Jun 23, 2015

Pelakon Terkenal Indonesia, Lukman Sardi Murtad

Jika anda peminat filem islamik dari negara seberang iaitu Indonesia anda pasti mengenali pelakon ini.

Lukman Sardi Murtad

Pelakon lelaki ini menjadi popular setelah memegang watak seorang yang alim di dalam filem terkenal iaitu “Sang Pencerah”. Sudah pasti ramai rakyat Malaysia telah menonton filem islamik yang hebat ini.

Pelakon terkenal Indonesia, Lukman Sardi menggemparkan negara itu apabila mengumumkan keputusannya keluar daripada Islam dan memeluk agama Kristian.

Pengakuan anak kepada legenda biola Indonesia, Allahyarham Idris Sardi itu dapat ditonton dalam rakaman yang dimuat naik dalam saluran media sosial popular, YouTube.

Menurut Lukman, 43, keputusannya berpindah agama bukanlah disebabkan oleh tekanan daripada mana-mana pihak atau kerana kecantikan isterinya, Pricillia Pullunggono.

Dalam pengakuan itu juga, Lukman memberitahu, Allahyarham bapanya sedia maklum dengan hasratnya untuk berpindah agama semasa beliau masih hidup.

Kata Lukman, bapanya turut merasa kecewa sebaik mendengar berita itu.

“Waktu saya pindah (agama), ayah saya orang yang pa­ling kecewa. Kerana dia dari orang Muslim taat.

"Tapi saya punya prinsip bahawa ini yang saya pilih.

Sampai akhirnya beliau bilang, ‘ya sudah, tetapi kamu harus bertanggungjawab dengan pilihan kamu’,” kata Lukman lagi.

Lukman Sardi Murtad [2]
Lukman bersama isteri (Pricillia Pullunggono) dan dua anaknya.

Allahyarham Idris meninggal dunia pada 28 April tahun lalu ketika berusia 76 tahun.

Lukman sering melakonkan watak seorang Islam yang baik khususnya dalam filem “Sang Pencerah” dengan memegang watak sebagai seorang kiai.

Antara filem lain lakonan Lukman ialah Soekarno, Merah Putih, Laskar Pelangi dan Negeri Tanpa Telinga.

Pelakon itu bernikah dengan Pricillia Pullunggono yang menganut agama Kristian pada 2009. -AP

BACA INI JUGA: Seksa Neraka Kepada Pengkhianat Diri Sendiri

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Assalammualaikum... SP,

sedih mselim3 bila baca kes orang islam murtad nie...

mselim3

W'alaikumsalam mSelim. Rupanya kekayaan malah membawa sebilangan orang lupa kepada Allah kan..:(

tak faham betul aku dengan si lukman nih..

pening.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon