Friday, June 20, 2014

Festival Paling Kejam Di China, Makan Anjing!

Festival Paling Kejam Di China, Makan Anjing!

China – Disifatkan sebagai perayaan paling kejam di dunia, penduduk di Yulin kini mula menyambut perayaan musim panas lebih awal, dengan hidangan utama ialah anjing.

Festival Paling Kejam Di China, Makan Anjing!

Penduduk di kawasan berkenaan telah mula berkumpul hujung minggu lalu untuk makan anjing yang kebanyakannya dipanggang.

Mereka menyambutnya lebih awal kerana ingin mengelakkan festival tersebut menjadi sasaran kemarahan aktivis dan orang ramai melalui media sosial, seperti yang berlaku tahun lepas.

Namun media berjaya merakamkan gambar sekumpulan penduduk Yulin menghidangkan daging anjing serta gambar anjing yang dilapah serta dipamerkan di tepi jalan.

Gambar berkenaan kini tersebar di media sosial.

Festival Paling Kejam Di China, Makan Anjing! [2]

Mengikut tradisi penduduk Yulin, makan anjing dan buah laici bersama arak boleh menjadikan seseorang itu sihat sepanjang musim sejuk.

Tetapi tidak diketahui sama ada dakwaan `khasiat’ berkenaan akan berkesan jika ia dimakan lebih awal sebelum musimnya.

Sebenarnya apa yang menjadi kebimbangan aktivis ialah mengenai aspek kesihatan penduduk jika mereka makan anjing-anjing tersebut memandangkan kebanyakannya adalah anjing liar, maka ia mungkin menghidap penyakit berjangkit.

Selain itu, anjing-anjing berkenaan juga sering diracun dengan bahan kimia bagi membunuhnya, sekali gus boleh menjejaskan kesihatan manusia.

BACA INI JUGA: Festival Laga Kuda Untuk Mengahwini Gadis!

Thursday, June 19, 2014

UNIK! Pelajar Cipta Pengecas Handphone Guna Kasut!

UNIK! Pelajar Cipta Pengecas Handphone Guna Kasut!

Info Unik Dunia. MANILA - Seorang pelajar sekolah menengah di Filipina tampil dengan idea bijak apabila dilaporkan berjaya menghasilkan pengecas menggunakan kasut.

Angelo Casimiro

Kasut ini akan digunakan sebagai alat pengecas bateri telefon bimbit atau untuk sebarang peranti lain yang mengguna bateri.

Menurut laman web interaksyon.com, Angelo Casimiro mengemukakan ideanya itu menerusi projek "Electricity-Generating Footwear" yang dicalonkankan untuk dipertandingkan di Pameran Sains Google yang diadakan atas talian.

Pameran itu menampilkan pertandingan ciptaan sains dan teknologi untuk mereka yang berusia dari 13 sehingga 18 tahun.

Menurut penganjur, pencalonan kini sudah ditutup.

Pemenang peringkat wilayah dan kebangsaan akan diumumkan pada 26 Jun ini. Manakala finalis peringkat antarabangsa akan diumumkan pada 8 Ogos nanti.

Pertandingan akan sampai ke kemuncaknya apabila satu pertandingan akhir akan diadakan pada 22 September nanti.

Dalam video yang dikirimkan Angelo, dia telah memulakan projek ini ketika berusia empat tahun lagi. Ia dilakukan bersama datuknya yang digelar sumber inspirasi utamanya.

Selepas datuknya meninggal dunia, Angelo telah meneruskan projek terbabit bagi mengenang jasa mendiang.

Susulan itu juga dia telah membuat beberapa video tutorial dan menghantar karangan berkaitan projeknya itu kepada beberapa laman web.

Electricity-Generating Footwear by Angelo

Hasilnya, Angelo telah memenangi beberapa pertandingan.

Apa yang unik mengenai ciptaan Angelo?

Dia telah mencipta sekeping alas kaki yang diselitkan ke dalam kasut yang mampu menghasilkan tenaga setiap kali penggunanya melangkah.

Alas kaki tersebut akan disambungkan kepada sebuah pengecas yang disorokkan di dalam kasut yang kemudiannya bertindak sebagai bank tenaga.

Gajet terbabit kemudiannya disambungkan kepada peralatan USB yang digunakan untuk mengecas sebarang peranti termasuk bateri telefon bimbit.

Angelo telah membuat ujian dengan berlari selama dua jam tanpa henti. Hasilnya adalah tenaga yang boleh digunakan selama 10 minit.

Dalam satu lagi ujian, dia telah berlari selama lapan jam dan telah berjaya mengecas sepenuhnya bateri jenis lithium ion dengan kapasiti tenaga 400 mAh.

Lebih menarik apabila dia berjaya mengecas bateri dengan hanya bermain bola keranjang untuk dua jam.

Lapik dalam kasut terbabit juga dikatakan sangat selesa.



Paling menarik apabila kos untuk menghasilkannya hanya $304 Peso (RM22) dengan penjimatan menerusi penggunaan bahan-bahan terbuang.

Ramai yang memuji kejayaaan Angelo dan berjanji untuk mengundinya supaya sebagai muncul pemenang pertandingan itu nanti.

Angelo berkata dia bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera satu hari nanti dan bekerja dengan syarikat yang menghasilkan produk baharu dan inovatif.

Sumber: Isupanaz.blogspot.com

PANAS! Penuntut UM Diarah Tinggal Exam Kerana Berpurdah!

PANAS! Penuntut UM Diarah Tinggal Exam Kerana Berpurdah!

Seorang penuntut Universiti Malaya (UM) mempertikaikan tindakan mengarahkannya keluar dari dewan peperiksaan semata-mata untuk menanggalkan purdah.

Berpurdah
Gambar hiasan.

Menerusi status yang dimuat naik di laman Facebook, penuntut tersebut menjelaskan dia bukanlah tidak boleh menerima jika undang-undang UM tidak membenarkannya berpurdah namun dia mengharapkan toleransi daripada pihak universiti agar memberikannya amaran lisan terlebih dahulu dan bukannya meminta dia keluar ketika sedang menjawab peperiksaan.

Antara luahan hatinya adalah:

Perlu ke suruh aku keluar dewan cabut purdah? Dengan alasan undang-undang UM tak membenarkan. Ok takpa. Aku boleh patuh lagipun aku pegang purdah sebagai sunat. Tapi perlu ke masa aku tengah sibuk nak menjawab suruh aku keluar?

Kenapa tak bagi amaran saja dulu: “Adik esok jangan pakai dah” atau tahan aku kat muka pintu sebelum masuk. Atau tampal notis besar-besar “NO NIQAB”.

PANAS! Penuntut UM Diarah Tinggal Exam Kerana Berpurdah! [2]

Pada masa sama, penuntut ini mempertikaikan mengapa penuntut yang berpakaian seksi tidak pula mendapat teguran atau tindakan sepertinya.

Apa pun walau di mana berada kita haruslah mengikut undang-undang yang ditetapkan selagi tidak melanggar syariat. Pada masa sama, tolak ansur sesama manusia mungkin masih boleh diamalkan selagi tidak melampaui batas.

BACA INI JUGA: Pertandingan Ratu Cantik Tapi Berpurdah!

Sumber: mynewshub

Azilah Kes Altantuya Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang!

Azilah Kes Altantuya Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang!

Kalau anda masih ingat Cif Inspektor Azilah Hadri merupakan salah seorang daripada individu yang didakwa terlibat dengan kes pembunuhan berprofil tinggi model kelahiran Mongolia, Altantuya Sharibuu.

Azilah Kes Altantuya Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang!

Azilah sekali lagi ditangkap selepas disyaki bersekedudukan dengan isteri orang di sebuah kuarters polis di Sepang, Selangor, awal pagi tadi.

Azilah yang masih bujang ditangkap berdua-duaan dengan Musliha Makrani yang juga seorang anggota polis oleh suami Musliha sendiri.

Menurut laporan polis yang dibuat suami Musliha, Azilah ditemui sedang menyembuyikan diri dalam sebuah bilik di sebalik timbunan pakaian di tepi katil.

Ketika kejadian, ketiga-tiga anak Musliha sedang tidur.

Azilah dan Musliha telah diserahkan kepada Pejabat Agama untuk tindakan lanjut. –Mynewshub.my

Laporan Polis

Tangkapan Khalwat melibatkan anggota polis wanita dan bekas pegawai polis lelaki.

(1) BBST Repot 2729/14

(2) Tarikh 19/06/14 @ 0211 hrs

(3) Pengadu RF 125660 D/Kpl Mustapa Kamal B. Hj.Kassim, JSJ Zon 3 Ippd Subang Jaya

(4) Tempat Kejadian No.14 Blok A Jalan Dedap Merah 1 Perumahan Polis Ippd Sepang Selangor.

(5) Fakta Kes

Pada jam lebih kurang 0120 hrs tarikh 19/06/2014 , semasa pengadu sampai di rumah alamat No.14 Blok A Jalan Dedap Merah 1 Perumahan Polis Ippd Sepang Bandar Baru Salak Tinggi di mana pengadu dapati pintu rumah telah di kunci daripada dalam.

Kemudian pengadu telah mengetuk pintu rumah dan selepas itu pengadu dengar suara isteri pengadu Musliha Bt.Makrani menyahut dengan perkataan sekejap.

Selepas itu , pengadu masuk ke dalam rumah dapati terdapat sebuah bantal dan belinkit/selimut terbentang di hadapan tv ruang tamu rumah dan pengadu syak sesuatu kerana isteri pengadu dalam keadaan kelam kabut.

Pengadu kemudian buat pemeriksaan bilik air dapur dan stor belakang serta bilik hadapan pengadu dapati ketiga tiga anak pengadu sedang tidur.

Selepas itu , pengadu periksa bilik tengah rumah dan selepas buka lampu telah lihat seorang lelaki melayu sedang baring pada sususan baju tepi katil.Kemudian isteri pengadu memberitahu bahawa lelaki melayu tersebut adalah kawannya.

Kemudian pengadu tangkap lelaki melayu tersebut dan isteri pengadu kerana di syakki bersekedudukan di dalam rumah dan pengadu bawa isteri dan lelaki melayu tersebut ke Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi untuk tindakan lanjut.

(6) Butir-butir tangkapan,

(6.1)
Nama Azilah B.Hadri
Kpt 760328136051
Alt No.23 Jalan Raja Udang 10 Taman Sepang Putra Sg.Pelek Sepang.
Umur 38 Tahun.
Status Bujang.
Pekerjaan Bekas Pegawai Unit Tindakan Khas Bukit Aman. G/14055

(6.2)
Nama Musliha Bt.Makrani
Kpt/No.Polis RF 137810
Alt No.14 Blok A Perumahan Polis Ippd Sepang Selangor
Umur 33 Tahun
Status Kahwin.

(7) Tindakan

Tangkapan telah di serahkan kepada Pejabat Agama untuk tindakan lanjut.

Sumber: Forum cari

La Roja Tersingkir, 5 Sebab Juara Bertahan Terkulai

La Roja Tersingkir, 5 Sebab Juara Bertahan Terkulai

Juara bertahan Sepanyol terkulai di peringkat kumpulan selepas tewas 0-2 kepada Chile dalam pertemuan Piala Dunia Kumpulan B di Stadium Maracana.

Penyokong Sepanyol kecewa

Chile yang tidak pernah menewaskan Sepanyol dalam 10 pertemuan sebelum ini memulakan perlawanan dengan lebih agresif dan mendahului hasil jaringan Eduardo Vargas pada minit ke 20.

Derita Sepanyol berganda apabila penjaga gol, Iker Casillas membuat kesilapan menampan lemah sepakan percuma Alexis Sanchez tepat ke arah Charles Aranguiz yang merembat masuk ke gawang pada minit ke 43.

Masuk babak kedua, Sepanyol cuba mencari peluang untuk merapatkan kedudukan namun Chile berjaya mengekang asakan bertalu-talu jentera serangan La Furia Roja.

Keputusan ini bermakna Belanda dan Chile menjadi dua pasukan terawal melangkah ke pusingan kalah mati.

Sepanyol pula menjadi juara bertahan ketiga gagal layak ke pusingan seterusnya selepas Perancis pada 2002 dan Itali (2010).

Berikut lima sebab mengapa juara Piala Dunia 2010 dan Euro 2012 itu gagal menyerlah kali ini.

Masih mengharapkan pemain lama

Iker Casillas

Selepas tewas 5-1 kepada Belanda, pengurusnya Vicente del Bosque terpaksa menggugurkan pemain bintang Xavi Hernandez serta Gerard Pique dan digantikan dengan Pedro Rodriguez dan Javi Martinez.

Walaupun ia dilihat untuk memperkukuhkan pasukan, ia sepatutnya dilakukan lebih awal. Koke, pemain tengah Atletico Madrid, yang penuh bertenaga dan semangat pula lewat ditampilkan dalam pasukan.

Keputusan terus memberi kepercayaan kepada penjaga gol, Iker Casillas terbukti satu kesilapan. Tambahan pula, kapten pasukan yang hebat sebelum ini bukan lagi pemain tetap untuk kelabnya Real Madrid, tetapi Del Bosque sepatutnya mempunyai banyak pilihan lain walaupun penjaga gol kedua, Victor Valdes cedera.

Pertahanan yang longgar

Carles Puyol with Spain

Jika dia dipersalahkan, Casillas juga mungkin akan menyalahkan barisan pertahanan yang sepatutnya mengawal dan melindunginya setiap kali kubu mereka diserang.

Lagipun, kejayaan Sepanyol pada 2010 dan Euro 2012 banyak bergantung kepada kehebatan pertahanannya mengekang asakan lawan.

Inspirasi Carles Puyol tiada kali ini. Gandingan pertahanan tengah, Pique and Sergio Ramos amat cemerlang beberapa tahun lalu, tetapi gagal menyerlah kali ini.

Keputusan menurunkan Javi Martinez pula terbukti gagal ketika menentang Chile. Kegagalan mengekang kepelbagaian formasi Belanda dan Chile menyebabkan Sepanyol dibolosi tujuh gol hanya dalam dua perlawanan.

Pemilihan Diego Costa

Diego Costa with Spain

Apabila Del Bosque memujuk Diego Costa mewakili negara angkatnya dan mengenepikan negara asal Brazil, amat jelas bahawa bintang Atletico Madrid itu akan menjadi pemain dalam kesebelasan utama.

Bagaimanapun, Sepanyol tidak membantu penyerang tengah itu menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan itu.

Dia seorang pemain yang memerlukan ruang setiap kali mendapat bola untuk merobek gol lawan, tetapi malangnya dia kelihatan seperti ‘dungu’ ketika berdepan dengan pertahanan Chile.

Dia tidak selesa dalam posisi itu sehingga rakyat Brazil sendiri bersorak memarahinya kerana memilih bermain untuk Sepanyol.

Gagal berubah daripada tiki-taka

Spain tiki-taka

Sepanyol tersilap langkah kerana terlalu mempercayai sistem itu yang amat berjaya dalam banyak kejohanan lalu. Corak permainan pasukan La Roja digerakkan seperti cara permainan Barcelona sehingga mencipta banyak kejayaan di bawah pengurus Pep Guardiola.

Namun, kejatuhan Barcelona dan bagaimana pasukan Bayern Munich kendalian Guardiola diratah oleh Real Madrid dalam separuh akhir Liga Juara-juara baru-baru ini, memberi isyarat bahawa era kehebatan tiki-taka telah pun berakhir.

Ia terbukti apabila rentak permainan Chile yang memberi tekanan kepada Sepanyol, menyebabkan pemainnya gagal membuat hantaran tepat dan tidak mampu mengawal bola seperti ia melekat di kaki yang selama ini menjadi kehebatan sebenar Sepanyol.

Bermain di Amerika Selatan

Maracana Fan - Spain vs Chile 2014

Pasukan Eropah memang sukar untuk menang Piala Dunia di benua Amerika dan ia tidak pernah berlaku. Kejatuhan Sepanyol sebenarnya telah bermula di Maracana setahun lalu apabila tewas 3-0 kepada Brazil dalam perlawanan akhir Piala Konfederasi dan kemerosotan berterusan ketika tewas kepada Chile.

Setiap pasukan Amerika Selatan dalam kempen kali ini mendapat sokongan daripada peminat dari benua itu. Kekalahan 5-1 kepada Belanda, menyebabkan Sepanyol memerlukan kemenangan ketika menentang Chile, tetapi penonton di Maracana menyokong Chile sehingga menyebabkan mereka seolah-olah bertarung sebagai tuan rumah. -AFP

Saksikan gol-gol menarik dalam perlawanan diantara Sepanyol dan Chile.


-Sentiasapanas.com

Wednesday, June 18, 2014

TERHOT! Peminat Ajak Nabila Huda Tukar Agama!

TERHOT! Peminat Ajak Nabila Huda Tukar Agama!

Tak sudah-sudah kisah kontroversi anak rockers Amy Search ni.

TERHOT! Peminat Ajak Nabila Huda Tukar Agama!

Lepas satu-satu ada je kisah hangat Nabila Huda yang menghiasi dunia hiburan tempatan.

Agaknya Nabila pun dah jelak dengan semua gosip yang pernah melanda dirinya sebelum ini.

Terbaharu menerusi pemerhatian penulis di laman Instagram Nabila @kupu_kupu, terdapat satu komen daripada pengikutnya yang dikenali sebagai @darianchrist

Dia mengajak aktres itu menukar agama ke agama Kristian di bawah gambarnya yang sedang berparti dengan rakan-rakan, baru-baru ini.

Tak tahulah sama ada tulisan darianchrist berbunyi, 'Hi sweetie. You look so sexy. I have a question. Can you convert to my religion? I dont think Islam is good for you. Islam is like mess you. Just follow my Jesus. Bring along your daughter. Everything is legal. Come on girl!' ini bermaksud ikhlas ataupun sekadar memerli Nabila.

TERHOT! Peminat Ajak Nabila Huda Tukar Agama! [2]

Kalau diikutkan memang status sebagai seorang ibu tunggal tidak menghalang gaya kehidupan urban yang dijalani, tapi kalau dah sampai ada orang rasa mengajak menukar agama, hmm, sendiri mahu ingatlah.

Apa pula pandangan anda?

Sumber: Mynewshub.my

PANAS! Amoi Cina Hina Ibadah Puasa?

PANAS! Amoi Cina Hina Ibadah Puasa?

Terbaru, status Facebook seorang ‘amoi’ yang dikatakan menghina ibadah puasa hangat dikongsi di laman sosial.

Esther Yeam

Apabila perkara ini tersebar maka ia menyebabkan kemarahan masyarakat Islam hingga sebilangannya bertindak menjejak amoi ini bagi memberikan sepatah dua ‘kata-kata nasihat’.

Status kontroversi itu berbunyi:

My advice to people yang akan berpuasa tidak lama nanti. Your really need to take this advice into consideration. 

Saya cadangkan kamu semua makan chewing gum semasa berpuasa kerana kalau tidak buat macam itu, nafas kamu sangat berbau dan sangat menganggu orang sekitar. 

Sangat mengarut mengikut ajaran agama sehingga menyusahkan orang sekitar. Nonsense.

Bagaimanapun, Islam sebenarnya mengajar umat agar bersabar dan tidak mudah mengikut nafsu amarah.

Sepatutnya siasat dahulu setiap berita yang diterima sebelum bertindak mengikut perasaan termasuk memaki hamun manusia lain.

Dalam kes ini misalnya, amoi yang dikaitkan dengan status ini iaitu Esther Yeam telah membuat laporan kepada polis dan SKMM menyatakan dia tidak ada kena mengena dan tidak pernah memuat naik status tersebut.

Esther Yeam Buat Laporan Polis

Sebaliknya dia percaya gambar dan profil Facebook palsu berupa dirinya telah digunakan individu tertentu untuk melakukan perbuatan ini.

Justeru, Esther meminta agar dirinya dan keluarga tidak lagi diganggu.

Esther Yeam Nafi Hina Ibadah Puasa

Komen kawan-kawan Esther di laman Facebooknya juga membayangkan mereka tidak percaya dia melakukannya.

Esther Yeam [4]

Apa pun, laporan telah dibuat maka kita tunggu sajalah keputusannya.

Sekiranya benar ada individu lain yang terlibat maka orang itu adalah sejahat-jahat manusia kerana sudahlah menghina Islam, dianiaya pula orang lain untuk memikul akibat perbuatannya. Sumber: Mynewshub.my

Minuman Memualkan Dari Jari Kaki Manusia!

Minuman Memualkan Dari Jari Kaki Manusia!

Walaupun bunyinya seperti kotor dan menjijikkan, namun itulah antara menu yang terdapat di Hotel Downtown, Downson City, Kanada.

Sourtoe Cocktail

Jika anda berani untuk mencuba, pelanggan boleh memilih apa juga jenis minuman dan kemudiannya dicampurkan dengan ibu jari kaki manusia sebagai bahan penambah rasa yang sangat luar biasa.

Minuman pelik ini diberi nama, Sourtoe Cocktail! Ideanya bermula pada bulan September 1973, apabila seorang kapten kapal tempatan, Dick Stevenson, menemui sepotong ibu jari kaki manusia terpelihara di dalam sebuah balang berisi air jeruk.

Beliau kemudiannya mengambil jari kaki tersebut lalu dimasukkan ke dalam segelas minuman beralkohol miliknya. Maka, dari situ terciptalah menu memualkan itu.

Sourtoe Cocktail - Capt Dick Stevenson

Kini, usia minuman tersebut sudah mencecah lebih 40 tahun. Dalam tempoh itu, Sourtoe Cocktail Club telah ditubuhkan dengan keahlian hampir 100 ribu orang dan lebih daripada 60 ribu orang dari seluruh dunia telah mencuba hidangan ini.

Harga menu ini ialah USD$5 (RM16.45). Jika ingin memesannya, pelanggan diwajibkan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Caranya, pesan minuman yang dikehendaki. Selepas menerima segelas air berisi ibu jari, pelanggan boleh memilih sama ada hendak meminumnya dngan cepat atau dengan perlahan-lahan. Dengan syarat, ibu jari kaki yang mengerikan itu perlu menyentuh bibir setiap kali meneguk minuman. Mana-mana pelanggan yang tertelan jari kaki akan dikenakan denda sebanyak US$500.

Pernah terjadi seorang pelanggan menelan jari kaki dalam minumannya. Kejadian itu berlaku pada bulan Ogos 1980 apabila seorang lelaki bernama Josh dari New Orleans, tiba-tiba membayar denda tanpa diminta sebelum berlalu pergi. Rupa-rupanya dia telah menelan 'penambah rasa' itu dengan sengaja.

Sejak itu, denda telah dinaikkan kepada US$2,500 kepada mana-mana individu yang sengaja menelannya. Namun, nasib mereka juga sentiasa baik kerana sejak kes pertama, sudah 12 ribu ibu jari kaki dari individu berbeza telah digunakan untuk menu tersebut.

Selain ditelan, ada juga kes ibu jari kaki hilang dan mereput. Tapi, pihak mereka sentiasa dapat mencari seseorang yang mahu mendermakan jari kaki baru.

Sourtoe Cocktail Wanted

Siapakah empunya jari-jari kaki ini? Berdasarkan rekod yang dicatatkan, jari pertama yang digunakan dalam minuman yang meloyakan ini disahkan milik seorang lelaki bernama Louie Liken. Dia bersama adiknya, Otto, dikatakan telah mengembara ke Artik dengan menaiki kereta gelongsor sekitar tahun 1920an.

Akibat terdedah kepada cuaca sejuk melampau, jari kaki Liken mengalami gangren dan terpaksa dipotong. Jari kaki Liken yang telah dipotong kemudiannya diletakkan di dalam bekas berisi alkohol dan dijadikan sebagai bahan utama untuk minuman Sourtoe Cocktail.

Jari kaki kedua pula telah didermakan oleh Lawrence of Fort Saskatchewan. Wanita dari Alberta, Kanada ini mendermakan jari kaki tengahnya yang telah dipotong 13 tahun lalu akibat kanser dan disimpan dalam baang garam di Hotel Downtown. Bagaimanapun, balang tersebut hilang selepas bar hotel melakukan pengubahsuaian.

Sourtoe Cocktail [2]

Selepas kehilangan itu, pada tahun 1982, seorang lelaki dari Faro, sebuah bandar yang terletak di Portugal, telah menghantar ibu jarinya kepada Kapten Dick Stevenson. Ia dipotong akibat gangren, namun ia juga dilaporkan hilang.

Jari ketiga dan keempat pula dihantar oleh penderma tanpa nama. Tidak lama kemudian, tiga orang wanita menyumbangkan jari kaki mereka selepas dibedah akibat penyakit diabetes. Mereka membawa jari kaki masing-masing ke Dawon City dari Sudbury, Ontario, selepas terbaca tentang Sourtoe dalam sebuah akhbar tempatan.

Sejurus itu, pihak hotel menerima satu lagi balang alkohol berisi ibu jari. Penderma yang kelapan menghantar kiriman tersebut bersama mesej bertulis, 'Jangan memakai selipar semasa memotong rumput'.

Setiap jari kaki yang diterima daripada penderma akan disteril dengan alkohol dan disimpan dalam bekas berisi garam. Proses itu dilakukan sehingga jari kaki benar-benar boleh terapung dalam minuman dan menyentuh bibir pelanggan yang berani.

Persoalannya, tidak memudaratkankah jika seseorang meminum air dengan rendaman jari kaki manusia?



Pakar perubatan dari UH Case Medical di Cleveland, Dr. Robert Truax, berkata kuman akan mati jika jari kaki yang telah dipotong diletakkan dalam rendaman cecair beralkohol tinggi.

Penyakit-penyakit berbahaya seperti Hepatitis dan HIV tidak akan berjangkit sekiranya darah pada jari kaki tersebut telah dipastikan benar-benar sudah cukup kering.

Sungguhpun begitu, dari sudut kesihatan pula, ia diakui tidak memberi apa-apa manfaat kepada tubuh.

Apa yang dibimbangkan ialah, ia mungkin boleh mendatangkan kemudaratan kepada peminumnya jika jari kaki tidak disteril dengan betul.

Oleh itu, jalan terbaik ialah dengan tidak mencubanya..

-Sentiasapanas.com

NGERI! Amah Tercucuk Besi Pagar Tembus Punggung!

NGERI! Amah Tercucuk Besi Pagar Tembus Punggung!

Gambar mengerikan seorang wanita tertusuk besi pagar di punggung kini berlegar di media sosial yang didakwa seorang pembantu rumah yang cuba lari daripada majikan dengan memanjat pintu pagar besi di sebuah rumah di Ulu Klang, Selangor.

Tercucuk Besi

Namun cubaan wanita tersebut dikatakan tidak berjaya apabila bilah besi pagar tercucuk di punggung membuatkan dia terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun setakat ini, kesahihan penyebaran cerita di sebalik gambar di atas masih belum dapat disahkan.

Henti hantar ke negara seksa rakyat Indonesia

Henti hantar ke negara seksa rakyat Indonesia

Sementara itu, Calon naib presiden Indonesia, Jusuf Kalla menegaskan jika terpilih memegang jawatan kedua tertinggi negara itu, beliau tidak akan membenarkan tenaga kerja Indonesia (TKI) dihantar bekerja di negara yang memperlakukan sesuka hati terhadap mereka.

Jusuf yang berpasangan dengan calon presiden, Joko Widodo atau Jokowi pada Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden 9 Julai depan, berkata beliau sedia maklum banyak negara yang menafikan hak TKI termasuk menyiksa dan memberi gaji rendah.

"Kita harus menghentikan penghantaran (TKI) ke negara-negara yang menyiksa mereka," katanya semasa menemui bakal TKI di Malang, Jawa Timur pada Selasa.

Beliau yang juga bekas naib presiden Indonesia, berkata kerajaan sangat menghargai penat lelah TKI dalam mencari rezeki di negara lain.

Justeru, Jusuf memberi jaminan jika beliau dan Jokowi terpilih pada pemilu akan datang, beliau berjanji akan meningkatkan ekonomi negara, antaranya dengan tumpuan terhadap pembangunan infrastruktur dan memberi insentif kepada industri.

Perkara tersebut, beliau berkata akan dapat meningkatkan peluang pekerjaan sekali gus rakyat tidak perlu bekerja di luar negara untuk menambah sumber pendapatan mereka.

"Apabila itu semua seimbang, pasti kita tidak ingin mengirim tenaga kerja ke luar. Kita tidak ingin suami isteri terpisah jauh kerana bekerja. (Kalau pun perlu bekerja) harus dengan persiapan yang baik," katanya.

Jusuf berkata jika perlu bekerja di luar negara, rakyat Indonesia tidak hanya menjadi pembantu rumah sebaliknya mereka yang dihantar itu adalah tenaga kerja mahir yang memiliki daya saing tinggi.

"Kalau ke luar negeri juga harus belajar. Kenapa Taiwan maju, kenapa Hong Kong maju, Korea maju, bagaimana penelitiannya, kejujurannya...itu menjadi modal besar," katanya. -Bernama

BACA INI JUGA: Amah Lambung Dan Hempas Budak Di Penjara

-Sentiasapanas.com