Monday, September 02, 2013

Kita Tertanya-tanya, Selepas Dedah 49 Kongsi Gelap, Apa Tindakan Selanjutnya?

Kita Tertanya-tanya, Selepas Dedah 49 Kongsi Gelap, Apa Tindakan Selanjutnya?

Apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan nama sebanyak 49 pertubuhan haram termasuk kongsi gelap dengan anggaran mempunyai seramai 40,313 ahli di seluruh negara, ramai di antara kita yang tertanya-tanya dan menunggu-menunggu apakah tindakan kementerian berkenaan selanjutnya.

Kongsi gelap

Jika senarai nama sudah ada panjang berjela, sudah tentu ahli-ahlinya yang terlibat dengan jenayah berat dan kekerasan juga sedikit sebanyak telah dikenal pasti.

Dan melihat kepada peningkatan kejadian jenayah-jenayah berat sejak beberapa bulan ini, sudah tentu ini adalah masa yang paling sesuai dan dituntut untuk melakukan pembersihan terhadap semua pertubuhan haram ini. Jika tidak, mahu tunggu bila lagi?

Pertamanya, kita mahu keselamatan setiap nyawa di negara ini terjamin di mana saja mereka berada dan mahu penjenayah-penjenayah yang seolah-olah sedang ‘berpesta’ dengan senjata api ini ditangkap dan menerima hukumannya.

Malaysia yang kecil ini, bukan negara koboi yang tidak mempunyai undang-undang yang membuatkan mereka kebal atau kalis undang-undang walaupun menganggotai kumpulan yang paling ganas sekali pun di negara ini.

Dan keduanya, kita tidak mahu, kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang dianggotai penjenayah-penjenayah yang dikategorikan polis sebagai paling ganas dan berbahaya ini terus berakar umbi dalam negara ini sampai beratus-ratus tahun akan datang dan memberikan ancaman yang amat besar kepada negara.

Sememangnya, kegiatan kongsi gelap di negara ini sudah wujud sejak negara kita belum merdeka lagi. Kita tidak sepatutnya melupakan sejarah bagaimana pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin satu ketika dulu kerana berebut kawasan telah mencetuskan Perang Larut, di Perak dan menyebabkan pihak British campur tangan.

Dan selepas 56 tahun kita merdeka, kumpulan-kumpulan kongsi gelap seperti ini terus bertapak malah semakin kukuh dengan banyak rangkaian yang menjaga sesuatu kawasan seperti mengawal kelab malam, memungut wang perlindungan, menjaga tempat letak kereta, menarik kereta, menjadi pembunuh upahan, mencederakan mangsa dengan senjata api dan lain-lain.

Kita tidak mahu kongsi-kongsi gelap ini terus merekrut anak-anak muda kita untuk menjadi penjenayah yang kejam pada masa akan datang. Tiada maknanya, pembangunan yang pesat seiring dengan kemerdekaan negara sekiranya negara masih dibelenggu dengan kejadian-kejadian jenayah berat dan kegiatan kongsi gelap.

Maka sudah sewajarnya, jika kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang dikatakan menjadi ibu kepada segala jenis kegiatan jenayah di negara ini dibanteras habis-habisan.

Dan siasat juga kemungkinan ada ‘orang penting dan berpengaruh’ di negara ini yang menjadi penaung, penasihat dan memberi perlindungan kepada kumpulan-kumpulan ini yang menyukarkan mereka ditangkap.

Dalam pada itu, kita juga mahu tindakan-tindakan tegas yang diambil oleh polis dalam menangkap penjenayah dan mencegah jenayah tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Biarlah pihak polis menjalankan kerja-kerja mereka.

Apabila tiada tangkapan dibuat ada sebilangan daripada kita bising dan mengatakan polis hanya duduk diam atau polis tidur, dan bila penjenayah mati ditembak polis ditimbulkan pula mengenai prosedur menembak penjenayah. Perlu diakui, di negara ini memang banyak tukang kritik dan tukang komen dan diakui juga tidak semuanya kritikan itu bijak dan munasabah.

Begitu juga dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berasaskan sesuatu kaum. Janganlah memandang kes-kes jenayah yang membabitkan mana-mana kaum sebagai isu perkauman. Soal keselamatan adalah menjadi isu besar kepada semua kaum. Semua kaum perlukan jaminan keselamatan dan perlindungan. Berlaku adillah kepada semua kaum.

Kita juga berharap agar kerja-kerja keras yang dilakukan oleh pihak polis siang dan malam dalam mencegah jenayah seperti ‘Op Cantas’ untuk menghumban penjenayah- penjenayah ini ke penjara dan ke tali gantung berbaloi supaya tidak ada cakap-cakap bahawa di negara ini ‘polis jadi tukang tangkap dan mahkamah pula tukang lepas’.

Keyakinan orang ramai terhadap keupayaan polis dan sistem perundangan negara kita harus terus ditingkatkan.Walaupun cakap-cakap ini sekadar persepsi, ia perlu dipandang serius untuk memastikan undang-undang negara ini tidak diperlekeh dan dihormati. -Utusan

Pemandu Bas Salib Diri Selepas Dipecat Majikan

Pemandu Bas Salib Diri Selepas Dipecat Majikan

Lima pemandu bas yang dipecat majikan dan seorang daripada isteri mereka mempunyai cara tersendiri untuk memprotes tindakan itu dengan menyalib diri sendiri menggunakan paku sepanjang 38 sentimeter.

Juan Villalba Crucify

Protes mengerikan itu berlangsung sejak 22 hari lalu berhampiran sebuah terminal bas di Luque, kira-kira 12 kilometer dari ibu negara Paraguay.

Setiap seorang daripada mereka dibaringkan bersebelahan sebuah keranda kosong dan berikrar untuk terus disalib sehingga pekerjaan lama mereka dikembalikan.

Seorang pegawai kesatuan sekerja yang mengetuai protes itu, Juan Villalba berkata, lapan pemandu dipecat selepas mereka menuntut bayaran kerja lebih masa, insurans perubatan serta sumbangan dana pencen.

Isteri Villalba, Maria Concepcion Candia, 39, menyertai protes itu untuk menunjukkan kebersamaan dengan bekas pemandu terbabit.

Villalba berkata, kira-kira 50 pemandu bekerja dengan syarikat bas berkenaan selama beberapa tahun tanpa sebarang perlindungan.

Sesetengah daripada mereka dilaporkan mengalami masalah kesihatan, termasuk demam panas dan kesakitan pada perut dan dada.

Empat lagi anggota kesatuan sekerja itu memulakan mogok lapar sejak 38 hari lalu.

Sementara itu, pengurus syarikat bas berkenaan berkata, lima pemandu terbabit akan diambil bekerja semula, manakala yang lain diberi pampasan. -Agensi

Wanita Usia 30an Lebih Yakin Dengan Tubuh Sendiri

Wanita Usia 30an Lebih Yakin Dengan Tubuh Sendiri

Bukan sedikit wanita beranggapan bahawa semakin bertambahnya umur, maka semakin bertambah pula berat badan. Tapi mengikut kajian yang dijalankan oleh Sanctuary Spa Active Reverse Body, di usia 34 tahun, wanita berasa lebih bahagia dengan tubuh mereka.

Wanita 30an
Gambar hiasan

Di usia tersebut, mereka boleh menerima gumpalan daging dan benjolan yang ada di tubuh. Kira-kira lapan juta wanita di Britain akhirnya boleh melihat diri mereka sendiri tanpa pakaian di depan cermin setiap hari.

Kira-kira 25% wanita akan melihat penampilan tubuh mereka di cermin sekali seminggu dan hanya 16% wanita tidak pernah melihat diri mereka di depan cermin tanpa sebarang pakaian.

Biasanya, di awal dan pertengahan usia 30 tahun, mereka mempunyai kepercayaan diri yang besar terhadap tubuh mereka, kata Nichola Joss, seorang ahli kecantikan.

Wanita di usia itu bekerja keras untuk mengekalkan bentuk tubuhnya. Biasanya apa yang mereka lakukan ialah menjaga pola makan dan merawat tubuh dengan kerap.

Ramai wanita di usia 34 tahun yang saya tahu telah mengalami hubungan cinta atau persahabatan peribadi yang erat dan ini yang memberikan mereka kepercayaan diri, luar dan dalam, tambah Joss.

Ketika ditanya bahagian badan kegemaran mereka, 30% daripada mereka yang ditinjau mendedahkan dengan bangga, payudara! Mereka menyatakan itulah bahagian tubuh yang paling mereka suka pamerkan.

Sementara 22% responden yang lain menjawab kaki dan 19% memilih bahu. Sedangkan 57% yang lain memilih perut adalah bahagian tubuh yang paling ingin mereka ubah.

Ketika musim panas, wanita di Britain dalam dilema ketika berpakaian di pantai.

65% wanita mengaku bahawa mereka tidak akan memakai bikini kerana takut memalukan diri mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, September 01, 2013

Black Jesus Dicekik Sampai Mati!

Black Jesus Dicekik Sampai Mati!

Seorang pemimpin kumpulan agama yang menggelar dirinya Black Jesus dan diketahui membunuh pengikut sendiri untuk mendapatkan darah mereka, dibunuh dalam kawasan hutan di Papua New Guinea, kelmarin.

Black Jesus
Gambar fail menunjukkan Tari ketakutan selepas dia dibelasah 
dan diikat sebelum diserahkan kepada polis pada 2007.

Bekas penuntut Bible yang gagal dalam pembelajarannya, Stephen Tari dilaporkan pernah mengetuai 6,000 pengikutnya di kawasan pergunungan di negara itu.

Enam tahun lalu Tari, 40, didakwa membunuh sekurang-kurangnya tiga remaja perempuan digelar sebagai Gadis Bunga dan ibu mereka dipaksa menyaksikan dia meminum darah mangsa.

Menganggap dirinya sebagai “Jesus sebenar” Tari cuma disabitkan kesalahan atas tuduhan merogol tiga tahun lalu sebelum kerajaan memperkenalkan hukuman mati terhadap kesalahan bunuh atau rogol.

Dia juga menjadi seorang daripada 48 banduan yang memboloskan diri dari penjara enam bulan lalu. Sejak itu, Tari menjadi pelarian dengan sejumlah pengikut sebelum hidupnya ditamatkan di tangan orang awam apabila membunuh seorang wanita dan cuba membunuh seorang yang lain.

Dikelilingi penduduk kampung, Tari dipercayai dibelasah dan dicekik hingga mati bersama seorang daripada pengikut setianya di kawasan terpencil Gal di utara wilayah Madang kelmarin.

Disebabkan lokasi kejadian jauh di pedalaman polis tidak dapat mengesahkan sama ada Tari benar-benar membunuh seorang wanita kerana mahu menghidupkan semula ajaran kepercayaannya.

Ketua Polis Madang, Sylvester Kalaut berkata, tempat Tari dibunuh terletak beberapa kilometer dari bandar dan memerlukan masa kira-kira empat jam berjalan sebelum sampai ke situ.

“Kami menghantar polis dan doktor ke situ untuk mengetahui punca kematian Tari,” katanya. -Agensi

Bekas Kekasih Kim Jong-un Dihukum Tembak

Bekas Kekasih Kim Jong-un Dihukum Tembak

Bekas kekasih pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, adalah antara 12 artis negara itu yang dihukum tembak beberapa hari lalu.

Hyon Song-wol executed

Hyon Song-wol, seorang penyanyi, dikhabarkan bekas kekasih Jong-un dan ditahan pada 17 Ogos lalu bersama 11 lain atas dakwaan sama.

Akhbar Korea Selatan, Chosun Ilbo menyatakan, Hyon, penyanyi Orkestra Unhasu, adalah antara yang ditahan.

Mereka dihukum tembak tiga hari kemudian bersama beberapa anggota kumpulan pop terkenal lain yang disaksikan anggota keluarga.

Anggota keluarga mereka kemudian dihantar ke kem buruh paksa kerana turut dianggap bersalah.

Mereka dihukum dengan tembakan mesingan yang disaksikan anggota penting Orkestra Unhasu, Band Wangjaesan dan band Moranbong Band, kata sumber China.

Seramai 12 orang dihukum tembak itu ialah penyanyi, pemuzik dan penari band Hyon selepas dituduh merakam aksi seks mereka dan menjualnya.

Laporan menyatakan kedua-dua kumpulan itu dibubarkan kerana skandal itu.

Kim Jong-un yang menjadi pemimpin Korea Utara selepas kematian bapanya pada Disember 2011, dipercayai bertemu Hyon kira-kira 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, bapanya, Kim Jong-il, tidak bersetuju dengan hubungan mereka dan mengarahkannya putus dengan Hyon. -AGENSI

Mike Tyson Diambang Maut Gara-gara Ketagihan Dadah Dan Alkohol

Mike Tyson Diambang Maut Gara-gara Ketagihan Dadah Dan Alkohol

Bekas juara tinju dunia, Mike Tyson, mendakwa beliau berada di ambang kematian akibat penggunaan dadah dan masalah alkohol berterusan.

Mike Tyson
Mike Tyson.

Tyson, 47, mengaku beliau adalah penagih dadah tegar tetapi sentiasa berharap dapat meninggalkan tabiat itu.

"Maafkan saya. Saya berharap mereka dapat memaafkan saya. Saya mahukan kehidupan berbeza sekarang. Saya mahu menikmati kehidupan tenang. Saya tidak mahu mati.

“Saya di ambang kematian kerana ketagihan alkohol.

“Saya pernah melakukan perkara jahat. Saya banyak melakukan perkara tidak baik, saya mahu dimaafkan,” kata Tyson dalam rancangan Friday Night Fight di saluran ESPN.

Pada usia 20 tahun, pada 1987, Tyson memegang rekod sebagai peninju termuda memenangi gelaran heavyweight WBC, WBA dan IBF.

Namun lima tahun kemudian, peninju kelahiran Brooklyn itu disabitkan bersalah merogol Desiree Washington dan dijatuhkan hukuman penjara enam tahun.

Beliau kembali ke gelanggang tetapi bersara pada 2006 dan setahun kemudian dipenjarakan 24 jam dan diarah melakukan khidmat kemasyarakatan selama 360 jam kerana memiliki dadah dan memandu dalam keadaan mabuk.

Tyson, yang kini bekerja sebagai promoter tinju berkata, “Saya harap mereka dapat memaafkan saya. Saya mahu mengubah cara hidup.

“Saya tidak mabuk atau mengambil dadah selama enam hari, dan ia satu keajaiban bagi saya.

Saya berbohong kepada semua orang yang saya sudah tenang tetapi sebenarnya tidak.

Ini hari keenam saya. Saya tidak akan mengambilnya lagi.” -AGENSI

Pengasas Bersama Syarikat Enjin Carian Google Bercerai

Pengasas Bersama Syarikat Enjin Carian Google Bercerai

Pengasas bersama syarikat enjin carian Google, Sergey Brin dan isterinya, Anne Wojcicki, dilaporkan berpisah selepas enam tahun berkahwin.

Sergey Brin and Anne Wojcicki

Kisah perpisahan pasangan tersebut hangat diperkatakan selepas laman web bahari, AllThingsD melaporkan tentang Brin, 40, dan Wojcicki kini tinggal berasingan.

Laporan berkenaan menyebut, punca perpisahan tersebut dipercayai disebabkan hubungan sulit antara Brin dan seorang wanita berusia 26 tahun daripada kumpulan Google Glass.

Syarikat Google yang beribu pejabat di California, bagaimanapun enggan mengulas tentang perpisahan pasangan terbabit yang mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan, tetapi mengesahkan hubungan mereka berakhir secara baik.

Berita perpisahan Brin dan Wojcicki itu dijangka tidak akan menjejaskan operasi syarikat Google kerana pasangan berkenaan telah menandatangani perjanjian pra-perkahwinan yang turut disertakan cara menyelesaikan masalah sekiranya berlaku perpisahan.

Lelaki kelahiran Rusia itu merupakan ketua unit khas Google yang mengutuskan projek besar seperti menjalankan kajian kereta kawalan sendiri dan kaca mata yang boleh dihubungkan dengan Internet.

Sehingga Mac lalu, Brin dianggarkan memiliki kekayaan bernilai kira-kira AS$22.8 bilion (RM75.5 bilion).

Wojcicki dan rakannya, Linda Avey mengasaskan syarikat kajian genetik, 23andMe yang mendapat pelaburan daripada Google.

Sebelum ini, Brin dan Wojcicki pernah terlibat dalam pelbagai urusan perniagaan dan kerja-kerja amal, termasuk membangunkan sebuah yayasan kebajikan. -AFP

Perang Akhir Zaman Bermula Dengan Peperangan Di Syria?

Perang Akhir Zaman Bermula Dengan Peperangan Di Syria?

Dalam hadis dibawah, digambarkan terdapat terdapat satu persepakatan antara kaum Muslimin dan bangsa Roman sekarang ini dikenali Eropah dan pakatan ketenteraan mereka dikenali sebagai NATO.

Perang Akhir Zaman

Kaum Muslimin di ajak bersama-sama dengan pakatan mereka untuk menentang musuh yang menjadi ancaman kepada mereka dan juga kaum muslimin.

Ternyata pakatan eropah ini sudah mempunyai rancangan tersendiri iaitu mereka hanya ingin memperalatkan kaum muslimin bagi mencapai tujuan mereka.

Mereka memberi bantuan persenjataan dan ketenteraan kepada kaum mujahidin kaum muslimin tetapi apabila kemenangan dicapai oleh mujahidin mereka mendakwa sebenarnya yang menang adalah pakatan salib.

Terdapat banyak sekali koleksi hadis-hadis berkenaan siri peperangan seumpama Armagedddon ataupun Peperangan Dunia ke-3 yang disabdakan Rasullullah s.a.w sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan'.

Telah bersabda Rasulullah SAW; "Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, Biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s." (HR. Muslim dari Sayidina Abu Hurairah R.A).

Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Imam Muslim membawa dalam penyusunan Sahih hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.) berkaitan dengan penaklukkan Konstantinopel (Istanbul sekarang):

"Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi saw bersabda: "Pernahkah anda mendengar tentang sebuah bandar sebahagian yang berada di tanah dan sebahagian yang terletak di tepi laut?" Mereka berkata, "Ya, Wahai Rasulullah".Dia berkata: Hari Kiamat tidak akan berlaku sehingga sampai 70,000 dari keturunan Ishak dalam serangan itu. Ketika mereka datang ke sana, mereka akan turun dan tidak akan berperang dengan senjata dan tidak pula mereka melemparkan tombak apapun. Mereka akan berkata, "Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar", dan satu setengah dari itu akan jatuh... dan kemudian mereka akan mengatakan itu untuk kedua kalinya, "Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar" dan bantuan akan diberikan kepada mereka dan mereka akan memasukinya dan mereka akan mengumpul dan membahagikan harta rampasan ketika pembawa berita akan datang kepada mereka, berkata, "Dajjal telah muncul", sehingga mereka akan meninggalkan segala sesuatu dan kembali. (ke Syam).

Tentang "Bani Ishaq" (Anak-anak Ishak) disebutkan dalam hadis ini, Ibnu Katsir menulis dalam bukunya "an-Nihayah fil Fitan-wal-Malaahim", melalui "Ashraat kita-Saa'ah"Yusuf bin Abdullah al-Waabil :

Hal ini menunjukkan bahawa ar-Room (di Rom, yang bererti Eropah) akan menjadi Muslim pada akhir waktu, dan mungkin penaklukan Konstantinopel (Istanbul) akan melalui tangan-tangan mereka, sebagai hadis tersebut telah menyatakan, bahawa 70,000 dari Bani Ishaq dalam serangan itu.

Dan Ibnu Khatsir juga menunjukkan dalam perkara yang sama bahawa "ar-Room" (Rom) adalah dari keturunan al-ees, putera Ishaq (Isaac) bin Ibrahim, Khalil (alaihis salaam).

Dan dalam hadis lain dalam Shahih Muslim, yang lebih menjelaskan, dilaporkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda:

Hari Kiamat tidak akan datang sampai Rom akan mendarat di al-A'maaq atau Dabiq. Suatu tentera yang terdiri daripada (tentera) terbaik dari orang-orang di bumi pada waktu itu akan datang dari Madinah (untuk melawan mereka). Ketika mereka akan menetapkan diri dalam barisan, maka Rom akan berkata: "Jangan berdiri di antara kami dan mereka (umat Islam) yang mengambil tahanan dari antara kita, marilah kita bertarung dengan mereka" dan Muslim akan berkata: "Sebenarnya, dengan izin Allah, kita tidak akan mendapatkan selain daripada anda dan dari saudara-saudara kami yang mungkin anda melawan mereka". Mereka kemudian akan berperang dan sepertiga (bahagian) tentera akan melarikan diri, yang Allah tidak akan mengampuninya. Sepertiga akan dibunuh. Mereka akan menjadi 'syahid' yang terbaik di sisi Allah. Dan satu pertiga akan mendapat kemenangan dan mereka akan menakluki Konstantinopel.

Pada ketika itu, umat Islam akan mempunyai limpahan kekayaan, emas dan perak. Kaum Muslim akan diremehkan, lemah dan tak berdaya. Negara-negara musuh akan mengundang satu sama lain untuk menerkam mereka seumpama orang lapar mengundang satu sama lain untuk makanan.

Para sahabat r.a. bertanya dengan bimbang, "Wahai Nabi Allah! Adakah kita sangat sedikit jumlahnya?"

Nabi Muhammad saw menjawab: "Tidak, kamu dalam bilangan yang besar seumpama buih di lautan, terlihat di mana-mana tapi kamu akan dapat ditawan oleh 'wahn'..!"

Para sahabat r.a. bertanya, "Wahai Nabi Allah! Apa itu 'wahn' Baginda saw menjawab: "Cinta dunia dan takut mati!" Kamu akan bergandingan tangan dengan kumpulan Kristian dan berperang dengan yang lain. Kamu akan mendapat kemenangan. Pada masa itu, kamu akan hadir dalam dataran pergunungan besar dengan banyak pohon. Sementara itu, orang-orang Kristian akan menaikkan salib dan merujuk kemenangan itu. Pada masa ini, seorang Muslim akan menjadi marah, dan akan menarik salib ke bawah, di mana, orang-orang Kristian akan bersatu untuk melanggar semua perjanjian dengan orang-orang Muslim. Orang Kristian akan menuntut beberapa orang yang mereka inginkan, di mana kaum Muslimin akan menjawab: "Demi Allah mereka adalah saudara kami. Kami tidak akan akan menyerahkan.. " Ini akan memulakan perang. Satu pertiga akan melarikan diri. Taubat mereka tidak akan diterima. Satu pertiga lagi akan dibunuh. Mereka akan menjadi 'syahid' yang terbaik di sisi Allah. Dan satu pertiga lagi  akan berperang dan akan mendapat kemenangan, sampai, di bawah pimpinan Imam Mahdi, mereka akan berperang melawan kafir.. (HR Ibnu Majah).

Wallahu a'lam..

BACA INI JUGA: Kononnya Dajjal Berusia 4000 Tahun Dan Sangat Menyusahkan

[Sumber]

Perisik Turki Yakin Tentera Syria Dalang Serangan Gas Beracun

Perisik Turki Yakin Tentera Syria Dalang Serangan Gas Beracun

Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu semalam menyatakan hasil maklumat risikan negara itu membuktikan pasukan tentera Presiden Bashar Al-Assad bertanggungjawab melancarkan serangan gas saraf di Damsyik pada minggu lalu.

Krisis Syria
Potret Bashar pada dinding bangunan Hospital Tentera Yousef 
di Damsyik semasa lawatan pasukan pakar senjata kimia PBB.

Sebelum ini, Ankara menegaskan bahawa pihaknya bersedia menyertai apa jua bentuk tindakan ke atas Bashar oleh Barat walaupun tanpa mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Turki juga telah meletakkan angkatan bersenjatanya dalam keadaan bersiap sedia bagi mengawal negara itu daripada ancaman Syria.

"Daripada pandangan kami, secara keseluruhan dan berdasarkan siasatan perisikan kami serta penilaian beberapa pakar, tidak syak lagi bahawa rejim Bashar bertanggungjawab melakukan serangan kejam itu," kata Davutoglu.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) akan menyiarkan laporan perisikannya berhubung serangan yang didakwa telah meragut lebih 1,300 nyawa itu hari ini.

Sekutu AS, Perancis pula menegaskan pihaknya sedia turut serta jika AS bertindak menyerang Syria sebagai menghukum rejim Bashar kerana menggunakan senjata kimia walaupun tanpa kelulusan PBB.

Senjata pemusnah besar-besaran itu diharamkan dalam Konvensyen Geneva.

Pendirian Paris itu berbeza dengan London.

Parlimen Britain semalam menolak campur tangan ketenteraan negara itu di Syria. -Agensi

Anak Buta Tinggal Dalam Gua Selepas Dibuang Keluarga!

Anak Buta Tinggal Dalam Gua Selepas Dibuang Keluarga!

Seorang bapa tergamak membiarkan anaknya yang buta dan mengalami masalah mental sendirian di dalam gua, sedangkan dia menetap bersama anak perempuannya.

Anak Buta Tinggal Dalam Gua Selepas Dibuang Keluarga!

Lelaki itu, Cheng Yuanchao, 70, berbuat demikian selepas kehilangan rumahnya.

Anaknya, Cheng Xiangtao, 26, diikat dan dibiarkan telanjang di dalam sebuah gua di kawasan terpencil di kampung Chengling.

Perbuatannya itu telah menyebabkan penduduk di China mengecamnya kerana tidak berperikemanusiaan selepas gambar terbabit tersebar melalui media sosial.

Pelbagai kritikan diterima termasuk persoalan mengenai penduduk setempat, yang langsung tidak membantu.

Meskipun menerima pelbagai tekanan, namun Yuanchao tetap dengan pendiriannya.

``Saya tidak lagi mempunyai rumah dan tidak mempunyai tempat untuk menempatkan dia. Ini yang terbaik untuk dia.

``Saya melawatnya tiga kali sehari untuk membawakan makanan dan air agar dia tidak kebuluran.

``Saya bukan lelaki kaya dan tidak berupaya membawanya untuk rawatan,’’ katanya.

Yuanchao berkata, anaknya itu enggan memakai baju dan dia juga terpaksa dirantai bagi mengelakkan dia mencederakan diri sendiri.

-Mynewshub