Saturday, May 31, 2014

Alangkah Mudahnya Menjadi Kaya

Alangkah Mudahnya Menjadi Kaya

Redhalah dengan apa yang telah Allah kurniakan maka kamu akan menjadi manusia yang paling kaya.

Menjadi Kaya

Kegembiraan hakiki adalah apabila dia redha dengan apa yang telah Allah kurniakan kepadanya. Sabar dikala tertimpa kesusahan.

Redha adalah pagar yang menjaga seorang mukmin di saat huru-haranya keadaan. Ia merupakan taman bunga yang subur, yang menjadi tempat berteduh seorang mukmin tatkala dia ditimpa musibah. Itulah kebahagiaan hakiki.

Kerana manusia yang lain dikurniakan untung di dunia, sedang dia miskin jiwa dan perasaan. Akan tetapi redhanya telah membuatkan dia tenang dan bahagia.

Dan kerana itulah Rasulullah SAW berkata, "Redhalah dengan apa yang telah Allah kurniakan maka kamu akan menjadi manusia yang paling kaya".

Maka sesiapa yang berasa cukup dengan apa yang Allah kurniakan dan tidak mengejar apa yang ada pada tangan orang lain, itulah tanda redha dan qanaah.

Menjadi Kaya dengan Bersyukur

Sesiapa yang tidak redha dan qanaah, tidak pernah akan berasa kenyang dan berpuas hati.

Sesungguhnya pada redha itu kemuliaan, kekayaan dan kebebasan.

BACA INI JUGA: Perkara Biasa Yang Sebenarnya Luar Biasa

-Sentiasapanas.com

Mesej Tersembunyi Di Sebalik Logo-logo Terkenal

Mesej Tersembunyi Di Sebalik Logo-logo Terkenal

Logo-logo yang dihasilkan bukan sahaja digunakan untuk mewakili sesebuah syarikat malah dicipta dengan mempunyai makna yang tersembunyi yang tidak mampu dikesan sekiranya dipandang buat kali pertama.

Kalau nak tahu apa makna tersebut, jom baca:

Wikipedia

Wikipedia

Glob Wikipedia yang tidak lengkap itu menggambarkan sifat Wikipedia sendiri yang sentiasa berkembang dan berubah.

MacRumors

MacRumors

Blog Apple yang paling banyak dibaca di internet memberikan satu jawapan kepada sesiapa yang melihatnya. Jika diperhatikan betul-betul, disebelah kanan gambar epal itu sebenarnya adalah satu lambang tanda tanya.

Cisco

Cisco

Garisan vertikel dikatakan adalah untuk mewakili signal digital dan juga Jambatan Golden Gate di San Francisco. Malah nama Cisco itu sendiri dikatakan diambil dari perkataan San Francisco.

Dell

Dell

Huruf E dalam logo Dell berpusing ke tepinya sebagai mewakili hasrat pengasasnya, Michael Dell untuk 'mengubah dunia'. Ada juga pendapat mengatakan yang ia melambangkan cakera liut.

San Microsystem

San Microsystem

Mengikut logo lama sebelum syarikat ini diambil alih oleh Oracle, ia mengandungi bahagian segi empat sama yang mana perkataan 'Sun' boleh dibaca dari mana-mana arah.

Sony Vaio

Sony Vaio

Dua huruf pertama iaitu V dan A disusun untuk mewakili analog asas signal. Manakala huruf I dan O pula adalah untuk membawa maksud seperti nombor 1 dan 0 yang mewakili kod digital binary.

NBC

NBC

Salah satu logo paling terkenal di dunia ini mempunyai gambar burung merak dengan 6 helai bulu berwarna terang yang mana setiap satunya mewakili satu bahagian di syarikat itu pada masa tersebut. Dalam bentuk negatif, kita akan perasan yang burung merak itu sedang 'melihat' ke arah sisi yang menandakan syarikat itu sedang melihat ke hadapan.

Picasa

Picasa

Warna yang pelbagai dalam logo Picasa Google mewakili penutup kamera manakala bahagian negatifnya ialah sebuah rumah. Casa bermaksud rumah dalam bahasa Sepanyol manakala Pi adalah singkatan untuk 'pixel index'. Jika digabungkan bersama maka ia menjadi ayat 'rumah untuk gambar anda'.

Nintendo GameCube

Nintendo GameCube

Bahagian yang berwarna ungu pada kiub akan membentuk 'G' manakala bahagian negatifnya akan membentuk 'C'. Kiub itu sendiri membalut satu lagi kiub.

Amazon

Amazon

Garisan kuning dalam logo seolah-olah menggambarkan wajah yang sedang tersenyum. Jika diperhatikan, anak panah bermula di huruf 'a' dan berakhir di huruf 'z' yang menunjukkan bahawa Amazon mempunyai segala-galanya yang kita perlukan.

Le Tour De France

Le Tour De France

Walaupun perkara pertama yang kita perasan mungkin adalah fontnya yang nampak bergaya. Namun, apabila kita memerhatikan huruf 'o', 'u' dan 'r' bersama-sama dengan bulatan berwarna kuning, sebenarnya ia melambangkan seorang penunggang basikal.

FedEx

FedEx

Logo ini dianggap logo klasik yang mana sebenarnya terdapat imej anak panah di antara huruf 'E' dan juga 'X'.

Ubuntu

Ubuntu

Nama bagi logo sistem operasi ini diperolehi daripada filosopi dari Afrika Selatan tentang kebaikan manusia. Oleh sebab itulah logonya mempunyai tiga orang manusia yang sedang berpegangan tangan sambil melihat ke arah langit.

Toblerone

Toblerone

Berdasarkan Bern di Switzerland, syarikat coklat dari negara tersebut mempunyai ibu pejabat di bandar beruang itu. Kita mungkin tidak perasan logonya yang memaparkan beruang yang sedang mendaki gunung.

BACA INI JUGA: Tawaran Pembelian Website Dan Apps Popular Yang Gagal

-Sentiasapanas.com

Yahoo! Bakal Saingi YouTube!

Yahoo! Bakal Saingi YouTube!

Yahoo! sebelum ini telah dikatakan beberapa kali cuba memfokuskan kepada kandungan berbentuk video.

Yahoo New Video

Yahoo! juga telah cuba untuk membida DailyMotion dan Hulu, tetapi gagal untuk membelinya dan sebagai alternatif kini Yahoo! dilihat membangunkan platform mereka tersendiri.

Yahoo! sebenarnya mempunyai laman web video mereka sendiri, namun ia tidak membolehkan pengguna memuat-naik kandungan mereka tersendiri, sekaligus menjadikan platform mereka kurang menarik minat pengguna untuk menonton kandungan.

(Baca: Filem Bajet Rendah Yang Mencapai Kejayaan Besar!)

Apa pun, ia dijangka akan berubah tidak lama lagi. Yahoo! dikatakan akan menarik para penerbit kandungan dengan menawarkan perkongsian wang daripada iklan pada kadar yang lebih tinggi berbanding YouTube, disamping akan turut memperlihatkan kandungan video pengguna di halaman utama Yahoo!.

Make Money With Yahoo Video

Mengikut laporan AdAge, setiap penerbit kandungan dikatakan akan mendapat saluran mereka sendiri – menyerupai YouTube dan pada masa yang sama bagi mereka yang menandatangani perjanjian dengan Yahoo! akan menerima kelebihan untuk memperlihatkan kandungan mereka di pelbagai halaman milik Yahoo! termasuk di Tumblr.

Seperti biasa, pihak Yahoo! tidak mengeluarkan komen rasmi buat masa ini dan strategi Yahoo! yang kini meningkat naik kembali dengan platform video mereka ini kelak dijangka akan menarik perhatian ramai pihak seluruh dunia.

[Sumber]

Jika Ia Adalah Cinta..

Jika Ia Adalah Cinta..

Info Motivasi. Cinta merupakan lima rangkaian huruf dalam satu kata yang cukup simple namun memiliki erti yang sangat luas.

Cinta

Ketika manis, perasaan menjadi berbunga-bunga, sedih jadi senyum, susah jadi senang, yang buruk jadi baik, derita jadi sembuh.

Ketika pahit, semuanya berubah mendung dan kelam. Senyum menjadi tangis, duka menjadi derita, sakit semakin parah, bunga menjadi layu dan hati semakin pilu.

Jika ia adalah cinta..

Jika ia adalah cinta, ia tidak mendengar, namun sentiasa bergetar!

Jika ia adalah cinta, ia tidak buta, namun sentiasa melihat dan merasa!

Jika ia adalah cinta, ia tidak menyeksa, namun sentiasa menguji!

Jika ia adalah cinta, ia tidak memaksa, namun sentiasa berusaha!

Jika ia adalah cinta, ia tidak cantik, namun sentiasa menarik!

Jika ia adalah cinta, ia tidak datang dengan kata-kata, namun sentiasa menghampiri dengan hati!

Jika ia adalah cinta, ia tidak terucap dengan kata-kata, namun sentiasa hadir dengan sinar mata!

Jika ia adalah cinta, ia tidak hanya berjanji, namun sentiasa cuba memenuhi!

Jika ia adalah cinta, ia mungkin tidak suci, namun sentiasa harmoni!

Jika ia adalah cinta, ia tidak hadir kerana permintaan, namun hadir kerana ketentuan!

Jika ia adalah cinta, ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan, namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan!

Cinta-Allah

Masihkah kamu mengharapkan cinta seseorang yang tidak pernah cuba membuktikannya? Adakah itu yang kamu katakan sebagai sebuah penantian dan kesetiaan atau ia sekadar sebuah kesia-siaan?

Sebahagian dari cinta itu adalah memberi dan menerima, namun tanyakan kepada diri, andai kamu sudah memberi, sudahkah kamu menerima?

-Sentiasapanas.com

10 OKU Yang Memberi Inspirasi Kepada Dunia

10 OKU Yang Memberi Inspirasi Kepada Dunia

Anggota tubuh badan yang sihat tidak akan berguna dan tak menjanjikan masa depan yang cerah kalau kita malas dan tidak berusaha.

Pekak, bisu, buta, kudung kaki dan tangan, lumpuh, menghidapi penyakit kronik bukanlah satu halangan kalau kita benar-benar mahu berusaha untuk berjaya.

Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum kalau mereka tidak berusaha mengubah nasib mereka, kan?

Mereka ini sudah membuktikan yang mereka juga boleh berjaya walaupun tidak memiliki tubuh badan yang sempurna seperti orang lain.

Patrick Henry Hughes

Patrick Henry Hughes

Pemuzik yang boleh memainkan pelbagai alat muzik ini dilahirkan buta dan lumpuh sebahagian badan pada 10 Mac 1988.

Seorang pesakit anophthalmia yang sentiasa disokong oleh bapanya yang memperkenalkan Patrick Henry Hughes kepada piano pada usia seawal 9 bulan.

Pada 2006, Hughes menjadi tumpuan media apabila dia memainkan trompet dalam Louisville Marching Band semasa dia menjadi pelajar di Universiti of Louisville dimana bapanya telah membantu menolaknya diatas kerusi roda.

Apabila bakat luarbiasanya didedahkan, beliau sering dijemput untuk membuat persembahan diseluruh negara.

Liz Murray

Liz Murray

Elizabeth Murray adalah anak pasangan penagih dadah yang dilahirkan pada 23 September 1980 disebuah apartment yang kotor.

Pada usia 15 tahun, dia merempat apabila ibunya mati akibat AIDS dan bapanya berpindah ke tempat perlindungan untuk mereka yang tiada rumah.

Ada kalanya Liz Murray tidur dikerusi taman, ada kalanya dia berlindung di bawah jambatan diselubungi persekitaran yang kotor, tapi Liz tidak pernah melepaskan peluang untuk membaca encyclopedia yang dikutip dari tong sampah.

Didorong oleh ketabahan dan kerja keras, tidak pernah mengaku kalah dan berusaha dengan caranya sendiri, Liz Murray akhirnya berjaya masuk ke Universiti Havard.

Kini Elizabeth Murray merupakan penceramah terkenal yang memberikan inspirasi kepada ramai orang, dan sebagai seorang pengarah sebuah syarikat, beliau memberi dorongan kepada anak muda untuk membuat sesuatu yang inovatif dalam hidup mereka.

Jessica Cox

Jessica Cox

Jessica Cox dikenali sebagai juruterbang pertama menerbangkan kapal terbang dengan menggunakan KAKI SAHAJA kerana beliau dilahirkan tanpa tangan.

Namun, itu bukanlah halangan untuk wanita ini mencapai matlamatnya. Seorang graduan dalam psikologi, pemegang tali pinggang hitam taekwondo dan seorang yang suka memandu laju.

Jessica juga boleh menaip 25 patah perkataan seminit menggunakan kakiny dan paling menakjubkan, dia boleh memasang contact lens di mata menggunakan kakinya.

Bekerja sebagai penceramah motivasi dan menggalakkan orang kurang upaya mengubah mentaliti mereka.

Sudha Chandran

Sudha Chandran

Seorang wanita yang penuh azam, seorang penari Bharatanatyam yang sangat dipuja di benua kecil India, dan pemegang ijazah sarjana dalam Ekonomi.

Pada 1981, kaki kanan Sudha Chandran dipotong selepas mengalami Gangren. Tapi itu tidak membuatkan azamnya pudar.

Dia mendapatkan kaki palsu dan selepas 2 tahun, dia kembali kedalam kerjayanya dan mendapat tepukan gemuruh di seluruh dunia.

Selain kemahiran tariannya itu, dia juga dikenali kerana persembahan mengagumkan dalam filem-filem dan siri televisyen india.

Randy Pausch

Randy Pausch

Ia bukan tentang bagaimana untuk mencapai impian anda tetapi ia adalah tentang bagaimana untuk memimpin hidup anda.

Jika anda menjalani kehidupan anda dengan cara yang betul, karma akan menjaga dirinya, impian akan datang kepada kamu.

Profesor sains komputer di Universiti Carnegie Mellon ini disahkan menghidap kanser pankreas pada September 2006 dan meninggal dunia pada 25 Julai 2008.

Apa yang membuatkan dia menjadi terkenal adalah kerana ceramahnya, “Really Achieving Your Childhood Dreams” di auditorium CMU pada 18 September 2007.

Persembahanya itu menarik perhatian berbilion penonton di internet dan menjadi semakin hangat dan menarik minat media antarabangsa.

Ceramahnya itu seterusnya diadaptasi ke dalam buku, dan telah diterjemah kepada 35 bahasa berbeza.

Sean Swarner

Sean Swarner

Boleh dikatakan sebagai keajaiban perubatan, Sean Swarner disahkan mengalami 2 kanser peringkat kematian iaitu penyakit Hodgkin pada umur 13 tahun dan sarcoma Askin pada umur 15 tahun.

Beliau membuktikan kemenangan melawan penyakit itu apabila menjadi pesakit kanser pertama yang mendaki Gunung Everest.

Bagaimanapun, dia masih berkata, “Sebenarnya, saya pun tidak tahu kenapa saya masih hidup”.

Tapi Sean Swarner tidak pernah melepaskan peluang untuk memberi ceramah dan ekspedisi yang dianjurkan untuk memberi harapan kepada pesakit kanser.

Helen Keller

Helen Keller

Menjadi inspirasi kepada filem “The Miracle Worker”, Helen Keller seorang yang bisu dan pekak pertama yang menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera.

Beliau merupakan ahli Parti Sosialis Amerika yang berwibawa. Beliau secara terbuka mengkritik dasar Woodrow Wilson.

Helen Keller merupakan pengarang bagi 12 buku dan pemenang Pingat Presiden Kebebasan, beliau seterusnya mengabadikan hidupnya bekerja untuk Yayasan Amerika untuk orang buta.

Nick Vujicic

Nick Vujicic

Nick mengalami penyakit yang jarang ditemui, sindrom Tetra-amelia, yang dicirikan sebagai ketiadaan kesemua empat anggota.

Nick Vujicic dilahirkan di dalam keluarga Serbia pada 4 Disembar 1982 di Australia. Semasa zaman kanak-kanaknya, beliau berusaha mengatasi mentaliti teruk masyarakat dan pada usia 17 tahun, Nick Vujicic menubuhkan sebuah NGO “Life Without Limbs”.

Selepas menamatkan pengajian dalam Perancangan Perakaunan dan Kewangan, Nick Vujicic memulakan perjalanannya sebagai penceramah motivasi subjek berkisar dengan makna kehidupan, harapan dan kurang upaya.

Ludwig van Beethoven

Ludwig van Beethoven

Anda mesti pernah mendengar muzik bertajuk Beethoven. Inilah pencipatnya, Ludwig van Beethoven yang menjadi seorang komposer fenomena muzik romantik dan klasik terkenal.

Dilahirkan dalam keluarga pemuzik di Jerman, semasa zaman remajanya, pendengarannya bermasalah dan akhirnya menjadi pekak.

Namun, itu tidak menghalangnya untuk terus menggubah lagu. Beliau memperkenalkan okestra simfoni moden dan memantapkan dirinya sebagai lagenda induk dalam arena Muzik.

Stephen Hawking

Stephen Hawking

Pesakit neuronmotor yang genius ini telah mengubah dunia menerusi teori revolusinya. Lumpuh seluruh badan, tangan, kaki dan suara, Stephen Hawking berhubung dengan komputer yang disambungkan kepada kerusi rodanya.

Seorang ahli kosmologi terkenal dan ahli kehormat Persatuan Diraja Sastera, di kagumi dikalangan pakar teknologi kerana karya-karya beliau berkaitan keajaiban graviti, lubang hitam termasuk karya yang mendapat Best Seller, A Brief History of Time.

BACA INI JUGA: Siapa Pencipta Patung Barbie Yang Terkenal Itu?

Sumber: alongxp

DAP Sahkan Dyana Sofya Bantah Hudud Di Malaysia

DAP Sahkan Dyana Sofya Bantah Hudud Di Malaysia

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengakui calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud mempunyai pendirian yang sama dengan DAP berhubung undang-undang hudud.

Dyana Sofya Bantah Hudud

Beliau mendakwa, Dyana Sofya menyokong pendirian DAP iaitu membantah pelaksanaan undang-undang hudud di Malaysia kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Dyana Sofya telah menyatakan sokongan kepada pendirian DAP untuk tidak membantah hudud dalam Islam tetapi membantah pelaksanaan undang-undang hudud di Malaysia kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan.

“Pendirian Dyana itu lebih baik berbanding pemimpin UMNO yang mahu melaksanakan undang-undang hudud,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng dalam pada itu melahirkan rasa tidak puas hati beliau ke atas jentera Barisan Nasional (BN) kerana didakwa melakukan serangan peribadi bagi merosakkan karakter Dyana Sofya.

Menurutnya, serangan itu termasuk mempersoalkan kelayakan beliau sebagai seorang peguam, hal paras rupa, fitnah memakai bikini, menggelarnya seorang penipu serta seorang anak kecil yang memerlukan puting.

“Dyana Sofya diejek kerana terlalu bergantung kepada pemimpin DAP, Lim Kit Siang, malah mendakwa Dyana Sofya menangis tanpa kehadiran Kit Siang,” katanya. –Mynewshub.my

Misteri 10 Tahun Pin Dan Jarum Dalam Badan

Misteri 10 Tahun Pin Dan Jarum Dalam Badan

Seorang wanita di China yang mengalami sakit luar biasa sejak 10 tahun lalu mendapati dalam badannya mempunyai sembilan pin dan jarum selepas menjalani ujian X-ray, lapor akhbar MailOnline.

Misteri jarum Alatan Hsia

Beberapa doktor yang memeriksa Alatan Hsia mendapati pin dan jarum berkenaan terdapat pada bahagian paru-paru, hati, kaki dan berhampiran dengan jantung.

Dalam pada itu, wanita itu yang merupakan penggembala lembu berkata, dia pernah melalui situasi perkahwinan yang teruk sebelum ini.

"Bekas suaminya saya, Chung Hsiao selalu memukul saya. Pada akhir tahun 2002, saya ke rumah ibu bapa saya untuk mengelak daripada dia.

"Pada suatu hari, apabila saya berada di sana dan kedua orang tua saya keluar, dia datang dan memukul saya.

Dia menjerit, "Jika kamu tidak pulang ke rumah, saya akan membunuh kamu. Saya dipukul hingga koma," jelasnya.

Apabila Hsia tersedar daripada koma lima hari selepas itu, ibu bapanya memberitahu yang mereka menemui sembilan jarum di sisinya ketika kejadian berlaku.

"Saya percaya selepas memasukkan sedikit jarum ke dalam badan saya, dia kemudian melarikan diri dan membiarkan selebihnya di atas lantai," katanya lagi.

Bagaimanapun, wanita itu kini memerlukan kos sebanyak £17,000 (RM91,372) untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan pin dan jarum-jarum tersebut.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Friday, May 30, 2014

Dua Warga China Mangsa Culik Lahad Datu Berjaya Diselamatkan

Dua Warga China Mangsa Culik Lahad Datu Berjaya Diselamatkan

Kota Kinabalu: Pihak berkuasa menyelamatkan dua wanita mangsa culik di Singamata Reef Resort, Semporna, di Pulau Jolo, Filipina, kira-kira 10 pagi ini.

Culik

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib ketika dihubungi berkata, kedua-dua wanita itu selamat dan tiba di pantai barat negeri ini 4.30 petang tadi.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan lokasi mangsa ditempatkan.

"Mereka akan berada di sini sehingga esok sebelum diterbangkan ke negara masing-masing pada hari sama," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi akaun Twitter miliknya mengesahkan operasi menyelamat pelancong warga China dan pekerja warga Filipina itu dilakukan 7.27 malam tadi.

"Tiada wang tebusan dibayar kepada kumpulan penculik dan kejayaan operasi adalah hasil kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina," kata Najib menerusi Twitter.

Rumah Ustaz Kazim Di Baling Air Kencing

Rumah Ustaz Kazim Di Baling Air Kencing

Penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengatakan beliau merasa terkilan dan menyesal kerana menolak tawaran Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO suatu ketika dahulu.

Ustaz-Kazim-Elias

Beliau yang ditemui ketika menyampaikan ceramah Israk Mikraj di kampung Batak Rabit malam tadi berkata, setelah difikirkan kembali, sekiranya perlawaan itu diterima, sedikit sebanyak akan dapat membantu usahanya berdakwah dan mengajar agama Islam di negara ini.

“Ketika perjumpaan empat mata bersama Datuk Seri Najib, saya telah diberikan tugas untuk memberikan fokus kepada beberapa perkara antaranya memupuk semangat dan jiwa Islam kepada anak-anak sekolah, remaja dan golongan belia serta memastikan siaran televisyen dipenuhi dengan rancangan berbetuk keagamaan.

Menurut beliau, sebaik sahaja berita mengenainya tersebar, pihaknya dan keluarga telah menerima pelbagai tekanan, kutukan, cacian dan makian sehingga menyebabkan beliau terpaksa menolak perlantikan tersebut.

“Ibu bapa saya dan mentua menelefon saya memaklumkan mereka telah dipulaukan oleh para penduduk kampung.

“Rumah saya juga pernah dibaling botol yang berisi air kencing dan pernah satu ketika seorang lelaki yang agak berumur datang dan mengugut ingin menyimbah muka saya dengan cuka getah sehinggakan saya terpaksa menelefon pihak berkuasa.

“Paling mengecewakan apabila anak-anak saya turut menerima tempias apabila membaca komen-komen yang mengeji dengan kata-kata kesat seperti ‘Ustaz Kazim Anjing dan Babi’ katanya lagi.

Fanatik agama

Namun menurutnya, antara sebab utama beliau menolak perlantikan tersebut kerana tidak mahu mereka yang melemparkan fitnah kepadanya mendapat dosa.

Yang menjadi persoalannya sehingga kini ialah, mengapakah ada dikalangan masyarakat yang sanggup melakukan perkara sedemikian rupa sedangkan ada dikalangan mereka yang mendakwa sebagai pejuang Islam?

Beliau turut menjelaskan semua ujian tersebut sangat kecil jika ingin dibandingkan dengan peranan dan sumbangan yang boleh dilakukan olehnya terhadap Islam dan anak-anak muda negara.

“Perdana Menteri mahu saya didik dan beri kesedaran Islam kepada anak-anak muda di sekolah bermula dari Perlis hinggalah ke Sabah” ujarnya lagi.

[Sumber]

Asal-usul Pesta Tadau Kaamatan (Pesta Menuai)

Asal-usul Pesta Tadau Kaamatan (Pesta Menuai)

Perayaan Tadau Kaamatan adalah amalan secara tradisi kaum Kadazan Dusun sejak zaman berzaman yang biasanya diadakan selepas selesai menuai padi.

Pesta Kaamatan

Pesta Kaamatan merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambarayon" iaitu semangat padi.

Pesta Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telaah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi.

Allahyaraham Fuad Stephens, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama ialah individu yang bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum.

Asal Usul Tadau Kaamatan

Kotobian Tadau tagayo do kaamatan
Pertandingan Ratu Cantik (Unduk Ngadau).

Menurut cerita lisan, Kinorohingan (Tuhan) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun.

Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazan Dusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinorohingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun.

Huminodun dikorbankan dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada masyarakat Kadazan Dusun sekarang.

Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambarayon".

Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazan Dusun memulakan upacara Pesta Kaamatan (Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan hari ini.

Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi iaitu padi-padi yang telah selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam Ketawai (Tangkob) iaitu bekas tempat menyimpan padi.

Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazan Dusun kepada Penciptanya (Kinorohingan) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya, Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

Lagu Tema Pesta Kaamatan



Download lagu: Kaamatan Song Kasakazan Bambaazon.mp3 (4.53MB) - Mediafire

Kasaakazan Do Bambaazon

Toun haid tumahib
Au opiumanan
Toun vagu noikot no gontob
Tadau kalamazan

Chorus:-

Kotobian do Toun Vagu
Doid songovian
Ada tokou pogivovogu
Ondomo kovosian
Kanou no manaandak Mohoing dazanak
Tadau tagazo do Kaamatan
Kinasakazan Bambaazon

Chorus:-

Kotobian om kounsikaan
Hasa sopiampun
Miiso doid kasanangan
Ingkaa daa tikid toun

Chorus:-

Misompuru Id Koubasanan
Osodu noi koniab , Gontob tanong di aki,
Natalup no i ralan, Nantadon tulun tokou,
Upus nu om upus ku, Koubasan gulu-gulu,
Orubat au poinsurat tungkusan sinakagon

Chorus:-

Tobpinai kanou pogi,
Mi-iso id koubasanan,
Mogiampun-ampun tokou,
Tumabi toiso-iso
Misompuru id koubasanan

Tadau do kaamatan, tadau do koubasanan,
Pogirot piombolutan, tukad do ingkokoton,
Soira po wagu tokou mamasi koubasanan,
Miobpinai toiso-iso, iso rikoton tokou.

Kepada mereka yang menyambut Pesta Kaamatan, kami mengucapkan 'KOTOBIAN TADAU TAGAYO DO KAAMATAN' buat semua..

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM