Monday, May 05, 2014

Rebecca Nur Islam Pakai Gaun Seksi Pula!

Rebecca Nur Islam Pakai Gaun Seksi Pula!

Tidak serik-serik. Itulah yang dilakukan oleh pelakon Rebecca Nur Al Islam apabila dia sekali lagi mengenakan pakaian yang tidak sesuai dengan imej bertudungnya.

Rebecca Nur Islam Pakai Gaun Seksi Pula!

Menerusi gambar yang tersebar di Internet yang diambil dari akaun Instagram rakannya, dia dilihat mengenakan tudung yang dipadankan dengan gaun sendat paras betis.

Kami tidak pasti sama ada dia turut mengenakan legging berwarna kulit atau tidak, namun keseluruhannya gayanya memang serba tak kena.

Fesyen-Teletubbies-Rebecca-Nur-Al-Islam

Sebelum ini, Rebecca dikritik hebat kerana busana ala Teletubbies ketat yang dipakainya sehingga menampakkan susuk tubuh.

Rasanya selepas ini, Rebecca mungkin perlu merujuk majalah fesyen muslimah agar pemakaiannya selepas ini lebih sempurna selari dengan imej bertudungnya.

Gambar Terlebih Mesra Che Ta Dan Zain

Gambar Terlebih Mesra Che Ta Dan Zain

Selepas Diana Danielle memuat naik gambar mesra bersama suaminya, Farid Kamil minggu lalu, terbaharu trend bergambar mesra di antara suami isteri semakin menjadi trend pula apabila pelakon bergetah, Rozita Che Wan juga memuat naik gambar mesra bersama suami.

Dengan berlatar belakangkan katil bersama kelopak bunga mawar, pasangan romantis ini bergambar mesra dengan Zain tidak berbaju sementara Che Ta hanya bersinglet putih.

Pasangan yang dinikahkan pada 11 Disember tahun lalu itu kini sedang bercuti di Koh Samui, Thailand.

Ada peminat yang suka melihat keromantikan pasangan ini namun tak kurang juga yang menasihati agar perkara dalam kain tidak perlu dikongsikan bersama orang luar.

Mungkin ada yang beranggapan perkongsian gambar-gambar sebegini tidak sesuai dengan orang Timur yang terkenal dengan adat sopannya.

Apa pula pandangan anda terhadap trend perkongsian gambar terlampau mesra di media sosial?

Tasha Shilla TAK KISAH Kekasih Bertatu

Tasha Shilla TAK KISAH Kekasih Bertatu

Walaupun kekasihnya sering dikritik kerana bertatu, namun pelakon cantik manis, Tasha Shilla mendakwa dia tidak pernah mengambil pusing cakap-cakap orang mengenai perkara itu.

Malah menurut pelakon berusia 27 tahun itu, dia tidak kisah kekasihnya, seorang peninju Muay Thai berbangsa Cina yang dikenali sebagai Hans mempunyai tatu kerana baginya penampilan luaran tidak menggambarkan keperibadian seseorang individu itu.

Memetik kenyataannya dalam Media Hiburan, Tasha berkata, “saya bukan jenis individu yang suka menilai orang lain dari luarannya. Jadi saya tidak mahu menilai dia berdasarkan perkara tersebut”.

Jika sebelum ini, Tasha pernah dikaitkan dengan pemain bola sepak, Mahali Jasuli lantas ramai mengatakan dia hanya terpikat dan mahu berkawan dengan ahli sukan.

Walau bagaimanapun, Tasha menafikan perkara tersebut.

Tasha Shilla TAK KISAH Kekasih Bertatu [2]
Tasha Shilla TAK KISAH Kekasih Bertatu [3]
Tasha Shilla TAK KISAH Kekasih Bertatu [4]

Mungkin Tasha tertarik dengan kehidupan atlet yang sentiasa menitik beratkan kesihatan dan kecergasan kerana secara tidak langsung ianya juga boleh mempengaruhi kehidupan sihat aktres terbabit.

Sumber: Mynewshub.my

OLEH: Sentiasapanas.com

Siang Bertudung Malam Pakai Skirt Singkat!

Siang Bertudung Malam Pakai Skirt Singkat!

Siang bertudung dan berbaju kurung, namun penampilan sopan dan mengikut syariah itu berubah 100 peratus pada waktu malam apabila mereka hanya menyarung skirt pendek serta bersinglet nipis.

Escort-Girls

Demikian gelagat segelintir gadis berstatus penuntut pusat pengajian yang bukan berasal dari daerah ini untuk mencari wang tambahan dengan bekerja sambilan sebagai teman penghibur.

Walaupun tidak berada di bandar raya besar seperti Kuala Lumpur atau Johor Bahru, tetapi mereka bijak mencari peluang demi memperoleh wang saku bagi menampung kos perbelanjaan harian sebagai pelajar.

Difahamkan, mereka bergerak aktif bermula jam 10 malam dan bertemu dengan lelaki yang sudah terlebih dahulu membuat temu janji di lokasi ditetapkan iaitu hanya di sekitar daerah ini.

Pelajar itu didapati menetapkan bayaran tertentu iaitu sekitar RM50 hingga RM150 dan boleh dibawa ke pusat hiburan dan pusat karaoke sebagai teman penghibur.

Namun, mereka menolak untuk dibawa ke ranjang walaupun ditawarkan bayaran lumayan.

Wartawan Harian Metro berjaya menjejaki mereka melalui kenalan di beberapa pusat karaoke dan hiburan di daerah itu.

Pada mulanya mereka enggan bekerjasama apalagi mendedahkan identiti kerana bimbang aktiviti terbongkar kepada pengetahuan keluarga.

Selepas dipujuk akhirnya beberapa wanita itu akur dan mendedahkan diri mereka adalah penuntut pusat pengajian.

(Baca: Giler! Gadis Kolej Maut Selepas Orgasma Berterusan Selama 12 Minit)

Penuntut terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Ika, 20, berkata, keluarga memberinya duit saku RM200 sebulan saja dan jumlah itu ditambah dengan wang pinjaman.

“Jumlah itu memang tidak mencukupi bagi menampung kos belajar dan belanja harian menyebabkan saya terpaksa memikir jalan lain bagi mendapatkan wang.

“Saya mula aktif keluar pada waktu malam sejak setahun lalu dan memperoleh kira-kira RM1,000 sebulan,” katanya.

Ika berkata, dia hanya mengambil upah menemani lelaki di pusat hiburan atau karaoke dan enggan sama sekali dibawa ke ranjang.

“Jika mereka suruh saya menyanyi atau menari saya akan lakukan, tetapi hanya setakat itu.

“Selepas dibayar dan selesai menemani mereka saya dan beberapa lagi rakan akan pulang ke rumah sewa kerana perlu berehat untuk pergi kuliah keesokan hari,” katanya.

Seorang lagi penuntut yang juga kenalan Ika dikenali sebagai Yana, 19, berkata dia mula berjinak-jinak dengan aktiviti itu selepas diperkenalkan rakan-rakannya.

“Saya berani untuk turut serta dan melakukannya kerana ia tidak sampai hingga menggadai maruah saya.

“Kebiasaannya kami akan berkenalan dengan lelaki itu melalui laman sosial atau diperkenalkan daripada kenalan lain.

“Ada juga pelanggan kami daripada golongan berjawatan yang datang ke daerah ini atas urusan kerja,” katanya.

Menurut Yana, dia akan memberi amaran terlebih dulu kepada lelaki terbabit supaya tidak melakukan perkara di luar batasan.

“Tetapi, ada juga lelaki yang memeluk dan mencium saya ketika sedang berhibur, namun setakat itu saja.

“Saya lakukan ini semua hanya kerana wang dan setakat ini ia tidak mengganggu pelajaran,” katanya. –Harian Metro

Kembar Bertemu Semula Selepas Terpisah 78 Tahun Lalu!

Kembar Bertemu Semula Selepas Terpisah 78 Tahun Lalu!

Sepasang kembar dipertemukan semula selepas terpisah sejak mereka masih bayi 78 tahun lalu.

Ann Hunt dan Elizabeth Hamel
Elizabeth (kiri) teruja kerana bertemu semula dengan Ann.

Pasangan Ann Hunt dan Elizabeth Hamel dilahirkan di Aldershot, Hampshire pada 1936 dan dianggap Buku Rekod Dunia Guinness sebagai kembar paling lama terpisah sebelum bertemu semula.

Adik-beradik itu dilahirkan tukang masak, Alice Lamb yang menjalin hubungan tanpa kahwin dengan seorang askar.

Lelaki terbabit tidak pernah bertemu dengan Ann dan Elizabeth kerana selepas dilahirkan Alice cuba memberi anaknya kepada orang lain bagi mengelakkan dipulau masyarakat.

Bagaimanapun, sedikit kecacatan pada tulang belakang Elizabeth menyebabkan tiada siapa mahu menjadikannya anak angkat.

Keadaan itu menyebabkan Alice terpaksa menjaga sendiri Elizabeth.

Elizabeth kemudian berkahwin dengan lelaki AS dan berpindah ke Portland, Oregon.

Elizabeth berkata, dia memang tahu mempunyai saudara kembar yang lama terpisah tetapi sebaliknya Ann dimaklumkan perkara itu selepas “menggali” semula sejarah keluarganya dengan bantuan anak bongsunya, Samantha Stacey.

Selepas menghabiskan banyak masa mengkaji sejarah hidupnya, Ann mengetahui dia mempunyai kakak di AS dua tahun lalu.

Samantha berkata, dia dan Ann berjaya mengesan Elizabeth.

“Apa yang menarik, saya bukan saja menemui kakak ibu, tetapi Ann ialah kembarnya,” katanya.

Pasangan kembar itu bertemu 1 Mei lalu di Los Angeles, setahun selepas pertama kali bercakap melalui telefon.

Ann Hunt dan Elizabeth Hamel
Pasangan Ann dan Elizabeth sebelum mereka terpisah.

Sementara itu Ann berkata dia sangat terharu kerana dapat menemui kembarnya semula.

“Tiada perkataan dapat menggambarkan perasaan saya kini. Ia bagaikan mimpi,” katanya.

Pasangan kembar itu dijemput ke Los Angeles oleh seorang pakar psikologi, Dr Nancy Segal yang akan menjalankan ujian bagi mencari persamaan dan perbezaan mereka dalam sesi selama dua hari itu.

“Kami ingin mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai kehidupan, kebolehan, minat mereka dan mengumpulkannya sebagai satu kajian kes yang penting kerana ia adalah rekod perpisahan pasangan kembar paling lama di dunia,” katanya. -Agensi

BACA INI JUGA: Manusia Istimewa Yang Memiliki Dua Wajah

Festival Argungu, Perayaan Menangkap Ikan Terbesar Dunia!

Festival Argungu, Perayaan Menangkap Ikan Terbesar Dunia!

Setiap tahun, apabila tibanya bulan Februari, penduduk di Nigeria akan berpusu-pusu ke utara barat negara itu untuk menyertai sebuah festival tradisional yang merupakan antara festival tertua di sana.

Argungu Festival

Festival yang dikenali sebagai festival memancing Argungu berlangsung di Argungu, sebuah bandar yang terletak di Kebbi, Nigeria.

Ia dilaporkan telah bermula pada tahun 1934 untuk menandakan berakhirnya permusuhan lama diantara daerah Sokoto Caliphate dengan daerah Kebbi. Kedua-dua daerah itu telah bermusuhan sejak berabad-abad lamanya dan hanya terhenti dengan kedatangan British.

Setiap tahun, beribu-ribu masyarakat dari seluruh Nigeria datang untuk mengambil bahagian dalam festival memancing yang diadakan di sungai Matan Fada di Argungu.

Argungu-Fishing-Festival-History

Acara tahunan ini juga menjadi tarikan pelancong dari seluruh negara dan diiktiraf sebagai perayaan menangkap ikan terbesar di dunia.

Selain pertandingan memancing ikan, terdapat juga acara perlumbaan kanu, memburu itik liar dan macam-macam lagi. Festival juga dimeriahkan dengan alunan muzik dan nyanyian tradisional.

Argungu Festival Boxing
Acara sampingan sempena festival Argungu.

Pada hari festival, peserta akan berbaris di tebing sungai bersama alat memancing mereka. Apabila isyarat pertandingan bermula kedengaran, mereka dengan pantas melompat ke dalam sungai kerana mempunyai masa hanya satu jam untuk menangkap ikan.


Untuk menangkap ikan, peserta boleh menggunakan tangan atau alat memancing tradisional buatan tangan yang dipanggil Homa dan sebuah labu besar dibuat daripada Calabashes. Ia adalah sejenis labu kering yang berlubang. Labu ini berfungsi sebagai pelampung kepada peserta.

Argungu Festival - Calabashes and Homa

Peserta yang berjaya menangkap ikan terbesar akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak $7,500 dolar dan sebuah van mini yang disediakan oleh kerajaan negeri Kebbi dan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Nigeria.

Kebiasaannya, berat ikan yang berjaya merangkul juara akan melebihi 10 kilogram. Rekod ikan terberat yang pernah dicatatkan adalah seberat 80 kilogram pada tahun 2008.

Argungu Festival [3]
Argungu Festival [2]
Argungu Festival [4]

Sungai Matan Fada adalah sebuah sungai yang hanya sepanjang 1.6 kilometer. Dan pada tahun 2006, festival ini pernah dibatalkan kerana paras air sungai Matan Fada yang rendah.

Walaupun sungai Matan Fada adalah kecil, tetapi ia dipenuhi dengan ikan. Aktiviti penangkapan ikan adalah dilarang di kawasan itu sepanjang tahun, kecuali untuk festival memancing Argungu. Ini adalah salah satu langkah yang diambil untuk memastikan ikan tidak berkurangan.

Argungu Festival Winner

Menurut penjaga sungai Matan Fada, Sarkin Ruwa, ramai yang tidak berpuas hati dengan peraturan yang tidak membenarkan sesiapa pun menangkap ikan di situ. Ada juga yang berdegil dan cuba menangkap ikan tanpa kebenaran.

Namun, menurut Ruwa, mereka tidak akan berjaya menangkap walau seekor ikan pun kerana roh sungai tidak akan membenarkannya. Ruwa berkata, dia telah berkomunikasi dengan roh sungai dan meminta bantuan untuk menjaga sungai tersebut. Tambahnya lagi, di sungai ini terdapat banyak buaya, ular dan reptilia berbahaya lain.

Buduruwa - Argungu Festival
Buduruwa, penjaga sungai.

Tetapi, haiwan-haiwan ini tidak akan muncul dan membahayakan peserta semasa perayaan ini berlangsung kerana beliau telah bercakap kepada haiwan berbahaya itu dengan kuasa-kuasa rohani agar tidak mengancam keselamatan peserta.

Argungu Festival Winner [2]

Menarik kan..

BACA INI JUGA: Pokok Pelik Di Afrika Yang Mengeluarkan Darah

-Sentiasapanas.com

Dahan Bertulis Kalimah Allah Dijual RM4.4 Juta!

Dahan Bertulis Kalimah Allah Dijual RM4.4 Juta!

Seorang ahli perniagaan dari negara Teluk sanggup membelanjakan SR5 juta (RM4.15 juta) untukm membeli dahan yang berukir kalimah Allah.

Branch with 'God's name'

Ahli perniagaan yang tidak dikenali itu membelinya daripada Ahmed Al Gamdi, anak orang yang menemui dahan berkenaan ketika menebang pokok kurma lebih 25 tahun lalu.

“Dahan itu dijual SR5 juta (RM4.4 juta) di satu pameran seni di ibu negara minggu lalu.

Ia dibeli oleh ahli perniagaan dari negara di Teluk Arab,” lapor akhbar Sabq.

Gamdi berkata, selepas 25 tahun bapanya memotong pokok berkenaan di Makkah, barat Saudi, kalimah Allah itu masih kekal pada dahan itu sedangkan yang lain musnah.

Katanya, kebanyakan dahan lain pokok itu sama ada mati atau bentuknya berubah kecuali dahan yang mempunyai kalimah Allah itu saja kekal dan tidak berubah. -Agensi

Selain daripada itu, sebenarnya banyak penemuan diseluruh dunia di mana kalimah Allah sering terpapar atau menyerupai kalimah Allah.

Kami himpunkan sebahagian daripadanya untuk tatapan bersama.

Branch with Allah name [2]
Branch with Allah name [3]
Branch with Allah name [4]
Branch with Allah name [5]
Branch with Allah name [6]
Branch with Allah name [7]

BACA INI JUGA: Rahsia Dan Berkat Kalimah Bismillah

-SENTIASAPANAS.COM

Diet-diet Yang Sangat Pelik

Diet-diet Yang Sangat Pelik

Info Pelik. Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik dan kurus dan salah satu jalan mudah yang mereka pilih ialah dengan mengamalkan diet-diet tertentu. Namun, bukan semua jenis diet sesuai untuk semua orang.

Ada sesetengahnya mungkin boleh mendatangkan ancaman penyakit kepada pengamal diet. Dan berikut adalah antara senarai diet-diet pelik yang wujud di dunia malah diamalkan oleh sesetengah orang.

Diet telur

Egg_Diet

Diet telur terus meningkat popularitinya kerana laporan-laporan yang mengatakan sesetengah selebriti terkenal telah berjaya mengurangkan berat badan dengan mengamalkan hanya dengan memakan telur. Malah, suami pakar masakan terkenal dunia, Nigella Lawson, Charles Saatchi telah kehilangan 60 paun dengan mengamalkan makan sebanyak 9 biji telur setiap hari untuk tempoh 10 buln. Aktor Adrian Brody juga dikatakan hilang 30 paun dalam persediaannya untuk memegang wataknya dalam filem Pianist dengan mengamalkan diet telur. Namun, dari penjelasan yang dibuat olehnya, dia sebenarnya mengambil telur untuk sarapan, sedikit ayam bakar pada waktu tengah hari dan sedikit ikan bersama sayur stim untuk makan malam. Diet telur juga terdapat dalam beberapa versi yang berbeza tapi yang paling popular ialah yang tidak mensyaratkan hanya memakan telur sebaliknya mendapatkan sebanyak mungkin sumber protein hanya dari telur.

Diet tidur

Sleep Diet

Prinsip diet ini ialah 'Jika kita tidak terjaga, kita tidak akan makan'. Diet ini pula sudah tentulah melibatkan banyak aktiviti tidur. Kononnya cara untuk diet ini bertindak ialah dengan pengamalnya mengambil sedatif dan akan tidur untuk berhari-hari lamanya dalam tempoh masa tertentu untuk mengurangkan berat badan. Walaupun diet ini mungkin berkesan tapi adalah sesuatu yang amat berani untuk mencuba diet ini sebenarnya. Menurut pengamal diet ini, kualiti dan kuantiti tidur yang diperolehi akan mempengaruhi hormon, leptin dan ghrelin yang berkaitan dengan selera makan. Leptin dan Ghrelin pula akan dipengaruhi dengan betapa kurangnya kita tidur.

Diet pengilat bibir

Fuze Skenderize Lips Diet

Pengilat bibir yang direka khas ini dijual dengan slogan 'Always on the lips'. Never on the lips'. Pengilat bibir berjenama Fuze Skenderize dikatakan mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan pemakannya tidak merasa lapar malah ia juga didakwa dapat meningkatkan kadar metabolisma dan juga tenaga. Salah satu unsur utama dalam pengilat bibir ini ialah 'Supercitrimaz', sejenis ekstrak tumbuhan yang dikatakan dapat menjauhkan rasa lapar dan menghalang tubuh daripada menukarkan karbohidrat yang diambil daripada menjadi lemak.

Diet 'Monkey Chow'

'Monkey Chow' Diet

Adam Scott tidak memakan sebarang makanan lain kecuali sejenis makanan lengkap yang telah dipaletkan khas untuk monyet. Dengan diet ini, dia tidak perlu risau tentang memasak, karbohidrat atau kalori yang diambil kerana hanya itu sahaja yang dimakan. Dan sudah tentulah diet ini tidak menyihatkan.

Diet Shangri La

Shangri La Diet

Diet ini adalah salah satu daripada jenis diet yang paling pelik untuk menurunkan berat badan yang pernah ditulis. Penulisnya, Seth Roberts telah menyampaikan idea radikal yang akhirnya membawa kepada keadaan yang penuh kontroversi dan soal jawab. Diet ini antaranya menyatakan bahawa perlu mengambil antara 100 ke 400 kalori daripada sumber minyak zaitun ringan ataupun gula setiap hari sama ada diambil secara berdikit-dikit ataupun sekaligus.

-Sentiasapanas.com

PANAS! Tandas Resort DiBina Menyerupai Masjid!

PANAS! Tandas Resort DiBina Menyerupai Masjid!

Sebuah resort di Desaru, Kota Tinggi, Johor mencetuskan kontroversi apabila sebuah bangunan tandas di dalam resort berkenaan didakwa menyerupai masjid.

Tandas Lotus Desaru Beach Resort Menyerupai Masjid

Gambar bangunan kecil itu yang mempunyai tiga kubah tersebar melalui blog pembangkang kelmarin mendakwa tandas awam yang menyerupai masjid sebegitu hanya boleh ditemui di negeri yang ditadbir UMNO.

Bangunan berkenaan terletak dalam kawasan Lotus Desaru Beach Resort, pantai Desaru, Kota Tinggi, Johor dan didakwa ia seperti menghina agama Islam dengan reka bentuk sebegitu.

Pemeriksaan lanjut, penulis berjaya menghubungi pihak resort berkenaan dan menurut kakitangan resort yang enggan namanya disiarkan, bangunan berkenaan memang memiliki kubah bagaimanapun ia telah wujud sejak tahun 90an lagi di resort berkenaan.

Bagaimanapun, baru-baru ini pihak resort ingin memperindahkan lagi bangunan itu dan sejak itu ia menjadi perhatian orang ramai dengan corak binaan ala-ala Maghribi yang ditonjolkan melalui kubah berkenaan.

Menurut kakitangan itu, pihaknya menyedari kontroversi berkenaan pagi tadi apabila ia tersebar di internet dan beliau berkata pihak resort sudah pun bertindak menanggal dan menurunkan khubah berkenaan.

Katanya, pihak Jabatan Agama Islam Johor juga sudah hadir dan melihat bangunan itu ekoran kontroversi berkenaan.

Tandas Lotus Desaru Beach Resort Menyerupai Masjid [2]

Walau bagaimanapun, selepas menyedari kemarahan orang ramai di laman-laman sosial, gambar terbaru yang dikongsikan mendapati kubah tersebut telahpun diturunkan.

Dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama, kefahaman dan sensitif terhadap kaum dan agama lain amat dituntut bagi mengelakkan berlakunya kekacauan yang boleh merosakkan negara.

Kontroversi Surau di Tanjung Sedili

Sebelum ini, sebuah resort berhampiran di Tanjung Sedili juga mencetus kontroversi apabila sebuah bangunan yang digunakan sebagai surau di Tanjung Sutera Resort telah disalahgunakan sebagai lokasi membuat ritual agama Buddha.

Hasilnya, kini bangunan di Tanjung Sedili itu sudah pun dirobohkan dan pemilik resort berkenaan turut ditahan. -Mynewshub.my

Sunday, May 04, 2014

Video Lelaki Diseret Entiti Misteri

Video Lelaki Diseret Entiti Misteri

Tidak dapat dipastikan kebenaran video seram yang mula viral di laman YouTube ini. Ia merupakan rakaman kamera pengawasan di salah sebuah tingkat bangunan yang menyaksikan seorang lelaki berjalan seorang diri sebelum dia tiba-tiba ditolak oleh satu bayangan entiti hitam.

Lelaki Diseret Entiti Misteri

Sebaik saja terjatuh, entiti tersebut dilihat menarik kakinya sehingga dia terseret beberapa kaki.

Lelaki yang ketakutan itu kemudiannya segera melarikan diri sebaik sahaja kakinya dilepaskan oleh entiti itu.

Pelbagai komen yang diterima daripada para penonton video tersebut.

Ada yang menganggap video tersebut sebagai asli, namun ada juga yang menyifatkan rakaman itu sebenarnya diubahsuai menggunakan teknik imej janaan komputer atau CGI.

-Sentiasapanas.com