Thursday, June 19, 2014

PANAS! Penuntut UM Diarah Tinggal Exam Kerana Berpurdah!


Seorang penuntut Universiti Malaya (UM) mempertikaikan tindakan mengarahkannya keluar dari dewan peperiksaan semata-mata untuk menanggalkan purdah.

Berpurdah
Gambar hiasan.

Menerusi status yang dimuat naik di laman Facebook, penuntut tersebut menjelaskan dia bukanlah tidak boleh menerima jika undang-undang UM tidak membenarkannya berpurdah namun dia mengharapkan toleransi daripada pihak universiti agar memberikannya amaran lisan terlebih dahulu dan bukannya meminta dia keluar ketika sedang menjawab peperiksaan.

Antara luahan hatinya adalah:

Perlu ke suruh aku keluar dewan cabut purdah? Dengan alasan undang-undang UM tak membenarkan. Ok takpa. Aku boleh patuh lagipun aku pegang purdah sebagai sunat. Tapi perlu ke masa aku tengah sibuk nak menjawab suruh aku keluar?

Kenapa tak bagi amaran saja dulu: “Adik esok jangan pakai dah” atau tahan aku kat muka pintu sebelum masuk. Atau tampal notis besar-besar “NO NIQAB”.

PANAS! Penuntut UM Diarah Tinggal Exam Kerana Berpurdah! [2]

Pada masa sama, penuntut ini mempertikaikan mengapa penuntut yang berpakaian seksi tidak pula mendapat teguran atau tindakan sepertinya.

Apa pun walau di mana berada kita haruslah mengikut undang-undang yang ditetapkan selagi tidak melanggar syariat. Pada masa sama, tolak ansur sesama manusia mungkin masih boleh diamalkan selagi tidak melampaui batas.

BACA INI JUGA: Pertandingan Ratu Cantik Tapi Berpurdah!

Sumber: mynewshub

2 comments

  1. eh satu menjadi persoalan saya ..um ni u kat malysiakan?
    bukan kat british...usa.. hawai ke?
    bertolenrasi tu bgus.. sebenarnya tindakan bdak tu betul jugak..sbab kenapa x
    bagi notis awal or sebulum nak msuk dewan bg tau.. bolehla dia bkak.. ni tgh exam
    bg tau..bleh tergangu nak jawap periksa.. :)
    tapi betulke kisah ni...pihak yg berpatut kena kluar stement utk isu ni..sama ada betul atau tidak :P

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon