Friday, November 21, 2014

Gambar-gambar Terakhir Selebriti Terkenal Dunia

Gambar-gambar Terakhir Selebriti Terkenal Dunia

Siapa sangka hanya sekeping foto boleh membawa seribu makna. Tapi apabila sekeping gambar diambil dan kemudian diketahui itu adalah gambar terakhir dalam hayat seseorang individu, maka bertambahlah nilai sama ada secara emosi mahupun harga gambar tersebut.

Tambahan pula jika gambar tersebut melibatkan orang-orang yang dikenali ramai diseluruh dunia, sudah tentulah ia menjadi antara bahan paling penting untuk dijadikan kenangan.

Berikut ialah antara gambar-gambar terakhir yang sempat dirakamkan secara tidak langsung daripada orang-orang ternama yang meninggal dunia tidak lama selepas gambar tersebut diambil.

Jimi Hendrix

Jimi Hendrix

Gambar penuh nostalgia lagenda terkenal dunia hiburan dan muzik ini telah diambil sendiri oleh teman wanita Jimi Hendrix iaitu Monika Danneman.

Dalam gambar tersebut jelas menunjukkan Jimi sedang memegang gitar yang paling digemarinya yang turut mempunyai gelaran iaitu 'Black Betty'.

Gambar ini dikatakan diambil hanya sehari sebelum kematian Jimi. Sebenarnya ini adalah salah satu daripada gambar daripada rangkaian gambar-gambar yang diterbitkan dalam buku Monika sendiri yang berjudul 'The Inner World of Jimi Hendrix'.

Jimi dikatakan agak tidak bermaya dalam gambar ini namun dalam gambar-gambar lain yang diterbitkan turut menunjukkan Jimi bersiar-siar dilaman belakang apartmen Monika di London sambil memegang gitar tersebut.

Albert Einstein

Albert Einstein

Gambar Albert Einstein ini dipercayai diambil berdekatan dengan rumahnya di Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat yang mana dia telah bekerja di Institut for Advanced Study sehinggalah ke akhir hayatnya.

Gambar ini dianggarkan diambil hampir sebulan sebelum Albert Einstein menemui ajalnya. Albert tinggal disitu bersama-sama dengan isterinya dan juga setiausaha mereka.

Satu fakta yang sudahpun kita tahu iaitu otak Albert Einstein telah dikeluarkan daripada badannya semasa proses autopsi dijalankan tanpa kebenaran keluarganya sebagai satu usaha para saintis neuro untuk menjalankan kajian dan mencari jawapan tentang kebijaksanaan yang dimiliki oleh Albert Einstein.

Amelia Earhart

Amelia Earhart

Sebelum ini, akhbar Daily Mail telah menerbitkan beberapa keping gambar yang tidak pernah ataupun jarang dilihat yang memaparkan juruterbang wanita terawal iaitu Amelia Earhart semasa detik-detik terakhirnya sebelum dia melakukan penerbangan terakhirnya pada tahun 1937.

Gambar-gambar ini sebenarnya telah ditemui oleh seorang wanita yang hampir membuangnya kedalam tong sampah.

Antara gambar tersebut memaparkan Amelia sedang mengemaskan barang-barangnya kedalam beg, Amelia sedang mendapatkan khidmat gunting rambut, Amelia sedang memerhatikan carta cuaca dan juga sedang membuat persiapan lain untuk penerbangannya itu.

Turut ada didalam gambar tersebut ialah kapal terbang yang digunakan oleh Amelia iaitu Lockhead Model 10 Electra.

Marilyn Monroe

Marilyn Monroe

Gambar yang diambil ini adalah semasa lawatannya bersama-sama Frank Sinatra dan pemain piano Jazz iaitu Buddy Greco pada hujung minggu sebelum kematian Marilyn pada 5 Ogos 1962.

Ianya dikatakan diambil disekitar Tasik Tahoe di Nevada yang mana Frank Sinatra dan Buddy Greco membuat persembahan disitu.

Namun, daripada 36 keping gambar yang berada dalam gulungan filem itu, hanya enam yang terselamat. Menurut Buddy, dia masih ingat yang hujung minggu itu merupakan satu hujung minggu yang sangat istimewa kepada mereka.

Selain gambar ini, terdapat beberapa siri lagi gambar-gambar terakhir Marilyn Monroe yang diambil oleh Bert Stern, George Barris dan juga Allan Grant.

Elvis Presley

Elvis Presley

Gambar terakhir Elvis Presley ini diambil ketika Elvis sedang memasuki kediamnya di Graceland bersama-sama teman wanitanya ketika itu iaitu Ginger Alden pada 16 Ogos 1977.

Menurut fakta, ketika itu mereka berdua baru pulang dari membuat lawatan ke klinik doktor gigi.

Walaupun dikatakan Elvis sedang menghadapi beberapa masalah kesihatan ketika itu namun dia sedang membuat persediaan untuk memulakan konsert bergeraknya semula malahan sepatutnya dia mempunyai jadual penerbangan pada malam itu.

Namun, ternyata ajal lebih awal menjemputnya pada hari yang sama.

Jimi Morrison

Jimi Morrison

Peneraju utama bagi kumpulan Doors ini telah singgah di Hotel de I'Oise di Saint-Leu-d'Esserent di Perancis bersama-sama teman wanitanya sejak sekian lama iaitu Pamela Courson.

Pada ketika itu seorang jurugambar yang juga rakan mereka iaitu Alain Ronay telah mengambil beberapa keping gambar-gambar intim antara mereka berdua ketika mereka berdua sedang makan dan berehat disitu.

Menurut cerita, pada ketika itu, Jim telah berkunjung ke Paris dan melawat kawasan perkampungannya untuk mengalihkan fokusnya agar dapat menulis bahan untuk muziknya.

The Notorious B.I.G (Christopher Wallace)

The Notorious B.I.G

Gambar yang memaparkan Biggie Smalls ini pula adalah diantara kenangan paling hampir dengan kematiannya kerana tidak lama selepas ia diambil, beliau telah menemui ajalnya.

Dalam gambar ini, kelihatan The Notorious B.I.G bergambar bersama-sama rakan seperjuangannya, Sean 'P.Diddy' Combs.

Mengikut fakta, ia diambil selepas sahaja beliau menyampaikan anugerah di Soul Train Music Awards dan baru sahaja meninggalkan sebuah parti di Muzium Automotif Petersen pada 9 Mac 1997.

James Dean

James Dean

Hero terkenal namun sangat singkat hayatnya ini pernah menjadi kegilaan ramai pada satu ketika dulu. Lagenda filem terutamanya dalam filem Rebel Without Cause ini iaitu James Dean dalam gambar ini kelihatan sedang bergambar bersama-sama kereta Porsche Spyder baru miliknya yang diberi gelaran, 'Little Bastard'.

Kereta itu sebenarnya baru sahaja diambil dari mekanik beliau Rolf Wutherich dan dalam persiapan untuk menyertai satu perlumbaan kereta.

Dengan kereta tersebut, James Dean telah memecut dengan laju melalui Sherman Oaks di California dan beliau telah disaman kerana memandu laju.

James Dean sempat mengisi minyak selepas itu sebelum kemalangan yang meragut nyawanya berlaku.

Abraham Lincoln

Abraham Lincoln

Kalau berkaitan dengan bekas presiden Amerika Syarikat ini, banyak rekod yang berbeza sebenarnya yang dicatatkan tentang gambar terakhir beliau.

Namun beberapa tahun yang lepas, cerita yang berlegar mengatakan yang sekeping gambar telah dijumpai dalam album keluarga Jeneral Ulysses S. Grant yang menunjukkan Abraham Lincoln sedang berada dihadapan Rumah Putih.

Gambar ini dikatakan mungkin gambar terakhir beliau yang diambil sebelum berlakunya kes pembunuhannya pada tahun 1865.

Namun ada sumber-sumber lain mengaitkan gambar-gambar terakhirnya adalah yang diambil oleh F. Warren yang merujuk kepada gambar dibalkoni Rumah Putih pada 6 Mac 1865.

BACA INI JUGA: Inconnue, Wanita Yang Paling Banyak Dicium!

-Sentiasapanas.com

Thursday, November 20, 2014

Astro Tipu Rakyat Dan Kerajaan!

Astro Tipu Rakyat Dan Kerajaan!

Ramai pengguna mempertikaikan perkhidmatan disajikan stesen televisyen berbayar Astro.

Datuk Bung Mukhtar Radin

Ini bukannya isu baharu kerana ia sering dilaporkan media sejak dahulu. Ini kerana setiap slot diselitkan dengan iklan walaupun semua tahu, sebagai stesen berbayar, Astro tidak patut berbuat demikian.

Isu tersebut mendapat perhatian Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga suami kepada aktres popular Zizie Ezette, Datuk Bung Mukhtar Radin.

Melalui satu rakaman (Saksikan videonya di youtube - https://www.youtube.com/watch?v=LvPXY3WpZQg) pada sesi di Dewan Rakyat semalam, beliau mengutarakan pendapat bahawa syarikat tersebut seharusnya ditutup kerana telah menipu rakyat dan kerajaan berulang kali.

“Tutuplah ini Astro sebab dalam perjanjian apabila Astro beroperasi, dia tidak boleh menyiarkan iklan, sebab dia TV berbayar. Tetapi iklan dia, Masya-Allah, kalah TV3 punya iklan.”

Tambah beliau lagi, “Iklan dia berbilion-bilion. Dua kali rakyat ditipu, kerajaan ditipu oleh Astro.”

Walau bagaimanapun, suasana menjadi gamat apabila Timbalan Speaker, Ismail Mohamad Said berseloroh apabila beliau bertanyakan kepada Bung, “Kinabatangan, tak bimbang kah ada pelakon drama kena sekat dari Astro? Nanti tak boleh masuk.”

Soalan itu yang ditujukan kepada Bung kerana isterinya merupakan dramatis terkenal tanah air menerima reaksi ketawa daripada Bung dan seisi dewan.

Bung kemudiannya membalas bahawa rezeki berada di mana-mana dan beliau lebih mengutamakan kepentingan rakyat.

Datuk Bung Mukhtar Radin [2]

Mungkin apa yang diujar oleh Ahli Parlimen Kinabatangan itu sudah sampai masanya perlu diteliti.

Dan satu perkara yang beliau mungkin terlepas pandang ialah kekerapan program yang sama diulang Astro.

Sangat menyakitkan hati apabila program sama diulang selama berbulan-bulan.

Kekadang kasihan lihat bebudak duk ulang tengok kartun yang sama berkali-kali.

Apa pun alasan Astro, pokok pangkal isu ialah program di stesen berbayar beriklan itu kerap sangat diulang tayang.

Aduan tentang masalah gangguan siaran setiap kali hujan (kadang-kadang belum hujan baru angin kencang sikit je) pun dah naik berbuih diutarakan pengguna.

Mintak pihak berwajib agar bertindak segera dan jangan buat-buat pekak dengan rintihan rakyat.

BACA INI JUGA: Awas! 12 Jenis Penipuan Paling Popular Di Malaysia

Sumber: Mynewshub.cc

20 Filem Adaptasi Hollywood Dengan Kutipan Tertinggi

20 Filem Adaptasi Hollywood Dengan Kutipan Tertinggi

Filem-filem yang kita tonton di pawagam biasanya sama ada adalah daripada idea asli ataupun idea-idea adaptasi. Filem-filem adaptasi mungkin diambil daripada pelbagai sumber seperti novel atau karya tertentu.

Mengikut sejarah perfileman juga, filem-filem adaptasi biasanya boleh membawa keuntungan berganda kepada pihak produksi kerana biasanya karya-karya itu telah mempunyai pengikutnya yang tersendiri membolehkan para pengikut tegar untuk turut sama meraikan karya itu apabila ia diangkat ke layar perak.

Berikut ialah antara filem-filem adaptasi yang paling berjaya daripada segi kutipan jualan tiket.

20. I Am Legend (2007)
Kutipan kasar: USD$585,349,010

I Am Legend (2007)

Filem adaptasi ini diangkat daripada karya novel Richard Matheson pada tahun 1954 dengan tajuk yang sama. Filem ini sebenarnya ialah filem cereka ketiga yang menggunakan karya yang sama dan kali ini diterajui oleh aktor Will Smith.

19. Wars of The Worlds
Kutipan kasar: USD$591,745,550

Wars of The Worlds

Filem adaptasi ini pula ialah yang kedua daripada adaptasi novel karya H.G Wells dengan judul yang sama dan dilakonkan oleh Tom Cruise dan juga Dakota Fanning.

18. The Lost World: Jurassic Park (1997)
Kutipan kasar: USD$618,638,999

The Lost World - Jurassic Park (1997)

Novel karya Michael Crichton yang bertajuk 'The Lost World' pada tahun 1995 ini akhirnya diangkat ke layar perak hasil arahan Steven Spielberg.

17. Forrest Gump (1994)
Kutipan kasar: USD$677,387,716

Forrest Gump (1994)

Filem Forrest Gump hasil lakonan cemerlang Tom Hanks yang berjaya menawan hati ramai penonton di seluruh dunia ini pula adalah adaptasi daripada buku yang berjudul sama hasil tulisan Winston Groom.

16. The Twilight Saga: Eclipse (2010)
Kutipan kasar: USD$698,491,347

The Twilight Saga - Eclipse (2010)

Siri-siri novel Twilight telah membawa pulangan yang lumayan kepada penulis bukunya iaitu Stephanie Meyer. Eclipse ialah filem ketiga dalam siri buku tersebut.

15. The Twilight Saga: New Moon (2009)
Kutipan kasar: USD$709,711,008

The Twilight Saga - New Moon (2009)

Siri kedua dari novel Twilight ini telah berjaya meledakkan lagi nama Stephanie Meyer sebagai penulis novel tersebut selain nama pelakon utama untuk filem iaitu Kristen Stewart dan juga Robert Pattinson.

14. The Chronicles of Narnia: The Lion, The Witch and The Wardrobe (2005)
Kutipan kasar: USD$745,011,272

The Chronicles of Narnia - The Lion, The Witch and The Wardrobe (2005)

Filem ini pula adalah adaptasi daripada siri-siri epik hasil tulisan C.S. Lewis iaitu 'The Chronicles of Narnia'. Mengikut kronologi, cerita ini ialah yang kedua mengikut turutan tapi yang pertama diterbitkan.

13. The Da Vinci Code (2006)
Kutipan kasar: USD$758,239,851

The Da Vinci Code (2006)

Filem dengan pelakon utama, Tom Hanks ialah sebuah filem arahan Ron Howard dan lakon layarnya telah ditulis berdasarkan novel thriller terkenal dunia hasil tulisan Dan Brown pada tahun 2003 dengan tajuk yang sama.

12. Harry Potter and The Prisoner of Azkaban (2004)
Kutipan kasar: USD$795,634,070

Harry Potter and The Prisoner of Azkaban (2004)

Filem ini ialah salah satu dari adaptasi daripada siri-siri novel Harry Potter karya J.K Rowling yang mendapat tempat di hati pembaca dan penonton dari seluruh dunia.

11. The Lord of The Rings: The Fellowship of The Ring (2001)
Kutipan kasar: USD$870,761,744

The Lord of The Rings - The Fellowship of The Ring (2001)

Karya hebat arahan Peter Jackson ini diangkat daripada karya J.R.R. Tolkien iaitu karya trilogi 'The Lord of The Rings'.

10. Harry Potter and The Chamber of Secrets (2002)
Kutipan kasar: USD$878,643,482

Harry Potter and The Chamber of Secrets (2002)

Satu lagi karya J.K. Rowling berada dalam senarai top 20 untuk filem adaptasi dengan kutipan tertinggi.

9. Harry Potter and The Goblet of Fire (2005)
Kutipan kasar: USD$895,921,036

Harry Potter and The Goblet of Fire (2005)

Turut tersenarai sekali lagi ialah siri-siri adaptasi Harry Potter karya J.K. Rowling.

8. Jurassic Park (1993)
Kutipan kasar: USD$914,691,118

Jurassic Park (1993)

Filem yang membuka lembaran baru tentang cerita-cerita dinasour dan taman tema hasil arahan Steven Spielberg ini diadaptasi dari buku Michael Crichton.

7. The Lord of The Rings: The Two Towers (2002)
Kutipan kasar: USD$925,282,504

The Lord of The Rings - The Two Towers (2002)

Kisah sambungan tentang Frodo dan Sam ini untuk memusnahkan cincin yang dicari adalah sebahagian daripada karya trilogi J.R.R. Tolkiens.

6. Harry Potter and The Half-Blood Prince (2009)
Kutipan kasar: USD$933,959,197

Harry Potter and The Half-Blood Prince (2009)

Kali ini filem Harry Potter ini menumpukan kisah kehidupan Harry pada tahun keenam dia berada di Hogwarts.

5. Harry Potter and The Order of The Phoenix (2007)
Kutipan kasar: USD$938,212,738

Harry Potter and The Order of The Phoenix (2007)

Filem keluaran 2007 ini diadaptasi berdasarkan novel kelima hasil tulisan J.K. Rowling dalam siri-siri Harry Potter dan telah diarahkan oleh David Yates.

4. Harry Potter and The Deathly Hollows (2010)
Kutipan kasar: USD$952,241,070

Harry Potter and The Deathly Hollows (2010)

Filem 'Harry Potter and The Deathly Hallows: Part I' ialah bahagian pertama daripada dua bahagian filem dengan tajuk yang sama. Kali ini diadaptasikan daripada novel terakhir dalam siri-siri Harry Potter namun memberi tumpuan kepada kisah-kisah dibahagian awal buku tersebut.

3. Harry Potter and The Sorcerer's Stone (2001)
Kutipan kasar: USD$974,733,550

Harry Potter and The Sorcerer's Stone (2001)

Filem Harry Potter ini pula adalah arahan Chris Colombus dan diadaptasi daripada buku tulisan J.K. Rowling yang pertama dalam siri-siri Harry Potter.

2. Alice in Wonderland (2010)
Kutipan kasar: USD$1,024,299,801

Alice in Wonderland (2010)

Filem ini pula berjaya mencapai kutipan tiket yang keenam paling tinggi dalam sejarah untuk semua kategori filem. Ia diarahkan oleh Tim Burton dan mengisahkan dunia fantasi yang diinspirasikan daripada tulisan Lewis Carroll dalam novelnya 'Alice's Adventures in Wonderland' pada tahun 1865 dan sekuelnya iaitu 'Through The Looking-Glass and What Alice Found There' pada tahun 1871.

1. The Lord of The Rings: The Return of The King (2003)
Kutipan kasar: USD$1,119,110,941

The Lord of The Rings - The Return of The King (2003)

Filem ketiga dan terakhir daripada siri-siri 'The Lord of The Rings' ini berjaya berada di kedudukan pertama bagi filem-filem adaptasi dengan kutipan tayangan tertinggi.

Filem ini berjaya mendapat pujian dunia dan telah memperoleh 11 pencalonan untuk Anugerah Akademi selain berada pada tangga ketiga dalam jumlah kutipan tiket tertinggi untuk semua kategori filem dan berada dibelakang filem Titanic dan Avatar.

BACA INI JUGA: Filem Remake Yang Lebih Hebat Daripada Filem Asal

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, November 19, 2014

Lagi Kes Nombor Plat Kereta Sama!

Lagi Kes Nombor Plat Kereta Sama!

Sebelum ini dilaman sosial mengenai kisah dua kereta miliki plat pendaftaran sama. Tiba-tiba, satu lagi cerita sama tersebar namun melibatkan individu lain.

JLT 4488

Melalui perkongsian di laman sosial, seorang pemilik kereta memohon kesnya mendapat perhatian umum agar ia dapat diselesaikan segera.

Individu tersebut yang merupakan pemilik kereta Toyota Wish bernombor pendaftaran JLT 4488 telah berpindah ke Sabah empat tahun lalu.

Namun, kakaknya terjumpa sebuah kereta model sama berwarna hitam dan memiliki nombor plat ‘sebiji’ seperti kereta milik adiknya di Kelantan.

JLT 4488 [2]

Menurut si pengadu, sehingga kini, dia menerima empat keping surat saman bagi kesalahan dilakukan di Semenanjung, padahal dia tidak berada di sana. Tambahnya lagi, laporan polis turut dibuat sebanyak empat kali.

Ini memang kes naya! Tak pasal-pasal, si pengadu terpaksa tanggung saman dilakukan oleh orang lain.

Kereta Volkswagon Guna Nombor Pendaftaran Sama

AJK 8033

Sebelum ini juga, dua pemilik kereta jenis Volkswagon apabila mendapati kereta mereka menggunakan nombor pendaftaran yang sama.

Kejadian difahamkan berlaku di Taman Melati, Gombak melibatkan kereta dengan nombor pendaftaran AJK 8033.

Menurut saksi kejadian, individu yang memandu kereta terbabit turut terpinga-pinga dan kelihatan cuba menelefon seseorang bagi mengenalpasti punca perkara ini terjadi.

Fikir-fikir balik, pelik juga bagaimana boleh terdapat dua nombor plat sama manakala pihak berwajib pula lambat sangat nak selesaikan walau laporan dah banyak dibuat kan?

Pihak berwajib patut ambil tindakan proaktif dalam menyegerakan siasatan dan selesaikan kes-kes seperti ini.

UPDATE!

Adakah Ini Punca Kes Nombor Plat Kereta Sama?

Kes Nombor Plat Kereta Sama

Screenshoot di atas mungkin jawapannya.

Mula-mula melihat iklan jualan kereta terpakai ini, memang memeranjatkan kerana harga kereta import terpakai jauh lebih murah dan page tersebut mendakwa kereta-kereta tersebut merupakan kereta scrap dari Singapura.

Namun apa yang dimusykilkan no plat kenderaan yang bakal digunakan untuk kereta-kereta ini adalah plat Malaysia ‘clon’ atau ‘duplicate’.

Kes Nombor Plat Kereta Sama [2]

Boleh pulak sesuka hati mengclonkan nombor plat!

Bayangkan jika berlaku sesuatu, sudah tentulah pemilik asal nombor plat yang terpaksa menerima padah walau bukan kesalahan sendiri..

Tertanya-tanya juga bagaimana penjual begitu senang dan terbuka menjual kereta menggunakan nombor plat klon ini? Di mana pihak berkuasa yang sepatutnya memantau kes serius seperti ini? Mana SPRM? Mana JPJ? Mana integriti?

Sumber: Mynewshub.cc

-SENTIASAPANAS.COM

UNIK! Jalan Ditutup Sebulan Demi Ketam Melintas!

UNIK! Jalan Ditutup Sebulan Demi Ketam Melintas!

Kedengaran amat pelik namun ia memang berlaku di Pulau Christmas yang terletak di Australia.

Ketam-mengawan

Lebih 120 juta ketam yang mendiami pulau ini, memenuhi jalanraya pada setiap tahun antara bulan Oktober dan November.

Hal ini disebabkan, waktu tersebut adalah tempoh musim mengawan bagi ketam-ketam di Pulau Christmas jadi ia berhijrah dari pulau ke laut untuk bertelur.

Oleh kerana kehadiran ketam yang banyak pada tempoh penghijrahan tersebut, pihak berkuasa terpaksa mengarahkan jalanraya di pulau tersebut ditutup agar ketam-ketam tersebut tidak dilanggar kenderaan ketika ‘melintas’.

Ketam-ketam berwarna merah ini tinggal di habitat kawasan lembab hutan hujan dan akan berhijrah untuk mengawan dan bertelur di perairan pulau tersebut.

Kebiasaannya, ketam merah ini mengambil masa 4 minggu untuk bertelur, sebelum pulang kembali ke habitat asalnya.

Cuba anda tengok memang banyaklah ketam-ketam di pulau ini!

Ketam-mengawan [2]
Ketam-mengawan [3]
Ketam-mengawan [4]
Ketam-mengawan [5]
Ketam-mengawan [6]
Ketam-mengawan [7]
Ketam-mengawan [8]
Ketam-mengawan [9]

Lebih mengujakan, pulau ini mempunyai keunikan tersendiri kerana majoriti penduduk asal pulau tersebut berbangsa Melayu Cocos dan beragama islam.

Penduduk di sana juga bercakap dalam bahasa melayu!

Apa lagi, mungkin Pulau Christmas ini boleh dijadikan destinasi pelancongan anda akan datang!

Sumber: Mynewshub.cc

Punca Azwan Ali Berhijab Seperti Wanita!

Punca Azwan Ali Berhijab Seperti Wanita!

Pengguna laman sosial gempar seketika dengan 'hijrah' Azwan Ali yang memakai hijab dan telah dimuat naik menerusi Instagram rasmi Azwan Ali.

Azwan-Ali-bertudung [2]

Foto berhijab tersebut mendapat kencaman serta kritikan hebat oleh peminat. Pada mulanya, kemungkinan Azwan Ali bertudung berikutan keputusan Makhamah Rayuan yang membenarkan lelaki muslim berpakaian seperti wanita dinegara ini.

Azwan-Ali-bertudung [8]

Demi menamatkan spekulasi panas itu, Azwan Ali akhirnya tampil memberikan penjelasan bahawa dia berpakaian seperti wanita demi untuk menjayakan iklan komersial Domino Pizza.

Azwan-Ali-bertudung

Shooting Iklan Domino Pizza

Azwan-Ali-bertudung [6]
Azwan-Ali-bertudung [4]
Azwan-Ali-bertudung [3]
Azwan-Ali-bertudung [5]

Ayu kan? Kah kah..

Azwan-Ali-bertudung [7]
Gambar hiasan semata-mata..

Apa kata anda?

-SENTIASAPANAS.COM