Wednesday, June 18, 2014

TERHOT! Peminat Ajak Nabila Huda Tukar Agama!

TERHOT! Peminat Ajak Nabila Huda Tukar Agama!

Tak sudah-sudah kisah kontroversi anak rockers Amy Search ni.

TERHOT! Peminat Ajak Nabila Huda Tukar Agama!

Lepas satu-satu ada je kisah hangat Nabila Huda yang menghiasi dunia hiburan tempatan.

Agaknya Nabila pun dah jelak dengan semua gosip yang pernah melanda dirinya sebelum ini.

Terbaharu menerusi pemerhatian penulis di laman Instagram Nabila @kupu_kupu, terdapat satu komen daripada pengikutnya yang dikenali sebagai @darianchrist

Dia mengajak aktres itu menukar agama ke agama Kristian di bawah gambarnya yang sedang berparti dengan rakan-rakan, baru-baru ini.

Tak tahulah sama ada tulisan darianchrist berbunyi, 'Hi sweetie. You look so sexy. I have a question. Can you convert to my religion? I dont think Islam is good for you. Islam is like mess you. Just follow my Jesus. Bring along your daughter. Everything is legal. Come on girl!' ini bermaksud ikhlas ataupun sekadar memerli Nabila.

TERHOT! Peminat Ajak Nabila Huda Tukar Agama! [2]

Kalau diikutkan memang status sebagai seorang ibu tunggal tidak menghalang gaya kehidupan urban yang dijalani, tapi kalau dah sampai ada orang rasa mengajak menukar agama, hmm, sendiri mahu ingatlah.

Apa pula pandangan anda?

Sumber: Mynewshub.my

Sunday, September 22, 2013

Nabila Huda Tayang Kekasih Baru

Nabila Huda Tayang Kekasih Baru

Sejak kebelakangan ini, aktres popular, Nabila Huda, muncul dengan pelbagai kisah sensasi.

Nabila Huda

Selain kisah cinta, kemalangan, serta hubungan dingin dengan bekas suami serta bapanya sendiri, pelakon Julia dan Teduhan Kasih ini kembali memanaskan atmosfera seni apabila gambar mesranya bersama seorang jejaka tersebar.

Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Nas T dan dia juga dikaitkan dengan beberapa pelakon lain seperti Johan Ashari dan Syazwan Zulkifli, anak kepada penyanyi rock terkenal Amy Search ini, dilihat mudah mencari penggantinya.

Jika dihitung, hubungannya dengan Nas T baru saja berakhir tiga bulan lalu. Tetapi sudah muncul gambar mesranya bersama jejaka yang didakwa berasal dari Singapura. Ini pastinya mengejutkan ramai peminat.

Nabila yang dihubungi Zass, mengaku dirinya sudah penat untuk melayani setiap kontroversi yang datang.

"Saya tak nak komen apa-apa lagi. Cukuplah saya dah penat. Lagipun sekarang saya nak tumpu pada penggambaran," ujar Nabila yang kini sedang menjalani penggambaran Dia Suamiku.

Sementara itu, Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) ini turut memberi respons menerusi Twiterr mengenai laporan sebuah blog bahawa kawan rapatnya sudah menjauhkan diri daripadanya lantaran perubahannya itu.

“Siapa pula kawan baik yang kini menjauhkan diri setelah Nabila berubah? Kawan baik saya hanya @niesakhalil dan masa kecil @farakidal. Saya tidak mempunyai kawan yang kini menjauh itu. Niesa masih bersama saya dan Fara sudah berkahwin.

“Jadi, tolong berhenti bercakap benda salah itu. Kalau boleh tanya saya secara peribadi dan baru tulis. Bukan tulis baru tanya.

“Saya bukannya marah, kamu boleh tanya saya bila-bila masa sebelum menulis kerana ini bukan cara yang betul, biasakan diri untuk bertanya dan tulis,” kata Nabila dalam laman Twitter miliknya.

Sumber: Sinar Online

Friday, September 13, 2013

Saya Sayang Papa - Nabila Huda

Saya Sayang Papa - Nabila Huda

Tidak berniat untuk mengetepi atau melupakan ayahnya, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, aktres Nabila Huda enggan menggunakan media bagi menyelesaikan konflik yang berlaku antara mereka.

Nabila Huda

"Saya sayang papa, juga keluarga saya. Jika benarlah dakwaan saya melupakan beliau, saya fikir biarlah perkara itu diselesaikan antara kami anak-beranak bukan menggunakan platform media sebagai mencari penyelesaiannya," ujar Nabila seperti dipetik dari Harian Metro.

(Baca: Ditelan Mati Emak Diluah Mati Bapa - Nabila Huda)

Konflik ini tercetus berikutan kenyataan daripada isteri Amy Search, Norhasniza Hassan atau dikenali sebagai Nourish yang memberitahu bahawa suaminya tersinggung selepas aktres berusia 29 tahun itu tidak pulang menjenguknya pada Aidilfitri baru-baru ini.

Malah kejadian kemalangan yang menimpa Nabila dan anaknya, Keisha Laila, 4, pada Ahad lalu dikatakan adalah petunjuk kecil kerana sebelum ianya berlaku, lagenda rock negara itu telah berdoa agar aktres itu diberikan pengajaran.

SMS Maaf Nabila Di Pagi Raya Tak Dibalas Amy


Aktres, Nabila Huda akui tiada niat untuk membelakangi bapanya, yang juga penyanyi rock lagenda, Amy Search ketika Syawal lalu sebaliknya dia akui sukar untuk membuat pilihan dengan siapa dia perlu menyambut Hari Raya selepas turut menerima undangan daripada ibu kandungnya sendiri yang mengajaknya beraya di Klang.

Nabila Huda berkata selepas bingung memikirkan di mana dia harus pulang menyambut Syawal, dia akhirnya mengambil keputusan untuk menyambutnya di Singapura bersama rakan-rakannya.

“Sebenarya saya mendapat undangan dari mama (ibu kandung) untuk menyambut raya bersamanya di Klang, tetapi dalam waktu yang sama saya teringin untuk beraya di Johor bersama papa (Amy Search).

“Dek kerana sukar untuk membuat pilihan di antara kedua-duanya, akhirnya saya pun memilih untuk bertukar angin dan beraya di negara jiran, Singapura bersama rakan-rakan saya. Boleh tahan meriah juga sambutan di sana,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi

Nabila berkata demikian setelah diminta mengulas mentenai kenyataan ibu tirinya, Nourish Hassan dalam artikel murai.com.my terdahulu. Dalam kenyataan itu. Nourish memberitahu, suaminya, Amy Search berkecil hati terhadap Nabila Huda kerana tidak pulang beraya berjumpa dengan bapanya.

Bagaimana pun, Nabila Huda akui dia masih tidak melupakan kedua-dua ibu bapanya, apatah lagi mengucapkan Selamat Hari Raya serta meminta maaf di pagi raya menerusi panggilan telefon.

Namun Nabila memberitahu panggilan serta SMS (pesanan ringkas) yang dihantarnya kepada Amy Search tidak dibalas sehingga kini.

“Di pagi raya saya juga berasa sebak juga bila mengenangkan mama dan papa di kampung halaman masing-masing. Saya ada telefon mama untuk ucap selamat hari raya dan minta maaf, begitu juga dengan papa.

“Tapi panggilan yang saya buat untuk papa gagal. Jadi, saya pun menghantarkan SMS kepadanya untuk mengucapkan selamat hari raya dan meminta maaf daripadanya, tetapi SMS saya pun tidak dibalasnya.

“Tapi, tak mengapa kerana jika diizinkan Tuhan, saya dan Keisha boleh sambut raya bersama mereka di tahun akan datang, Insya Allah,” luahnya lagi.

Syazwan Kesal Dituduh Bercinta Dengan Nabila

Syazwan Zulkifli

Sementara itu, aktor Syazwan Zulkifli yang memandu kereta semasa kejadian menafikan dia bercinta dengan Nabila dan kesal dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia mabuk ketika kemalangan itu berlaku.

Syazwan mempersoalkan motif peminat menyebarkan dakwaan itu sedangkan mereka keluar bersama kerana memenuhi tuntutan tugas dalam mempromosikan drama lakonan mereka berjudul Jodoh Itu Milik Kita yang kini sedang hangat ditayangkan di Astro Mustika HD.

“Hanya kerana kemalangan itu, peminat sesuka hati membuat spekulasi sedangkan kami memang akrab. Saya mula berkawan dengan Abil sejak dia baik dengan Johan. Takkanlah disebabkan kami terbabit dalam kemalangan, dengan mudahnya kami dituduh bercinta,” katanya memetik laporan Berita Harian, kelmarin.

Selain itu, dia juga membidas tuduhan mengatakan dirinya mabuk ketika kejadian malang itu berlaku.

“Secara logik, takkanlah saya mabuk pada siang hari apatah lagi saya membawa nyawa orang dalam kereta,” katanya lagi.

Ekoran kejadian malang itu, aktor yang popular menerusi drama rantaian Juvana ini telah mengambil cuti selama seminggu sebelum kembali ke pentas lakonan seperti biasa.

-Mynewshub/Yahoo/Murai

Thursday, September 12, 2013

Ditelan Mati Emak Diluah Mati Bapa - Nabila Huda

Ditelan Mati Emak Diluah Mati Bapa - Nabila Huda

Atau itu kesimpulan yang kami dapat dari membaca kenyataan balas Nabila Huda tentang dakwaan ibu tirinya, Nourish Hassan yang mana Amy Search kecewa apabila pelakon itu tidak pulang beraya baru baru ini. Mungkin tersalah baca.

Nabila Huda

Nabila Huda mendakwa yang sebelum tibanya Aidilfitri lalu, beliau menerima undangan untuk menyambut hari mulia itu dari ibu kandungnya di Klang dan juga bapanya Amy Search yang pulang ke kampung di Johor. Dan, beliau bingung untuk membuat keputusan.

“Dek kerana sukar untuk membuat pilihan di antara kedua-duanya, akhirnya saya pun memilih untuk bertukar angin dan beraya di negara jiran, Singapura bersama rakan-rakan saya. Boleh tahan meriah juga sambutan di sana,” ujar Nabila Huda kepada portal Murai.

Pelakon drama bersiri Teduhan Kasih ini juga berkata yang beliau ada menghantar SMS untuk mengucapkan selamat hari raya dan memohon maaf kepada Amy Search tetapi sehingga ke hari ini tiada berbalas — selain gagal untuk menembusi talian telefon bapanya itu.

“Tapi, tidak mengapa kerana jika diizinkan Tuhan, saya dan Keisha boleh sambut raya bersama mereka di tahun akan datang,” tambahnya lagi.

Amy Search Sedih Bila Nabila Huda Tidak Balik Beraya

Nabila Huda

Nampaknya ada kisah di’sebalik kenyataan Amy Search yang mengatakan kemalangan menimpa Nabila Huda dan anaknya, Keisha merupakan petanda kecil dari Tuhan untuk diri anaknya itu.

Isteri Amy Search dan juga ibu tiri Nabila Huda, Nourish Hassan mendedahkan yang suaminya itu pernah meluahkan rasa sedih selepas anaknya itu tidak pulang beraya pada Aidilfitri yang lalu.

“Sebagai isteri, saya tahu isi hati sebenar abang Amy yang berkata sedemikian rupa terhadap anaknya itu. Mungkin segalanya berpunca daripada sikap Nabila sendiri yang hingga kini tidak pulang beraya dan mengirimkan sebarang pesanan SMS Aidilfitri memohon maaf.

“Pagi sebelum kemalangan terjadi, abang Amy ada meluahkan kesedihan dan bertanya adakah Nabila sudah lupakan dia selepas berada di puncak kerjaya sebagai artis”

“Abang Amy sudah berusia 55 tahun dan bapa mana yang tidak berkecil hati jika anak tidak mengingatnya langsung pada hari raya”

“Dia juga berdoa agar Allah tunjukkanlah sedikit pengajaran terhadap anaknya itu. Saya harap dengan apa yang terjadi, Nabila sedikit-sebanyak akan berubah,” cerita Nourish.

Menurutnya lagi, Amy Search sangat berkecil hati apabila Nabila Huda tidak pulang berhari raya ke rumah tetapi rela meluangkan masa di rumah rakannya di Singapura. -Rotikaya

Wednesday, September 11, 2013

Nabila Huda Kecewa Kenyataan Amy Search

Nabila Huda Kecewa Kenyataan Amy Search

Seperti yang kita semua sedia maklum, pelakon Nabila Huda terlibat dengan kemalangan jalan raya pada Ahad lalu di Lebuhraya Karak dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.


Bermacam-macam cerita timbul selepas itu, termasuk luahan hati bekas suaminya yang sedikit beremosi dengan insiden tersebut selain kenyataan yang dikeluarkan ayah Nabila, Amy Search di sebuah portal hiburan semalam.

Amy Search mengatakan mungkin musibah ini sebagai satu petunjuk kecil dari Allah untuk Nabila.

Ini berikutan Amy meluahkan perasaan kecil hatinya apabila anaknya itu langsung tidak menjenguknya sepanjang Aidilfitri lalu dan lebih sanggup terbang ke Singapura untuk beraya bersama kenalannya di sana.

Menerusi laman Twitter aktres itu dapat dilihat dia seakan kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seseorang namun tidak dapat dipastikan individu mana yang Nabila maksudkan.

Nabila menulis, “Astarfirullahalazim..Ya Allah..What a statement..Sampai hati..Terima kasih..Dah biasa dah hadap benda ni sorang..All good..”.


Selain itu, aktres berbakat besar ini juga memberikan ucapan terima kasihnya kepada semua yang mendoakan kesihatan serta kesejahteraan diri serta anaknya, Keisha Laila akibat kejadian yang menimpanya itu.

Minta Allah 'Tunjuk Pengajaran'

Kenyataan rockers Amy Search sebelum ini yang mengatakan kemalangan melibatkan anaknya, Nabila Huda merupakan petanda kecil dari Tuhan, ada kisah di sebaliknya.

Ini kerana menurut isteri Amy yang juga ibu tiri Nabila, Nourish Hassan mendedahkan suaminya pernah meluahkan rasa sedih dan kecewa selepas Nabila tidak pulang menjenguknya pada sambutan Aidilfitri lalu.

“Sebagai isteri, saya tahu isi hati sebenar abang Amy yang berkata sedemikian rupa terhadap anaknya itu. Mungkin segalanya berpunca daripada sikap Nabila sendiri yang hingga kini tidak pulang beraya dan mengirimkan sebarang pesanan SMS Aidilfitri memohon maaf,” katanya yang dipetik menerusi portal Murai.

Nabila pada Aidilfitri lalu telah beraya di rumah kenalannya di Singapura melalui gambar yang dikongsikan menerusi laman Instagramnya sehingga membuatkan Amy kecil hati dengan perbuatan anaknya itu.

“Dia juga berdoa agar Allah tunjukkanlah sedikit pengajaran terhadap anaknya itu. Saya harap dengan apa yang terjadi, Nabila sedikit sebanyak akan berubah,” ujar Nourish lagi.

Insiden yang berlaku pada petang Ahad lalu telah mengakibatkan anak Nabila, Keisha Laila, 4, mengalami kecederaan di tangan kiri selain Nabila cedera di telepak kaki serta kecederaan tulang belakang.

Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu pelakon Syazwan Zulkifly dikatakan terbabas dan terbalik di Lebuhraya Karak selepas mereka terlibat dalam satu acara hiburan di Kuantan, minggu lalu.

-Mynewshub

Tuesday, September 10, 2013

Amy Search Lega Cucu Hanya Cedera Ringan Dalam Kemalangan

Amy Search Lega Cucu Hanya Cedera Ringan Dalam Kemalangan

Selepas pelbagai laporan mengatakan anak perempuan kepada aktres Nabila Huda, Keisha Laila, 4, dilaporkan patah tangan kiri akibat kemalangan di Kilometer 71 Lebuhraya Pantai Timur arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.

Nabila Huda
Anak Nabila Huda retak tangan kiri.

Penyanyi rock yang merupakan datuk kepada Keisha, Amy Search tampil menafikan berita tersebut yang tersiar di internet.

Dipetik dari laporan mStar, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menjelaskan Keisha hanya mengalami retak pada bahagian tangan kiri, manakala anaknya pula hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Bentong, Pahang.

"Alhamdulillah, keadaan cucu saya tidak membimbangkan cuma mengalami retak pada tangan dan bukannya patah. Nabila juga hanya mengalami kecederaan ringan pada kakinya akibat terkena kaca yang pecah," ujarnya.

Nabila dan Keisha yang dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri acara Karnival Planet Gempak Astro di Kuantan, Pahang terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 3.30 petang Ahad selepas kenderaan empat pacuan roda Mitsubishi Triton yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

Dalam satu laporan Harian Metro, Nabila memberitahu kejadian tersebut berlaku dengan pantas dan tidak sedar kerana sedang tidur.

Nabila turut memberitahu dia menumpang kereta aktor Syazwan Zulkifly yang memandu ketika kejadian berlaku kerana mereka terbabit dalam promosi drama "Jodoh Itu Milik Kita" di acara tersebut.

"Saya terjaga selepas mendengar dentuman berlaku dan menyedari anak saya tercampak keluar. Saya keluar dari kereta dan berlari mendapatkan Keisha. Mujurlah semua kenderaan berhenti ketika itu," kata Nabila.

Sementara itu, bekas suami Nabila, Zaidi Zailani menerusi laman Twitter memberitahu anak perempuannya kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Damansara dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. [Sumber]

Monday, September 09, 2013

Anak Nabila Huda Tercampak Dari Kereta Dalam Kemalangan!

Anak Nabila Huda Tercampak Dari Kereta Dalam Kemalangan!

“Saya tidak mengalami sebarang kecederaan serius, hanya luka kecil di bawah telapak kaki dan sudahpun menerima jahitan di Hospital Bentong, semalam.

Nabila Huda

“Maaf saya tidak boleh ingat berapa jarum jahitan yang diberikan doktor kerana saya lebih risaukan keadaan anak saya sekarang,” kata pemegang trofi Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012), Nabila Huda Suhaimi, 29.

Nabila dihubungi semalam mengesahkan kemalangan yang menimpanya kira-kira jam 4 petang itu. Dia dan anaknya Keisha Laila, 4 tahun, serta pelakon Shazwan Zulkifli dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri acara Karnival Planet Gempak Astro yang diadakan di Kuantan, Pahang.

Sewaktu memintanya menceritakan pengalaman mencemaskan itu, Nabila berkata, kejadian berlaku sepantas kilat malah tidak dapat mengingatinya kerana sedang tidur.

“Saya duduk di bangku penumpang. Bagaimanapun ketika kejadian berlaku saya sedang tidur.

“Rakan artis, Shazwan Zulkifli yang memandu kereta berkenaan.

Saya menumpang keretanya kerana kami sama-sama terbabit dalam promosi drama Jodoh Itu Milik Kita untuk saluran Mustika HD di Karnival Planet Gempak Astro.

“Saya terjaga selepas mendengar dentuman berlaku dan menyedari anak saya tercampak keluar. Saya keluar dari kereta dan berlari mendapatkan Keisha (anak). Mujurlah semua kenderaan berhenti ketika itu,” kata Nabila dengan nada sebak.

Sambungnya lagi, “Keisha mengalami bengkak di tangan dan luka di kepala. Yang merisaukan saya adalah Keisha kerana dia mungkin mengalami hentakan di kepala selain terdapat banyak luka kecil ekoran cermin belakang kereta pecah.

Nabila Huda

“Sekarang ini saya masih menantikan keputusan X-Ray yang dibuat dibahagian kepala Keisha. Sementara, X-Ray di badan sudah dilakukan dan doktor memaklumkan Keisha tidak apa-apa,” katanya.

Selepas mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Bentong, Nabila membawa anaknya pulang untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Damansara Specialist dengan bantuan seorang teman yang membawanya pulang ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohd Mansor Mohd Noor berkata, kejadian terbabit berlaku di Kilometer 71 Lebuhraya Pantai Timur dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.

“Kenderaan yang dinaiki pelakon berusia 29 tahun terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

“Ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Suami pelakon itu, Zaidi Zailani menerusi laman Twitternya memaklumkan anak perempuan mereka kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Damansara, di sini, dan dilaporkan stabil.

Gambar daripada Twitter bekas suami Nabila, Zaidi Zailani menunjukkan Keisha Laila, 4, cedera dan dirawat di hospital swasta.

Bekas Suami Nabila Luah Kekecewaan

Syazwan Zulkifly

Susulan kemalangan yang melibatkan pelakon Nabila Huda, anaknya, Keisha Laila dan pelakon siri Juvana, Syazwan Zulkifly, bekas suami kepada aktres itu, Zaidy Zailani meluahkan rasa kesal dan kecewanya dengan insiden tersebut di laman Twitternya.

Zaidy menyatakan dia tidak pernah membawa anak tunggalnya itu pergi ke tempat kerja kerana takut dan risau kejadian seumpama itu akan berlaku.

Akibat kemalangan di Lebuhraya Karak itu, Keisha dilaporkan tercampak keluar daripada kereta model Mitsubishi Triton yang dipandu oleh Syazwan.

Antara yang ditulis oleh Zaidy ialah, “tak tahulah apa nak cakap. Aku kerja tak bawa anak, dekat ke jauh ke, semua tempat yang patut aku bawa tapi aku tak bawa sebab fikir risiko”.


“Sebab itu juga aku suka Keisha dekat rumah dan aku sentiasa berjaga-jaga sebelum benda jadi,” tulisnya lagi.


Mungkin Zaidy perlu lebih terbuka menerima takdir serta qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa.

Penulis percaya, Nabila pun tidak minta kemalangan berlaku, tapi yelah benda dah jadi.

Apa yang lebih penting, sama-sama doakan semua yang terlibat akan segera sembuh seperti sedia kala.

-Hmetro/Mynewshub