebat ini.

Pelakon terkenal Indonesia, Lukman Sardi menggemparkan negara itu apabila mengumumkan keputusannya keluar daripada Islam dan memeluk agama Kristian.

Pengakuan anak kepada legenda biola Indonesia, Allahyarham Idris Sardi itu dapat ditonton dalam rakaman yang dimuat naik dalam saluran media sosial popular, YouTube.

Menurut Lukman, 43, keputusannya berpindah agama bukanlah disebabkan oleh tekanan daripada mana-mana pihak atau kerana kecantikan isterinya, Pricillia Pullunggono.

Dalam pengakuan itu juga, Lukman memberitahu, Allahyarham bapanya sedia maklum dengan hasratnya untuk berpindah agama semasa beliau masih hidup.

Kata Lukman, bapanya turut merasa kecewa sebaik mendengar berita itu.

“Waktu saya pindah (agama), ayah saya orang yang pa­ling kecewa. Kerana dia dari orang Muslim taat.

"Tapi saya punya prinsip bahawa ini yang saya pilih.

Sampai akhirnya beliau bilang, ‘ya sudah, tetapi kamu harus bertanggungjawab dengan pilihan kamu’,” kata Lukman lagi.

Lukman Sardi Murtad [2]
Lukman bersama isteri (Pricillia Pullunggono) dan dua anaknya.

Allahyarham Idris meninggal dunia pada 28 April tahun lalu ketika berusia 76 tahun.

Lukman sering melakonkan watak seorang Islam yang baik khususnya dalam filem “Sang Pencerah” dengan memegang watak sebagai seorang kiai.

Antara filem lain lakonan Lukman ialah Soekarno, Merah Putih, Laskar Pelangi dan Negeri Tanpa Telinga.

Pelakon itu bernikah dengan Pricillia Pullunggono yang menganut agama Kristian pada 2009. -AP

BACA INI JUGA: Seksa Neraka Kepada Pengkhianat Diri Sendiri

Tyrese Gibson Nafi Sudah Masuk Islam

Tyrese Gibson Nafi Sudah Masuk Islam

Pelakon, Tyrese Gibson, menafikan beliau telah memeluk Islam selepas tersebarnya khabar angin tersebut sejak awal Ramadan tahun ini.

Tyrese Gibson
Penafian oleh pelakon, Tyrese Gibson.

"Dengan hormat saya menjelaskan (bahawa) saya bukan seorang Muslim, saya seorang Kristian sejak dilahirkan.

"Saya menghormati semua agama dan ada ramai kawan Muslim yang sangat baik. Saya sudah mendalami budaya dan saya hormati budaya," kata Gibson dalam sebuah perkongsian di laman sosial Facebook.

Beberapa hari lepas, foto ucapan selamat berpuasa dan sebuah lagi foto yang menunjukkan beliau memakai serban dan jubah telah memberi bayangan kepada orang ramai bahawa beliau juga menyambut Ramadan.

BACA INI JUGA: Tyrese Gibson, Pelakon Fast & Furious Peluk Islam?

Sumber: Sinarharian.com.my

Monday, June 22, 2015

Luahan Hati Mukhriz Buat Tun Mahathir Sempena Hari Bapa

Luahan Hati Mukhriz Buat Tun Mahathir Sempena Hari Bapa

Sebaik selesai membaca nukilan dari hati Dato Mukhriz Mahathir ini, terus saya teringat satu kisah yang pernah Dr Mahathir kongsikan dalam buku beliau yang bertajuk A Doctor In The House.

Mukhriz-Mahathir

Ia tentang Mokhzani (abang Mukhriz) yang melanjutkan pelajaran ke US. Pada satu hari rumah sewa Mokhzani diserbu CIA untuk pemeriksaan keselamatan sebelum Dr M tiba di sana.

Hal ini menyebabkan teman serumah Mokhzani pucat lesi dan tak menyangka rupanya selama ini dia tinggal dengan anak seorang Perdana Menteri sebuah negara.

Hingga begitu sekali didikan Dr M pada anaknya dan tiada privilege. Jom ikuti luahan hati Dato’ Mukhriz yang ditujukan khas untuk bapa beliau seperti yang telah dikongsikan di Facebook Mukhriz Mahathir, sempena Hari Bapa.

DAULAT SEORANG AYAH

Ha, when did you get back, Is?, tanya ayah walhal saya sudah hampir seminggu pulang dari MRSM Kota Bharu (kini MRSM Pengkalan Chepa) untuk cuti semester.

Sepanjang saya berada di rumah No. 3 Jalan Tunku, iaitu kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, ayah tidak banyak bercakap. Dia sekadar menjawab pertanyaan saya dengan sepatah dua perkataan sahaja. Entah kenapa, kali ini ayah tidak mesra berbual seperti selalunya.

Lima hari berlalu dengan keadaannya sama sahaja, ibu menghulurkan duit RM5 dan menyuruh saya pergi gunting rambut. Setelah pulang ke rumah dengan rambut pendek dan kemas, barulah dari belakang surat khabar ayah menyapa: “Ha, bila balik Is?”

Rupa-rupanya kepulangan saya dari maktab dengan rambut yang agak panjang dan kusut masai sangat tidak disenangi ayah. Tetapi cara dia menunjukkan kemarahannya dengan tidak terus menegur saya, langsung tidak saya fahami.

Hal itu saya sedari hanyalah setelah ibu dengan tepat meneka tindakan yang boleh menjernihkan keadaan iaitu dengan saya memotong rambut.

Agaknya kerana terkejut dengan episod itulah pertumbuhan rambut saya terencat dan akibatnya semua orang dapat lihat sendiri!

DALAM TEGAS, KASIH MELIMPAH

Ayah seorang yang tegas dengan anak-anaknya tetapi ketegasan itu disirami kasih sayang yang sangat dalam. Kalau ada apa-apa yang tidak kena dengan anak-anak, tugas memperbetulkannya jatuh di tangan ibu. Ayah akan tangani sendiri jika timbul hal-hal yang dianggap besar melibatkan anggota keluarga.

Sejak usia muda kami adik beradik faham bahawa masa dan perhatian ayah lebih tertumpu kepada rakyat daripada keluarga. Itulah realitinya sampai hari ini. Oleh itu, hal-hal dalaman keluarga diselesaikan oleh ibu tanpa perlu mengganggu ayah.

Begitu berkesan cara ibu menguruskan hal-hal keluarga sehingga membolehkan ayah menumpukan masa dan tenaga kepada urusan negara. Dewasa ini saya dilihat mempunyai sifat penyabar. Sifat banyak bersabar itu tentunya saya warisi dari ibu.

Mujurlah Siti Hasmah berkahwin dengan Mahathir. Kalau orang lain, kemungkinannya lelaki pilihan Siti Hasmah itulah yang akhirnya menjadi Perdana Menteri!

HIJRAH

Ketika ibu melahirkan saya pada November 1964 itulah kali pertama ayah tidak berada di sisinya seperti ketika kelahiran kakak dan abang-abang saya.

Sewaktu saya teriak nyaring setelah punggung saya “ditampar” oleh jururawat – atau misi kata orang Kedah – wad bersalin Hospital Besar Alor Star, ayah berada dalam kereta api menuju ke Kuala Lumpur untuk menghadiri hari pertama Sidang Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Kota Star Selatan yang baru dimenanginya.

Semakan hansard Parlimen menunjukkan bahawa ayah tidak menyertai perbahasan Parlimen pada hari itu, mungkin kerana terlalu seronok mendapat anak baharu. Tetapi beberapa hari selepas itu ayah mula bertikam lidah dengan seorang Ahli Parlimen dari Singapura yang tidak lain tidak bukan, Yang Berhormat Lee Kuan Yew.

Beliau menyampuk Ahli Parlimen dari Singapura itu sehingga dia berhenti berhujah dan duduk. Empat puluh empat tahun kemudian, dengan takdir, saya menjejaki beliau ke dewan yang sama sebagai Ahli Parlimen Jerlun.

Sudah menjadi pengetahuan umum yang datuk saya, Master Mohamad Iskandar, merupakan seorang pendidik yang sangat mengutamakan penguasaan bahasa Inggeris. Dia mahu membuktikan kepada penjajah Inggeris bahawa orang Melayu juga mampu bertutur dengan penuh intelek dalam bahasa Inggeris.

Mungkin kerana itu juga ayah menghantar saya ke tadika Gereja Methodist di Alor Setar. Pada zaman itu tidak ada tadika atau taska seperti yang ada sekarang selain yang dikendalikan oleh gereja-gereja.

Seingat saya, kanak-kanak yang menghadiri tadika itu riang bermain sambil diajar subjek-subjek ringan sesuai dengan usia mereka. Setelah melihat bagaimana paderi Kristian berdoa sebelum makan dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan, saya tanya kepada ayah kenapa kita menadah tangan ketika berdoa di rumah. Ayah menjelaskan perbezaan itu dan menyuruh saya berdoa secara Islam sebelum makan di tadika.

Oleh kerana Sekolah Iskandar di Alor Setar diasaskan oleh datuk saya, maka tentulah ayah menghantar semua anak lelakinya ke sekolah itu yang terletak di belakang Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Saya hanya sempat di situ hingga darjah empat kerana pada tahun 1974, Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein melantik ayah Menteri Pelajaran.

Kami terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur dan saya tidak berkesempatan melanjutkan pelajaran ke KSAH yang tersohor itu.

Saya masih ingat betapa gembiranya kami setiap kali menaiki kereta api, termasuklah apabila kami berpindah ke Kuala Lumpur. Kami menaikinya di Stesen Butterworth untuk perjalanan terus ke ibu negara.

Sebagai hiburan dan mengisi masa, setiap seorang daripada kami dibelikan komik – saya mendapat Beano dan Dandy – dua komik Inggeris yang amat popular waktu itu. Abang-abang saya pula memilih komik Combat.

Bilik-bilik tidur dalam gerabak mempunyai dua katil bertingkat. Kami berebut-rebut untuk dibenarkan tidur di katil atas. Sinki tersorok dalam almari. Walaupun seronok dapat komik baru, tidak sampai setengah jam kami semua tertidur dibuai ayunan gerabak dan bunyi enjin kereta api. Celik-celik mata sudah sampai di Stesen Besar Kuala Lumpur. Kini kalau tidak mahu memakan masa tidak lebih 4 jam untuk ke ibu negara melalui lebuhraya, kita boleh terbang terus dari Alor Setar ke Subang atau KLIA.

Ayah menyewa rumah di Seksyen 16, Petaling Jaya. Saya masuk darjah lima di Sekolah Sri Petaling. Pada mulanya saya berasa terasing daripada pelajar lain kerana loghat Kuala Lumpur yang mereka gunakan sehinggalah berjumpa murid-murid berasal dari Perlis yang sama loghat dengan saya. Mereka dan beberapa orang lagi dari Selangor menjadi rakan karib saya hingga ke hari ini.

MRSM DAN JEPUN

Walaupun ayah saya Menteri Pelajaran, dia tidak menghantar kami ke sekolah menengah kerajaan. Sebaliknya dia menghantar saya dan abang saya, Mokhzani, ke sekolah asrama penuh kelolaan MARA iaitu Maktab Rendah Sains MARA di Pengkalan Chepa, Kelantan. Suasana di Kelantan tidak banyak beza daripada Kedah, kecuali loghat bahasa, tetapi amat berlainan sekali berbanding dengan Petaling Jaya.

Saya mengambil masa yang lama membiasakan diri berjauhan dengan keluarga dan berasa tidak selesa berada dalam persekitaran yang cukup asing. Itulah perasaan saya pada tahun pertama di Kota Bharu.

Ayah berpesan kepada pengetua maktab supaya tegas dengan saya dan melayan saya seperti dia melayan pelajar-pelajar lain. “Kalau terpaksa tibai pun, silakan”. Dan memang pun saya dirotan kerana ditangkap merokok sewaktu dalam tingkatan lima!

MRSM, termasuklah dirotan, mengajar saya disiplin, berdikari, bergaul, berasa empati dengan taraf kehidupan yang berbeza-beza di kalangan pelajar dan menghormati serta menghargai pengorbanan guru.

MRSM memberi banyak ruang kepada pelajar untuk membuat keputusan sendiri tetapi disiplin amat dititikberatkan. Saya percaya, lima tahun di MRSM pada usia yang sangat penting dalam pembentukan watak seseorang memberi kesan yang berkekalan kepada saya. Agaknya itulah matlamat ayah apabila membuat keputusan menghantar saya ke MRSM.

Keputusan beliau selanjutnya turut memberi kesan besar kepada perwatakan saya. Ketika ramai rakan MRSM melanjutkan pelajaran ke negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, saya menjadi “haiwan makmal” Dasar Pandang Ke Timur beliau. Saya dihantar melanjutkan pelajaran ke Jepun.

Kalau di Kelantan saya mengalami permulaan yang sukar, di Tokyo lagilah. Bukan setakat bahasanya yang langsung tidak saya fahami, tetapi budayanya juga jauh berbeza walaupun banyak ciri-ciri timur. Makan dan minum susah. Tidak cukup dengan itu, saya disuruh bekerja sambil belajar supaya dapat menampung yuran universiti dan meringankan kewangan keluarga.

Saya dihantar bekerja sambilan di ibu pejabat Bank of Tokyo Limited di Nihombashi, Tokyo. Serentak saya mempelajari bahasa Jepun sehinggalah saya memasuki Universiti Sophia di Ichigaya, Tokyo.

Ayah sangat kagum dengan budaya orang Jepun dan mengimpikan agar orang Melayu dapat menerap nilai-nilai baik daripada budaya Jepun. Kerap saya dengar hujah bahawa negara Jepun mencerminkan ciri-ciri Islam tulen walaupun ia bukan negara Islam. Ciri dan nilai yang dipegang oleh masyarakat Jepun ini sangat bertepatan dengan ajaran Islam seperti kegigihan dan ketekunan bekerja, sentiasa memikirkan kepentingan umum mengatasi kepentingan diri, menepati masa dan menjaga kebersihan.

Mereka setia dan komited kepada organisasi atau syarikat. Mereka mengamalkan semangat juang yang tinggi. Kesemuanya nilai-nilai murni yang ayah anggap sebagai ramuan wajib bagi menjayakan segala-gala yang kita cita-citakan untuk Malaysia.

Mungkin di peringkat awal di sana, saya tidak memahami tujuan yang tersirat apabila ayah menghantar saya ke Jepun. Namun, lama kelamaan saya makin menghayati manfaat yang saya peroleh selama lima tahun di negara matahari terbit itu. Sampai hari ini saya masih kagum dengan sikap orang Jepun dan berusaha agar rakyat Kedah mencontohi mereka.

Antara sikap orang Jepun yang patut diteladani ialah jujur dan amanah. Apabila berlakunya gempa bumi besar di Tohoku, Jepun, disusuli pula oleh tsunami besar yang meranapkan bangunan dan memusnahkan harta benda, tiada langsung kejadian curi (looting) seperti yang kerap berlaku di negara-negara lain yang ditimpa musibah seperti itu. Malah sifat kemanusiaan mereka menjadi lebih terserlah ketika berlaku tragedi.

Bukan setakat itu saja, wang tunai Yen Jepun yang bernilai lebih RM273 juta, termasuk dari bank-bank yang ranap, dikutip oleh orang ramai dan dipulangkan kepada pemiliknya. Adakah kita, khususnya orang Islam, dapat melakukan hal yang sama dalam keadaan seperti itu?

Dalam kejuaraan bola sepak terbesar dunia World Cup 2014 di Brazil, seperti dijangkakan pasukan Jepun kalah kepada Ivory Coast, seri dengan Greece dan tewas sekali lagi kepada Colombia. Namun, tidak seorang pun penonton bola yang tidak mengagumi dan menghormati Jepun.

Apa rahsianya? Selepas setiap permainan, penyokong-penyokong Jepun mengutip sampah dalam stadium dan membuangkannya di tempat yang dikhaskan. Jepun kalah dalam pertandingan bola tetapi mereka dikagumi kerana budaya mulia yang mereka amalkan. Adakah kita mampu mencontohi mereka?

Sungguh tepat sekali keputusan ayah menghantar saya ke Jepun kerana di situ saya belajar tentang nilai dan jati diri satu bangsa kecil tetapi bercita-cita besar.

POLITIK DAN KONFLIK KEPENTINGAN

Umum juga mengetahui bahawa ayah tidak membenarkan kaum keluarganya terlibat dalam politik atau kerajaan sewaktu beliau memimpin UMNO dan negara.

Bila ditanya dalam satu forum apa maksud larangan itu, ayah berkata tujuannya ialah untuk mengelak daripada timbul situasi di mana beliau terpaksa memilih antara rakyat dengan keluarga. Dalam keadaan sedemikian, tentunya ayah akan memihak kepada rakyat jelata. Jadi di mana hendak diletak kepentingan keluarga?

Justeru, saya terpaksa menunggu hingga ayah bersara sebelum menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 2004.

Bila saya memaklumkan kepada beliau mengenai keinginan saya bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu, bahagian UMNO yang beliau sendiri terajui selama 35 tahun, jawabnya ringkas, “Hmmm…kalah.”

Saya terkedu, tidak sekali-kali menduga itu respons ayah terhadap cita-cita saya. Sekurang-kurang ayah boleh mendorong saya untuk mencuba nasib memandangkan beliau sudah pun bersara dan saya tidak lagi terhalang dengan ketegahannya. Sebaliknya respons ayah begitu mengejut dan mengecewakan. Tetapi tepat sekali ramalan ayah, saya kalah sembilan undi.

Dari situ saya belajar mengenai politik. Hakikat bahawa saya anak bekas Presiden yang menerajui parti selama 22 tahun tidak menjamin perjalanan politik saya akan menjadi mudah – kononnya laluan sudah dibuka orang tua saya.

Bagaimanapun, saya belajar mengenai hikmat di sebalik setiap kejadian yang saya lalui. Kekalahan di bahagian ayah saya sendiri menarik perhatian ramai terhadap usaha saya untuk bergiat aktif dalam UMNO.

Saya menang sebagai ahli majlis kerja (Exco) Pemuda dengan undi tertinggi. Sejak itu, saya tidak pernah rasa terlalu kecewa dengan keadaan yang sepatutnya mengecewakan. Saya yakin Allah SWT tentunya mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita.

Saya juga faham tujuan ayah yang seakan-akan tidak menggalakkan saya bergiat dalam arena politik. Memahami betapa politik itu dipenuhi onak dan duri, beliau mahu saya tidak ambil mudah dan dia mahu saya berpijak di bumi nyata, tabah dan tidak mudah kecewa.

INTEGRITI

Antara perkara yang pertama saya lakukan setelah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah adalah menandatangani ikrar integriti. Saya mengumumkan pendirian saya tidak membenarkan kaum keluarga saya terlibat dalam sebarang perniagaan yang melibatkan Kerajaan Negeri Kedah.

Dua tiga hari kemudian, saya berjumpa dengan ayah. Beliau mengulas: “Jadi saya pun tak boleh berniaga di Kedah lah.”

Saya jawab: “Boleh”.

Ayah membalas: “Macam mana boleh, kalau Is dah umum macam tu?”

Saya jawab: “Kena tunggu Is berhenti dulu lah.”

“Bila nak berhenti?” tanya ayah.

“Dua puluh dua tahun lagi!” jawab saya berseloroh.

“Hai, macam balas dendam saja,” kata ayah dalam ketawa.

“Dah ayah ajar macam tu,” balas saya.

SELAMAT HARI BAPA DAN SELAMAT HARI JADI

Sempena Hari Bapa ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Bapa kepada ayah saya. Juga ucapan Selamat Hari Jadi ke 90 pada 10hb Julai ini.

[Untuk rekod 20hb Disember 1924 tercatat sebagai tarikh lahir rasmi ayah. Tetapi tarikh sebenar ialah 10hb Julai 1925. Kalau meraikan kedua-dua tarikh tersebut, maka usia ayah sepatutnya akan mencecah 180 tahun Julai ini!]

Terima kasih atas segala bimbingan dan didikan yang diberikan kepada saya secara langsung, dan lebih banyak lagi secara tidak langsung. Yang saya mohon ialah ayah terus mendoakan kami yang mewarisi negara ini dari orang sebelum kami.

Doakan agar Allah SWT terus memberi petunjuk dan hidayah kepada kami semua, supaya apa yang dicita-citakan oleh ayah dan ayah-ayah kita semua menjadi kenyataan, insyaAllah.

Selagi hayat dikandung badan, teruslah menegur kami agar kami tidak terpesong daripada landasan yang betul. Walaupun kami sudah dewasa, namun kebijaksanaan ayah dan orang-orang terdahulu masih kami perlukan. Supaya destinasi yang dituju terus didorong oleh momentum dan hala tuju yang diusahakan oleh pejuang-pejuang terdahulu.

Mudah-mudahan Hari Bapa tahun ini, dan ulang tahun kelahiran yang ke-90 bulan depan akan mengukuhkan lagi rasa hormat kami kepada ayah yang telah bersengkang mata berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.

Mukhriz Mahathir
21hb Jun, 2015

BACA INI JUGA: Briged Al-Qassam, Perjuangan Atas Nama Allah

Sumber: Thevocket

15 Ramalan Bill Gates Yang Kebenarannya Sangat 'Menakutkan'

15 Ramalan Bill Gates Yang Kebenarannya Sangat 'Menakutkan'

Pada tahun 1999, Bill Gates menulis sebuah buku bertajuk ‘Business @ the Speed of Thought’. Dalam buku itu, Gates membuat 15 ramalan yang pada masa itu mungkin kedengaran seperti keterlaluan.

Bill Gates young

Tetapi seorang pelajar jurusan perniagaan, Marcus Kirjonen menulis dalam blognya bahawa ramalan Gates ternyata menjadi kenyataan. Dan ketepatannya, ‘menakutkan’.

1. Laman web perbandingan harga

Ramalan Gates: “Perkhidmatan perbandingan harga secara automatik akan dibangunkan, yang membolehkan orang ramai untuk membandingkan harga dari beberapa laman web, membuatkan ia mudah untuk mencari produk paling murah dalam semua industri.”

Apa yang kita lihat sekarang: Anda boleh mencari produk di Google atau Amazon dan mendapatkan harga yang berbeza untuk produk yang sama. Laman web seperti NextTag dan PriceGrabber dibina khusus untuk perbandingan harga.

2. Peranti mudah alih

Ramalan Gates: “Orang ramai akan membawa peranti kecil yang membolehkan mereka untuk sentiasa kekal berhubung dan menjalankan perniagaan elektronik dari mana sahaja mereka berada. Mereka akan dapat memeriksa berita, melihat tempahan penerbangan mereka, mendapatkan maklumat daripada pasaran kewangan, dan melakukan apa sahaja yang lain pada peranti ini.”

Apa yang kita lihat sekarang: Telefon pintar, dan kini jam tangan pintar, berupaya melakukan aktiviti yang disebut di atas untuk ramai orang.

3. Pembayaran dan pembiayaan kewangan atas talian, penjagaan kesihatan yang lebih baik melalui web

Ramalan Gates: ” Orang ramai akan membayar bil, menjaga kewangan, dan berkomunikasi dengan doktor mereka melalui Internet.”

Apa yang kita lihat sekarang: Teknologi tidak mampu untuk mengubah penjagaan kesihatan dalam skala yang besar, tetapi ada laman web seperti ZocDoc yang membantu dalam pencarian dan penjadualan dengan doktor dengan lebih mudah. Anda kini boleh membuat pinjaman wang secara atas talian melalui laman web seperti Lending Club, dan mudah membuat pembayaran melalui laman web seperti PayPal dan Venmo.

4. Pembantu peribadi dan Internet of Things

Ramalan Gates: “Pembantu peribadi akan dibangunkan. Aplikasi atau peranti ini akan menyambung dan menyegerakkan (synchronize) semua peranti anda dengan cara yang pintar, sama ada di rumah atau di pejabat, dan membolehkan mereka untuk bertukar-tukar data. Peranti akan memeriksa e-mel dan membentangkan maklumat yang anda perlukan. Apabila anda pergi ke kedai, anda boleh memberitahu apa resipi anda mahu untuk sediakan, dan ia akan menghasilkan senarai bahan-bahan yang anda perlukan. Ia akan memberitahu maklumat terbaru tentang anda kepada semua peranti yang anda gunakan untuk membuat pembelian dan jadual, yang membolehkan peranti-peranti ini untuk menyesuaikan diri secara automatik ke atas apa yang anda sedang lakukan.”

Apa yang kita lihat sekarang: Google Now, pembantu pintar yang boleh digunakan dari peranti mudah alih, sudah mula mampu menyediakan kemudahan ini. Sementara itu, peranti pintar seperti Nest mengumpul data mengenai rutin harian anda dan secara automatik menyesuaikan suhu rumah. Beacons akan menghantar kupon berdasarkan tabiat membeli masa lalu anda.

5. Pemantauan rumah secara atas talian

Ramalan Gates: “Suapan video secara berterusan dari rumah anda akan menjadi biasa, yang memberitahu anda apabila ada pelawat semasa anda tiada di rumah.”

Apa yang kita lihat sekarang: Dropcam menjual kamera pengawasan rumah yang membuat lebih mudah untuk anda memantau rumah anda dari jauh. Google membeli syarikat tersebut dengan harga $555 juta pada tahun 2014.

6. Media sosial

Ramalan Gates: “Laman web peribadi untuk rakan-rakan dan keluarga anda akan menjadi biasa, membolehkan anda untuk berbual dan merancang acara.”

Apa yang kita lihat sekarang: Laman media sosial seperti Facebook dan Instagram memenuhi ramalan ini.

7. Tawaran promosi secara automatik

Ramalan Gates: “Perisian yang tahu apabila anda telah menempah perjalanan dan menggunakan maklumat tersebut untuk mencadangkan aktiviti di destinasi tempatan. Ia menunjukkan aktiviti, diskaun, tawaran, dan harga lebih murah untuk semua perkara-perkara yang anda mahu buat. ”

Apa yang kita lihat sekarang: Laman web percutian seperti Expedia dan Kayak menawarkan tawaran berdasarkan data pembelian yang lalu. Iklan di Google dan Facebook menawarkan promosi iklan berdasarkan lokasi dan kehendak pengguna.

8. Laman perbincangan sukan secara siaran langsung

Ramalan Gates: “Semasa menonton pertandingan sukan di televisyen, perkhidmatan ini akan membolehkan anda untuk membincangkan apa yang sedang berlaku secara langsung, dan menyertai peraduan di mana anda mengundi siapa yang anda fikir akan menang.”

Apa yang kita lihat sekarang: Sekumpulan laman media sosial membolehkan ini, dengan Twitter mendahului. Anda boleh meninggalkan komen dalam masa nyata pada tapak sukan seperti ESPN.

9. Pengiklanan pintar

Ramalan Gates: “Peranti akan mempunyai pengiklanan pintar. Mereka akan mengetahui trend pembelian anda, dan akan memaparkan iklan yang bersesuaian dengan minat anda.”

Apa yang kita lihat sekarang: Kebanyakan perkhidmatan pengiklanan dalam talian mempunyai ciri ini sekarang, di mana pengiklan boleh menyasarkan pengguna berdasarkan sejarah klik, minat peribadi dan corak pembelian.

10. Pautan ke laman web dari siaran TV

Ramalan Gates: “Siaran televisyen akan menyediakan pautan ke laman web dan kandungan yang berkaitan dengan apa yang anda menonton. ”

Apa yang kita lihat sekarang: Hampir setiap rancangan sukan mempunyai iklan yang memaparkan pautan ke laman web tertentu. Mereka juga berkongsi Twitter pasukan yang bertanding.

11. Papan perbincangan online

Ramalan Gates: “Penduduk bandar dan negara akan dapat mengadakan perbincangan melalui Internet mengenai isu-isu yang memberi kesan kepada mereka, seperti politik tempatan, perancangan bandar atau keselamatan.”

Apa yang kita lihat sekarang: Laman web berita kebanyakannya mempunyai bahagian komen di mana orang ramai boleh mengadakan perbincangan secara langsung, manakala banyak tapak mempunyai forum di mana orang ramai boleh bertanya dan menjawab soalan-soalan tertentu. Twitter dan Facebook memainkan peranan dalam revolusi politik di Libya, Mesir dan Tunisia.

12. Laman web dalam talian berasaskan minat

Ramalan Gates: “Komuniti online tidak akan dipengaruhi oleh lokasi, tetapi sebaliknya, minat anda.”

Apa yang kita lihat sekarang: Ada pelbagai laman berita dan komuniti dalam talian memberi tumpuan kepada topik yang sama. Banyak laman berita berkembang kepada topik berasingan, yang menawarkan liputan lebih mendalam mengenai topik yang diberikan.

13. Perisian pengurusan projek

Ramalan Gates: “Pengurus projek yang ingin membina satu pasukan dapat melakukannya secara dalam talian, menerangkan projek itu kepada ahli kumpulan, dan menerima cadangan calon ahli pasukan yang sesuai dengan keperluan mereka. ”

Apa yang kita lihat sekarang: Terdapat banyak perisian aliran kerja yang yang merevolusikan bagaimana anda merekrut, membentuk pasukan, dan membahagi tugas kepada ahli pasukan.

14. Pencarian kerja atas talian

Ramalan Gates: ” Begitu juga, orang yang mencari kerja akan dapat untuk mencari peluang pekerjaan melalui dalam talian dengan mengisytiharkan minat mereka, keperluan, dan kemahiran khusus.”

Apa yang kita lihat sekarang: Tapak seperti LinkedIn membolehkan pengguna untuk memuat naik resume mereka dan mencari pekerjaan berdasarkan minat dan keperluan individu. Perekrut boleh mencari berdasarkan kemahiran khusus mereka.

15. Perisian untuk kelompok bisnes

Ramalan Gates: “Syarikat-syarikat akan dapat membida pada tawaran pekerjaan/tender, sama ada projek pembinaan, pembikinan filem, atau kempen pengiklanan. Ini adalah solusi yang efektif untuk syarikat-syarikat besar yang mahu menggunakan khidmat tenaga luar bagi kerja-kerja yang mereka tidak biasa hadapi, perniagaan yang mencari pelanggan baru, dan syarikat-syarikat yang tidak mempunyai akses kepada pembekal untuk perkhidmatan tersebut.”

Apa yang kita lihat sekarang: Banyak perisian perusahaan tertumpu kepada aspek sosial, supaya pengguna boleh mendekati perniagaan lain dan memulakan perbincangan yang boleh membawa kepada projek-projek yang lebih besar dalam masa akan datang.

BACA INI JUGA: Kisah Benar Di Sebalik Kejayaan Pengasas D’Herbs

Sumber: Thevocket.com